pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan

Post on 19-Jun-2015

4.949 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PKH(PERDAGANGAN)

TINGKATAN 2BAB 1

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

1.1 BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN1.1.1 Perniagaan Dalam Negeri1. Perniagaan dalam negeri adalah

aktiviti membeli dan menjual barang atau perkhidmatan di dalam sempadan sesebuah negara, iaitu aktiviti jual beli yang dijalankan di Malaysia sahaja.

2. Contohnya seorang peniaga di Melaka mendapatkan bekalan barang daripada seorang pembekal di Kuala Lumpur.

3. Perniagaan dalam negeri dibahagikan kepada perniagaan runcit dan perniagaan borong.

Perniagaan Dalam Negeri

Runcit Borong

PERNIAGAAN RUNCIT1. Perniagaan runcit adalah aktiviti jual

beli pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang kecil. Perniagaan ini dijalankan oleh peruncit.

2. Peruncit mendapatkan bekalan daripada pemborong atau pengeluar dan menjualnya kepada pengguna mengikut kuantiti yang dikehendaki

Pengeluar Peruncit Pengguna

PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN1. Peruncit kecil-kecilan membeli

daripada pemborong dan menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang sedikit.

2. Perniagaan jenis ini adalah mudah ditubuh dan banyak bilangannya.

3. Perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri daripada peruncit berkedai(contohnya pekedai) dan peruncit tanpa kedai (contohnya penjaja)

4. Peruncit berkedaia) Peruncit berkedai mempunyai premis

tetap dan menjalankan perniagaan sama ada secara milikan tunggal atau perkongsian.

b) Peruncit berkedai perlu mendaftar perniagaan dengan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

c) Terdapat dua jenis peruncit berkedai, iaitu kedai tunggal am dan kedai tunggal khas.i) Kedai tunggal am menjual pelbagai

jenis barang seperti kedai runcit.ii) Kedai tunggal khas menjual hanya

satu jenis barang contohnya kedai kasut, kedai cermin mata, dan kedai emas.

5. Pegeraia) Pegerai mempunyai tempat yang tetap

untuk menjalankan perniagaannya.b) Barangan yang diniaga oleh pegerai

adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, makanan, dan majalah.

6. Peruncit tanpa kedaia) Peruncit ini tidak mempunyai

premis tetap dan terpaksa bergerak dari satu tempat ke tempat lain seperti penjaja.

b) Penjaja akan bergerak dengan berjalan kaki atau kenderaan seperti menggunakan van, motosikal, kereta sorong atau basikal.

c) Biasanya penjaja akan membunyikan hon atau memasang muzik untuk menarik perhatian pembeli.

d) Barang niaga yang dijual oleh penjaja adalah mudah dibawa, contohnya kuih-muih, makanan ringan, sayur-sayuran, dan sebagainya.

PERUNCIT TANPA KEDAI(SAMBUNGAN)e. Untuk menjalankan perniagaan, penjaja

perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

f. Peruncit tanpa kedai mudah dimulakan dan diuruskan tetapi perniagaannya dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Cuaca buruk akan mengurangkan jualan perniagaan.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN RUNCIT

Salin nota daripada buku teks, muka surat 287 – 289:1. Ciri-ciri Perniagaan runcit kecil-kecilan2. Ciri-ciri perniagaan runcit besar-

besaran.

PERNIAGAAN BORONG1. Perniagaan borong ialah perniagaan

yang membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan menjual kepada peruncit dalam kuantiti yang dikehendaki.

2. Orang yang terlibat dalam perniagaan ini dikenali sebagai pemborong.

3. Pemborong merupakan orang tengah dalam saluran agihan yang menghubungkan antara pengeluar dengan peruncit.

CIRI-CIRI PEMBORONG1. Ditubuhkan secara milikan tunggal,

perkongsian, atau syarikat berhad.2. Modal yang besar untuk ditubuhkan.3. Menyediakan kemudahan gudang.4. Membiayai peruncit dengan memberi

kemudahan kredit dan membayar pengeluar dengan segera.

5. Memerlukan pekerja yang ramai.6. Melakukan kerja memecah pukal,

membungkus, melabel dan menggred.

KEDUDUKAN PEMBORONG DALAM SALURAN AGIHAN

Pengeluar

Pemborong Peruncit Penggun

a

FUNGSI PEMBORONGa. Membeli secara pukal dan membayar

dengan segera kepada pengeluar. Oleh itu, pemborong memerlukan modal yang besar.

b. Melakukan kerja memecah pukal seperti menggred, membungkus, menjenama, dan melabel barang.

c. Menyampaikan maklumat pasaran terkini kepada pengeluar tentang cita rasa pengguna.

d. Menyediakan kemudahan pergudangan untuk menyimpan keluaran pengeluar.

e. Menjual dalam kuantiti kecil mengikut permintaan peruncit.

f. Membantu peruncit yang bermodal kecil dengan menyediakan kemudahan kredit.

g. Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk menghantar barang kepada peruncit.

h. Menstabilkan harga barang dengan mengimbangkan permintaan dan pemasaran.

i. Menyediakan pelbagai jenis barang untuk pilihan pengguna.

j. Menjamin bekalan yang berterusan kepada pengguna.

PEMBORONG DIBAHAGIKAN KEPADA EMPAT JENIS IAITU : a. Pemborong Pertanianb. Pemborong Perkilanganc. Pemborong Ejend. Pemborong Am

JENIS PEMBORONG

Jenis Pemborong

Pemborong Pertanian

Pemborong

Perkilangan

PemborongEjen

Pemborong

Am

PEMBORONG PERTANIAN1. Membeli hasil pertanian daripada petani

atau penternak seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan seperti ayam, itik dan ikan.

2. Barang pertanian adalah barang yang tidak tahan lama, oleh itu, gudang pemborong biasanya dilengkapi dengan bilik dingin beku.

3. Untuk menambahkan nilai hasil pertanian, pemborong boleh melakukan kerja-kerja akhir seperti memproses, menggred, dan membungkus hasil keluaran ladang.

PEMBORONG PERKILANGAN1. Membeli barang yang dihasil oleh

pengilang seperti pakaian, makanan, alatan sukan, dan sebagainya.

2. Barang perkilangan atau industri yang dibeli oleh pemborong akan dibungkus semula dalam kuantiti yang kecil untuk diagihkan kepada peruncit.

PEMBORONG EJEN1. Dilantik oleh pengeluar atau

pengilang untuk menjual bagi pihaknya di sesuatu tempat.

2. Ejen hanya diberi hak untuk mengedar barang yang dikeluarkan. Ejen tidak mempunyai hak terhadap barang yang dijual tetapi hanya menerima komisen sahaja.

3. Ejen perlu menjual mengikut harga dan syarat yang ditetapkan oleh pengeluar.

4. Contoh : EON merupakan ejen bagi pengeluar kereta PROTON.

PEMBORONG AM1. Menjual pelbagai jenis barang yang

tidak berkaitan antara satu sama lain. Contohnya pakaian, makanan, perkakas elektrik, ubat-ubatan dan sebagainya.

2. Pemborong am akan menjalankan kerja akhir dengan membungkus dalam kuantiti yang lebih kecil untuk dijual kepada peruncit.

PERNIAGAAN ANTARABANGSA1. Perniagaan Antarabangsa adalah

perniagaan yang dijalankan di antara satu negara dengan negara lain. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai perniagaan luar negara.

2. Contohnya perniagaan antarabangsa dilakukan antara negara Jepun dengan Malaysia.

3. Perniagaan antarabangsa dibahagi kepada perniagaan import, eksport dan entrepot.

JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Perniagaan Antarabangs

a

EksportImport Entrepot

4. Perniagaan Antarabangsa boleh dilakukan dalam dua bentuk, iaitu:

a) Dagangan Nyata Dagangan Nyata melibatkan eksport

dan import barang sahaja. Contohnya gas asli, petroleum, getah, barang perkilangan, perabot, dan jentera.

AKTIVITIPERNIAGAAN ANTARABANGSAImport

1. Import bermaksud membeli barang atau perkhidmatan dari luar negara.

2. Import boleh dijalankan dalam dua bentuk:

a) Import Nyata Contoh Import Nyata Malaysia ialah makanan, jentera, mesin dan perabot.

b) Dagangan Tidak NyataMelibatkan eksport dan import

perkhidmatan. Contohnya perkhidmatan pengangkutan, insurans, pendidikan, dan pelancongan.

b) Import Tidak NyataContohnya, Malaysia mengimport doktor pakar dan guru bahasa dari luar negara atau penghantaran pelajar untuk belajar di Jepun dan Australia.

3. Eksport bermaksud menjual barang atau perkhidmatan di luar negara.

4. Eksport dibahagikan kepada dua bentuk :

a) Eksport NyataContohnya, Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit, petroleum, kereta dan barang elektrik ke luar negara.

b) Eksport Tidak NyataContohnya, pelajar asing yang melanjutkan pelajaran di Malaysia atau pelancong asing yang melawat ke Malaysia.

5. a) Entrepot bermaksud mengimport barang dari luar negara kemudian dieksport semula.

b) Barang yang diimport dikenakan duti import , tetapi tidak dikenakan duti eksport apabila barang dieksport semula.

c) Negara Singapura adalah negara yang terkenal dalam perniagaan entrepot kerana Singapura kekurangan bahan mentah maka ia perlu mengimport bahan mentah dari luar negara, memproses bahan-bahan tersebut , kemudian mengeksport semula ke negara-negara lain.

IMPORT DAN EKSPORT NYATA MALAYSIA

Import Nyata Malaysia Eksport Nyata Malaysia

1. Barang penggunaan(contoh : hasil

tenusu)

2. Barang perantaraan(contoh : bahan

kimia)

3. Barang Modal(contoh : jentera)

1. Barang pertanian(contoh : kelapa sawit)

2. Barang galian(contoh : petroleum)

3. Barang perkilangan(contoh : kipas)

SEBAB-SEBAB WUJUDNYA PERNIAGAAN ANTARABANGSA1. Wujudnya perbezaan sumber Alam.

a. Setiap negara mengkhusus dalam pengeluaran tertentu kerana mempunyai bentuk muka bumi, iklim, tanah, dan sumber alam yang berlainan.

b. Contohnya iklim Malaysia tidak dapat mengeluarkan gandum, maka Malaysia terpaksa mengimport gandum dari luar negara untuk memenuhi permintaan penduduk.

c. Negara Arab Saudi yang kaya dengan petroleumnya akan mengeksport petroleum ke negara lain.

d. Dengan adanya perniagaan antarabangsa, sesebuah negara dapat menikmati barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh negara itu sendiri

2. Perbezaan tingkat teknologi dan kemahirana. Tahap teknologi sesebuah negara adalah

berbeza. Misalnya negara Jepun dan Amerika Syarikat mempunyai tahap teknologi dan kemahiran yang tinggi mengkhusud dalam pengeluaran barangan seperti komputer, jentera, mesin dan sebagainya.

b. Barang-barang tersebut kemudian akan dieksport ke negara membangun dan tingkat teknologinya tidak tinggi.

c. Contohnya Malaysia yang tidak mempunyai tingkat teknologi dalam pengeluaran kapal terbang mengimport kapal terbang dari Amerika Syarikat.

3. Perbezaan kos pengeluarana. Setiap negara mempunyai kelebihan

sendiri untuk mengeluar barang tertentu pada kos pengeluaran yang rendah.

b. Kos pengeluaran yang rendah membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran sehingga boleh dieksport.

c. Contohnya Malaysia dapat mengeksport minyak kelapa sawit ke luar negara kerana dapat mengeluarkannya pada kos yang rendah berbanding dengan negara lain.

4. Mewujudkan hubungan dagangan antara negara.a. Kemajuan dalam bidang pengangkutan

dan telekomunikasi telah merapatkan hubungan diplomatik antara negara. Keadaan ini telah mendorong kepada perniagaan antrabangsa.

b. Misalnya negara Singapura dan negara-negara ASEAN yaang lain merupakan rakan dagang utama Malaysia.

5. Meningkatkan taraf hidupa. Taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan

kerana barang dan perkhidmatan yang pelbagai dapat dinikmati.

b. Contohnya rakyat Malaysia dapat menggunakan pelbagai jenis barang yang diimport seperti kereta dan komputer buatan luar negara.

c. Selain itu, peluang pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti perniagaan antarabangsa dapat menambahkan pendapatan penduduk dan meningkatkan taraf hidup penduduk.

6. Menambahkan pendapatan negara.a. Pendapatan sesebuah negara dapat

ditingkatkan melalui kutipan duti import dan duti eksport terhadap barang.

b. Peningkatan pendapatan negara membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk.

top related