report jalil
Post on 15-Feb-2015
445 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ZIKAY GROUP SDN. BHD.
Aras 8, Bangunan ZIKAY
53, Jalan Raja Alang, Kampung Baru,
50300, Kuala Lumpur.
DISEDIAKAN OLEH :-
NAMA : ABDUL JALIL BIN ABOO BAKER
NO. PENDAFTARAN : 04 DUB F 043
JABATAN : KEJURUTERAAN AWAM
TEMPOH LATIHAN : 14 JANUARI 2008 - 14 JUN 2008
1
BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.1 Pengenalan
Saya telah menjalani latihan industri saya selama 6 bulan di salah sebuah
syarikat berdaftar di Kuala Lumpur . Syarikat yang dimaksudkan adalah ZIKAY
Group Sdn Bhd yang beralamat dibangunan sendiri iaitu di aras 8, Bangunan Zikay,
53, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Pada bahagian ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai latar
belakang organisasi, aktiviti perniagaan yang dijalankan, misi dan objektif, carta
organisasi serta latarbelakang pihak yang terlibat dalam pengurusan ZIKAY Group
Sdn Bhd.
2
1. Menambah pengalaman dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran
pelajar.
2. Menimbulkan kesedaran dan meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran
di Politeknik.
3. Membolehkan pelajar mengaitkan teori – teori kepada praktikal dan
sebaliknya.
4. Meluaskan pergaulan dengan ahli kumpulan pekerja , pengurus syarikat
atau kilang mahupun pelanggan di tempat latihan.
5. Mananam sifat lebih bertanggungjawab dan sentiasa patuh pada arahan
yang diberikan oleh majikan.
6. Menanam sifat amanah dan berdedikasi
7. Membina keyakinan diri serta sentiasa bersedia menyelesaikan masalah
yang bakal dihadapi.
8. Menanam semangan kerja berpasukan dan perhubungan baik sesame
pekerja dan majikan.
9. Menilai kebolehan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan ,
kesanggupan dan sikap kapada bakal majikan.
10. Menyediakan satu laporan industri yang lengkap berkaitan dengan apa yang
telah dipelajari semasa latihan.
3
1.3 Objektif Laporan
1. Sebagai mengikuti syarat yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.
2. Dapat dijadikan sebagai bukti tugas – tugas yang dijalankan oleh setiap
pelajar yang mengikuti latihan industri.
3. Dapat dijadikan sebagai bahan rujukan apabila pelajar bekerja dengan mana –
mana syarikat nanti setelah tamat pengajian di Politeknik
4. Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi
pula , laporan ini adalah amat berguna sebagai rujukan.
5. Sesetengah syarikat suka melihat laporan yang disediakan oleh pelajar
Politeknik. Ini merupakan satu kelebihan kepada pelajar – pelajar Politeknik.
6. Dapat dijadikan sebagai sandaran apabila pelajar menjalani temuduga kerja
kelak.
1.4 Kepentingan Latihan Industri
Setelah tamat latihan industri yang dijalani oleh penuntut di sesebuah firma ,
para penuntut diwajibkan menghasilkan satu laporan yang lengkap dan mengikut
piawaian yang ditetapkan oleh Politeknik mengenai perjalanan kerja yang telah
dilakukan sepanjang menjalani latihan industri.
Penghasilan buku laporan ini dapat mendokumentasikan semua aktiviti yang
telah dilalui dan depelajari. Satu kerja yang cemerlang tidak bermakna apabila tidak
dapat diadaptasikan dalam sesebuah laporan yang baik , piawaian ini juga melatih
para pelajar supaya berupaya mengikut arahan – arahan yang telah ditetapkan
keatasnya dan mematuhi kehendak sesebuah industri.
4
Antara tujuan dan objektifnya ialah :-
Menilai sejauh mana kebolehan pelajar dalam menyiapkan sesebuah laporan
industri yang dijalankan.
Memastikan para pelajar berkenaan telah tamat menjalani latihan industri.
Menilai sejauh mana pengetahuan yang telah diperolehi dan difahami
sepanjang latihan.
1.5 Latar Belakang Syarikat
ZIKAY Group merupakan salah satu syarikat bumiputra yang berdaftar di
Malaysia . Ia telah diperbadankan pada tahun 1995 iaitu merupakan syarikat kedua
setelah penubuhan Kembang Serantau iaitu sebuah syarikat kontrak kelas A lanskap
kecil yang menawarkan perkhidmatan lanskap kepada pemaju perumahan. Pada
asalnya syarikat ini beroperasi di salah sebuah flat yang terdapat di Sentul.
Kemudian, ia telah menyewa bangunan Wisma Mawar iaitu di 36 C, Wisma Mawar,
Jalan Raja Alang, 50300, Kuala Lumpur. Tetapi berkat usaha dan kegigihan dua
orang anak En. Ibrahim, iaitu Dato’ Mohd Khay Ibrahim dan En Iszahar Ibrahim,
mereka telah berjaya membeli bangunan sendiri yang dulu dikenali sebagai Wisma
Datuk Dagang di Jalan Raja Alang yang beralamat aras 8, Bangunan ZIKAY, 53,
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.
Pada dasarnya ZIKAY Group ini dikendalikan oleh dua orang anak muda
melayu yang berwawasan tinggi dalam perniagaan. Dua anak muda yang
dimaksudkan adalah Dato’ Mohd Khay Ibrahim dan En Iszahar Ibrahim. Kedua-dua
anak muda ini merupakan pasangan adik beradik yang menjadi tungak kepada
keutuhan dan kemajuan ZIKAY Group.
5
Kedua-dua anak muda ini telah mengambil risiko di mana penubuhan
ZIKAY Group ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.
Keputusan ini diambil kerana beliau dua beradik begitu yakin dan pasti bahawa
peluang dan potensi dalam industri perumahan terbuka luas dan telah terbukti
bahawa ZIKAY Group mampu untuk terus berkembang daripada sebuah syarikat
kecil kepada sebuah syarikat besar walaupun telah menerima tempias ekoran
daripada kemelesetan ekonomi.
Penubuhan ZIKAY Group semakin berkembang apabila beberapa anak
syarikat, pertubuhan dan syarikat usahasama telah melibatkan diri dalam aktiviti
pembinaan yang dijalankan oleh ZIKAY Group. Antara syarikat yang terdapat di
dalam Zikay Group ialah Kembang Serantau Sdn Bhd, Sitescape Sdn Bhd, Wordline
Secourity Services Sdn Bhd, Kencana Vest (M) Sdn Bhd, Zikay Reality Sdn Bhd,
Alur Jerneh Sdn Bhd, Pimpin Manis Sdn Bhd, Konsortium SKS Bhd dan Tuah
Tetangga Sdn Bhd.
ZIKAY Group kini telah melebarkankan sayap perniagaannya ke beberapa
buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Perak, Johor, Melaka, Selangor, Kuala
Lumpur dan idea memperluasan empayar ZIKAY Group akan diperluaskan di
Wilayah Persekutuan Labuan pula.
Selaras dengan perkembangan tersebut, ZIKAY Group kini mempunyai lebih
kurang 120 orang pekerja yang terdiri daripada 100% anak bumiputra.
6
ZIKAY Group tidak hanya melibatkan diri dalam satu jenis perniagaan
sahaja. Antara aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh ZIKAY Group ialah
dalam bidang pemaju hartanah, kontrak, perkhidmatan nasihat, perkhidmatan sekuriti
dan juga pertanian.
Dalam bidang pemaju hartanah ZIKAY Group mempunyai beberapa buah
rakan syarikat yang terlibat iaitu Alur Jerneh Sdn Bhd, Kencana Vest Sdn Bhd,
Pimpin Manis Sdn Bhd, Tuan Tetangga Sdn Bhd, Zikay Realty Sdn Bhd, Konsortium
SKS Berhad dan Jabalnur Properties Sdn Bhd.
1.5.1 Latar belakang Penubuhan Organisasi
Nama Firma : Zikay Management Services Sdn Bhd
Alamat Pendaftaran : Aras 8 Zikay, 53, Jalan Raja Alang,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur .
No.Tel : 03-26988789
No.fax : 03-26924789
Status Bumiputra : 100% Bumiputra
Pengarah : Dato’Mohd Khay bin Ibrahim
7
1.5.2 Anak-anak syarikat dibawah Zikay Group
Alur Jerneh
Alur Jerneh Sdn Bhd mengendalikan projek di Meru Klang dan kini ianya
dikenali sebagai Taman Jerneh. Projek Alur Jerneh Sdn Bhd melibatkankan
pembangunan tiga unit kedai pejabat yang terdiri daripada empat tingkat, dua puluh
unit rumah teres dua tingkat dan 2 unit rumah semi-D. Semasa saya menyiapkan
laporan ini hanya tinggal 3 unit rumah kedai empat tingal sahaja yang masih belum
dijual. Ini kerana rumah kedai ini masih menunggu masa yang sesuai untuk
dilancarkan penjualannya. Selain itu juga Alur Jerneh juga akan mengendalikan
projek perumahan rumah teres 2 tingkat dan semi D-Banglo di Gombak yang terletak
di Batu 8, Kampung Sungai Cincin dan berdekatan dengan Lebuhraya Karak dan
Kuala Lumpur – Bentong serta berhampiran dengan Universiti Islam Antarabangsa
(UIA). Projek perumahan ini melibatkan 154 unit rumah dan hanya menunggu
kelulusan dari pihak berkuasa tempatan untuk pembinaanya.
Kencana Vest Sdn Bhd
Kencana Vest Sdn Bhd mengendalikan projek di Shah Alam berhampiran
dengan MAKRO Hypermarket. Projek ini telah dilancarkan pada akhir tahun 1996
dengan membangunkan 51 unit kedai pejabat yang terdiri daripada 4 tingkat. Ianya
kini telah habis dijual dan telah siap pada pertengahan tahun 1999. Daripada 51 unit
rumah kedai ini, 2 bangunan telah dijadikan kolej dan rumah penginapan bagi
pelajar-pelajar Pusat Teknologi Perniagaan Lanjutan (PTPL) di Seksyen 13, Shah
Alam.
Projek terbaru yang masih dalam perancangan yang akan dikendalikan oleh
Kencana Vest Sdn Bhd ialah Projek Pembinaan 124 unit kondominium mewah yang
terdiri daripada 12 tingkat.
8
Projek ini masih menunggu keputusan oleh pihak-pihak tertentu untuk
dilaksanakan bagi memenuhi objektif dan misi Kencana Vest Sdn Bhd sendiri.
Pimpin Manis Sdn Bhd
Pimpin Manis Sdn Bhd mengendalikan satu projek diatas tanah kerajaan
seluas 16.8 ekar di Sungai buloh iaitu Subang Impian dimana projek ini terletak di
Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, Shah Alam. Lokasi projek ini berdekatan
dengan jalan utama Sungai Buloh-Batu Tiga dan juga Lapangan Terbang Subang.
Projek ini juga telah mendapat Lesen Pemaju Perumahan dari Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan bernombor 7244-1/02-2007/1091 yang
berkuatkuasa dari 17 Febuari 2005 sehingga 16 Febuari 2007 (salinan lesen pemaju
ada dilampirkan dibahagian lampiran)
Tuah Tetangga Sdn Bhd
Tuan Tetangga Sdn Bhd mengendalikan projek Bangi di Bandar Baru Bangi,
Selangor iaitu berdekatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi Golf
Resort dan juga Kompleks PKNS. Projek ini merupakan usahasama diantara Tuah
Tetangga Sdn Bhd bersama-sama kerajaan tempatan negeri Selangor Darul Ehsan.
Projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 454 unit rumah teres dua tingkat.
Pembangunan projek ini dibahagikan kepada 3 fasa, iaitu fasa satu melibatkan
pembangunan 154 unit rumah teres. Bagi fasa 2 pula ianya melibatkan sebanyak 153
unit rumah teres dan fasa ketiga melibatkan 147 unit rumah dan sebuah stesen
minyak.Fasa satu dan dua telah habis dijual manakala bagi fasa ketiga pula hanya
tinggal 10 peratus sahaja lagi yang masih belum dijual.
9
Zikay Realty Sdn Bhd
Zikay Realty Sdn Bhd mengendalikan projek di Nilai, Negeri Sembilan.
Projek ini melibatkan pembangunan seluas 6 ekar kawasan tanah di Nilai iaitu
melibatkan pembangunan 2 stesen minyak petrol dan 20 unit kawasan perumahan
banglo.
Konsortium SKS Sdn Bhd
Projek terbaru bagi Konsortium SKS Sdn Bhd adalah di Taman Tasik Biru
yang terletak di Lot 5068 dimana ia merupakan sebahagian dari Tanah Kerajaan
Kampung Setia Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Keluasan
tapak projek ini ialah 66.3 ekar. Ia terletak lebih kurang 3km dari jalan raya utama
dan 8km dari pekan Sungai Buloh.Projek ini terbahagi kepada 7 fasa.
Jabalnur Properties Sdn Bhd
Jabalnur Properties Sdn Bhd mengendalikan projek perumahan untuk kos
rendah dan kos sederhana di Kuala Selangor. Projek ini melibatkan kawasan seluas
91 ekar tanah. Walaubagaimanapun projek ini masih menunggu akan kelulusan dari
pelbagai pihak dan dijangka jumlah jualan adalah dianggarkan kira-kira RM200 juta
ringgit.
10
Kembang Serantau Sdn Bhd
Dalam bahagian kontrak, syarikat yang bertanggungjawab ialah Kembang
Serantau Sdn Bhd. Syarikat ini dianugerahkan oleh Kementerian Pembangunan
Usahawan (Pusat Khidmat Kontraktor) untuk lesen Kontraktor Lesen A dan berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan juga Lembaga Pembangunan
industri pembinaan Malaysia (CIDB).
Kembang Serantau Sdn Bhd bermula sebagai sebuah syarikat landskap kecil
tetapi syarikat ini mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu dari segi misi,
pengalaman dan kemahiran oleh pihak yang terlibat dalam syarikat itu sendiri. Selain
itu, ianya juga menitik beratkan tentang hubungan baik antara pihak syarikat dan juga
pelanggan.
SitesCape Sdn Bhd
Dalam bahagian khidmat perunding, syarikat yang bertanggungjawab ialah
SitesCape Sdn Bhd. SitesCape Sdn Bhd ditubuhkan pada 8 February 1993 dan
merupakan syarikat pakar runding senibina lanskap yang pertama. SitesCape Sdn
Bhd bermula dengan beberapa projek kecil dengan merekacipta lanskap iaitu: -
Cadangan lanskap di Kompleks 3 tingkat Majlis perbandaran Subang Jaya
untuk Tetuan Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Cadangan Taman Awam Tasik Seremban, Negeri Sembilan untuk Tetuan
Majlis Perbandaran Seremban.
11
Cadangan pengindahan dan penyediaan rekreasi di Taman Rimba Ampang
untuk Tetuan majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Cadangan pembangunan untuk Taman Metropolitan, Kepong untuk Tetuan
Dewan Bandaraya KualaLumpur.
Cadangan pembangunan perumahan 213 unit fasa 2A dan 194 unit di fasa 2B
di Enstek Science City, Mukim Labu, daerah Seremban untuk tetuan Majlis
TH-NSTC Sdn Bhd.
Cadangan penyediaan pelan induk Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur
untuk Tetuan Majlis Perbandaran Kuantan.
Worldline Security Sdn Bhd
Dalam perkhidmatan sekuriti syarikat yang terlibat ialah Worldline Security
Sdn Bhd. syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1993 dan merupakan salah satu syarikat
sekuriti di negara ini. Syarikat yang terdiri daripada 100% bumiputera ini adalah
naungan Dato’ Mohd Khay Ibrahim dan Iszahar Ibarahim serta telah mendapat lesen
daripada Kementerian hal ehwal perumahan dibawah Akta agensi persendirian 1979.
Syarikat ini mempunyai tenaga kerja yang terdiri daripada golongan professional.
Syarikat ini beroperasi di beberapa negeri iaitu iaitu Kuala Lumpur , Selangor Pulau
Pinang, Perak dan juga Johor. Ianya menawarkan perkhidmatan pengiring
keselamatan pengawal peribadi, penyiasat Persendirian, memerhati keselamatan dan
bahagian-bahagian yang berkaitan dengan keselamatan.
12
MRZ Base (M) Sdn Bhd
Dalam bahagian pertanian pula, syarikat yang terlibat ialh MRZ Base (M)
Sdn Bhd. syarikat ini merupakansyariakt baru dalam Zikay Group. Ia bertujuan
membangunkan 100 ekar tanah di Utara Malaysia . Syarikat ini mengendalikan
penternakan lembu di mana diawal penglibatan syarikat ini telah dibekalkan dengan
100 ekor lembu. Dijangka dalam masa dua tahun ini, jumlah bilangan lembu akan
meningkat kepada 500 ekor lemb
1.5.3 Objektif Dan Misi Syarikat
ZIKAY Group telah mencapai kejayaan yang membanggakan walaupun pada
awal penubuhannya negara sedang mengalami masalah kemelesetan ekonomi.
Keadaan ekonomi pada masa penubuhannya tidak memungkinkan Zikay group untuk
terus bersaing dengan syarikat besar yang lain. Zikay Group telah menetapkan misi
yang akan dicapai oleh Syarikat pada masa yang akan datang.
Zikay group mempunyai matlamat untuk mengembangkan ke peringkat
antarabangsa agar ianya dapat bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang
lain.Selaras dengan tujuan ini, Zikay group telah mengambil langkah untuk
meningkatkan kualiti kerja dengan mengambil pekerja yang berkemahiran serta
memperbaiki perkhidmatan yang ditawar kepada pelanggan. Ini kerana mereka
berpendapat bahawa pelanggan merupakan penentu kepada kejayaan syarikat.
13
1.5.4 Tunggak Kejayaan Zikay
Diantara golongan yang terlibat dalam menyumbang kejayaan syarikat ialah :-
En. Dato Mohd Khay Ibrahim
En. Dato Mohd Khay Ibrahim merupakan seorang graduan dari Institut
Teknologi Mara dalam jurusan Diploma Perakaunan. Beliau telah menamatkan
pendidikan pada tahun 1979. Sebelum beliau menubuhkan Kembang Serantau, beliau
pernah menjawat beberapa jawatan professional disyarikat-syarikat lain. Antara
jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah juruaudit dan akauntan.
Setelah berkecimpung selama lebih kurang 12 tahun dalam pelbagai
organisasi, beliau telah merasa jemu dan mula berhasrat untuk menguruskan
perniagaannya sendiri. Pada tahun 1991, beliau telah mengambil keputusan untuk
berkongsi modal dengan adiknya, En Iszahar bagi menubuhkan Kembang Serantau
Sdn Bhd.
En. Iszahar Ibrahim.
En. Iszahar merupakan salah seorang graduan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1985.
Selepas menamatkan pengajiannya di UKM beliau telah menyertai Fimco
Management Sdn Bhd sebagai “ Project Adminidtrator” selama 5 Tahun dan
menceburkan diri di dalam Kembang Serantau Sdn Bhd pada tahun 1991. Beliau
merupakan pengarah kepada semua syarikat yang terdapat dalam ZIKAY Group.
.
14
Anuar Mohammed
Graduan dari Nagaoka University Of Technology Japan dalam jurusan Ijazah
Kejuruteraan Dalam Sivil jurutera. Juga pemegang Diploma Lingusitik dalam bahasa
Jepun. Berpengalaman bekerja sebagai junior juruteknik di Tokyo
Development Corp. di Jepun selama 2 tahun sebelum pulang ke Tanah Air. Setelah
pulang ke Malaysia beliau bekerja di Japan Development Corp. (M) Sdn Bhd sebagai
Jurutera Tapak.
Bekerja di KemBang Serantau Sdn Bhd pada bulan May 1997 sebagai
Jurutera Projek dan bertanggungjawab kepada projek Kencana Vest (M) Sdn Bhd,
Pimpin Manis Sdn Bhd, Alur Jerneh Sdn Bhd dan Sinar Fadzilat sdn Bhd.
Tajul Ariffin Abd Rahim.
Graduan dari Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak. Mempunuyai pengalaman
dalam pelbagai di syarikat sebagai Penyelia tapak. Beliau telah menyambung
pelajaran di tahap yang tinggi lagi iaitu ke peringkat Izazah dalam jurusan Sivil
Kejuruteraan
Amini Ibrahim.
Merupakan graduan dalam Ijazah Persuratan dan mempunyai Diploma
Pendidikan daripada Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1978.
Kerjaya bermula sebagai guru di Yayasan Anda dari tahun 1978 sehingga 1983.
15
Selepas itu beliau bekerja di Datuk Dagang Sdn Bhd sehingga tahun 1992
sebagai Eksekutif Admin. Selepas itu beliau kemudiannya menyertai Kembang
Serantau Sdn Bhd pada tahun 1999 sebagai Pengurus Pembangunan Sumber
manusia.
Beliau merupakan graduan daripada Universiti Teknologi Mara (UITM)
dalam bidang perakaunan. Beliau menamatkan Diploma perakaunan pada tahun 1994
dan kemudianya menyambung semula pelajarannya ke peringkat Ijazah dan
menamatkan pengajiannya pada tahun 1996. Beliau memulakan kerjayanya di
Shamsir Jasani Grant Thornton sebagai Auditor iaitu dari tahun 1996 sehingga 1998.
Selepas itu, beliau kemudiannya berkerja di Insan Communication Sdn Bhd sebagai
Pegawai Akaun. Beliau mula menyertai Kembang Serantau Sdn Bhd pada April 2000
sebagai Pengurus Jabatan Akaun.
16
1.6 Carta Organisasi
17
BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI
2.1 Ringkasan Aktiviti
Minggu Pertama (14 Januari – 19 Januari 2008)
Melapor diri di pejabat ZIKAY MANAGEMENT SERVICES Sdn Bhd,
di aras 6 Zikay, 53, Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur.
Berjumpa dengan pegawai HR iaitu Pn Jamaliah Bt Abd Majid dan beliau
telah memerangkan peraturan disiplin di Zikay Group yang perlu kami patuhi.
Kemudian kami dibawa ke “department” masing-masing.
Saya telah ditempatkan di “department property “yang berada di tingkat 8
bangunan Zikay tersebut.
Sesi suai kenal dengan pekerja “property” dan “marketing” dilakukan oleh En
Zakry yang telah memperkenalkan semua pekerja Zikay Group.
Talimat @ sesi suai kenal bersama penyelia saya En.Fadzili Tahir
Saya dikehendaki mengira G.F.A (Gross Floor Area), Internal & External
Wall bagi projek 2008/TTSB/Jengka
Saya juga diminta mengira luas jalan
18
Measurement’ line marking, direction arrow, car park marking dimana
pengiraan tersebut diukur dalam unit meter,number.
‘Measurement’ bagi ‘excavation work’ bagi U-Drain, lean concrete, concrete
base, concrete cover, brc, dan lain-lain.
Membuat kerja-kerja ‘variation order’ iaitu senaraikan perbezaan dari ‘list of
detail’ antara dokumen kontrak dan ‘construction drawing’
Minggu Kedua (21 Januari – 25 Januari 2008)
Menyambng kerja-kerja ‘measurement’ iaitu kerja yang melibatkan ‘drainage’
seperti kerja-kerja penggalian,kerja konkrit dan brc.
Kerja-kerja tersebut handaklah diasingkan mengikut saiz diameter paip, u-
drain dan paip culvert.
Saya diminta untuk membuat ‘check drawing’ bagi pjojek Maran iaitu
‘construction, costing & tender drawing’ samada setiap lukisan yang
diserahkan oleh pihak perunding mencukupi atau tidak.
Saya juga membuat perbandingan antara lukisan kontrak dan ‘construction’.
Saya diminta membuat surat kepada Puan Hasma(KMS Ingeniur S/B)
kerana terdapat beberapa kekeliruan dalam ‘drainage drawing’ serta
meminta pihak KMSI mengemukakan lukisan yang terkini.
Saya diterangkan oleh En.Musfazli (QA QC) mengenai jenis-jenis lukisan
yang terdapat dalam industri pembinaan iaitu ‘costing, tender, contract,
construction dan as-built’.
Setiap projek bermula dengan lukisan ‘costing’ dan diakhiri dengan ‘as-built’.
19
Minggu Ketiga (28 Januari – 2 Fabuari 2008)
Saya diminta untuk membuat ‘master list of drawing,
Ia merupakan kerja mengawal segala lukisan yang masuk di Zikay bagi
semua projek-projek dibawah kendalian Zikay Group.
Setiap lukisan diasingkan mengikut No lukisan,jenis , saiz lukisan dan tarikh
lukisan tersebut diterima.
Antara tujuan membuat membuat ‘master list drawing’ ialah.
1. Untuk mengawal bilangan lukisan supaya tidak menyebabkan
kesilapan dalam psoses pembinaan.
2. Untuk mengetahui jumlah lukisan bagi setiap satu projek.
3. Untuk mengetahui status setiap lukisan bagi sesuatu projek.
4. Mengetahui bilangan ‘revision’ bagi sesuatu lukisan yang sama
supaya sesuatu lukisan yang sama tidak berlaku pengulangan lagi.
Saya menghadiri ‘site meeting’ bagi projek (2005/SKS/TB-Phase1) tujuan
utama mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan status C.F, seperti
sebab-sebab mengapa pihak Bomba masih tidak mengeluarkan surat
sokongan, serta membincangkan pihak berkuasa tempatan @ Mallis hendak
mengeluarkan C.F
Saya telah menghadiri ‘site meeting’ bagi projek (2005/SKS/SPNB/Tasik
Biru) iaitu ‘site coordination meeting’ bagi membincangkan status atau ‘work
progress’ bagi projek tersebut.
Minggu Keempat (4 Fabuari – 8 Fabuari 2008)
Saya terlibat dalam kerja – kerja pengasingan dokumen dari TNB bagi projek
Tasik Biru
Saya mengemas kini lukisan tender bagi Projek Maran bagi Mekanikal dan
Elektrik dari Perunding Metro.
Saya diminta untuk membuat panggilan serta membuat temu janji dengan
Pihak makanan segera seperti KFC, Pizza Hut , Mc Donald , Starback Café
dan lain – lain.
20
Ia bertujuan bagi meminta pihak berkenaan untuk membuka cawangan di
Maran bagi tujuan promosi.
Minggu Kelima (11 Fabuari –16 Fabuari 2008)
Membuat persediaan bagi ‘site meeting’ seperti fax minit mesyuarat yang
lalu bagi membincangkan perkara yang tertangguh.
Menghubungi semua pihak yang terlibat dalam mesyarat bagi projek Tasik
Biru/ SPNB.
Saya menghadiri ‘site meeting’ di Tasik Biru bagi projek
(2005/SKS/SPNB/Tasik Biru/PCM)
Ia membincangkan mengenai perkembangan projek tersebut, dimana projek
tersebut telah mancapai 70.92%.
Saya dikehendaki membuat tugas-tugas yang tertangguh @ ‘follow up’
semasa ‘site meeting’, antaranya ialah menhubungi Halim Associate(QS)
mengenai dokomen kontrak, lukisan kontrak dan ‘construction drawing’.
Membuat kerja-kerja pengukuran bagi projek Kondo Zikay iaitu mengira
GFA.
Minggu Keenam (18 Fabuari –23 Fabuari 2008)
Saya terlibat dalam ‘Interim Progress Certificate’ dengan menghantar
‘certificate’ ke Halim Associate (QS) bagi pengesahan.
Saya terlibat dalam kerja-kerja Audit bagi landscape untuk projek Tasik
Biru/SPNB
Antara kerja-kerja yang terlibat ialah mengasingkan jumlah bilangan pokok-
pokok bagi kerja Infra mengikut jenis-jenis dalam ‘construction drawing’.
Terlibat dalam ‘progress claim’ seperti mengira ‘delivery order’ bagi ‘material
on site’ seperti batu-baur, brc, tetulang utama , batu-bata dan lain-lain.
21
Saya terlibat dalam ‘internal site progress meeting’ di Tasik Biru.
Saya juga telah mengadakan lawatan ke tapak bina bersama seorang
penyelia tapak.
Saya telah melihat cara – cara pembinaan parit.
Minggu Ketujuh (25 Fabuari –1 Mac 2008)
Saya dikehendaki membuat perbandingan antara ‘construction drawing’
dengan lukisan kontrak iaitu dari segi bilangan muka surat dan
mengasingkan samada lukisan tersebut berada dalam skop ‘civil,
architectural, structure & landscape.
Ia bertujuan bagi memudahkan sebarang rujukann serta memudahkan bagi
kerja-kerja V.O yang dituntut oleh sub-kontraktor.
Terlibat dalam penyediaan senarai kuantiti bagi projek (2007/ TTSB/
MARAN) bagi kerja-kerja jalan , longkang dan perparitan.
Menghadiri ‘site meeting’ Tasik Biru
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu- bata ,’ceramic
tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Minggu Kelapan (3Mac –8Mac 2008)
Mendengar penerangan dari Pn Marlina mengenai jenis – jenis
kontrak iaitu terdiri daripada IEM (89) , JKR 203 , JKR 203A , PAM
2006 With and Without Quantity , CIDB , DESIGN & BUILT (2002)
dan ‘CONVOSIONAL’.
Saya diminta mencari semua surat – surat sokongan dari MPS bagi
projek Kundang Tasik Biru.
22
Saya juga diminta mencari hak SKS dalam dokumen kontrak
berkenaan dengan isu fasa 2 yang tidak dapat kebenaran dari SPNB
untuk memulakan kerja pembinaan.
Mengkaji ‘Clouse 39 Possession on Site’ dalam dokumen kontrak
dimana SPNB tidak boleh memecat terus kontraktor dibawah ‘clause’
ini.
Saya diminta untuk mengira bilangan rumah mengikut jenis – jenis
bagi projek Maran.
Terlibat dalam kerja anggaran kos bagi projek Kondo Zikay dimana
mengira keluasan lantai dalam unit M2 dan Sf.
Mengira luas jalan bagi projek Subang Impian fasa 5, dimana jalan
hendaklah dikira dari hujung berhampiran kerb.
Bagi jalan premix kawasan parking hendaklah dikira sekali tanpa
membuat pengasingan dalam pengiraan.
Saya ke pejabat Halim Associate bagi tujuan mengambil PBI no 22
bagi tujuan claim.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu-
bata ,’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Minggu Kesembilan (10Mac –15 Mac 2008)
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi Projek Maran iaitu longkang dan
paip kumbahan.
Saya terlibat dalam membuat penyiasatan rumah bagi Projek Tasik Biru fasa
1
Antara aspek yang dilihat ialah melihat keadaan rumah tersebut samada
berada dalam keadaan yang baik atau tidak.
Ini adalah bertujuan supaya rumah – rumah tersebut berada dalam keadaan
yang baik sebelum majlis penyerahan kunci
23
Antara kerosakan yang ada ialah seperti ciling pecah, tombol pintu rosak ,
lantai retak dan lain – lain.
Saya dikehendaki membuat kerja – kerja semakan kesalahan pendaraban
dan menjumlah bagi Projek Maran.
Antara elemen yang dikira ialah kerja – kerja awalan , kerja bangunan , kerja
M & E dan kerja – kerja infrastruktur
Minggu Kesepuluh (17Mac –23 Mac 2008)
Saya terlibat dalam majlis membuka tander bagi Projek Maran
Saya dikehendaki membuat senarai kenderaan yang diberi oleh
Zikay kepada SPNB bagi projek Tasik Biru.
Saya membuat kerja – kerja pengukuran iaitu keluasan lantai bagi
projek Zikay Kondo.
Saya ke Syed Halim (Arkitek) untuk mengambil sijil layak menduduki
yang dikeluarkan pihak Arkitek bagi rumah – rumah untuk projek
Tasik Biru fasa 1.
Saya ke Pejabat Tanah Kuala Lumpur bagi tujuan carian hak milik
tanah. Ia bertujuan untuk mengetahui lot – lot tanah.
Saya ke JKR Sultan Salahuddin untuk membeli Jadual Kadar Harga
yang terkini.
Membuat kerja – kerja audit landscape Projek Tasik Biru.
Saya mencari sedikit maklumat bagi penyediaan laporan akhir.
Saya terlibat dalam Majlis Penyerahan Kunci bagi projek Tasik Biru
fasa 1.
Kami perlu menyerahkan kunci bersama barang sanitari dan borag
kerosakan, sanitari dan elektrik.
24
Minggu Kesebelas (24Mac –29 Mac 2008)
Saya dikehendaki membuat panggilan kepada perunding bagi tujuan
menjemput mesyuarat setelah surat di fax.
Saya ke Jupem untuk membeli C.P plan bagi tujuan mengetahui lot –
lot tanah serta sempadan tanah.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu- bata
’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Menaip jadual kadar harga bagi tujuan penyediaan senarai kuantiti.
Menyiapkan senarai semua lukisan Projek Maran bagi tujuan
pengawalan.
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi Zikay Kondo.
Membuat semula kronologi mengenai kolam tadahan dari KMSI
karana ia tidak lengkap.
Saya dikehendaki membuat ‘draf’ penyataan akaun akhir.
Saya ke Majlis Bandaran Shah Alam bagi tujuan mendapatkan Sijil
Layak Menduduki.
Membuat kerja – kerja audit landscape bagi Projek Tasik Biru.
Mencari surat – surat yang berkaitan dengan fasa 2 Projek Tasik
Biru.
Minggu Kedua belas (31Mac – 5 April 2008)
Saya ke SPNB menghantar Bayaran Interim no 23.
Saya menyiapkan Kronologi mengenai kolam tadahan hujan untuk
dibawa bersama untuk mesyuarat bersama SPNB oleh En.Anuar.
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi keluasan lantai bagi Projek
Maran,
Mengikuti perkembangan bayaran Interin no 21.
25
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi system perparitan untuk
Projek Jengka.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu- bata
’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Saya ke MBSA bagi tujuan pemohonan lawatan tapak bagi Projek
Kencana Vest.
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi keluasan lantai bagi Projek
Jengka bagi tujuan Kajian Kemungkinan.
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi rimah berkembar 1 tingkat .
Elemen yang dikira ialah dinding bata bagi dalam dan luar , kemasan
lantai , dinding dan lain – lain.
Minggu Ketiga belas (7April –12 April 2008)
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi keluasan lantai bagi Projek
Jengka
Elemen yang dikira ialah dinding bata bagi dalam dan luar , kemasan
lantai , dinding dan lain – lain.
Saya mempelajari ‘skill’ untuk membuat kerja – kerja pengukuran
daripada Penyelia saya En Fadzili Tahir.
Banyak terlibat dalam kerja – kerja pengukuran bagi Projek Jengka.
Mengemaskini lukisan bagi projek Maran.
Minggu Keempat belas (14 April –19 April 2008)
Saya membuat kerja – kerja pengukuran iaitu keluasan lantai bagi
projek Zikay Kondo.
Kerja – kerja pengukuran bagi projek Maran iaitu bagi ‘skirting’ dan
‘drop’.
Mencari surat – surat berkaitan akaun akhir bagi Sub- Kontraktor.
Saya belajar elemen bumbung dengan En Mohsin.
26
Saya terlibat dalam proses persediaan mesyuarat kebenaran
penukaran hak milik antara pemaju dan pembeli bagi Projek Subang
Impian.
Membuat surat menjemput mesyuarat bagi membincangkan akaun
akhir.
Terlibat dalam penyediaan bayaran interin no 23.
Minggu Kelima belas (21 April –26 April 2008)
Mencari cukai tafsiran bagi membuat pembayaran.
Menghadiri mensyuarat yang membincangkan mengenai akaun akhir
kepada sub-kontraktor bagi projek Tasik Biru fasa 1.
Membuat minit mesyuarat.
Mengenal pasti lot – lot tanah yang terlibat bagi membuat jalan
masuk dari lebuhraya Guthrie bagi projek Tasik Biru.
Menghadiri ‘presentation’ TAC System dimana syarikat tersebut ingin
Zikay menggunakan produknya bagi projek Zikay.
Produk yang dimaksudkan ialah menggantikan penggunaan kayu
bagi tujuan kotah acuan kepada aluminium.
Saya terlibat dalam urusan tanah bersama En. Rashid dimana
mencantum Pelan Akuan bagi kawasan – kawasan yang terlibat
dalam membuat jalan masuk bagi projek Tasik Biru.
Saya dikehendaki mengenal pasti lot – lot yang terlibat dari ‘sheet
plan’ kemudian dibawa masuk kawasan tersebut dalam Pelan Akuan.
Menyiapkan minit mesyuarat akaun akhir.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu- bata
’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
27
Minggu Keeman belas (28 April –3 Mei 2008)
Saya ke Pejabat Tanah Kuala Lumpur untuk mencari cukai tanah
bagi lot – lot tanah untuk Projek Zikay Kondo.
Saya ke Projek Kencana Vest iaitu Kolej PTPTL untuk mengira lot –
lot parking kerana terdapat perubahan dalam lukisan dan tapak.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu
mengira ‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah
batu- bata ’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Menghantar tuntutan bayaran interim kepada SPNB.
Saya di minta mengasingkan projek – projek dibawah Rancangan
Malaysia ke9 mengikut negeri – negeri.
Minggu Ketujuh belas (5 Mei – 10 Mei 2008)
Membuat panggilan bagi menjemput Mesyuarat di Tapak bagi Projek
Tasi Biru.
Membuat kerja – kerja audit bagi tujuan kajian kemungkinan bagi
Projek Roniaga.
Membuat persediaan lukisan bagi Projek Bias Jauhari.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu- bata
’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Menghadiri dalam ‘presentation’ CSR Building berkaitan dengan batu
– bata.
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi Projek Maran iaitu dinding
dalan , dinding luar dan jalan raya.
Mengkaji perjanjian jual beli antara pemaju dan pembeli bagi Projek
Tasik Biru fasa 1.
28
Minggu Kelapan belas (12 Mei – 17 Mei 2008)
Menyerahkan borang perakuan pengesahan kerja – kerja tapak
kepada perunding bagi Projek Tasik Biru.
Mengadakan lawatan tapak bagi melihat keberkesanan penggunaan
TAC System iaitu kotak acuan aluminium.
Saya membuat kerja- kerja pengukuran iaitu keluasan lantai bagi
rumah TH-AC dan TH-AB.
Mengira kerja bagi dinding dalam dan dinding luar bagi projek Maran.
Saya ke pejabat CIDB bagi tujuan memohon pengecualian bayaran
levi kerana Projek Taman Seroja Johor ini berada di bawah IBS.
Terlibat dalam penyediaan ‘layout plan’ bagi menunjukan semua
projek – projek yang di jalankan oleh Zikay di Semenanjung
Malaysia.
Minggu Kesembilan belas (19 Mei – 24 Mei 2008)
Membuat panggilan kepada syarikat yang menjual lampu jalan dan
membuat temu janji dengan mereka untuk mengadakan lawatan
tapak.
Membuat kerja – kerja pengukuran dinding luar bagi Projek Maran.
Membuat perbandingan antara kerja pengukuran saya dengan sedia
ada dalam senarai kuantiti.
Mengadakan lawatan ke tapak di Maran bagi projek pembaik pulih
untuk mengetahui sejauh mana kerosakan bangunan tersebut.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu- bata
’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Membuat maklum balas mengenai harga lampu jalan.
29
Minggu Kedua puluh (26 Mei – 31 Mei 2008)
Membuat kesimpulan mengenai status Projek baik pulih Maran.
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi Projek Maran dimana
elemen yang terlibat ialah dinding dalam , dinding luar dan luas
lantai.
Melipat lukisan bagi Projek Taman Seroja.
Terlibat dalam kerja – kerja penyediaan bayaran Interim iaitu mengira
‘Delivery Order’. Antara bahan – bahan yang dikira ialah batu- bata
’ceramic tiles’ ,besi tetulang , ‘U-Drain’ dan lain- lain.
Minggu Kedua puluh satu (2 Jun –7 Jun 2008)
Membuat perbandingan harga bagi kerja – kerja kajian tanah.
Saya ke Jupem Shah Alam untuk membeli pelan akuan (P.A) bagi
tujuan jalan masuk dari lebuhraya Guthrie.
Membuat kerja – kerja pengukuran bagi Projek Maran iaitu elemen
bumbung , lantai tingkat satu , lantai tingkat dua , rasuk dan keluasan
lantai kedai.
Minggu Kedua puluh dua (9 Jun –14 Jun 2008
Membuat Surat Setuju Terima bagi melantik kontraktor untuk kerja –
kerja tanah.
Surat setuju terima mengandungi nama projek , tempoh masa ,
jumlah kontrak , tarikh masuk tapak dan lain- lain.
Terlibat dalam mesyuarat dalaman unit Kontrak bagi membincangkan
status projek – projek kendalian Zikay.
30
Menghantar buku laporan harian kepaa penyelia untuk di semak buat
kali terakhir.
Memberi borang penilaian prestasi kepada penyelia.
31
BAB 3 : KAJIAN KEMUNGKINAN
3.1 Pengenalan
Pembangunan harta tanah merangkumi julat aktiviti yang luas, berkait dengan
tanah dan kegunaan tanah. Untuk sesuatu projek ia dikhususkan kepada
pembangunan tapak seperti perumahan dan/atau rumah kedai, pembangunan
komersial (ruang kedai dan pejabat), hotel dan industri.
Kajian kemungkinan adalah suatu kajian pembangunan harta tanah untuk
menentukan samada projek itu:
a) Patut dilaksanakan
b) Jika patut dilaksanakan, cara terbaik untuk mengoptimakan pulangan dari
porjek tersebut, dan
c) Keperluan pembiayaan dari sumber lain selain daripada modal pemaju/pelabur
32
Untuk sesuatu projek Kajian Kemungkinan dilakukan sebagai asas rujukan
bagi mengemukakan cadangan pembangunan yang berdayamaju (dari segi fizikal,
ekonomi dan undang-undang) dengan mengambilkira semua faktor yang
mempengaruhi pembangunan harta tanah, contohnya sosial, ekonomi, politik dan
perundangan. Selain itu, penyediaan Kajian Kemungkinan akan digunakan sebagai
asas bagi Analisis Kewangan Projek.
3.2 Tujuan dan Objektif Projek
Tujuan projek ialah untuk mengkaji keadaan dan rancangan untuk
melaksanakan sesuatu projek pembangunan dan menentukan samada projek itu
berdaya maju iaitu dapat dilaksanakan dari segi praktik. Kajian kemungkinan akan
menyatakan bahawa projek itu boleh diteruskan atau tidak atau lazimnya, mungkin
boleh dilaksanakan. Laporan ini bukan sahaja memberi saranan tetapi yang lebih
utama, menyediakan data termasuk had-had bagi menyokong saranan tersebut.
Objektif
a). Untuk mengenalpasti ciri-ciri tapak dan keadaan persekitarannya iaitu dari segi
fizikal, perancangan dan perundangan, termasuk juga aspek-aspek sosial dan politik;
sebagai asas rujukan kepada dayamaju projek dari segi fizikal atau teknikal,
perundangan dan sosial.
b). Untuk mengenalpasti keadaan pasaran (tahap permintaan dan penawaran serta
keperluan) sebagai asas rujukan kepada jenis pembangunan yang memberi pulangan
yang optima.
c). Untuk menyediakan asas untuk perincian rekabentuk dan pembinaan.
33
d). Untuk menyediakan analisis kos pembangunan dan analisis nilai pembangunan
kasar, sebagai rujukan kepada cadangan pembangunan yang berdaya maju.
Kandungan Kajian Kemungkinan
Untuk tujuan tugasan/projek ini, kajian kemungkinan mengandungi beberapa
bahagian:
a). Kajian Tapak
b). Kajian Pasaran
c). Pertimbangan am Rekabentuk
d). Analisis Kos Pembangunan
e). Analisis Nilai Pembangunan kasar
d). Cadangan/Rumusan
Contoh Projek
Cadangan Projek Perumahan Bercampur Diatas Lot 1026, Mukim Dengkil, Daerah
Sepeng
Tujuan dan Objektif Projek
Tujuan projek ini ialah untuk mengkaji keadaan dan rancangan untuk
melaksanakan sesuatu projek pembangunan dan menentukan samada projek itu
berdaya maju iaitu dapat dilaksanakan dari segi praktik. Di pihak pemaju khususnya,
mereka hanya mahukan susuatu projek yang mana dapat memberi keuntungan yang
tinggi kepada pihaknya.
Projek ini dijalankan di atas tanah ‘free hole’ seluas 42.32 ekar. Ia meliputi
34
Rumah Pangsa Kos Sederhana 550 unit
Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah 290 unit
Rumah Pangsa Kos Rendah 638 unit
Rumah Sesebuah 21 unit
Kedai 4 Tingkat (22' x 75') 36 unit
Stesen Minyak 1 unit
Antara kos – kos yang di sentuh dalam membuat kajian kemungkinan ialah
Kos bagi kerja mekanikal dan elektrik
Kos penanaman curucuk dan kos bangunan
Kerja pembersihan tapak dan kerja tanah
Kerja infastruktur
Kerja preliminaries
Bayaran kepada para perunding
Kerja-kerja tersebut dijalankan mengikut 3 fasa.
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
Rumah Pangsa Kos Sederhana 350 250
Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah 190 100
Rumah Pangsa Kos Rendah 300 380
Rumah Sesebuah 21
Kedai 4 Tingkat (22' x 75') 18 18
Stesen Minyak 1
35
Anggaran kos bagi skop- skop kerja ialah:-
No. Description Amount %
1.0Piling & Building Cost
$
162,917,000 57%
2.0Site Clearance & Earthworks
$
2,569,036 1%
3.0Infrastructure
$
24,936,415 9%
4.0Preliminaries
$
9,521,123 3%
5.0Consultancy Fees
$
11,996,614 4%
6.0Contigencies Cost
$
3,998,871 1%
7.0Project General Admin
$
3,998,871 1%
8.0Pre-Development Cost
$
47,573,123 17%
9.0Finance
$
7,997,800 3%
36
10.0Marketing
$
8,265,266 3%
Total $
283,774,120 100%
Bagi sesuatu projek terdapat bayaran bagi pihak berkuasa tempatan, antara pihak-
pihak yang terlibat ialah seperti:-
(JPP) JABATAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN
(JPS) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
(TNB) TENAGA NASIONAL BERHAD
(TMB) TELEKOM MALAYSIA BERHAD
(JBA) JABATAN BEKALAN AIR
Antara kerja – kerja infrastruktur terdiri daripada:-
Jenis kerja keluasan Anggran Kos RM
Road 51,724 m2 70 per m2
Drainage 14,368 m 250 per m
Water Recticulation 7,184 m 200 per m
Sewerage 7,184 m 300 per m
Street Lighting 359 no 1500 per no
Landscaping 42.3 ekar 50,000 per ekar
Sewerage Treatment Plant 8265 PE 350 per PE
Elevated Water Tank 2,359,500 lite 3 per liter
37
Kolam takungan air 1.20 ekar 100
Kesimpulan Projek
Kesimpulan yang boleh di buat ialah setiap Pemaju khususnya hanya
mahukan keuntungan dari setiap projek yang di jalankan. Ia terpulang samada dapat
keuntungan yang banyak , sedikit ataupun mengalami kerugian. Berdasarkan kajian
kemungkinan ke atas projek ini di dapati ia berjaya mamperoleh keuntungan sekitar
15 – 20 % keatas sebuah rumah pangsa kos sederhana.
3.3 Hak-Hak Perunding
1. Mendapatkan bayaran yang daripada pihak majikan.
Oleh kerana pihak perunding ini adalah merupakan golongan profesional maka
dengan ini majikan adalah perlu untuk membayar segala khidmat perunding dengan
kadar yang telah ditetapkan. Bayaran yang ditetapkan oleh pihak perunding ini
adalah berbeza-beza antara satu sama yang lain. Oleh itu pihak perunding dengan ini
adalah berhak untuk membuta tuntutan kepada pihak majikan jika mereka gagal
untuk membuat pembayaran.
2. Menjadi wakil kepada pihak majikan.
38
Selain itu juga pihak perunding juga adalah mempunyai hak untuk mewakili
pihak majikan dalam membuat keputusan bagi pihak majikan. Dengan itu pihak
kontraktor dalah dengan ini perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak
perunding ini.
3. Menasihati pihak majikan secara tenikal.
Pihak perunding juga dengan ini adalah berhak untuk memberikan nasihat
sacara teknikal kepada pihak majikan. Ini adalah bertepatan dengan objektif
perlantikan pihak perunding iaitu untuk menjayakan prsjek pembangunan ini dengan
sebaiknya. Dengan memberikan khidmat nasihat kepada pihak majikan maka dengan
ini pihak majikan akan dapat gambaran tentang projek yang akan dijalankan.
Contohnya daripada melalui kajian kemungkkinan yanng telah dilakukan maka pihak
Juruukur Bahan telah memmberikan nasihatnya bahawa projek itu sangat sesuai
dengan lokasi yang dipilih keran sebab-sebab yang tertentu.
Oleh itu pihak majikan akan dapat mengetahui sedikit sebanyak gambaran tentang
projek yang bakan dibangunkan olehnya kelak.
3.4 Tanggungjawap Perunding
Berikut adalah pula senarai pihak perunding yang biasanya terlibat didalam
proses kajian kemungkinan serta tanggungjawabnya:
3.4.1 Arkitek
39
Arkitek adalah merupakan profesional yang banyak memainkan peranan
terpenting didalam sesuatu projek pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh
peranannya iaitu menyediakan rekabentuk dengan memuaskan kehendak klien.
Walaubagaimanapun, tanpa bantuan dari pihak-pihak seperti Jurutera adalah mustahil
proses rekabentuk yang dilakukan oleh pihak Arkitek ini akan mencapai kejayaan.
Oleh itu antara kepentingan dan tanggungjawab Arkitek didalam proses
pembangunan sesuatu projek adalah seperti berikut:
1. Menyediakan rekabentuk.
Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawab untuk
merekabentuk bangunan secara keseluruhan dengan dibantu dengan pihak Jurutera.
Diperingkat ini pihak Arkitek akan menyediakan rekabentuk awalan, rekabentuk
sekim dan rekabentuk terperinci. Disperingkat ini pihak Arkitek adalah dengan ini
bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan dengan mengikut kehendak atau
memuaskan hati majikan.
2. Pentadbir kontrak
Didalam kebanyakan projek-projek swasta yang menggunakan Borang Kontrak
Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) 69 Arkitek adalah merupakan ejen kepada pihak
majikan atau pentadbir kontrak didalam sesebuah projek.
Dengan itu Arkitek adalah bertanggungjawab didalam mengawasi perjalanan
projek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang boleh menyebabkan
kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek juga adalah
bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu untuk memastikan
perjalan projek adalah teratur.
40
3. .Mengeluarkan arahan.
Oleh kerana Arkitek berperanan sebagai Pentadbir Kontrak bagi projek maka
maka pihak arkitek adalah berhak untuk mengeluarkan apa arahan yang berkaitan
dengan bidang kuasanya didalam kontak. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh di
dalam fasal 2 (2) PAM 69. Oleh itu pihak Kontraktor juga mempunyai hak untuk
mempertikaikan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek jika didapati bahawa
arahan yang dikeluarkan itu adalah bukan didalam bidang kuasa Arkitek seperti yang
dinyatakan didalam fasal 2(2) PAM 69.
Namun begitu arahan yang diberikan oleh Arkitek ini mestilah dikeluarkan
secara bertulis kepada pihak kontraktor. Selain itu juga arahan yang dikeluarkan itu
juga mestilah dinyatakan dengan jelas.
Merujuk kepada kes Holland Hannen & Cubbit (Northen) Ltd. Vs Welsh Health
Technical Services Organitation (1981) 18 BLR 80.
Didalam kes ini pihak Arkitek telah membuat komen tentang mutu kerja.tingkap
yang telah dipasang oleh pihak sub-kontraktor. Mahkamah memutuskan bahawa
tiada arahanyang dikeluarkan oleh pihak Arkitek kepada pihak kontraktor kerana
pihak Arkitek hanya membuat komen tentang mutu kerja pihak sub-kontraktor tanpa
menyatakan arahannya untuk mengalihkan kerja terbabit dan menggantinya dengan
bahan yang lain.
4. Menyerahkan segala lukisan dan pelan.
Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah merupakan
perkara yang penting untuk tujuan kerja-kerja untuk melakukan kerja-kerja
pembinaan. Oleh itu pihak Arkitek juga perlulah mengeluarkan lukisan atau pelan
pembinaan kepada pihak kontaktor bagi tujuan pembinaan. Ini adalah penting bagi
41
memastikan bahawa projek dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak Arkitek gagal
memberikan segala pelan ini dalam jangka masa yang ditetapkan maka ini
berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak
dapat memulakan kerja kerana kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan.
5. Memastikan ketepatan kerja pemancangan.
Pihak kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemancangan tanda dengan pelan
dan lukisan yang lengkap yang diserahkan oleh pihak Arkitek. Selain itu juga pihak
kontraktor juga perlulah menyatakan kepada kontraktor tentang aras tanah yang
dikendaki. Dengan itu adalah menjadi tanggung jawab Arkitek untuk memastikan
kerja-kerja pemancangan yang telah dilakukan oleh pihak kontrantor adalah
dilakukan dengan tepat. Ketepatan yang dimaskudkan ialah bangunan yang dibina
itu adalah seperti yang dinyatakan ddidalam lukisan atau pelan yang diberikan seperti
yang dinyatakan didalam fasal 5 PAM 69.
6 Bahan dan mutu kerja.
Adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan segala bahan-bahan
binaan dan mutu kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah mengikut apa
yang telah dikemukakan oleh kontrak. Oleh itu jika pihak kontraktor gagal untuk
menepati kehendak-kehendak seperti yang dinyatakan didalam kontrak maka pihak
Arkitek adalah mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan untuk ujian seperti ujian
tertutup keatas kerja yang telah dilakkukan seperti mana yang dinyatakan didalam
fasal 6(3) PAM 69. Ujian tertutup adalah merupakan ujian yang dilakukan keatas
kerjayang telah dilakukan oleh pihak kontraktor dimana ianya tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
42
Contohnya adalah pihak Arkitek mengesyaki bahawa pihak kontraktor telah
menggunakan besi tetulang dengan saiz yang lebih kecil, oleh itu pihak Arkitek boleh
membuat ujian tertutup dengan memecahkan bahagian tersebut untuk memeriksa saiz
besi tersebut.
Pihak Arkitek dengan ini juga mempunyai kuasa untuk mengelluarkan arahan
untuk mengalihkan bahan-bahan dan mutu kerja yang telah didapati tidak mengikut
piawaian yang telah dinyatakan oleh kontrak. Ini adalah seperti yang dinyatakan
didalam fasal 6(4) PAM 69.
Pemecatan pekerja.
Pihak Arkitek juga berhak memecat pekerja yang diambil bekerja.oleh pihak
kontraktor di tapak bina. Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor
telah melakukan kesalahan jenayah dadah disekitr tapak bina. Oleh itu pihak Arkitek
dengan ini boleh memecat pekerja tersebut dengan berpandukan kepada fasal 6 (5)
PAM 69.
Kemudiannya adalah menjadi tanggungjawab pihak kontraktor untuk
menggantikan pekerja itu dengan kadar yang segera tanpa menjejaskan program
kerjanya.
7. Perubahan Kerja (VO).
Kebiasaannya didalam sesuatu projek, kebiasaannya terdapat perubahan kerja
samaada diminta oleh pihak klien ataupun oleh pihak kontraktor atas alasan masing-
masing. Contoh perubahan kerja didalam projek pembinaan ini adalah seperti piahk
majikan ingin mengubah jenis kemasan lantai daripada jenis terazzo kepada jenis
mamar. Diperingkat ini juga Arkitek dan Juruukur Bahan akan menasihati pihak
43
majikan tentang kesan kerja perubahan yang akan dibuat oleh pihak majikan terhadap
jadual kerja ditapak bina dan dari segi kos samaada meningkat ataupun berkurangan.
Dengan itu pihak Arkitek perlulah mengeluarkan arahan berhubung dengan
perubahan kerja yang akan dilakukan kepada pihak kontraktor seperti yang
dinyatakan dalam fasal 1 (1) PAM 69. Oleh yang demikian pihak Arkitek juga
perlulah menyediakan lukisan atau pelan yang bersangkutan dengan kerja-kerja
perubahan yang akan dibuat. Pihak kontrak tor pula perlu mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh pihak Arkitek ini.
8 Mengendalikan mesyuarat tapak bulanan.
Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang prestasi kerja kontraktor,
Arkitek akan mempengerusikan mesyuarat tapak bulanan yang akan dihadiri oleh
perunding-perunding, kontraktor utama, sub-kontraktor. Antara perkara yang akan
dibincang semasa mesyuarat tersebut adalah seperti jumlah peratusan kerja yang
telah dilakukan pada bulan tersebut, jumlah bayaran yang diterima oleh pihak
kontraktor bagi bulan tersebut.
9 Sijil perakuan siap kerja praktikal.
44
Apabila pada pendapat Arkitek kerja-kerja yang dilakukan oleh telah dianggap
siap, maka pihak Arkitek bertanggungjawab dalam mengeluarkan mengeluarkan sijil
perakuan siap kerja praktikal seperti yang dinyatakan didalam fasal 15 (1) PAM 69.
Setelah sijil ini dikeluarkan kepada kontraktor maka tempoh liabiliti kecacatan kerja
pun bermula selama 18 bulan dimana jika berlaku kerosakan terhadap kerja-kerja
yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor itu maka pihak kontraktor perlu
memperbaiki segala kerosakan yang berlaku.
Oleh itu setelah tamat tempoh liabiliti kecacatan kerja ini pihak Arkitek pula
akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan Jadual kecacatan kerja kepada pihak
kontraktor supaya pihak kontraktor dapat memperbaiki segala kecacatan atau
kerosakan yang telah disenaraikan oleh piahk Arkitek.
10 Insurans
Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil insuran
untuk melindungi pihaknya serta pihak kerajaan. Oleh yang demikian adalah
tanggungjawab Arkitek untukmemastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil
semua insuran-insuran sebelum memulakan kerja ditapak bina. Antara nya ialah
insuran kerja dan insuran liabiliti awam.
Ini adalah bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila
berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Selain itu juga pihak Arkitek juga
perlulah memastikan bahawa jangka masa segala polisi insurans yang diambil oleh
45
pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki oleh
kontrak. Jika tempoh insuran itu telah luput tarikhnya maka pihak Arkitek juga
dengan ini perlulah memastikan pihak kontraktor memperbaharui polisi insuran
tersebut.
3.4.2 Jurutera.
Secara amnya didalam sesuatu projek pembangunan jurutera juga mempunyai
peranan yang tersendiri didalam menjayakan sesuatu projek pembinaan tersebut.
Antara Jurutera yang terlibat ialah:
Jurutera Awam.
Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang
pentingnya dengan kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya didalam
bidangnya mestilah diambil kira untuk menjayakan projek pembinaan. Jurutera
Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:
o Jurutera Awam (struktur)
o Jurutera Awam (Bekalan Air)
o Jurutera Awam (Jalan)
Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain namun
ianya adalah berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan didalam sesuatu
projek pembinaan. Antara tugas-tugas dan kepentingan Jurutera Awam ini adalah
seperti berikut:
46
1. Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu proses rekabentuk Jurutera Awam
akan membuat penyiasatan tapak di tapak bina yang dicadangkan itu. Antara
aktiviti yang dijalankan semasa penyiasatan tapak ialah mengkaji sifat-sifat
tanah seperti kelembapan tanah, kekuatan tanah dan jenis tanah. Dengan
adanya proses penyiasatan tapak ini maka kaedah pembinaan bagi projek ini
dapat ditentukan. Selain itu juga dengan adanya maklumat mengenai tapak
bina berkenaan maka ianya akan membantu Jurutera Awam dalam membuat
proses rekabentuk
2. Merekabentuk struktur bangunan.
Jurutera Awam akan membuat rekabentuk struktur bagi bangunan yang akan
dibina. Diperingkat ini Jurutera Awam perlulah memastikan yang rekabentuk
yang dibuat adalah benar-benar selamat kepada pengguna bangunan tersebut.
Rekabentuk yang digunakankan juga hendaklah ekonomi dan mempunyai
tahap keselamatan yang baik. Selain itu juga adalah menjadi tanggungjawab
pihak Jurutera Awam untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan
oleh pihak kontraktor adalah seperti yang telah dinyatakan didalam lukisan
kontrak. Jika Jurutera Awam mendapati pihak kontaktor gagal untuk
memlakukan kerja tersebut seperti yang dinyatakan didalam lukisan kontrak
maka pihak Arkitek berhak untuk mengeluarkan arahan untuk melakukan
ujian terhadap kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor.
3. Merekabentuk sistem bekalan air.
Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan, Jurutera
Awam juga berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air yang akan digunakan
47
bagi bangunan yang akan dibina. Rekabentuk tersebut juga mestilah bersesuaian
dengan fungsi serta jumlah penghuni yang akan mengunakan bangunan itu. Dengan
itu juga Jurutera Awam perlulah merekabentuk sistem bekalan air ini dengan
mengutamakan faktor keselesean kepada penguna bangunan tersebut.
4. Menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja perubahan.
Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang berkaitan
dengan Jurutera Awam maka pihaknya akan membuat satu rekabentuk yang baru
bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh kebanyakan ujian beban yang
dilakukan oleh pihak kontraktor kepada cerucuk telah didapati gagal.
Dengan itu pihak Jurutera Awam telah mengambil keputusan untuk
membesarkan saiz tukup curucuk (pile cap) tersebut. Dengan itu penukaran saiz
punukup cerucuk (Pile cap) tersebut adalah dianggap sebagai perubahan kerja.
Mengawasi ujian yang dilakukan oleh kontraktor.
Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu
dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang
dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan daripada ketidak jujuran kontraktor dalam
melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan mengawasi segala ujian yang
akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa.
5. Merekabentuk sistem bekalan air.
48
Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan, Jurutera
Awam juga berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air yang akan digunakan
bagi bangunan yang akan dibina. Rekabentuk tersebut juga mestilah bersesuaian
dengan fungsi serta jumlah penghuni yang akan mengunakan bangunan itu. Dengan
itu juga Jurutera Awam perlulah merekabentuk sistem bekalan air ini dengan
mengutamakan faktor keselesean kepada penguna bangunan tersebut.
6. Menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja perubahan.
Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang berkaitan
dengan Jurutera Awam maka pihaknya akan membuat satu rekabentuk yang baru
bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh kebanyakan ujian beban yang
dilakukan oleh pihak kontraktor kepada cerucuk telah didapati gagal.
Dengan itu pihak Jurutera Awam telah mengambil keputusan untuk
membesarkan saiz tukup curucuk (pile cap) tersebut. Dengan itu penukaran saiz
punukup cerucuk (Pile cap) tersebut adalah dianggap sebagai perubahan kerja.
Mengawasi ujian yang dilakukan oleh kontraktor.
Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu
dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang
dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan daripada ketidak jujuran kontraktor dalam
melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan mengawasi segala ujian yang
akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa.
49
Melalui cara ini ianya bukan sahaja akan memberikan keadilan kepada kedua-dua
belah bahkan akan memastikan segala keputusan ujian yang dilakukan adalah tepat.
3.4.3 Jurutera Mekanikal.
Didalam proses pembinaan Jurutera Mekanikal adalah adalah bertanggungjawab
didalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak sub-kontraktor dinamakan.
Antara kerja-kerja pakar yang berada dibawah pengawasan Jurutera Mekanikal
adalah seperti berikut:
Didalam proses pembinaan Jurutera Mekanikal adalah adalah
bertanggungjawab didalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak sub-
kontraktor dinamakan. Antara kerja-kerja pakar yang berada dibawah pengawasan
Jurutera Mekanikal adalah seperti berikut:
o Pemasangan sistem pendingin hawa.
o Pemasangan alat pencegah kebakaran.
o Pemasangan lift.
o Pemasangan eskelator.
o Sistem pengudaraan bangunan
Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam proses pembangunan projek
adalah seperti berikut:
50
1. Menyediakan rekabentuk.
Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal seperti yang dinyatakan
sebelum ini pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab dalam menyediakan
rekabentuk bagi kerja-kerja berkenaan. Selain itu juga Jurutera Mekanikal juga perlu
memastikan bahawa sistem yang dipilih adalah bersesuaian dengan fungsi bangunan
tersebut. Contohnya bagi sistem penghawa dingin bagi kegunaan pejabat hendaklah
tidak sama dengan sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah. Ianya juga
henndaklah sesuai dengan jumlah pengguna yang akan menggunakan bangunan.
tersebut serta memberikan keselesaan yang maksimum.
2. Menyediakan senarai kuantiti.
Setelah selesai kerja-kerja penyediaan rekabentuk maka pihak Jurutera
Mekanikal adalah dengan ini bertanggungjawab untuk menyediakan senarai kuantiti
bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini
ianya akan dapat memberikan jumlah sebenar bagi kerja-kerja pakar yang akan
dilakukan.
Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga adalah bertanggungjawab
untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutann dengan
mekanikal.
3. Bahan dan mutu kerja.
Pihak Jurutera Mekanikal juga dengan ini juga perlulah memastikan yang
bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah menngikut kehendak
kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69. Jika Jurutera Mekanikal
51
mendapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat demikian maka hal ini
hendaklah dimaklumkan kepada Arkitek untuk tindakan yang selanjutnnya.
4. Ujian.
Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak
Jurutera Mekanikal bertanggungjawab mengawasi ujian keatas kerja yang telah
dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Diperingkat ini pihak Jurutera Mekanikal
adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut
segala prosedur yang telah ditetapkan.
Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan
tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Contohnya dengan
adanya kerja ujian ini maka dapatlah diketahui tahap keselamatan bagi kegunaan lift
yang telah dipasang. Ini adalah berbagi memastikan pengguna dapat menggunakan
alatan tersebut dengan selamat.
5. Penilaian kerja
Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Mekanikal akan dilakukan oleh
pihak Jurutera Mekanikal sendiri. Penilaian kerja ini dilakukan adalah bertujuan
untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak sub-kontraktor dan
untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak sub- kontraktor. Setelah itu, jumlah
penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan kepada Juruukur Bahan untuk
dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh kontraktor utama untuk mengetahui
kemajuan kerja sebenar di tapak.
52
6. Merekabentuk perubahan kerja.
Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja mekanikal seperti ingin
penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak
Jurutera Mekanikal adalah dengan ini akan megeluarkan satu rekabenntuk yang baru
untuk kerja perubahan tersebut.
Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga perlulah meyerahkan rekabentuk
perubahan kerja itu didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak
menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.
3.4.4 Jurutera Elektrikal.
Antara tanggungjawab pihak Jurutera Elektrik adalah seperti berikut
1. Menyediakan rekabentuk.
Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti kerja pemasangan
pendawaian bangunan adalah menjadi tanggujawab pihak Jurutera Elektrik untuk
menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja tersebut. Dengan kepakaran yang ada,
53
Jurutera Elektrik akan menyediakan satu rekabentuk yang bersesuaian dengan
kegunaan bangunan seperti mana yang dilakukan oleh pihak Jurutera Mekanikal.
Contohnya bagi sistem pendawaian elektrik bagi kegunaan pejabat semestinya
berbeza dengan sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah serta dapat
memberikan keselesaan yang maksimum kepada penguna bangunan tersebut.
Selain menyediakan rekabentuk, pihak Jurutera Elektrik juga adalah
dengan ini adalah bertanggungjawab bagi penyediaan senarai kuantiti bagi kerja-
kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan adanya
senarai kuantiti ini jumlah kos kerja-kerja pakar akan diperolehi. Selain itu juga
pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan
dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan elektrik.
2. Bahan dan mutu kerja.
Pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab didalam
memastikan yang bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah
mengikut kehendak kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69.
Jika didapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat demikian maka Jurutera
Elektrik hendaklah memaklumkan kepada Arkitek untuk tindakan selanjutnya.
.
3. Ujian.
54
Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak
Jurutera Elektrik dengan ini akan mengawasi segala ujian keatas kerja yang telah
dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini Jurutera Elektrik adalah
bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut
segala prosedur yang telah ditetapkan.
Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat
memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Dengan
itu pengguna dapat menggunakan kemudahan tersubut dengan selamat dan
mendapat keselesaan yang maksimum.
4 Penilaian kerja.
Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Elektrikal juga akan
dilakukan oleh pihak Jurutera Elektrikal sendiri. Tujuan penilaian kerja ini
dilakukan adalah untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada
pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak sub-
kontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan
kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh
kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak.
5 Merekabentuk perubahan kerja.
Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja elektrik seperti ingin
penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka
55
pihak Jurutera Elektrik juga adalah dengan ini akan mengeluarkan satu
rekabenntuk yang baru bagi kerja perubahan tersebut.
Selain itu penyerahan rekabentuk perubahan kerja itu hendaklah dilakukan
didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja
sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.jika berlaku kelewatan maka
iannya akan meningkatkan kos kerana
3.4.5 Juruukur Bahan.
Didalam memastikan kos projek tidak melebihi budget yang ditetapkan oleh
pihak majikan, Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab
dalam memastikan hal ini. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dari awal hinggalah
keperingkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang
projek adalah penting untuk memastukan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur
Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan.
Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan
oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki. Oleh itu hak
dan tanggungjawab pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan
projek adalah seperti berikut:
1. Menyediakan kajian kemungkinan.
Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan
lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk
menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya
56
kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang
akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian
kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah
kompleks membeli belah di Skudai.
Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan
keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak
majikan.
2. Menyediakan dokumen tender.
Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka
tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan
dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuanntiti dimana
ketepatan dalam melakukan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan
timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak.
Diperingkat ini juga pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk
menjualkan dokumen kontrak serta menyatakan tarikh tutup bagi tender yang
berkenaan.
Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam
jangkawaktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga
pihak Juruukur Bahan hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang
dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang
berkaitan.
57
3. Analisis tender.
Setelah tender ditutup, piahk Juruukur Bahan akan membuat satu analisis
tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk
memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja.
Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewanag mencukupi,
mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.
Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan dan Arkitek akan
mengesyorkan kepada majikkan kontraktor yang diaggap benar-benar berkelayakan
untuk melakukan kerja tersebut. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor
adalah ditangan pihak majikan. Diperingkat ini Juruukur Bahan dan Arkitek hanya
berhak untuk mengesyorkkan kepada majikan.
4. Menyediakan dokumen kontrak.
Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam
tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak
sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Doke\umen kontrak ini adalah perjanjian
antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan
menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang
kontrak spesifikasi dan lain-lain lagi.
5. Memeriksa insurans.
58
Sebelum memulakan kerja piihak konttraktor hendaklah mengambil insuran
yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam fasal 19 dan 20 PAM 69. Oleh itu
Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuuran
yang taelah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah. Dengan itu pihak
Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan
ianya bukan merupakan polisi yang palsu.
Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil
oleh piahk kontraktor adalah dari syarikat yang diibenarkan oleh pihak Arkitek.
Pihak Juruukur Bahan juja perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah
meliputi jangkawaktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan
nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka
pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika
berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance co
[1925AC619 dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil
insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran
keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran.
Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak
dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya
dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.
6. Penilaian kerja.
59
Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-
kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan
ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang
dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh
pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.
Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang
kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit.
Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan
Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini
seperti yang dinyatakan didalam fasal 30 PAM 69.
7. Mengira perubahan kerja.
Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur
Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit.
Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat
mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun
berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal
11 PAM 69.
Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.
60
Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat
daripada pematuhannya kepada arahan Arkitek seperti yang dinyatakan dalam fasal
24 PAM 69, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan
bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa
kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut
adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk
menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa
pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Arkitek.
8. Lanjutan masa.
Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk
menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta
lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 23 PAM 69. Jika didapati
alasan yang diberikan oleh pihak kntraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan
Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Arkitek untuk
mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa
tersebut.
9. Akaun muktamad.
Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas
kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah
dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad
ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam
projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh
pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.
3.4.6 Juruukur Tanah.
61
Kebiasaannya peranan Juruukur Tanah didalam sesuatu projek pembangunan ini
hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur Tanah
ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara tanggungjawab
pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut:
1. Membuat penandaan sempadan.
Adalah menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan,
mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk menentukan
kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi menentukan bahawa sempadan
yang dibuat dan bangunan yang akan dibina adalah didalam kawasan pihak majikan.
Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan
menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek sedang
berlangsung kelak.
2. Menyediakan lukisan yang berkaitan.
Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan lukisan
dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan dilakukan oleh
pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menghantar
pelan dan lukisan yang terbabit kepada Juruukur Bahan untuk menetukan kos
anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan.
62
63
BAB 4 : LAPORAN TENDER
4.1 Pendahuluan
Penilaian tender merupakan laporan yang disediakan oleh Jurukur bahan (QS)
pada peringkat Pra- kontrak. Ia disediakan selepas tender ditutup dan untuk memberi
gambaran awal kepada klien mengenai kontraktor yang memasuki tender. Pada masa
ini, QS akan menilai pentender berdasarkan beberapa borang yang telah dibuat.
Analisa akan dibuat ke atas kesemua pentender yang telah menghantar tender bagi
projek tersebut.
Jurukur Bahan (QS) mesti memberikan laporan tender kepada arkitek dan
klien sebaik sahaja penelitian ke atas tender selesai untuk membolehkan klien
memilih tender yang sesuai. Kemudian QS hendaklah menumpukan perhatian ke
atas perkara yang penting dan juga tidak mengenepikan perkara yang minor seperti
perincian kesilapan aritmetik
64
untuk laporan adalah berbeza bergantung kepada sifat dokumen tender tetapi
selalunya mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Pandangan QS samada paras harga tender itu tinggi, rendah atau pada paras
yang dijangkakan.
2. Anggaran perunding iaitu QS/ jabatan
3. Analisa ke atas kecukupan borang yang telah dihantar oleh pentender semasa
menender.
4. Ciri perletakkan harga yang boleh mengambarkan kaedah atau polisi
perletakkan harga
5. Ringkasan perbandingan harga.
6. Senarai pendek pentender yang telah lulus dalan penilaian awal mengikut
harga yang di tawarkan oleh mereka.
7. Takat kesilapan dan ketidak seragaman perletakkan harga serta tindakan yang
diambil untuk mengatasinya.
8. Perincian syarat-syarat tender.
9. Jumlah kos projek yang dijangkakan, untuk kontrak selain dari kontrak Lump
Sum.
10. Syor samada untuk menerima tender atau sebaliknya.
4.2 Tujuan Penyediaan Laporan
Setelah pihak Jurukur Bahan meneliti, memeriksa dan melakukan kerja
penyemakan ke atas segala maklumat yang terkandung dalam semua dokumen tender
yang dihantar oleh penender-penender, maka satu laporan yang berformat akan
dikeluarkan bagi menguraikan akan segala aktiviti yang telah dilaksanakan
sehinggalah membuat pengesyoran penender yang bakal dilantik sebagai kontraktor
untuk melaksanakan projek pembinaan tersebut.
65
Secara umumnya berikut merupakan antara isi kandungan dalam sesuatu
Laporan Tender; Keterangan ringkas mengenai projek.
a. Keterangan cara mempelawa tender, tarikh pelawaan dan tutup tender,
serta maklumat berkaitan tempoh sah laku tender.
b. Senarai penender termasukharga dan tempoh penyiapan.
c. Senarai kesilapan penender yang terdapat dalam dokumen tender.
d. Mengemukakan anggaran Jurukur Bahan dan perbezaan dengan harga
penender.
e. Latar belakang penender.
f. Pengesyoran penender yang layak oleh Jurukur Bahan.
4.3 Maklumat-Maklumat Yang Diperlukan
Sebelum menyediakan sesebuah laporan tender, terdapat beberapa
maklumat yang diperlukan seperti berikut:
i) Senarai Perakuan Tender
Mengikut format Jabatan Kerja Raya (JKR), kertas
perakuan tender adalah seperti didalam Borang
Q/14/1987. Kandungan di dalam kertas perakuan
tender itu ialah terdiri daripada nama tender, jenis
tender, pembayaran serta butir- butir iklan.
ii) Iklan Tender
Salinan fotostat iklan hendaklah dikemukakan sebagai
Lampiran A.
66
iii) Jadual Tawaran Asal
Di dalam jadual tawaran asal disenaraikan nama
petender
iv) Jadual Tender
Jadual tender menyenaraikan nama-nama petender
mengikut susunan harga daripada yang terendah
kepada yang tertinggi.
v) Ringkasan Perbandingan Harga
Di dalam ringkasan perbandingan harga disenaraikan
harga bagi petender mengikut butir-butir kerja seperti
Kerja – kerja Cerucuk, Kerja-kerja Awalan, Kerja
Bangunan dan lain-lain.
vi) Laporan Penilaian Tender
vii)Borang- borang analisa
i. Borang 1 - Analisa Kesempurnaan Tender
ii. Borang 2 - Analisa Kecukupan Dokumen (Wajib)
iii. Borang 3 - Analisa Kecukupan Modal
iv. Borang 4 - Analisa Data-data Penilain Prestasi
Petender
v. Borang 5 - Jadual Keputusan Penilaian Pertama Tender
vi. Borang 6 - Senarai Petender yang Lulus Penilaian
Pertama mengikut Turutan Harga Menaik
67
4.4 Pemeriksaan Ke Atas Tender Terendah
Sebaik sahaja tender terendah dikenal pasti, PQS akan terus meneliti
perincian kontrak. Kerap kali akan terdapat dokumen penyokong seperti jadual kadar
bil kuantiti yang perlu diteliti dengan rapi. Jika terdapat bil, petender yang terendah
akan diminta untuk mengemukakan bil yang telah diletakkan harga untuk diperiksa
(jika bil tidak dilampirkan bersama dengan tender), dan pada masa yang sama
petender hendaklah diberitahu bahawa tender yang dikemukakannya adalah terendah
dan sedang dipertimbangkan.
Dalam kes tender yang terendah didapati tidak memuaskan, tender gantian
perlu dicari. Bagi menjimatkan masa, maka tender yang terendah selepasnya atau dua
tender yang terendah selepasnya akan diminta untuk mengemukakan bil mereka yang
lengkap dengan harganya sekali. Mereka juga perlu dibeitahu bahawa tender mereka
sedang diberi perhatian walaupun tender mereka bukanlah yang terendah. Pendapat
QS adalah berbeza sama ada bil petender yang kedua atau ketiga terendah perlu
diberi perhatian selepas tender yang terendah ditolak. Sesetengah QS menyatakan ini
tidak perlu kerana tender kedua dan ketiga terendah tidak langsung dipertimbangkan
jika tender terendah diterima. QS yang lain pula berpendapat bahawa jika kesilapan
di dalam bil yang kedua atau ketiga terendah itu diperbetulkan, maka salah satu akan
menjadikan tender yang terendah.
Dari sudut undang-undang yang asas, jumlah tender yang diambil kira adalah
jumlah yang asal ditender oleh petender, jika tiga (atau dua) bil petender terendah
dipanggil, bil yang kedua atau ketiga tidak perlu diperiksa sehingga tender yang
terendah ditolak. Jika tender yang terendah didapati memuaskan maka bil-bil yang
lain hendaklah dikembalikan kepada kontraktor tanpa diperiksa
68
Apabila bil kuantiti, jadual kadar dan lain-lain dikaji, QS akan cuba mencari
kesilapan, keganjilan dan kepelikan yang pada pandangannya tidak menguntungkan
bagi pihak klien mengikat kontrak dengan petender. Perlu diingatkan, walaupun
pihak klien tidak terikat untuk menerima tender yang terendah ataupun mana-mana
tender, petender lazimnya akan mengharapkan alasan yang kukuh diberikan untuk
penolakan tender yang terendah. Dengan itu, QS hendaklah menyediakan alasan yang
kukuh sekiranya berlaku penolakan tender yang terendah.
Faktor yang penting yang diambil kira dalam tender sekaligus ini adalah
jumlah nilai yang ditawarkan oleh kontraktor untuk melakukan sesuatu kerja. Jika
tawaran tersebut diterima, maka akan terbentuklah satu perikatan kontrak yang sah
dari segi undang-undang. Persoalan kenapa tender tersebut perlu dikaji dengan
begitu terperinci mungkin dibangkitkan.
Kajian terperinci perlu dijalankan kerana jika kajian dibuat ke atas
komponen-komponen tender, kemungkinan mana-mana kesilapan di dalam bil
kuantiti atau jadual kadar dapat di kenal pasti dan seterusnya kesilapan tersebut
perlulah diatasi dengan cara yang sebaik mungkin. Jika tidak, akan timbul masaalah
semasa perlaksanaan kontrak dan semasa penyelesaian akaun akhir. Misalannya,
kesilapan mungkin telah berlaku di dalam bil apabila didapati amaun hasil
pendaraban sesuatu kuantiti dengan kadar unit tidak betul.
Persoalan mungkin ditimbulkan terhadap apa yang perlu dilakukan jika
kesilapan ini tidak dibetulkan dan seterusnya perkara tersebut oleh arahan perubahan
kerja, misalnya kuantitinya dikurangkan setengah? Haruskah setengah dari jumlah
amaun itu diketepikan atau haruskah QS mengetepikan setengah dari kuantiti butiran
tersebut pada kadar unit yang ditunjukkan? Langkah yang terkemudian mungkin
69
akan membawa kepada pengetepian amaun yang mungkin lebih besar dari jumlah
amaun yang tidak betul untuk perkara tersebut. Bagi mengelakkan kesulitan
sebegini, kesilapan tersebut perlu dikesan terlebih dahulu dan diatasi dengan cara
yang sebaik mungkin.
Sebab lain mengapa perincian tender perlu diperiksa adalah untuk mengesan
kesilapan aritmetik dan tidak elok membiarkan kontraktor terikat kepada jumlah
amaun yang salah kerana kontraktor mungkin terpaksa menjalankan kerja tersebut
pada kadar keuntungan yang terlalu rendah (diandaikan jumlah tendernya terlalu
rendah). Jika kesilapan tersebut menguntungkan pihak kontraktor, maka adalah amat
tidak adil kepada pihak klien kerana terpaksa membayar harga yang lebih dari harga
kerja sebenarnya.
4.5 Proses Penyediaan Tender
4.5.1 Pemanggilan Tender
Peringkat ini meliputi proses pengiklanan tender di akhbar dan
kemudian petender-petender yang berminat dan berkelayakan akan memasuki
tender tersebut. Tempoh tertentu diberikan kepada petender-petender untuk
memulangkan tender yang dimasuki kepada pihak klien.
70
4.5.2 Bilangan tender yang diterima
Setelah tender-tender diterima, maka hari pembukaan tender akan
ditetapkan. Satu jawatankuasa khas dibentuk untuk membuka tender-tender
tersebut. Kemudian tender-tender tersebut dinomborkan mengikut bilangan
tender yang terawal sehingga tender yang terakhir dibuka.
4.5.3 Penilaian Tender
Laporan tender akan dilakukan hanya kepada tender-tender yang
diterima dalam waktu yang telah ditetapkan. Sebarang tender-tender yang
diterima setelah berakhir tarikh tutup tender, tender itu tidak akan
dipertimbangkan. Dalam menganalisa harga bagi setiap dokumen tender,
analisa atau semakan ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu semakan
awalan dan semakan terperinci.
4.5.4 Semakan Awal
Semakan awalan bermaksud semakan yang dibuat diperingkat awalan
iaitu sebaik sahaja dokumen tender dikeluarkan dari peti tender. Pada
peringkat ini, setiap dokumen tender yang dikeluarkan akan dinombor-sirikan
contohnya seperti 1/5, 2/5, 3/5, 4/5, 5/5. Tujuan dinombor-sirikan adalah
bertujuan bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan supaya proses tender
ini dilihat sebagai telus, jujur dan tidak diragui.
71
Selepas itu, pihak Jurukur Bahan akan membuat analisa dari segi
jumlah harga tender, tempoh penyiapan, kelas dan status sama ada bumiputra
atau bukan bumiputra. Kemudiannya segala maklumat tadi akan diisikan
dalam Borang Jadual Tender yang akan dipamerkan dijabatan yang
mengeluarkan tender. Ini bertujuan untuk para penender meneliti hasil
semakan pertama dan menyemak kedudukan tender masing-masing bagi
tindakan susulan khususnya bagi penender yang menjangkakan peluang untuk
tender mereka dipilih adalah cerah.
Peringkat awal analisa tender ini dibuat dengan mengambilkira
pentender yang menawarkan harga di bawah anggaran perunding. Manakala
pentender yang menawarkan harga yang melebihi daripada anggaran
prunding, QS akan mengesyorkan supaya tawarannya di tolak. Penilaian
awal akan dilakukan kepada semua tender-tender yang diterima dan ia akan
dipertimbangkan melalui beberapa kriteria yang ditetapkan seperti berikut:-
Kesempurnaan Tender
Hasil penilaian daripada kesempurnaan tender. Antara kriteria
kesempurnaan tender adalah seperti borang tender ditandatangani,
penandatangan yang sah, harga diisi di borang tender, pendaftaran
teratur dan dokumen asas tender dikembalikan.
Kecukupan Dokumen
Penilaian dari aspek kecukupan dokumen wajib dilihat sama
ada petender tersebut mengemukakan dokumen-dokumen wajib
seperti Akaun Syarikat / Lembaran Imbangan, Penyata Bulanan /
Akaun Bank, Kewangan atas Borang CA dan Laporan Penyelia Projek
72
bagi kerja semasa yang bukan kerja klien (Borang GA) atau tidak.
Sekiranya kontraktor gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen
wajib di atas, maka kontraktor tersebut akan gagal dalam penilaian ini.
Kecukupan Modal Minimum
Penilaian terhadap kecukupan modal minimum akan dinilai
sama ada kontraktor tersebut mempunyai kecukupan modal minimum
yang dihadkan iaitu sekurang-kurangnya 3 peratus dari nilai kerja
pembinaan. Ia penting dalam menentukan seseorang kontraktor itu
mempunyai modal yang mencukupi bagi menjalankan kerja
pembinaan tersebut.
Prestasi Kerja Semasa
Penilaian terhadap prestasi kerja semasa kontraktor dinilai
untuk semua kerja-kerja semasa yang sedang dilakukan petender
tersebut.
Bagi kontraktor yang tidak mempunyai sebarang kerja semasa, maka
ia dapat mengurangkan peluang kontraktor tersebut untuk memenangi
tender tersebut. Begitu juga sekiranya terdapat laporan yang negatif
seperti kemajuan kerja yang lembap dilakukan oleh kontraktor
tersebut ia juga akan memberi kesan terhadap peluang kontraktor
terbabit. Kontraktor yang mempunyai beban kerja yang banyak juga
boleh mempengaruhi peluang mereka untuk mendapatkan tender
tersebut.
73
Ini memandangkan sekiranya seseorang kontraktor itu
dibebankan dengan projek yang terlalu banyak, ia menyebabkan
mereka tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap kerja
tersebut dan prestasi kerja akan terjejas.
Setelah tamat penilaian awal terhadap petender-petender
terbabit, satu senarai petender-petender yang lulus penilaian awal akan
disenaraikan di dalam Borang 5 dan Borang 6. Bagi petender-petender
yang gagal penilaian awal akan dinyatakan sebab-sebab kegagalan
mereka.
4.5.5 Semakan Terperinci
Semakan terperinci bermaksud semakan yang dibuat secara terperinci
ke atas setiap dokumen tender untuk melihat semua aspek yang telah diisikan
oleh penender. Ini penting kerana seringkali terdapat banyak kesilapan yang
dilakukan oleh penender samaada secara sengaja atau secara tidak sengaja
dan sekiranya tender mempunyai masalah disetujuterima, dibimbangi akan
menimbulkan masalah apabila kerja pembinaan bermula.
Setelah lulus penilaian awal petender-petender tersebut akan dinilai
untuk peringkat kedua pula. Penilaian untuk peringkat ini akan dilihat dari
segi beberapa kriteria yang ditetapkan.
74
4.5.6 Perbandingan Harga Tender
Bagi perbandingan harga tender, Jurukur Bahan akan menyenaraikan
harga-harga yang ditawarkan oleh petender mengikut susunan dari yang
tersndah kepada yang tertinggi. Kemudian, harga tersebut akan dibandingkan
dengan anggaran yang disediakan oleh Jurukur Bahan
Penilaian akan dibuat berdasarkan harga tender yang munasabah dan
tidak terlalu rendah. Sekiranya harga tender tersebut terlalu rendah, , ini akan
mengakibatkan risiko yang tinggi untuk petender untuk petender menyiapkan
kerja
Sekiranya harga yang ditawarkan oleh pentender itu sangat rendah
jika dibandingkan dengan dengan harga Jurukur Bahan, maka petender itu
hanya akan diperimbangkan dengan syarat-syarat berikut : -
Harga-harga tender keseluruhan adalah kompetitif dan tidak terdapat
kesilapan yang serius dan status harganya adalah ‘marginal’
Prestasi pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) projek yang serupa dengan
projek yang ditender dalam 5 tahun yang lepas adalah cemerlang.
Prestasi kerja semasa adalah cemerlang dan jika tiada kerja semasa, prestasi
kerja yang disiapkan dalam 1 tahun lepas adalah cemerlang.
Mempunyai kakitangan teknikal atau faktor-faktor lain yang boleh
menyokong harga tendernya.
75
Hanya bagi petender yang menawarkan harga yang munasabah sahaja
tendernya akan dipertimbangkan dalam semua keadaan. Ini kerana tidak
terdapat perbezaan yang besar antara harga yang ditawarkan dengan harga
yang dikira oleh QS.
Sementara itu bagi petender yang menawarkan harga yang tinggi jika
dibandingkan dengan harga QS, petender itu masih juga dipertimbangkan
dengan syarat:
Harga tender adalah kompetitif.
Besar kemungkinan harga tender yang lebih rendah tidak
diperolehi sekiranya tender dipanggil semula.
4.5.7 Pengalaman Petender
Pengalaman petender dinilai dari segi pengalaman kerja-kerja lepas
yang telah dilakukan oleh kontraktor terbabit. Sekiranya rekod lepas
menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor tebabit adalah
cemerlang dan tidak mendatangkan masalah, maka peluang kontraktor itu
adalah cerah.
Pengalaman projek-projek lepas kontraktor dinilai untuk projek
dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun kebelakang.
76
4.5.8 Kedudukan kewangan yang memuaskan
Faktor kewangan yang dimiliki oleh penender juga perlu dilihat
kerana penender yang mempunyai kewangan yang kukuh lagi stabil lebih
menjamin kelancaran perjalanan kerja pembinaan bagi membiayai kos kerja.
Ini amat penting kerana, selain daripada mendapat Wang
Pendahuluan bagi mengoperasikan projek, penender sendiri perlu
menggunakan wang sendiri bagi kegunaan projek sebelum mendapat bayaran
kemajuan kerja pertama yang mana kebiasaannya akan dibayar dalam tempoh
satu atau dua pertama iaitu bergantung kepada syarat minima pembayaran
interim.
4.5.9 Kakitangan Teknikal
Dari aspek kakitangan teknikal seseorang kontraktor itu boleh dinilai
melalui profil syarikat yang disertakan. Bagi kontraktor yang mempunyai
kakitangan yang berkelayakan dari segi kemahiran, pengalaman serta
kelulusan dalam bidang pembinaan akan diberi kelebihan untuk memenangi
tender tersebut.
4.6 Faktor-Faktor Lain Yang Boleh Menyokong Harga
Kajian terperinci perlu dijalankan kerana jika kajian dibuat ke atas
komponen-komponen tender, kemungkinan mana-mana kesilapan di dalam bil
kuantiti atau jadual kadar harga dapat dikenalpasti dan seterusnya kesilapan tersebut
perlulah diatasi dengan cara yang sebaik mungkin.
77
Misalnya, kesilapan dalam bil berlaku apabila jumlah amaun yang di perolehi
hasil pendaraban sesuatu kuantiti dengan kadar unit atau (rate) yang tidak betul.
Untuk mengelakkan kesulitan yang begini, kesilapan tersebut perlulah dikesan
terlebih dahulu dan di atasi dengan cara yang sebaik mungkin.
Sebab lain mengapa perincian tender perlu diperiksa adalah untuk mengesan
kesilapan aritmetik dan tidak begitu baik membiarkan kontraktor terikat kepada
jumlah amaun yang salah kerana kontraktor mungkin terpaksa menjalankan kerja
tersebut pada kadar keuntungan yang rendah (diandaikan jika tender adalah yang
terlalu rendah akibat kesilapan tersebut). Manakala, sekiranya kesilapan tersebut
menguntungkan kontraktor , maka adalah tidak adil kepada pihak klien kerana
terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dari harga yang sebenar.
Walaubagaimanapun, QS tetap akan dipersalahkan sekiranya cuai dalam
mengenalpasti kesilapan ini.
4.7 Perkara yang diperhatikan oleh QS apabila mengkaji bil atau jadual kadar
adalah seperti berikut
I. Kesilapan aritmetik
Ini mungkin berlaku dalam lunjuran perkara (iaitu, pendaraban
kuantiti dengan kadar unit), dalam mencampurkan di setiap halaman, dalam
pengalihan jumlah di setiap halaman kepada bahagian kutipan atau ringkasan,
dalam pengiraan tambahan peratus ke atas Ringkasan Am ataupun apabila
membulatkan jumlah bil semasa dialihkan kepada Borang Tender.
78
II. Kesilapan perletakan harga
Dalam satu senarai kuantiti kadangkala terdapat banyak keterangan
kerja yang mana merujuk kepada kerja atau bahan yang sama; samaada dalam
satu elemen atau elemen yang berlainan. Ini menyebabkan kadangkala pihak
penender tidak menyedari atau terlupa bahawa suatu kerja atau bahan
telahpun dihargakan dengan satu kadar harga tertentu sebelumnya. Tetapi,
kerja atau bahan yang sama tadi dihargakan dengan kadar harga yang
berlainan pula pada bahagian lain. Dalam keadaan sebenar, perbezaan kadar
harga pada suatu kerja atau bahan yang sama tidak sepatutnya berlaku kerana
kerja, bahan, kualiti, tempat, penggunaan tadi adalah sama dan tiada sebab
kenapa perlu direndah atau ditinggikan kadar harga.
III. kesilapan dan ketidakcukupan maklumat atau data penender
Dalam menganalisa dokumen tender, harga merupakan faktor penting
yang akan dilihat. Walaubagaimanapun untuk memastikan kebolehkerjaan
sesebuah firma kontraktor, latarbelakang mereka haruslah diteliti.
Bagi tujuan ini, dalam setiap dokumen tender akan dibekalkan dengan
borang-borang khusus untuk membolehkan penender mengisi maklumat atau
data berkaitan dengan firma mereka. Kadangkala, pihak penender
mengambil ringan akan perkara ini, kerana mereka bertanggapan harga
merupakan elemen yang terpenting.
Sekiranya ini berlaku, maka agak sukar bagi pihak Jurukur Bahan
untuk membuat pertimbangan keatas penender berkenaan sama ada
berkemampuan melaksanakan kerja ataupun tidak meskipun harga yang
79
diberikan adalah yang terbaik. Tidak kurang juga terdapat penender yang
memalsukan maklumat atau data mereka. Oleh itu, pihak Jurukur Bahan
berkuasa penuh untuk menyiasat sama ada maklumat atau data yang diberikan
adalah sah atau palsu. Antara lain kesilapan atau kesalahan yang sering
dilakukan adalah seperti tidak menandatangani Borang Tender sama ada
penender atau saksi, tidak lengkap, melampirkan maklumat yang diperlukan
dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun terdapat dua (2) alternatif berhubung dengan
cara menghadapi kesilapan dalam bil yang disarankan dalam Code Of
Procedure For Single Stage Selective Tendering. Pertama, tatacara traditional
untuk memberitahu petender tentang kesilapannya dan meminta sama ada
petender mahu menetapkan harga tendernya, tanpa mengambil kira kesilapan
tersebut (mungkin menguntungkan pihak kontraktor atau sebaliknya) ataupun
kontraktor berniat untuk menarik balik tendernya.
Tindakan yang kedua yang boleh diambil adalah dengan memberitahu
petender kesilapannya itu dan meminta petender tersebut memilih sama ada
mahu menetapkan tendernya tanpa memgambil kira kesilapan atau diberi
peluang membetulkan kesilapan yang tulen. Jika dia memilih untuk
membetulkan kesilapannya dan jumlah tender yang baru adalah lebih tinggi
daripada jumlah tender sebelumnya dalam senarai, maka tendernya akan
diketepikan.
‘Kesilapan tulen’ bermaksud kesilapan aritmetik yang tidak
disengajakan dan kesilapan meletak harga paten. Dalam penyediaan laporan
tender, QS mestilah memerhati dan memeriksa kesilapan aritmetik ini
sebelum tender dipilih. Walaubagaimana pun, kebiasaanya kesilapan
80
aritmetik (aritmetical error) yang dilakukan oleh petender/ kontraktor inilah
yang menyebabkan tender mereka akan diketepikan terus daripada senarai
pemilihan tender petender/kontraktor.
4.8 Tempoh Siap Kerja
Tempoh siap kerja yang ditawarkan oleh kontraktor turut menyumbang
kepada peluang petender untuk mendapatkan tender tersebut. Jika petender
tersebut menawarkan tempoh masa yang munasabah ia dapat menggambarkan
perancangan kerja yang teratur dan sistematik.
Sekiranya mereka memenangi tender tersebut ia dapat mengelakkan
masalah kelewatan projek tersebut. Selain itu tempoh pembinaan yang
diperuntukkan akan mempengaruhi harga yang ditawarkan oleh kontraktor.
Kebiasaannnya tempoh yang terlalu singkat dari yang dijangka tidak akan
diterima memandangkan ia boleh memberi kesan kepada perjalanan projek.
4.9 Analisa Tender
Setelah semua tender tersebut dipertimbangkan dan disemak dengan
teliti satu analisa atau kesimpulan awal yang menggambarkan keputusan awal
tender tersebut dikeluarkan. Berdasarkan analisa tender yang telah dibuat,
petender dapat mengetahui status kelayakan masing-masing.
81
Satu senarai pentender-pentender yang telah lulus penilaian akan disenarai
pendekkan, di mana kebiasaannya hanya lima petender sahaja yang terpilih.
Petender-petender yang tersenarai akan di maklumkan oleh pihak QS. Petender-
petender inilah yang akan di beri penilaian akhir oleh Ahli Lembaga Tender
pihak klien. Selepas itu, ia adalah terpulang kepada Ahli Lembaga Tender itu
untuk menerima atau menolak cadangan pihak QS. Keputusan muktamad bagi
pemilihan pentender adalah bergantung sepenuhnya kepada kehendak klien.
4.10 Contoh Projek
Tujuan Laporan Tender
Laporan tender ini disediakan untuk projek ini bagi tujuan kerja
perkhidmatan perunding professional bagi kerja – kerja awam dan struktur.
KERTAS PERAKUAN TENDER
KEPADA TUAH TETANGGA SDN. BHD.
CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN PERNIAGAAN BAGI BANDAR BARU MARAN DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 7466, MUKIM LIUT, DAERAH MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR UNTUK TETUAN TUAH TETANGGA SDN. BHD.
82
1. Nama tender
CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN PERNIAGAAN BAGI
BANDAR BARU MARAN DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 7466, MUKIM
LIUT, DAERAH MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR UNTUK TETUAN
TUAH TETANGGA SDN. BHD
Skop Kerja
Skop kerja dalam tender terdiri daripada kerja-kerja berikut :-
i. Menjadi penasihat kepada Tuah Tetangga dalam apa – apa hal
yang berkaitan dengan struktur.
ii. Membuat lukisan bagi kerja – kerja yang berkaitan dengan
mereka bentuk.
iii. Terlibat dalam penyediaan dokunem kontrak bagi kerja –
kerja struktur.
iv. Memberi arahan kepada claien dalam / semasa proses
pembinaan.
v. Mengeluarkan ‘as built drawing’ bagi tujuan pembinaan
kepada kontraktor.
vi. Memastikan rekabentuk yang dibuat adalah benar-benar
selamat kepada pengguna bangunan tersebut.
vii. Memastikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak
kontraktor adalah seperti yang telah dinyatakan didalam
lukisan kontrak.
Penerimaan tender
Sebanyak 6 Dokumen Tender .
83
Tempoh Siap Kerja
Tempoh bagi perunding tersebut ialah dari Surat Setuju Terima di keluarkan
sehingga pengeluaran sijil yang terakhir @ sehingga tamat tempoh
pembinaan.
Harga Kontrak
Bagi pembayaran kepada perunding ini ialah 1 % daripada jumlah
keseluruhan projek.
Metodologi Penilaian
Penilaian tender baru ini melibatkan peringkat-peringkat berikut :-
a) Peringkat pertama – penilaian awal
Penilaian awal bertujuan untuk menentukan pentender memenuhi pra-syarat
tender seperti berikut :-
i. Kesempurnaan tender
ii. Kecukupan dokumen wajib
iii. Kecukupan modal minimum
iv. Prestasi kerja semasa yang memuaskan.
b) Peringkat kedua – penilaian keupayaan pentender
84
Bagi menentukan pentender mempunyai keupayaan mencukupi dari segi :-
i. Harga tender
ii. Pengalaman pentender
iii. Prestasi kerja semasa
iv. Kakitangan teknikal
Tender yang diperakukan untuk disetujuterima adalah tender yang munasabah
harganya yang lulus penilaian peringkat pertama dan kedua.
Maklumat dan dokumen yang dikemukan oleh pentender yang lulus penilaian
awal disertakan sebagai rujukan.
Peringkat Pertama / Penilaian Awal (samb.)
Hasil penilaian awal bagi setiap kriteria seperti berikut :-
a) Kesempurnaan Tender
- Hasil Penilaian adalah seperti dalam “Borang 1”
b) Kecukupan Dokumen
- Hasil Penilaian adalah seperti dalam “Borang 2”
c) Kecukupan Modal Minimum
- Hasil Penilaian adalah seperti dalam “Borang 3”
d) Prestasi Kerja Semasa
- Hasil Penilaian adalah seperti dalam “Borang 4”
Ringkasan hasil penilaian awal adalah seperti dalam “Borang 5” dan mereka
yang lulus adalah seperti disenaraikan dalam “Borang 6”
85
Sebab – sebab Penerimaan
Pihak Tuah Tetangga mengambil PERUNDING METRO sebagai perunding kerana
Kualiti dalam kerja
Mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bidangnya ,
Tidak terlibat dalam projek semasa yang banya
Mempunyai tenaga kerja yang mahir
Harga yang munasabah
Mempunyai rekod yang baik dalam industri pembinaan
Perunding – perunding yang tedak diterima
KMSI Sdn Bhd
DRSA Consulting
Amenia Sdn Bhd
HSK Consulting
Sebab – sebab penolakan secara umumnya ialah:-
Kualiti kerja yang kurang memuaskan berdasarkan projek – projek yang
lalu.
Mempunyai projek semasa yang banyak.
Tenaga kerja yang kurang pakar
86
4.11 Rumusan dan Kesimpulan
Di dalam rumusan dan kesimpulan ini QS akan memberi cadangan
kepada klien petender yang layak untuk mendapatkan tender tersebut. Bagaimana
pun adalah terpulang kepada klien untuk menganugerahkan tender tersebut
kepada mana-mana petender yang mereka rasa berkelayakan dan sesuai. QS
hanya akan mengesyorkan petender yang layak untuk dipertimbangkan.
Pihak QS juga akan memberikan cadangan kepada klien untuk
mengadakan satu Temuduga Klarifikasi Tender (Clarifications Tender Interview)
sekiranya dilihat kesemua petender mempunyai peluang yang agak sama untuk
memenangi tender tersebut. Dalam keadaan biasa tiada temuduga dilakukan jika
pihak klien berpuashati dengan harga yang ditawarkan oleh petender-petender
dan pihak klien sudah mengenalpasti petender yang layak untuk memenangi
tender tersebut.
Semasa temuduga tersebut pihak klien dapat berbincang dengan lebih
lanjut dengan petender mengenai harga yang ditawarkan oleh mereka. Pihak klien
juga berhak meminta pihak kontraktor untuk melaraskan kembali harga yang
mereka tawarkan untuk setiap kerja sekiranya ia didapati tidak releven dan
munasabah jika dibandingkan dengan harga perunding.
87
BAB 5 : KELEWATAN & LANJUTAN MASA
5.1 Pengenalan
Lanjutan masa yang terkandung di dalam borang kontrak boleh didefinisikan
sebagai tempoh pemanjangan masa pembinaan dari tarikh yang telah dipersetujui
dalam kontrak. Lanjutan masa ini dipohon oleh pihak kontraktor kepada klien dengan
mengemukakan alasan yang munasabah seperti mana yang terkandung di dalam
kontrak dan mendapat sokongan pihak perunding dan juga Pegawai Penguasa atau
Arkitek.
Lanjutan masa biasanya dipohon apabila berlakunya beberapa perkara yang
menyebabkan pihak kontraktor merasakan bahawa sesuatu projek pembinaan itu
tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Kontraktor bersikap
sedemikian adalah disebabkan kerana ianya adalah di luar kawalan dan pemikiran
manusia dan bukannya kesalahan pihak kontraktor.
88
Kontraktor perlulah memohon lanjutan masa apabila berlakunya perkara yang
di luar kawalannya dan bakal mengganggu perjalanan projek dan menyimpang dari
jadual kerja. Sebab-sebab ini perlulah dikemukakan oleh pihak kontraktor kepada
pegawai penguasa atau arkitek dan para perunding lain bagi mendapatkan
persetujuan dan kelulusan untuk lanjutan masa.
Sekiranya berlaku kelewatan perjalanan projek yang bukan disebabkan oleh
kesalahan pihak kontraktor dan pihak perunding itu juga tidak mengemukakan
permohonan lanjutan masa dengan sebab-sebab berlakunya kelewatan itu maka
kontraktor mestilah membayar ganti rugi mengikut jumlah yang terkandung dalam
kontrak.
Bayaran ini disebut Bayaran Kelewatan Menyiapkan Projek atau ‘Liquidated
and Ascertained Damages’ (LAD). Bayaran ini biasanya dibayar mengikut jumlah
hari berlakunya kelewatan dari tarikh sebenar yang ditetapkan.
Jika kontraktor gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan,
ia hendaklah membayar ganti rugi atau memberikan kepada kerajaan suatu jumlah
wang sebagai ganti rugi tertentu dan ganti rugi yang ditetapkan (Liquidated and
Ascertained Damages) mengikut tempoh kelambatan sehingga siap kerja tersebut.
Walau bagaimanapun, jika kontraktor diberi lanjutan masa maka ia tidaklah
dikenakan bayaran ganti rugi tersebut bagi tempoh yang diberi lanjutan masa.
89
5.2 Punca Kelewatan Secara umum
1. Force Meajure
2. Cuaca & iklim buruk luar biasa
3. Akibat pematuhan Arahan P.P
4. Pertikaian dengan pemilik berjiran
5. Perkara luar jangka
6. Kelemahan komunikasi
7. Kelewatan N.S.C & N.S
8. Kelewatan pemilikan tapakbina
9. Mogok, penutupan kilang
10. Kelewatan kerja artisan, tukang
11. Masalah dalaman kontraktor
5.3 Punca Kelewatan (JKR 203 )
Sub Fasal (a)
Disebabkan oeh ‘Force Majeure’ (Act of God) iaitu sesuatu perkara yang berlaku
diluar jangkaan seperti jerebu, ribut dan lain-lain kejadian diluar jangkaan.
Sub Fasal (b)
Keadaan atau keburukan cuaca luar biasa seperti hujan batu, salji, kemarau, banjir
kilat, ribut petir dan puting beliung.
90
Sub Fasal (c)
Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari
pertikaian dengan tuan punya tanah yang berhampiran dengan tapak bina
sehingga mengakibatkan projek tergendala dan bukan disebabkan oleh kecuaian
kontraktor
Sub Fasal (d)
Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja yang disebabkan
oleh perkara-perkara diluar jangkaan seperti kebakaran, letupan, tanah runtuh,
tangki pecah, radas dan paip pecah, kapaludara dan lain-lain alat udara atau
artikel yang gugur dari udara, rusuhan dan kekacauan awam.
Sub Fasal (e)
Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan bersabit perubahan kerja
bercanggah dalam atau antara Dokumen Kontrak.
Sub Fasal (f)
Kontraktor tidak menerima dalam masa yang wajar daripada Pegawai Penguasa
arahan-arahan, pelan-pelan, aras-aras yang diperlukan dan sebagainya atau arahan
berkenaan dengan penamaan Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal
Dinamakan.
91
Sub Fasal (g)
Kelambatan memberi Milik Tapak (Prosedur pemilikan tapakbina rujuk Fasal 38)
Sub Fasal (h)
Kelambatan berpunca daripada penyatuan pekerja-pekerja setempat seperti
mogok atau tutup pintu yang melibatkan mana-mana TRED yang diguna khidmat
keatas kerja. (TRED – Persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia)
Sub Fasal (i)
Kelambatan oleh pihak artisan (pakar), tukang-tukang atau orang lain yang
ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja yang tidak menjadi
sebahagian dalam kontrak.
Sub Fasal (j)
Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal olehnya
untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk
menjalankan kerja.
92
Sub Fasal (k)
Kelambatan oleh Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal Dinamakan.
Segala punca kelewatan ini hendaklah tidak disebabkan oleh kecuaian atau
kemungkiran pihak kontraktor.]
5.4 Alasan Yang Membolehkan lanjutan
Di dalam kedua-dua borang PAM/ISM dan PWD 203 dan 203A, ada
memperuntukkan jenis-jenis alasan yang munasabah yang boleh digunakan oleh
pihak kontraktor bagi mendapatkan kelulusan untuk lanjutan masa. Alasan tersebut
adalah alasan yang di luar kawalan dan jangkaan pihak kontraktor.
Pada amnya alasan yang boleh dikemukakan oleh pihak kontraktor adalah bagi
kedua-dua jenis kontrak yang dinyatakan di atas. Alasan ini pula boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu:-
i. Sebab-sebab yang terjadi berpunca daripada pihak klien dan arkitek.
ii. Sebab-sebab yang bukan kesalahan pihak klien dan juga pihak kontraktor.
Borang PWD
203A
Borang PAM/
ISM 69
Alasan
A Sub-fasal Sub-fasal 23(e) Arahan-arahan Pegawai Penguasa atau Arkitek
93
43(e) Arahan Pegawai Penguasa atau Arkitek
berikutan dengan perubahan kerja,
percanggahan dalam dokumen kontrak dan
sebagainya selagi ianya bukan disebabkan
oleh kecuaian dan kemungkiran di pihak
kontraktor.
B Sub-fasal
43(f)
Sub-fasal 23(f) Arahan yang lewat diterima
Arahan Pegawai Penguasa atau Arkitek yang
lewat diterima oleh pihak kontraktor yang
mana ia sepatutnya diterima dalam masa yang
wajar. Arahan ini termasuklah arahan
berkenaan dengan subkontraktor atau
pembekal.
C Sub-fasal
43(i)
Sub-fasal 23(h) Kelewatan ini berpunca dari pihak luaran
seperti tukang dan artisan yang ditugaskan
oleh pihak klien untuk menyediakan sesuatu
item kerja yang mana kerja-kerja ini tidak
termasuk dalam kontrak.
D Sub-fasal
43(g)
Tiada Peruntukan Kelewatan milik tapak bina oleh pihak klien
kepada kontraktor dari tarikh seperti mana
yang tercatat di dalam surat setuju terima
tender. Kelewatan ini akan menyebabkan
projek lambat dimulakan.
sebab-sebab yang terjadi berpunca daripada pihak klien dan arkitek.
94
Sebab yang diakibatkan oleh kesalahan pihak klien, pihak kontraktor berhak
mendapat lanjutan masa sementara perbelanjaan atau kerugian yang dialami boleh
dituntut oleh pihak kontraktor di bawah Fasal 24 Borang PAM/ISM 69 di bawah
tajuk kerugian atau perbelanjaan (Direct Loss and/or Expense).
2. Sebab-sebab yang bukan kesalahan pihak klien dan juga pihak kontraktor
Borang PWD
203A
Borang PAM/
ISM 69
Alasan
A Sub-fasal 43(a) Fasal 23(a) ‘Force Majeour’ atau sebab yang di luar kawalan
seperti berlakunya gempa bumi, banjir, ribut, tanah
runtuh, peperangan dan sebagainya yang memaksa
pihak kontraktor memberhentikan segala kerja
pembinaan.
B Fasal 43(b) Fasal 23(b) Berlakunya keadaan cuaca yang luar biasa yang tidak
pernah terjadi pada musim tersebut. Akan tetapi ini
tidak diambil kira sekiranya pembinaan tersebut
dijalankan di Pantai Timur pada musim monsun
kerana kontraktor dianggap telah mengambil kira
risiko tersebut. Keadaan cuaca yang luar biasa ini
bermaksud cuaca yang bertukar secara tiba-tiba
semasa kerja-kerja pembinaan sedang berjalan pada
musim bukan angin monsun. Perubahan cuaca yang
berlaku daripada rekod cuaca lima tahun lepas juga
diambil kira sebagai cuaca buruk yang luar biasa.
C Fasal 43(b) Fasal 23(b) Arahan Pegawai Penguasa berhubung pertikaian tuan
punya berjiran.
95
Pertikaian tuan punya berjiran di sini menerangkan
tentang gangguan yang mungkin dialami akibat dari
kerja-kerja pembinaan yang dijalankan. Pihak Pegawai
Penguasa akan mengeluarkan arahan untuk
memberhentikan kerja pembinaan buat sementara
waktu akibat daripada aduan yang dibuat. Walaupun
demikian pertikaian ini bukan berpunca daripada
perbuatan atau kecuaian pihak kontraktor atau sub-
kontraktor dinamakan.
D Fasal 43(d) Fasal 20(c) Kerugian atau kerosakan akibat perkara luar jangka
Apabila berlakunya sebarang perkara luar jangka atau
kerosakan akibat daripada itu. Kerosakan akibat
daripada tanah runtuh, ribut, banjir dan sebagainya ini
akan memaksa pihak kontraktor memberhentikan kerja
buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembaikan
dapat diselesaikan dengan syarat kerosakan itu
berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor.
Contohnya bahan yang tidak disimpan di stor yang
telah rosak sewaktu berlakunya banjir.
E Fasal 43(h) Fasal 23(d) Berlakunya mogok pekerja
Apabila pekerja menjalankan mogok yang
mengakibatkan kerja terpaksa ditangguhkan seperti
penghantaran atau penyediaan bahan-bahan dan
barang.
Ketidakupayaan pihak kontraktor
96
F Fasal 43(j) Fasal 23(j) Ketidakupayaan ini berpunca kerana berlakunya
sebab-sebab yang di luar kawalan pihak kontraktor
untuk mendapatkan barang-barang atau bahan-bahan
yang perlu bagi melaksanakan kerja pembinaan.
G Fasal 43(k) Fasal 23(j) Kelambatan pihak sub kontraktor atau pembekal.
Berlakunya kelambatan kerja di pihak sub-kontraktor
atau kelewatan penghantaran bahan atau barang oleh
pihak pembekal dinamakan. Kelewatan ini akan
memaksa perjalanan projek menyimpang dari jadual
sehingga bahan atau barang diterima. Begitu juga
akibat dari kelewatan pihak sub-kontraktor yang
lambat menyiapkan kerja.
Sebab yang bukan berpunca daripada kedua-dua pihak samada klien mahupun
kontraktor ini adalah berhak menerima kelulusan lanjutan masa sekiranya memenuhi
syarat-syarat kontrak. Kontraktor tidak berhak menuntut kerugian yang dialaminya.
5.5 Langkang Mencegah Kelambatan Masa Dan Kelewatan
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya
kelewatan kerja. Antaranya ialah :-
i. Perlaksanaan projek mestilah diberi tempoh yang munasabah bersesuaian
dengan bangunan atau projek yang akan dibina. Peruntukan masa yang
diberi mestilah sesuai bermula dari kerja-kerja penyiasatan tapak
sehinggalah kerja-kerja pembinaan.
97
ii. Untuk mengelakkan berlakunya perkara di luar jangka seperti tanah
runtuh, penyiasatan tapak dan tanah perlu dijalankan dengan terperinci
dan mendalam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
iii. Lukisan-lukisan yang diperlukan mestilah diserahkan kepada kontraktor
seawal yang mungkin bersama surat setuju terima agar kontraktor dapat
merancang dan mengawal kerja dengan sebaik mungkin dan mencari
bahan-bahan atau barang-barang yang diperlukan.
iv. Pihak-pihak yang terlibat mestilah mempunyai hubungan yang baik dari
peringkat awal sehingga akhir projek berjalan.
v. Semasa membuat program kerja mestilah diberi peruntukan masa yang
bersesuaian dan program kerja ini mestilah digunakan dengan sebaiknya
dan mengikut jenis kerja yang disenaraikan.
5.6 Permohonan Bagi Mendapatkan Lanjutan
Permohonan untuk mendapatkan lanjutan masa boleh dibuat oleh kontraktor apabila:-
i. Didapati kemajuan kerja di tapak tidak begitu menggalakkan dan tidak
mengikut jadual. Kerja juga telah terlewat dari masa yang ditetapkan.
ii. Lanjutan masa dipohon melalui nasihat pegawai penguasa atau Arkitek
sekiranya di dapati kerja-kerja yang berjalan adalah tidak mengikut jadual
dan peratusannya telah melewati masa yang ditetapkan.
98
5.7 Penilaian lanjutan masa
Penilaian lanjutan masa akan dibuat oleh pihak Pegawai Penguasa atau Arkitek
berdasarkan sebab-sebab yang telah dikemukakan oleh kontraktor. Notis yang telah
dihantar oleh pihak kontraktor untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa ini akan
dibuat penilaian mengikut peruntukan di dalam kontrak dan dibuat perbandingan
dengan perjalanan kerja kontraktor.
Sekiranya didapati sebab atau alasan yang dikemukakan itu tidak menepati syarat
atau di luar syarat-syarat yang dibenarkan, kontraktor akan dimaklumkan
mengenainya. Bantahan boleh dikemukakan oleh kontraktor melalui timbang tara
untuk mengesahkan alasan tersebut.
Sekiranya alasan tersebut terdapat dalam kontrak, penelitian harus dibuat samada
kerja tersebut akan menyebabkan kelewatan atau tidak. Untuk itu, pihak Arkitek
boleh meneliti jadual perjalanan kerja kontraktor
Apabila penilaian telah dibuat dan didapati alasan tersebut boleh menyebabkan
kelewatan perjalanan projek, lanjutan masa akan diberikan. Akan tetapi kontraktor
tidak harus bergantung sepenuhnya kepada tempoh lanjutan masa sebaliknya
kontraktor haruslah berusaha mengelakkan kelambatan kerja dengan mengubah carta
perjalanan.
5.8 Perakuan kelambatan dan lanjutan masa
Arkitek atau Pegawai Penguasa akan mengeluarkan satu perakuan kelambatan
dan lanjutan masa bagi mengesahkan kelulusan untuk permohonan lanjutan masa
oleh kontraktor. Perakuan ini akan disahkan oleh pihak klien.
99
Borang perakuan kelambatan dan lanjutan masa bagi kerja-kerja kerajaan
telah dikhaskan iaitu Borang PWD 203T. Manakala bagi pihak klien swasta tiada
borang khas yang digunakan.Bagi memudahkan penilaian dibuat, butiran-butiran
lengkap seperti carta mestilah disertakan bersama. Penerangan tentang sebab
terjadinya kelambatan juga adalah perlu.
5.9 Penyediaan perakuan kelambatan dan lanjutan masa
Penyediaan perakuan kelambatan dan lanjutan masa mestilah teratur dan
setiap perkara yang perlu diisi telah dibuat dengan betul. Penjelasan perlu diberikan
mengenai sebab-sebab permohonan dibuat. Fasal-fasal yang terlibat perlu dinyatakan.
Tempoh tamat bon perlaksanaan dan polisi insurans juga perlu dinyatakan.
Tempoh tamat polisi insurans ini penting kerana biasa terjadi kegagalan
mendapatkan tempoh lanjutan masa adalah kerana kontraktor tidak memperbaharui
tempoh polisi insurans. Pihak pegawai penguasa atau arkitek akan menyertakan
bersama surat sokongan permohonan lanjutan masa bagi pengesahan klien. Arkitek
akan menjelaskan samada kontraktor itu boleh menyiapkan projek dalam tempoh
lanjutan yang diberikan itu ataupun tidak.
5.10 Pengedaran perakuan kelambatan dan lanjutan masa
Perakuan yang telah diluluskan akan diedarkan kepada pihak-pihak terlibat.
Bagi projek kerajaan, biasanya ia perlu diedarkan juga kepada Ketua Audit Negara
untuk makluman dan penilaian kepada bayaran sekiranya melibatkan kos selain
daripada kontraktor dan pihak perunding yang terlibat dan juga klien.
100
Satu salinan akan diserahkan kepada Pengarah Pengurusan di Ibu Pejabat
JKR dan juga kepada Pengarah Cawangan Ukur Bahan serta satu salinan kepada
Pengarah JKR negeri yang terlibat. Satu salinan juga perlu diserahkan kepada bank
atau syarikat insurans yang terlibat.
Manakala bagi projek swasta pula hanyalah kepada pihak bank atau syarikat
insurans yang terlibat dan kepada pihak perunding serta kontraktor selain dari untuk
simpanan pihak klien. telah tamat tempohnya tetapi kerja tidak siap dan lanjutan
masa mengikut syarat-syarat kontrak tidak dapat diberi. Walaupun dalam keadaan
biasa projek-projek begini harus dimansuhkan tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu
kontrak ini tidak dapat dimansuhkan atau pemansuhannya terpaksa ditarik balik.
Hanya Sijil Tidak Siap Kerja dikeluarkan. Sedang kontraktor menjalankan kerja
setelah sijil tidak siap kerja dikeluarkan dan dalam denda, terdapat pula kerja
tambahan yang perlu dibuat dan tidak dapat dielakkan.
5.11 Perkara-Perkara Penting
Kontraktor hanya berhak mendapat lanjutan masa sekiranya ia telah
sentiasa berusaha dengan sedaya upayanya untuk mengelakkan
kelambatan dan telah membuat apa-apa yang dikehendaki dengan
munasabahnya oleh Pegawai Penguasa.
Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk menyatakan secara
bertulis sebab-sebab kelambatan tersebut kepada Pegawai Penguasa
sejurus berlakunya kelambatan.
Setiap rayuan dan permohonan daripada kontraktor untuk lanjutan
masa mestilah dikaji oleh Pegawai Penguasa dan majikan akan punca-
punca berlakunya kelambatan tersebut, dimana hanya kelambatan
101
sebenar sahaja yang perlu dinilaikan semasa mengira tempoh tersebut
yang mana ianya akan dinilai berdasarkan program atau perancangan
kerja kontraktor dan hubung kait operasi kerja dengan keseluruhan
kerja.
Kelambatan kerja boleh dinilai melalui Carta Kemajuan Kerja dimana
jika kontraktor ketinggalan dari jadual, beliau mesti diarahkan untuk
memberi tunjuk sebab mengapa kerjanya terlambat.
Tempoh bagi sesuatu lanjutan masa, hanya akan ditentukan oleh AJK
kelambatan dan Lanjutan masa.
Jika Pegawai Penguasa berpuas hati dengan alasan-alasan kelambatan
tersebut maka lanjutan masa akan diberikan dengan menggunakan
‘Perakuan Kelambatan’ dan ‘Perakuan Lanjutan Masa’ iaitu Borang
JKR 203 T pindaan 4/83. Peraakuan Kelambatan dan Perakuan
Lanjutan Masa ini mestilah diserahkan sebelum Tarikh Siap Kerja
Maklumat-maklumat yang mesti diberikan oleh Pegawai Penguasa
semasa mengemukan Perakuan Lanjutan Masa untuk diluluskan:
Butiran-butiran bagaimana tempoh lanjutan masa yang dicadangkan
dihitung.
Dimana kerajaan bertanggungjawab keatas kelambatan itu, nyatakan
samada sebab kelambatan itu telah diatasi dan jika tidak nyatakan
langkah-langkah yang sedanga diambil untuk mengatasinya.
Dimana kerajaan bertanggungjawab keatas kelambatan, nyatakan
samada kontraktor ada atau akan menuntut kerugian dan perbelanjaan
tambahan dan jika ‘YA’ akan dibuat anggaran. Anggaran ini dibuat
oleh Pegawai Penguasa.
Satu huraian kemajuan kerja yang telah dicapai oleh kontraktor pada
tarikh perakuan hendaklah disediakan dan tentukan baki kerja yang
hendak dijalankan.
102
Nyatakan samada kontraktor boleh menyiapkan kerja pada tarikh siap
lanjutan yang dicadangkan dan jika tidak, nyatakan tarikh
anggarannya.
Setelah perakuan tersebut diluluskan salinan asal hendaklah dihantar kepada
kontraktor, satu salinan mengenainya mestilah diedarkan kepada pihak-pihak
tertentu seperti mana yang disenaraikan dalam perakuan dan juga ditambah kepada
yang berikutnya.
1. P.K.K (Pusat Khidmat Kontraktor).
2. Jurukur bahan yang terlibat dalam pembinaan.
Pegawai-pegawai yang berkuasa mengesahkan Perakuan Lanjutan Masa:
1. Ketua Pengarah Kerjaraya
2. Timbalan Pengarah Kerjaraya.
3. Pengarah Cawangan JKR.
4. Ketua Pengarah Negeri.
5. Ketua Unit Khas
5.12 FASAL 45: KECACATAN SELEPAS SIAP
1. Subfasal(a) – Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 12 bulan (projek yang melebihi
RM50,000.00) seperti yang dinyatakan didalam dokumen kontrak selepas tarikh
penyiapan kerja yang praktikal yang diberikan kepada kontraktor oleh Pegawai
Penguasa dimana kecacatan, ketidaksempurnaan atau kekurangan atau apap-apa
jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan juga disebabkan oleh bahan atau
103
barang-barang atau mutu hasil kerja hendaklah disempurnakan oleh kontraktor
sebaik mungkin
2. Subfasal(b) – Jadual Kecacatan
Jika terdapat apa-apa kecacatan atau ketidaksempurnaan yang berlaku, Pegawai
Penguasa hendaklah mengemukan Jadual Kecacatan yang akan diserah-hantar
kepada kontraktortidak lewat dari empat belas (14) hari selepas tamat Tempoh
Liabiliti Kecacatan. Kontraktor atas kosnya sendiri akan memperbaiki kecacatan
atau ketidaksempurnaan dalam masa yang berpatutan tetapi tidak lebih dari
tiga(3) bulan selepas penerimaan jadual tersebut.
Pegawai Penguasa tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa arahan berhubung
dengan kecacatan selepas Jadual Kecacatan dikeluarkan atau selepas 14 hari
tamatnya Tempoh Liabiliti Kecacatan mengikut mana yang terkemudian.
3. Subfasal(c) – Kemungkiran Kontraktor
Jika kontraktor tidak mematuhi subfasal (a) & (b), bahan atau kerja yang terjejas
boleh diperbaiki oleh Pegawai Penguasa dengan cara yang patut dan kos yang
ditanggung hendaklah dipotong dari baki wang yang akan dibayar kepada
kontraktor atau dari Bon Perlaksanaan atau sebagai suatu wang tuntutan tertentu.
104
4. Subfasal(d) – Kuasa-kuasa Tambahan Pegawai Penguasa
Jika pada pendapat Pegawai Penguasa tidak mudah untuk kontraktor
memperbaikinya maka kesusutan kerja akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa
dan kaedah pembayaran sama seperti dalam subfasal (c).
5. Subfasal(e) – Perakuan Siap Membaiki Kecacatan
Apabila pada pendapat Pegawai Penguasa , kontraktor telah memperbaiki
kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan yang perlu
diperbaiki atau Pegawai Penguasa menganggap projek itu telah siap, Pegawai
Penguasa mengeluarkan satu perakuan dimana perakuan ini disebut “ Perakuan
Siap Membaiki Kecacatan.”
5.13 Pengeluaran Sijil Lanjutan Masa.
Setelah meneliti dan terbukti bahawa segala alasan yang dikemukakan oleh
kontraktor betul sebagaimana terkandung dalam syarat-syarat kontrak, maka sijil
kelambatan dan lanjutan masa akan dikeluarkan. Bagi keperluan tersebut, kontraktor
dikehendaki untuk melanjutkan segala polisi insuran berkaitan sehingga tarikh
lanjutan yang dibenarkan dan P.P berhak untuk menahan pengeluaran sijil ini
sekiranya kontraktor masih gagal untuk berbuat demikian.
105
Jumlah tempoh maksima lanjutan ini adalah selama 90 hari (3 bulan) dan P.P
boleh memberikan tempoh sama ada secara pecahan atau secara sekaligus yang mana
mengikut budibicaranya atau wakil-wakilnya.
5.14 Tuntutan Kerugian
Jika sekiranya punca kelewatan atau kelambatan kerja kontraktor disebabkan
oleh perkara-perkara yang terkandung di syarat kontrak, maka kontraktor berhak
untuk menuntut kerugian yang dialami oleh pihaknya sama ada secara langsung atau
perbelanjaan yang tidak akan dibayar ganti melalui pembayaran yang telah dibuat.
Untuk itu, kontraktor hendaklah mengemukakan tuntutan kerugian tadi dalam
tempoh 1 bulan selepas tarikh kejadian dan tidak boleh melebihi 3 bulan selepas
penyiapan kerja.
5.15 Contoh projek (Kes – kes berkaitan)
TASIK BIRU KUNDANG FASA 1 RUMAH TERES
CADANGAN PEMBANGUNAN DI ATAS SEBAHAGIAAN LOT 5068 DAN
TANAH KERAJAAN BERHAMPIRAN KAMPUNG PERMATA KUANG,
MUKIM RAWANG GOMBAK UNTUK TETUAN KONSORTIUM MELAYU
SELAYANG BERHAD.
Client: konsortium melayu selayang berhad. (Zikay)
Contractor: Imbas Mesra Sdn Bhd
Consultancy
Architect: Syed Halim Architect
Civil: DRSA Consultancy
Engineer: KMSI Sdn Bhd
106
Quantity Surveyor: Zikay Holding
Mechanical & Electric: HSK Sdn Bhd
Tarikh Mula Projek: 12/10/2005
Tarikh Siap Projek : 12/10/2007
Tarikh Masuk Tapak : 24/02/2006
Kronologi bagi memohon (E.O.T) bagi Projek ini.
Kontraktor memohon kelewatan masa
Arkitek membuat pengesahan
Pemaju / clain membuat pengesahan dari arkitek serta memberi kebenaran atau tidak
Permohonan Lanjutan Masa (E.O.T) No 1
Antara sebab – sebab dimana menyebabkan pihak kontraktor memohon untuk
melanjutkan masa ialah:-
Faktor cuaca
Ini adalah kerana pada masa tersebut marupakan musim hujan yang
mana menyebabkan kontraktor tidak dapat membuat kerja pembinaan
seperti yang telah ditetapkan
Kelewatan dalam mendapat kebenaran untuk masuk tapak ( Date of
Possession)
107
Kelewatan masuk tapak juga menjadi salah satu factor, dimana
kontraktor perlu mangambil masa lebih kurang 4 bulan untuk masuk
tapak.
Keadaan tanah
Keadaan tanah yang lembut akibat dari hujan yang lebat
menyebabkan pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja – kerja
penanaman curucuk.
Kelewatan pihak kilang
Kelewatan pihak kilang untuk mengeluarkan bahan – bahan yang
digunakan bagi tujuan pembinaan.
Pihak arkitek membuat kajian meminta bahan bukti seperti surat dari kontraktor.
Meminta pihak kontraktor menghantar laporan cuaca
Meminta surat dari dokumen kontrak
Meminta pihak kontraktor mengemukakan laporan Kajian Tanah. (S .I
Surat dari kilang yang menyatakan bahawa mereka lewat untuk
mengeluarkan bahan yang di minta oleh kontraktor.
Pihak pemaju (SKS) dan arkitek berbincang dan membuat keputusan untuk
membenarkan pihak kontraktor membuat lanjutan masa. Pihak pemaju membuat
keputusan untuk memberi kebenaran lanjutan masa no1.
108
Permohonan Lanjutan Masa (E.O.T) No 2
Antara sebab – sebab dimana menyebabkan pihak kontraktor memohon untuk
melanjutkan masa ialah:-
Penukaran reka bentuk
Pihak perunding dari DRSA telah membuat penukaran dalam lukisan
struktur.
Kelewatan mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan lewat dalam memberi kelulusan
Masalah buruh
Buruh mengadakan mogok untuk menaikkan gaji lalu tidak membuat
kerja. Ini menyebabkan kelewatan kerja pembinaan.
Pihak arkitek membuat kajian meminta bahan bukti seperti surat dari kontraktor.
Meminta surat dari DRSA untuk membuktikan bahawa pihaknya telah
membuat perubahan dalam rekabentuk.
Meminta bahan bukti dari Pihak Berkuasa Tempatan bagi menunjukan
mereka telah lewat dalam memberi kululusan
Pihak pemaju (SKS) dan arkitek berbincang dan membuat keputusan untuk
membenarkan pihak kontraktor membuat lanjutan masa. Pihak pemaju membuat
keputusan untuk memberi kebenaran lanjutan masa no2.
Permohonan Lanjutan Masa (E.O.T) No 3
109
Antara sebab – sebab dimana menyebabkan pihak kontraktor memohon untuk
melanjutkan masa ialah:-
Penambahan bilangan paip oleh Syabas
Pihak Syabas meminta penambahan bilangan paip , ini
menyebabkan kelewatan kerja keran aperlu membuat
tempahan dan sebagainya.
Perubahan laluan dalam saluran kumbahan
Pihak IWK membuat perubahan dalam system kumbahan
secara tiba – tiba dan menyebabkan permohonan kepada
lanjutan masa.
Pihak arkitek membuat kajian meminta bahan bukti seperti surat dari kontraktor.
Setelah kajian dan penilitian yang terperinci di lakukan
didapati pihak Syabas dan IWK gagal dalam mengemukakan
sebarang bawan bukti dalam bentuk surat ataupun lawatan ke
tapak.
Pihak pemaju (SKS) dan arkitek berbincang dan membuat keputusan untuk
membenarkan pihak kontraktor membuat lanjutan masa. Pihak pemaju membuat
keputusan untuk tidak memberi kebenaran lanjutan masa no3. Ini adalah kerana
pihak Syabas dan IWk gagal dalam mengemukakan sebarang bahan bukti.
PEMBAYARAN GANTITENTU & DITETAPKAN (LIQUIDATED &
ASCERTAINED DAMAGES) – FASAL40
110
Sekiranya tuntutan lanjutan masa yang dikemukakan oleh kontraktor tidak
diterima oleh P.P akan sebab kewajarannya, maka kontraktor perlu menyiapkan kerja
pembinaan sebagaimana tarikh asal yang tercatat dalam kontrak. Jika kerja tadi tidak
mampu juga disiapkan mengikut tarikh, maka kontraktor akan diberikan Surat
Amaran Terakhir. Setelah kontraktor menerima Surat Amaran Terakhir, tetapi tiada
apa jua usaha yang dibuat bagi menyelesaikan penyiapan kerja, maka P.P akan
mengeluarkan Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (JKR 203X – PIN. 1/83).
Sehubungan dengan itu, kontraktor akan dikenakan denda berbentuk harian
sebagai ganti kerugian kerajaan. Jumlah denda harian ini sebenarnya telahpun
ditetapkan dalam kontrak.Ini bermakna pihak kontraktor telah sedia maklum akan
perkara ini dan sepatutnya menjadi peransang kerja ( secara tidak langsung ) agar
tidak berlakunya kelewatan kerja.
Kebiasaannya kadar denda harian ini bergantung kepada jumlah nilai harga
kontrak dan dengan mengambilkira bersama Prime Rates ( kadar peratusan yang
dikeluarkan oleh bank dagangan tempatan ).
Kadar Denda Harian = Prime Rates x Nilai Harga Kontrak
365 Hari
Permulaan dendaan harian ini adalah pada tarikh tamat kontrak atau tarikh
tamat Lanjutan Masa atau tarikh keluarnya Sijil Kerja Tak Siap. Bagi semua polisi
insuran pula, kontraktor dikehendaki melanjutkan segala polisi insuran yang diambil
dan sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, maka P.P berhak untuk memotong
kos premium tersebut ke atas baki wang kontraktor.
111
PENYIAPAN BERBAHAGIAN-BAHAGIAN – FASAL 41
Pihak Karajan boleh dan tercatat di dalam Syarat-Syarat Kontrak untuk
menjadikan sesuatu kerja pembinaan disiapkan secara berperingkat-peringkat
mengikut keperluan ataupun lebih biasa dikenali sebagai fasa. Sekiranya begitu,
maka tarikh siap kerja secara praktikal, kelambatan & lanjutan masa, LAD, tempoh
liabiliti kecacatan ( kecuali insuran kerja, bon perlaksanaan dan bayaran
muktamad ) hendaklah dibuat secara berasingan
PENDUDUKAN SEPARA – FASAL 42
Pihak kerajaan boleh pada bila-bila masa sebelum penyiapan kerja secara
praktikal mengambil milik dan menduduki mana-mana bahagian atau tingkat
bangunan setakat mana yang telah disiapkan dengan syarat mendapatkan persetujuan
kontraktor. Sekiranya begitu, maka sebahagian atau beberapa tingkat daripada
bangunan yang dibina sebagaimana kontrak akan terlebih dahulu diduduki oleh
kerajaan. Ini bermakna bahagian yang diduduki ini telahpun mematuhi Fasal 39 iaitu
telah mencapai penyiapan secara pratikal. Sehubungan dengan itu, perkara-perkara
berikut perlulah dipatuhi :-
a. Sijil Pendudukan Separa
Pihak kerajaan hendaklah mengeluarkan sijil ini kepada kontraktor
dalam tempoh 7 hari selepas pengambilalihan tersebut dengan
menyatakan nilai anggaran kos bahagian atau tingkat yang diduduki
tadi berbanding jumlah kontrak asal.
112
b. Liabiliti Kecacatan
Tempoh tanggungan kecacatan bagi bahagian atau tingkat yang
diduduki adalah sama dengan syarat pada Fasal 45 iaitu bermula
daripada tarikh kerajaan mengambil milik dan mendudukinya.
c. Insuran Kerja dan Bon Perlaksanaan
Semua polisi insuran berkaitan dan Bon Perlaksanaan yang diambil
oleh kontraktor masih lagi perlu dikuatkuasakan sebagaimana yang
asalnya mengikut kontrak. Oleh itu, ianya tidak boleh dilucutkan atau
dilepaskan sehinggalah Sijil Siap Membaiki Kecacatan dikeluarkan
seperti dinyatakan dalam Fasal 45 ( Kecacatan Selepas Siap ).
d. Pengurangan Gantirugi Tertentu & Gantirugi Ditetapkan
Walaubagaimanapun, nilai kadaran dendaan harian bagi bahagian atau
tingkat yang diduduki tadi hendaklah dikurangkan daripada nilai
denda harian keseluruhan dengan mengikut nilai anggaran kos
bahagian atau tingkat yang diduduki
PENYIAPAN KERJA SECARA PRAKTIKAL - FASAL 39
Definisi
1. Apabila pada pandangan P.P telah mencapai penyiapan dan padat memenuhi
fungsi pembinaan, boleh diduduki dan digunakan, sekalipun masih terdapat
113
sedikit kerja yang belum siap atau terdapat kecacatan yang mana tidak
menjejaskan keselesaan penghuninya.
2. Siap sebagaimana yang dinyatakan di dalam kontrak.
PENGELUARAN SIJIL SIAP KERJA SECARA PRAKTIKAL
Setelah P.P berpuashati, maka satu pemeriksaan bersama ( kontraktor, P.P,
wakil kementerian / jabatan pelanggan dll ) akan dilakukan. Sekiranya kerja berjaya
memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka Sijil Siap Kerja Secara Praktikal ( JKR
203S –SEM. 2/83 ) akan dikeluarkan dan Tempoh Liabiliti Kecacatan bermula di
sini. Jika sebaliknya ( tidak siap atau cacat ), maka P.P akan mengenalpasti,
menyenarai dan mengarahkan kontraktor untuk melaksanakannya.
PENAMATAN KERJA KONTRAKTOR – FASAL 51
Sekiranya P.P mempunyai bukti yang kontraktor tidak mungkin dapat
menyiapkan kerja atau memperlihatkan dirinya enggan melaksanakan kerja atau
tidak berupaya menyiapkan kerja, maka notis niat penamatan kontrak kontraktor
hendaklah dihantarkan kepada kontraktor bagi memaklumkan hasrat P.P dan
sekiranya masih tiada respon positif daripada kontraktor maka notis penamatan
pengambilan kerja kontraktor hendaklah dikeluarhantarkan kepada kontraktor
berkenaan. Berikut merupakan antara kemungkiran yang biasa dilakukan dan
membolehkan penamatan kerja kontraktor :-
a. Menggantung perjalanan sebahagian atau keseluruhan kerja tanpa sebab
munasabah.
b. Gagal meneruskan kerja mengikut aturan dan tekun.
114
c. Gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak atau berulangkali cuai
menunaikan obligasinya di bawah kontrak.
d. Mungkir atau cuai mematuhi notis bertulis daripada P.P ( Arahan P.P ).
e. Mengsubsewakan sebahagian atau keseluruhan kerja kepada pihak lain
tanpa mendapatkan persetujuan bertulis daripada P.P ( Fasal 27 ).
f. Tdak mengemukakan Bon Perlaksanaan, lain-lain polisi insuran berkaitan.
g. Gagal memulakan kerja.
BAYARAN MUKTAMAD – FASAL 48
Setelah kontraktor berjaya menunaikan obligasinya di bawah kehendak
kontrak ( siap kerja praktikal, kelewatan & lanjutan masa, membaiki kecacatan
dll ), maka kontraktor hendaklah mengemukakan segala tuntutan berserta dengan
apa-apa dokumen, baucar dll dalam tempoh 3 bulan selepas siap kerja secara
praktikal kepada P.P bagi tujuan penyediaan Akaun Muktamad. Setelah itu, P.P akan
mengeluarkan Sijil Muktamad dalam tempoh 3 bulan selepas tamat Tempoh Liabiliti
Kecacatan atau setelah Sijil Siap Meperbaiki Kecacatan dikeluarkan atau yang mana
terkemudiaanny
115
BAB 6 : KESIMPULAN
Program Latihan Industri ini sebenarnya adalah merupakan satu program
yang banyak memberi manfaat, faedah dan pengetahuan yang diperolehi secara tidak
formal semasa tempoh pengajian di Politeknik. Dengan ini tidak dapat dinafikan
bahawa segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi semasa latihan ini
digunakan dan pengalaman yang diperolehi semasa latihan ini akan diguknakan
semula semasa menempuhi alam pekerjaan sebenar kelak.
Dari pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalani latihan industri di
Zikay Group ini, dapat saya simpulkan di sini bahawa saya berpuas hati dengan
kerja-kerja yang dilakukan di sini walaupun sedikit sebanyak tidak berkaitan dengan
bidang saya sebagai juru ukur bahan seperti kerja-kerja berkaitan dengan urusan
tanah, akan tetapi pengalaman tersebut tidak dapat saya perolehi ditempat lain dan
saya bersyukur kerana dapat menambah ilmu pengetahuan ini dan boleh
dimanfaatkan semasa bekerja kelak.
116
Disini dapat juga saya simpulkan bahawa latihan industri yang di adakan ini dapat:-
Membantu para pelajar membina keyakinan diri untuk berhadapan
dengan alam dunia pekrjaan sebenar.
Mempelajari sesuatu yang baru dalam bidang yang diceburi kerana
mungkin ia tiada dalam skop pembelajaran di Politeknik.
Mempelajari sesuatu yang baru dalam industri pembinaan ini
walaupun perkara tersebut tidak mempunyai kaitan dengan bidang
juru ukur bahan. Ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu
pengetahuan kita selaku pelajar.
Menjalankan kerja secara berkumpulan , saling hormat –
menghormati , sikap tanggungjawap dan membentuk disiplin diri.
Mendedahkan situasi sebenar cara kerja dijalankan dan membuat
penyelesaian dan keputusan dalam setiap masalah yang dihadapi
semasa kerja dilakukan.
Meluaskan pergaulan dan pengalaman dengan cara bersemuka
dengan pihak – pihak lain yang berkaitan dengan kerja- kerja yang
dilakukan seperti sub-kontraktor dan sebagainya.
Dapat membezakan antara keperluan teori yang dipelajari dan
praktikal yang dibuat saling berkaitan.
Sekalung pernghargaan dan ucapan syabas kepada pihak Politeknik kerana
telah memberi peluang kepada semua pelajarnya untuk menjalani Latihan Indusrti
ini. Apa yang penting adalah ilmu yang dicurahkan semasa di Politeknik dan semasa
menjalani Latihan Industri hendaklah dimanfaatkan oleh pelajar dengan baiknya.
117
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN
Dengan adanya program Latihan Industri ini, pelajar akan dapat menimba ilmu
dan pengetahuan baru. Oleh yang demikian , untuk menjadikan latihan industri ini
lebih berkesan dan jayanya pada masa akan datang, saya sebagai pelajar yang telah
menamatkan tempoh latihan ingin mengemukakan beberapa komen dan
cadangan kepada pihak-pihak yang terlibat. Antara cadangan – cadangan tersebut
ialah:-
1. Latihan ini wajar diteruskan pada semester – semester yang akan
datang kerana melalui latihan ini, pelajar dapat meninba pengalaman
bekerja sebelum tamat tempoh pengajian dan menceburi bidang
pekerjaan sebenar selepas tamat pengajian kelak.
2. Tempoh latihan yang sedia ada dikekelkan iaiti 5 bulan. Para pelajar
akan mendapat kesukaran dalan memberi komitmen sekiranya tempoh ini
dilanjutkan dan mengalami masalah dalam pemahaman bidang tugas jika
tempoh ini dikurangkan.
118
3. Menukar masa latihan industri ini dari semester 3 kepada semester 4
bagi pelajar peringkat Sijil dan semester 6 bagi pelajar peringkat
Diploma. Ini kerana ilmu yang sedia ada adalah tidak cukup sehingga
menyebabkan kakitangan syarikat berasa tidak perlu memberi tunjuk ajar
yang terperinci kerana berasa pelajar tersebut akan mempelajari ilmu
tersebut di Politeknik pada semester akan datang.
4. Pihak syarikat perlu menyediakan jadual yang lebih padat dan
sistematik serta bersesuaian bagi memudahkan pelajar membuat
penyediaan dan perancangan awal mengenai aktiviti dan tugas yang
perlu di jalankan semasa tempoh latihanindustri.
5. Pihak firma jug perlulah mengadakan mesyuarat setiap bulan di
antara pelajar , kakitangan dan majikan untuk membincangkan dan
meninjau prestasi pelajar tersubut.
6. Kerja kerja yang diberikan hendaklah selaras dengan kursus yang
diikuti olek pelajar supaya ianya dapat membantu pelajar mendalami
sesuatu pelajaran itu berdasarkan alam pekerjaan yang sebenar.
7. Lawatan oleh pensyarah ke tempat latihan industri pada awal dan
akhir latihan dijalankan untuk memastikan segalanya berjalan lancar di
permulaaan dan akhir latihan industri.
Akhir sekali , saya ingin meminta maaf sekiranya komen dan cadangan saya ini
tidak menyenangi mana – mana pihak. Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya
dan yang buruk adalah kelemahan dan kelalaian diri saya sendiri.
119
120
121
top related