presentation makro pembelajaran acara lari berpagar
Post on 26-May-2015
5.128 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Disediakan oleh : Shing Lee Pui
• Objektif
• Pengenalan Acara Lari Berpagar
• Penempatan Pagar-pagar
• Latihan Ansur Maju
• Latihan Lari Berpagar
• Peraturan-peraturan Lari Berpagar
• Pembinaan & Ukuran Pagar
• Tugasan
Kandungan :
Objektif :
• kelenturan dan mobiliti atlet, terutamanya daripada pinggul, groin, pinggang dan bahu dapat dilatih melalui lari berpagar.
• Atlet dapat menguasai cara-cara @ teknik-teknik untuk melakukan acara lari berpagar.
• Atlet dapat melakukan latihan yang strategi seperti ansur maju untuk latihan lari berpagar.
• Atlet harus memastikan kaki lonjakannya untuk melepasi pagar.
• Risiko dapat dielak oleh atlet apabila dia dapat menguasai teknik-teknik lari berpagar.
• Atlet harus mempunyai kelajuan tertinggi, daya ketahanan kelajuan dan pergerakan anggota badan yang seimbang.
• Mengetahui maklumat tepat mengenai lari berpagar.
… apa lagi
Pengenalan acara Lari Berpagar
• Lari berpagar adalah memecut melompat pagar-pagar.
• Pagar-pagar dilepasi dengan sahaja gangguan dalam ritma pecutan semula jadi.
• Pagar-pagar hendaklah dilintasi dengan aksi ‘langlah—langkah’ dan bukan lompatan dengan secara lembut sepenuhnya.
…sambungan
• Lari berpagar dijalankan dalam lorong.
• Acara 100 meter dan 110 meter dijalankan di lorong lurus.
• Acara 400 meter di balapan selekoh.
… sambung lagiAcara Tingginya Pagar
110 m (lelaki) 1.067 m (3 kaki 6 inci)
100 m (wanita) 0.840 m (2 kaki 9 inci)
200 m(lelaki) 0.762 m (2 kaki 6 inci)
400 m (lelaki) 0.914 m (3 kaki)
400 m (wanita) 0.762 m (2 kaki 6 inci)
Penempatan Pagar-pagar• Sepuluh pagar digunakan untuk setiap
setiap dalam sesuatu perlumbaan.• Jarak dari garisan permulaan ke pagar
pertama, jarak antara pagar-pagar dan jarak dari pagar terakhir ke garisan penamat adalah saling berbeza untuk setiap acara.
… sambunganAcara Jarak dari
mulaan ke pagar pertama
Jarak di antara pagar
Jarak dari pagar terakhir
ke garisan tamat
100 m (W) 13.00 m 8.50 m 10.50 m
110 m (L) 13.72 m 9.14 m 14.02 m
200 m (L) 18.29 m 18.29 m 17.10 m
400 m (L) 45.0 m 35. 0 m 40.0 m
400 m (W) 45.0 m 35.0 m 40.0 m
Latihan Ansur Maju Untuk Lari Berpagar
Pada mulanya :a. Atlet memastikan kaki mana yang
akan digunakan sebagai kaki lonjakan melepasi pagar.
b. Atlet melompat melepasi sebatang buluh, tali atau batang yang diletakkan pada ketinggian yang rendah.
c. Atlet perlu melakukan beberapa lompatan percubaan, dia boleh memastikan mengingati kaki lonjakan.
Latihan Ansur Maju
1. Berlari dan melompat melepasi sebatang buluh, tali atau batang untuk memastikan kaki lonjakan.
2. Ambil kedudukan berdiri untuk mulaan dengan kaki lonjakan di hadapan, berhampiran garisan permulaan.
3. Berlari melepasi buluh-buluh atau tali-tali yang diletakkan di atas tanah, melepasi halangan pertama pada langkah kelima dan halangan kedua dengan langkah kesembilan.
Langkah-langkah lari berpagar
… sambungan
4. Seperti no.3 tetapi atlet harus melepasi buluh -buluh atau tali-tali yang telah dinaikkan sedikit lebih kurang 6 inci.
5. Latihan melangkah melepasi satu pagar.
Melangkah pagar : Latihan untuk melepasi pagar
6. Latihan rangkaian melangkah pagar
tanpa menggunakan pagar.
a. melanggar dengan
kaki lonjakan (kaki
kanan)
… sambungan
b. naikkan kaki lain (kaki kiri) sebagai persediaan untuk melangkah-melepasi “pagar”.
c. menghulurkan kaki kiri ke hadapan di atas “pagar”.
d. menurunkan kaki kiri ke bawah.
e. teruskan berjalan empat langkah lagi & mengulangi rangkaian melangkah pagar.
… sambungan
7. Gabungkan langkah 5 & 6 iaitu, berjalan 4
langkah & melangkah melepasi pagar.
8. Berlari & melepasi 1 pagar kemudian berlatih
melepasi 2 pagar.
9. Seperti no.8 tetapi menambah larian penujuan
ke pagar pertama yang biasanya menggunakan 8 langkah (untuk larian 100m atau 110m
berpagar).
10. Seperti no.9 tetapi bermula dengan mulaan
dekam.
… sambungan
11. Berlatih dengan jarak sebenar larian
penujuan, iaitu jarak betul di antara pagar,
tetapi menggunakan 3 pagar sahaja untuk
latihan ini.
12. Seperti no.11 tetapi menentukan corak
melangkah & memperbaiki ritma & tempo
pergerakan.
... sambungan
13. Seperti no.12 tetapi jumlah pagar
ditambah hingga 10 pagar seperti
yang digunakan dalam perlumbaan
sebenar.
Cara Melepasi Pagar
Latihan-latihan untuk Lari Berpagar
Pengenalan :• Lari berpagar memerlukan kelenturan dan
mobiliti, terutama pinggul, groin, pinggan dan bahu.
• Latihan harus dilakukan dengan menggunakan kedua-dua kaki kanan dan kiri supaya kedua-dua belah bahagian badan direngang dan digerakkan.
Selanjutnya…
LATIHAN LARI BERPAGAR
KAKI “TRAIL”KAKI “LEAD”
HAYUNAN KAKIMEMUTAR PINGGUL
MEMBONGKOK DARI PAGAR
SPLIT
KELONGGARAN BATANG TUBUH
LARI BERPAGAR SAMBIL DUDUK
Lari Berpagar Sambil Duduk
1. Duduk di atas tanah dengan sebelah kaki (kaki kanan) lurus dan kaki lain (kaki kiri bengkok).Paha-paha bersudut tepat antara satu sama lain dan setiap kaki selari dengan kaki bawah.
2. Bengkokkan badan ke hadapan pinggang, tekankan dan dadah ke arah paha hadapan sambil lengan yang bertentangan dijangkaukan ke hadapan.
Kelonggaran Batang Tubuh
3. Duduk
memancakkan jari
dan memusingkan
siku kiri di sekeliling
lutut dan kaki kiri.
Split
4. Mengambil posisi “Split” supaya dapat depan bersudut tepat dengan kaki dan kaki belakang mengarah ke depan.
Pandang ke bawah dan imbangkan badan dengan jari-jari.
5. Condong ke depan daripada pinggang. Sentuh kaki di bawah paras lutut dengan dagu anda.
Membongkok Dari Pagar
6. Letakkan
sebelah kaki di
atas pagar
dengan kaki
mengarah ke
luar.
7. Bongkok ke depan dan sentuh dengan tangan yang hampir sekali kepada pagar.
Memutar Pinggul
8. Condong ke depan dan memegang pagar.
9. Hayun salah satu kaki ke atas.
10. Hayunkan kaki depan dan melakukan satu putaran lengkap; menegaskan angkat paha.
Hayunan Kaki
11. Memegang pagar
dengan dua belah
tangan.
Hayunkan kaki kiri
melintasi badan ke
arah kanan, kaki
kanan mengikut
arah hayunan.
12. Turunkan kaki ke bawah kemudian
tukar hayunan ke sebelah kiri. Kaki
kanan memutar mengikut hayunan.
13. Berdiri di sisi pagar
dan memegangnya
dengan tangan
kanan.
Hayunkan kaki kiri
secara longgar ke
belakang pinggul.
14. Hayunkan kaki kiri ke hadapan.
Pastikan kaki kanan berada lurus dan
batang badan dalam keadaan tegak.
Kaki “LEAD”
15. Berdiri di sisi pagar, dengan tangan kanan di letakkan di hujung pagar.
16. Condong ke hadapan dan menghayun kaki “LEAD” ke atas pagar. Angkatkan tangan anda semasa kaki melintasi pagar.
17. Letakkan semula tangan di atas pagar apabila kaki telah diturunkan sementara badan berdiri tegak.
Kaki “TRAIL”
18. Berdiri di hujung pagar dengan tangan kiri
memegang pagar.
19. Kaki trail ke atas dan angkat tangan.
20. Putarkan kaki trail di atas pagar dan gerakkan kaki daripada pinggul.
21. Bawa kaki kiri ke bawah dan letakkan tangan di
atas pagar.
22. Pegang pagar di hadapan badan sambil berdiri di sisi pagar. Hulurkan kaki yang berhampiran pagar ke belakang, kaki ini adalah kaki trail.
23. Hayunkan kaki trail di atas pagar.
24. Bawa kaki trail ke pagar dan turunkan kaki.
Peraturan-Peraturan Lari Berpagar
• Setiap peserta mesti berada di lorongnya sepanjang larian.
• Seseorang peserta yang merewangkan kakinya di paras bawah ketinggian atas palang semasa melompat @ melompat pagar di lorong lain @ pada pandangan Refri sengaja merebahkan pagar dengan tangan @ kakinya, hendaklah dibatalkan.
• Kecuali yang dinyatakan di atas, merebahkan pagar tidak akan menyebabkan sama ada seseorang peserta itu dibatalkan @ catatannya tidak diambil.
Pembinaan & Ukuran Pagar
Pembinaan :• Pagar hendaklah diperbuat dalam logam,
berbalangkan kayu @ bahan lain yang sesuai.• Ia mengandungi dua penopang kaki & dua tiang
menyokong empat segi.• Pagar-pagar tersebut hendaklah boleh
dilaraskan ketinggiannya & pemberatnya.
… sambungan
Ukuran :• Lebar pagar :1.18 m - 1.20 m.• Panjang maksimum penopang kaki : 70 cm.• Berat pagar mestilah tidaklah kurang daripada 10 kg.• Lebar palang : 7cm , tebal : 1 cm & 2.5 cm.• Bahagian atas dibalut.• Palang dicat berbelang putih & hitam @ warna terang
yang berkontras.
Tugasan Kumpulan 1. Setiap kumpulan akan :
- membentuk kumpulan projek (2/3 orang).- mengumpulkan maklumat melalui pelbagai sumber
(bahan cetak, internet, bahan audio-visual dan lain-lain).
- menghasilkan projek dalam salah satu bentuk di bawah :
* multimedia (Microsoft Power Point)* penerbit (Microsoft Publisher)* laman web (Microsoft Publisher )
- jangka masa tugasan ini (4 minggu).
Kemahiran Persembahan
1. Cadangan-cadangan menghasilkan projek.
- berbincang dengan pakar bidang atau guru.
- berkomunikasi dengan pelajar dari sekolah lain
melalui kemudahan komunikasi.
- mengumpul maklumat secara sistematik dalam
bentuk folio.
- menyediakan “story board” dan senarai bibliografi.
- melaporkan perkembangan tugasan kepada guru
dari semasa ke semasa secara “mail” atau
bersemuka dengan guru.
Penilaian Projek
• Isi kandungan = 20 % • Kerjasama kumpulan = 10 %• Pengurusan = 30 %• Persembahan = 30 %• Reka bentuk = 10 %
Rujukan
• Buku teks• Buku rujukan • Microsoft Encarta• Internet – YouTube, IAAF website • Laman web : http://www.iaaf.org/
http://www.youtube.com/
top related