peranan guru dalam melaksanakan dasar mbmmbi
Post on 03-Apr-2018
246 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
1/3
Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan
Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahuludefinisi MBMMBIini.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu &Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada
tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia
juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa
ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.
Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Penguasaan asas kemahiran
berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang
dan holistik menerusi modul P&P.
2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan
secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca
dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemenmenyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem
bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
3. Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang
lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan
http://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbihttp://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbihttp://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbihttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbi -
7/28/2019 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
2/3
disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan
penghasilan produk.
4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Penggunaan
sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P
Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau
agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi
makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat
menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan
diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi
penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa
Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa
Malaysia.
6. Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa
Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur
dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya
pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.
Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang
memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga
perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspek
kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke
semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah
lebih kondusif untuk P&P.
9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemah karya agung
dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu
melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. PenggunaanBahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar
hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Satu
kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan
dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
-
7/28/2019 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
3/3
11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti pengajian
di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
top related