powerpoint presentationvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bab 9 jerebu.pdf · asal usul jerebu •bahan...
Post on 08-Feb-2018
235 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EOH 3101PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN
ISU-ISU PERSEKITARAN
JEREBU
Pengenalan
• Jerebu yang kelihatan di langit negara kita adalah berasal dari
partikulat-partikulat halus yang terampai di atmosfera.
• Pada kepekatan yang tinggi, bahan partikulat ini boleh
menyerap dan menyerakkan cahaya matahari, menyebabkan
pengurangan pemandangan ufuk (horizontal) dan mewarnakan
atmosfera menjadi kekuningan / keperangan (opalascent).
• Jerebu bukan hanya boleh terjadi di kawasan perbandaran atau
perindustrian, tetapi juga di kawasan luar bandar.
Asal Usul Jerebu
• Bahan partikulat yang menyebabkan jerebu ini boleh berasal
dari banyak sumber, ada antaranya semulajadi dan juga buatan
manusia. Sumber semulajadi termasuk lautan, hutan dan
permukaan tanah. Namun demikian, sumber buatan manusia
merupakan penyumbang utama jerebu dan termasuklah aktiviti
pembakaran, pembukaan dan pembersihan tanah baru,
penggunaan kenderaan dan pembakaran minyak fosil di
pemanas-pemanas industri.
Keadaan yang Menggalakkan Jerebu
• Musim panas yang berpanjangan
• Atmosfera yang stabil
• Sumber pencemaran yang banyak dari perbandaran dan luar
bandar.
• Kurangnya pergerakan udara (angin)
Di Semenanjung Malaysia, jerebu paling mungkin berlaku
dalam bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos (musim
pertukaran monsun). Semasa musim monsun Timur Laut,
hujan yang banyak meleraikan partikulat, menyebabkan jarang
jerebu kelihatan.
Apa yang Menyebabkan Jerebu Mula Hilang ?
• Proses sedimentasi graviti, di mana partikel-partikel yang
berat akan turun ke permukaan bumi akibat tarikan graviti.
• Partikel yang lebih kecil akan bercantum dengan wap air
membentuk molekul partikel yang halus yang menghasilkan
titisan air yang akhirnya membentuk awan. Proses ini
dipanggil “rainout”.
•Partikel juga disingkirkan dengan cara perlanggaran dengan
titisan air yang jatuh ketika hujan, dan ini dipanggil
“washout”.
• Hujan yang besar dan lebat lebih efisien untuk
mengurangkan jerebu dari hujan rintik-rintik / sedikit.
Perbezaan antara Jerebu, Embun dan Kabus
• Embun dan kabus terbentuk akibat kondensasi wap air
ke atas partikulat yang wujud di dalam atmosfera.
•Kabus ditakfirkan secara meteorologi adalah satu
keadaan apabila pemandangan menjadi kurang tanpa
kehadiran keadaan cuaca yang lain dan “humiditi” relatif
adalah pada kadar 95 %. Apabila pemandangan
horizontal kurang daripada 1000 meter, ini dipanggil
kabus.
Kesan Ke Atas Kesihatan Manusia
1. Kematian tidak normal
2. Kemasukan ke hospital dengan masalah pernafasan
3. Asma yang menjad-jadi
4. Tanda-tanda penyakit pernafasan yang akut, termasuk
batuk yang banyak dan kesakitan apabila bernafas
5. Bronkitis kronik
6. Fungsi paru-paru yang semakin berkurangan – bernafas
pendek
7. Tidak hadir ke tempat kerja ataupun sekolah
8. Kajian menganggarkan berpuluh ribu orang tua mati secara
tidak normal akibat pendedahan kepada takat partikel halus
yang tinggi. Ada juga kajian menyatakan pendedahan kepada
partikel halus berkait rapat dengan kemasukan beribu-ribu
pesakit ke hospital setiap tahun. Kebanyakan kemasukan ke
hospital ini adalah di kalangan orang tua yang mengalami sakit
paru-paru ataupun jantung.
9. Menyedut udara yang mengandungi partikel halus juga
boleh mendatangkan kesan mudarat ke atas individu yang
mempunyai penyakit jantung, emphysema dan bronkitis
kronik.
10. Kanak-kanak yang selalu terdedah dengan partikel halus di
dalam udara boleh menyebabkan mereka menjadi sakit semasa
kecil, yang menjadi masalah semasa paru-paru mereka sedang
membesar.
11. Kesan ke atas kanak-kanak termasuklah pengurangan fungsi
paru-paru seperti kerap batuk dan kesakit bila bernafas.
12. Semakin ramai orang didiagnosakan mendapat asma setiap
tahun. Menyedut partikel halus, bersama-sama pencemar yang
lain, boleh menyebabkan berlakunya episod asma.
Apa yang Boleh Kita Lakukan untuk mengurangkan
Jerebu ?
1. Tidak melakukan pembakaran terbuka.
2. Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Pastikan
kenderaan diselia dengan baik.
3. Menggunakan bahan api yang tidak mencemarkan alam
sekitar.
4. Mengelakkan proses
penggondolan tanah akibat
pembersihan besar-besaran
untuk mengelakkan ia
menjadi satu sumber
partikulat.
5. Tanam lebih banyak pokok
dan proses pembersihan
tanah hendaklah secara
berperingkat-peringkat.
Rujukan :
1. http://www.kjc.gov.my/ns-home/docs/haze.htm
2. Jamal, H.H. dan Zailina, H., 1996.
Environmental Health Challenges in Malaysia.
Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti,
Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UPM.
88 ms.
top related