punca-punca berlakunya jenayah rogol
Post on 05-Dec-2014
494 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
Perbuatan rogol boleh ditakrifkan sebagai satu perbuatan perhubungan jenis yang
dilakukan secara paksa oleh satu pihak (lelaki) ke atas satu pihak yang lain (perempuan) yang
mana pihak yang dipaksa itu tidak merelakan perbuatan itu dilakukan ke atasnya.
Punca pertama ialah kurang didikan agama. Agama memainkan peranan penting dalam
kehidupan seseorang kerana ia memandu seseorang untuk bertindak mengikut jalan yang lurus.
Agama dapat menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu perbuatan yang mungkar.
Namun, jika agama tidak dititikberatkan, maka akan kucar-kacirlah masyarakat dan negara. Ini
terbukti dengan berlakunya pelbagai jenayah yang tidak bermoral di negara kita termasuklah
jenayah rogol yang berlaku secara berleluasa. Antara kes rogol yang berlaku lewat ini ialah :
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH ROGOL
DEFINISI
2
Punca kedua berlakunya kes rogol ialah media elektronik. Ini termasuklah filem-filem,
klip video dan laman web lucah yang dimuat turun dari internet, gambar dimuat turun dari
telefon, juga VCD lucah yang mudah didapati di pasaran. Melalui sumber-sumber tersebut, ia
akan memberi dorongan dan idea kepada perogol untuk bertindak kepada pemangsa. Antara
contoh kes ialah :
Punca ketiga ialah hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri terutama seorang
penjaga atau seorang ayah yang diamanahkan oleh Allah untuk melindungi anaknya. “Harapkan
pagar, pagar makan padi”. Itulah peribahasa yang selayaknya diberikan kepada bapa yang
sanggup merogol darah dagingnya sendiri. Antara contoh kes yang berlaku ialah :
3
Punca seterusnya ialah penyakit Paedofilia iaitu minat dan keinginan seks terarah
kepada golongan kanak-kanak. Paedofilia telah wujud dalam hati perogol sejak remaja lagi tetapi
mereka masih boleh mengawalnya. Sampai ke satu tahap keinginan untuk bersama anak-anak ini
tidak mampu ditahan-tahan lagi dan bercampur pula dengan dorongan persekitaran, maka
berlakulah kejadian yang mana dikatakan rogol. Contoh kes rogol ialah:
4
Selain itu, kes rogol berpunca daripada mangsa yang mudah percaya kepada pemangsa
seperti rakan-rakan, orang yang tidak dikenali, pasangan kekasih dan percaya pada bomoh yang
dikatakan boleh mengubati penyakit. Antara contoh kes ialah :
Jenayah rogol yang berlaku juga berpunca daripada masalah kewangan. Seseorang
individu sanggup mempergunakan orang lain bagi menyelesaikan masalah wang yang dihadapi.
Antara contoh kes ialah :
5
Berpakaian menjolok mata juga merupakan salah satu punca berlakunya kes rogol.
Kadangkala bukan yang individu yang berpakaian yang menjolok mata yang menjadi mangsa
rogol akan tetapi ia berlaku kepada mereka yang berpakaian lengkap dan menutup aurat.
Punca yang terakhir ialah perasaan dendam yang wujud dalam diri seseorang boleh
menyumbang kepada jenayah rogol. Kebanyakan jenayah rogol akibat dendam ini ditujukan
kepada pasangan kekasih. Disepak dan ditumbuk malah disimbah asid adalah antara padah yang
diterima si gadis kerana menolak cinta pasangannya. Dalam keadaan yang lebih ekstrem,
adakalanya tindakan agresif lelaki kecewa itu membawa kepada jenayah berat iaitu rogol dan
bunuh. Bagaimanapun, kes-kes seumpama ini dilihat semakin kerap berlaku seperti yang
didedahkan media.
Kejadian rogol kini amat biasa diperkatakan tapi pernahkah kita cuba menyelami apa
yang berlaku kepada mangsa rogol itu sendiri? Mereka perlu menanggung penderitaan tidak
berkesudahan akibat maruah diri yang tercalar. Kejadian rogol juga akan memberi kecederaan
fizikal pada diri mangsa jika menggunakan kekerasan
Selain itu, mangsa juga akan mengalami trauma yang berpanjangan dan turut mengalami
tekanan akibat perubahan yang berlaku pada diri. Ditambah pula sekiranya mangsa rogol telah
hamil tanpa kerelaannya. Ini akan menyebabkan hidup mangsa terseksa, tidur mereka ditemani
mimpi ngeri dan dalam usia yang muda, mereka sudah fobia dan benci pada kaum lelaki.
Selain itu, mangsa juga menjadi takut dan malu kepada masyarakat dan keadaan
sekeliling. Ada juga mangsa yang tidak dapat menerima kenyataan, sanggup membunuh diri. Ini
bererti jenayah rogol memberi kesan yang amat besar kepada mangsa.
KESAN JENAYAH ROGOL
1. Individu
6
Akibat daripada kes-kes rogol ini, keluarga mangsa akan merasa malu kepada masyraat
sekeliling. Ini adalah kerana terdapat keluarga yang menganggap apabila kejadian rogol ini
menimpa salah seorang ahli keluarga mereka, mereka merasakan anak gadis mereka itu telah
rosak dan berkemungkinan membawa kesan buruk kepada keluarga tersebut contohnya tiada
siapa yang akan mengahwini anak mereka.
Kesan kepada masyarakat pula ialah gejala sosial akan semakin berleluasa. Masyarakat
terutamanya golongan wanita berada dalam keadaan bahaya dan sentiasa resah apabila ingin
keluar dari rumah.
Bagi negara pula, kadar jenayah rogol akan bertambah dan ini akan merosakkan atau
memburukkan imej negara. Keadaan ini boleh memberi kesan terhadap ekonomi negara juga
terhadap industri pelancongan.
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah peranan ibu bapa
itu sendiri. Mereka hendaklah memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada anak-anak dengan
mengambil tahu aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa
hendaklah memberi didikan agama yang lengkap kepada anak-anak mereka sejak kecil agar
kanak-kanak bermoral dan mengikut ajaran yang benar. Malah ibu bapa juga perlu menjadi “role
model” kepada anak-anak dengan menunjukkan dan menyerapkan nilai-nilai murni dalam diri
anak-anak. Sesungguhnya “melentur buluh biarlah dari rebungnya.
CARA-CARA MENGATASI JENAYAH ROGOL
2. Keluarga
3. Masyarakat
4. Negara
7
Selain peranan ibu bapa, peranan masyarakat juga penting untuk mengatasi masalah
yang melibatkan “lubang neraka” ini. Masyarakat hendaklah mengamalkan sikap “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing” untuk saling menasihati tentang cara mengatasi dan akibat
masalah ini. Tambahan lagi, masyarakat juga perlu “ringan tulang” untuk membantu kerajaan
menangani masalah berat ini. Selain itu, masyarakat juga perlu “menjaga tepi kain orang lain”
iaitu menjaga dan sentiasa prihatin tentang jiran dan masyarakat sekeliling dan bukannya
menjaga masalah peribadi mereka. Jika semua masyarakat bersatu, sudah tentu kes rogol ini akan
berkurangan.
Harus diingatkan bahawa, peranan kerajaan juga perlu dititikberatkan. Kerajaan
hendaklah menyediakan kempen yang berfaedah, konsisten dan bukannya “hangat-hangat tahi
ayam”. Untuk menjayakan kempen ini, kerajaan perlu bekerjasama dengan media cetak dan
elektronik untuk menghebahkan tentang kempen yang diadakan. Paling penting, kerajaan juga
perlu mengutakuasakan undang-undang agar penjenayah berundur untuk melakukan kejahatan.
Disamping itu, cara lain untuk mengatasi masalah jenayah rogol juga ialah
memantapkan ilmu dan nilai agama, moral dan budi pekerti yang terancang, multidisiplin,
bersepadu di peringkat pusat, berpanjangan dan sentiasa terpantau. Pelaksanaan di peringkat
komuniti mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi membina manusia yang nafsunya
“terbungkus” dengan nilai-nilai murni.
Selain itu, sebagai seorang wanita, seharusnya mengelakkan diri keluar dating secara
berduaan dengan teman lelaki ataupun tunang sendiri. Ibu bapa perlu bertegas dengan anak-anak
bukan hanya membiarkan anak gadis mereka keluar berduaan sesuka hati.
Cara terakhir ialah penyelesaian secara hukuman. Berdasarkan peruntukan undang-
undang menurut peruntukan Hukuman Sivil, seksyen 376 Kanun Keseksaan menyebut seksaan
bagi rogol adalah ;
“Barangsiapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengn penjara selama tempoh tidak kurang
dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan boleh juga dikenakan sebat.”
8
Kesimpulannya, “sediakan payung sebelum hujan”, sebelum masalah rogol ini semakin
berleluasa. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu bagi mengatasi masalah ini bagai
“bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
Jadual 1 : Kes Rogol di Malaysia
STATISTIK JENAYAH ROGOL
9
Jadual 2 : Hubungan mangsa dengan suspek
10
Jadual 3 : Tempat Kejadian
Jadual 4 : Umur Mangsa Rogol
11
1. Hasrul bin Ramli (2004), Jenayah Rogol Di Bawah Kanun Keseksaan Malaysia : Kajian Dari
Sudut Hukum Syarak, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam, Latihan Ilmiah
2. Satar bin Sudin (2001), Jenayah Rogol dalam Undang-undang Islam, Kuala Lumpur :
Akademi Pengajian Islam, Latihan Ilmiah
3. http://myberita.com/2010/08/jenayah-rogol-punca-serta-cadangan-mengatasinya.html.
Diakses pada 2 September 2010
4. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/ROGOL.pdf. Diakses pada 27 ogos 2010
5.http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=1065:jenayah-kes-
rogol&catid=7:ilmiah&Itemid=69. Diakses pada 27 Ogos 2010
6. http://www.hmetro.com.my/articles/2gadisdiperkosahinggahamil/Article/
Diakses pada 2 September 2010
7. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajahabuanseks6rakanlelaki/Article/
Diakses pada 20 September 2010
8.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tukangkebunrogolcucukena20tahun/Article/index
_html, Diakses pada 18 September 2010
9. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BaparogolanakOKUdipenjara/Article/index_html
Diakses pada 4 September 2010
10.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Jenayah&pg=je_04.htm, Diakses pada 4 September 2010
11. http://www.hmetro.com.my/articles/Rakamadikdicabulbomoh/Article/, Diakses pada 4
September 2010
12. http://korox.blogspot.com/2004/12/kronologi-kes-rogol-dan-bunuh.html, Diakses pada 6
September 2010
RUJUKAN
12
13. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=229838&page=1, Diakses pada 16
September 2010
14.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Rencan
a_Utama&pg=ru_02.htm, Diakses pada 16 September 2010
15. http://berita-harian-online.com/pembantu-rumah-dirogol-8-lelaki/, Diakses pada 16
September 2010
16. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadaitunanglangsaihutang/Article, Diakses
pada 16 September 2010
17. http://www.hmetro.com.my/articles/Tanggungtraumaseumurhidup/Article/, Diakses
pada 16 September 2010
13
PENDERAAN ISTERI
Pengertian penderaan
Kamus dewan mentakrifkan penderaan kepada dua tafsiran, iaitu:
1. Pukulan dengan rotan atau sebagainya.
2. Penyeksaan atau menyakiti hati dan fikiran.
Penderaan datangnya dari perkataan dera yang membawa maksud mencederakan seseorang
secara fizikal atau mental dengan niat menyakitkan dirinya kerana tidak puas hati atau
disebabkan oleh ganguan mental. Penderaan adalah lebih berbentuk penganiayaan kepada
individu yang menjadi mangsa.
Isteri
Isteri pula adalah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seseorang lelaki atau
perempuan yang telah berkahwin dengan seseorang lelaki.
14
FAKTOR BERLAKUNYA PENDERAAN
Penderaan terhadap isteri merupakan satu perbuatan kejam yang boleh menghancurkan
masa depan sesebuah rumah tangga dan masyarakat. Perbuatan ini menggambarkan manusia di
zaman serba moden dan tinggi tahap pembelajaran, masih lagi melakukan perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan. Antara faktor berlakunya penganiayaan dan penderaan dalam rumahtangga
adalah banyak sekali. Antaranya ialah:
1. MASALAH KEWANGAN
Suami yang telah mengahadapi masalah kewangan dalam menanggung perbelanjaan keluarga,
berpotensi untuk menjadikan isterinya sebagai tempat pelepas tekanan emosi. Kebanyakannya
ini adalah dari golongan yang berpendapatan rendah manakala tanggungan anak-anak yang
meningkat, isteri yang tidak bekerja dan pelbagai lagi senario yang mendesak perilaku ini
berlaku. Suami akan bertindak kasar ketika isteri melakukan sebarang kesilapan ataupun sengaja
mencari alasan agar isteri dapat dihukum.
2. PERGADUHAN
Perselisihan faham antara suami dan isteri adalah merupakan perkara biasa, namun ianya akan
berlarutan jika tidak dibendung. Pergaduhan yang serius akan menjadikan suami tidak dapat
mengawal perasaan. Oleh yang demikian, adalah mudah bagi suami untuk bertindak di luar
batasan.
3. MINUMAN KERAS DAN DADAH
Akibat daripada amalan yang tidak sihat yang dilakukan oleh suami menjadikan isteri dengan
sewenang-wenangnya didera dengan bertindak ganas semasa tidak berfikiran waras. Si isteri
yang didera suami yang mabuk akibat minuman keras biasanya akan mengalami kecederaan
seperti lebam, luka dan sebagainya.
4. KURANG PENGHAYATAN AGAMA
Dewasa ini ramai pasangan muda yang berkahwin kerana berdasarkan cinta semata-mata tanpa
memahami erti sebenar perkahwinan. Mereka kurang pemahaman tentang tanggungjawab dan
15
hak-hak yang mesti ditunaikan oleh mereka. Lantaran itu, jika berlaku sedikit perselisihan faham
suami akan mudah melakukan kekasaran kepada isteri.
5. SIKAP SUAMI
Sebenarnya sikap suami yang cenderung memukul isteri juga, ada kaitan rapat dengan sejarah
latar belakang suami tersebut yang datang dari keluarga mana ibunya kerap dipukul oleh
bapanya. Begitu juga, dengan sikap suami yang terlalu cemburu, panas baran dan terlalu
beremosi. Lebih-lebuh lagi apabila beliau diprovokasi atau mengalami kebangkitan kemarahan
yang amat sangat akan mendorong beliau memukul isterinya. Sikap ini mempunyai hubungkait
dengan isteri itu sendiri.
6. SIKAP ISTERI
Menurut pensyarah psikologi Jabatan Psikologi UKM Puan Fatimah Yusuf, antara faktor isteri
didera ialah kerana sikap mereka yang suka berleter yang boleh menaikkan kemarahan suami.
Tambahan pula jika suami tersebut menghadapi tekanan di tempat kerja dan apabila pulang,
isteri pula mengomel. Ini secara tak langsung boleh mendorong suami melakukan kekerasan
pada iserinya.
7. CURANG
Menurut pensyarah dan pakar unit kaunseling kanak-kanak dan keluarga Dr. Mohd Amin,
penganiayaan dan penderaan berlaku sekiranya suami isteri tidak menghayati hubungan
kekeluargaan. Ini banyak terjadi apabila suami isteri masing-masing mempunyai pasangan lain di
luar. Bila rasa tidak puas hati wujudlah dalam diri masing-masing, maka penderaan merupakan
jalan keluar yang paling mudah.
8. PENGARUH PERSEKITARAN
Suami yang menghadapi kegagalan dan tekanan di luar, contohnya di pejabat, akan bertindak
kasar kepada isteri bila pulang ke rumah untuk melepaskan rasa kekecewaanya. Kegagalan ini
biasanya tidak mempunyai sebarang hubungkait dengan isterinya tetapi berkaitan dengan
pekerjaan, kewangan, hubungan dengan individu lain selain daripada keluarga sendiri dan
tekanan-tekanan dalam peranannya sebagai seorang bapa.
16
9. CAMPUR TANGAN MERTUA
Seorang suami cenderung menganiayai atau mendera isterinya apabila terpengaruh kepada
hasutan ibu bapanya sendiri. Ini berlaku jika pasangan itu berkahwin tanpa mendapat restu
keluarga.
10. KEENGGANAN ISTERI MEMBIARKAN SUAMI BERPOLIGAMI
Isteri selalunya tidak sanggup berkongsi suami dengan orang lain dan mereka akan cuba
menghalang suami mereka untuk berkahwin lain. Tindakan mereka ini boleh menyebabkan
suami berlaku serong di belakang mereka dan akan mendorong suami melakukan penderaan
terhadap isteri.
KESAN PENDERAAN ISTERI
KESAN KEPADA ISTERI
Akibat daripada penganiayaan atau penderaan yang dilakukan oleh suami, isteri banyak
menerima kesan fizikal yang teruk. Kebanyakkan isteri yang dipukul oleh suami akan
mengalami kecederaan di muka terutamanya di bahagian mulut dan mata akibat dari tamparan
yang kuat dan berulang kali. Terdapat juga kesan-kesan lebam yang dapat dilihat di seluruh
badan isteri.
Selain daripada itu, penganiayaan dan penderaan yang dilakukan oleh suami boleh juga
mengakibatkan kesan mental kepada isteri. Kesan ini lebih serius berbanding kesan yang ada
pada fizikal. Akibat daripada perbuatan suami, isteri akan mengalami perubahan sikap yang
ketara seperti menjadi seorang yang pendiam, suka mengurung diri dan kurang bergaul dengan
orang ramai, ketidaktenteraman jiwa, cepat marah, kadang-kadang boleh mengakibatkan isteri
itu menjadi gila.
17
KESAN KEPADA ANAK-ANAK
Penganiayaan dan penderaan terhadap isteri juga boleh memberi kesan secara tidak
langsung pada anak-anak. Anak-anak akan menyimpan dendam dan membenci ayah mereka
bila keadaan berlaku, rasa hormat mereka kepada ayah mereka akan berkurangan. Jika sekiranya
wanita bertindak memburuk-burukkan suami di depan anak-anaknya, anak-anak itu akan
membenci bapa mereka.
Jika sesuatu penganiayaan itu melibatkan perceraian, kanak-kanak yang menjadi mangsa
perceraian bukan sahaja akan kehilangan kasih sayang ibu bapa, malah kesan-kesan buruk yang
lain boleh menjejaskan perkembangan mental yang sihat kepada kanak-kanak yang terlibat.
Mereka akan menghadapi kemurungan apabila dewasa. Keadaan ini jelas terbukti di kalangan
kanak-kanak perempuan. Antara sebab berlakunya perkembangan mental yang kurang sihat di
kalangan tersebut ialah kekeliruan terhadap apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu bapa
mereka sehingga diri mereka terpaksa menanggung penderitaan itu.
Suasana pergaduhan yang berlaku antara ibu bapa, boleh menyebabkan anak-anak tidak
suka tinggal di rumah. Mereka akan mencari hiburan dan ketenangan di luar. Tetapi jika
tersalah langkah mereka mudah terpengaruh dan terlibat dengan pelbagai masalah sosial seperti
dadah, lari dari rumah, lepak, ponteng sekolah dan pelbagai kegiatan jenayah. Akhirnya, mereka
akan menghadapi kegagalan di dalam kehidupan.
18
CARA MENGATASI MASALAH PENDERAAN ISTERI
Masalah penderaan bukanlah suatu masalah yang mudah untuk dibendung. Ianya
memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan, ibu bapa, institusi-
institusi kebajikan dan sebagainya.
Badan bukan kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini.
Contohnya Women’s Aids Organization (WAO) yang merupakan satu pusat yang
bertanggungjawab untuk melindungi kaum wanita dan kanak-kanak yang teraniaya dan dizalimi.
Kempen kesedaran turut berperanan dalam menangani masalah ini. Usaha yang
berbentuk kempen tersebut ditunjangi oleh lima pertubuhan wanita iaitu, Pusat Pertolongan
Wanita (WAO), Persatuan Peguam Wanita (AWL), Persatuan Wanita Universiti (UWA),
Persatuan Kongress Perniagaan Malaysia Bahagian Wanita (MTUC) dan Kumpulan Media
Dalam Persatuan Pengguna. Gabungan kesemua pertubuhan ini dikenali sebagai Kumpulan
Tindakan Bersama Menentang Keganasan Terhadap Wanita.
Antara kempen-kempen yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan ini ialah dengan
memberikan maklumat-maklumat atau pengetahuan dengan tujuan mendidik orang ramai
agar dapat menghilangkan anggapan lama mengenai wanita yang didera. Anggapan lama
tersebut ialah seperti menganggap wanita yang didera itu yang bersalah, maka dengan sebab
itulah wanita didera. Kempen-kempen yang dijalankan juga bertujuan mendidik masyarakat agar
menyelami perasaan wanita yang didera, di mana mereka tersepit di antara perasaan kecewa dan
tanggungjawab ke atas rumahtangga dan anak-anak.
Seterusnya bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku, langkah yang sewajarnya perlu
diambil seperti membuat laporan polis serta pihak berkuasa (Kadi atau Imam). Mangsa
sentiasa berwaspada kerana dikhuatiri masalah tersebut akan berulang. Di samping mendapat
rawatan mangsa juga perlu meminta agar pihak doktor menyediakan laporan perubatan dan
rawatan-rawatan serta gambar-gambar sebagai bahan bukti.
Cara terakhir yang boleh dilakukan ialah penghayatan dan penguasaan ilmu agama
perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu perkara yang tidak kurang penting dalam usaha
membendung usaha ini dari terus merebak.
19
STATISTIK KES PENDERAAN ISTERI
Kes-kes yang dilaporkan secara keseluruhan:
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
20
21
Rujukan:
Aliezah Binti Ali@Anan (1995), Penderaan Terhadap Isteri Menurut Perspektif Sosio-
Perundangan Islam : Satukajian Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam.
Rafidah Binti Mohd Salleh (1997), Penderaan Isteri Di Kalangan Masyarakat Melayu,
Universiti Malaya.
Ahmad Khamis (1999), Etika (Pendidikan Moral) Untuk Institusi Pengajian Tinggi, Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
22
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kekejaman yang berlaku hari demi hari di negara kita menyebabkan kita
kadangkala berasa malu hidup di negara ini yang menyaksikan masih ada individu yang sanggup
mengambil kesempatan terhadap orang lain tanpa mengira usia. Peningkatan jenayah ini
membuktikan betapa aspek penjagaan diri dan tindakan pencegahan amat penting diamalkan.
Kita harus sedar bahawa semua jenayah yang berlaku ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
dan kita juga harus sedar langkah-langkah pencegahan boleh diambil untuk menghalang
penjenayah terus beranggapan bahawa mereka yang berkuasa di negara ini.
Ringkasnya, semua pihak memainkan peranan penting bagi membendung gejala yang
tidak sihat ini dan institusi keluarga dan masyarakat sekeliling perlu lebih peka dengan apa yang
berlaku di persekitaran setiap masa dan setiap ketika.
top related