seminar dedah pelajar kepada bidang integrasi ekonomipsasir.upm.edu.my/50722/1/seminar dedah pelajar...

Post on 17-Mar-2019

232 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Isnin, Februari 06, 2017

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Seminar dedah pelajar kepada bidang integrasi ekonomi

Oleh: Syazana Muhammad

SERDANG – Pelajar Bacelor Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan seminar “Prospect & Challenges: Economic Integration” untuk mendedahkan pelajar kepada bidang integrasi ekonomi baru-baru ini.

Pengarah program, Dr.Mohd Naseem Niaz berkata integrasi ekonomi memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, dan melalui perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), Malaysia bakal mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Program ini memberi peluang untuk pelajar berinteraksi dengan pakar-pakar dalam bidang integriti. Ia juga bertujuan membina semangat keprihatinan, sifat empati dan saling membantu bukan sahaja dalam komuniti warga UPM secara khususnya, bahkan di kalangan masyarakat secara umum,” katanya.

Seorang peserta, Goh Yi Wai berkata program itu membantunya untuk membina tahap keyakinan dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Turut hadir sebagai anggota panel ialah Pengarah Khazanah Research Institute (KRI), Junaidi Mansor dan Penyelidik Bersama KRI, Aidonna Jan Ayub.

Sementara itu, pelajar turut didedahkan kepada kewujudan program-program amal sedia ada anjuran UPM seperti program Free Meals yang membantu golongan yang memerlukan.

Program dibuka kepada 90 pelajar tanpa dikenakan bayaran dengan objektif menambah pengetahuan mereka mengenai isu integrasi ekonomi. – UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 06 Feb 2017

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

6/2/2017http://www.upm.edu.my/berita/details/prospectfepbm

top related