rancangan tahunan 3k 2014
Post on 22-Oct-2015
985 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Jawatankuasa 3K SK Taman Molek 2014
MISI
SK Taman Molek merupakan institusi pendidikan yang menterjemah, merealisasi, dan membudayaakan komponan Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan.
VISI
Melahirkan generasi berkeperibadian yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sepanjang zaman.
OBJEKTIF
Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, bersih, ceria, dan kondusif untuk pembelajaran.
Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan 3K
Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti 3K di SK Taman Molek
Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertingkat aspek-aspek 3K di SKTaman Molek
Sentiasa menilai aspek 3K untuk memastikan tahap peningkatannya di SKTaman Molek
Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap, dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan, dan keselamatan
Meningkatkan jalinan permufakatan dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk sebuah komuniti yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan, dan kesihatan sepanjang masa.
Jawatankuasa 3K SK Taman Molek 2014
JAWATANKUASA PROGRAM 3KANALISIS SWOT JAWATANKUASA PROGRAM 3K (2014)
KEKUATAN (STRENGTH - S) KELEMAHAN (WEAKNESS - W )
S1 - Galakkan dan sokongan daripada pihak pentadbir sekolah pada setiap aktiviti yang dilaksanakan
S2 - Kebanyakan kemudahan lengkap dan mencukupi
S3 - Terdapat Jawatankuasa Bersama iaitu Jawatankuasa Kantin, Jawatankuasa Keceriaan, Jawatankuasa Sekolah Selamat seperti AJK Sekolah Dan AJK 3K
S4 - Kebanyakan guru beri komitmen yang tinggi.
S5 - Semangat kerjasama dan kerja berpasukan
adalah tinggi dikalangan semua warga sekolah.
S6 – Guru peka perubahan serta kekurangan di sekitar kawasan sekolah
W1 – Keadaan fizikal sekolah yang tidak memuaskan (dinding sekolah, tandas, kantin, persekitaran sekolah) Perlu banyak program untuk dilaksanakan
W2 – Kekangan masa yang bertindih dengan program utama sekolah .
W3 – Kebanyakkan ahli jawatankuasa memegang jawatan penting sekolah. Pertindihan tugas memerlukan pembahagian masa yang sesuai.
W4 – Kekurangan ahli jawatankuasa yang mencukupi
PELUANG (OPPORTUNITIES - O) ANCAMAN (TREAT - T)O1 - Mempunyai perhubungan yang baik dengan semua pihak dan agensi luar.
O2 - AJK PIBG sentiasa memberi sokongan padu dalam semua program sekolah.
T1 - Pelajar terdedah kepada pengaruh gaya pemakanan kurang sihat terutama dari luar
T2 - Sistem pengawalan keluar masuk kenderaan serta pelawat ke dalam sekolah tidak memuaskan
T3 - Tiada sistem pemantauan aktiviti program 3K
Jawatankuasa 3K SK Taman Molek 2014
PELAN STRATEGIK AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 3K (2014)
ISU MASALAH MATLAMAT STRATEGIINDIKATOR
PENCAPAIAN
Tahap pencapaian 3K
sederhana
Tahap kebersihan sekolah bawah 80% terutama kawasan kantin
Meningkatkan tahap kebersihan kantin sekolah melebihi 80%
-mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kantin. Pengurangan belian makanan dari luar sekolah. Penambahan tong sampah. Taklimat cara membuang sampah kepada murid tahap 1.
-mengadakan gotong-royong perdana
Mencapai tahap kebersihan melebihi 80%.
Tahap keselamatan sekolah masih di paras 90 %
Meningkatkan tahap keselamatan sekolah
Taklimat tentang peraturan yang harus dipatuhi semasa berada di kawasan sekolah
Tahap keselamatan sekolah ditingkatkan secara berperingkat.
Tahap kesedaran murid berkaitan kesihatan kurang memuaskan
Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan
-Ceramah tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.
-Bebas denggi.
Tahap kesihatan dapat dipertingkatkan
RANCANGAN TAHUNAN 3K TAHUN 2014
Jawatankuasa 3K SK Taman Molek 2014
BIL UNIT NAMA PROGRAM TARIKH PELAKSANAAN
Indikator Pencapaian
1 Unit Kebersihan Pertandingan Kebersihan Antara Kelas
Januari - Oktober
2 Unit Kebersihan Pemantauan Kebersihan dan Keceriaan Bilik
Januari - November
3 Unit Kebersihan Kuiz Kebersihan diri dan Alam Sekitar
April
4 Unit Kebersihan Gotong- royong Perdana Januari
5 Unit Keceriaan Program Membaik pulih Mural Januari - Oktober
6 Unit Keceriaan Program Keceriaan Taman April
7 Unit Kesihatan Program Bebas Denggi Januari - November
8 Unit Kesihatan Ceramah Kesihatan April
9 Unit Kesihatan Pameran Kesihatan April
10 Unit Kesihatan Kempen Derma Darah April
11 Unit keselamatan Operasi Pendaftaran Kenderaan Guru dan Pelajar
Januari - Februari
12 Unit keselamatan Operasi Pelan Laluan Kecemasan Januari - November
13 Unit keselamatan Operasi Pemeliharan Keselamatan Bangunan dan Kawasan Sekolah.
Januari - November
14 Unit keselamatan Operasi Pemeriksaan Alat Pemadam Api
April - Jun
15 Unit keselamatan Operasi Latihan Kebakaran Januari - Julai
16 Unit keselamatan Operasi Ceramah Kebakaran April
17 Unit keselamatan Operasi Ceramah Kesalahan Juvana
April
Jawatankuasa 3K SK Taman Molek 2014
PROGRAM UTAMA 3K (2014)
NAMA PROJEK Pertandingan Kebersihan Antara Kelas
OBJEKTIF Menjadikan kelas lebih ceria, menarik dan lebih kondusif.
TEMPOH Sepanjang tahun
KUMPULAN SASARAN Semua murid/ kelas
GURU TERLIBAT Guru Besar, GPK HEM, AJK 3K, Guru Kelas, Guru bertugas harian, semua murid
PROSES KERJA Taklimat program-Ketua AJK Penerangan tentang program dan kos pelaksanaan Pelantikan penyelaras program Penetapan aspek yang dinilai Perbincangan guru kelas dengan murid tentang program Pelaksanaan aktiviti keceriaan kelas Pertandingan keceriaan kelas Kuiz kesedaran kebersihan
KEKANGAN Kurang kesedaran murid untuk menceriakan kelas. Sumber kewangan Vandalisme di dalam kelas.
PEMANTAUAN GPK HEM, Guru kelas, guru bertugas harian, AJK 3K
PENILAIAN Melalui pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
PENAMBAHBAIKAN Penambahbaikan dilakukan dari masa ke masa.
NAMA PROJEK SEKOLAH DALAM TAMAN (OH MY BEAUTIFUL SCHOOL)
OBJEKTIF Meningkatkan tahap keceriaan sekolah.
TEMPOH Januari - November
KUMPULAN SASARAN Kawasan sekolah
GURU TERLIBAT Guru Besar , GPK HEM, Warga guru dan murid SKTM, Pekerja Kontrak sekolah dan ibubapa murid
PROSES KERJA Taklimat program Taklimat Guru Besar dan GPK HEM Mesyuarat pembentukan AJK Kerja Pelaksanaan program Mengenal pasti kawasan yang sesuai. Menentukan jenis pokok yang sesuai bagi projek
menghijaukan sekolah. Aktiviti penanaman pokok dijalankan.
Jawatankuasa 3K SK Taman Molek 2014
KEKANGAN Kos yang terhad
PEMANTAUAN Guru Besar, GPK HEM, AJK 3K
PENILAIAN Melihat hasil penanaman pokok yang hidup subur
PENAMBAHBAIKAN Mempelbagaikan jenis tanaman hijau yang akan menceriakan sekolah.
NAMA PROJEK (3K) SAYA SIHAT
OBJEKTIF Meningkatkan tahap kesihatan murid berada pada tahap yang baik.
TEMPOH Sepanjang tahun.
KUMPULAN SASARAN Semua murid.
GURU TERLIBAT Guru Besar, GPK HEM, AJK 3K, semua guru, semua murid, penceramah luar/ pegawai kesihatan
PROSES KERJA Taklimat SAYA SIHAT Ucapan GPK HEM Penerangan tentang kepentingan amalan kebersihan dan
menjaga kesihatan sebagai salah satu gaya hidup. Pelantikan penyelaras program. Kenal pasti kumpulan sasaran. Perbincangan semua guru untuk melaksanakan program
SAYA SIHAT. Program dijalankan setiap awal tahun bagi memberikan
pendedahan awal serta kesedaran murid akan kepentingan penjagaan kesihatan.
Pelaksanaan aktiviti. Murid diberikan penerangan tentang kepentingan penjagaan
kesihatan oleh jabatan kesihatan atau poliklinik. Murid menggunakan pengetahuan yang diberi untuk
menjayakan tugasan seperti menyediakan folio penjagaan kesihatan.
KEKANGAN Ketidaksesuaian masa penceramah dengan masa program ini dilaksanakan.
PEMANTAUAN Guru Besar, PK HEM,
PENILAIAN Dijalankan berdasarkan instrumen soal selidik yang dibina khas tentang keberkesanan program.
PENAMBAHBAIKAN Mendedahkan murid dengan isu-isu kesihatan yang terkini.
Jawatankuasa 3K SK Taman Molek 2014
NAMA PROJEK (3K) GOTONG-ROYONG PERDANA
OBJEKTIF Membersihkan kawasan sekolah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk dan vektor pembawa penyakit.
TEMPOH Mac dan Julai
KUMPULAN SASARAN Semua warga SK Taman Molek
GURU TERLIBAT Guru Besar, GPK HEM, Semua guru, Ibu bapa/ penjaga murid
PROSES KERJA Taklimat oleh Guru Besar Mesyuarat pembentukan AJK Kerja Edaran surat jemputan/ makluman kepada ibu bapa. Mengenal pasti kawasan berpotensi dan tindakan yang
patut diambil semasa aktiviti dijalankan. Pelaksanaan aktiviti.
a; agihan tugas mengikut kumpulan yang ditetapkan.b; menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut.c; Jamuan setelah aktiviti gotong-royong
Post-mortem program.
KEKANGAN Penyertaan ibu bapa kurang menggalakan
PEMANTAUAN Guru Besar, PK HEM
PENILAIAN Pemeriksaan tahap kebersihan sekolah dilakukan secara berkala( seminggu sekali).
PENAMBAHBAIKAN Mengadakan aktiviti gotong-royong dengan lebih kerap
top related