presentation agama islam

Post on 23-Jul-2015

206 Views

Category:

Science

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengas ih lag i Maha Penyayang. .

UBAT-UBATAN DAN PENYAKIT DALAM

ISLAMDisediakan Oleh:

– Nor Ainerieniey Bt Ab Aziz– Sarah Aneesa Bt Johary Al-Bakry

Rawatan Dalam Islam

Rawatan Islam adalah suatu ikhtiar penyembuhan penyakit, jasmani dan rohani yang diasaskan diatas hukum syarak oleh orang yang ahli (mahir) dengan kaedah-kaedah rawatan yang diluluskan oleh hukum syarak yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Surah Al Isra: Ayat 82

Prinsip perubatan dalam islam

Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya ubat yang dimakan selain membawa manfaat, tidak juga

memberikan kemudaratan.

Antara prinsip Perubatan Islam

1. Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah)-diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"

2.Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan Maha Pencipta.

Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan.

Kisah Nabi Ayub bahawa Allah telah mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau.

Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali.Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

3-Kaedah rawatan dan perubatan mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum asas Islam

(syariat).

Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Tetapi ,sebagai seorang Islam kita percaya bahawa ajal dan

maut di tangan tuhan.Dan set iap penyakit tu pasti

ada penawarnya.

Pusat Rawatan Islam di Malaysia

• Al Hidayah

• Ar-Ridzuan

• Darussyifa’

• At-Tobibi

• Hospital Islam Az-Zahrah HIAZ

Jenis penyakit yang dirawat di pusat rawatan Islam

• Migrain• Sakit Jantung• Jantung Berlubang• Barah• Asma• Murung• Susah Tidur• Ulcer• Gout

– Dan lain-lain….

Hadis Abu Ad-Darda’

• Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa rasulllah S.A.W bersabda “sesungguhnya Allah telah menurunkan

penyakit dan ubat,dan dijadikan penyakit itu ubatnya maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan”

• • Penyakit

Konsep penyakitMAKSUD PENYAKIT

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan

ketidakselesaan,malfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit

atau berhubung rapat dengannya.

Jenis-jenis penyakit

• Penyakit berjangkit

–AIDS (hiv positif)

• Penyakit genetik–Kanser, talesimia

• Penyakit toksik

–Disebabkan oleh stress

• Penyakit kekurangan (zat)–Rabun, Anemia

Dan….

Penyakit hatiBoleh diubati dengan cara 1. Sentiasa berzikir dan berselawat

kepada Allah2. Berdoa kepada Allah agar dijauhkan

daripada sifat hasad dengki dan iri hati3. Sentiasa merasa rendah diri kepada

Allah dan juga sesama manusia

Penyakit Misteri

• Santau• Pukau• Dirasuk• Sihir

Antara penyakit yang diubati di pusat rawatan Islam

Sebab-sebab penyakitPenyakit ini boleh disebabkan oleh

kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi,gangguan

daripada syaitan dan juga penyakit dari baka/keturunan.

Kaedah mengubati penyakit• Kaedah Rawatan Islam

– Darussyifa’, Al-hidayah dan lain-lain

• Kaedah Tradisional– Kaedah yang menggunakan herba dan akar

kayu,homoepati

• Kaedah Moden – Allopati,ubat-ubatan yang berasaskan dadah dalam

kuantiti yang ditetapkan

(selagi tidak bertentangan dengan islam)

UBAT

Definisi Ubat

“Ubat” secara amnya adalah sesuatu bahan ataupun dadah yang

digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan

Takrif ubat• Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil

untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit.

• Ubat diperolehi daripada beberapa jenis sumber– Sumber manusia– Sumber haiwan– Sumber tumbuh-tumbuhan– Sumber tanah dan air

• Ubat dibahagikan kepada 2 kategori

–Ubat yang halal

–Ubat yang haram

Maksud ubat Halal• Ubat yang halal adalah ubat yang bersih

daripada sebarang jenis kemudaratan jika mengambilnya dan tidak membawa apa-apa kesan yang memudaratkan*Cth ubat halal:– Ubat yang berasaskan tumbuh-tumbuhan

(herba),ubat yang tidak bertentangan dengan syarak

Menepati ciri-ciri berikut

• Bukan terdiri daripada haiwan yang Islam diharamkan oleh hukum syarak

• Tidak mengandungi daripada bahan najis

• Tidak disedia, diproses,dikilang atau disimpan menggunakan apa apa alat yang tidak bebas dari bahan bahan najis mengikut hukum syarak

Hukum mengambil ubat halal

Wajib lah…

Maksud Ubat Haram

Ubat yang haram adalah ubat yang berasaskan sumber haram seperti gelatin

babi,alkohol dan sumber haram lain seperti ekstrak haiwan yang haram

(anjing,babi).

HUKUM

• Wajib untuk mengambil ubat yang halal

• Haram untuk mengambil ubat yang haram

Tetapi…..

• Harus mengambil ubat yang haram apabila:

• Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat dengannya

• Tiada ubat yang halal sebagai ganti ubat itu• Adanya perakuan daripada seorang doktor

muslim yang dipercayaidan amanah pemeriksaannya mahupun agamanya (I’tikad baiknya)

Hadis Rasulullah S.A.W dari Jabir R.A

“Bagi set iap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk

sesuatu penyakit , akan sembuh dengan izin

Allah .”

Penggunaan Gelatin Babi

Keratan akhbar

Apa itu Gelatin

babi ??

Gelatin ialah sejenis protein terbitan yang larut dalam air, dihasilkan menerusi proses hidrolisis separa ke atas collegen. Collegen ialah unsur protein yang terdapat dalam tisu-tisu konektif haiwan. Kulit babi, urat-urat dan tulang binatang merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan gelatin.

Hukum mengambil ubat yang mengandungi Gelatin Babi

• Haram tetapi

• Harus apabila terdesak kerana darurat

Contoh:

Penyakit yang boleh membawa maut

Kenyataan fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24 - 25 September 1984 telah membincangkan Gelatin Dalam Ubat. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan

Contoh-contoh ubat yang mengandungi gelatin babi

• 1. Ubat Batuk -"Benadryl For The Family Original Cough syrup” 2. Ubat cirit-birit - "Imodium Capsule"3. Clexane - ( Enoxaparin Sodium)4. Pencuci Kanta Lekap -"SupraClens Opti-free"5. BOTOX - Cosmetic6. CENTRUM - Complete from A to Zinc7. Creon 10 000 Capsule8. Fragmin -(Dalteparin Sodium)9. Vaksin Rotateq10. Vaksin Menomune

“Sesungguhnya Allah menurunkan Al-Quran dan

menjadikan penawar kesembuhan dari berbagai

penyakit .

Itulah rahmat kepada hambanya”

Ahmad Mustaffa Al Maraaghi dalam tafsirnya (15:86) ketika mentafsirkan ayat diatas.

Homeopati,allopati,ayurveda

dan akupunktur.. Apakah hukumnya dalam

islam??

Homeopati• Homeopati adalah perubatan yang berasaskan undang undang

tab’I yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak berubah. Sistem rawatan secara homeopati adalah secara amnya rawatan secara dalaman lebih kepada cara untuk menguatkan sistem melawan penyakit

• TUMBUHAN - sebilangan besar remedi(bahan/unsur) homeopati berasal daripada alam tumbuhan.

• HAIWAN - racun-racun haiwan. berbisa seperti ular dan serangga berbisa.

• KIMIA - terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam) dan mineral.

– Rawatan Islam

Allopati

• Secara amnya,allopati ialah perubatan yang diasaskan berlandaskan hukum syarak. Allopati adalah rawatan secara luaran dan dalaman.

• Penggunaan ubat dalam rawatan secara allopati adalah lebih kepada ubat yang mengandungi unsur dadah tetapi didalam dos yang dibenarkan dan tidak membawa apa-apa kesan sampingan

• Dijalankan di hospital dan klinik yang diiktiraf

Hukum allopati

• Harus

• Untuk mengelakkan dari penyakit

• Ubat yang digunakan boleh mengelakkan dari membawa kesan mudarat kepada diri

Akupunktur

Teknik memasukkan atau memanipulasi jarum ke dalam "titik akupunktur" tubuh. Menurut ajaran ilmu akupunktur, ini akan memulihkan kesihatan dan kebugaran, dan khususnya sangat baik untuk mengobati rasa sakit

Ayurveda• Sejenis perubatan tradisional India

• 5000 tahun dahulu

• Cara semula jadi digunakan untuk merawat pesakit– (menggunakan herba dan tumbuh

tumbuhan,rempah ratus dan sebagainya)

Ayurveda

• Wujud di dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian.

• Mengandungi unsur yoga dan mengandungi unsur-unsur Hinduism. Masyarakat Hindu mengamalkan yoga sebagai satu cara untuk mendapatkan ketenangan dan bersatu dengan tuhan-tuhan mereka.

• Unsur-unsur pengaruh hindu yang dipromosikan secara halus melalui Trancendental Meditation dalam amalan yoga merupakan mantera agama hindu yang disebarkan untuk kegunaan semua penganut agama.

• Agama Islam yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. telah menyediakan berbagai kaedah kerohanian kepada umatnya untuk mencari atau mencapai ketenangan diri dan umat Islam tidak perlu merujuk atau mengikut kepercayaan atau amalan agama lain.

• Amalan yoga adalah salah satu dakyah halus yang digunakan untuk mengembangkan pengaruh hindu.

• Mengandungi unsur-unsur falsafah agama lain dan kesyirikan, adalah HARAM bagi umat Islam mengamalkannya.

• Adalah wajar umat Islam dilarang daripada melakukan apa jua amalan atau senaman yang mempunyai kaitan dengan unsur syirik atau pemujaan agama lain.

ISU PENGGUNAAN UBAT (Q&A)

1.Kemusykilan tentang penggunaan Minyak Yu Yee Cap Limau (yg biasa di gunakan oleh bayi untuk elakkan

kembung perut).

jawapan“Oleh kerana Jakim belum lagi menjalankan ujian kimia ke atas produk ini untuk menentukan status kehalalannya, maka terpulanglah kepada saudara samada terus menggunakan produk tersebut atau sebaliknya. Pada pandangan panel , sekiranya kita tidak menggunakan minyak yu yee pun tidak menjadi masalah kerana masih banyak minyak angin jenama lain yang ada di dalam pasaran yang boleh kita gunakan tanpa was-was”, pihak JAKIM

Untuk menjawab pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng Medical telah mengantar Produk Minyak Yu Yee Cap

Limau untuk diuji. Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time

PCR.Dan Keputusanya Negatif.

2.Memilih jantina anak.Sains atau takdir??

Q:Adakah mungkin untuk kami memilih jantina anak ke atas anak yang kami “usahakan” itu? Kami tahu doktor bukan tuhan,cuma kami mahukan tips-tips agar kami dapat anak lelaki. Apakah hukumnya?

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya

(Surah al-luqman ayat 34)

3.Penggunaan ubat-ubatan yang tidak berdaftar KKM jejas kesihatan dan

boleh mengundang maut

ramai yang kurang peka tentang perkara ini, sebaliknya lebih ramai yang tertarik untuk menggunakan produk sedemikian, terutama produk pelangsingan badan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin.

• Contoh :

-Ubat yang mempunyai dos dadah yang terlebih

4.Penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine

• Soalan

Suntikan Clexane ialah ubat pencair darah yang mempunyai unzur khinzir. Namun disebabkan tidak ada alternatif bagi ayah saya yang mengalami sakit jatung & darah pekat, apakah hukum ianya digunakan untuk rawatan pesakit tersebut. Wallahua'lam..

• JawapanPesakit yang mengalami penyakit kronik dengan nasihat pakar perubatan hospital dan segala usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan pesakit maka hukumnya adalah harus menggunakan suntikan ubat yang mengandungi campuran yang dihasilkan dari khinzir dengan sekadar keperluan sahaja bagi tujuan perubatan sekiranya tidak ada ubat lain yang boleh membantu menyelamatkan.

Perihal lalat

TAHUKAH ANDA….

!!!!

Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat ubatan yang mereka ambil itu

sebenarnya mengandungi bahan daripada babi.

Kesimpulannya

Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan.

Dalam aspek kesihatan orang orang Islam yang di suruh menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam

keadaan sihat

Di samping itu, Islam menggalakkan umatnya berikhtiar mengubat apabila

dijangkiti sesuatu penyakit.Kuasa menyembuh itu adalah kuasa

ALLAH

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang

buruk itu dari diri kami sendiri

Alhamduli l lah. . . .Amin

terima kasih tau……

top related