reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)

Post on 20-Jun-2015

6.193 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

REKA BENTUK TAMAN MINI

Tingkatan 3(Sains Pertanian)

Taman mini ialah tempat penanaman pokok hiasan di satu kawasan yang

terhad.Beberapa pokok hiasan yang

dikumpulkan di dalam satu kawasan dapat mewujudkan keadaan semulajadi

yang indah dan menarik.Terdapat pelbagai prinsip reka bentuk

taman mini.

REKA BENTUK TAMAN MINI

Prinsip Reka

BentukTaman Mini

Keringkasan

Keanekaan

Penumpuan

Turutan

Keseimbangan

Skala atau Ukuran

Bermaksud mereka bentuk menggunakan hanya elemen yang penting di dalam sesuatu gubahan.

Gubahan hendaklah ringkas, teratur dan mudah difahami.

Beberapa bentuk, warna dan tekstur boleh digunakan berulang kali di

beberapa tempat.Susunan dan kesatuan perlu diwujudkan

untuk memudahkan pemahaman dan pengenalan.

KERINGKASAN

Terlalu banyak keanekaan dari segi jenis, bentuk, tekstur dan ukuran tanaman boleh mengelirukan.

Susunan yang ringkas daripada tiga jenis bentuk dan ukuran tanaman boleh memberi daya tarikan dalam landskap.

Bermaksud menggunakan pelbagai jenis elemen seperti warna, bentuk, susunan, tekstur dan saiz tanaman

dalam mereka bentuk.Ini adalah untuk mengelakkan rasa

bosan dan menimbulkan minat dalam satu gubahan.

KEANEKAAN

Penanaman yang sama jenis boleh menimbulkan kebosanan

Keanekaan tanaman dari segi jenis, ukuran dan tekstur boleh menambahkan daya tarikan.

Untuk kawasan sudut, keanekaan susunan dan campuran pelbagai ukuran, tekstur dan warna boleh memberi daya tarikan selain tujuan mengadang

Bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi tumpuan dan

menarik perhatian.Elemen tertentu dijadikan daya

tarikan.Penumpuan biasanya dibuat pada

tempat-tempat yang strategik, unik dan paling menarik.

Dapat diwujudkan dengan menggunakan warna tumbuhan yang menarik, tekstur yang kasar, bentuk

yang unik atau garisan yang bertemu di satu tempat.

PENUMPUAN

Bermaksud perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lainsecara

berperingkat.Ini bertujuan untuk menentukan arah

pandangan atau pergerakan.Turutan ini meliputi saiz pokok, ukuran,

warna tekstur dan jarak tanaman.Turutan adalah perubahan yang

berperingkat dari suatu elemen seperti dari tekstur kasar ke sederhana dan halus.

TURUTAN

Turutan mengikut perubahan warna

Turutan mengikut perubahan tekstur dan ukuran.

Elemen-elemen yang sama digunakan unutk mendapatkan keadaan yang

seimbang.Tumbuhan yang hendak ditanam, perlu seimbang dari sudut bentuk, warna dan

saiz taman mini yang akan dibina.Keseimbnagn formal menggunakan

gubahan geometrik manakala keseimbangan tidak formal menggunakan

gubahan berbentuk semulajadi.

KESEIMBANGAN

Keseimbangan simetri

Keseimbangan tidak simetri

Pokok renek ditanam di dalam bekas yang disusun seimbang di tepi tangga untuk menghiasi dan melembutkan garisan bucu tangga.

Pokok renek ditanam di dalam palung yang disusun seimbang berdekatan pintu, sebagai penandaan arah pintu masuk.

Bermaksud ukuran saiz elemen-elemen tanaman dalam landskap.

Elemen-elemen landskap, reka bentuk dan tanaman harus bersesuaian dengan saiz

rumah dan keluasan kawasan.

SKALA ATAU UKURAN

Pokok hiasan yang terlalu besar menyebabkan rumah kelihatan kecil.

Pokok hiasan yang terlalu kecil menyebabkan rumah kelihatan terlalu besar dan tidak seimbang

Ukuran atau skala yang sebanding (ukuran mutlak).

Tanaman dan elemen landskap dilukis dalam bentuk simbol untuk membina sesuatu taman mini.

Ini akan memberi gambaran sebenar keseluruhan rupa bentuk taman yang akan dibina.

Antara simbol tanaman hiasan:

Simbol pokok renek

Penutup bumi

Binaan konkrit / batu kayu

Pergerakan air

Bayangan matahari

MELUKIS SIMBOL TANAMAN DAN ELEMEN

LANDSKAP

SIMBOL POKOK

SIMBOL RENEK

SIMBOL PENUTUP BUMI / RUMPUT

SIMBOL LANDSKAP KEJUR

top related