saling bersandaran antara organisma hidup

Post on 21-Jul-2015

1.304 Views

Category:

Automotive

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Spesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiakmenghasilkan anak.Contoh : spesies rama-rama

Populasi ialah sekumpulan organismadaripada spesies yang sama hidup dan membiak di kawasan yang sama.Contoh : populasi monyet

Komuniti ialah beberapa populasi haiwan dantumbuhan yang hidup bersama-sama dansaling bersandaran antara satu sama lain.Contoh : populasi zirafah yang hidup bersamapopulasi zebra membentuk satu komuniti

Habitat merupakan tempat tinggal semula jadi bagi organisma. Ini adalah bagi tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.Contoh : Hutan Hujan Tropika

Ekosistem terdiri daripada beberapakomuniti yang saling bersandaran danberinteraksi antara satu sama lain serta jugamempunyai hubungan denganpersekitarannya yang merangkumi bendabukan hidup seperti air, udara, tanah dancahaya matahari.

Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagaitujuan. Terdapat banyak interaksi atauhubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan intraspesies, persainganinterspesies, simbiosis, komensalisme, mutualisme dan juga parasitisme.

Contoh hubungan ini adalah hubunganantara ular dan burung. Ular sebagaipemangsa dan burung sebagai mangsa.

A) Persaingan IntraspesiesHubungan antara organismayang bersaing untuk mendapatkankeperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama.

B) Persaingan InterspesiesHubungan antara organisma

yang bersaing untuk mendapatkan keperluanhidup sama (makanan, air, cahaya, tempattinggal, pasangan) yang berlakudalam spesies yang berlainan.

Komensalisme Komensalisme ialah interaksi antara dua

organisma, dengan satu organisma mendapatfaedahdaripada organisma lain tanpamenjejaskannya.

Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa(faedah / kerugian)

Mutualisme Mutualisme adalah interaksi antara dua

organisma dengan kedua-duanya mendapatfaedah.

Sebagai contohnya, hubungan antara kerbaudan burung gembala kerbau. Burunggembala kerbau dapat makanan denganmakan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaatkerana tiada kutu yang menghisap darahnya.

Parasitisme Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua

organisma, dengan satu organisma mendapatfaedah, manakala yang satu lagi mendapatkerugian.

Contohnya adalah cacing pita yang ada dalambadan manusia. Cacing pita ini akanmemperoleh faedah kerana mendapat makananpercuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habisdiserap oleh cacing tersebut.

Kawalan biologi adalah kaedah bagimengawal populasi haiwan perosak dengantanpa menggunakan racun serangga (bahankimia). Kebiasaannya, interaksi mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalanbiologi di Malaysia.

Sebagai contohnya, burung hantu dan ulardigunakan untuk memburu dan memakantikus di ladang kelapa sawit. Contoh lain adalah seperti memelihara ikan dalam kolambagi memakan jentik-jentik.

Burung hantu dipelihara di ladang sawit untuk memakan tikus

Kumbang Ladybird memakan afit, perosak tumbuhan

Ikan guppy dipelihara dalam kolamuntuk memakan jentik-jentik

Ular dipelihara di ladang sawit untuk menangkap tikus

KEBAIKAN

a) Murah dan tidak perlumengeluarkan kos yang tinggi

b) Selamat digunakan tiadakesan sampingan

c) Tidak mencemarkan alamsekitar

d) Tidak mendatangkan kesanburuk kepada organisma lain kecuali perosak

KEBURUKAN

a) Memerlukan masa yang lebih lama

b) Sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidup

c) Perlu perancangan dan pengurusan yang lebih teliti

Siratan MakananSiratan Makanan ialah gabungan daripada beberapa rantai makanan.

Rantai MakananRantai makanan pula ialah terdiri daripadapengeluar, pengguna dan pengurai

Pengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri melaluiproses fotosintesi

Pengguna ialah haiwan yang memakantumbuhan dan haiwan lain. Terbahagi kepada3 jenis iaitu Pengguna Primer, PenggunaSekunder dan Pengguna Tertier.

a) Pengguna PrimerPengguna Primer ialah pengguna yang memakantumbuhan sahaja

b) Pengguna SekunderPengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primer

c) Pengguna TertierPengguna tertier ialah pengguna yang memakanpengguna sekunder

Pengurai ialah organisma yang menguraikanbangkai haiwan dan tumbuhan yang matikepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.

Fotosintesis ialah proses yang dilakukan olehtumbuhan hijau untuk menghasilkanmakanan (dalam bentuk glukosa) danoksigen dengan menggunakan karbondioksida, air dan cahaya matahari.

Klorofil adalah pigmen (pewarna) hijau yang dapat memerangkapcahaya matahari

Faktor-FaktorYang Diperlukan UntukFotosintesis1. Cahaya matahari2. Klorofil3. Air4. Karbon Dioksida

Kepentingan Fotosintesis1. Fotosintesis membekalkan makanankepada semua organisma2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalamkitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udar

Kitar KarbonKitar karbon adalah kitar yang mengekalkankandungan karbon dioksida dalam udaradengan mengambil karbon dioksida daripadaudara dan mengembalikannya semula keudara secara berterusan.

Kitar OksigenKitar oksigen adalah kitar yang melibatkanpengambilan oksigen daripada udara danpengembaliannya semula ke udara secaraberterusan.

Tahukah anda Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau akan pupus dalammasa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif pemuliharaandilakukan dengan segera! Setelah kehilangan tigasubspesies harimau, iaitu spesies Bali, Jawa danCaspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3 200 ekorharimau daripada enam subspesies lain.

Justeru itu kita perlulah bersama-sama memastikanlangkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaandapat meneruskan kelangsungan hidup bagi semuahaiwan-haiwan ini.

PemuliharaanPemuliharaan bermaksud usaha memulihkandan memelihara sumber alam semula jadidengan bijak dan sistematik supaya dapatdinikmati oleh generasi akan datang.

PemeliharaanPemeliharaan pula bermaksudusaha mengekalkan keadaan asal sumber-sumber alam semula jadi daripada musnah.

Penguatkuasaan undang-undang- menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta PerlindunganHidupan Liar- mengawal kegiatan pembalakan haram- mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan

Hutan Simpanan- memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam

Tanam Semula- menggantikan pokok yang telah ditebang

Pendidikan- meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentinganpemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya

Pembalakan secara berpilih- hanya menebang pokok yang matang

Santuari- mewujudkan tempat perlindungan haiwan dantumbuhan

Pusat pembiakan- membiakkan haiwan yang hampir pupus

Kitar Semula- menggunakan bahan seperti kertas

Aktiviti manusia telah menyebabkantimbulnya isu-isu yang berkaitan denganalam sekitar, seperti kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan kejadian hujanasid.

Manusia saling berkait rapat dengan ekosistem dansaling bersandaran dengan organisma hidup yang lain. Manusia memperoleh keperluan dan kesenanganhidup melalui pelbagai cara. Dalam memenuhikeperluan hidup, kadangkala manusia juga telahmengeksploitasi dan juga mengganggu ekosistem.

Jika semua ini tidak terkawal, tidak mustahil suatuhari nanti kita tidak akan dapat menikmati udarasegar, makanan yang bersih, serta tempat tinggalyang selesa. Oleh itu manusia seharusnyamenggelakkan kemusnahan terhadap hidupan liar, habitat dan sumber semula

top related