peta minda sistem bahasa melayu
Post on 30-Jul-2015
2.796 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
SISTEM BAHASA MELAYU
TATABAHASA -Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi
membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat.
MORFOLOGI
BENTUK KATA
PEMBENTUKAN KATA
GOLONGAN KATA
SINTAKSIS
SISTEM EJAAN
SEBUTAN DAN INTONASI
SEBUTAN BAKU
INTONASI AYAT
KOSA KATA
2KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Morfologi
TakrifMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.
Struktur Kata
Susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.
Kata Asli
suku kata v+kv - aku
suku kata kv+kv - tari
suku kata vk+kvv -amboi
suku kata kvkk+vkk - kompang
Kata Pinjaman
suku kata kkvk+kvk -praktis
suku kata kvk+kvkk - konteks
suku kata kvk+kkvkk - kompleks
suku kata kkkv+kvkv - strategi
3KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Bentuk Kata
Unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan, dan penggandaan.
Kata Tunggal
Kata Terbitan
Kata Ganda
Kata Majmuk
4KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Kata TunggalBentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-
apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu
mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.
Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku
Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan
dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna.
Contoh : orang, gitar, pen, botol
Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh : dari, dan, pada, demi, untukKata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan
melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan
yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar
5KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Kata Terbitan
Takrif
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima
baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan (imbuhan )
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam
ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.
Jenis Imbuhan
Awalan - hadir sebelum kata dasar.
Akhiran - hadir sesudah kata dasar
Apitan - hadir secara mengapit kata dasar secara serentak di awal dan
akhir kata dasar.
Sisipan - hadir di celahan kata dasar
6KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Kata Terbitan Berawalan
Awalan kata namape- ( pelari, perakus,penyapu)pem- (pembawa,pembuka)pen- (pendatang,pendua)peng- (penggali,penggubal)pel- (pelajar)ke- (ketua,kelepek)juru- (juruukur,juruwang)pra- (prakata,prasejarah)dwi- (dwifungsi,dwibahasa)
Awalan Kata Kerja
me- (melawan,menyikat,merasa)memper- (memperhamba,memperisteri)ber- (berjalan,berganti, berserta)ter- (terjebak,terbentuk)di- (diatur,ditimbang,disusun)diper- (dipercepat, diperoleh)
Awalan Kata Adjektif
ter- (terbesar,terputih)te- (teruncing,terendah,teringin)se- (secantik,secerah,setebal)
Kata Terbitan Berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan
Apitan Kata Nama
pe…an (pelaksanaan,perasaan)penge…an (pengesahan,pengehadap)ke…an (kelaianan,kelebihan)
7KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Apitan Kata Kerja
me…kan (memainkan,melukakan)mem…kan(membaharukan,membaikkan)ber…kan (beralaskan,berlaukkan)diper…i (diperdengarkan,diperbahaskan)ke…an (kehujanan,kehausan,kepanaskan)di…kan (didekati,dimulai,diadili)memper..i (memperingati)
Apitan Kata Adjektif
ke…an (keinggerisan, kearaban, kecinaan )
Kata Terbitan Bersisipan
-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut)-er- (keruping, seruling, serabut)-el- (selerak,gelembung)-er- (serabut,gerigi)-em- (gemilang,semerbak,gemerlap)-in- (sinambung)
8KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Kata GandaMerupakan kata yang mengalami perubahan dari segi
pengulangan sama ada menyeluruh ataupun sebahagian perkataan sahaja.
Kata ganda seluruh
Merupakan kata dasar yang digandakan seluruhnya.
Terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata keterangan.
Menunjukkan jamak pada sifatnya, banyak (majmuk) dan mengukuhkan keterangan.
Kata ganda separa
Merupakan kata ganda yang dientuk pada sebahagian kata dasarnya.
Membawa maksud kata nama.
Kata ganda menyaling / berimbuhan
Merupakan kata ganda yang diber imbuhan.
Imbuhannya terletak di awal, akhir dan sisipan.
Terdiri daripada kata nama, adjektif dan kata keterangan.
Kata ganda berima
Mempunyai sebutan berima di pangkal atau di hujungnya atau pada keseluruhan katanya.
Diberi tanda sempang (-)
9KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Contoh Kata GandaSeluruh
Contoh Kata GandaSepara
10KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Contoh Kata GandaMenyaling / Berimbuhan
Contoh Kata GandaBerima
11KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Kata majmuk Proses pemajmukan merangkaikan 2 atau lebih kata dasar dieja terpisah bentuk satu unit & tidak boleh terima sebarang penyisipanKategori rangkai
kata bebas - gelaran
gambar rajah, Perdana Menteri, biru laut, Profesor Madya, nasi minyak, Setiausaha Politik, terima kasih,
istilah khusus
mata pelajaran, pita suara, darah panas, atur cara, kemas kini, reka bentuk, lut sinar dan cari gali
maksud kiasan
kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih, anak emas, bulan madu, berat tangan
Bentuk telah mantap
antarabangsa, kata nama - peribadi, beritahu, peribahasa, bumiputera,
penggandaan kata majmuk unsur pertama kata sahaja
alat-alat tulis, balai-balai rakyat, suku-suku kata, kapal-kapal terbang kecuali bentuk yg telah mantap -
pengimbuhankata majmuk awalan / akhiran
bercampur aduk, mengambil alih apitan : mencampuradukkan, menyatupadukan, diurusniagakan
12KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
13KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
14KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
15KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
16KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
17KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
18KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
19KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
20KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
21KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Sintaksis
Frasa
satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata
ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan
kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-
duanya.
Klausa
satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebenarnya klausa adalah ayat
dalam ayat.
Ayat
ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh intonasi yang lengkap, yang
bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan yang menandakan bahawa
tutur itu selesai, dan mengandungi proposisi yang lengkap.
22KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Ka
ta G
an
da
Merupakan kata yang mengalami perubahan dari
segi pengulangan sama ada menyeluruh ataupun
sebahagian perkataan sahaja.
Kata ganda seluruh
Merupakan kata dasar yang digandakan seluruhnya.
Terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata
keterangan.
Menunjukkan jamak pada sifatnya, banyak (majmuk) dan
mengukuhkan keterangan.
Kata ganda separa
Merupakan kata ganda yang dientuk pada sebahagian kata
dasarnya.
Membawa maksud kata nama.
Kata ganda menyaling / berimbuhan
Merupakan kata ganda yang diber imbuhan.
Imbuhannya terletak di awal, akhir dan sisipan.
Terdiri daripada kata nama, adjektif dan kata keterangan.
Kata ganda berima
Mempunyai sebutan berima di pangkal atau di hujungnya
atau pada keseluruhan katanya.
Diberi tanda sempang (-)
23KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
SubjekPredikat
NotaPenguat hadapan
Kata AdjektifPenguat Belakang
Ahli Gusti itu sungguh handal Ali sangat pandai
Awak hebatbetul
Frasa Kerja (FK)
24KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek Predikat
NotaFrasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Keterangan
Lelaki itu sedang makan di atas meja.maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu masih menulis di papan hitam.
bayi itu sedang merangkak dengan laju.
Jamal akan datang esok
Khatib sedang berkhutbah di surau
25KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek Predikat
NotaFrasa nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan
Mereka akan pulang ke rumahsecepat mungkin
dalam minggu ini
pelengkap frasa sendi nama
Ahmad ingin menjadi penyanyiyang terkenal
di negara inipelengkap kata nama
Saya tinggal di Klang Pelengkap frasa sendi nama
Frasa Sendi Nama
26KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu Kata sendi nama Kata arah Frasa nama
Alias dari arah selatan Tanjung Malim
Rombongan sekolah
akan ke Menara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abu di depan masjid
Klausa
27KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas.
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:
Klausa Ayat
Subjek Predikat Subjek Predikat
budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio
ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah
jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu
mereka ke pantai Mereka ke pantai
Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhtah, manakala klausa tidak.
Klausa Tak Bebas
Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.
Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.
28KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.
Perumpamaan
1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan MaksudBagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lainBagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuatBagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannyaBagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedihBagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkanBagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekaliBagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat eratBagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budiBagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsaraBagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa sajaBagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-siaBagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnyaBagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau
menggunakan kemudahan yang diperolehBagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinyaSeperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung
29KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduhSeperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyiSeperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermayaSeperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-
hentiSeperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisahSeperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalanSeperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diamSeperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian
orang lainSeperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah
orang lain tanpa usul periksaSeperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketaraSeperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada
kitaSeperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintahSeperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin
diperolehSeperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila
berada di tempat yang baruSeperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangkaSeperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok
Simpulan Bahasa
30KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Simpulan Bahasa Maksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketikaada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau
memiliki sesuatuair muka rupa atau wajah seseorangajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorangada bakat mempunyai tokoh atau perwatakanalas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan
makanan yang mengenyangkananak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendirianak bapa anak yang disayangi oleh bapaanak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudaraanak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanyaangkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebabatas angin negara-negara di sebelah baratatas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihakayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandinganbahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanyabanyak mulut orang yang banyak bercakapbatu api orang yang suka menghasutbatu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatibau-bau bacang tali persaudaraan yang jauhbawah angin negara-negara di sebelah timurbekas tangan hasil kerja tangan seseorangberalih akal berubah fikiran atau pendapatberalih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehatberat hati enggan; malasberat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyakberat tulang orang yang malas bekerjaberat sebelah tidak berlaku adilberbelah bagi sukar untuk membuat keputusanberhati batu degil dan sukar menerima nasihatberhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan jugabermuka dua tidak jujurbertikam lidah bertengkar; berdebatbesar hati bergembira atau berbangga akan sesuatubesar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lainbuah hati orang yang dikasihi atau dipujabuah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramaibush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorangbulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
31KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lainbuta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejamcahaya mata anakcakar ayam tulisan yang burukcampur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang laincari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatuepat tangan suka mencuridalam tangan sudah pasti akan diperolehdarah daging anak kandungdurian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangkagaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-
sungguhgelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau hartaharga diri maruah atau kehormatan seseorangharga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagihati batu degil atau keras hatihidung tinggi sombong atau tinggi dirihilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diriikat perut menahan lapar kerana berjimatiri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburuisi hati perasaan dalam hatijalan buntu tidak ada jalan penyelesaiankacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lainkaki ayam tidak berkasut atau berseliparkaki bangku tidak berkebolehan bermain bolakaki botol suka minum minuman keraskecil hati berasa tersinggung atau merajukkepala angin perangai yang tidak menentukepala batu degil dan tidak mendengar nasihatkera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lainkhabar angin berita yang belum tentu benarnyalangkah kanan bernasib baiklangkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutanlidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayailipas kudung cepat membuat kerjalintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikanmakan angin bersiar-siar untuk berehatmakan suap menerima rasuahmalu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orangmandi peluh bekerja kuatmati katak mati dengan sia-siamembabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikirmembawa diri tahu menjaga dirimembuka jalan memberi laluan kepada orang lainmembuka tembelang
menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
32KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatanmencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatumencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indahmencuit hati lucu; menggelikan hatimengabui mata cuba memperdaya; menipumengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan
sebagainyamengambil angin bersiar-siar untuk berehatmengambil berat memberi sepenuh perhatianmengambil hati dapat memikat atau mempengaruhimengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakatmuka tembok tidak berasa malumulut murai kuat bercakap atau berbuat bisingmulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsiamurah hati suka bederma; tidak kedekutnaik angin terlalu marahnyawa-nyawa ikan hampir-hampir matiorang atasan orang yang berpangkat tinggiotak cair pintar atau bijakotak kering kurang siumanotak udang bebal atau bodohpaku belanda barangan yang tetap harganyapanas hati meradang atau marahpanjang tangan suka mencuripasang telinga mendengar dengan telitipekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuatpembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasiperang mulut pertengkaranpilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukaipisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelakiputeri lilin tidak tahan terkena panas matahariputih hati ikhlas; jujurputih mata mengalami kekecewaanrabun ayam penglihatan yang kurang jelasrambang mata sukar membuat pilihanringan tangan suka membuat kerja: menolong orangsampai hati tergamak melakukan sesuatu kerjaserkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksatangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hatitangkai jering orang yang kedekuttawar hati tidak mempunyai minat lagitebal muka tidak tahu malutelinga kuali tahan hati menerima kemarahantelinga lintah tajam pendengarantelinga nipis cepat marah atau meradangterang hati mudah memahami sesuatutidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
33KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
tin kosong bercakap besar tanpa ilmutitik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh
34KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Nama: Siti Hajar Binti Abdul Samad
Umur: 8 tahun
Tarikh Lahir: 28 Mac 2004
Jantina: Perempuan
Agama: Islam
Tarikh Masuk Sekolah: 1 Mac 2011
Alamat Rumah: No. 9, Kg. Telaga Bata, 06500 Langgar, Kedah.
Status Bapa: Telah Meninggal
Tinggal Dengan Siapa: Ibu
Bilangan Kanak-kanak Di Rumah: 4
Kedudukan Dalam Keluarga: Bongsu
Pekerjaan Ibu: Tidak Bekerja
1. Analisis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu
35KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Hajar merupakan salah seorang murid kelas Pemulihan Khas yang berpencapaian
rendah.Ketika minggu pertama berpraktikum, saya telah memberikan Hajar menjalani Ujian
Diagnostik Bahasa Melayu secara lisan, praktik dan menulis.Ujian Diagnostik Bahasa Melayu
tersebut dianalisis untuk memberi panduan pada saya merancang Rancangan Pengajaran
Harian dan Rancangan Pengajaran Individu yang bersesuaian dengannya.
Murid bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah
tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan.Hajar seringkali hilang tumpuan
apabila dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan guru. Dia juga mempunyai ingatan jangka
pendek di mana dia tidak dapat mengingati perkataan-perkataan yang baru sahaja dipelajarinya.
Hajar boleh dikatakan sebagai seorang ‘lurus bendul’ kerana dia hanya akan membuat perkara
yang disuruh sahaja.
Bagi Hajar, dia sukar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dan
sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Keadaan ini dapat
dilihat apabila Hajar tidak dapat mengaplikasikan kemahiran mengeja KVK kepada kemahiran
mengeja KVK + KV.Dia tetap perlu diberi bimbingan oleh guru.
Bagi kemahiran membaca, Hajar tidak mempunyai masalah pada mulanya tetapi Hajar
mula menghadapi masalah apabila dia disuruh membaca perkataan KVK dan seterusnya.Hajar
tidak boleh membezakan bunyi huruf-huruf vokal seperti huruf [a] dengan [e] dan huruf [e]
dengan [i].Hajar mengeja perkataan [ibu] sebagai [ebu] dan [emak] sebagai [imak].Hajar juga
sukar menyebut huruf [l] dengan betul.
Selain itu, masalah kemahiran menulis juga dihadapi oleh murid ini di mana dia
menghadapi kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis
huruf yang berlainan saiz dan kelemahan dalam mengeja.Seperti dalam kemahiran membaca,
Hajar juga menghadapi kesukaran dalam membezakan bunyi huruf-huruf vokal seperti huruf [a]
dengan [e] dan huruf [e] dengan [i].
2.1.Ciri Sosial dan Emosi
Hajartidak menghadapi masalah sosial yang serius. Murid ini merupakan seorang murid yang
pemalu dan tidak banyak berinteraksi dengan guru. Murid ini lebih banyak menurut arahan
daripada guru dan Hajar tidak mahu mengambil peluang untuk bertanya kepada guru. Hajar
juga menghadapi masalah memonteng sekolah yang serius. Di dalam seminggu, Hajar hanya
datang beberapa hari sahaja. Ini disebabkan ibunya yang sukar menghantarnya ke sekolah.
36KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Hajar tidak menunjukkan sebarang emosi dan saya tidak dapat mengenalpasti apakah
emosinya bersedia untuk belajar perkara-perkara yang baru. Hajar memerlukan masa untuk
mengadaptasi suasana bilik darjah apabila tidak datang beberapa hari.
Menurut guru pemulihan iaitu Puan Sharifah, adik-beradik Hajar kesemuanya adalah
Orang Kurang Upaya. Faktor genetik juga turut menjadi penyebab keadaan Hajar yang lambat
menerima pengajaran. Ini juga menjadi penyebab ibu Hajar sukar menghantarnya ke sekolah.
2.2.Kemahiran Sosial Yang Lemah
Murid ini turut mempunyai kemahiran sosial yang lemah. Menurut guru kelasnya, dia didapati
sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan
guru. Hajar kurang mempunyai teman-teman sebaya dan tidak mengetahui kenapa dan
bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan.
Adakalanya Hajar juga tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan
sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
2.3.Tingkah Laku
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah
laku juga adalah semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus
atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Hajar merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan,
pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya
sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Tingkah laku
overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak
seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang
kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan
yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi
kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.
37KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Nama Guru: Nurfarhanah binti Ahmad Tarmizi
Kelas: 2 Dinamik
38KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Tarikh: 31 Julai 2012
Hari: Selasa
Masa: 8.45 – 9.15 a.m.
Matapelajaran: Bahasa Melayu
Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad
Tajuk/Kemahiran: Huruf-huruf vokal
Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik
Hasil pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Murid dapat mengenal tiga daripada lima huruf vokal
ii. Murid dapat membunyikan tiga daripada lima sebutan huruf vokal
iii. Murid boleh memadankan tiga daripada lima huruf vokal dengan gambar yang
bersesuaian.
BBM: LCD, kad imbas, lukisan, lembaran kerja
KBKK: Menganalisis, mengenalpasti
Unsur-unsur terapi: Terapi Muzik, Terapi Sentuhan
Penggabungjalinan mata pelajaran:
Pengetahuan sedia ada: Murid mengenali huruf A – Z
Nilai: Kerjasama dan berdikari
Langkah/Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set induksi
(3 minit)
1. Guru menayangkan video klip ‘Mengenal Vokal’ pada murid.
2. Murid diminta mendengar terlebih dahulu lagu yang terdapat
pada video klip tersebut.
3. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut berserta gerakan
yang ditunjukkan oleh guru.
4. Guru mengaitkan lagu tersebut dengan pengajaran pada
hari ini.
39KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Langkah 1
(8 minit)
Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran
1. Guru menayangkan tayangan slaid yang mengandungi
huruf-huruf vokal.dan gambar.
2. Guru meminta murid-murid melihat dan mendengar bunyi-
bunyi huruf vokal yang dibunyikan.
3. Murid-murid diminta menyebut kembali huruf-huruf apabila
apabila guru menunjukkan kad imbas yang mengandungi
huruf-huruf vokal.
4. Murid ditunjukkan dengan gambar yang mewakli setiap
huruf vokal.
5. Guru meminta murid menyatakan gambar tersebut dan
menyatakan huruf vokal yang mewakili gambar tersebut.
Langkah 2
(8 minit)
Lembaran Kerja
1. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid.
2. Murid diminta memadankan huruf vokal dengan gambar
yang bersesuaian.
3. Murid yang berjaya menyiapkan lembaran kerja dengan
betul akan diberi token.
Langkah 3
(8 minit)
Aktiviti Pengukuhan
1. Guru menayangkan sebuah lukisan yang mengandungi
huruf-huruf vokal yang tersembunyi yang boleh
dikeluarkan.
2. Murid diminta memadankan huruf-huruf vokal yang
dikeluarkan daripada lukisan tersebut dengan gambar-
gambar yang bersesuaian.
3. Murid yang berjaya memadankan kesemua huruf vokal
dengan gambar yang betul akan diberi token.
40KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Penutup
(3 minit)
1. Guru menyangkan video klip lagu ‘Mari Menyanyi’ pada
murid.
2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama
guru.
3. Guru memberikan pujian dan kata-kata galakan pada
murid.
Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi
Sekolah: S.K Taman Awana Kelas: 2 Dinamik
41KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Tarikh: 7 Ogos 2012 Hari: Selasa Masa: 8.45 – 9.15 a.m.
Matapelajaran: Bahasa Melayu Pemulihan
Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad
Tajuk: Huruf-huruf Vokal
Kemahiran: Huruf-huruf Vokal
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada lima huruf vokal yang ditunjukkan
dengan betul.
ii. Melengkapkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima perkataan yang bermula
dengan huruf vokal dengan betul.
Pengetahuan sedia ada: Murid sudah menguasai beberapa huruf konsonan
Penerapan nilai: Kasih sayang dan kerjasama
Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik dan Seni
Bahan Bantu Mengajar: Video klip ‘Pak Mamat’, kad huruf vokal, kad ‘white board’, kad lipat,
Jigsaw Puzzle dan lembaran kerja
KBKK: Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Langkah-langkah Pengajaran
Langkah/ Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set Induksi
(3 minit)
1. Guru menayangkan video klip lagu ‘Pak Mamat’ pada
murid-murid.
2. Murid dikehendaki mendengar lagu tersebut terlebih
dahulu.
3. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama guru.
4. Guru mengaitkan dengan isi pengjaran yang akan diajar.
Langkah 1 Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran
42KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
(8 minit)
1. Guru menunjukkan kad-kad huruf vokal a, e, i, o, dan u.
2. Guru menyebut cara sebutan huruf-huruf vokal tersebut.
3. Murid mengikut sebutan guru.
4. Guru menunjukkan kad-kad gambar pada murid.
5. Murid dikehendaki menyatakan gambar-gambar tersebut.
6. Guru menunjukkan kad perkataan bagi setiap gambar.
7. Murid diminta menyebut perkataan mengikut sebutan guru.
8. Guru mengaitkan gambar dan perkataan dengan huruf
vokal.
a e i o u
Langkah 2
(8 minit)
Lembaran Kerja
1. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid.
2. Murid dikehendaki mewarnakan huruf vokal yang sama.
3. Murid dikehendaki menyuaikan gambar dengan huruf vokal
yang sesuai.
4. Murid dikehendaki melengkapkan perkataan yang bermula
dengan huruf vokal.
5. Murid akan diberi token jika berjaya menyiapkan lembaran
kerja dengan betul.
Langkah 3
(8 minit)
Aktiviti Pengukuhan
1. Guru menyediakan set permainan ‘Jigsaw Puzzle’ untuk
murid.
2. Murid dikehendaki melengkapkan ‘Jigsaw Puzzle’ tersebut
untuk membentuk gambar yang bermula dengan huruf
vokal.
3. Murid dikehendaki menyatakan gambar tersebut.
4. Murid diminta menyatakan huruf vokal bagi gambar
tersebut.
43KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
5. Murid diberi token jika berjaya menyiapkan ‘Jigsaw Puzzle’.
Penutup
(3 minit)
1. Guru menyangkan video klip ‘Pak Mamat’.
2. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama guru.
3. Guru menanyakan kembali huruf-huruf yang dipelajari
pada hari ini.
4. Guru memberikan kata-kata galakan dan semangat pada
murid.
Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi
Sekolah: S.K Taman Awana Kelas: 2 Dinamik
44KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Tarikh: 14 Ogos 2012 Hari: Selasa Masa: 8.45 – 9.15 a.m.
Matapelajaran: Bahasa Melayu Pemulihan
Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad
Tajuk: Huruf-huruf Vokal
Kemahiran: Huruf-huruf Vokal
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada lima huruf vokal yang ditunjukkan
dengan betul.
ii. Menyalin semula sekurang-kurangnya empat daripada lima huruf vokal dengan betul.
iii. Melengkapkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima perkataan yang bermula
dengan huruf vokal dengan betul.
Pengetahuan sedia ada: Murid sudah menguasai beberapa huruf konsonan
Penerapan nilai: Kasih sayang dan kerjasama
Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik
Bahan Bantu Mengajar: lagu ‘a’, ‘e’, ‘i’, o’’dan ‘u’, papan sorong tarik, kad-kad huruf vokal,
lembaran kerja dan set permainan memancing
KBKK: Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Langkah/ Masa Aktiviti Pengajaran
Set Induksi
(3 minit)
1. Guru menayangkan lagu ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’ dan ;u.
2. Guru menyanyikan lagu tersebut terlebih dahulu.
3. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama guru bersama gerakan yang ditunjukkan guru.
4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
Langkah 1
(8 minit)
Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran
1. Guru menyediakan kad-kad huruf vokal pada murid.
45KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
2. Murid ditunjukkan dengan kad-kad huruf vokal tersebut.
3. Guru menyebut kesemua huruf-huruf vokal yang
ditunjukkan oleh guru.
4. Murid mengikut sebutan guru.
5. Guru menyediakan papan sorong tarik untuk murid.
6. Murid ditunjukkan dengan papan sorong tarik.
7. Guru menarik papan huruf vokal.
8. Papan gambar ditarik mengikut huruf vokal yang dipilih.
9. Guru meminta murid membaca kuat huruf vokal dan
gambar yang ditunjukkan.
10.Langkah 6 – 9 diulang dengan huruf-huruf vokal yang lan.
a e i o u
Langkah 2
(8 minit)
Lembaran Kerja
1. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid.
2. Murid dikehendaki memadankan huruf vokal yang sama.
3. Murid dikehendaki memadankan huruf vokal dengan
gambar yang betul.
4. Murid dikehendaki melengkapkan perkataan dengan huruf
vokal berdasarkan gambar.
Langkah 3 Aktiviti Pengukuhan
(8 minit) 1. Guru menyediakan set permainan memancing untuk murid.
2. Murid dikehendaki memancing ikan yang bergambar.
3. Murid dikehendaki melekatkan gambar tersebut dengan
46KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
huruf vokal yang bersesuaian.
4. Setiap padanan yang betul akan diberi token.
Penutup
(3 minit)
1. Guru menayangkan kembali lagu ‘a’, ‘e’, ‘I’, ‘o’dan ‘u’.
2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama
guru.
3. Guru merumuskan pengajaran pada hari itu.
4. Guru memberikan kata galakan dan semangat.
Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi
Sekolah: S.K Taman Awana Kelas: 2 Dinamik
47KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Tarikh: 28 Ogos 2012 Hari: Selasa Masa: 8.45 – 9.15 a.m.
Matapelajaran: Bahasa Melayu Pemulihan
Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad
Tajuk: Huruf-huruf Vokal
Kemahiran: Huruf-huruf Vokal
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada lima huruf vokal yang ditunjukkan
dengan betul.
ii. Menyalin semula sekurang-kurangnya empat daripada lima huruf vokal dengan betul.
iii. Memadankan sekurang-kurangnya tiga daripada lima gambar dengan huruf vokal
dengan betul.
Pengetahuan sedia ada: Murid sudah menguasai beberapa huruf konsonan
Penerapan nilai: Kerjasama
Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik
Bahan Bantu Mengajar: Set permainan bowling, kad huruf vokal a, e, i, o dan u, kad surih vokal,
tayangan slaid
KBKK: Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Langkah/ Masa Aktiviti Pengajaran
Set Induksi
(3 minit)
1. Guru menayangkan lagu ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’ dan ;u kepada
murid.
2. Guru menyanyikan lagu tersebut terlebih dahulu.
3. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama guru bersama gerakan yang ditunjukkan guru.
4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
Langkah 1
(8 minit)
Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran
1. Guru menayangkan tayangan slaid kepada murid yang
48KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
mengandungi huruf vokal a, e, i, o dan u.
2. Guru menyebut huruf vokal yang dipaparkan terlebih
dahulu.
3. Murid diminta menyebut huruf tersebut dengan kuat.
4. Murid diminta merasa dengan jari bentuk-bentuk huruf
yang diajar pada kad yang disediakan.
5. Guru menampal kad-kad tersebut di papan putih.
6. Guru meminta murid menyebut huruf-huruf tersebut
secara rawak.
Langkah 2
(8 minit)
Lembaran Kerja
1. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid.
2. Murid dikehendaki menyalin kembali kelima-lima hururf
vokal mengikut titik dengan cara yang betul dan
kemas.
3. Murid dikehendaki memadankan gambar dengan huruf
vokal.
Langkah 3 Aktiviti Pengukuhan
(8 minit) 1. Guru menyediakan set permainan bowling kepada
murid.
2. Setiap pin bowling dilekatkan dengan huruf vokal.
3. Guru menjelaskan peraturan permainan.
4. Murid perlu membuat balingan dan menjatuhkan pin.
5. Murid perlu mengambil pin tersebut dan memadankan
huruf vokal yang dilekatkan pada pin dengan gambar
yang disediakan di atas meja.
6. Murid juga perlu memadankan gambar, huruf vokal
dengan perkataan yang mewakili gambar tersebut.
7. Langkah 4 – 6 diulangi dengan memadankan huruf
dan gambar yang berlainan.
Penutup
(3 minit)
1. Guru menayangkan kembali lagu ‘a’, ‘e’, ‘I’, ‘o’dan ‘u’.
2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama guru.
49KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
3. Guru merumuskan pengajaran pada hari itu.
4. Guru memberikan kata galakan dan semangat.
Beberapa kaedah pengajaran yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan
bahasa. Antaranya ialah kaedah abjad dan kaedah fonik. Menurut Azman Wan Chik (1993),
kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan
50KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Melayu iaitu A – Z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan
bermula dari A hingga Z. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad
kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk
memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad
tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan
dengan bantuan guru. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad
abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-
abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam.
Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di
papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat
latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu
mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan
mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini
menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad
mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi
terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan
konsonan seperti:-
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu
B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez
51KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti
huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran fonik menggunakan ialah dengan
mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan
perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya
permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny,
kh, dan sy.
Di antara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi
abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-
kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat
mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.
Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya
di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut, biasanya di tadika-tadika,
mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-
huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa
malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata
tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka
terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah
yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal simbol iaitu huruf, hanya mereka tidak
diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-
kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar
setelah mereka pandai membaca sahaja.
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Sistem Bahasa Melayu mengkehendaki para pelajar
mengenalpasti masalah-masalah penguasaan bahasa seseorang murid secara lebih dekat.
Murid-murid yang mengalami masalah penguasaan bahasa kebiasaannya mengalami masalah
52KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
dalam sebutan. Pada mulanya, saya mengalami masalah kekangan masa kerana terpaksa
bertungkus lumus dengan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dirancang pada setiap hari.
Saya juga mengalami masalah dalam menetapkan masa membuat pengajaran secara
individu dengan Siti Hajar kerana dia suka memonteng sekolah. Selain itu, dia juga bersikap
pasif di dalam kelas serta terlalu lurus bendul. Pada mulanya, Hajar menunjukkan sikap tidak
berminat untuk belajar dan tumpuannya cepat beralih.
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua, Hajar mula menunjukkan sikap
yang positif dan mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran. Hajar cepat lupa
apabila beberapa hari tidak hadir ke sekolah. Sikap Hajar yang terlalu lurus bendul
menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hajar dikesan mengalami masalah dalam
membezakan huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u. Ini disebabkan bunyi-bunyi huruf vokal hamper
sama. Dalam masalah ini, saya menggunakan kaedah abjad dan kaedah fonik. Hajar diajar
dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu
B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez
Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti
huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran fonik menggunakan ialah dengan
mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan
perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya
53KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny,
kh, dan sy.
Melalui cara ini Hajar berupaya membezakan bunyi huruf-huruf vokal dengan berkesan.
Kaedah fonik ini diajar hendaklah bersertakan dengan kad-kad gambar yang berseuaian dengan
huruf vokal.
Saya berharap Hajar dapat menguasai keupayaan berbahasa dengan lebih baik dengan
sedikit bantuan dari saya
Ab. Rahim Selamat.(1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
54KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
JabatanPendidikanKhas. (2003). Pelaksanaan Program PemulihanKhas. Kuala Lumpur:
KementerianPendidikanKhas.
KamarudinHj. Husin. (1990). Pedagogi 4. Selangor: Sri Pendidikan Longman.
KamarudinHj. Husin. (1990). PanduanLatihanMengajar. Kuala Lumpur: Heinemann Sdn. Bhd.
KamarudinHj. Husin, SitiHajarHj. Abdul Azizi. (1997). PengajianMelayu 2: KetrampilanBahasa.
Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.
KamilMahyuddin, Habibah Elias &Kamariah Abu Bakar.(2009). AmalanPengajaranBerkesan.
Shah Alam: Karisma Publications.
Lee ShokMee. (1993). AsasPendidikan 2: PsikologidalamBilikDarjah. Kuala Lumpur: Kumpulan
BudimanSdn. Bhd.
MohdSallehLebar. (1991). PsikologiPerkembangandanPendidikan. Selangor: Longman
Malaysia.
Mok Soon Sang. (1991). Pedagogi 4: Pemulihan, PengayaandanIsuPendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan BudimanSdn. Bhd.
Perpustakaan Negara Malaysia.(1992). AsasKemahiranBerbahasa KBSR. Kuala Lumpur:
DewanBahasadanPustaka.
55KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
SharifahNor Syed AbdRahman, CheNatrahMd Said & Ahmad Shukri Ismail. (2008).Tatabahsa
KBSM. Selangor: ArahPendidikan.
SitiHajarHj. Abdul Aziz. (1996). TatabahasaBahasaMelayu (Perkataan). Kuala Lumpur:
Kumpulan BudimanSdn. Bhd.
SufeanHussin, Abd. Rahim Abd.Rashid&SulaimanNgahRazali.(1988).
PengajaranAlamdanManusia KBSR.Petaling Jaya: FajarBakti.
SulaimanMasri, Abdullah Yusof&MohdRa’inShaari. (2006). BahasaMelayu:
DimensiPengajarandanPembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
ZainalKassan&Suhaila Abdullah (2010).PendidikanDisleksia. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd
top related