sejarah tingkatan 4. b5

Post on 07-Dec-2015

60 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Sejarah Tingkatan 4Bab 5- Kerajaan Islam Di Madinah

Kerajaan Islam Di Madinah

• Perjanjian Aqabah Pertama & Perjanjian Aqabah Kedua (Kepentingannya)

• Hijrah (Konsep, sebab & tujuan, kepentingan)• Piagam Madinah (Kandungan & kepentingan)• Penyebaran Islam (untuk mempertahankan hak & maruah)• Perjanjian Hudaibiyah (kepentingan, pembukaan semula

Makkah & kepentingan pembukaan semula)

Madinah terletak di utara Makkah. – Terdiri drpd tiga golongan: Nasrani, Yahudi & Arab-Bererti bandar bercahaya- dikenali dgn nama Yathrib sebelum ketibaan Nabi

Golongan Yahudi terdiri drpd:- Bani Quraizah- Bani Qunaiqa- Bani Nadhir

Golongan Arab terdiri drpd:- Suku Aus (tinggal di

selatan & timur Madinah)- Suku Khazraj (tinggal di

tengah Madinah)

Aqabah- terletak di antara Mina & Makkah-tempat Suku Khazraj menemui Nabi & memeluk Islam.~Suku Khazraj menyebar Islam di MadinahPerjanjian Aqabah ditandatangani antara Nabi dgn & suku Aus & Khazraj

Perjanjian Aqabah Pertama

• Suku Aus & Khazraj janji:- hendak beriman kpd Allah & Rasul- akan membantu perjuangan Nabi- Tidak akan melakukan amalan

jahiliah ( mencuri, minum arak, membunuh bayi perempuan)

• Selepas perjanjian, Nabi hantar pendakwah (Mus’ab bin Umair) ke Madinah untuk menyebar Islam.

Perjanjian Aqabah Kedua

• Suku Aus & Khazraj:- Memeluk Islam- Mengukuhkan lagi taat setia

kpd Nabi- Menjemput Nabi & orang

Islam di Makkah hijrah ke Madinah

- Menyediakan tempat tinggal & janji keselamatan mereka dengan sukarela

- Sedia mempertahankan Islam

Hijrah (makna: berpindah)• Hijrah orang Islam Makkah ke Madinah pd 1 Rabiulawal (12

September 622M) utk memperkukuh kedudukan Islam• Disebabkan perintah Allah menerusi Wahyu• Strategi baru utk menyebar Islam• Perjuangan utk menegakkan kebenaran & meninggal keburukan/

kejahatan• Melambang semangat ingin berubah (dr segi sikap, cara berfikir &

tingkah laku)• Dilakukan secara rahsia & berperingkat• Nabi hijrah dgn sahabatnya Abu Bakar Al-Siddiq selepas

penghijrahan orang Islam lain• Perjalanan ambil masa 12 hari• Umar bin al-Khattab hijrah dgn terus-terang kerana sifat

keberaniannya

Orientalis Barat mentafsir hijrah sebagai negatif (sebagai suatu pelarian)

• Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Madinah

• Ketibaan orang Islam Makkah disambut dgn rela dan meriah oleh orang Madinah

• Orang Islam Makkah diberi tempat tinggal & dijamin keselamatan oleh orang Madinah

• Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah & diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam

Penghijrahan Nabi ke Madinah…..

- Setelah baginda berjaya melepaskan diri drpd kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda.

- Ali bin Abu Talib menawarkan diri utk tidur di tempat tidur baginda dgn menggunakan selimut baginda.

- Baginda menemui Abu Bakar al-Siddiq & menyatakan tentang perintah Allah supaya baginda berhijrah.

- Baginda & Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur.- Perjalanan ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat &

beliau memeluk Islam semasa menjadi jurupandu hijrah. - mempersaudarakan golongan Muhajirin & Ansar +

membentuk Piagam Madinah.

Sampai di Quba & Nabi mendirikan Masjid Quba.Sampai di Madinah, Nabi mendirikan Masjid al- Nabawi

Masjid Quba Masjid al- Nabawi

Gua Thur• Terletak di puncak Bukit Thur, kira-kira 8km dgn Masjid al-

Haram di Makkah.

Semasa Nabi bersembunyi di Gua Thur selama 3 malam, baginda & Abu Bakar dibantu oleh:

• Abdullah bin Abu Bakar (mengintip kegiatan orang Quraisy yang ingin menjejak kehilangan baginda)• Asma’ binti Abu Bakar (menghantar makanan utk

Nabi & Abu Bakar al-Siddiq)• Amir bin Fuhairah (menggembala kambing

berhampiran spy susu kambing dapat diberi kpd baginda)

Sebab Hijrah• Perintah Allah menerusi wahyu.• Meneruskan dakwah Islamiah

Tujuan Hijrah- Meneruskan penyebaran Islam (Ancaman orang Quraisy

menjejaskan penyebaran di Makkah)- Jemputan masyarakat Madinah (orang Madinah perlu seorang

pemimpin yang berkaliber spt Nabi)

Nabi memeterai Perjanjian Aqabah I

dengan orang Madinah

Sampai di Madinah, Nabi mendirikan Masjid al-Nabawi & mempersaudarakan

golongan Muhajirin & Ansar serta membentuk Piagam Madinah

Nabi tahu tentang pakatan utk bunuhnya

drpd wahyu

Nabi & Abu Bakar singgah di Quba &

mendirikan Masjid Quba

Nabi memberitahu sahabatnya Abu Bakar

al-Siddiq tentang wahyu Allah

Nabi & Abu Bakar menyembunyi di Gua Thur selama 3 malam

Nabi memeterai Perjanjian Aqabah II

dengan orang Madinah

Kepentingan Hijrah• Nabi dapat mendamaikan Suku Aus & Khazraj • Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Muhajirin & Ansar

Ansar menjaga keselamatan Muhajirin & menyediakan modal untuk berniaga

• Pembinaan Masjid al-Nabawi• Takwim Hijrah (Kalendar Hijrah)• Penukaran nama Yathrib kepada Madinah • Menunjukkan sikap toleransi & tolong- menolong• Meninggikan peranan wanita (puteri Abu Bakar hantar makanan ke

Gua Thur)• Menampakkan ketabahan hati, kebesaran jiwa, kebijaksanaan Nabi

Orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar

Muhajirin

Orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada

Muhajirin digelar Ansar

Piagam Madinah~ perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi berpandukan wahyu.~ Asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah~ mencatat tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara & rakyatnya.~ dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Ansar & Muhajirin) & orang bukan Islam (Yahudi & suku Arab lain)~ berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik

Kandungan Piagam MadinahPerkara Rumusan

Politik • Nabi sebagai pemimpin & hakim di Madinah

Agama • Bebas beragama and mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam

Sosial • Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu Umma, bertanggungjawab terhadap negara & tidak bermusuhan

Perundangan • Undang- undang Islam digunakan secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam

Ekonomi • Kerjasama dituntut demi memajukan negara• Unsur penipuan & riba dihapuskan

Pertahanan • Semua anggota masyarakat wajib mempertahankan negara

Kedudukan Yahudi

• Orang bukan Islam terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah

Penyebaran Islam• Peperangan mengikut prinsip Islam

Keizinan Allah memlalui wahyu

Menjaga tempat ibadat

Mencari keamanan

Menganjurkan perdamaian

Menentang kezaliman

Mempertahankan diri

Tidak boleh memusnahkan harta

benda & manusia yang tidak berdosa

Apabila diserang oleh musuh

Perjanjian Hudaibiyah• Orang Islam ingin ke Makkah kerana Makkah tempat yang

menurunkan wahyu pertama & terletaknya Kaabah• Kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah disekat oleh

orang Arab Quraisy di Hudaibiyah• Nabi hantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan

tujuan sebenar kedatangan mereka• Terdapat khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan,

orang Islam berikrar & bersumpah setia untuk membela kematian beliau. Orang Arab Quraisy hantar Suhail bin Amru untuk berunding

• Termeterainya Perjanjian Hudaibiyah Nabi dengan Suhail bin Amru

Faktor- faktor Uthman bin Affan dipilih ke Makkah:

•Mempunyai ramai saudara di Makkah•Sahabat yang matang berbanding dengan sahabat lain•Sifat yang lemah lembut & bertolak ansur

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah

• Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.

• Kabilah Arab yang lain bebas memihak orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.

• Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan

• Orang Arab Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan

• Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya(7H)

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

• Orang Islam berpeluang menunaikan haji• Memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki

Makkah & beribadat di Kaabah pada bila-bila masa• Membolehkan Nabi merangka program dakwah Islamiah ke

seluruh semenanjung Tanah Arab• Suku Arab boleh menganut sebarang agama tanpa halangan• Islam dapat berkembang dengan meluas• Melambangkan ketokohan Nabi

Pendamaian hanya tahan 2 tahun kerana orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi pertama. Nabi bertindak tegas dan membawa kepada

pembukaan semula Kota Makkah

Pembukaan Semula Kota Makkah

Arab Quraisy mencabuli Perjanjian Hudaibiyah – membunuh Bani Khuza’ah

Nabi mengambil keputusan utk memasuki kota Makkah secara bijak serta berpegang prinsip aman & tiada kekerasan

Masuk melalui empat penjuru:Khalid al- Walid (Utara) Abu Ubaidah al- Jarrah (Selatan)

Saad bin Ubadah (Barat) Zubair bin al- Awwam (Timur)

Tentera Islam masuk dengan aman. Hanya pasukan Khalid al-Walid mendapat tentangan kecil

Kepentingan Pembukaan Kota Makkah

• Sifat pemaaf Nabi menjadi asas penyebaran Islam• Nabi memberi jaminan keselamatan• Makkah menjadi kota Islam• Wujud pusat pemerintahan Islam yang kuat• Kesucian Kaabah dipelihara

top related