pjm 3112-isu dlm sukan

Post on 25-Jul-2015

254 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ISU-ISU DALAM SUKAN

DISEDIAKAN OLEH:

KHAIRUN NISA

IZZATI AQIDAH HAZIQ

ISU-ISU DALAM SUKAN

WANITA & SUKAN

Berat badan : lelaki > 11kg dari wanita kerana struktur tulang yang lebih besar pada lelaki dan otot yang lebih banyak pada lelaki

Tulang kaki, tulang tangan : lelaki > panjang daripada wanita

Sendi : lelaki >besar daripada wanita (kecuali sendi lutut, wanita lebih besar untuk kestabilan tubuh wanita)

Pelvik girdle wanita yang lebih lebar menyebabkan lutut wanita membengkok ke dalam – tapak dirian wanita lebih sempit

Bentuk pelvis dan tulang femur wanita lebih tirus dan membengkok ke dalam – menjadi pengalang kepada prestasi larian

Amnya, prestasi sukan wanita lebih rendah :-Abdomen yang lebih besar apabila meningkat dewasa berbanding lelaki yang besar dan lebar di bahagian atas tubuh badan

Kesan daripada perbezaan tubuh : wanita mengalami masalah untuk aktiviti berlari, melompat atau menukar arah tiba-tiba (bola jaring, tenis)

Rupa bentuk tubuh : wanita = endormorf (kegemukan), lelaki = mesomorf (tubuh berotot)

Pusat graviti 2.3cm lebih rendah dan lebih berat di bahagian bawah tubuh terutamanya di bahagian punggung (gimnastik)

Pusat graviti yang lebih rendah tidak dapat menyaingi lelaki dalam acara lompat tinggi

Apabila dewasa lelaki lebih tinggi 12.7cm daripada wanita – beri kelebihan kepada lelaki dalam acara renang

Saiz dan kualiti otot.

• Kekuatan adalah berkadar terus dengn luas keratan lintang dan saiz otot.

• Kekuatan wanita adalah 2/3 lbh rendah berbanding tahap kekuatan lelaki.

• Punca perbezaan : hormon testoteron• Penggunaan steroid dan testoteron tiruan

bagi membantu pertumbuhan otot tetapi mempunyai banyak kesan sampingan.

Keupayaan berlatih dan menahan sakit

• Wanita secara semulajadi berkemampuan menahan kesakitan.

• Semasa bersenam wanita tidak banyak mengeluarkan asid laktik dan membolehkan mereka bersenam lebih lama.

• Oleh itu, wanita lebih sesuai melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan daya tahan.

• Wanita juga tidak begitu cenderung mengalami kekejangan

Haid dan Kehamilan

• Kedatangan haid dan kehamilan dapat menghalang wanita untuk berlatih sukan.

• Beban senaman bagi wanita hamil hendaklah dikurangkan.

• Suhu tubuh harus diawasi supaya anak dalam kandungan tidak terdedah kepada suhu yang berlebihan akibat latihan yang berat.

• Tidak digalakkan bersukan terlalu aktif dalam tempoh bulan pertama hingga bulan keempat.

• Sukan yang berbahaya seperti menunggang kuda dan mendaki gunung tidak digalakkan sama sekali.

PERANAN WANITA DALAM MASYARAKAT & SUKAN…

• ANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP WANITA.. Masyarakat Barat dan Timur meletakkan wanita

sebagai lemah. Wanita hanya sebagai emak dan isteri.

Pergerakan pembebasan wanita pada tahun 1960 sangat berpengaruh dan telah mencapai hak-hak wanita dalam pergerakan sosial. Penggeraknya ialah Betty Friedlar dalam tulisannya “The Feminine Mustique” (1963).

Marie Hart pula telah menyatakan bahawa peranan wanita tidak lagi terhad sebagai ibu, setiausaha atau ratu. Mereka harus diberikan bukan sahaja kebebasan malah kehormatan kerana berjaya dalam sukan.

Pergerakan wanita menjadi aktif dengan pembentukan dua badan iaitu badan sukarela

i. menghapuskan penindasan terhadap perbezaan jantina dan

ii.membawa wanita ke arah penglibatan yang lebih meluas dalam bidang-bidang utama dalam masyarakat di Amerika.

Pada tahun 1973, salah satu pertubuhan telah meluluskan resolusi ke atas kesan, yakni untuk menghapus segala bentuk diskriminasi terhadapa wanita dalam sukan & rekreasi pada semua peringkat.

• Pandangan lelaki.Olga Connoly (1972) membawa bendera

Amerika dalam sukan Olimpik di Munich, pelbagai reaksi dan bangkangan telah dibuat.

Pengasas Olimpik moden, Baron Pierre de Coubertin telah memberikan pandangan bahawa:-

“ penghargaan kepada kebebasan menuntut supaya seseorang itu tidak boleh mengganggu dalam tindak-tanduk persendirian, tetapi dalam pertandingan umum, penglibatan wanita ditegah sama sekali. Ianya tidak baik bagi penonton melihat pergelutan dan pergerakan tubuh badan wanita.”

SUKAN SEBAGAI AKTIVITI JANGGAL UNTUK WANITA..

Jan Felshin telah menggunakan perkataan janggal dalam menerangkan peranan wanita dalam sukan.

Wanita yang melibatkan diri dalam sukan peringkat kebangsaan menanggung risiko-agresif.

Digelar “deviant”. Wanita mempunyai rupa paras dan bentuk tubuh

yang menarik, serta mengenakan pakaian sukan yang seksi sering menjadi tarikan penonton. Tumpuan diberikan lebih kepada rupa paras berbanding kebolehan dalam bidang sukan.

SUKAN MEMBAHAYAKAN UNTUK WANITA…

Dua alasan utama:-i. Wanita adalah lembut dan lemahii. Aktiviti fizikal dalam sukan akan mengakibatkan wanita

menjadi agresif, pergerakan pantas, tubuh pejal. Dua reaksi terhadap pelatih fizikal:-i. Reaksi progresif:- menekankan kepentingan latihan

fizikal.ii. Reaksi berkaitan kasihankan wanita:- mengenakan

latihan fizikal yang terhad kepada petih wanita berbanding lelaki.

Sukan berbahaya kepada organ atau sistem pembiakan dan buah dada serta ke atas perjalanan haid dan kehamilan mungkin ada kebenarannya.

Wanita juga boleh memakai alat-alat pelindung pada bahagian-bahagian tubuhnya sepertimana lelaki.

PENCAPAIAN WANITA BELUM MENANDINGI LELAKI

Pernyataan ini dianggap tidak logik walaupun ada kebenarannya.

Pencapaian wanita harus diukur berdasarkan pencapaian keseluruhan wanita yang mengambil bahagian dan bukannya dibandingkan dengan lelaki.

WANITA TIDAK BERMINAT DALAM SUKAN.

Ramai berpendapat bahawa wanita tidak berminat dalam sukan sebaliknya meminati aktiviti yang bersifat indoor seperti memask menjahit dan sebagainya.

Wanita dianggap tidak suka berpeluh dan berpanas apabila bersukan.

SUKAN & MEDIA MASSA…

JENIS-JENIS MEDIA

• Surat Khabar–Melaporkan berita terkini mengenai

sukan.

• Majalah–Memaparkan isu-isu dalam sukan ,

laporan sukan, gambar-gambar atlet, atau temubual

• Radio–Menyampaikan laporan terkini

mengenai sukan

• Televisyen–Menayangkan acara sukan yang

sedang berlangsung dan memberi laporan atau berita terkini mengenai sukan.

• Internet–Mengandungi maklumat-maklumat

yang diperlukan berkaitan sukan

PERANAN MEDIA MASSA DALAM SUKAN

• PROMOSI DAN PUBLISITI Membantu menjana pembangunan sukan

ke martabat yang lebih tinggi.Contohnya, publisiti tentang world cup yang

sekaligus menarik minat orang ramai untuk menyaksikannya.

Rancangan seperti SoccerKids dan MyTeam iaitu pencarian pemain bola sepak terbaik adalah antara usaha media menaikkan taraf dalam menjana kemajuan sukan.

MEDIA & SUKAN• Media sangat penting ketika sukan kerana

ia dapat memastikan liputan menyeluruh kepada seluruh penonton di seluruh dunia.

• Sukan Olimpik di Sydney(2000) adalah sukan yang paling ramai penonton iaitu seramai 3.7 bilion (pertambahan 20% daripada sukan 1996). Ia disiarkan di 200 buah negara.

• Sukan Olimpik musim sejuk di Lillehammer (1994) disiarkan di 120 buah negara dan mempunyai seramai 10.7 bilion penonton.

• Sukan di Nagano (1998) disiarkan di 160 buah negara.

Secara keseluruhan :- 10376 media yang membuat liputan di Nagano

:- 8,145 di Lillahammer :- 10800 di Salt Lake 2002

PERRHUBUNGAN MEDIA DALAM SUKAN

• Perkembangan industri sukan yang pesat telah menarik perhatian media massa untuk membuat liputan yang meluas setiap hari.

• Leonard (1998) berpendapat bahawa perhubungan antara sukan & media massa adalah ‘saling bergantungan’ (symbiotic). Saling bergantungan untuk menghasilkan faedah masing-masing.

ORGANISASI SUKAN GUNA MEDIA UNTUK:-

i. Mendedahkan acara (iklan)ii. Mendedahkan kemudahan/ fasiliti

sukan.iii. Mendedahkan produk yang ditawarkan

kepada masyarakat umum.Cth:- laporan pengenalan/ previu yang

didengar dalam radio mungkin akan mempengaruhi anda dalam membuat perancangan untuk menyaksikan sesuatu perlawanan.

• Publisiti dalam media massa boleh menjadi satu aset kepada organisasi sukan apabila publisiti positif disebarkan.

• Ia merupakan kaedah promosi paling murah berbanding dengan kaedah lain. (masa sebaran publisiti ke udara adalah percuma jika dibandingkan dengan kaedah promosi lain).

• Sebaran publisiti melalui radio mempunyai lebih kredibiliti & kebolehpercayaan kerana pengguna faham bahawa mesej yang disampaikan bukan dibayar oleh organisasi sukan.

• Publisiti media massa yang negatif merupakan liabiliti kepada organisasi sukan.

• Organisasi sukan tidak boleh mengawal isi kandungan mesej atau berita yang disampaikan oleh media massa dan tidak boleh menghalang media massa daripada menyiarkan sesuatu yang negatif jika terdapat kesalahan.

• Untuk menghadapi krisis tersebut, organisasi sukan perlu sediakan pelan komunikasi krisis.

• Sukan telah menjadi kegemaran kepada masyarakat, jadi media telah memberi tumpuan dalam membuat lebih laporan/ liputan sukan.

• Sukan juga telah menarik peminat sukan menonton TV, dan radio serta meningkatkan jualan akhbar dan majalah, serta melayari laman web.

• Secara am media:-i. Media cetak (akhbar & majalah)ii.Media elektronik (tv & radio)• Program siaran langsung telah menarik

minat penonton dan syarikat-syarikat berminat untuk menaja dalam program sukan yang tertentu. (salah satu faktor utama media terlibat dalam sukan).

• Media juga sebagai saluran maklumat mengenai sukan kepada masyarakat.

POLITIK & SUKAN…• Menurut Ronald Smith & Frederic

Preston, politik sebagai satu proses yang digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan perbalahan di antara kepentingan persendirian dengan kepentingan awam di dalam sesebuah institusi masyarakat.

• Tetapi kini, politik lebih dikaitkan dengan perwujudan sesebuah kerajaan.

• Namun, sukan tidak wujud tanpa campur tangan politik atau pihak berkuasa kerajaan.

• Ahli sosiologi sukan Eitzen & Sage berpendapat bahawa politik secara langsung terlibat dalam arena sukan kerana:-

i. Para atlet mewakili organisasi-organisasi sosial seperti sekolah, komuniti, majikan, negeri dan negara. Tambahan pula, beberapa aktiviti sukan yang diceburi adalah atas sebab kebanggaan, bertanggungjawab dan kesetiaan terhadap pihak yang mereka wakili.

ii. Kepentingan sesuatu kumpulan tidak semestinya sama dengan kepentingan kumpulan lain, maka, perasaan ingin bertanding & konflik muncul secara automatik. Cth:- di peringkat profesional wujud konflik di antara liga kebangsaan dengan liga-liga yang bertanding menganggotai liga tersebut.

iii.Perkara yang sama juga berlaku kepada ahli-ahli sukan, persatuan-persatuan & pentadbir-pentadbir sukan untuk mendapat kuasa.

• Telah wujud perhubungan yang sistematik di antara sukan dengan politik .

• Cth:- lagu2 kebangsaan sesebuah negara yang menang dalam pertandingan dimainkan.

• Menteri-menteri serta ahli politik guna sukan sebagai satu platform untuk menonjol.

KUASA POLITIK DI SUKAN OLIMPIK

PENGARUH POLITIK DALAM SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

• Hubungan antara politik & sukan juga jelas dapat dilihat pada peringkat kebangsaan, negeri & daerah.

• Bentuk & corak gangguan politik terjadi dalam banyak cara. Namun, ia terjadi bukan atas kehendak atlet kerana atlet telah disemai agar menjauhkan diri daripada politik.

• 1. Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan.

• 2. Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai oleh ahli-ahli politik dan sektor korporat.

• 3. Kuasa politik memberikan kesan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sukan peringkat dunia.Ia boleh mengakibatkan keretakan hubungan antara negara kerana perbezaan ideologi dan ia juga boleh merapatkan hubungan negara-negara serta mewujudkan integrasi nasional.

• 4. Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadi kerana perbezaan pendapat.Isu-isu yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun.

• Perbezaan kepentingan merupakan alasan utama yang menyebabkan sesebuah badan sukan dipengaruhi gangguan politik.

• Ada pihak berpendapat bahawa ada badan sukan menggunakan ahli-ahli sukan untuk kepentingan dan ahli-ahli politik guna sukan demi kepentingan politik mereka.

• Di Malaysia, banyak badan sukan diketuai oleh orang-orang berpengaruh dalam politik seperti menteri/timb menteri/MB.

• Ini membawa kesan menguntungkan kepada badan-badan sukan itu sendiri kerana terdapatnya orang-orang berpengaruh di dalamnya.

SUKAN PADA PERINGKAT NASIONAL

• Sukan memainkan peranan dalam meningkatkan nama serta menaikkan semangat rakyat.

• Peranan sukan:-i. Sukan merupakan mekanisme yang

boleh menggalakkan integrasi nasional.ii.Untuk mencapai kawalan sosial ke atas

rakyat jelata.iii.Batu loncatan untuk mendapatkan

pengiktirafan daripada negara-negara lain.

KESIMPULAN SUKAN & POLITIK

• Sukan sebagai alat politik• Sukan sebagai alat propaganda• Sukan sebagai satu cara untuk

memupuk integrasi nasional• Sukan sebagai satu cara untuk

menunjukkan nasionalisme.

RUJUKAN

• http://sainssukanjelai.blogspot.com/2010/08/isu-isu-dalam-sukan.html

top related