permainan tradisonal

Post on 30-Jun-2015

172 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERMAINAN TRADISIONAL

Disediakan oleh:Ahmad Aiman bin Abu Bakar

Zufazela Mansuriwaty binti Badar

Apakah itu permainan tradisional?

Merupakan permainan budaya yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk sesuatu tempoh yang tertentu. (Kamus Dewan)

Juga dikenali sebagai permainan rakyat – merupakan permainan untuk mengisi masa lapang dan untuk mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian (zaman dulu).

Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Galah panjang dan teng teng

Ada juga yang dimainkan secara berseorangan.

JENIS-JENIS PERMAINAN

TRADISIONAL

PERMAINAN DALAM

PERMAINAN LUAR

PERMAINAN BERKUMPULAN/BERPASANGAN

PERMAINAN BERSEORANGAN

Jenis-Jenis Permainan Tradisional

Antara permainan tradisional yang dikenali di kalangan masyarakat adalah seperti berikut: Wau / Layang-layang Gasing Congkak Konda kondi Galah panjang Teng teng Batu seremban Sepak Raga Bulu ayam

Wau

Dikenali juga dengan nama teraju tiga atau (di negeri-negeri sebelah pantai barat Semenanjung) layang-layang.

Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah bermain permainan ini.

Merupakan permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana (zaman dulu)

Dimainkan oleh pelbagai peringkat umur.

Bahan-bahan diperbuat dengan buluh kulit, rotan, gam daripda pokok kayu dan lain-lain.

Kebiasaannya dimainkan oleh dua orang, seorang memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.

Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulurkan dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

Gasing

Merupakan sejenis permainan yang diputar pada paksinya, sambilo mengimbang pada satu titik.

Biasanya dimainkan oleh golongan lelaki. Gasing dibuat daripada kayu bebaru,

merbau, rambai, durian atau kundang. Tali gasing pula dibuat daripada kulit pokok

bebaru (dahulu), sekarang tali nilon. Panjang tali gasing bergantung pada panjng

tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang.

Cara bermain

Jenis gasing –gasing jantung, gasing piring/leper, gasing kelamar, gasing telur dan sebagainya.

Pemenang ditentukan dengan gasing yang paling lama berputar.

Dimainkan dengan dua cara: Gasing pangkah

Dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.

Lebih bersifat berkumpulan(2-5 orang). Gasing uri

Dipertandingkan untuk menguji ketahannya berpusing. Lebih bersifat individu.

Congkak

Sejenis permainan tradisional yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah.

Congkak dipercayai berasal dari perkataan “congak” yang dalam Bahasa Melayu lama bermaksud menghitung.

Di utara semenanjung ianya dipanggil Jongkok.

Buahnya boleh menggunakan sama ada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain.

Sering diamainkan sebagai aktiviti dalaman atau pertandingan.

Biasanya dimainkan oleh golongan perempuan.

Konda kondi

Juga dikenali sebagai perik mata. Memerlukan fikiran yang tajam dan

kekuatan pemain ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan.

Permainan yang memerlukan kawasan lapang.

Peralatan- dua batang kayu kecil (15cm & 30cm), berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat.

Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu.

Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang

Galah panjang

Dimainkan di luar rumah. Dimainkan dengan dua kumpulan –

kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan

Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari 4 org dan kebiasaannya terdiri dari 10 orang pemain sahaja.

Memerlukan kawasan permainan yang sederhana luas. (atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang)

Teng teng

Juga dikenali sebagai ketingting. Selalunya dimainkan oleh kanak-kanak

perempuan. Dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak

(2-4 orang). Teng teng mempunyai sembilan petak

untuk bermain.

Hanya memerlukan satu gelanggang dan buah/gundu.

Buah atau gundu merupakan objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja.

Batu seremban

Juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat.

Dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan (2-5 orang).

Cuma memerlukan lima biji buah sahaja. –guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa.

Sering dimainkan di serambi rumah, dalam rumah atau mana-mana permukaan yang rata dan bersih.

Selalu duduk atas lantai lebih memudahkan permainan tersebut.

Permainan bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakanh sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Sepak raga

Wujud sejak 600 tahun lalu. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-

bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kepala dua atau tiga lapis.

Dimainkan secara berkumpulan. Diamainkan oleh golongan lelaki. Bertujuan untuk menguji kecekapan

pemain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menhalangnya dari jatuh ke tanah.

Bulu ayam

Juga dikenali sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh.

Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih.

Permainannya hampir sama dengan sepak raga tapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Tamat…

Sekian Terima kasih… (^.^)

top related