refleksi perlaksanaan projek internship

Post on 10-Dec-2015

61 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

INTERNSHIP

TRANSCRIPT

REFLEKSI PERLAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP

Pada permulaan menerima tugasan projek internship ini, saya telah

membayangkan beberapa projek seperti mural dam ular. Kiosk sukukata, ampaian suku

kata. Projek-projek ini amat bersesuaian untuk dijadian projek inovasi untuk dijadikan

bahan bantu mengajar murid pemulihan di SK Tun Doktor Ismail. Saya diberi masa

berinternship selama sebulan di sekolah ini bermula dari 30 Mac hingga 24 April 2015.

Oleh kerana saya sedang cuti bersalin, saya diberi kelonggaran untukhadir ke

sekolah sehari dalam seminggu. Saya telah mengadakan perbincangan pertama

bersama pihak pentadbir sekolah dan mentor pada jam 10.00 pagi 30 Mac 2015

bertempat di Bilik Akses SK Tun Doktor Ismail. Pihak sekolah sangat berminat dengan

projek ini dan berharap projek ini dapat memberi sumbangan yang berfaedah kepada

sekolah. Saya memberi idea dan bercadang untuk membuat kiosk sukukata. Setelah

berbincang, guru pemulihan Pn. Hjh Ramlah Bt Ahmad yang juga merupakan mentor

saya mencadangkan saya membuat projek Pentas ‘Puppet. Ini kerana dia memang ada

berhajat untuk membuat pentas puppet yang diinovasikan dari laci meja.

Memandangkan pihak pentadbir dan mentor begitu berminat dengan projek ini,

maka matlamat asal projek saya telah bertukar. Saya akan membuat pentas pupet.saya

merancang pentas puppet akan diinovasikan oleh guru, manakala bonekanya pula akan

dihasilkan oleh murid pemulihan itu sendiri. Saya mula memikirkan langkah-langkah

untuk memulakan.. Pada 31 Mac 2015, satu perbincangan telah dijalankan bersama

guru mentor Pn. Hjh Ramlah Bt Ahmad tentang cadangan projek yang hendak

diljalankan. Seterusnya saya telah berbincang untuk mendapatkan persetujuan dan

meminta dana daripada pihak sekolah. Saya mula membina rph yang akan dijalanan

menggunakan projek inovasi yang akan saya dan murid pemulihan khas hasilkan nanti

Saya juga telah membuat banyak rujukan di laman sensawang juga buku-

panduam pemulihan khas untuk membuat projek ini. Saya telah meminta pertolongan

suami saya untuk menebuk laci meja untu dijadikan penpas puppet. Manakala

mengecat dan menghiasnya saya lakukan sendiri. Memandangkan saya sedang bercuti

dan waktu disekolah saya terhad, saya membuat projek inovasi ini dirumah.

Bagi membuat boneka boneka bersama murid-murid pemulihan akan dilakukan

di kelas pemulihan. Saya menyediakan garfu plastik dan penutup bekas makanan.

Mereka sangat seronok dan teruja untu melakukan boneka sukukata ini. Saya hanya

menjadi pemudah cara untuk mereka. Mereka ditugaskan untuk menghasilkan boneka

sukukata ba, ca, da, fa, ga, ha,ja, ka, la, ma, na, pa, qa, ra, sa, ta, va, wa, ya, dan za.

Semua aktiviti yang mereka buat telah saya rakamkan. Hasil pemerhatian saya,mereka

ini ada bakat yang mereka malu untu tonjolkan. Bila melakukan aktiviti ini mereka lebih

ceria,yakin dan seronok mempelajari isi pelajaran yang guru sampaikan.

Setelah pentas dan boneka dihasilkan. Tibalah masa untuk persembahan

menggunakan projek inovasi yang telah dibuat. Sekalilagi saya lihat senyuman terukir

dibibir murid-murid pemulihan ini. Secara tidak langsung mereka merasakan dekat

dengan saya. Saya amat gembira menghadapi suasana sebegini. Mereka rasa dihargai

dan disayangi. Melihat keadaan ini dapat saya simpulkan bahawa mereka ini berbakat

Cuma sebagai guru kita perlu tahu bagaimana nak menawan hati dan mendekati

mereka.

Sepanjang menyiapkan projek mural ini, tiada masalah besar yang timbul. Saya

amat gembira dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih pada

semua yang turut serta menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung.

Terutamanya pada pensyarah pembimbing, En. Mohd Yusof, mentor saya, Pn Hjh

Ramlah, Guru Besar SK tun Doktor Ismail, suami tersayang, Mohd Hafeez yang banyak

memberi bantuan dan bimbingan kepada saya. Hanya Tuhan saja dapat membalasnya.

top related