perlaksanaan umrah kanak kanak .pdf
Post on 23-Jan-2017
242 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERLAKSANAAN
UMRAH KANAK-KANAKHJH YUSNAH BT YUSUF
PEKTA/PIHTAS TABUNG HAJI
PENDAHULUAN DAN HUKUM
Alawi Abbas dan Hassan Sulaiman (2011)
dalam Kitab Ibanah Al-Ahkam Syarah Bulugh
Al-Maram (jilid 2) berkenaan Bab Haji
menjelaskan hadis no. 248. Daripada Ibn
Abbas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
HAJI adalah FARDHU untuk dikerjakan SATU KALI
SEUMUR HIDUP dan HANYA DIWAJIBKAN bagi orang
yang sudah mencapai umur baligh, berakal, merdeka
dan berkemampuan. JUMHUR ULAMA menjelaskan
bahawa haji yang dilakukan oleh anak kecil masih
belum mencukupi haji fardhu sehingga mencapai
umur baligh.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
2
“Mana-mana kanak-kanak yang telah
melakukan ibadah haji kemudian dia
mencapai umur baligh, maka ia tetap
mempunyai kewajiban untuk melakukan
ibadah haji sekali lagi.”
(diriwayatkan oleh Ibn Abu Syaibah dan al-
Baihaqi)
Namun begitu, haji/ umrah yang dilakukan oleh
anak kecil masih belum mencukupi haji fardhu yang
merupakan Rukun Islam baginya. Wali mendapat
pahala kerana usahanya atau kerana dia bersusah
payah menggendong anak. Anak pula turut
mendapat ganjaran pahala kerana
mengerjakannya.
Jika ada kanak-kanak melakukan ibadah haji/umrah
sebelum umur baligh, maka hajinya dianggap sebagai
AMALAN SUNAT.
Apabila telah baligh, maka dia WAJIB melakukan haji
SEKALI LAGI sebagai haji/umrah yang menunaikan
RUKUN ISLAM. Ini adalah kerana belum dikenakan
KEWAJIBAN TAKLIF (tanggungjawab ibadah haji).
PENDAHULUAN DAN HUKUM
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
3
PERBEZAAN MUMAIYYIZ DAN
TIDAK MUMAIYYIZ
MUMAIYYIZ
• Anak yang sudah mencapai usia 7 mengikutkebanyakan ulamak dimana seorang anaksudah mulai boleh membezakan perkara yang baik atau bermanfaat baginya dan mana halyang buruk atau membahayakan dirinya.
TIDAK MUMAIYYIZ
• Anak yang tidak dapat membezakan baik danburuk, bersih atau kotor
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
4
MUMAIYYIZ TIDAK MUMAIYYIZ
Peringkat sebelum mumayyiz bermula dari saat
kelahiran seseorang kanak-kanak sehinggalah
usianya mencapai tujuh tahun. Sepanjang
tempoh ini, kanak-kanak belum mampu
membezakan antara yang baik dengan yang
buruk serta tidak dapat memahami kesan atau
akibat bagi sesuatu perbuatan dan belum
mempunyai keupayaan untuk memahami
(idrak). Peringkat umur ini, kanak-kanak disebut
sebagai kanak-kanak yang
belum mumayyiz
Peringkat mumayyiz akan bermula apabila
kanak-kanak telah cukup umur tujuh atau lapan
tahun. Penetapan umur tujuh tahun sebagai
umur mumayyiz adalah berdasarkan Hadith
yang diriwayatkan oleh Abdul Malik bin
Rabic bin Sabrah dan ayahnya daripada
datuknya yang bermaksud:
يها وهم أبناء بع سنين، واضربوهم عل مروا أوالدكم بالصالة وهم أبناء س
عشر سنين
“Ajarlah (atau suruhlah) kanak-kanak
bersembahyang ketika berumur tujuh tahun
dan pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun”
PERBEZAAN ANTARA MUMAIYYIZ DAN TIDAK
MUMAIYYIZ
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
5
SUNAT SEBELUM BERIHRAM
Semasa di miqat atau sebelum miqat, wali hendaklah melakukanperkara-perkara sunat ihram bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz.
Dimandikan dan diniatkan mandi untuk kanak-kanak itu.
Kanak-kanak lelaki ditanggalkan dari tubuhnya pakaian berjahitatau bercantum.
Kanak-kanak perempuan pula tidak dipakaikan sarung tangandan purdah yang menutup muka sebagaimana jemaah wanitayang baligh.
Dipakaikan kain ihram yang bersesuaian dengan jantina masing-masing seperti pakaian ihram jemaah yang sudah baligh.
Seterusnya dipakaikan wangian pada tubuhnya.
Kanak-kanak lelaki dipakaikan alas kaki yang menampakkan jari-jari kaki dan tumit.
TIDAK MUMAIYYIZ MUMAIYYIZ
Manakala kanak-kanak yang
mumayyiz diajarnya dan disuruh
melakukan perkara-perkara tersebut
sendiri.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
6
SOLAT SUNAT SEBELUM BERIHRAM
Kanak-kanak yang tidak mumayyiz disolatkan
oleh walinya.
TIDAK MUMAIYYIZ MUMAIYYIZ
Solat sunat ihram dilakukan sendiri oleh kanak-
kanak yang mumayyiz.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
7
NIAT IHRAM
Meniatkan ihram umrah bagi kanak-kanak yang tidak mumayyiz.
“Sahaja aku berniat ihram umrah untuk anak aku(atau kanak-kanak di bawah jagaanku) ini keranaAllah Taala”.
Perbuatan wali meniatkan umrah bagi kanak-kanak itu tidaklah menjadikan dirinya masuk kedalam ihram umrah.
Tidak disyaratkan bagi wali meniatkan ihram umrahbagi dirinya terlebih dahulu sebelum dia meniatkanihram umrah bagi kanak-kanak itu.
Wali boleh meniatkan ihram bagi kanak-kanak di bawah jagaannya walaupun dia sendiri belum lagimengerjakan umrah.
TIDAK MUMAIYYIZ MUMAIYYIZ
Bagi yang mumayyiz diajarkan supaya
berniat sendiri sebagaimana niat jemaah
yang sudah baligh.
Niat ihram oleh kanak-kanak yang
mumayyiz dikira sah selepas mendapat
kebenaran wali.
Wali juga boleh meniatkan umrah untuk
kanak-kanak yang mumayyiz.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
8
NIAT BERSYARAT
Niat bersyarat bagi kanak-kanak ini boleh dilakukan
sebagaimana jemaah yang sudah baligh.
Bagi kanak-kanak yang tidak mumayyiz, wali boleh
meniatkan ihram secara bersyarat yang sesuai
dengan halangan yang dijangka dihadapi bagi
menguruskan kanak-kanak tersebut
menyempurnakan umrahnya itu.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
9
TALBIAH
Bagi yang tidak mumayyiz, walinya
bertalbiah untuknya.
TIDAK MUMAIYYIZ MUMAIYYIZ
Selepas kanak-kanak mummayiz berniat
disuruhnya supaya bertalbiah
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
10
LARANGAN IHRAM
TIDAK MUMAIYYIZ MUMAIYYIZ
Selepas berniat atau diniatkan, wali wajib
memastikan kanak-kanak yang telah
berihram itu tidak melakukan larangan-
larangan dalam ihram.
Pelanggaran larangan ihram oleh kanak-
kanak yang tidak mumayyiz tidak
dikenakan dam sama sekali sama ada
atas wali atau kanak-kanak ini sendiri
Konsep penyempurnaan dam akibat
pelanggaran larangan ihram oleh kanak-
kanak mumayyiz adalah sama seperti
pelanggaran larangan ihram yang dilakukan
oleh jemaah baligh. (Itlaf dan Taraffuh)
Dam kesalahan dalam ihram kanak-kanak
mumayyiz ini ditanggung oleh wali kerana
kanak-kanak ini masuk ke dalam ihram umrah
dengan keizinannya.
LARANGAN IHRAM
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
11
TAWAF
PERSEDIAAN SEBELUM TAWAF
Wali hendaklah memastikan segala syarat tawaf dipatuhi oleh kanak-kanak
tersebut sebagaimana syarat-syarat tawaf bagi orang dewasa
Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan, wali hendak mempastikan bahawa di
bawah kulup (kulit yang menutupi kepala zakar) telah dibersihkan sebelum dia
berwuduk atau diwudukkan.
Wali juga hendaklah mempastikan bahawa kanak-kanak yang memakai lampin
pakai buang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tiada najis dalam lampin
tersebut sepanjang melakukan tawaf.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
12
PERLAKSANAAN
TAWAF
Kanak-kanak yang tidak mumayyiz, boleh melakukan tawaf sambilberdukung (diletakkan kanak-kanak tersebut di atas kedua belahbahunya). Tujuan diletakkan kanak-kanak tersebut di atas kedua belahbahunya adalah untuk memudahkan pengawalan pergerakan bagimemenuhi syarat mengirikan Kaabah supaya tawaf kanak-kanak tersebutsah.
Tidak sah tawaf bagi wali yang bertawaf serentak dengan kanak-kanakyang didukungnya.
Mula-mula dilakukan tawaf bagi diri wali terlebih dahulu sebanyak tujuhpusingan. Selepas itu lakukan tawaf utk kanak-kanak yang didukungnyaitu tujuh pusingan lain pula.
Wali yang tawaf untuk kanak-kanak yang didukungnya itu perlu beradadalam keadaan berwuduk sepanjang tawaf. Begitu juga dengan kanak-kanak yang didukungnya itu. Ini bermakna tidak sah tawaf jika kanak-kanak tersebut tidak berwuduk. Begitu juga tidak sah tawaf kanak-kanaktersebut jika wali sendiri berada dalam keadaan tidak berwuduk.
Begitu juga kedua-duanya suci daripada najis pada badan mereka danmenutupi aurat kedua-duanya.
TIDAK MUMAIYYIZ
MUMAIYYIZ Kanak-kanak yang mumayyiz hendaklah diajar supaya dia melakukan
tawaf sendiri.USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
13
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
14
Dipimpin sekiranya sudah mumaiyyiz Didukung sekiranya belum mumaiyyiz
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
15
HUKUM TAWAF MENGGUNAKAN KERETA
SORONG, ITTIBA’ DAN BERLARI-LARI ANAK
Wali boleh melakukan tawaf bagi kanak-kanak yang mumayyiz dan tidak mumayyiz tawaf di
atas kereta sorong. Untuk kanak-kanak yang tidak mumayyiz, wali sendiri (atau orang yang
diberi izin olehnya) dikehendaki menyorong kereta sorong tersebut dengan mempastikan
syarat-syarat tawaf dipelihara dengan sempurna. Tawaf yang dilakukan secara menyorong
kanak-kanak yang mumayyiz dan tidak mumayyiz oleh wali dikira sah untuk wali yang
menyorong dan kanak-kanak yang disorong juga dalam satu masa.
Bagi kanak-kanak lelaki yang mumayyiz disuruh supaya berittiba’. Bagi yang tidak mumayyiz,
walinya yang menguruskan kanak-kanak tersebut supaya berittiba’.
Begitu juga dengan berlari-lari anak bagi kanak-kanak lelaki. Yang mumayyiz disuruh supaya
berlari-lari anak sendiri. Bagi yang tidak mumayyiz, jika walinya mendukungnya, walilah yang
melakukan perbuatan berlari-lari anak. Namun berlari-lari anak ini dilakukan jika perbuatan ini
mudah dilakukan dan tidak membawa kesulitan kepada wali yang mendukung.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
16
SOLAT SUNAT TAWAF
TIDAK MUMAIYYIZ MUMAIYYIZ
Solat sunat tawaf dilakukan oleh wali untuk kanak-kanak yang tidak mumayyiz. Bagi
yang mumayyiz disuruhnya melakukannya sendiri.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
17
SAEI
Hukum kanak-kanak saie berdukung adalah sama
dengan tawaf berdukung
Tidak sah saie bagi wali yang bersaie serentak
dengan kanak-kanak yang didukungnya.
Hendaklah dilakukan saie secara berasingan.
Mula-mula dilakukan saie bagi diri wali terlebih dahulu
sebanyak tujuh kali saie.
Kemudian lakukan saie untuk kanak-kanak yang
didukungnya itu tujuh kali saie yang lain pula..
TIDAK MUMAIYYIZ MUMAIYYIZ
Kanak-kanak yang mumayyiz hendaklah diajar
supaya dia melakukan saie sendiri.
Hukum saie kanak-kanak adalah sama dengan hukum melakukan tawaf. Wali hendaklah memastikan
segala syarat saie dipatuhi oleh kanak-kanak tersebut sebagaimana syarat-syarat saie bagi orang dewasa.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
18
PERHATIAN
Wali boleh meletakkan kanak-kanak yang mumayyiz dan tidak
mumayyiz bersaie atas kereta sorong.
Untuk kanak-kanak yang tidak mumayyiz, wali sendiri (atau orang yang
diberi izin olehnya) dikehendaki menyorong sendiri kereta sorong
tersebut dengan mempastikan syarat-syarat saie dipelihara dengan
sempurna.
Saie yang dilakukan secara menyorong kanak-kanak yang mumayyiz
dan tidak mumayyiz oleh wali dikira sah untuk wali yang menyorongdan kanak-kanak yang disorong juga dalam satu masa.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
19
BERGUNTING/ BERCUKUR
Selepas itu dicukur atau
digunting rambut kanak-kanak
tersebut untuk bertahallul
daripada ihram umrahnya itu.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
20
PERINGATAN
Wali hendaklah memastikan anak-anak mereka melakukan kerja-kerja
umrah dengan selesai bermula daripada niat ihram, tawaf, saie dan
bercukur atau bergunting.
Hukumya sama seperti orang dewasa yang berniat ihram umrah yang
menyelesaikan kerja-kerja umrah dengan sempurna
Jika tidak diselesaikan kerja-kerja umrah itu dengan sempurna, kanak-
kanak tersebut dikira terus berada dalam ihram dan terikat dengan
segala larangan ihram walaupun sudah pulang ke Tanah Air.
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
21
TAWAF WADA’
Kanak-kanak sama ada mumayyiz atau tidak mumayyiz, tidak wajib melakukan tawaf
wada’. Ini kerana tawaf wada’ merupakan wajib tersendiri yang tidak kaitan dengan
kerja haji atau umrah. Ia diwajibkan ke atas orang-orang mukallaf yang mahu keluar
daripada Tanah Haram Makkah ke suatu jarak melebihi dua marhalah. Oleh kerana
kanak-kanak bukan seorang yang mukallaf, tidak wajib atasnya melakukan tawaf
wada’.
Kanak-kanak itu baligh sebelum tawaf atau ketika tawaf, umrah tersebut dikira menjadi
umrah wajib dan terlepas atas kewajipan dirinya.
Wali tidak boleh melakukan umrah badal untuk kanak-kanak di bawah jagaannya
sama ada yang mengikutnya ke Tanah Suci atau berada di Tanah Air. Ini kerana kanak-kanak tersebut tidak termasuk dalam golongan yang boleh dibuatkan umrah badal
untuknya.USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
22
KAIFIYAT MENGERJAKAN HAJI/UMRAH KANAK-KANAK
Walinya atau wakilnya berniat
hram untuknya dan tidak
disyaratkan hadir kedua-duanya
pada ketika niat ihram
Wajib membawanya ke semua
mawaqif yang wajib dan sunat
Wajib menengahnya daripada
melakukan semua pekerjaan
yang haram di dalam ihram
Wajib menyuruhnya melakukan
sendiri perkara wajib dan sunat
yang mampu dilakukan seperti
mandi sunat ihram, memakai
pakaian yang tidak berjahit, juika
ia tidak mampu walinya perlu
menggantikannya
Harus wali atau naibnya melontar
bagi pihak kanak-kanak yang
belum mumaiyyiz selepas ia
melontar untuk dirinya sendiri
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
24
Sunat bagi wali solat sunat Tawaf
dan solat sunat ihram bagi kanak-
kanak yang belum mumaiyyiz
Jika ia melakukan larangan
semasa Ihram tidak wajib Dam ke
atasnya atau walinya
Hendaklah kanak-kanak di bawa
tawaf dan saei oleh wali atau
wakilnya. Maka tidak memadai
tawaf dan Saei kanak-kanak
tersebut sekiranya kanak-kanak
itu tidak bersama. Pastikan wali
atau wakilny atelah
menyelesaikan tawaf dan saei
untuk dirinya sendiri
Kedua-dua wali dan kanak-kanak
tersebut dalam keadaan suci
daripada hadas kecil dan hadas
besar ketika Tawaf dan mesti
menutup aurat. Wuduk kanak-
kanak diniatkan oleh walinya
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
25
KAIFIYAT MENGERJAKAN HAJI/UMRAH KANAK-KANAK
Walinya harus berniat Ihram untuk
kanak-kanak yang telah
mumaiyyiz dan harus juga
memberi izin kepadamya untuk
berniat sendiri. Namun tidak sah
jika tidak mendapat izin wali
Wajib hadir ke semua mawaqif
yang sendirinya dan melakukan
sendiri semua nusuk seperti Tawaf,
Saei, Melontar, solat sunat Ihram,
solat sunat Tawaf
Dam tamattuk, Dam Qiran dan
Dam kerana pelanggaran ihram
yang dilakukan oleh kanak-kanak
mumiayyiz wajib ditangung oleh
wali
Jika dia melakukan jimak sebelum
Tahallul Awwal dengan ikhtiar,
sengaja dan tahu haramnya,
maka fasad hajinya dan wajib di
Qada’ sama seperti orang baligh
yang menunaikan haji sunat
USTAZAH YUSNAH BT YUSUF [FKK]
26
top related