perbezaan simantik dan pragmatik

Post on 18-Dec-2014

465 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Perbezaan Simantik dan Pragmatik

DISEDIAKAN OLEH:

FARAH FAZRIYANA BINTI BASRIFITRI NORLIDA BINTI IBRAHIMNOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOLNORAZILA BINTI ABIDENNUR AFIFAH BINTI AHMAD

PISMP SEM 4 (BM C)

ILMU LINGUISTIK

DEFINISI SEMANTIK

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.

Kata - unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.

 Turut mengkaji makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat.

Secara umumya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.

Contoh ayat:

Ayah saya pemandu.

Kata Ciri

ayah

(i) manusia

(ii) lelaki

(iii) dewasa

(iv) bapa kepada anak

Kata Ciri

saya

(i) ganti nama

(ii) manusia

(iii) orang yang berkata

Kata ciri-ciri

pemandu

(i) manusia

(ii) membawa kenderaan

(iii mempunyai lesen

Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan.

Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.

Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.

Teliti ayat berikut:

Orang itu pengarah syarikat.

Orang itu abang saya.

Sungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.

Rujukan seperti ini penting kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.

Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.

Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

Peluasan makna-Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata.  Penyempitan makna

-Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus.  Pemindahan makna

-Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.-Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.

DEFINISI PRAGMATIKMenurut Levinson (1983: 9),

(1) “Pragmatik ialah kajian  hubungan antara bahasa dan konteks yang mendasari penjelasan pengertian bahasa”. Di sini, “pengertian/pemahaman bahasa” merujuk kepada fakta bahawa untuk mengerti sesuatu ungkapan/ ujaran bahasa diperlukan juga pengetahuan di luar makna kata dan hubungan tatabahasanya, yakni hubungannya dengan konteks penggunaannya.

(2) “Pragmatik ialah kajian tentang kemampuan pemakai bahasa mengaitkan ujaran-ujarannya dengan konteks-konteks yang sesuai bagi ujaran-ujaran itu”. (Nababan, 1987: 2)

Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu.

Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.

Menurut George Yule (1997: 3) Pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang dibacanya.

“Saya ada sepuluh orang anak.”

Contoh ujaran :

Dalam hal ini ujaran itu mungkin berupa satu “PERNYATAAN” dan lakuan itu adalah satu lakuan membuat kenyataan.

Namun begitu, ujaran itu juga boleh digunakan untuk bercakap besar; atau mungkin juga untuk memberi amaran.

*Misalannya bila diungkapkan oleh seorang wanita kepada seorang lelaki yang cuba memikat beliau.

Apa yang penting adalah apa yang mahu dilakukan atau yang mahu dicapai oleh penutur (penulis) apabila beliau membuat ujaran itu.

Dapat disimpulkan:

“Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.

PERBEZAAN SEMANTIK & PRAGMATIK

SEMANTIK PRAGMATIK

DEFINISI:bidang yang mengkaji

selok-belok makna

DEFINISI:cabang ilmu linguistik yang

mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat

perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau

penulis dan pembaca.

MEMPELAJARI: makna iaitu makna kata

dan makna kalimat.

MEMPELAJARI: ujaran iaitu untuk apa ujaran

dilakukan.

Kalau semantik bertanya “Apa makna X?”

Maka pragmatik bertanya “Apa yang anda maksudkan dengan X?”

Makna di dalam semantik ditentukan oleh

leksikal dan konteks

Makna di dalam pragmatik ditentukan oleh konteks, yakni siapa yang berbicara, kepada

siapa, di mana, bila, bagaimana, dan apa fungsi ujaran itu.

Sekian, terima kasih.

top related