puasa arafah,asyura dan puasa sunat hari isnin
Post on 23-Jun-2015
1.767 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tajuk : Puasa Sunat Dan KelebihannyaNama pembentang :
THOHIRAH BT MOHD FAUZIA138017
HADIS ASAL DARIPADA HADIS SOHIH MUSLIM
. قال : حماد عن جميعا سعيد بن وقتيبة التميمي يحي بن يحيى وحدثنا
معبد : بن الله عبد عن ، غيالن عن ، زيد بن حماد أخبرنا يحي ) فقال : ً)*ص النبي أتى رجل قتادة أبي عن ، : الزماني
...........................................................) ص ) الله رسول قال ثمالسنة))......... يكفر أن الله على أحتسب ، عاشوراء يوم صيام
)) قبله .التي
بن : : مهدي حدثنا مهدي بن الرحمن عبد حدثنا حرب بن زهير حدثناقتادة أبي عن ، الزماني معبد بن الله عبد ،عن غيالن عن ، ميمون
) صوم ) عن سئل ص الله رسول أن ، عنه الله رضي األنصاريعلي : )) (( أنزل وفيه ، ولدت فيه فقال ؟ .االثنين
PUASA SUNAT DAN KELEBIHANNYA
سئل وسلم عليه الله رسول أن عنه الله رضي األنصاري قتادة أبي عن " " : صيام عن ،وسئل والباقية الماضية السنة يكفر عرفة،قال يوم صوم عن
: " " قال اإلثنين، يوم صوم عن ،وسئل الماضية السنة يكفر عاشوراء، يومالمسلم" ". رواه فيه الوحي علي وأنزل ، فيه ،وبعثت فيه ولدت يوم ذاك .
MAKSUD HADIS Daripada Abu Qatadah al-Ansari (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah,lalu baginda menjawab: “Ia dapat menghapuskan (dosa) tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.”
Baginda pernah ditanya pula mengenai puasa pada hari Asyura’,lalu Baginda menjawab : “Ia dapat menghapuskan dosa pada tahun yang lalu.” Baginda ditanya pula mengenai puasa pada hari Isnin,lalu Baginda bersabda: “Hari itu merupakan hari aku dilahirkan,hari aku diutus,dan hari wahyu diturunkan kepadaku.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
PENGENALAN PERAWI:التميمي يحي بن .: يحيى
• Namanya sebenar beliau ialah: التميمي النظلى يحي بن الرحمن عبد بن بكير بن يحي بن .يحيى
• Salah satu imam yang hafiz daripada Hummad ibn Salamah dan Malik dan Sulaiman ibn Bilal.Ahmad ibn al-Azhar ,Salamah ibn Syubaib dan Ishak berkata bahawa beliau berpandangan adalah Yahya ibn Yahya disabitkan daripada Ibn Mahdi dan meninggal pada hari matinya imam Mahdi pada tahun 226 H.
سعيد بن قتيبة• Nama sebenar beliau adalah Muhammad Abdullah bin Muslim Ibn Qutaybah Ad-Dinawaree.Beliau
dilahirkan di Baghdad pada tahun 213 H.Beliau tinggal di Kufah(Iraq) dan kemudiannya diberikan satu kedudukan kehakiman di Dinawar untuk beberapa lama.Oleh itu kemasyhurannya tersebar luas di tanah Dinawar.Beliau adalah ulama besar dan mempunyai ilmu yang mendalam dan sangat berdisiplin.Beliau adalah salah satu Imam teladan dan penulis profilik.
• Guru : Ishaaq bin Raahawaih, Muhammad bin Ziyad bin Ubaydillah Az-Ziyadi, Ziyad bin Yahya Al-Hasani,
Abu Hatim As-Sijistani dan banyak lagi.
pelajar:1. Anak lelakinya, Ahmad bin 'Abdillah, Hakim di tanah Mesir2. 'Ubaydullah As-Sukri3. 'Ubaydullah bin Ahmad bin Bakar4. 'Abdullah bin Jaafar bin Durustawayh An Nahawi-, dan lain-lain.
زيد بن : حماد• Nama sebenar beliau ialah:
“ الحافظ البصرى االرزق اسماعيل أبو االزدى درهم بن زيد بن ”حماد• Beliau merupakan seorang Imam yang orang-orang Islam yang disegani
Berkata Khalid bin Khudash.Beliau lahir pada tahun 181 H dan meninggal pada tahun 197 H.
الزماني معبد بن الله .:عبد• Nama sebenar beliau : الزاى بكسرى الزماني معبد بن الله ”"عبد• Diriwayatkan daripada Abi Qatadah,Abu Hurairah dan thiqahnya ialah al-Nasai.
األنصاري قتادة .:أبي• Nama sebenar beliau ialah : ربعى بن .الحرث• Beliau mengeluarkan 170 hadis.Beliau mempunyai anak antaranya ‘Abdullah
dan Ibn Musayyab.Beliau meninggal dunia pada tahun 54 di Madinah.
MAKSUD PERKATAAN-PERKATAAN• التطوع puasa sunat : ”“صوم• عنه نهي hari-hari yang dilarang berpuasa : ”“وما• عرفة tarikh Sembilan Zulhijah.Diberi nama sedemikian kerana seluruh jemaah haji : ”“يوم
berwukuf di Arafah pada hari tersebut.• dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang tidak berkaitan dengan hak-hak : ”“يكفر
manusia.Dosa besar tidak dihapuskan kecuali dengan cara bertaubat,sedangkan hak-hak yang berkaitan manusia bergantung kepada keredaannya dan kesedian mereka untuk memaafkannya.Jika seseorang itu tidak mempunyai dosa kecil,maka amal kebaikannya ditambah atau dia dipelihara daripada melakukan dosa atau dihindarkan daripada melakukan banyak dosa.
• والباقية الماضية tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.Maksudnya ialah dia : ”“السنةsentiasa mendapat taufik daripada Allah hingga dihindarkan daripada perbuatan dosa pada tahun tersebut.Atau,jika dia melakukan suatu dosa,maka dia diberi taufik untuk melakukan sesuatu yang dapat menghapuskannya.
• عاشوراء tarikh sepuluh bulan Muharam.Dahulu berpuasa pada hari ini diwajibkan : ”“يومsebelum puasa Ramadhan,kemudian setelah puasa Ramadhan diwajibkan,maka ia menjadi sunat.
• الماضية السنة .Allah (s.w.t) hanya menghapus dosa-dosa tahun lalu : ”“يكفر• ولدت يوم hari kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) : ”“ذاك• فيه .pada hari itu pula aku dilantik menjadi rasul untuk semesta alam : ”“وبعثت• فيه الوحي علي .pada hari itu pula Allah mula-mula menurunkan wahyu kepadaku : ”“وأنزل
PENGERTIAN PUASA
Bahasa
• menahan atau berhenti dari sesuatu
Istilah menurut syarak
• sengaja (niat) menahan diri dari segala hal yang dapat membatalkan pada siang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam mentari.Jelasnya puasa adalah menghentikan perbuatan berupa shahwat perut dan faraj dari segala hal yang masuk ke dalam perut baik berupa ubat atau lainnya pada waktu tertentu,yakni dari sejak terbit fajar kedua (shadiq) sampai mentari terbenam
pengertian puasa sunat
Puasa sunat lebih dikenali sebagai puasa Tatawu’ ataupun puasa yang
disunatkan.Tatawwu’ bermaksud
mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan ibadat
yang tidak difardukan
Puasa ‘Arafah
Puasa ‘Asyura
Puasa hari Isnin dan Khamis
puasa sehari pada hari ‘Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah.Ia
disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji(bagi bukan
jemaah haji).
puasa sunat yang dilaksanakan pada dua hari iaitu 9 dan 10
Muharram berdasarkan hadith riwayat Ibnu Abbas (marfu’)
Puasa sunat yang biasa dilakukan oleh nabi pada hari Isnin dan Khamis.
Puasa ‘Arafah
Puasa ‘Arafah adalah puasa sehari pada hari ‘Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah.Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji(bagi bukan jemaah haji).Daripada Qatadah r.a katanya : Rasulullah ditanya mengenai puasa
‘Arafah.Sabda baginda:
Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.”(Riwayat
Muslim).
والباقية الماضية السنة يكفر
Ertinya :
Hari ‘Arafah adalah sebaik-baik hari.Sabda Rasulullah :
puasa pada hari ‘Arafah dapat membebaskan daripada api
neraka.
عبدا فيه الله يعتق أن أكثر يوم من ماعرفة يوم من النار من
“Tidak ada hari yang lebih ramai, Allah s.w.t
membebaskan hamba-Nya daripada api neraka lebih
daripada hari ‘Arafah.”(Riwayat Muslim).
PUASA ‘ARAFAH • Hari Arafah adalah hari mulia,bagi yang berpuasa
pada hari itu semua kesalahan dimaafkan dan semua dosa dihapuskan.
• Antara rahmat Allah lagi ialah memuliakan orang yang menyerupai jemaah haji dalam melaksanakan amal ibadah,lalu dia berpuasa pada hari itu untuk menghormatinya dan turut serta memperoleh rahmat Allah (s.w.t).
• Maka Allah mengampuni dosa-dosanya sepanjang tahun yang lalu dan sepanjang tahun yang akan datang.
PANDANGAN DARIPADA ULAMA-ULAMA BESAR MENGENAI PUASA ‘ARAFAH :
Abu
Hurairah
•Rasulullah melarang berpuasa pada hari ‘Arafah,bagi yang tengah beribadah haji.
Hanafiah
•Sunat bagi yang selain jemaah haji berpuasa.dan bagi yang sedang berjemaah haji adalah tidak apa-apa.
Syafi’iya
h
•sunat berpuasa pada hari ‘Arafah bagi selain yang sedang berjemaah haji dan yang sedang di dalam perjalanan.
Malikiyah
•Puasa sunat yang “Mustahab” iaitu puasa sunat yang tidak selalu dilakukan oleh nabi walaupun disenanginya.
Hanabilah
•Puasa ‘Arafah tidak dianjurkan bagi yang sedang menjalankan ibadah Haji di ‘Arafah,bahkan ia lebih baik tidak melakukannya.
• menurut riwayat Ibnu Fadhal bin Harats mengatakan bahawa dirinya telah mengirimkan secangkir susu kepada Nabi s.a.w ketika sedang berada di ‘Arafah,lalu beliaupun meminumnya. Ibnu Umar mengatakan bahawa dirinya telah beribadah haji bersama Nabi s.a.w, dengan Abu Bakar,dengan Umar lalu Uthman dan tidak ada seorangpun dari mereka berpuasa pada ketika itu,sebab jika berpuasa orang akan lelah untuk berdoa sehingga lebih baik tidak berpuasa.
Puasa ‘Asyura
Puasa ‘Asyura pula puasa yang sunnat dilaksanakan pada dua hari iaitu 9 dan 10 Muharram
berdasarkan hadith riwayat
Ibnu Abbas (marfu’) : Sabda Nabi saw “Jika umurku sampai
ke tahun hadapan,niscaya
aku berpuasa pada tanggal 9
dan 10 Muharram.”
Kedudukan puasa ini
dipertegaskan lagi oleh sabda Rasul bahawa puasa ‘Asyura dinilai Allah
menebus dosa setahun
sebelumnya.
Puasa tersebut di atas tidak diwajibkan kerana ada keterangan
hadith riwayat Sohihain yang menjelaskan
bahawa hari ini adalah hari ‘Asyura (10
Muharram) tidak diwajibkan berpuasa.
Tetapi siapa yang hendak berpuasa,lalakukanlah dan siapa yang tidak hendak
pon,tidak mengapa.
Mengapa kita tidak harus berpuasa pada hari 10 Muharam sahaja????
Ini kerana untuk ihtiyat (berjaga-jaga) bimbang berlakunya kesilapan pada menetapkan awal bulan dan untuk membezakan diri dengan orang Yahudi kerana mereka hanya berpuasa pada hari yang ke sepuluh sahaja.• Oleh itu, sesiapa yang tidak berpuasa Tasu’a bersama
‘Asyura maka disunatkan agar ia berpuasa pada hari ke sebelasnya.
PUASA ‘ASYURA " الماضية السنة يكفر عاشوراء، يوم صيام عن ،"وسئل
• Baginda(Rasulullah s.a.w)pernah ditanya pula mengenai puasa pada hari Asyura’,lalu Baginda menjawab : “Ia dapat menghapuskan dosa pada tahun yang lalu.”
• Puasa hari ‘Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa tahun lalu.Hari itu merupakan hari Nabi Musa.Pada hari itu Allah menyelamatkan Nabi Musa (a.s) dan menenggelamkan Fir’aun.Puasa yang dilakukannya pada hari itu sebagai ungkapan bersyukur kepada Allah s.w.t.
PANDANGAN DARIPADA ULAMA-ULAMA BESAR MENGENAI PUASA ‘ASYURA :
Syafi’iyah
•jika yang berpuasa ‘Asyura itu tidak sempat dengan tanggal 9 nya,maka ia sunat berpuasa pada tanggal 11 nya,bahkan imam Syafi’i telah mededahkan hal ini dalam kitab al-Umm serta menganjurkan Puasa ‘Asyura selama tiga hari.
Hanabilah
•jika seorang muslim tidak jelas dengan tanggalnya,hendaklah ia berpuasa tiga hari agar dapat dipastikan bahawa dirinya berpuasa pada 9 dan 10 Muharram, suatu bulan yang sangat penting. Menurutnya lagi,sunat puasa Muharram,iaitu sebagai puasa terbaik sesudah puasa Ramadhan,terutamanya pada tanggal 9 dan 10 nya,kerana puasa pada tanggal tersebut dapat menebus dosa(kaffarat) namun tidak makruh jika hanya berpuasa pada tanggal 10 sahaja.
Hanafiyah
•makruh sekiranya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.Pendapat ini berlawanan dengan jumhur Ulama yang menngatakan berpuasa pada 10 Muharram sahaja tidaklah makruh.
Malikiyah
•puasa ‘Asyura iaitu pada 10 Muharram itu adalah sunnat.
Puasa Hari Isnin
PUASA SUNAT HARI ISNIN
Hadith diatas juga menerangkan mengenai kelebihan hari Isnin.
Hari Isnin merupakan hari kelahiran cahaya kenabian ke seluruh alam,hidayah al-Quran menyinari alam semesta,penghulu segala Rasul dilantik menjadi Rasul.
Antara kelebihan lain pada hari Isnin ialah setiap amalan manusia akan dibentangkan kepada Allah pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Riwayat At-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a katanya :Rasulullah s.a.w bersabda: صائم وأنا يعرضعملي أن ،فأحب الخميس و اإلثنين يوم األعمال تعرض
“Setiap amalan ini akan dibentangkan pada setiap hari Isnin dan Khamis,maka aku suka agar amalanku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa.”
Pernyataan Usman bin Zaid menyokong lagi hujah diatas bahawa nabi pernah ditanya tentang puasa kedua hari itu (Isnin dan Khamis) dan beliau menjawab , “Sesungguhnya segala amal
manusia dilaporkan pada hari Isnin dan Khamis.”
PUASA HARI ISNIN " : ،وبعثت فيه ولدت يوم ذاك قال اإلثنين، يوم صوم عن وسئل
فيه الوحي علي وأنزل ، " فيه• Baginda ditanya pula mengenai puasa pada hari
Isnin,lalu Baginda bersabda: “Hari itu merupakan hari aku dilahirkan,hari aku diutus,dan hari wahyu diturunkan kepadaku.
• Hari Isnin merupakan hari kelahiran cahaya kenabian ke atas seluruh alam,hidayah al-Qur‘an menyinari alam semesta,penghulu para rasul dilantik menjadi rasul,dan pada hari itu pula semua amal perbuatan dilaporkan kepada Allah Tuhan alam semesta.Berpuasa pada hari itu diakui oleh syariat Islam sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
Pandangan daripada Ulama-ulama besar mengenai puasa hari Isnin:
Hanafiyah
•puasa hari Isnin adalah puasa Mandub atau Mustahab iaitu puasa yang tidak selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w walaupun disenanginya.
Malikiyah.
•berpendapat sama seperti pandangan Hanafiyah yang mengatakan puasa hari Isnin adalah puasa sunat yang Mustahab sahaja
Syafi’iya
h
•puasa Isnin adalah puasa sunat yang berulang
Hanabilah
•puasa hari Isnin adalah sunat berpuasa
Kesimpulannya :
Tuntutan berpuasa sunat untuk menambahkan ibadat dan taqarrub kepada Allah.
Keutamaan berpuasa pada hari ‘Arafah.
Dianjurkan menghormati hari yang di dalamnya Allah pernah menganugerahkan suatu nikmat yang besar kepada seorang hamba-Nya
dengan cara berpuasa pada hari itu dan bertaqarrub kepada-Nya.
Disunatkan bagi orang yang tidak berpuasa Tasu’a bersama ‘Asyura agar dia berpuasa pada hari yang ke sebelas.
Menjelaskan betapa luasnya rahmat Allah (s.w.t)
جزيال شكرا
مع اللقأ الىالسالمة
SELAMAT BERAMAL
top related