program csr masjid uitm shah alam - acis.uitm.edu.my · kerana dapat mendidik mahasiswa dan...
Post on 06-Mar-2019
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
masjiduitmshahalammasjiduitmshahalam masjiduitm
BIL 2/BHEI/2017 EDISI MEI 2017
PROGRAM CSR
MASJID UiTM SHAH ALAM
PENASIHATProf. Dr Muhamad Rahimi Osman
KETUA EDITORUstaz Hanafi Hamdani
PEN. KETUA EDITORUstaz Mohd Hafiz Mohd Hasan
PENYELARASMohd Afiz Hasan
PUBLISITIUstaz Mohd Syukri Mohd Fawzi
JURUFOTOEn. Dzull Hatta Abd Kamal
AHLI SIDANGUstaz Puaad OsmanUstaz Mohd Faizan TajuidUstaz Mohd Bakri Aminuddin
Pelancaran Tabung
Infaq Ihya’
Ramadhan
Gotong royong
perdana
ACIS, UiTM Shah
Alam
Program Duduk Santai:
Program ilmu sambil berhibur
Wacana Ilmuan
Islam
Sempena
Program Wakaf
ACIS
PROGRAM/AKTIVITI
DISKUSI BERKITAB:
BERSAMA DATO DR. ZULKIFLI AL-BAKRI
(MUFTI WILAYAH)
FOKUS MINIKesimpulannya marilah kita sama-samabayangkan betapa Allah banyak memberi kepadakita tanpa meminta balasan, namun hambanyaada yang taat dan ada yang berterusan derhakatidak sedarkan diri, walhal kitasama-sama masih diizinkanbernaung di bawah rahmat-Nya jua. Mengapa kita tidak boleh bertolakansur walau sesaaat pun?
JANGANterlalu
Mengharap
Firman Allah SWT ; “Sangat sedikit dari
hambaku yang bersyukur” (saba : 13)
Bagaimana agaknya perasaan anda jika budi tidak dikenang? Atau
pertolongan yang selama ini anda hulurkan itu di balas “tunai” dengan
kejahatan? Sakit atau tidak hati anda? Maka kalau jawapan yang anda
berikan itu “Ya” maka itu sebahagian tanda-tanda hati yang belum
benar-benar ikhlas, dengan ertikata lain hati yang anda “empunya” itu
belum lagi sampai ke tahap melakukan sesuatu hanya kerana Allah.
Janganlah anda kesal bila madu yang dihulur dibalas denga tuba, jika
kita mula memilikki hati yang sedemikian, ertinya kitalah antara orang
yang paling bahagia di dunia, kerana buktinya jiwa kita bebas dan
tidak terikat dengan karenah manusia. Tetapi persoalannya mengapa
kita sukar melupakan budi baik yang kita buat kepada orang lain?
Jawapannya mudah sahaja, iaitu kita spesis yang memang suka
orang mengenang budi baik kita itu, atau dengan kata lain kita
berusaha untuk melaburkan budi dan kemudian berusaha mengaut
keuntungannya kemudian hari. Janganlah sekali-kali kita marah dan
rasa kecewa yang amat sangat , kalau kebaikan kita tidak dibalas,
dilupakan atau lebih malang lagi dibalas dengan “tuba”! yang kita perlu
sedari ialah kita ini hanyalah melaksanakan amanah Allah SWT.
Kepada sesama manusia. Orang yang ikhlas itu akan sentiasa
menabur budi tanpa mengharap balasan, sama ada dia dibalas
dengan baik ataupun tidak itu tidak penting baginya, dia berbudi
kerana melaksanakan dan menyempurnakan titah perintah Allah SWT.
Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW. “Manusia yang baik itu
ialah dia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang
lain”.
Inilah sikap dan sifat yang dipaktis oleh junjungan besar nabi
Muhammad SAW. Baginda melupakan kebaikan yang dibuatnya,
malah lebih dari itu baginda sendiri melupakan kejahatan terhadapnya,
bagi baginda hatinya telah terlebih dahulu diserahkan kepada Allah
SWT.
Memang fitrah manusia tidak suka dikecam sekalipun dia bersalah,
apa lagi dikecam sedangkan dia berbuat baik, atas dasar fitrahnya
sahaja manusia mampu berbuat baik selagi dia dibalas dengan baik,
tetapi jika kebaikannya dibalas dengan jahat, ia akan marah. Namun
bagi seseorang yang benar-benar berbuat baik kerana Allah dia
dengan senang hati boleh menerimanya dengan tenang. Inilah
bezanya orang yang berbuat baik di dorong oleh Fitrah, dengan orang
yang berbuat baik kerana Allah.
Sebenarnya rasa fitrah sahaja tidak cukup untuk manusia
mencapai kebahagiaan, keamanan dan ketenangan hidup
yang hakiki, sebaliknya manusia itu amat –amat memerlukan
Allah (Rabb) yakni tuhan yang menurunkan islam sebagai
landasan aturan hidup manusia, justeru itulah Al-Quran dan
As-Sunnah berfungsi sebagai pendorong dan pengaturcara
fitrah manusia di dalam melaksanakan amal kebaikan.
Mereka yang membuat kebaikan kerana perintah Allah, tidak
sekali-kali akan kecewa kalau budi yang ditabur tidak
dikenang. Orang begini bahagia hidupnya, baginya kebahagian
sebenar ialah dapat berbudi kerana Allah. Kita jangan pula
rasa resah gelisah ataupun takut. Di Dunia ini sangat ramai
manusia yang tidak berterima kasih, jadi kalau kita kesana
kemari kerana mengharapkan terima kasih itu, kita sebenarnya
sedang dilanda problem kejiwaan,.
Maka dengan demikian , kalau kepada Allah pun bilangan
yang berterima kasih (bersyukur) hanya sedikit, sedangkan
budinya begitu banyak tidak terhitung, apalah sangat hendak
dikesalkan kalau budi kita tidak dikenang hanya budi yang
sekelumit itu sahaja? Jika kita inginkan kebahagiaan,
berhentilah dari mengingat apakah orang lain berterima kasih
ataupun tidak kepada kita. Sebaliknya carilah kebahagiaan
dengan “memberi” tanpa “mengharap” untuk menerima apa-
apa. Kalau ini berjaya kita lakukan nescaya kita lebih
berbahagia daripada orang yang menerima pemberian kita.
Jadilah ibu yang berbahagia kerana dapat mengasuh anak-
anak tanpa mengharap balasan, kerana kerja mengasuh
bukannya budi tetapi amanah, jangan banyak memfitnah takut
pula anak kita perangainya saling tak tumpah ibu yang
mengandungkannya. Jadilah warga pendidik yang gembira
kerana dapat mendidik mahasiswa dan mahasiswi tanpa
mengharapkan balasan kerana mendidik itu adalah
tanggungjawab. Jadilah ketua yang memimpin pengikutnya
tanpa mengharap sebarang balasan kerana kepimpinannya
bukan jasa tetapi tugas.
Disedikan oleh: Ustaz Hanafi Hamdani
KUTIPAN
JUMAAT
RM
1991.10
RM
2324.10
RM
2805.00
RM
2327.75
MASJID Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam
KUTIPAN DERMA KHAS
TARIKH JABATAN JUMLAH TUJUAN
19/5/2017
Bahagian Hal Ehwal
IslamRM 400.00
Sumbangan untuk
Rumah OKU
AnNur
Bahagian Hal Ehwal
IslamRM 400.00
Program Tahsin
Solat
26/5/2017Fakulti Sains Sukan
dan RekreasiRM 400.00
Program Berbuka
Puasa bersama
Anak Yatim
KUTIPAN IHYA’ RAMADHAN 1438
5/5/2017
JUMLAH: 11,729.00
RM
1,894.60
12/5/2017
RM
3,132.40
19/5/2017
RM
3,394.70
26/5/2017
RM
3,307.30
GLOSORI SIRAHN U Z U L A L – Q U R A N
Disambut di sesetengah negeri di malaysia dengan cuti
umum. Nuzul quran yang bermaksud ”turunnya al-
quran” merupakan peristiwa yang amat masyhur di
kalangan umat islam. Turunnya al-quran pada malam
jumaat 17 Ramadhan, di mana ketika itu Nabi
Muhammad SAW. berumur 41 tahun. Ulamak bahasa
mentafsirkan perkataan nuzul itu bermaksud turun,
ertinya nuzul itu sifatnya yang turun dari atas ke bawah
(atas) ialah dari luh mahfuz melalui Malaikat Jibril yang
pertama berlaku di gua Hira’. Manakala quran itu
bermaksud kalam allah yang diturunkan ke atas
junjungan Nabi Muhamad SAW. dengan perantaraan
Jibril A.S. dan menjadi ibadah jika membacanya. Ini
bermakna al-Quran itu adalah wahyu ilahi dan kitab
samawi (turunnya dari langit) yang terakhir, paling
hebat, unggul dan sempurna berbanding dengan kitab-
kitab yang sebelumnya
Imam bukhari meriwayatkan: ”sebaik-baik kamu
ialah orang yang mempelajari al-quran dan
mengajarkannya kepada orang lain” imam at-tirmizi
juga meriwayatkan ”sesiapa membaca satu huruf
dari kitab allah, memperoleh satu kebajikan dan
satu kebajikan itu akan digandakan menjadi
sepuluh yang seumpamanya. Al-quran bukan
sahaja sejilid kitab, akan tetapi merupakan petunjuk
(hidayah) memberikan syifa’ (penyembuh penyakit)
oleh itu di bulan ramadhan ini marilah kita
bertadarus hingga khatam quran 30 juzu’ rugilah
mereka yang bernama muslim jika tidak pernah
sekalipun khatam al-quran apatahlagi tidak mahu
menatap kitab suci itu
top related