persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan...
Post on 10-Aug-2019
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP
SERTA HUBUNGANNYA DENGAN ASPIRASI KERJAYA DALAM
MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH
MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT
NORHAYATI BINTI SAKTIRUN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP
SERTA HUBUNGANNYA DENGAN ASPIRASI KERJAYA DALAM
MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH
MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT
NORHAYATI BINTI SAKTIRUN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2016
DEDIKASI
ALHAMDULILLAH
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan buat diriku untuk menghasilkan kajian
ini.
Istimewa buat ayahanda tersayang
Saktirun bin Yasir
Juga buat suami tercinta
Akmadin bin Kamarin
serta putera puteri anak-anak syurga yang amat dikasihi
Muhammad Aizat Safwan dan Nur Aina Safiyah
Terima kasih atas sokongan, dorongan, dandoa yang kalian diberikan. Maafkan diriku andai aku
tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian semua.
Buat adinda yang dikasihi
Siti Normah, Noraini, Siti Norain, Nur Deanna Sarina, Daniel Nur Aiman dan Siti Nur Aleya
Adik-adik ipar
Ab Razak, Ramli, dan Mohd Hairul
Anak-anak saudara
Awwal Afham, Nur Syuhadah dan Maryam Adni
Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk bejaya.
Buat rakan-rakan seperjuangan
Semua Pelajar Sarjana Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi Sesi 2013-2015
Farhana, Niza, Why, Kak Zizah, Kak Mila, Kak Dijah, Kak Sal, Fendi, Anas, Hafiz, Fahmi,
Shukri, Shaari, Azham, dan Azie
Terima kasih atas segala-galanya dan kenanglah saat manis kita bersama. Sesungguhnya ikatan
persahabatan yang terjalin antara kita amatlah istimewa dan sangat berharga.
PENGHARGAAN
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI”
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T yang telah memberikan
kesempatan, kekuatan, ruang dan peluang kepada saya untuk menyiapkan kajian ini
hingga ke akhirnya. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W, keluarga, para sahabat dan para pejuang Islam.Pertama sekali, saya ingin
merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik
Noorazman bin Abdul Samad selaku penyelia yang telah membimbing saya dengan
penuh kesabaran dan dedikasi. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat, teguran dan
perkongsian ilmu sepanjang proses menyempurnakan kajian ini.
Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan ini buat semua
pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang pernah mengajar saya
terutamanya Dr. Azita, Dr. Mimi Mohaffyza, Dr. Marlina, Dr. Razali, En. Hasyamuddin,
En. Ghazzaly, Dr. Lai Chee Sern, Dr. Yee Mei Heong, En. Tan King Hiyang, Dr.
Azman dan PM. Sapon. Jutaan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan.
Sesungguhnya perjalanan menuntut ilmu adalah jihad ke jalan Allah dan jasa kalian
akan saya kenang hingga ke hujung nyawa.
Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Batu Pahat, sekolah-sekolah yang
terlibat, pihak pentadbir dan guru-guru MPV dari sekolah yang terlibat kerana memberi
keizinan untuk melaksanakan kajian ini serta memberikan kerjasama sepenuhnya
sepanjang kajian ini dijalankan. Buat rakan-rakan seperjuangan, semoga kepayahan
dalam menuntut ilmu akan menjadikan kita seorang guru yang lebih dedikasi dalam
mendidik anak bangsa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
buruk perlu dijadikan iktibar kita bersama.Wassalam.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat.Persepsi pelajar
dalam kajian ini dikaji dari tiga aspek utama iaitu amalan, kemahiran dan sikap serta
hubungan yang wujud antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek tersebut dalam
Mata Pelajaran Vokasional (MPV).Kajian ini melibatkan 126 orang responden iaitu
terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV di sekolah harian daerah
Batu Pahat.Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan analisis deskriptif dan
inferensi.Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data
diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0
dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan dan
korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan
(min=4.36) kemahiran (min=4.05) dan sikap (min=4.26) pelajar terhadap MPV secara
keseluruhan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi
kerjaya. Aspek amalan (r=0.269) dan sikap (r=0.219) menunjukkan hubungan yang
sangat lemah manakala aspek kemahiran (r=0.400) menunjukkan hubungan yang lemah.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap MPV di
sekolah menengah harian daerah Batu Pahat berada pada tahap tinggi dan terdapat
hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga aspek yang dikaji dengan aspirasi kerjaya
pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional.
ABSTRACT
This study was conducted to survey student’s perception on Vocational Subjects (MPV)
at secondary schools in Batu Pahat region. Student’s perceptions in this study was
observed in three main aspects which are habitual routine, skills and behavior and the
relationships occurs between the career aspiration within those three aspects in
Vocational Subjects. This study involved126respondents which are the form four
students who were taking the Vocational Subject at the secondary school in Batu Pahat
region. This is a descriptive and inferential research using the survey method. The data
of this research was collected through a set of questionnaire which was distributed to all
the respondents involve. The quantitative data was analyzed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS) version 21.0 and was reported in the form of min,
standard division, percentage and Pearson correlation. The findings of the studied shown
that students experienced high level of perceptions in habitual routine (mean=4.36),
skills (mean=4.05) and behavior (mean=4.26) towards Vocational Subjects. There were
significant relations between the career aspirations within those three aspects in
Vocational Subjects. Habitual routine (r=0.269) and behavior (r=0.219) demonstrated
very weak relationship, while there was a weak relationship between skills (r=0.400) and
career aspirations. Based on the given results, it’s shown that students in academic
secondary school in Batu Pahat region have a positive and high level perception towards
Vocational Subjects that had been implemented in schools and there were significant
relation between career aspirations and those the three aspects that had been studied.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN PENULIS ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Penyataan masalah 7
1.4 Tujuan kajian 8
1.5 Objektif kajian 8
1.6 Persoalan kajian 9
1.7 Hipotesis kajian 9
1.8 Skop kajian 9
1.9 Batasan kajian 10
1.10 Kepentingan kajian 10
1.10.1 Pelajar Mata Pelajaran Vokasional 11
1.10.2 Guru Mata Pelajaran Vokasional 11
1.10.3 Pihak pengurusan sekolah 11
1.10.4 Jabatan Pendidikan Negeri 12
1.11 Kerangka konsep kajian 12
1.12 Definisi istilah dan operasional 13
1.12.1 Persepsi 13
1.12.2 Amalan 14
1.12.3 Kemahiran 14
1.12.4 Sikap 14
1.12.5 Sekolah menengah harian 15
1.12.6 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
15
1.12.7 Aspirasi kerjaya 15
1.13 Rumusan 16
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 17
2.2 Amalan 18
2.2.1 Amalan keselamatan 19
2.2.2 Amalan nilai 20
2.3 Kemahiran 22
2.3.1 Kemahiran kebolehan bekerja
(Employability) 23
2.3.2 Kemahiran amali 24
2.3.3 Kemahiran insaniah 25
2.4 Sikap 27
2.4.1 Sikap dari aspek komitmen 29
2.4.2 Sikap dari aspek emosi 30
2.4.3 Sikap dari aspek berwawasan 33
2.5 Aspirasi kerjaya 34
2.5.1 Teori Pemilihan Kerjaya Holland 36
2.6 Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional 38
2.7 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 40
2.7.1 Kurikulum Mata Pelajaran Vokasional 44
2.7.2 Bahan kurikulum 44
2.7.3 Objektif dan matlamat program Mata
Pelajaran Vokasional 45
2.7.4 Guru dan tenaga pengajar 45
2.8 Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 46
2.8.1 Rasional Program Pendidikan Asas Vokasional 47
2.8.2 Konsep Program Pendidikan Asas Vokasional 49
2.8.3 Objektif Program Pendidikan Asas Vokasional 49
2.9 Laluan pendidikan pelajar aliran vokasional 49
2.10 Rumusan 50
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 51
3.2 Reka bentuk kajian 2
3.3 Kerangka operasi kajian 53
3.4 Populasi dan sampel kajian 55
3.5 Lokasi kajian 57
3.6 Instrumen kajian 57
3.6.1 Borang soal selidik 58
3.6.2 Kesahan 60
3.6.3 Kebolehpercayaan 61
3.7 Kajian rintis 67
3.8 Prosedur pengumpulan data 63
3.9 Kaedah analisis data 63
3.9.1 Analisis deskriptif 65
3.9.2 Analisis inferensi 65
3.10 Rumusan 66
BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 67
4.2 Analisis pulangan soal selidik 68
4.3 Kebolehpercayaan data (kajian sebenar) 68
4.4 Analisis demografi responden 69
4.4.1 Analisis responden mengikut jantina 70
4.4.2 Analisis responden mengikut bangsa 71
4.4.3 Analisis responden mengikut sekolah 72
4.4.4 Analisis responden mengikut jenis MPV 73
4.5 Analisis persoalan kajian pertama 74
4.6 Analisis persoalan kajian kedua 76
4.7 Analisis persoalan kajian ketiga 78
4.8 Analisis skor min keseluruhan 79
4.9 Ujian normaliti 80
4.10 Analisis persoalan kajian keempat 81
4.10.1 Hubungan antara amalan
dengan aspirasi kerjaya 82
4.10.2 Hubungan antara kemahiran
dengan aspirasi kerjaya 83
4.10.3 Hubungan antara sikap
dengan aspirasi kerjaya 84
4.11 Analisis korelasi keseluruhan 84
4.12 Rumusan 85
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Hasil perbincangan 87
5.2.1 Persepsi pelajar terhadap MPV
dari aspek amalan 87
5.2.2 Persepsi pelajar terhadap MPV
dari aspek kemahiran 88
5.2.3 Persepsi pelajar terhadap MPV
dari aspek sikap 90
5.2.4 Hubungan amalan, kemahiran dan 91
sikap dengan aspirasi kerjaya
5.3 Kesimpulan 93
5.4 Cadangan 93
5.4.1 Cadangan kepada pelajar 94
5.4.2 Cadangan kepada guru 95
5.4.3 Cadangan kepada sekolah 97
5.5 Cadangan kajian lanjutan 98
5.6 Penutup 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 111
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jadual pelaksanaan MPV di sekolah menengah 41
akademik harian
2.2 Bidang usaha dalam MPV 42
2.3 Kombinasi mata pelajaran bidang usaha dalam
PTV dengan elektif bidang teknik dan vokasional 44
3.1 Bilangan sampel dari setiap sekolah 57
3.2 Skala Likert 59
3.3 Tahap kebolehpercayaan skor Alpha Cronbach 62
3.4 Skor Alfa Cronbach 62
3.5 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 64
3.6 Interpretasi tahap skor min 65
3.7 Nilai dan tahap perhubungan korelasi Pearson 66
4.1 Analisis pulangan soal selidik 68
4.2 Nilai kebolehpercayaan instrumen 69
4.3 Analisis keseluruhan demografi responden 70
4.4 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 70
4.5 Bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa 71
4.6 Bilangan dan peratusan responden mengikut sekolah 72
4.7 Bilangan dan peratusan responden mengikut jenis MPV 73
4.8 Persepsi pelajar terhadap amalan dalam MPV 75
4.9 Persepsi pelajar terhadap kemahiran dalam MPV 77
4.10 Persepsi pelajar terhadap sikap dalam MPV 79
4.11 Analisis skor min keseluruhan 80
4.12 Nilai skewness dan kurtosis bagi setiap aspek 80
4.13 Hubungan antara amalan dengan aspirasi kerjaya 83
4.14 Hubungan antara kemahiran dengan aspirasi kerjaya 83
4.15 Hubungan antara sikap dengan aspirasi kerjaya 84
4.16 Analisis korelasi keseluruhan 85
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka konsep kajian 13
3.1 Kerangka operasi kajian 54
SENARAI SINGKATAN
FPTV Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
IKBN Institut Kemahiran Belia Negara
ILP Institut Latihan Perindustrian
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
JKP Jawatankuasa Kurikulum Pusat
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
MPV Mata Pelajaran Vokasional
PAV Pendidikan Asas Vokasional
PMR Penilaian Menengah Rendah
PPK Pusat Pembangunan Kurikulum
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPSS Statistical Package for Social Science
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 111
B Analisis kebolehpercayaan instrumen
kajian rintis 118
C Analisis kebolehpercayaan instrumen
kajian sebenar 121
D Analisis data 124
E Jadual Krejcie dan Morgan 133
F Carta Gantt 134
G Pengesahan pakar 136
H Surat kebenaran 143
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelajar-pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merujuk kepada pelajar-pelajar yang
berada di tingkatan empat dan lima di sekolah harian biasa yang mengambil Mata
Pelajaran Vokasional (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Mulai tahun 2002, Mata
Pelajaran Vokasional ditawarkan di sekolah harian biasa meliputi 22 mata pelajaran
yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha yang utama. Program ini diperkenalkan
bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran pelbagai bidang bagi membolehkan mereka
melangkah ke alam pekerjaan, memulakan perniagaan, atau meneruskan latihan ke
peringkat yang lebih tinggi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Oleh itu, setelah
tamat tingkatan lima, pelajar-pelajar yang mengambil MPV ini boleh memilih untuk
bekerja sama ada dengankerajaanatau swasta, atau bekerja sendirisama ada
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau memulakan perniagaan. Serentak
dengan itu, aspirasi kerjaya berperanan sebagai pemangkin kepada pelajar-pelajar MPV
untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan.
Buntat dan Sharif (2006) menyatakan bahawa aspirasi kerjaya merujuk kepada
pekerjaan yang dikehendaki oleh seseorang sekiranya diberi kebebasan memilih. Ia
merupakan cita-cita seseorang terhadap sesuatu pekerjaan tanpa mengira halangan-
halangan yang mungkin dihadapinya. Menurut Kamis (2009), aspirasi kerjaya yang tepat
adalah penting dalam menentukan bidang kerjaya yang bersesuaian dengan ciri
personaliti pelajar. Menurut beliau lagi, hal ini demikian kerana aspirasi kerjaya akan
menentukan kerjayapelajar pada masa akan datang sekiranya mereka tidak melanjutkan
2
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun demikian, tidak semua pelajar
mempunyai aspirasi kerjaya yang seiring dengan bidang pengajian yang mereka ikuti di
sekolah atau institusi pengajian tinggi (Yahidi, 2012).
Oleh itu, pelajar-pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
perlulah menyediakan diri mereka agar cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari
aspek amalan, kemahiran dan sikap. Kenyataan ini disokong oleh Zulpakar (2008) yang
menyatakan bahawa semua amalan yang baik terutamanya amalan keselamatan perlu
dititikberatkan sebagai persediaan bagi menghadapi alam pekerjaan. Menurut Buntat et
al.,(2006) pula, kemahiran yang dibekalkan di institusi kemahiran sangat penting
dikuasai oleh pelajar dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran bagi
membolehkan mereka memasuki pasaran kerja yang mencabar. Manakala Yahaya et al.,
(2013) berpendapat, tanpa sikap yang positif ke atas sesuatu bidang atau mata pelajaran,
pelajar agak sukar untuk cemerlang dalam pembelajarannya. Oleh itu, sikap pelajar perlu
dipupuk sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya pencapaian pelajar lebih
memberangsangkan (Zulkarnain et al., 2011).
Sikap ditakrifkan sebagai perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu
pendapat atau fikiran(Kamus Dewan, 2013). Secara umumnya sikap merujuk kepada
keadaan seseorang yang bersedia secara fizikal dan mental untuk melakukan sesuatu dan
cenderung untuk bertindak secara positif. Kajian Mohd. Said dan Kuppusamy (2010)
telah membuktikan bahawa sikap pelajar mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan
tingkah laku, daya usaha, minat dan pencapaian akademik mereka. Mohd Atan dan
Noordin (2007) bersetuju bahawa pencapaian akademik pelajar banyak dipengaruhi oleh
sikap mereka. Oleh itu, pendekatan pengajaran guru seharusnya berpusatkan pelajar agar
dapat membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan pelajar. Di samping itu,
pengajaran guru mestilah sentiasa menekankan aspek nilai-nilai murni dan amalan yang
baik agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dalam pelbagai aspek
kehidupan.
Bagi pelajar-pelajar MPV, amalan yang baik merujuk kepada amalan semasa di
bengkel kerana MPV sangat sinonim dengan pelaksanaan kerja-kerja dan latihan-latihan
amali yang dilaksanakan di dalam bengkel(Noorden, 2011). Pelajar-pelajar perlu
menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan
3
diri dan orang lain. Kesedaran terhadap aspek keselamatan perlu ditanamkan di dalam
diri setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan oleh
pelajar semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya ketika memasuki
alam pekerjaan. Malah, pakar psikologi ada mengatakan bahawa manusia belajar dengan
lebih mudah dan baik apabila diberi peluang untuk mengamalkannya (Buntat et al.,
2006). Kemalangan di dalam bengkel hanya dapat dikurang dan dielakkan sekiranya
pelajar-pelajar sentiasa memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan-peraturan dan
langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sikap yang
terjelma hasil daripada amalan yang baik ini melahirkan pelajar yang berketrampilan dan
mempunyai iltizam serta jati diri yang kukuh (Mohd Zulpakar, 2008).
Menurut Pua (2014), perubahan era globalisasi dan k-ekonomi hari ini menuntut
pelajar yang mengambil MPV memiliki ketrampilan diri yang menarik, mempunyai
pelbagai kemahiran, berpengetahuan tinggi dan mahir menggunakan teknologi untuk
memenuhi pasaran kerja semasa. Mereka bukan sahaja perlu memiliki kemahiran
teknikal, malah mereka juga perlu menguasai kemahiran insaniah seperti kemahiran
komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah secara
kritis (Pua, 2014). Di samping itu, mereka juga perlu menguasai kemahiran kebolehan
bekerja (employability) supaya dapat memberi kesan kepada tahap fleksibaliti,
kebolehsesuaian dan kebolehan bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan (Mohammad
Khawari, 2008). Hal ini demikian kerana, memiliki modal insan yang berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi merupakan faktor terpenting dalam pembangunan ekonomi
negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020.
1.2 Latar belakang masalah
Pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sering dikaitkan dengan
beberapa isu sejak kebelakangan ini. Antaranya termasuklah pengangguran (Ismail,
2012), kurangnya kemahiran dari aspek komunikasi dalam kalangan pelajar (Dahriet
al.,2000) dan ketidaksepadanan kemahiran yang dipelajari di institut latihan dengan
kehendak majikan. Di samping itu, kurikulum MPV yang tidak sepadan dengan bidang
4
pekerjaan yang ditawarkan (Mohd. Rhouse & Abd. Razak, 2006) dan kurangnya jumlah
pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institut kemahiran dan institusi pengajian tinggi
lain (Daud,2012 & Che Harun, 2010) juga sering menjadi isu yang hangat diperkatakan.
Isu ini terbit dari tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap MPV (Suradinet al.,
2010). Walaupun kerajaan telah melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan
Vokasional dengan menaiktaraf dan memartabatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV), namun persepsi masyarakat khususnya ibu bapa amat sukar untuk diubah
(Suradin et al.,2010). Implikasinya usaha kerajaan tidak akan membuahkan hasil
sekiranya tidak mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.
Suatu kajian Kecenderungan Pelajar Aliran Vokasional Melanjutkan Pelajaran ke
Institut Latihan Kemahiran yang dijalankan oleh Che Harun (2010) menunjukkan
bahawa jumlah pelajar yang mendaftar bagi pendidikan vokasional di institut latihan
kemahiran tidak berpadanan dengan jumlah tempat yang ditawarkan. Dapatan kajian
beliau menunjukkan bahawa pelajar aliran vokasional yang melanjutkan pelajaran ke
institut latihan kemahiran adalah pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa pelajar
aliran vokasional agak kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran atas beberapa
faktor dalaman dan luaran dan ada antara mereka yang bercita-cita untuk terus bekerja
setelah menamatkan persekolahan peringkat menengah.
Namun begitu, sekiranya pelajar memilih untuk terus bekerja, aspirasi kerjaya
adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seseorang pelajar
terutamanya pelajar aliran vokasional (Kasa & Bakar, 2004). Hal ini demikian kerana
aspirasi kerjaya akan menentukan di manakah mereka akan bekerja dan apakah
profesion pilihan mereka sebagai cara untuk mencari nafkah. Tambahan lagi, pelbagai
usaha perlu dilakukan agar pelajar akan mendapat pekerjaan selari dengan aspirasi
kerjaya mereka supaya masalah pengangguran dapat diatasi dengan segera. Oleh itu,
menurut Buntat et al., (2006), pelajar terutamanya pelatih di institusi kemahiran
seharusnya dilatih dan dibimbing supaya mempunyai aspirasi kerjaya terhadap latihan
yang diikuti bersesuaian dengan matlamat latihan yang disediakan.
Namun begitu, realitinya pelajar aliran vokasional dilihat kurang mendapat
perhatian majikan atas sebab-sebab tertentu. Hal ini dibuktikan oleh kajian awalan yang
telah dilaksanakan oleh pengkaji sendiri. Pelajar-pelajar ini kurangmendapat perhatian
5
majikan akibat kekurangan kemahiran dan implikasinya mereka sukar untuk diterima
bekerja dalam sesebuah organisasi. Perkara ini dijelaskan oleh beberapa orang majikan
yang telah ditemu bual antaranya dari Pusat Servis Aircond SSB Enterprise, Parit Raja
dan Salleh Food Industries, Senggarang tentang tahap penerimaan mereka terhadap
pelajar lepasan SPM yang mengambil MPV:
“Tahap penerimaan saya terhadap mereka adalah sederhana. Walaupun
saya tidak terlalu pentingkan pencapaian akademik, tapi saya jarang
ambil pekerja lepasan SPM, sekurang-kurangnya mereka perlu ada sijil
SKM tahap 1...lagipun saya mahukan pekerja yang mahir untuk
menservis aircond dan tahu selok belok pekerjaan dalam bidang ini.
Kebanyakan lepasan SPM ni kurang mahir dan perlukan bimbingan, jadi
susahla kita nak terima sebagai pekerja. Biasa kami ambil lepasan
politeknik atau IKBN atau Giat Mara sebab mereka lebih mahir.”
(Majikan 1)
“Tahap sederhana saja kot. Pada saya mereka kurang pengalaman dan
kurang mahir selesaikan sesuatu masalah yang diberi. Pengalaman saya
ambil mereka bekerja, mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri
dengan persekitaran kerja. Meraka ni biasalah, darah muda, jadi
kadang-kadang mereka terlalu ikut perasaan dan tak boleh ditegur. Jadi
nak ambil mereka bekerja pun susah juga. Saya perlu jaga prestasi
perusahaan saya kan.”
(Majikan 2)
Walaupun pelajar-pelajar aliran vokasional telah dibekalkan dengan pelbagai
kemahiran, namun Arifin (2005) menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini masih belum
mahir dalam bidang kemahiran yang mereka pelajari. Menurut beliau lagi, dalam masa
dua tahun, mereka hanya mendapat sedikit kemahiran dan pengetahuan vokasional. Oleh
itu, hasrat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau
menceburi bidang pekerjaan akan terhalang. Hal ini berkait rapat dengan sikap dan
personaliti pelajar. Dalam kajian ini, guru-guru turut memberi maklum balas tentang
sikap dan personaliti pelajar MPV yang mempengaruhi pencapaian akademik mereka:
“Saya setuju. Pelajar ni kadangkala kurang bermotivasi, malu bertanya,
kurang berwawasan dan bersikap negatif. Ada juga yang malu untuk
kehadapan. Namun begitu, dalam kelas saya hanya segelintir sahaja
yang begitu. Kebanyakannya bersikap positif dan bercita-cita tinggi serta
menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang ini.”
(Guru 1)
6
“Pelajar kelas ni semua lelaki, jadi penyakit malas banyak berlaku
dalam diri mereka. Selain itu, ada juga pelajar yang kurang mematuhi
arahan guru dan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah terutamanya peraturan keselamatan di dalam bengkel.
keadaan ini mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.”
(Guru 2)
Sikap pelajar biasanya mempengaruhi pencapaian mereka dalam sesuatu mata
pelajaran (Yahayaet al.,2000). Oleh itu, persediaan awal dalam pembentukan sikap perlu
dilakukan oleh pendidik untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti iaitu
mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan mampu mematuhi segala
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah terutamanya peraturan keselamat di
bengkel bagi pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
Bagi pelajar MPV, peraturan keselamatan di bengkel adalah aspek amalan yang
perlu dititikberatkan dan menjadi fokus utama ketika melakukan kerja-kerja amali di
bengkel (Noorden, 2012). Peraturan keselamatan ini perlu diamalkan bagi mengelakkan
kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Amalan keselamatan tersebut
termasuklah amalan keselamatan diri, peralatan dan persekitaran (Armi, 2012). Nilai
pula bermaksud etika, prinsip moral dan nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau satu kumpulan manusia (Kamus Dewan, 2013). Justeru itu,
amalan keselamatan dan nilai yang tidak dipraktikkan dengan baik akan menyebabkan
kecederaan, kehilangan nyawa, dan kerugian di pihak majikan.
Kesimpulannya, amalan, kemahiran dan sikap pelajar yang mengambil MPV
mampumempengaruhi kemenjadian mereka pada masa hadapan. Oleh itu, penting bagi
pelajar-pelajar ini mempunyai persepsi yang positif dari aspek amalan, kemahiran dan
sikap mereka supaya mereka berjaya mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang
dipelajari di dalam kelas ketika mereka bekerja kelak seiring dengan aspirasi kerjaya
yang diinginkan di samping mempunyai sikap yang baik dan sentiasa menitikberatkan
tentang amalan keselamatan tidak kira di mana mereka berada.
7
1.3 Pernyataan masalah
Daripada latar belakang masalah yang dibincangkan sebelum ini, pengkaji mendapati
bahawa pelajar masih tidak dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam
bidang MPV bersesuaian dengan bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Ini
membuktikanbahawa walaupun pelajar-pelajar aliran vokasional telah dibekalkan
dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran teknikal, namun mereka masih
belum menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Oleh yang demikian,hasrat pelajar
untuk menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan dan memenuhi aspirasi kerjaya
mereka akan terhalang. Justeru itu, pelajar perlu menyediakan diri dari aspek amalan,
kemahiran dan sikap supaya mereka mempunyai aspirasi kerjaya dalam bidang
pengajian yang diikuti sesuai dengan kebolehan dan kelayakan mereka sendiri.
Ironinya, kekurangan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar dari aspek
amalan, kemahiran dan sikap mengakibatkan pelajar berasa ragu-ragu untuk
menceburkan diri dalam bidang pekerjaan berorentasikan kemahiran dan vokasional.
Hal ini demikian kerana masih ada pelajar yang keliru dengan pekerjaan yang bakal
diceburi dalam bidang MPV disebabkan oleh beberapa faktor luaran dan dalaman.
Sekiranya tidak diatasi, pelajar-pelajar masih tidak mempunyai aspirasi kerjaya yang
jelas setelah menamatkan alam persekolahan. Justeru itu, kajian tentang persepsi pelajar
dari aspek amalan, kemahiran dan sikap terhadap MPV perlu dijalankan supaya pelajar
lebih terdedah kepada pelbagai jenis pekerjaan dan mempunyai aspirasi kerjaya yang
berkaitan dengan bidang vokasional. Secara tidak langsung salah satu matlamat
Pendidikan Teknikal dan Vokasional iaitu melahirkan bakal pekerja yang boleh bekerja
dalam bidang pengajian yang mereka ikuti akan tercapai.
8
1.4 Tujuan kajian
Tujuan kajian ini adalahuntuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadapMata Pelajaran
Vokasional (MPV). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan
antara amalan, kemahiran dan sikap denganaspirasi kerjaya pelajar yang mengambil
MPV di sekolah harian daerah Batu Pahat. Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini
penting dalam membantu guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas dan sekaligus menjadi pemangkin kejayaan sesuatu program pendidikan.
Umumnya, kajian berkaitan kerjaya biasanya dilaksanakan terhadap graduan universiti.
Oleh itu, kajian ini merupakan pemangkin kepada pelajar untuk menentukan kerjaya
pilihan mereka sebelum melangkahkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi.
1.5 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan dalam Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) di sekolah hariandaerah Batu Pahat.
b) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadapkemahiran dalam Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.
c) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadapsikapdalam Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.
d) Mengenalpasti hubungan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi
kerjaya pelajar dalamMata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian
daerah Batu Pahat.
9
1.6 Persoalan kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
a) Apakah persepsi pelajar terhadap amalan dalam Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?
b) Apakah persepsi pelajar terhadap kemahiran dalam Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?
c) Apakah persepsi pelajar terhadap sikap dalam Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?
d) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan
sikap dengan aspirasi kerjayapelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?
1.7 Hipotesis kajian
Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah
seperti berikut:
Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan
sikap dengan aspirasi kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.
Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran dengan aspirasi
kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah
harian daerah Batu Pahat.
1.8 Skop kajian
Skop kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) dari aspek amalan, kemahiran dan sikap sahaja. Selain itu, skop
kajian ini juga adalah untuk melihat hubungan aspirasi kerjaya dengan semua aspek
yang telah dinyatakan di atas. Aspek amalan hanya merangkumi amalan nilai dan
10
amalan keselamatan manakala aspek kemahiran hanya melibatkan kemahiran amali,
kemahiran kebolehan bekerja(employability) dan kemahiran insaniah. Kajian dari aspek
sikap pula hanya merangkumi aspek komitmen, emosi dan berwawasan.
1.9 Batasan kajian
Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajiannya kepada pelajar-pelajar yang
mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat yang
berumur dalam lingkungan 16 tahun sahaja. Hal ini kerana mereka adalah pelajar yang
bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan meninggalkan
alam persekolahan pada penghujung tahun 2016nanti. Kajian ini tertumpu kepada
pelajar-pelajar yang mengambil MPV dalam tiga bidang usaha utama iaitu Pembuatan,
Teknotani dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).
Kajian ini hanya dijalankan di enam buah sekolah harian yang menawarkan
MPV di daerah Batu Pahatdan melibatkan 126 orang responden sahaja kerana sampel
dari sebuah sekolah lagi dijadikan sebagai responden dalam kajian rintis.Antara faktor
yang mendorong pengkaji memilih semua sekolah tersebut kerana bilangan sampel bagi
setiap sekolah tidak ramai. Oleh itu, pengkaji dijangka tidak menghadapi sebarang
masalah untuk mendapatkan data dari sekolah-sekolah yang terlibat. Di samping itu,
hanya enam mata pelajaran ditawarkan mewakili tiga bidang usaha yang utama di
daerah Batu Pahat. Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa kajian ke atas semua mata
pelajaran perlu dilakukan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap MPV bagi
setiap mata pelajaran yang terlibat.
1.10 Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan ini penting sebagai sumber rujukan kepada pelajar, guru, pihak
pengurusan sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pusat Pembangunan Kurikulum
(PPK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Kepentingan kajian ini dihuraikan
seperti di bawah:
11
1.10.1 Pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Pelajar adalah modal insan dan aset terpenting dalam memacu pembangunan negara.
Adalah penting bagi pelajar menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
tertentu supaya mereka mampu merealisasikan Wawasan 2020. Selain itu, sikap yang
baik juga menjamin kecemerlangan hidup. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan
dapat mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang
dipelajari di sekolah dan kejayaan program MPV itu sendiri. Sekiranya MPV
mempunyai nilai yang tinggi, berkemungkinan besar negara kita tidak akan mengalami
pembaziran dari aspek guna tenaga pada masa akan datang.
1.10.2 Guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) untuk
meningkatkan mutu pengajaran dalam membentuk amalan, kemahiran dan sikap yang
positif terhadap MPV dalam kalangan para pelajar. Hal ini demikian kerana, Pendidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) bukan hanya terhad dalam membangunkan pengetahuan
pelajar sahaja, tetapi juga membangunkan kemahiran dan sikap para pelajar. Oleh itu,
dengan terlaksananya kajian ini, diharapkan dapat membantu guru-guru menyediakan
pelajar yang mengamalkan nilai-nilai yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran sama
ada kemahiran teknikal mahupun bukan teknikal dan sentiasa bersikap positif dalam
pembelajaran mereka. Di samping itu, kajian ini juga membantu guru-guru dalam
membimbing laluan kerjaya pelajar supaya mereka mendapat maklumat yang tepat
tentang hala tuju kerjaya mereka setelah tamat persekolahan kelak.
1.10.3 Pihak pengurusan sekolah
Melalui kajian ini,pihak sekolah dapat memupuk kesedaran dan memberikan maklumat
yang terbaik kepada pelajar agar pelajar tahu hala tuju mereka setelah menamatkan
pelajaran di tingkatan lima dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Dalam hal ini,
12
guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat
kepada pelajar berkaitan dengan kerjaya dan Institut Latihan Kemahiran yang boleh
dipilih oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pihak
sekolah juga boleh membantu pelajar dengan menganjurkan sesi kaunseling kerjaya
untuk mendedahkan mereka kepada bidang-bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi
setelah tamat tingkatan lima kelak.
1.10.4 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Hasil kajian ini dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terbabit
terutamanya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menyediakan ruang dan peluang
yang luas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) agar
mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara. Oleh yang demikian, kurikulum
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedia ada perlulah diperkukuhkan sesuai
dengan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Segala perubahan yang dibuat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mentransformasikan Pendidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu langkah yang wajar, namun haruslah
mengambil kira kesedian pelajar agar mereka boleh mengadaptasikan perubahan
tersebut dengan mudah.
1.11 Kerangka konsep kajian
Kerangka konsep kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 menunjukkan bahawa input
kepada kajian ini adalah pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas akan membentuk amalan, kemahiran dan sikap mereka
dalam MPV. Dalam kajian ini amalan merujuk kepada amalan keselamatan dan amalan
nilai-nilai murni. Kemahiran pula merujuk kepada kemahiran kebolehan bekerja
(employability), kemahiran insaniah dan kemahiran amali. Manakala sikap dalam kajian
ini merujuk kepada sikap dari aspek komitmen, emosi dan berwawasan. Pembentukan
amalan, kemahiran dan sikap ini akan mempengaruhi aspirasi kerjaya pelajar pada masa
13
akan datang. Oleh itu, hubungan antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek yang
telah dinyatakan di atas perlu diambil kira sebagai output dalam kajian ini.
Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian
1.12 Definisi istilah dan operasional
Dalam kajian ini, pengkaji telah memberikan definisi terhadap beberapa istilah bertujuan
untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan pembaca.Berikut adalah
beberapa istilah utama yang penting berdasarkan tajuk dan persoalan kajian yang
dirasakan perlu ditakrifkan oleh pengkaji iaitu:
1.12.1 Persepsi
Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan tentang sesuatu perkara sama ada di dalam
hati atau fikiran. Persepsi juga boleh ditakrifkan sebagai tanggapan atau pandangan
Pelajar MPV
(Tingkatan 4)
Amalan
Amalan
keselamatan
Amalan nilai
murni
Kemahiran
Kemahiran
kebolehan bekerja
Kemahiran amali
Kemahiran
insaniah
Sikap
Komitmen
Emosi
Berwawasan
Hubungan dengan
aspirasi kerjaya
Input
Proses
Output
14
menerusi pancaindera (Kamus Dewan, 2013). Dalam konteks kajian ini, persepsi
merujuk kepada pandangan pelajar dari aspek amalan, kemahiran dan sikap terhadap
Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
1.12.2 Amalan
Amalan didefinisikan sebagaisesuatu yang dilakukan, dilaksanakan atau dikerjakan
(Kamus Dewan, 2013). Amalan dalam kajian ini merujuk kepada perkara-perkara yang
sering dilakukan atau menjadi amalan pelajar-pelajar yang mengambil Mata Pelajaran
Vokasional (MPV). Amalan yang dibincangkan secara mendalam adalah amalan yang
berkaitan dengan nilai-nilai murni dan amalan keselamatan di bengkel.
1.12.3 Kemahiran
Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)dan Kamus Dewan
(2013) mendefinisikan kemahiran sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan
sesuatu. Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk kepada kemahiran teknikal dan
kemahiran bukan teknikaldalam sesuatu bidang Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
Kemahiran teknikal yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah kemahiran amali,
manakala kemahiran bukan teknikal pula merujuk kepada kemahiran insaniah, dan
kemahiran kebolehan bekerja (employability).
1.12.4 Sikap
Mohamed et al.,(1995) pula menyatakan bahawa sikap merupakan perkara peribadi
berkaitan dengan perasaan dan pengalaman individu, menggambarkan cara berfikir dan
bertindak dalam sebarang masalah yang mendorong pelajar bersedia untuk menerima
teguran guru dalam pelajaran demi kebaikan masa depan pelajar sendiri.Dalam konteks
kajian ini, sikap merujuk kepada sejauhmana pelajar cenderung untuk bertindak terhadap
15
rangsangan yang diterima dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV), iaitu dari aspek,
komitmen, emosi dan berwawasan.
1.12.5 Sekolah menengah harian
Menurut portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendidikan menengah
terbahagi kepada dua peringkat iaitu Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3) dan Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5). Sekolah
menengah harian dalam kajian ini merujuk kepada Sekolah Menengah Kebangsaanyang
menawarkan subjek Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di daerah Batu Pahat.
1.12.6 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) menawarkan 22 mata pelajaran yang
dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu Binaan, Pembuatan, Teknotani, Ekonomi
Rumah Tangga dan Aplikasi Komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini dibuat
berperingkat-peringkat dalam 4 fasa, mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 (Yahya Emat,
2005 dalam Arifin, 2005).
1.12.7 Aspirasi kerjaya
Aspirasi kerjaya adalah jelmaan identiti pekerjaan bagi seseorang individu dan matlamat
kerjaya yang diidamkan. Kamis (2009) Aspirasi kerjaya dihubungkan kepada kerjaya
yang dijangkakan oleh seseorang individu. Dalam kajian ini, aspirasi kerjaya merujuk
kepada cita-cita dan keinginan pelajar ke arah mendapatkan pekerjaan yang diidamkan
untuk kesinambungan hidup mereka pada masa akan datang.
16
1.13 Rumusan
Bab ini menerangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah dan pernyataan
masalah akibat daripada isu-isu yang timbul dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
Isu yang diketengahkan oleh pengkaji berkait rapat dengan amalan, kemahiran dan sikap
pelajar tehadap MPV. Selain itu, tujuan kajian, kepentingan kajian, objektif dan
persoalan kajian turut dinyatakan di dalam bab ini untuk memberi maklumat yang jelas
kepada pembaca. Kerangka konsep kajian, definisi istilah dan operasional, skop serta
batasankajian juga dibincangkan untuk memberi gambaran terhadap kajian yang
dilaksanakan oleh pengkaji.
17
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur ini dilakukan sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji dalam
menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji mengetengahkan beberapa penyelidikan
terdahulu yang ada kaitan dengan objektif kajian ini. Kajian literatur yang diperoleh dari
sumber-sumber yang asli daripada pengkaji dan penyelidik lain membantu menyokong
dan mengukuhkan isu-isu yang terdapat dalam latar belakang masalah. Diharapkan
kajian literatur ini dapat membantu pembaca memahami latar belakang kajian yang
dijalankan dengan lebih jelas lagi. Antara perkara yang dikupas dalam bab ini
termasuklah aspirasi kerjaya, komponen amalan, kemahiran dan sikap serta latar
belakang Mata Pelajaran Vokasional (MPV) itu sendiri.Pengkaji turut mengupas tentang
mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) iaitu kesinambungan daripada Mata
Pelajaran Vokasional yang diperkenalkan oleh kerajaan dan dilaksanakan sepenuhnya
pada tahun 2013. Secara tidak langsung, hal ini dapat memupuk semangat cintakan ilmu
dan tidak jemu menjalankan penerokaan pengetahuan bagi melahirkan individu yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
18
2.2 Amalan
Dalam melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan ke arah negara
perindustrian, maka para pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
perlu dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai-nilai seperti berdisiplin,
tekun dan dedikasi. Menurut Armi (2012), bidang industri masa kini yang canggih dan
yang berteknologi tinggi memerlukan tenaga kerja yang berdisiplin, dilengkapi dengan
asas kemahiran yang luas, serta mempunyai budaya etika kerja yang positif. Menurut
beliau lagi, budaya dan etika kerja yang positif boleh dipupuk melalui amalan-amalan
positif yang diamalkan oleh pekerja sejak mereka berada di alam persekolahan lagi. Hal
ini demikian kerana, jika sesuatu perkara sentiasa diamalkan, perkara tersebut akan
menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita.
Dalam bidang vokasional, amalan keselamatan merupakan perkara penting yang
perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali khususnya di bengkel (Armi, 2012). Di
samping itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional turut menjadi wadah bagi pelajar
mengamalkan nilai murni tidak kira sama ada di dalam kelas mahupun di bengkel
(Noorden, 2011). Menurut Asri (2013), matlamat penerapan nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran antaranya bertujuan untuk menimbulkan kepekaan dan
kesedaran kepada pelajar tentang unsur-unsur yang membina dalam pembelajaran.
Justeru itu, ianya akan mendorong pelajar untuk mengembangkan bakat dan kreativiti
mereka ketika proses pembelajaran berlangsung.
2.2.1 Amalan keselamatan
Amalan bermaksud pelajaran atau aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Amalan keselamatan pula merujuk kepada aplikasi pengetahuan berkenaan
keselamatan atau pengetahuan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
keselamatan (Gan, 2004). Menurut Mustapha (2000), amalan keselamatan terbentuk
apabila peraturan-peraturan keselamatan dipatuhi. Oleh itu, setiap pelajar mestilah
mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Menurut Armi (2012),
19
kesedaran terhadap amalan keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya
sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja-kerja
amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan. Menurut
Juhaidie (2001), terdapat tiga bahagian dalam dalam amalan keselamatan yang perlu
dititikberatkan iaitu keselamatan diri, keselamatan peralatan dan keselamatan
persekitaran. Ketiga-tiga bahagian ini akan mengundang kepada kemalangan dan
masalah jika tidak diamalkan oleh setiap pelajar.
Menurut Armi (2012), keselamatan diri adalah amat penting di mana pelajar
haruslah mematuhi semua peraturan keselamatan untuk memastikan mereka sentiasa
berada dalam keadaan selamat. Menurut beliau lagi, keselamatan diri bermula dari
pemakaian pelajar itu sendiri, selain berambut kemas, memakai kasut yang sesuai, dan
menggunakan apron dan sarung tangan apabila melakukan kerja amali yang melibatkan
percikan logam, pemanasan dan sebagainya. Sebagai keselamatan tambahan, pelajar
dilarang memakai aksesori seperti gelang, jam tangan dan cincin.
Keselamatan peralatan pula adalah mengenai keselamatan peralatan yang
melibatkan mesin dan peralatan yang digunakan di dalam bengkel. Kemalangan bukan
sahaja boleh berlaku disebabkan oleh diri sendiri, tetapi juga melalui peralatan yang
digunakan oleh pengguna. Kemalangan mungkin berlaku semasa aktiviti penyedian
bahan mentah seperti logam dan keluli, ketika mengendalikan pelbagai jenis mesin yang
besar dan canggih, penggunaan alat-alat memotong dan alatan tangan yang tajam.
Walaupun kemalangan dan kecederaan ini tidak dapat dielakkan sepenuhnya, tetapi ia
masih dapat dikurangkan dan dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam
pengurusan bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya
peraturan keselamatan dalam bengkel dapat diamalkan dan dihayati oleh pelajar. Oleh
yang demikian, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam
bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain (Armi, 2012).
Keselamatan persekitaran dalam bengkel bermaksud keselamatan berdasarkan
kepada kawasan atau persekitaran tempat kerja atau tempat di mana kerja-kerja amali
dilakukan. Mohd Zulpakar (2008) menyatakan bahawa keselamatan di dalam bengkel
akan menjadi lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang yang
sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit dengan jumlah pelajar yang ramai akan
20
memburukkan lagi suasana persekitaran bengkel. Menurut beliau lagi, disebabkan ruang
yang terhad dan sempit pelbagai perkara buruk seperti gangguan emosi, keadaan yang
panas dan suasana yang tidak selesa akan berlaku.
Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja,
tetapi juga terhadap rakan sekerja, persekitaran dan harta benda (Armi, 2012). Dalam hal
ini, amalan mempunyai hubungan yang rapat dengan sikap pelajar (Mohd Zulpakar,
2008). Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan terhadap tugas
atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga rakan sekerja.
Kesedaran terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar dalam
mengurangkan kadar kemalangn di tempat kerja. Oleh itu, kesedaran pelajar terhadap
amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi supaya amalan yang positif
sentiasa tersemat dalam jiwa pelajar itu sendiriagar sekolah dapat melahirkan pekerja
yang berkualiti dan mementingkan keselamatan dalam bidang pekerjaan masing-masing.
Dengan itu, kualiti kerja dapat ditingkatkan sekaligus suasana kerja berjalan dengan
lancar dan selamat.
2.2.2 Amalan nilai
Di samping amalan keselamatan, bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) juga
sinonim dengan amalan nilai kerana PTV merupakan suatu program pendidikan
berasaskan kepada kemahiran psikomotor (Noorden, 2011). Cabaran dalam PTV bukan
sahaja untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang berkemahiran, tetapi juga mewujudkan
pekerja yang sempurna dengan nilai dan etika yang tinggi (Omar, 2008). Oleh kerana
Malaysia sedang mengorak langkah dalam mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020, adalah wajar sistem PTV meningkatkan keupayaannya untuk melahirkan
pelajar yang memiliki nilai-nilai yang baik sebagai panduan dalam segala tindakan.
Latihan atau kerja-kerja amali merupakan salah satu kriteria di dalam Pendidikan
Teknik dan Vokasional (Omar, 2008). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
kerja-kerja amali di dalam bengkel merupakan sebahagian daripada aktiviti yang
mempraktikkan segala teori pembelajaran bagi memperkukuhkan lagi pemahaman
pelajar (A. Rahman, 2004). Menurut Noorden (2011), kerja-kerja amali ini penting
21
untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar apabila mereka menamatkan
pengajian kelak. Oleh itu, nilai-nilai perlu diamalkan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bengkel bagi mewujudkan kesedaran pelajar terhadap keadaan
atau situasi sebenar ketika berada di dalam bengkel semasa menjalankan kerja-kerja
amali.
Nilai mempengaruhi banyak aspek dalam kehidupan, termasuklah cara kita
mentafsir maklumat, menilai situasi dan bertindak untuk mencapai sesuatu tujuan yang
penting. Nilai banyak berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Contohnya, nilai yang
ditunjukkan melalui perbuatan seperti tolong menolong dapat melahirkan sikap
kerjasama dalam diri mereka (Noorden, 2011).Nilai dalam pendidikan sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai yang diamalkan di sekolah akan
membantu pelajar menjadi insan yang bersahsiah dan meletakkan mereka dalam
standard yang tinggi. Nilai dalam pendidikan antara lain adalah nilai yang diamalkan di
dalam bengkel ketika melakukan kerja-kerja amali. Amalan ini penting untuk mencegah
kerugian seperti kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda (Abdul Hadi & Ab
Rahim, 2010)
Kerja-kerja amali yang dijalankan di bengkel adalah terdedah kepada risiko dan
bahaya jika nilai tidak diamalkan dalam diri setiap pelajar. Oleh yang demikian, nilai di
dalam bengkel penting bagi memastikan pelajar berada dalam suasana selesa ketika
menjalankan kerja amali. Di samping itu, nilai juga merupakan langkah yang penting
untuk dipraktikkan oleh pelajar supaya mereka dapat menguruskan bengkel dalam
keadaan yang teratur. Persekitaran tempat kerja yang selesa amat penting dititikberatkan
agar setiap pelajar yang terlibat dengan penggunaan pelbagai peralatan tangan dan mesin
tidak terdedah dengan risiko kemalangan (Noorden, 2011).
Justeru itu, pelajar wajar mempunyai tahap amalan nilai yang tinggi terutama
semasa menjalankan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Selain itu, guru juga
memainkan peranan yang amat penting dalam mengamalkan nilai semasa proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya di bengkel supaya risiko kemalangan dapat
dielakkan. Antara amalan nilai yang diberi penekanan adalah nilai murni kerjasama,
bertanggungjawab, berdisiplin, dan kreatif (Noorden, 2011). Penerapan nilai murni
seperti berhemah tinggi, rajin, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerjasama dan
22
berdikari juga penting semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran amali di
makmal (Omar, 2008).
Di samping itu, enam belas nilai murni telah disenaraikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk diterapkan oleh guru-guru ke dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Diharapkan penerapan amalan nilai ini akan
melahirkan pelajar yang seimbang bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga rohani,
emosi dan jasmani.
2.3 Kemahiran
Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor
terpenting bagi Malaysia untuk mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai
status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Menyedari
keperluan tersebut, kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan bilangan enrolmen
pelajar di institusi pengajian tinggi awam tempatan dalam semua bidang dan peringkat
pengajian. Walau bagaimanapun, pertambahan bilangan graduan sahaja tidak mencukupi
tanpa melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran semasa yang diperlukan oleh
pihak industri dan para majikan (Ismail, 2012).
Hal ini demikian kerana dalam era globalisasi kini, para majikan mementingkan
pekerja yang berkemahiran agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis
pekerjaan dan dalam masa yang sama mempunyai kepelbagaian kemahiran (Mat Hassan,
2009). Perbezaan kemahiran dalam kalangan pelajar lepasan sekolah dan institusi
pengajian tinggi dengan kehendak industri menjadi isu yang dititikberatkan untuk
mendapat pekerjaan. Antara fokus majikan masa kini dalam pengambilan pekerja adalah
terhadap kemahiran kebolehan bekerja (employability)(Madar et al., 2008), kemahiran
insaniahn (Pua, 2014) dan kemahiran amali (Ab Rahman et al., 2010).
23
2.3.1 Kemahiran kebolehan bekerja (employability)
Para majikan di industri hari ini amat mengambil berat tentang kemahiran kebolehan
bekerja bagi para pekerja barunya. Secara umumnya, tidak ada pusat-pusat latihan yang
mempunyai kandungan kurikulum kemahiran kebolehan bekerja secara khusus yang
dapat dijadikan pusat latihan kemahiran bagi menyampaikan maklumat dan pengetahuan
berkaitan dengan kebolehan bekerja (Ismail, 2012). Bagaimanapun, sekolah-sekolah dan
juga institusi latihan adalah berperanan menyerapkan aspek-aspek kemahiran kebolehan
bekerja ini di dalam kurikulum pembelajaran yang telah disediakan. Justeru itu, guru dan
para pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pengetahuan
tentang kemahiran ini melalui aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Hal ini bagi
memastikan kemahiran kebolehan bekerja disemai dan dihayati di dalam diri pelajar
sebelum mereka meninggalkan dunia pendidikan dan memasuki alam pekerjaan.
Kajian bertajuk Kemahiran Employability dalam Kurikulum bagi Memenuhi
Kehendak Industri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaksanakan
oleh Mohammad Khawari (2008) telah menggariskan tiga elemen kemahiran kebolehan
bekerja (employability) yang sangat dikehendaki oleh industri iaitu kemahiran akademik,
kemahiran mengurus diri dan kemahiran berpasukan. Kajian beliau menggunakan Model
Profil Rangka Kerja The Conference Board of Canada (1996) yang bertujuan untuk
membantu bakal-bakal pekerja dan pekerja sedia ada untuk meningkatkan kemahiran
mereka dalam memenuhi kehendak pasaran industri. Model ini telah menggariskan
sembilan kemahiran kebolehan bekerja iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis,
kemahiran berfikir, kemahiran mengurus maklumat, kemahiran matematik, kemahiran
komunikasi, kemahiran bekerja berkumpulan, kemahiran pembelajaran berterusan dan
kemahiran komputer.
Dalam konteks model tersebut, kemahiran akademik merujuk kepada asas
kemahiran kebolehan bekerja (employability) yang diperlukan untuk menjalankan kerja
dengan berkesan untuk mencapai mutu atau kualiti yang terbaik. Antara kemahiran yang
terkandung dalam elemen ini adalah seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
berfikir. Dalam aspek komunikasi, pekerja yang memenuhi kehendak industri mampu
memahami dan boleh bertutur dengan bahasa yang sesuai dengan bidang pekerjaan.
24
Menurut Mohd Dazali dan Awang (2014), komunikasi yang bijak termasuklah dari segi
penulisan yang berkesan dan mudah difahami oleh orang lain. Kemahiran berfikir
memfokuskan kepada pekerja yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif agar sesuatu
masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Kemahiran mengurus diri pula merangkumi aspek sikap dan tingkah laku yang
positif, bertanggungjawab dan boleh menyesuaikan diri dengan segala perubahan yang
berlaku. Pekerja perlu bersikap positif dan menghormati pendapat dan pandangan orang
lain agar sesuatu keputusan dapat dicapai dengan mudah. Manakala menurut Hassan et
al., (2008) dan Mat Assain et al., (2011), kemahiran berpasukan merujuk kepada
kemahiran bekerja dengan orang lain. Dalam hal ini, pekerja seharusnya boleh bekerja
dalam kumpulan yang mungkin berbeza dari segi umur, jantina, agama, bangsa dan
jawatan. Perkara paling penting adalah pekerja mampu memahami orang lain dan boleh
menyumbang ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Selain itu, kertas kerja berjudul Building The Essential Skill In The Workplace
yang telah diterbitkan oleh The Conference Board Of Canada (1996) telah
menggariskan sembilan kemahirankebolehan bekerja (employability) yang utama iaitu
kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran matematik, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berkumpulan, kemahiran komputer,
kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus maklumat dan kemahiran pembelajaran
berterusan. Oleh itu, Madar et al., (2008) dalam penulisannya menegaskan bahawa
kemahiran kebolehan bekerja ini telah telah menjadi agenda penting negara dan menjadi
tanggungjawab institusi-institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang
mempunyai daya saing yang tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Justeru itu,
kemahiran kebolehan bekerja ini wajar diterapkan di peringkat sekolah lagi agar dapat
melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan.
2.3.2 Kemahiran amali
Pendidikan Teknikal dan Vokasional merupakan bidang pendidikan yang menyediakan
sumber guna tenaga teknikal yang berkebolehan serta berkemahiran dalam
pengkhususan teknikal dan vokasional apabila memasuki alam pekerjaan. Namun
100
RUJUKAN
A Rahman, K. (2004). Amalan Keselamatan dalam Makmal dan Bengkel Elektrik di
Politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN): Satu Tinjauan. Dicapai
pada Mei 14, 2015 dari
http://eprints.uthm.edu.my/884/1/24_Pages_from_Amalan_Keselamatan
dalam_Makmal_dan_Bengkel_Elektrik_di_Politeknik_dan Institusi_Kem.pdf.
Ab Rahman, A., Esa, A. & Wan Ahmad, W. M. R. (2010). Latihan kemahiran di industri
kecil dan sederhana (IKS) kepada pelatih SLDN. Persidangan Kebangsaan
Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan. UTHM, Johor. m.s 212-217.
Abd Hamid, M. A, Maalip, H., Aloma, P., Mohd. Yusof, S., Boon, Y., Mohd. Nasir, Z.
& Hassan, Z. (2001). Pengenalan kepada Penulisan Ilmiah. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Abd Rahman, S. H., Mat Jusoh, Z. Y., Muhammad Serji, R. & Salleh, M. (2015).
Faktor-faktor kepuasan majikan terhadap pelajar latihan industri di institusi
pengajian tinggi: Satu sorotan. E-Proceeding of the 2nd International
Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015. Kuala
Lumpur, Malaysia. m.s 619-627.
Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdul Hadi, F. & Ab Rahim, R. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel di Kalangan
Pelajar Semasa Menjalankan Kerja Amali di Bengkel Kayu. Dicapai pada Mei
12, 2015 dari http://fadhlanhadi.blogspot.com/2013/02/amalan-keselamatan-di-
bengkel.html.
Abdul Majid Khan, A. R. (2007). Guru sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
101
Abdul Rahman, M. A & Abdul Wahab, M. Z. (2000). Pengetahuan dan Pengamalan
Keselamatan Bengkel di kalangan Pelajar di Sebuah Institut Kemahiran Belia
Negara di Negeri Terengganu. Dicapai pada April 15, 2015 dari
http://eprints.utm.my/10999/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Keselamatan_Be
ngkel_Dikalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Belia_Negara_Di_N
egeri_Terengg.
Abdul Rahman, M. A & Muniandi, E. L. (2007). Amalan Peraturan Keselamatan
Bengkel dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institut Kemahiran Mara. Dicapai
pada Mei14, 2015 dari
http://eprints.utm.my/10856/1/Amalan_Peraturan_Keselamatan_Bengkel_Dalam
_Kalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Mara.pdf.
Abu Bakar, N. N., Hamzah, R. & Udin, A. (2011). Cabaran-cabaran dalam pendidikan
teknik dan vokasional dalam membangunkan sumber manusia. Journal of
Edupres. 1(1): 159-161.
Abu Bakar, Z. & Mohd Zulpakar, K. A. (2008). Amalan Keselamatan Bengkel di
Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa
Melakukan Kerja-Kerja Amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Universiti, Johor. Dicapai pada Mei 14, 2015 dari
http://eprints.utm.my/11333/1/Amalan_Keselamatan_Bengkel_Di_Kalangan_Pel
ajar.pdf
Abu Bakar, Z. & Mohd Husnan, H. (2008). Kepentingan Kemahiran Pengajaran Amali
dalam Pengajaran. Dicapai pada November 29, 2015 dari
http://eprints.utm.my/10530/1/Kemahiran_Guru_Pelatih_Empat_SPH_Dalam_P
engajaran_Amali_Di_Fakulti_Pendidikan.pdf
Annamalai, R. (2000). Tahap Kesedaran Kerjaya Pelajar India di Dua Buah Sekolah
Menengah di Pelabuhan Klang. Universiti Malaya: Tesis Sarjana.
Arbaa, R., Jamil, H. & Abd Razak, N. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya
dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan
perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia.
35(2): 61-69.
102
Arifin, N. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Sikap, Pengetahuan dan Kemahiran
dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik di Batu
Pahat, Johor. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Tesis Sarjana.
Armi, A. N. (2012). Kajian Amalan Keselamatan di Bengkel Sekolah Menengah
Vokasional dalam Negeri Kelantan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.
Asri, N. (2013). Penerapan Pengajaran dan Pembelajaran melalui Amalan Bengkel
dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah bagi Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2010). Buku Maklumat Kemasukan ke
Sekolah Menengah Teknik Vokasional Tahun 2010. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2011). Pelan Strategik Transformasi
Pendidikan Vokasional. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar. (2014). Perangkaan
Pendidikan Negara: Sektor Pengajian Tinggi 2013. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Buntat, Y. & Mat Nasir, N. S. (2011). Faktor-faktor yang mendorong kreativiti di
kalangan pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational
Psychology and Counseling, 6(1), 175-208.
Buntat, Y. & Sharif, F. (2006). Aspirasi Kerjaya Para Pelatih Institut Kemahiran Mara
(IKM) Johor Bahru Terhadap Latihan yang Diikuti. Dicapai pada Jun 10, 2015
dari eprints.utm.my/2270/1/Faizah.pdf.
Che Harun, H. (2010). Kecenderungan Pelajara Vokasional Melanjutkan Pelajaran ke
Institut Latihan Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.
Che Rusli, M. A. (2013). Bagaimanakah Keberkesanan Pengajaran Berteraskan Amali
dalam Subjek Kemahiran Hidup Mampu Memberi Kefahaman dan Penguasaan
103
kepada Pelajar Bermasalah di Sekolah Menengah Harian Biasa. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1: Kaedah Penyelidikan.
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 2: Asas Statistik
Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Daud, D. (2012). Kesedaran terhadap Peluang Melanjutkan Pengajian ke Institut
Latihan Vokasional dalam Kalangan Pelajar SMV di Johor. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Damahuri, N. A. (2012). Kreativiti Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Aliran
Vokasional dan Aliran Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.
Dewan Bahasa dan Pustaka.(2012). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa
dan Pustaka. Dicapai pada Mei 5, 2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/
Esa, A. & Mohd Fadzil, A. S. (2012). Aspek Pengetahuan dan Sikap terhadap Nilai di
Bengkel Institut Latihan Awam Malaysia. Seminar Penyelidikan Kementerian
Pengajian Tinggi 2012. Hotel Residence Uniten, Selangor. m.s 1-11.
Gan, C.K. (2004). Amalan Keselamatan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Kursus
Amalan Bengkel Mesin Aliran Vokasional. Satu Tinjauan Di Sekolah-Sekolah
Menengah Teknik di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek
Sarjana Muda.
Hamid, N. H. (2012). Aspirasi Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Bermasalah
Pendengaran di Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Hassan, H., Ahmad, R. & Bahari, A. (2008). Kemahiran Insaniah dan Kepentingan
Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. Dicapai pada
November 28, 2015 dari
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/5842/1/Kemahiran%2
0insaniah%20dan%20kepentingan%20penerapannya%20dalam%20program%20
baktisiswa%20perdana%20UniMAP.pdf
104
Husin, M. Z. (2009). Isu-isu Semasa dalam PTV: Pelaksanaan Program Mata Pelajaran
Vokasional di Sekolah Harian. Dicapai pada Mei 6, 2015 dari
https://www.scribd.com/doc/25389986/ISU-MPV.
Husain, M. Y., Rasul, M. S, Mustapha, R., A. Malik, S. & Abd. Rauf, R. A. (2013).
Tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari perspektif majikan.
Jurnal Teknologi, 62(1): 31-39.
Ibrahim, I. (2008). Kesediaan Pelajar dalam Perlaksanaan Amali Kejuruteraan Awam
di Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Ibrahim, N. H. (2013). Tinjauan Keperluan Guru Pembantu dan Kesan Terhadap Beban
Tugas Guru Mata Pelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Idid, S. A. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc-
Graw Hill Education Malaysia Sdn. Bhd.
Ismail, K. (2006). Guru dan Pengajaran Efektif. Pelita Bahasa. Mei. 21-23.
Ismail, S. & Yassin, F. (2010). Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional di
Sekolah Menengah Negeri Johor. Dicapai pada April 17, 2015 dari
http://eprints.utm.my/10497/1/Kekangan_Pelaksanaan_Mata_Pelajaran_Vokasio
nal_DiSekolah_Menengah_Negeri_Johor.pdf.
Ismail Gani, A. W, Siarap, K., & Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer dalam
Pengajaran Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian
Kes di Pulau Pinang. Jurnal Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2.
Juhaidie, Z. J. (2001). Kefahaman Keselamatan Bengkel di KUiTTHO: Satu Kajian Kes
Terhadap Sikap Pelajar Kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Kolej
Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.
Kadir, N. A. H. (2007). Tanggapan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di Sekolah Menengah Akademik Harian. Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn: Tesis Sarjana.
105
Kamarulzaman, N. F. (2014). Kekangan-kekangan Pusat Latihan Kemahiran dalam
Pengendalian Program Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis
Sarjana.
Kamis, A. (2009). Minat, Aspirasi Kerjaya dan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Rekaan
dan Jahitan Pakaian dalam Kalangan Murid. Universiti Putra Malaysia: Tesis
Sarjana.
Kamsah, M. Z. (2004). Developing Generic Skills in Classroom Environment:
Engineering Student’s perspective. Centre for Teaching and Learning: Universiti
Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kasa, Z. & Bakar, A. R. (2004). Aspirasi pekerjaan pelajar kejuruteraan sekolah
menengah teknik. Jurnal Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(1): 53-59.
Lay, Y. F. & Khoo, C. H. (2009). Pengenalan kepada Analisis Data Berkomputer
dengan SPSS 16.0 for Windows. Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.: Selangor
Madar, A. R., Kamaruddin, N. A. & Puteh, S. (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan di politeknik-
politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar
Pendidikan JPPG 2005. Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn. 52-58.
Madar, A. R., Abd Aziz, M. A., Abd. Razzaq, A. R., Mustafa, M. Z. & Buntat, Y.
(2008). Kemahiran employability bagi memenuhi keperluan industri. Seminar
Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008. Hotel
Mahkota, Melaka.
Makhbul, Z. M., Yussof, I. & Awang, A. H. (2012). Kriteria pengambilan dan pemilihan
graduan dari perspektif Pengurusan Sumber Manusia. Jurnal Personalia Pelajar.
15(1): 1-11.
Masduki, S. (1997).Motivasi, Komitmen dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah
Menengah. Universiti Utara Malaysia: Tesis Sarjana.
Mat Assain@Hashim, F & Mat Safar, H. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah di
Sekolah Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan. Dicapai pada Mei 19,
106
2015 dari
http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/20111007_fadilah_hasmadi.pdf.
Mat Hassan, M. H. H. (2009). Penguasaan Kemahiran Amali Kejuruteraan dalam
Kalangan Pelajar Politeknik Kota Bharu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
Tesis Sarjana.
Minghat, A. D. & Sikh Mohamad, R. (2010). Kesediaan Pelajar dalam Mengikuti Mata
Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah
Jerantut Pahang. Dicapai pada April 24, 2015 dari
http://eprints.utm.my/11172/1/Kesediaan_Pelajar_Dalam_Mengikuti_Mata_Pelaj
aran_Vokasional_Di_Sekolah_Menengah_Harian_Luar_Bandar_Daerah_Jerantu
t.pdf
Mohamad, B., Abdullah, M. Y., Zain, S., Ambotang, A.S., Taat, M. S., & Talip, R.
(2011). Pendidik dan Pendidikan Vokasional: Pendekatan dan Cabarannya
dalam Memenuhi Peluang Kerjaya di Malaysia. Dicapai pada Mei 16, 2015 dari
http://eprints.ums.edu.my/1503/1/nc0000000490.pdf
Mohamad, M. H., Radzali, M. A . & Azhar, F. (2008). Aspirasi kerjaya di kalangan
pelajar Kolej Komuniti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat
Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad, M. H. (2016). Aspirasi Kerjaya di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Mohamed, O., Mahyuddin, R. & Mohd Isa, A. M. (1995). Asas Pendidikan IV : Sekolah
dan Perkembangan Kanak-Kanak. Petaling Jaya : Longman Malaysia.
Mohamed, M. N. (1992). Pengantar Psikologi: Suatu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan
Tingkahlaku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Khawari, S. (2008). Kemahiran Employability dalam Kurikulum bagi
Memenuhi Kehendak Industri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Mohd Atan, R. & Noordin, S. (2007). Hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar
tingkatan empat dalam tajuk daya. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. 1(1), 50-60.
107
Mohd Dazali, N. S. & Awang, M. I. (2014). Tahap kemahiran komunikasi dalam
kalangan pelajar sarjana muda pendidikan IPTA di utara Semenanjung Malaysia.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM. 4(2):44-56.
Mohd. Hadi, M. F. (2014). Amalan Keselamatan dan Kesihatan Pelajar Kejuruteraan
Mekanikal Semasa Latihan Industri. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
Tesis Sarjana.
Mohd. Jelani, A. (2007). Pelaksanaan Latihan Industri Dalam Meningkatkan
Kebolehkerjaan: Satu Kajian Kes Pelajar-Pelajar Bidang Perhotelan di
Politeknik Johor Baharu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohd Noah. S. (2008). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. UPM, Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Said, N. H. & Kuppusamy, C. (2010) . Hubungan Sikap (Komitmen, Emosi,
Berwawasan) dengan Pencapaian Akademik Pelajar PKPG ( SPT, SPN, SPH )
Tahun Akhir di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Dicapai pada Mei 25, 2015
dari
http://eprints.utm.my/11186/1/Hubungan_Sikap.pdf
Mohd. Salleh, K., Ibrahim, W. N. H., Sulaiman, N. L., Ibrahim, B. & Mustafa, M. Z.
(2008). Kemahiran Employability dalam Kalangan Mahasiswa dan Pensyarah:
Perbandingan dengan Industri. Dicapai pada Mei 2, 2015
darihttp://eprints.uthm.edu.my/2317/1/Kemahiran_Employability_Dalam_Kalan
gan_Mahasiswa_Dan.Pdf8.
Mohd Rhouse, S. & Abd. Razak, A. (2006). Persepsi Ahli Akademik dan Majikan
tentang Kemahiran yang Perlu Dimiliki oleh Siswazah Pengurusan Perniagaan
dalam Menepati Kehendak Pasaran. Dalam: Menanggapi Keberkesanan dan
Perubahan. Universiti Pendidikan Sultan Idris: pp.1-10.
Mohd Zulpakar, K. A. (2008). Amalan Keselamatan Bengkel di kalangan Pelajar-
pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup semasa Melakukan Kerja-kerja
Amali di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Universiti Teknologi
Malaysia: Laporan Projek Sarjana Muda.
108
Mustafa, M. Z., Mohd Nor, N., Mohd Salleh, K., Madar, A. R., Ibrahim, B., Sulaiman,
N. & Razzaq, A. R. (2008). Pelaksanaan Modul Soft Skills di Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dicapai pada Mei 13, 2015 dari
http://eprints.uthm.edu.my/2315/1/Pelaksanaan_Modul_Soft_Skills_di_Politekni
k_Kementerian.pdf 2008
Mustapha, H. (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4
STP (Kejuruteraan Awam/Jentera/Elektrik/Kemahiran Hidup) di Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai: Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Nasharudin, N. & Harun, H. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(1):
11-17.
Noorden, M. H. (2011). Amalan Nilai dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bengkel
Sekolah Menengah Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.
Nordin, N. (2012). Elemen-elemen Emosi dalam Bidang Kerjaya Pereka
Fesyen.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Omar, A. (2008). Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda
Pendidikan Teknik dan Vokasional Semasa Menjalankan Amali di Makmal.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Pua, P. K. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan
Tahun Akhir di Politeknik KPM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.
Portal Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Rasional Kolej Vokasional. Dicapai
pada April 27, 2015 dari
http://www.kvdlm.edu.my/portal/attachments/article/53/a)%20%20rasional%20
KV.pdf.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Penerangan dan Panduan Penawaran Mata
Pelajaran Vokasional di sekolah Menengah Akademik Harian. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
109
Razak, N. A. (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah Melalui Pembelajaran Koperatif
dalam Mata Pelajaran Pengurusan Kokurikulum di Fakulti Pendidikan Teknikal.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Selamat, K., Buntat, Y. & Rajuddin, M. R. (2003). Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di
Sekolah Menengah Harian: Penyediaan Guru MPV, Isu dan Cabaran. Dicapai
pada April 17, 2015 dari
http://eprints.utm.my/2282/1/kertas_kerja_3_%28MPV%29.pdf
Suradin, A., Salehuddin, M. N, Mustafa, M. Z., Abd. Razzaq, A. R. Madar, A. R., &
Ab. Hadi. Y. (2010). Persepsi Ibu Bapa terhadap Pendidikan Vokasional.
Dicapai pada April 23, 2015 dari http://eprints.uthm.edu.my/3201/1/95.pdf
Suratman, A. S. & Mohd Rosli, M. F. A. (2010). Persepsi Pelajar SPI Terhadap Amalan
Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran. Dicapai pada Mei 1, 2015 dari
http://eprints.utm.my/10256/2/Mohd_Fariiqul_Amin_Bin_Mohd_Rosli.Pdf.
The Conference Board of Canada. (2005). Building Essential Skill in the Workplace.
Canada:. Human Resources and Development Canada.
Utah, A. R. (2013). E-book SPSS Versi 21.0: IBM SPSS Statistics for Window. Pejabat
Teknologi Maklumat: UTHM.
Yaapar, S, Sipon, M. & Mohd Daud, S. (2013). Kesediaan pelajar Kolej Komuniti
Selayang dari aspek minat dan sikap terhadap bidang kemahiran Pendidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) dalam sistem modular kebangsaan. Seminar
Pascasiswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2013). Fakulti Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia. 613-629.
Yahaya, A. & Boon, Y. (2010). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya dengan
Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. Dicapai pada Mei 29, 2015 dari
http://eprints.utm.my/2265/1/Aziziyahaya_Kecerdasan_Emosi_Dan_Hubungan_
Pencapaian.Pdf.
Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. (2000). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian
Pelajar dalam Mata Pelajaran Matematik: Sejauh Manakah Hubungan Ini
Relaven? Dicapai pada 14 Mei, 2015 dari
http://eprints.utm.my/2355/1/Aziziyahaya_Sumbang_Sikap_terhadap_matematik
110
Yahidi, S. H. I. (2012). Penerimaan Pelajar Sekolah Menengah Harian terhadap Mata
Pelajaran Vokasinal (MPV) di Hulu Terengganu. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Tesis Sarjana.
Zulkarnain, Z. Saim, M. & Abd. Talib, R. (2011). Hubungan antara Minat, Sikap dengan
Pencapaian Pelajar dalam Kursus CC301 – Quantity Measurement. Dicapai pada Mei 4,
2015 dari http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/1edusem12.pdf
top related