rph pj kssr t.1 + refleksi
Post on 12-Dec-2015
195 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1
Nama Guru Nurul Atiqah Jamaludin
Sekolah SK Limbang
Kelas 1 Bijak
Jumlah Murid
20 orang
Lelaki- 10 orang
Perempuan-10 orang
Subjek Pendidikan Jasmani
Tema Konsep Pergerakan
Tajuk Kesedaran Ruang
Masa 7.10 pagi – 7.40 pagi (30 minit)
Tarikh 29 Ogos 2014
Standard Kandungan 1.1 Melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep pergerakan.
Standard
Pembelajaran
1.1.1 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan
dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan
layangan.
1.1.2 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri,
ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras yang
berbeza.
1.1.6 Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan
tempo, irama dan isyarat.
1.1.7 Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan
pantas, ringan dengan berat dan lembut dengan kuat.
Objektif Pembelajaran
1. Psikomotor : Murid boleh melakukan aktiviti fizikal berpandukan
konsep pergerakan dengan teknik yang betul dan selamat.
2. Kognitif : Murid boleh membezakan antara ruang besar dan kecil.
3. Afektif : Murid boleh melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang
seronok dan persekitaran yang selamat.
Elemen Merentas
Kurikulum (EMK)Kreatif dan Inovatif, Berani Menanggung Risiko
Bahan Bantu
Mengajar
Skitel, Gelung rotan, Lagu ‘Bangau Oh Bangau’, ‘Bapaku Pulang Dari
Kota’ dan ‘Chicken Dance’.
10
RPH KSSR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1
Bahagian/Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan/Strategi P&P Alatan/Catatan
Set Induksi.
( 5 minit )
1. Memanaskan badan.
Permainan dikejar
vampire cina.
2. Regangan Otot :
Kepala
Badan
Kaki
(a) Murid dapat
meningkatkan suhu
badan,
meningkatkan kadar
dengupan jantung
dan berasa
seronok.
(b) Murid meregang
otot di bahagian
kepala badan dan
kaki untuk
mengelak
kecederaan.
-murid
-guru
Fasa Perkembangan
Langkah 1
10 minit
1. Bergerak dalam ruang
besar sambil mendengar
muzik.
‘Lagu Bangau Oh
Bangau’ dan
‘Bapaku Pulang
Dari Kota’.
Murid bebas bergerak.
Murid bergerak :
(a) Berjalan
(b) Berlari sambil
membuat gaya
kenderaan.
11
2. Guru bertanya soalan
diakhir fasa.
Ruang yang
manakah lebih
selesa untuk
bergerak?
Ruang yang besar
atau ruang yang
kecil?
(c) Bergerak seperti
haiwan-haiwan
yang terdapat di
dalam lagu
‘Bangau Oh
Bangau’.
Fasa Kemuncak
Langkah 2
(10 minit)
1. Permainan Kecil
Permainan Burung
Dalam Sangkar.
(a) Murid berada di
dalam gelung
(sangkar) masing-
masing.
(b) Guru memberi
isyarat terbang.
(c) Murid murid keluar
dari sangkar dan
terbang bebas.
12
2. Guru bertanya soalan
diakhir fasa.
Keadaan yang
manakah yang lebih
selesa?
Berada seorang diri
di dalam gelung
rotan atau
mempunyai dua
atau tiga orang di
dalam gelung rotan?
(d) Guru akan memberi
isyarat bilangan
burung yang patut
berada di dalam
sangkar yang
terhampir
dengannya. Murid
bergerak dan msuk
ke dalam sangkar
seperti yang
diarahkan.
(e) Permainan
diteruskan dan guru
mengubah bilangan
burung yang berada
di dalam sangkar.
13
Penutup
5 minit
1. Menyejukkan badan
Lagu ‘Chicken Dance’
Tarian mengikut lagu.
(a) Murid melakukan
tarian mengikut
rentak lagu
‘Chicken Dance’.
(b) Murid menyatakan
perasaan semasa
melakukan aktiviti.
-murid
-guru
14
PENILAIAN :
1. Penilaian dibuat berdasarkan pemahaman murid terhadap kesedaran ruang dan kesedaran
diri murid. Murid berjaya mencapai objektif
2. Penilaian dilakukan oleh guru semasa akhir fasa perkembangan dan fasa kemuncak.
3. Guru bertanyakan soalan di akhir :
Fasa perkembangan
Ruang yang manakah lebih selesa untuk bergerak?
Ruang yang besar atau ruang yang kecil?
Fasa Kemuncak
Keadaan yang manakah yang lebih selesa?
Berada seorang diri di dalam gelung rotan atau mempunyai dua atau tiga orang di
dalam gelung rotan?
4. Penilaian juga dibuat melalui lembaran kerja yang diberikan.
15
16
4.0 REFLEKSI
Saya mengakui bahawa menyiapkan kerja kursus ini bukan satu kerja dan perkara yang untuk mudah
untuk dilaksanakan sekiranya saya tidak meletakkan komitmen yang tinggi terhadap kerja kursus ini.
Kerja kursus yang berkaitan dengan Spektra Gaya Pembelajaran sememangnya mencabar buat
saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan saya untuk mengkaji gaya-gaya pembelajaran yang
telah diperkenalkan oleh Mosston & Ashworth ini.
Spektra Gaya Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mosston & Ashworth merupakan satu
ilmu yang baru bagi saya. Sebelum ini saya telah mengetahui pelbagai gaya pembelajaran seperti
gaya pembelajaran kinestetik, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran visual yang
kebiasaanya diguna pakai dalam subjek major saya iaitu subjek Sains. Gaya Pembelajaran Mosston
& Ashworth ini mempunyai 11 kaedah am yang boleh digunakan pakai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Setelah mengkaji mengenai Gaya Pembelajaran Mosston & Ashworth ini, saya dapat
menghuraikan Gaya Pembelajaran (A-K) berpandukan Spektrum Pengajaran Pendidikan Jasmani
oleh Mosston & Ashworth. Saya dapat juga dapat menghubungkaitkan serta menjelaskan teori-teori
dan falsafah pendidikan dengan kurikulum Pendidikan Jasmani. Di samping itu saya dapat
menjelaskan kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap perkembangan individu terutamanya murid-
murid di sekolah rendah.
Dalam tugasan ini, saya perlu menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi
satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani selama 30 minit. Rancangan Pengajaran Harian yang
dihasilkan perlu berpandukan gaya pembelajaran Mosston & Ashworth. Saya memilih tajuk
‘Kesedaran Ruang’ Tahun 1. Untuk penghasilan RPH, saya perlu mengenalpasti standard kandungan
dan pendekatan yang biasa digunakan dalam proses P&P Pendidikan Jasmani.
Setelah melakukan banding beza antara semua jenis gaya pengajaran Mosston & Ashworth,
saya telah memilih Gaya Arahan (A) sebagai gaya pembelajaran di dalam RPH saya. Hal ini kerana
gaya ini sesuai dengan tajuk yang saya ajar dan tahap perkembangan murid-murid.. Gaya
pembelajaran ini sesuai kerana murid Tahun 1 baru saja ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah yang baru.
17
Gaya Pembelajaran Arahan (A) merupakan satu gaya tradisional di mana guru mengawal
sepenuhnya proses (P&P). Guru menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Dalam erti kata lain,
saya akan membuat keputusan terhadap perjalanan P&P di dalam kelas.
Kaedah ini akan memberi peluang saya menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan
arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan ulasan terhadap
prestasi murid-murid.
Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran
saya. Saya memilih gaya pembelajaran ini kerana saya mengkehendaki murid untuk meniru setiap
perlakuan yang dilakukan oleh saya semasa proses P&P berjalan.
Di samping itu, saya berasa gembira setelah berjaya menyiapkan tugasan. Hal ini kerana
tugasan ini telah mendedahkan saya mengenai pelbagai gaya pembelajaran yang boleh saya
gunakan untuk mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Saya juga dapat membezakan setiap
gaya pembelajaran dengan lebih terperinci. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya
pada kemudian hari setelah bergelar seorang guru.
Pada awalnya saya mempunyai masalah untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian.
Hal ini kerana sebelum ini saya belum pernah menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang
lengkap. Oleh itu, saya telah bertanya dan merujuk banyak perkara kepada pensyarah mengenai
kekeliruan yang timbul semasa menyiapkan tugasan ini. Saya juga banyak meminta bantuan
daripada rakan-rakan yang telah mempunyai pengalaman dalam praktikum untuk menghasilkan satu
RPH yang baik dan lengkap.
Dalam sesi harapan ini, saya ingin mengungkapkan harapan saya supaya saya dapat
mengubah sifat negatif yang ada dalam diri saya. Saya perlu menjadi seorang guru pelatih yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi oleh pensyarah. Saya juga perlu
bijak dalam menguruskan masa agar saya dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
Di samping itu, untuk menjadi seorang bakal guru yang berintegriti dan amanah saya perlu
menggunakan pengetahuan FPK yang telah saya perolehi dan mengaitkannya dalam proses P&P
Pendidikan Jasmani untuk dijadikan penunjuk arah semasa berada dalam intitusi pendidikan ini.
18
Sekiranya saya mahu menjadi seorang manusia yang cemerlang, saya harus melakukan
anjakan paradigma dalam diri saya untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti dari pelbagai
aspek. Saya perlu menjadi lebih rajin dalam mencari maklumat berkaitan dengan bidang keguruan
supaya saya lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.
Secara peribadi, saya berharap pemberian tugasan seperti ini kepada guru pelatih adalah
satu usaha yang baik dan harus diteruskan pada masa hadapan kerana melalui tugasan ini, saya
dapat mengenali diri saya sendiri dengan lebih mendalam dapat memperbaiki kelemahan yang ada
pada diri.
19
top related