permainan tradisional2
Post on 30-Jun-2015
1.048 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tajuk Kerja Kursus Pendek (KKP) :
Permainan Tradisonal
1
Penghargaan
Pertama – tamanya, saya ingin memanjatkan seribu kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurnia Nya , saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus
pendek ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih juga saya
tujukan kepada Puan Puspaleela Habibi Nurlela selaku pensyarah Pendidikan Jasmani
Asas yang telah banyak membantu saya sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan khas buat
kedua ibu bapa dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan
mengemukakan idea yang bernas berkaitan permainan tradisonal yang mereka ketahui.
Terima kasih juga saya titipkan kepada rakan – rakan kerana sentiasa memberi
kerjasama dan bantuan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Kami telah sama-sama
memikirkan idea untuk menjadikan permainan tradisonal yang kami pilih menjadi lebih
menarik.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini. Semoga jasa baik kalian akan dibalas dengan kebaikan dan diberkati oleh
Yang Maha Esa.
Segala ilmu dan pengalaman yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan
ini akan saya gunakan sebaik mungkin pada masa hadapan.
Sekian , terima kasih.
2
Pengenalan
Permainan tradisional merupakan satu khazanah bangsa yang amat bernilai
sekali. Kewujudannya memperlihatkan betapa manusia mempunyai daya cipta, daya
kreativiti dan imaginasi yang tinggi.
Sebenarnya, memang sukar untuk menentukan asal-usul, kewujudan serta
pemilik permainan-permainan tradisional tertentu sebenarnya. Keadaan ini depengaruhi
oleh kaedah penyampaian secara lisan oleh nenek moyang kita dahulu kepada anak-
cucu mereka. Hal ini menyebabkan berlakunya unsure tokok tambah dan pengurangan
pada permainan tersebut. Akibatnya, permainan tradisional menjadi sebagaimana
cerita-cerita rakyat yang bersifat universal dan hak milik umum.
Di Malaysia, terdapat banyak permainan tradisonal yang dimiliki oleh pelbagai
kaum sperti kaum Melyau, India, Cina dan kaum-kaum minority yang lain. Terdapat
pelbagai contoh permainan tradisional mengikut kaum. Antaranya seperti berikut :
Saya tidak memilih untuk mengetengahkan permainan tradisional yang tidak
popular dalam kalangan kanak-kanak sekrang. Hal ini boleh membantu untuk
mengekalkan kewujudan permainan-permainan tradisonal ini.
3
Kaum Melayu
Batu seremban
Sepak raga
Kaum Cina
Mahjong
Yoyo Cina
Kaum India
Kho-kho
Kabadi
Permainan Tradisional yang saya pilih
Saya telah memilih untuk membuat 3 permainan tradisional. Permainan tersebut
adalah :
Bola Tepuk
Buaya Lapar
Tayar Lereng
Ciri-ciri Bola Tepuk Buaya Lapar Tayar Lereng
Permainan
dalaman
- -
Permainan luar
Berbentuk
pertandingan
- -
Bukan
pertandingan
-
Diubahsuai -
Tidak diubahsuai - -
Lokomotor -
Bukan lokomotor - -
4
Bola tepuk
Pengenalan
Permainan bola tepuk ini seakan-akan permainan bola sepak. Jika permainan
bola sepak pemainnya merupakan manusia, tetapi permainan bola tepuk lain pula
caranya. Permainan ini tetap dimainkan oleh manusia, tetapi mereka hanya berfungsi
untuk menepuk pemain-pemain yang diperbuat daripada kotak atau kertas keras.
Dalam permainan ini hanya dua orang pemain yang bermain. Tujuan permainan bola ini
ialah bagi menguji kepakaran dan kemahiran pemain mnejaring bola ke dalam gol pihak
lawan.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan usia
tujuh hingga dua belas tahun. Namun begitu, terdapat juga golongan remaja dan
dewasa turut menggemari permainan ini. Permainan ini biasanya dimainkan di masa
lapang dan juga ketika cuaca tidak mengizinkan untuk kanak-kanak bermain di luar
rumah. Contohnya, ketika hari hujan. Ibu bapa akan melarang anak-anak mereka untuk
pergi bermain di padang ketika hujan. Oleh itu, kanak-kanak pada masa dahulu telah
mengambil inisiatif untuk menghilangkan bosan mereka dengan bermain permainan
bola tepuk ini.
Dewasa ini, permainan bola tepuk kian luput ditelan zaman. Kanak-kanak
sekarang lebih gemar bermain bola sepak menggunakan ‘Play Station’ yang berbagai-
bagai jenis. Ada antara kanak-kanak langsung tidak mengenali permainan bola tepuk
ini.
Oleh itu, saya akan merungkaikan sejarah yang kian pudar mengenai permainan
bola tepuk ini supaya tidak lekang dek panas dan lapuk dek hujan.
5
Kawasan permainan
Di atas papan simen atau papan yang rata. Kawasan padang dilukis dengan menggunakan kapur. Luas kawasan padang yang dicadangkan :
o 0.5 m lebaro 0.8 m panjang
Luas kawasan padang juga boleh dibuat mengikut persetujuan kedua-dua pemain.
6
Tiang gol Tiang gol
Menyediakan alatan permainan
1. Tiang gol
16 cm
11 cm
Bahagian yang bergaris putus-putus akan digunting. Setelah digunting, lipat kebelakang.
7
3 cm
digunting
2. Pemain
8 cm
8 cm
3 cm
Pemain kotak boleh diwarnakan mengikut kegemaran individu yang bermain supaya tidak keliru dengan pemain lawan.
Untuk menaikkan lagi semangat sukan bola sepak, pemain kotak ditulis nombor seperti mana pemain bola sebenar.
Peralatan
8
Dilipatkan
Kertas tebal o Digunakan untuk membuat palang gold an pemain.
Kertas nipis o Digunakan untuk membuat bola sebesar hujung jari kelingking.
Kapur o Digunakan untuk melukis padang
Boleh juga menggunakan pita selefon untuk membina padang jika tidak mahu menggunakan kapur.
o Pita selefon dilekatkan di permukaan lantai untuk membina padang.
Pemain
Dua orang pemain.
Langkah-langkah permainan
9
1. Dua orang pemain mengundi untuk menentukan pemain yang akan membuat
sepak mula. (cara undian terpulang kepada pemain)
2. Pemain yang akan membuat sepak mula akan meletakkan ‘orangnya’ di
tengah padang. Di hadapannya diletakkan bola kertas yang dibuat bulat kecil.
3. Pemain akan menepuk ‘orangnya’ ke lantai untuk menggerakkan bola
kehadapan atau pintu gol lawan.
4. Bola kertas akan bergerak ke hadapan. Jika bola kertas yang bergerak tadi
berhenti hamper dengan ‘orangnya’ juga, pemain boleh terus menepuk
‘orangnya’.
5. Namun, apabila bola kertas berhenti dekat ‘orang’ lawannya, pemain
lawannya pula mengambil giliran. Beliau akan meletakkan ‘orangnya’
berhampiran tempat bola tersebut berhenti dan menepuk ‘orangnya’.
6. Perkara yang sama akan dilakukan oleh kedua-dua pemain jika bola berhenti
berhampiran dengan ‘orang’ mereka.
7. Bola akan diletakkan di tengah semula apabila salah seorang Berjaya
memasukkan bola ke dalam gol.
8. Permainan boleh ditamatkan mengikut masa atau kedua-dua pihak bersetuju
untuk menamatkan permainan.
10
Peraturan permainan
1. Undian perlu dilakukan untuk mengundi pemain yang akan memulakan
permainan.
2. Permainan dimulakan dengan meletakkan bola di tengah padang.
3. Pemain tidak dibenarkan untuk menggerakkan bola dengan bantuan angin.
Contohnya , meniup bola tersebut.
4. Dalam satu giliran pemain hanya dibenarkan untuk melakukan sekali tepukan
sahaja ke lantai. Pemain boleh terus menepuk ‘orangnya’ selagi bola hamper
dengan ‘orangnya’.
5. Tidak perlu mengikut undang-undang permainan bola sepak sebenar.
Sekiranya bola keluar ke kiri atau kanan padang, pihak yang akan menerima
giliran perlu meletakkan bola di atas garisan di mana bola itu keluar dan
membuat tepukan orangnya.
6. Sekiranya bola keluar kea rah selari garisan pintu gol, pemain lawan
hendaklah melakukan tendangan dari arah pintu gol, tetapi jika bola terkena
tampanan sebelum keluar ke garisan selari pintu gol, tendangan sudut
hendaklah dilakukan.
7. Pihak lawan dibenar meletakkan ‘orangnya’ sebagai penghalang pergerakan
bola. Halangan boleh dilakukan dengan jarak sejengkal dengan tangan.
11
Cara menentukan kemenangan
Pemain yang mempunyai jumlah gol yang terbanyak dalam jangka masa yang
ditentukan dikira sebagai pemenang.
Sekiranya seri, tepukan (tendangan) penalti hendaklah dilakukan.
o Tiga peluang diberi kepada setiap pemain.
o Sekiranya masih seri, tendangan dilakukan sehingga ada pihak yang
Berjaya mengatasi lawan denagn bilangan tepukan yang sama.
12
Borang skor
Bola tepuk
Pemain A Pemain B
Separuh
masa
pertama
Rehat / pertukaran padang
(2 minit)
Separuh
masa
kedua
Jumlah
Penalti
Pertama
Kedua
Ketiga
Jumlah
13
Objektif permainan
14
Objektif perm aina
n bola tepuk
M engisi m asa lapang
kanak-kanak ketika berada
di rum ah terutam anya ketika cuaca
tidak m engizinkan untuk m ereka
berm ain di luar.
M elahirkan kanak-kanak
yang berstrategi
dalam sesuatu sukan
terutam nya bola sepak.M elatih
kanak-kanak m enjadi lebih
kreatif dengan
m encipta kum pulan
bola sepak m ereka
sendiri yang diperbuat daripada
kotak atau kertas keras.
M em upuk sem angat kesukanan dalam diri
kanak-kanak walaupun
hanya m enggunaka
n kotak sebagai
kum pulan bola sepak .
Nilai murni permainan
15
Nilai murni perm ainan bola
tepuk
Permainan ini juga mampu
merapkan nilai berjimat cermat
dalam diri individu. Hal ini
kerana, "pemain-pemain" serta
tiang gol diperbuat
daripada kotak-kotak terpakai
seperti kotak ubat gigi. Bola nya
pula hanya menggunakan secebis kertas terpakai yang
dibulatkan seperti bentuk bola .
Menerapkan nilai hormat
menghormati antara pemain. Hal ini kerana, pemain perlu hormat ketika
lawan melakukan tepukkan dengan
tidak mengganggu
mereka secara fikizal atau
mental.
Nilai disiplin diri yang tinggi juga boleh diterapkan
dalam diri individu melalui permainan ini.
Perkara ini disebabkan,
apabila melakukan
tepukan, pemain tidak boleh
memasukkan unsur-unsur tipu
helah seperti meniup bola
tersebut.
Buaya Lapar
Pengenalan
Permainan ini saya inspirasikan daripada permainan tradisional yang dikenali
sebagai Buaya-buaya Katak. Namun begitu, banyak perkara yang saya ubah daripada
permainan tersebut.
“buaya lapar” merupakan permainan berbentuk rekreasi dan bukan
pertandingan. Boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Bukan itu
sahaja, permainan ini juga sesuai dimainkan oleh pelbagai lapisan usia tidak
semestinya kanak-kanak sahaja. Remaja juga boleh bermaian permainan ini.
Permainan ini merupakan idea saya untuk menambahbaik permainan buaya-
buaya katak yang dimainkan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu. Dalam permainan
ini saya menambah lebih unsur mencabar dan toleransi sesama ahli kumpulan.
Saya menamakan permainan ini sebagai permainan “buaya lapar” kerana dalam
permainan ini akan terdapat seorang pemain yang menjadi “buaya”. “buaya” tersebut
akan mencari mangsa untuk menggantikannya menjadi “buaya lapar” tersebut. Pemain
yang Berjaya ditangkap akan menjadi “buaya lapar” manakala “buaya” yang
menangkapnya tadi boleh masuk bermain sebagai mangsa pula.
Seterusnya, saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai permainan “buaya
lapar” yang saya cipta ini.
16
Kawasan permainan
Halaman rumah
Padang permainan
Di dalam dewan
Luas kawasan permainan
Mengikut persetujuan para pemain sendiri.
o Pastikan kawasan permainan berbentuk segi empat dan ditengah-tengah
terdapat tempat untuk mangsa-mangsa menyelamatkan diri.
17
Pelan kawasan permainan
Kawasan lapang seperti halaman rumah / padang / dewan.
Penerangan :
a = kawasan untuk “buaya lapar” berlari dan berusaha menangkap mangsa.
b = kawasan untuk mangsa berdiri dan berlari jika didekati oleh “buaya lapar”
c = kawasan untuk mangsa menyelamatkan diri tetapi di boleh melebihi 2 orang yang
berada didalam kawasan ini.
18
a
c
b
Peralatan :
Papan atau kerusi
Jika bermain di padang boleh menggunakan kapur untuk melukis kawasan-
kawasan.
Pemain :
Minimum 4 orang.
Maksimun 12 orang.
19
Langkah-langkah permainan
1. Mula-mula lakukan undian untuk memilih siapa yang menjadi “buaya lapar”
yang pertama. Undian dilakukan dengan menggunakan cabutan kertas.
Sesiapa yang mencabut kertas yang bertulis “buaya” dialah yang akan
menjadi “buaya lapar” yang pertama.
2. “buaya lapar” akan mengambil tempat di kawasan a. Manakala para mangsa
pula berada di kawasan b.
3. Bermulalah sesi “buaya” mencari mangsa untuk menggantikannya. Pemain-
pemain boleh mengacah “buaya” sambil menyanyikan lagu berikut berulang
kali :
Buaya – buaya lapar,
Sambil lalu,
Sambil makan.
4. Buaya hanya boleh berada di kawasan a sahaja.
5. Apabila mangsa berasa terdesak, bolehlah terjun ke kawasan c. Tetapi
diingatkan bahawa tidak boleh melebihi daripada 2 orang mangsa yang
dibenarkan berada di kawasan c.
6. Jika “buaya” Berjaya menangkap mangsanya, orang tersebut pula akan
bertukar menjadi “buaya lapar”.
7. Begitulah seterusnya.
8. Permainan boleh ditamatkan mengikut persetujuan para pemain.
20
Peraturan permainan
1. Pemain yang menjadi “buaya lapar” hendaklah ditentukan melalui undian.
2. “Buaya” tidak boleh masuk ke kawasan b dan kawasan c.
3. “buaya” hanya boleh menyentuh mangsa dan laluannya untuk mencari
mangsa hanyalah di kawasan a.
4. Para mangsa boleh berada di kawasan b dan kawasan c. Namun begitu,
hanya 2 orang mangsa sahaja yang dibenarkan berada di kawasan c pada
satu-satu masa. Oleh itu, mangsa hendaklah pintar mengatur strategi untuk
mengelakkan diri daripada menjadi makanan “buaya” dan seterusnya
menggantikan tempat “buaya lapar” tersebut.
5. Mana – mana mangsa yang disentuh oleh “buaya” menggunakan tangan
akan menjadi “buaya lapar” pula. Manakala “buaya lapar” yang sebelumnya
boleh bermain sebagai mangsa pula.
6. Permainan boleh ditamatkan mengikut persetujuan semua pemain.
21
Objektif permainan
22
Objektif permainan
"buaya lapar"
Nilai murni permainan
23
Nilai kerjasama antara pemain yang menjadi mangsa kepada
"buaya".
Nilai kasih sayang dapat diterapkan dalam kalangan
mangsa. Hal ini kerana mereka tidak hanya perlu melindungi diri daripada
menjadi makanan "buaya" malahan juga melindungi rakan-rakan mereka yang
lain.
Nilai gigih berusaha diterapkan dalam diri "buaya
lapar" kerana "buaya" tersebut akan berusaha keras bagi menangkap
mangsanya dan seterusnya menggatikan tempatnya sebagai "buaya lapar"
Tayar LerengPengenalan
Tayar lereng merupakan permainan tradisional yang popular pada tahun 1970-an. Permainan ini amat popular dalam kalangan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan.
Permainan ini merupakan permainan yang ibu saya syorkan untuk saya
ketengahkan. Pada dasarnya, memang saya tidak pernah mengenali dan merasai
pengalaman bermain permainan ini. Menurut ibu saya, permainan ini amat popular dan
diminati oleh kanak-kanak seusianya pada tahin 1970-an di kampungnya dahulu.Kini,
memang jarang untuk kita melihat kanak-kanak untuk bermain permainan seperti ini.
Permainan tayar lereng ini tidak memerlukan banyak alatan. Hanya
menggunakan sebuah tayar basikal yang telah dibuang oleh tuannya kita sudah boleh
untuk memulakan permainan.
Permainan ini dinamakan bola lereng kerana tayar tersebut hendaklah
dilerengkan oleh seorang pemain. Para pemain yang lain hendaklah berdiri dalam
keadaan membuka kaki seluas bahu dan berbaris dibelakang masing-masing.
Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai kaedah-kaedah dan peraturan
permainan dalam permainan ini nanti. Saya juga ada mengubah sedikit cara permainan
serta hukuman yang dikenakan kepada pemain dalam permain ini. Saya berharap
dapat mengetengahkan permainan tradisional yang kian pupus ini kepada generasi
baru.
24
Kawasan permainan
Halaman rumah
Padang permainan
Luas kawasan permainan
o Tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas untuk bermain.
- Kawasan permainan juga perlu dipersetujui para pemain.
25
Kawasan padang / halaman
Pemain yang melerengkan tayar.
Pemain dalam keadaan membuka kaki seluas bahu.
Tayar yang hendak dilereng
Penjaga supaya bola tidak jauh tersasar.
Peralatan :
Tayar basikal terpakai
Pemain :
Minimum 3 orang.
Seramai mungkin
Seorang yang suka rela untuk menjadi penghalang tayar supaya tidak pergi jauh
ke belakang juga diperlukan.
26
Langkah-langkah permainan
1. Pertama, lakukan undian untuk memilih siapa yang akan menjadi pelereng
tayar. Undian akan dilakukan dengan cara Ram Ram Rip. Jari siapa yang
tertangkap selepas lagu Ram Ram rip dinyanyikan maka dialah yang akan
menjadi pelereng tayar tersebut. Seorang yang suka rela untuk menjadi
penghalang tayar supaya tidak pergi jauh ke belakang juga diperlukan.
2. Pelereng akan berada berhadapan dengan pemain lain.
3. Pemain lain pula akan dalam keadaan bersedia iaitu berdiri sambil membuka
kaki seluas bahu. Apabila semua pemain telah bersedia bermulalah
permainan bola lereng.
4. Apabila permainan bermula, pelereng akan mula melerengkan bola. Pemain
lain perlu mengelak daripa terkena tayar tersebut dengan melompat apabila
tayar berada di celah kaki masing-masing.
5. Jika ada pemain yang terkena tayar,maka pemain itu dianggap mati. Ia tidak
semudah yang disangka. Apabila telah mati, pemain tersebut dikehendaki
membuat lompatan katak sebanyak 10 kali sebagai hukuman.
6. Setelah mendapat hukuman pemain tersebut pula yang akan menjadi
pelereng.
7. Begitulah seterusnya.
8. Permainan boleh ditamatkan mengikut persetujuan para pemain.
27
Peraturan permainan
1. Pemain yang menjadi pelereng hendaklah ditentukan melalui undian.
2. Pemain hanya boleh mengelak tayar daripada terkena tayar dengn melompat
sahaja. Mengelak dengan melangkah ke kanan atau kiri adalah tidak
dibenarkan.
3. Jarak antara pemain adalah sedepa untuk memudahkan pergerakan.
4. Mana-mana pemain yang terkena tayar hendaklah dihukum dengan hukuman
melompat katak sebanyak sepuluh kali.
5. Permainan boleh ditamatkan mengikut persetujuan semua pemain.
28
Objektif permainan
29
Objektif permainan Tayar Lereng
Memupuk semangat "guna semula" barang dalam kalangan kanak-
kanak dengan mengguna semula tayar
yang telah tidak digunakan lagi oleh
tuannya.
Meningkatkan daya tindak balas kanak-
kanak dengan mengelak daripada terkena tayar yang melereng ke arah
mereka.
Menguji kecekapan kanak-kanak dalam
aktiviti lokomotor iaitu aktiviti lompatan.
Nilai murni permainan
30
Memupuk nilai berjimat cermat dalam kalangan
kanak-kanak.
Menyemai semangat ingin
berusaha dalam diri kanak-kanak.
Nilai murni permainan tayar
lereng
Menimbulkan nilai mempertahankan
diri dalam kalangan kanak-
kanak yang bermain.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya telah mengkaji 3 permainan tradisional yang
berbeza cara permainannya. Ketiga-tiga permainan ini juga mempunyai perbezaan
dalam cara pengendalian serta cara bermainnya.
Saya yakin bahawa ketiga-tiga permainan ini telah memenuhi 3 aspek utama
Pendidikan Jasmani iaitu aspek :
Kognitif
Psikomotor
Afektif
Generalisasinya, besarlah harapan saya untuk terus mengetengahkan
permainan-permainan tradisional yang terdapat khususnya di Malaysia untuk diketahui
dan dikuasai oleh generasi baru. Hal ini kerana, pada pendangan saya, permainan
tradisional tidak kurang hebatnya daripada permainan moden. Permainan tradisional
juga banyak member banyak nilai murni kepada para pemainnya.
Oleh itu, amatlah molek untuk seorang guru menjadi medium untuk
memperkenalkan semula permainan tradisional yang kian pupus di telan arus
pemodenan.
31
Rujukan
32
Lampiran
Kertas soalan Kerja Kursus Pendek PJ2311D
Gambar permainan tradisional
o Bola Tepuk
o Buaya Lapar
o Tayar Lereng
33
Refleksi
Pertama-tamanya, saya merasakan bahawa kerja kursus pendek ini telah
banyak member banyak faedah terhadap saya secara khususnya. Pada pandangan
saya, kerja kursus ini secara tidak langsung membantu saya untuk mengenali
permainan tradisional yang telah kian pupus zaman ini.
Banyak pihak telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Antaranya ialah pensyarah PJ2311D iaitu Pn. Puspaleela Habibie Norlela Abdullah.
Beliau telah banyak member tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus
ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan. Selain itu, ibu bapa saya juga
banyak membantu dalam member maklumat tentang permainan tradisional yang tidak
pernah saya ketahui sebelum ini.
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati terhadap kerja kursus pendek
ini. Saya berharap akan dapat memanfaatkan segala ilmu yang saya perolehi daripada
penghasilan kerja kursus pendek ini.
Akhir sekali, saya sebagai salah seorang bakal guru akan menggalas
tanggungjawab untuk memperkenalkan semula permainan tradisional yang kian pupus
ini kepada generasi alaf baru. Hal ini supaya permainan tradisional tidak akan lenyap
ditelan zaman dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
permainan moden yang kian popular kini.
Sekian, terima kasih.
34
Kanak-kanak sedang bermain bola tepuk.
Cara membuat pemain ‘bola tepuk’.
35
top related