psikologi sosial kognitif sosial ; memikirkan tentang orang lain dan persekitaran sosial

Post on 22-May-2015

200 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KOGNITIF SOSIAL: MEMIKIRKAN TENTANG

ORANG LAIN SERTA PERSEKITARAN SOSIAL

• Kognitif Sosial:

Cara kita menilai, menganalisis, mengingat dan menggunakan

maklumat mengenai persekitaran sosial

Bagaimana kita berfikir tentang orang lain, hubungan kita dengan

mereka dan persekitaran sosial di sekeliling kita

• Kerana faktor limitasi kognitif, kita mengurangkan usaha memikirkan tentang manusia dan persekitaran sosial – meningkatkan efisyen tetapi mengurangkan ketepatan maklumat

• Bagi memudahkan proses pemahaman, kita gunakan skema – kerangka mental yang menjurus kepada tema spesifik yang akan membantu kita mengatur dan mentafsirkan maklumat sosial yang diperolehi bagi membuat tindakan dan keputusan (persepsi)

• Skema – berdasarkan pengalaman

Skema yang dibentuk memberikan kesan kepada:

a. Tumpuan – apa yang kita lihat/faham

b. Mengkod – menyimpan maklumat ke memori

c. Mengingat – memanggil semula maklumat

• Skema bertindak sebagai penapis:

- maklumat yang konsisten akan lebih mudah dikenal pasti – minda sedar

- maklumat yang tidak konsisten – akan dilupakan/dibuang, melainkan jika ianya terlalu nyata/penting

• Proses mengkod (menyimpan maklumat):

- maklumat yang selari dengan skema yang kita bentuk akan disimpan

- maklumat yang tidak selari akan diasingkan – sesuatu yang sukar untuk dilupakan

• Mengingat:

- maklumat yang sesuai dengan skema akan mudah diingat semula berbanding yang tidak dalam skema

- bagaimanapun, kesan skema kepada kognitif social bergantung kepada:

a. kekuatan skema yang dibentuk

b. usaha mental untuk membentuk skema

• Skema mempunyai kekurangan:

- membantutkan pemahaman – prejudis, stereotaip

- susah untuk diubah

- bersifat self-fulfilling/self-confirming – memenuhi jangkaan, walaupun ianya tidak benar

• Kerana kapasiti memproses maklumat terhad dan maklumatnya terlalu banyak, kita meringkaskan pemprosesan maklumat dengan menggunakan pendekatan heuristic – jalan pintas untuk membuat persepsi

• Jenis pendekatan heuristics:

a. persamaan – strategi penilaian berdasarkan persamaan maklumat yang diperolehi dengan maklumat sedia ada

b. kemudahan – mudahnya maklumat diingati menunjukkan kepentingan maklumat tersebut

c. priming – peningkatan kemudahan mengingat maklumat kerana mendapat stimulus tambahan

d. penetapan dan pengubahsuaian (anchoring & adjustment)- menetapkan satu nilai sebagai asas sebelum pengubahsuaian dibuat

• Pendekatan heuristics:

- satu kaedah bagi memudahkan proses kognitif sosial

- matlamat utama adalah mod pemprosesan pemikiran otomatik

Mod otomatik – secara tidak disedari, involuntary, tenaga minimum

- terbentuk berdasarkan pengalaman

- bermula dari proses terkawal (secara sedar) – proses otomatik – yang menjadi keinginan kita

- kebarangkalian keputusan kurang tepat

• Kesilapan dalam proses kognitif sosial:

a. bias negatif – kecenderungan kepada stimulus/maklumat negatif => gagal menilai sesuatu yang positif di depan mata

b. bias optimistik – menjangkakan sesuatu yang positif dalam banyak perkara – kadang kala terlebih optimistik => gagal melihat dengan jelas dan boleh memberi kesan buruk => pessimistic – menghasilkan jangkaan yang negatif

c. counterfactual thoughts – pemikiran ‘kalau…’ sesudah sesuatu berlaku => penyesalan dan kesan negatif – dibaiki menerusi redha/ketentuan taqdir

d. memendam pemikiran (thought suppression)- usaha memendam sesuatu pemikiran dari memasuki kotak fikiran => kesan negatif apabila ‘sudah letih’ memendam – khusus kepada individu yang tinggi tahap reaksi kepada sesuatu isu

• Limitasi dalam memahami persekitaran sosial:

a. magical thinking – pemikiran yang di luar jangkauan akal yang rasional (cth: jika terfikir nama kita akan dipanggil oleh pensyarah utk menjawab soalan, nama kita akan dipanggil!...)

b. gagal melihat peranan angkubah mediasi – keputusan/tindakan berdasarkan apa yang tersurat dan bukan yang tersirat (kadang kala cukup jelas)

• Perasaan dan Pemikiran:

Perasaan boleh mempengaruhi pemikiran menerusi:

a. mood semasa mempengaruhi reaksi kita terhadap stimulus/sesuatu yang baharu sama ada positif atau negatif

• b. mood mempengaruhi memori – menerusi dua cara:

i. ingatan berasaskan emosi

Maklumat dipelajari/terima semasa

mood negatif

Mudah diingati semasa mood negatif

Maklumat dipelajari/terima semasa

mood positif

Mudah diingati semasa mood positif

ii. Kesan keselarasan mood (emosi)

Good MoodMaklumat positif diterima

dan diingati

Bad MoodMaklumat negatif diterima

dan diingati

Pemikiran mempengaruhi perasaan menerusi

a. two-factor theory (Schachter, 1964)

- kita tidak tahu perasaan kita secara terus – kita serap dari persekitaran dan peristiwa yang sedang dilalui

b. pemikiran mempengaruhi emosi dengan mencetuskan skema (persepsi) yang mempengaruhi emosi

c. usaha untuk mengawal perasaan

• Perlu sedar bahawa corak pemikiran:

a. membentuk tanggapan kita terhadap persekitaran sosial

b. menentukan corak hubungan kita dengan orang lain di dalam persekitaran sosial tersebut

top related