taklimat umrah 1434h

58
KURSUS UMRAH TERBUKA TABUNG HAJI TRAVEL & SERVICES

Upload: hasirin76

Post on 11-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

tabung haji

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

UMRAHKURSUS UMRAH TERBUKA

TABUNG HAJI TRAVEL & SERVICES

1 PENGERTIAN UMRAH Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al- Haram kerana mengerjakan tawaf, saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segalawajib-wajibnya.

HUKUM UMRAH Umrah diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa samada lelaki atau perempuan.

2 DALIL WAJIB UMRAH & HAJI Maksudnya:

Dan Allah Mewajibkan Manusia Mengerjakan Ibadat Haji Dengan Mengunjungi Baitullah, Iaitu Sesiapa Yang Mampu Dan Berkuasa Sampai Kepadanya. Dan Sesiapa Yang Kufur (Ingkarkan Untuk Ibadat Haji) Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak Berhajat Kepada Sesuatu Pun) Dari Sekelian Makhluk.

Surah Ali Imran : Ayat 97 : 97Maksudnya:

Dan Tunaikanlah Haji Dan Umrah Kerana Allah Taala.

Surah Al-baqarah : Ayat 196 : : 196FADHILAT UMRAH

4Mandi Sunat MusafirNiat Mandi Sunat Musafir

Sahaja aku mandi sunat musafir Kerana Allah Taala

Cara Mandi

Mandi biasa dengan meratakan air seluruh anggota badan

5 Sembahyang Sunat Musafir Sahaja aku Sembahyang Sunat Musafir 2 rakaat kerana Allah Taala

Rakaat pertama Surah Al Fatihah/ Al kafirunRakaat kedua Surah AlFatihah/ Al Ikhlas

DOA PERJALANAN

Ya Allah,Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga,harta benda,anak cucu dan sahabat handai.

Peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya.

Ya Allah sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai.

Ya Allah kami bermohon sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan,agama dan harta benda.sampaikan maksud kami

ADAB ADAB DI MADINAH1.Berniat untuk menziarahi Rasulullah SAW ,Masjid Nabawi, Bersembahyang, Ziarah Maqam Nabi saw dan memberi salam kpd. Nabi dan lain-lain bagi tujuan mendampingi Allah.

2.Memperbanyakkan selawat dan salam dan memasuki dengan tawadduk.

3.Berdoa apabila melihat rumah-rumah di Madinah.

4.Sunat mandi dan pakaian bersih sebelum membuat ziarah.(Masjid Nabi)

5.Memasuki dan keluar daripada masjid dengan berdoa, niat beriktikaf dan minum air zamzam.6.Sembahyang Qadha, Solat Sunat, Membaca Al-Quran, berzikir dan banyakan Selawat.

Sembahyang sunat di Raudhah , bersyukur dan berdoa.

Menziarahi Maqam Nabi dan 2 Sahabat memberi salam . serta berdoa.

Sunat berpuasa sunat, bersedekah, bersabar dan redha menanggung kepayahan semasa di Madinah.

Menziarahi tempat bersejarah

Membuat Ziarah wada Masjid Nabwi dan Maqam Nabi dan Berdoa. Ziarah MadinahPerkuburan Al BaqiZiarah LuarKota MadinahMasjid QubaMasjid QiblatainSyuhada UhudMasjid Tujuh (Khandak)Pasar TamarKelebihannya1.Sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi pahalanya 1,000 kali ganda2.Melihat kesan sejarah Rasullullah dan sahabat-sahabat - boleh meningkatkan keimanan dan ketaqwaanZiarah Masjid NabawiMasjid NabawiMaqam Rasullullah sawAr RaudhahMaqam 2 sahabat Sunat Ziarah WadaZIARAH SELAMAT TINGGAL PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH Rukun Umrah Wajib Umrah Bergunting - Saie - Niat Ihram - Tawaf - Tertib - IhramLink - Miqat Bir Ali.ppt di Miqat - Tinggakan Larangan Rukun dan Wajib Umrah Mandi Sunat IhramLafaz Mandi Sunat Ihram Niat dalam HatiSahaja aku mandi Sunat Ihram kerana Allah TaalaDi haruskan menggunakan sabun atau syampo untuk menyucikan badan

MEMAKAI PAKAIAN IHRAMLELAKIDUA HELAI KAIN LEPAS (TIDAK BERCANTUM) SEHELAI DI PAKAI UNTUK MENUTUP AURATNYA DIANTARA PUSAT DAN LUTUT DAN SEHELAI LAGI DIBUAT SELENDANG. DISUNATKAN BERWARNA PUTIH

15CARA MEMAKAI IHRAM LELAKI

MEMAKAI PAKAIAN IHRAMWANITAPAKAIAN IHRAM BAGI WANITA PULA HENDAKLAH MENUTUP SEMUA BADAN-NYA KECUALI MUKA DAN DUA TAPAK TANGAN (PERGELANGAN TANGAN HENDAKLAH TERBUKA SEBAGAIMANA DALAM SEMBAHYANG)17CARA BERIHRAM WANITA

4321(RUKUN 1) NIAT UMRAHNiat Umrah boleh dilakukan selepas selesai sembahyang Sunat Ihram atau sebelum melewati / melepasi MiqatLafaz Niat Niat dalam hati Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala

19Niat Umrah Bersyarat bagi wanita sahajaKetika Suci:

Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, dan sekiranya aku terhalang oleh halangan haid jadi halallah aku

Nota: 1. Apabila jemaah wanita berkenaan datang haid sebelum tawaf Umrah, maka gugurlah Ihram Umrahnya.2. Setelah suci dan jika hendak mengerjakan Umrah, hendaklah pergi kemiqat untuk berniat Umrah sama ada di Tanaim, Hudaibiyah atau Jaaranah. (Hendaklah memakai pakaian Ihram)

20Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala sekiranya haid aku berterusan hingga saat pulang jadi halallah aku

Nota: 1. Jemaah wanita berkenaan masih dalam Ihram umrah dan mesti menjaga pantang larang umrah.2. Setelah suci dari haid barulah jemaah berkenaaan melakukan tawaf, Saie dan tahallul Umrah.3. Fitrah Al Naqa ( tempuh bersuci ) bagi wanita haid ialah 24 jam dari waktu kering haid(dalam tempoh haid). Tidak sah tawaf,saei dan tahallul dalam tempuh kurang dari 24 jam.PENTING !!!Sekiranya jemaah berkenaan tidak kering haidnya sampai pulang,bagi yang niat bersyarat maka gugurlah pantang laram ihramnya.Bagi yang niat tidak bersyarat hendaklah ia melakukan tahallul ihsar iaitu dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting rambut di kampong halamannya. Jika umrahnya umrah rukun wajib Iadah dan jika Umrah sunat tidak perlu Iadah.Niat Umrah Ketika Haid21

TalbiahSetelah itu eloklah membanyakkan bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Makkah untuk mengerjakan rukun-rukun umrah selanjutnya. Bacaannya:-

Mafhumnya:Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat, pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.

22 ( WAJIB UMRAH 2 )MEMAKAI SARUNG TANGAN (LELAKI & WANITA)4MEMAKAI BAU-BAUAN SAMADA DI BADAN, PAKAIAN, MAKANAN MINUMAN ATAU MENGHIDUNYA KE DALAM HIDUNG5MEMAKAI MINYAK DI KEPALA ATAU JANGGUT DAN SELAIN DARIPADA YANG TUMBUH DIPIPI & DAHI6MENANGGALKAN RAMBUT ATAU BULU7MENGERAT ATAU MEMOTONG KUKU8 MELAKUKAN PENDAHULUAN PERSETUBUHAN12MELAKUKAN PERSETUBUHAN13MENEBANG / MEMOTONG / MENCABUT POKOK-POKOK DI TANAH HARAM9MEMBURU BINATANG BURUAN10BERKAHWIN, MENGKAHWINKAN, MENERIMA NIKAH11MEMAKAI PAKAIAN BERSARUNG ATAU BERJAHIT DAN BERCANTUM (LELAKI)1MENUTUP KEPALA ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA2MENUTUP MUKA (WANITA)3MENINGGALKAN 13 PANTANG LARANG IHRAMSelipar/capal yang dibenarkan dalam ihram untuk lelakiSelipar atau capal yang dibenarkan semasadalam ihram ialah dengan menampakkan seluruh tumit dan kesemua jari kaki.

Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 26. SELIPAR YANG DIBENARKAN SEMASA DALAM IHRAM

( RUKUN 2 ) TAWAF UMRAHERTI TAWAF MENGELILINGI KAABAH DENGAN SYARAT SYARAT SAHNYA SYARAT-SYARAT SAH TAWAF ()SUCI DARIPADA HADAS ( Wudu)SUCI BADAN/PAKAIAN/TEMPAT TAWAF DARIPADA NAJISMENUTUP AURATBERMULA PADA SUDUT HAJARUL ASWAD DAN BERNIAT TAWAF JIKA TAWAF WADA/SUNAT/NAZARMENJADIKAN BAITULLAH DI SEBELAH KIRI DAN BERJALAN KE HADAPAN BERJALAN BERTUJUAN TAWAFMENGELILINGI KAABAH 7 KALI DENGAN YAKINDILAKUKAN DALAM MASJIDIL HARAM DAN DILUAR DARI HIJIR ISMAIL/SYAZARWANSUNAT SUNAT TAWAF ()BERJALAN KAKIBERIDTIBA BAGI TAWAF DIIRINGI DENGAN SAIE (LELAKI) 3 PUSINGAN AWALRAMAL 3 PUSINGAN PERTAMA (LELAKI) BAGI TAWAF DIIRINGI DENGAN SAIEISTILAM HAJARUL ASWAD DAN MENGUCUPNYA/ISTILAM RUKUN YAMANI DAN TIDAK MENGUCUPNYAMEMBACA ZIKIR DAN DOABERTURUT-TURUT 7 KALI PUSINGANTAWAF DENGAN KHUSYUK DAN TAWADHUKSOLAT SUNAT TAWAFPandangan Mazhab Syafie (Pandangan Marjuh) Dalam Kes Batal Wuduk: Pendapat Pilihan Berdasarkan Maslahat Jemaah Haji

Tidak Batal Wuduk Jika Berlaku Persentuhan (Kulit) Antara Lelaki Dan Wanita Ketika Tawaf Dan Dalam Keadaan Masyaqqah (Kepayahan / Kesusahan) Dengan Syarat Tanpa Syahwat.* KEPUTUSAN: MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-21 PADA 5-7 JUN 2005 BERTEMPAT DI SHAH ALAM. PANDANGAN MAZHAB - KES BATAL WUDUK

Tawaf ertinya mengelilingi Kaabah tujuh pusingan dengan yakin dimulai dan diakhiri dipenjuru Hajarul Aswad Lafaz Tawaf Sahaja aku Tawaf Baitullah Al Haram 7 keliling permudahkan bagiku dan terimalah Umrahku kerana Allah Taala ATAU Sahaja aku tawaf umrah 7 keliling kerana Allah Taala

LAMPU HIJAU TEMPAT TANDA PERMULAAN DAN BERAKHIRNYA TAWAF

LAMPU HIJAU TEMPAT TANDA PERMULAAN DAN BERAKHIRNYA TAWAF

LAMPU HIJAU TEMPAT PERMULAAN DAN BERAKHIRNYA TAWAF

MATAFKAABAHSyazarawanSyazarawanRUKUN YAMANIRUKUN HAJAR ASWADLAMPU HIJAU SEBAGAI TANDA LAIN BAGI TEMPAT PERMULAAN TAWAF CUKUP SATU PUSINGAN!KAWASAN YANG DIHARUSKAN MEMULAKAN TAWAFMAQAM IBRAHIMSyazarawanSyazarawanRUKUN SYAMIRUKUN IRAQITIDAK BOLEH MASUK KE DALAM HIJIR ISMAIL KETIKA TAWAFUHIJIR ISMAIL31 TAWAF 32Doa Pilihan ketika TawafSekurang kurangnya bacalah doa di bawah pada setiap pusingan Tawaf atau Saei

Maha Suci Allah, Segala Puji bagi Allah dan Allah Maha Besar DOA DIANTARA PENJURU YAMANI DAN PENJURU HAJARUL ASWAD

Mafhumnya:- Wahai Tuhan kami, berilah kami dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami daripada azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan). Wahai Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun. Wahai Tuhan seru sekian alam.Sembahyang Sunat Tawaf

Sembahyang sunat sebaik- baiknya dilakukan di belakang Maqam Ibrahim dan berdoa di Multazam.

351.TERBUKA AURAT(LELAKI-PUSAT)(P-KELUAR RAMBUT)2.MENYENTUH SYAZARWAN / KELAMBU KAABAH

3.TERPESONG NIAT SEPERTI MENCARI KAWAN7.KUCUP HAJAR ASWAD TANPA MEMBETULKAN BAHU6.ISTILAM TANPA MEMBETULKAN BAHU4.MENYENTUH BAITULLAHDIANTARA KESALAHAN-KESALAHAN SEMASA TAWAF5.MEMBELAKANG ATAU MENGADAP KAABAH8. TAWAF MASUK DALAM HIJIR ISMAILHUKUM = BATAL PUSINGAN TAWAF

Zam-Zam

Mafhumnya Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air Zam-zam. Ianya mengandungi makanan yang mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit.

Doa ketika meminum air Zam-zam.

Mafhumnya Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit.

37 ( RUKUN KE 3 ) SAEI PENGERTIAN SAEIBERJALAN ULANG ALIK DI ANTARA BUKIT SAFA DAN MARWAH

38 SAIE SYARAT-SYARAT SAIE1.DILAKUKAN SELEPAS TAWAF RUKUN/TAWAF QUDUM2.BERMULA DI BUKIT SAFA, BERAKHIR DI BUKIT MARWAH3.CUKUP 7 KALI DENGAN YAKIN DIKIRA SEKALI DARIPADA SAFAKE MARWAH DAN SEKALI DARIPADA MARWAH KE SAFA4.HENDAKLAH SAMPAI KE PENGHUJUNG TEMPAT SAIE DI SAFADAN DI MARWAH5.HENDAKLAH SAIE DI BATNULWADI (TEMPAT YANG TERMAKLUM)6.TIDAK BERNIAT LAIN YANG MEMESONGKAN TUJUAN SAIE

420 METERSAFA MARWAKAABAHHIJIR ISMAILMAQAM IBRAHIMPINTU MASUK KE MASATANDA HIJAUTANDA HIJAURUKUN YAMANIRUKUN SYAMIRUKUN IRAQIRUKUN HAJAR AWSWADKETERANGAN RUKUN KAABAH ANTARA TEMPAT TAWAF DAN SAIE DI MASJID HARAMSAFA MARWABABUS SALAMSAIE BERMULA DARIPADA SAFA DAN BERAKHIR DI MARWAH SEBANYAK 7 KALI SAIEMAQAM IBRAHIMKAABAHBAB AL-SAFACUKUP DUA KALI SAIE!JARAK ANTARA DUA GARISAN BERTITIK INI ADALAH KAWASAN YANG DISUNATKAN BERLARI-LARI ANAK BAGI LELAKILALUAN KERETA SORONGCUKUP SATU KALI SAIE!JARAK ANTARA BUKIT SAFA & BUKIT MARWAH LEBIH KURANG 473 METER99 METERLAMPU HIJAUSAFAMARWAH KESILAPAN SEMASA SAIE Saie dilakukan sebelum tawaf yang sempurna Saie bermula di Marwah dan habis di Safa Membuat 2 kali saie Umrah @ membuat saie sunat Qasad dan pergi minum air zam-zam atau sembahyang dan memulakan saie ditempat lain sebelum berpatah balik ke tempat asal Jemaah haji wanita berlari di kawasan lampu hijau Membuat Saie sunat... selepas Tawaf Sunat SAIE( RUKUN KE 4 )Bercukur / Bergunting (Rukun)

Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting sahaja.

Tahallul: Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram.

43 (RUKUN KE 5)TERTIB PADA SEMUA RUKUN

Adapun rukun umrah, wajib dikerjakan satu demi satu mengikut susunan bermula dengan niat ihram dan disudahi dengan bergunting/ bercukur44

Ziarah MakkahJabal NurZiarah KeduaMasjid Hudaibiyah (Miqat Umrah)Ladang Ternakan UntaMuzium Haramain Ziarah PertamaJabal ThurMudzalifahPadang Arafah, Jabal RahmahJamrah, MinaJaaranah (Miqat Umrah)Kelebihannya1.Sembahyang ,Berdoa dan berzikir di Masjidil haram pahalanya 100,000 kali ganda2.Melihat kesan sejarah Rasullullah dan sahabat-sahabat - boleh meningkatkan keimanan dan ketaqwaanTARIF TAWAF WADATawaf Selamat Tinggal yang wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah lebih dari 2 Marhalah (lebih kurang 56 batu atau 91 kilometer) dan lebih .

Hukum Tawaf Wada WAJIB Bagi:

Orang yang bermusafir meninggalkan Makkah pada jarak yang mengharuskannya mengqasarkan solat iaitu kadar 2 marhalah.

Orang yang meninggalkan Makkah dan akan bermukim di luar Tanah Haram selama 4 hari atau lebih walaupun jaraknya kurang dari 2 marhalah sama ada penduduk Makkah atau pun bukan.

Orang yang meninggalkan Tawaf Wada tanpa uzur yang dibenarkan syara dikenakan dam (Tertib dan Taqdir).

PERSIAPAN SEBELUM TAWAF WADABerwuduk dan pergi Tawaf Wada dalam tempoh 2-3 jam pada hari biasa kecuali Jumaat 4-5 jam sebelum bertolak meninggalkan Makkah

Tidak perlu memakai Ihram

Tidak perlu pergi ke Miqat

Berniat Tawaf Wada 7 pusingan dipenjuru Hajarul Aswad

Tidak perlu Saei Wada,

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SELEPAS TAWAF WADAMenunaikan Solat Sunat Tawaf sahaja

Mengucup Hajarul Aswad (jika berkemampuan)

Memegang Kaabah/Hijr Ismail/Maqam Ibrahim

Minum Air Zamzam

Berdoa

Sambungan.Menunaikan solat Fardhu sekiranya muazzin telah melaungkan iqamat (hanya bagi kes orang bersesak sehingga tidak dapat keluar dari Masjidil Haram atau sebaik selesai Tawaf Wada)

Makan dan minum didalam bilik atau hotel sekadar keperluan

Buang air kecil /besar / Mandi dan menukar pakaian dalam bilik hotel

Mengambil gambar atau bersedekah dalam tempoh menunggu bas di Hotel

Sambungan.Melakukan perkara yang tiada hubungan langsung dengan musafir tetapi wajib dilakukan kerana hajat dan keperluan maslahah khusus/umum seperti mencari suami ,isteri, keluarga teman yang hilang/barang yang hilang dan ziarah pesakit (kes kecemasan sahaja)

Menunggu bas (walau bagaimanapun uruf dalam lingkungan 2-3 pada hari biasa dan 4-5 jam pada hari jumaat selepas Tawaf Wada)

Membeli barangan sekadar keperluan berkaitan perjalanan seperti air atau roti

LARANGAN SELEPAS TAWAF WADATunai solat-solat sunat seperti Hajat, Taubat, istikharah dan sebagainya (sila tunaikan sebelum Tawaf Wada).

Memberi wang (walaupun SR 1.00 kepada petugas pecucian Masjidil Haram atau peminta sedekah dengan tujuan niat habiskan wang Riyal) sehingga menampakkan maksud perbuatan sedekah seperti mencari cari peminta sedekah. (sekiranya sambil-sambil berjalan hulurkan duit dibolehkan)

SAMBUNGAN.Mengambil gambar diri sendiri/gambar orang lain/objek lain/meminta orang lain mengambil gambarnya /menolong mengambil gambar orang lain di dalam Masjidil Haram atau semasa dalam perjalanan pulang ke Bangunan Penginapan

Menunggu suami/kawan didalam Masjidil Haram yang belum selesai Tawaf ( tunggu ditempat letak kasut )

Berlengah-lengah di dalam Masjidil Haram sehingga menyebabkan perjalanan jemaah haji lain terganggu kerana menunggu kepulangan jemaah tersebut

SAMBUNGAN.Membeli barangan yang tiada kaitan dengan keperluan perjalanan seperti tasbih, minyak wangi, cincin, kain tudung, makanan burung dan sebagainya walaupun dengan mewakilkan kepada orang lain membelinya.

Bersantai dan tidur dalam bilik semasa menunggu kenderaan

Membayar hutang yang boleh ditangguh ( Dam perlu dibayar atau disegerakan)

DIKECUALIKAN (TIDAK WAJIB) TAWAF WADA(UZUR SYYARE)Perempuan haid, nifas atau mustahadhah di dalam tempoh haid.

Penyakit salisulbaul (kencing tidak lawas).

Luka, nanah, darah yang boleh menajiskan masjid.

Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.

5.Takut dizalimi atau orang zalim6.Takut ditinggalkan rakan seperjalanan.7.Bimbangkan keselamatan diri dan hartanya8.Tidak punyai air atau debu atau tanah untuk bersuci .

APAKAH HARAPAN KITA MENJADI KEKASIH KEPADA KEKASIH ALLAH MENDAPAT SYAFAAT DARI SEORANG kEKASIH YANG CUKUP PENGASIH

INGIN BERTEMU KEKASIH SEMASA DI DUNIA DAN BERSAMA KEKASIH SEMASA DI MAHSYAR BESEMADI BERSAMA KEKASIH DI DALAM SYURGA ANUGERAH KEKASIH ABADI

57WASSALAM Semoga semua jemaah Umrah yang dikasihi dianugerahkan Allah swt kesabaran dan ketenangan serta didoakan mendapat sebaik-baik ganjaran UMRAH MAQBULAH

Tabung Haji TravelWilayah Sabah088-239 290( Hotline )