persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan...
Post on 29-Mar-2019
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM
TERHADAP PEMBAYARAN CAJ PERKHIDMATAN DALAM
PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI
NASIONAL (PTPTN)
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTMTERHADAP PEMBAYARAN CAJ PERKHIDMATAN DALAM PINJAMANPERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN).
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL E(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:NO. 19, JLN PERLING 2, DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMANTAMAN PERLING, Nama Penyelia85000 SEGAMAT,JOHOR.
Tarikh: 28/04/2009 Tarikh: 28/04/2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : ___________________________
Nama Penyelia : DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN
Tarikh : 28/04/2009
i
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTMTERHADAP PEMBAYARAN CAJ PERKHIDMATAN DALAMPINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI
NASIONAL (PTPTN)
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripadasyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)Laporan projek ini dikemulkakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Pengajian Islam)
Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ___________________________
Nama Penulis : MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL
Tarikh : 28/04/2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
TuhankuKusyukuri setiap anugerah pemberianMu
Redhakanlah kehidupanku dunia dan akhirat
Ku abadikan halaman istimewa ini buat…….Insan-insan yang paling bermakna di dalam hidup ini
Abah & Mama tercinta :Mohd Jalil Bin Hj. Bajuri & Suriawati Binti Sujak
Doa..Pengorbanan..Semangat & Kasih sayang kalianBuat aku teguh di sini
Adinda yang dikasihi :Siti Nur Fairuz, Mohd Faiz & Siti Nur Faezah
Tawa & tangis bersulam menjadi satu
Para Pensyarah..Fakulti Pendidikan & Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Terima Kasih di atas ilmu yang diberikanSemoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan
Sahabat-sahabat sejatiku…A.Taupik, Ain, Amin, Azuat, Azubir, Fahmie, Rajie, Shaiful & Syukri
Moga rahmat IlahiSentiasa mendampingi
Perjalanan kehidupan ini...
iv
PENGHARGAAN
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "
Kupanjatkan jutaan syukur padaMu Ya Allah, dengan taufiq dan hidayah
serta kekuatan dan kesabaran yang Kau himpunkan padaku, sempurnalah Projek
Sarjana Muda yang bertajuk "Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan UTM
Terhadap Pembayaran Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)"
Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Arieff Salleh Bin Rosman selaku
penyelia yang tidak pernah jemu dan telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar sepanjang PSM ini. Segala nasihat, teguran serta tunjuk ajar beliau merupakan
jalan penyelesai bagi menyiapkan kajian ini.
Ucapan penghargaan juga terima kasih yang tidak terhingga buat kakitangan
Fakulti Pendidikan serta Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS),
Universiti Teknologi Malaysia atas kerjasama dan segala bantuan yang diberikan
sepanjang penyelidik menyiapkan kajian ini.
Tidak lupa buat teman-teman yang banyak membantu serta berkongsi idea,
pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung serta keluarga tercinta yang banyak
memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kajian ini. Semoga segala kerjasama
yang diberikan akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah pihak yang
bertanggungjawab dalam memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar
melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) dan mentadbir pembayaran semula pembiayaan serta pinjaman pelajaran.
Kepentingan kajian ini untuk memberi kesedaran kepada pihak pelajar yang
menuntut di IPT tentang caj perkhidmatan yang dikenakan dalam pinjaman pelajaran
tersebut serta memberi peringatan kepada pihak PTPTN bahawa caj perkhidmatan
yang dikenakan ke atas setiap pinjaman pelajaran tersebut adalah termasuk dalam
unsur lebihan atau riba. Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti faktor yang
mendorong pelajar membuat pinjaman PTPTN, mengenal pasti tahap pengetahuan
pelajar terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN dan untuk
mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kesan pembayaran caj perkhidmatan dalam
pinjaman PTPTN. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan kaedah serta data yang
digunakan adalah bersifat kuantitatif. Seramai 122 orang reponden terdiri daripada 5
kursus pelajar tahun empat yang berlainan di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini
menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data kajian dan memproses data yang
diperolehi dengan menggunakan perisian SPSS version 14.0. Hasil kajian
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai faktor yang tersendiri untuk
membuat pinjaman PTPTN dengan catatan min sebanyak 3.71. Namun, kajian juga
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap pembayaran caj
perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN adalah tinggi mencatatkan min 3.77.
Pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN juga dapat memberikan kesan
kepada pelajar berdasarkan catatan min 3.98.
vi
ABSTRACT
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) is a government agency
responsible in providing financial assistance to students furthering their study in
Institut Pengajian Tinggi (IPT) and also in managing payment of education loans.
The importance of this research is to inform students about the service tax charged
by PTPTN and also to attract the attention of PTPTN that their service tax is
associated with riba. The objectives of this research is to determine the factors
causing students to take the PTPTN loans, the students knowledge about the interest
payment in PTPTN loans and also the students’ perception about the effect of paying
the interest of PTPTN loans. This research uses a descriptive methodology while the
data obtained are quantitative in nature. 122 respondents from fourth year students
from 5 courses at the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor were chosen as sample for this study. This research uses questionnaires in or
order to obtain research data and the data obtained is processed using SPSS version
14.0 software. The result shows that most students have their own reasons to take the
PTPTN loans with a mean result of 3.71. It was also discovered that the students
knowledge about interest payment in PTPTN loans is high with mean result of 3.77.
Finding also shows that the interest payment in PTPTN loans can effect the students
with a mean result of 3.98.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Kesimpulan 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Syarat-syarat Pinjaman PTPTN 12
2.3 Amaun Pinjaman Pendidikan PTPTN 13
2.4 Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 13
viii
2.5 Faktor-faktor Pelajar Meminjam PTPTN 16
2.6 Pinjaman Menurut Fiqh Islam 17
2.6.1 Definisi Pinjaman 17
2.7 Hukum Perlaksanaan Amalan Pinjaman 19
2.8 Amalan Pinjaman Menurut Islam 20
2.9 Amalan Pinjaman Pada Zaman Jahiliah 22
2.10 Kategori Pinjaman 22
2.10.1 Pinjaman Tidak Produktif 23
2.10.2 Pinjaman Produktif 24
2.11 Faktor Pinjaman 25
2.11.1 Kekurangan Modal 25
2.11.2 Kekurangan Tabungan 26
2.11.3 Kemiskinan 26
2.12 Sumber Pinjaman 26
2.12.1 Orang Perseorangan 26
2.12.2 Kerajaan 27
2.12.3 Bank-bank Perdagangan 27
2.13 Riba 27
2.14 Larangan Allah Terhadap Riba 29
2.15 Pengharaman Riba 32
2.16 Kesan Riba 33
2.16.1 Akhlak 33
2.16.2 Ekonomi 34
2.16.2.1 Peminjam Penggunaan 34
2.16.2.2 Peminjam Pengeluaran 35
2.16.3 Sosial 35
2.17 Urus Niaga Riba 36
2.17.1 Riba al-Nasi’ah 36
2.17.1.1 Unsur Riba dalam
Riba al-Nasi’ah 37
2.17.2 Riba al-Fadl 38
2.18 Perbezaan antara Riba al-Nasi’ah
dengan Riba al-Fadl 38
2.19 al-Qard al-Hasan 39
ix
2.20 Takrifan al-Qard al-Hasan 39
2.20.1 Dari Sudut Bahasa 39
2.20.2 Dari Sudut Syarak 40
2.21 Pandangan Mazhab tentang Lebihan
Pembayaran dalam al-Qard al-Hasan 42
2.21.1 Mazhab Hanafi 43
2.21.2 Mazhab Maliki 43
2.22 Caj Perkhidmatan dalam Pinjaman PTPTN 44
2.23 Riba Nasi’ah dalam Caj PTPTN 47
2.24 Kajian Lepas 48
2.25 Kesimpulan 50
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Reka Bentuk Kajian 51
3.3 Tempat Kajian 52
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 52
3.5 Instrumen Kajian 54
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 54
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 57
3.6 Prosedur Kajian 57
3.7.1 Kajian Rintis 58
3.7.2 Kajian Sebenar 59
3.7 Analisis Data 60
3.8 Kesimpulan 61
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 62
4.2 Bahagian A: Analisis Latar BelakangResponden 63
4.3 Bahagian B: Analisis Data Berkaitan Faktor
yang Mendorong Pelajar Membuat
Pinjaman PTPTN 66
4.4 Bahagian C: Analisis Data Berkaitan
Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap
x
Pembayaran Caj Perkhidmatan dalam
Pinjaman PTPTN 73
4.5 Bahagian D: Analisis Data Berkaitan
Persepsi Pelajar Terhadap Kesan
Pembayaran Caj Perkhidmatan dalam
Pinjaman PTPTN 79
4.6 Analisis Keseluruhan dan
Rumusan Min Dapatan Kajian 86
4.6.1 Dapatan Kajian Terhadap Faktor
yang Mendorong Pelajar Membuat
Pinjaman PTPTN 86
4.6.2 Dapatan Kajian Tentang
Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap
Pembayaran Caj Perkhidmatan dalam
Pinjaman PTPTN 89
4.6.3 Dapatan Kajian Berkaitan Persepsi Pelajar
Terhadap Kesan Pembayaran Caj
Perkhidmatan dalam Pinjaman PTPTN 91
4.7 Kesimpulan 94
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 95
5.2 Perbincangan 96
5.2.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 96
5.2.2 Bahagian B, C dan D 97
5.2.2.1 Bahagian B (Faktor yang
Mendorong Pelajar Membuat
Pinjaman PTPTN) 98
5.2.2.2 Bahagian C (Tahap Pengetahuan
Pelajar Terhadap Pembayaran
Caj Perkhidmatan dalam
Pinjaman PTPTN) 102
5.2.2.3 Bahagian D (Persepsi Pelajar
Terhadap Kesan Pembayaran
xi
Caj Perkhidmatan dalam
Pinjaman PTPTN) 106
5.3 Rumusan 110
5.4 Cadangan-cadangan 111
5.4.1 Kementerian Pengajian Tinggi 111
5.4.2 Pengurusan dan Pentadbiran Universiti/IPT 112
5.4.3 Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) 112
5.4.4 Pelajar 113
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 114
5.6 Penutup 115
BIBLIOGRAFI 116
LAMPIRAN 121
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah Populasi dan Tahun Program 53
3.2 Maklumat setiap bahagian soal selidik 55
3.3 Pengkelasan Skala Likert 56
3.4 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 56
3.5 Pengkelasan Maklumbalas 60
3.6 Skala Pemeringkatan Likert untuk min 60
3.7 Peringkat mata nilai 61
4.1 Taburan responden mengikut kursus 63
4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 63
4.3 Taburan responden berdasarkan umur 64
4.4 Taburan responden berdasarkan agama 64
4.5 Taburan responden berdasarkan taraf pendidikan 65
4.6 Taburan responden berdasarkan jumlah pinjaman 65
4.7 Taburan Skor Bagi Item 1 66
4.8 Taburan Skor Bagi Item 2 67
4.9 Taburan Skor Bagi Item 3 67
4.10 Taburan Skor Bagi Item 4 68
4.11 Taburan Skor Bagi Item 5 68
4.12 Taburan Skor Bagi Item 6 69
4.13 Taburan Skor Bagi Item 7 69
4.14 Taburan Skor Bagi Item 8 70
4.15 Taburan Skor Bagi Item 9 70
4.16 Taburan Skor Bagi Item 10 71
4.17 Taburan Skor Bagi Item 11 71
4.18 Taburan Skor Bagi Item 12 72
4.19 Taburan Skor Bagi Item 13 72
4.20 Taburan Skor Bagi Item 14 73
4.21 Taburan Skor Bagi Item 15 73
4.22 Taburan Skor Bagi Item 16 74
4.23 Taburan Skor Bagi Item 17 74
xiii
4.24 Taburan Skor Bagi Item 18 75
4.25 Taburan Skor Bagi Item 19 75
4.26 Taburan Skor Bagi Item 20 76
4.27 Taburan Skor Bagi Item 21 76
4.28 Taburan Skor Bagi Item 22 77
4.29 Taburan Skor Bagi Item 23 78
4.30 Taburan Skor Bagi Item 24 78
4.31 Taburan Skor Bagi Item 25 79
4.32 Taburan Skor Bagi Item 26 80
4.33 Taburan Skor Bagi Item 27 80
4.34 Taburan Skor Bagi Item 28 81
4.35 Taburan Skor Bagi Item 29 81
4.36 Taburan Skor Bagi Item 30 82
4.37 Taburan Skor Bagi Item 31 82
4.38 Taburan Skor Bagi Item 32 83
4.39 Taburan Skor Bagi Item 33 83
4.40 Taburan Skor Bagi Item 34 84
4.41 Taburan Skor Bagi Item 35 84
4.42 Taburan Skor Bagi Item 36 85
4.43 Taburan Skor Bagi Item 37 85
4.44 Dapatan Kajian Pelajar Terhadap Faktor yang
Mendorong Pelajar Membuat Pinjaman PTPTN 86
4.45 Dapatan Kajian Tentang Tahap Pengetahuan
Pelajar Terhadap Pembayaran Caj Perkhidmatan
dalam Pinjaman PTPTN 89
4.46 Dapatan Kajian Berkaitan Persepsi Pelajar
Terhadap Kesan Pembayaran Caj Perkhidmatan
dalam Pinjaman PTPTN 91
xiv
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH
AAOIFI : Accounting & Auditing Organization For Islamic Financial
Institutions
CIMB : Commerce International Merchant Banker
et al : et alii (lebih dari tiga orang penerbit)
IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS : Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JPA : Jabatan Perkhidmatan Awam
KPT : Kementerian Pengajian Tinggi
KS : Kurang Setuju
LHDN : Lembaga Hasil Dalam Negeri
LKIM : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
MARA : Majlis Amanah Rakyat
MFK : Majlis Fatwa Kebangsaan
No.KP : Nombor Kad Pengenalan
PTPTN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
r.a. : Radhiyallahu ’anhu/ha
RISDA : Rubber Industry Smallholders’ Development Authority
S : Setuju
s.a.w : Sallallahu ’Alaihi Wasallam
SS : Sangat Setuju
SSPN : Sijil Simpanan Pendidikan Nasional
SPC : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPI : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Peng. Islam)
SPL : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPP : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPS : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS : Statistical Packages for Social Science
STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS : Sangat Tidak Setuju
S.W.T : Subhanahu Wa Ta’ala
xv
TS : Tidak Setuju
UM : Universiti Malaya
USIM : Universiti Sains Islam Malaysia
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekitar tahun 1980-an, rata-rata pelajar yang mendapat peluang menyambung
pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi (Diploma atau Ijazah) di dalam atau di luar
negeri meningkat dengan mendadak. Hasil usaha gigih pelajar, maka peluang untuk
menyambung pelajaran terbuka luas. Maka, berbondong-bondonglah pelajar kita yang
pergi menuntut ilmu. Ada yang mendapat peluang di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) tempatan namun bilangan yang mendapat peluang ke luar negara adalah tinggi.
Kebanyakan daripada mereka ini mendapat tajaan daripada pihak yayasan negeri,
biasiswa kerajaan ataupun tajaan pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Kini setelah 30 tahun masa berlalu, biasiswa yang dahulunya diberikan kepada
pelajar cemerlang telah tiada. Pinjaman MARA seakan kontang dan susah untuk
diperolehi. Ada keluarga pelajar yang terpaksa meminjam wang dari bank, along (lintah
darat) atau ceti haram semata-mata untuk memungkinkan anak mereka mendapat
pelajaran di peringkat tinggi. Maka, beberapa kekecohan berlaku sehingga menuntut
2
diwujudkan satu tabung untuk membiayai pendidikan pelajar. Satu tabung yang dikenali
sebagai Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (TPTN) yang dikendalikan oleh satu badan
yang telah diperbadankan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) yang telah ditubuhkan pada tahun 1997. (Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional» www.e-kerjaya.com bertarikh 19 Julai 2008)
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada asasnya perjalanan tabung ini berjalan dengan lancar. Namun seperti biasa,
dimana ada lubuk emas (kewangan) semestinya ada pihak yang akan mengambil
peluang. Malah, ada pihak yang mengkaji kelemahan tabung ini dan memanipulasi
pinjaman dari tabung ini. Terdapat juga pelajar yang berpakat dengan pihak ketiga
semata-mata untuk mendapatkan wang percuma dari tabung ini kerana kadar caj
perkhidmatan yang rendah berbanding dengan pihak bank komersial. Kini, setelah ramai
yang memanipulasikan tabung ini (lebih 10,000 peminjam), maka tabung yang berduit
ini telah kering-kontang. Apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa daripada tinggalan
pinjaman yang masih berbaki.(sumber PTPTN-perlukan-penjamin.htm bertarikh 4
September 2007)
Kelemahan PTPTN adalah daripada aspek pengurusan kutipan (pungutan) dan
penguatkuasaan. Jika PTPTN sejak dari dahulu menggunakan kaedah yang tepat,
mungkin kini PTPTN tidak akan berhadapan dengan masalah ini. Ini kerana bagi
menampung kembali jumlah pinjaman yang telah dipinjam oleh pelajar-pelajar
terdahulu, PTPTN telah mengenakan caj perkhidmatan kepada semua peminjamnya
seperti yang terdapat dalam surat perjanjian. Pinjaman PTPTN merupakan satu kontrak
di antara pelajar dan pihak PTPTN yang bertanggungjawab menyediakan bantuan
kewangan atau pinjaman bagi para pelajar yang layak. Maka, disini jelaslah bahawa
kontrak yang berlaku di antara pelajar dan pihak PTPTN adalah kontrak hutang (sumber
3
isu-riba-dalam-ptptn.html oleh Mohd Khairul Naim Che Nordin bertarikh 26 Julai
2008). Hal ini menimbulkan masalah kepada peminjam, semakin lama mereka mengikat
tempoh bayaran balik semakin tinggilah kadar caj perkhidmatannya. Dalam hal ini,
penyelidik telah memasukkan contoh pinjaman serta kadar bayaran kembali pinjaman
tersebut.
Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengambil kontrak
pinjaman PTPTN bernilai RM19,000 diwajibkan membayar balik sebanyak
RM23,083.89 setelah ditambah lebihan 3% bagi tempoh pembayaran 10 tahun.
Manakala bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mengambil
pinjaman sebanyak RM60,000 selama tiga tahun dikenakan bayaran balik sebanyak
RM87,261.17. (isu-riba-dalam-ptptn.html oleh Mohd Khairul Naim Che Nordin
bertarikh 26 Julai 2008)
Selain itu, menurut surat bertarikh 15 Januari 2007 yang telah diberikan kepada
salah seorang peminjam PTPTN yang bertajuk “Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
PTPTN” menyatakan jumlah pinjaman yang dipinjam selama tiga tahun tempoh
pengajian di peringkat diploma ialah RM15,000 kemudian pihak PTPTN telah
mengenakan kos pentadbiran sebanyak 3% menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu
dibayar oleh peminjam tersebut sebanyak RM17,939.51 selama 10 tahun. Ini
menunjukkan pihak PTPTN telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2,939.51
kepada peminjam tersebut.
Bayaran balik pinjaman pendidikan boleh dibuat secara ansuran bulanan untuk
tempoh selama 10 hingga 20 tahun. Ia hendaklah mula dibuat selepas enam bulan tamat
pengajian atau apabila mendapat pekerjaan, mana yang terdahulu. Bayaran balik
hendaklah dibuat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dilantik oleh
4
kerajaan sebagai agen pemungut bagi pihak PTPTN. Bayaran balik juga boleh dibuat
melalui lain-lain cara asalkan ianya dipersetujui oleh PTPTN. Pihak PTPTN sedia
menerima bayaran yang dibuat secara sekaligus atau dalam apa jua amaun asalkan ianya
tidak kurang dari amaun yang telah dipersetujui melalui surat perjanjian. Bayaran balik
pinjaman mengandungi amaun pinjaman pokok serta kos pentadbiran yang dikenakan
sebanyak 3% setahun berdasarkan baki setiap bulan. (PTPTN,
http://www.moe.gov.my/faq/faq1.htm bertarikh 26 Julai 2008)
Perkara ini telah menjadi isu hangat di kalangan para peminjamnya sehingga
telah dibahaskan dalam persidangan ulama antarabangsa di bawah Badan Kewangan &
Perakaunan Islam Antarabangsa (AAOIFI) yang menyatakan bahawa semua caj
perkhidmatan atau lebihan daripada jumlah yang diberi pinjam yang telah dipersetujui
atau disyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman yang dibuat pada awal kontrak
atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk
wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah dilarang sama sekali dan ia adalah riba.
(www.mymetro.com.my bertarikh 21 April 2008)
Islam amat menitikberatkan umatnya agar berhati-hati ketika terlibat dalam
urusniaga yang melibatkan hutang. Ini adalah kerana semua pinjaman bersyarat terlebih
dahulu dalam menetapkan keuntungan adalah riba dan sebarang penambahan pada
jumlah pokok hutang adalah dilarang sama sekali oleh Islam bersesuaian dengan ayat al-
Quran:
5
Maksudnya: Maka jika kamu tidak mengerjakan
(meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah
dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu
bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok
hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
(al-Baqarah, 2:279)
Menurut Osman Sabran (2001:20), Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w telah
mengharamkan riba. Ulama dan orang yang waras akal fikirannya mengharamkan riba.
Agama samawi seperti Masehi dan Yahudi, pada asalnya juga mengharamkan riba
kerana mendatangkan banyak masalah kepada penganutnya serta menjadi larangan keras
dalam ajaran agama tersebut. Oleh itu, masalah riba atau lebihan ini dipandang serius
dalam masyarakat dari dahulu lagi kerana boleh mempengaruhi dari sudut agama,
akhlak, ekonomi dan sosial dalam kehidupan sesebuah masyarakat itu.
1.3 Pernyataan Masalah
Dengan jumlah bayaran yang banyak dan tidak termasuk dengan bayaran lain
yang perlu dijelaskan oleh peminjam sudah tentu membebankan. Kenyataan ini telah
diadukan oleh peminjam sebelum ini kerana bebanan pinjaman yang begitu banyak.
6
Antaranya kenyataan yang diadukan oleh wakil Persatuan Pelajar Islam Universiti
Malaya yang menyatakan bahawa kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN
adalah satu bebanan dan dianggap terdapat unsur riba. Oleh itu, Majlis Fatwa
Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Negara (PTPTN) dikenakan ke atas pelajar yang membuat pinjaman bagi mengelakkan
wujud unsur riba. (isu-riba-dalam-ptptn.html oleh Mohd Khairul Naim Che Nordin
bertarikh 26 Julai 2008)
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, penjelasan daripada majlis itu kelak akan menyakinkan semua peminjam
sekaligus menjawab segala spekulasi mengenai pembayaran balik yang dikatakan
membebankan pelajar itu. “Saya tidak ada masalah memanggil Majlis Fatwa untuk
mengesahkan caj perkhidmatan yang dikenakan itu tidak mempunyai unsur riba.
Bayaran tiga peratus itu adalah untuk caj perkhidmatan bagi menanggung kos
pengurusan, kutipan dan penyelarasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi yang pertama sejak dilantik
mengetuai kementerian itu. (Utusan Malaysia bertarikh 28 April 2008)
Hasil daripada perbincangan tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan caj
perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) ke atas peminjamnya tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar tiga peratus
sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar. Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul
Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan
beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut
beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah 4% pada 1997
sebelum ia diturunkan kepada 3%. (Utusan Malaysia bertarikh 1 Ogos 2008)
7
Menurut Ustaz Zaharuddin menyatakan bahawa dari sudut syariah, 3 % yang
diletakkan oleh PTPTN sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai riba.
Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu
pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan
kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak
menepati fatwa tersebut. (PTPTN, Status Syariah & Kos Perkhidmatan sumber
www.zaharuddin.net bertarikh 7 April 2007)
Berdasarkan pernyataan masalah yang diberikan di atas, terdapat perbezaan
kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan isu ini. Justeru,
kajian ini dijalankan bagi melihat dan mengetahui sendiri persepsi pelajar tahun 4
Fakulti Pendidikan UTM, Skudai terhadap pembayaran kadar caj perkhidmatan yang
dikenakan oleh PTPTN.
1.4 Objektif Kajian
1. Untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar membuat pinjaman
PTPTN.
2. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pembayaran caj
perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN.
3. Untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kesan pembayaran caj
perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah faktor yang mendorong pelajar membuat pinjaman pelajaran PTPTN?
2. Apakah pelajar mengetahui tentang kadar pembayaran caj perkhidmatan dalam
pinjaman PTPTN?
8
3. Apakah persepsi pelajar terhadap kesan pembayaran caj perkhidmatan dalam
pinjaman PTPTN?
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini berdasarkan kepada beberapa pihak iaitu:
1.6.1 Pelajar
Golongan yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi
memberikan kesedaran bahawa terdapat kadar caj perkhidmatan dalam
pinjaman PTPTN dan membuka jalan kepada mereka mencari alternatif lain
untuk membiayai perbelanjaan pembelajaran mereka.
1.6.2 Pihak PTPTN
Badan yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman kepada pelajar dan
pihak yang perlu mengkaji semula status caj perkhidmatan yang dikenakan
supaya tidak membebankan pelajar dan tiada unsur riba.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor ke atas pelajar
tahun 4 yang terdiri daripada 5 kursus berlainan daripada 14 kursus yang ditawarkan
oleh pihak universiti tersebut.
9
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persepsi
Kamus Dewan (2007:1193) mendefinisikan persepsi sebagai gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), tanggapan (menerusi
pancaindera). Persepsi dalam kajian ini tertumpu kepada persepsi pelajar
Fakulti Pendidikan UTM, Skudai.
1.8.2 Pelajar
Kamus Dewan (2007:21) mendefinisikan pelajar sebagai orang yang belajar
(seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagai), orang yang mengaji
(menyelidiki ilmu). Pelajar dalam kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun 4
Fakulti Pendidikan UTM, Skudai yang mendapat pinjaman PTPTN.
1.8.3 Caj
Kamus Dewan (2007:237) mendefinisikan bayaran yang perlu dibayar untuk
sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. Caj dalam kajian ini tertumpu
kepada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN kepada peminjamnya.
1.8.4 PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Pihak yang
bertanggungjawab dalam memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar
melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) dan mentadbir pembayaran semula pembiayaan serta pinjaman
pelajaran.
10
1.9 Kesimpulan
Mereka yang mengamalkan faedah atau riba dalam pinjaman adalah hukumnya
haram seperti yang telah dilarang oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w sendiri ke atas
umatnya. Oleh itu, orang yang menghalalkan riba hukumnya kafir dan orang yang
memakan riba sedangkan mengetahui keharaman riba itu, maka adalah fasik dan akan
mendapat balasan yang berat di akhirat kelak.
top related