peranan agensi awam & glc dalam …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 jan 2009/tajuk 4/tajuk...
Post on 06-Sep-2018
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM MEWUJUDKAN DAN MEMPERKASA USAHAWAN BARU YANG KOMPETEN DAN
BERDAYA SAING: SUATU GAGASAN DAN CABARAN MASA DEPAN
DATUK NAM BIN MARTHININKetua Pengarah
Majlis Amanah Rakyat
(Dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Othman AhmadTimbalan Ketua Pengarah (Usahawan)
1.0 Sejarah Penubuhan MARA
Majlis Amanah Rakyat ditubuhkan pada Mac 1966 hasil resolusi Persidangan
Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama berperanan sebagai agensi pemegang amanah
bagi pembangunan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera. MARA
adalah merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan Dan Koperasi (MECD). Selain dari MARA, terdapat lebih daripada 60
agensi yang terlibat dalam membangun dan membantu Bumiputera dalam perniagaan
yang terletak di bawah 14 kementerian.
2.0 Objektif MARA
Menggalak , membimbing, melatih, membantu Bumiputera menyertai dengan aktif
aktiviti perdagangan dan perusahaan dalam membentuk masyarakat usahawan
Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan kukuh
3.0 Visi Dan Misi MARA
Visi MARA adalah menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari,
berautonomi dan berwibawa sebagai;
- Penggerak dan pemangkin yang aktif
- Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan
- Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan
- Organisasi pemikir
2
Misi MARA adalah menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk
mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi dan
kemasyarakatan
4.0 Pelan Strategik MARA (2006-2015)
Satu hasrat bagi membina nilai pemilikan Bumiputera dalam ekonomi dengan
mengukuhkan kedudukan usahaniaga konvensional dan menempatkan Bumiputera
untuk memainkan peranan lebih berkesan dalam bidang-bidang baru dan bakal
muncul.
5.0 Strategi Pelaksanaan Program MARA
MARA telah menyediakan satu perancangan sepuluh tahun di bawah Pelan Strategik
MARA (PSM) yang mengandungi tiga teras utama iaitu:
i. Knowledge Based Entrepreneur
- Pengukuhan serta pembukaan peluang-peluang
- Pembangunan pengeluaran poduk usahawan
- Kemudahan serta perkhidmatan kewangan
- Sokongan Rangkaian serta komuniti perniagaan yang kuat
ii. Knowledge Worker:
- Peningkatan ilmu dan kemahiran
- Inovasi dan kreativiti
- Memula dan membentuk rangkaian strategik terbaik
- Pendedahan & pengalaman terbaik di dalam organisasi terpilih di dalam &
luar negara
iii. Knowledge Based Organisation:
- Pembangunan modal insan
- Politik
- Pengurusan ilmu & ICT
3
MENEMPATKAN USAHAWAN BUMI DALAM BIDANG BAKAL MUNCU
§
MENENTUKAN BIDANG-BIDANG TEKNOLOGI STRATEGIK &
MENJURUSKAN USAHAWAN DAN TENAGA PAKAR BUMIPUTERA
§ §
HASRAT STRATEGIK PSM
MATLAMAT STRATEGIK (M)
PEMACU STRATEGIK (P)
PROGRAM–PROGRAM TERAS (T)
PROGRAM PELENGKAP (K)
MENGUKUHKAN & MEMBINA EKUITI BUMIPUTERA MENERUSIMPPB ERA PENGETAHUAN
TeknousahawanPembiayaan EkuitiInkubator Teknologi
Hijrah Nilai PerniagaanPembiayaan Aset
Bimbingan KerjayaLifelong Learning
INTEMKIMAR
KIMLPU
TeknoPUTRAPUM
PENGUKUHAN USAHAWAN
DALAM BIDANG SEDIA ADA
MELAHIRKAN K-PEKERJA UTK MENYOKONG PENCEBURAN DLM
BIDANG SEDIA ADA DAN BAKAL MUNCUL
MENYOKONG PERTUMBUHAN USAHAWAN SUPAYA MENINGKAT
DARI STATUS IKS KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI
WUJUDKAN GRADUAN & TENAGA MAHIR YG MEMPUNYAI DAYA
SAING & ORIENTASI KEUSAHAWAN YG LEBIH KUAT
6.0 Peranan EKS Dalam Pembangunan Ekonomi Negara
Terdapat hampir 500 ribu buah Enterprise Kecil Dan Sederhana (EKS) di Malaysia
yang menyumbang lebih lima juta peluang pekerjaan seterusnya menyumbang 30
peratus kepada KDNK negara dan secara langsung merupakan agen bagi merapatkan
jurang antara kaum dalam negara. Penyertaan ekuiti Bumiputera mengikut sektor
setakat 2004 ialah 18.9%.
7.0 Peranan MARA Dalam EKS Bumiputera
Sebagai sebuah agensi amanah di antara agensi-agensi terpenting di bawah MECD. Di
dalam RMKe-9, MARA telah diberi peruntukan sebanyak RM3.1 billion di mana
hampir RM890 juta diperuntukan bagi tujuan Program-program Pembangunan
Usahawan:
Pecahan Peruntukan MARA adalah seperti berikut:
4
• Bahagian Pembangunan Usahawan – RM210.0 juta
• Bahagian Pembangunan Infrastuktur– RM308.6 juta
• Bahagian Pembiayaan Perniagaan – RM317.0
• Bahagian Kenderaan – RM75.0 juta
Status Pencapaian Terkini
RMK8 RMK9 SETAKAT 31 OKT. 2008
Sektor Usahawan Peruntukan
(RM)
Pencapaian
(RM)
Peruntukan
(RM)
Pencapaian
(RM)
Pembangunan
Usahawan
87,000,000 61,339,529 210,000,000 123,220,907
Pembiayaan
Perniagaan
200,000,000 200,000,000 300,000,000 751,603,930
Pembangunan
Infrastruktur
Perniagaan
241,850,740 166,696,659 308,652,000 130,972,711
Kenderaan Bas
MARA
82,600,000 82,600,000 75,000,000 65,000,000
JUMLAH 611,450,740 510,636,188 893,652,000 1,070,797,548
5
ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020
STRATEGY MECD
STRATEGY MARA
KEKWKBO
MPPB
Peluang perniagaanKemudahan Perniagaan
USAHAWAN EKSGLOKAL
FRANCHISOR
CONVERSIONCLUSTER
CORRIDOR
Sasaran UsahawanRMK9
60,000 – EKS
50 – Top entrepreneurs
Peruntukan RM890 juta
Pengukuhan (Infra)
MOU
TPPU / TIM
FITEC
MFSB
IUB
BSC
INTEM
EDU-BIZ
MARA INC
DIDEC
Retail Lanskap
Vendor Lanskap
Conversion Lanskap
Teknopreneur Lanskap
IBS / Hardware Lanskap
Kawalan Kredit
Pembiayaan Perniagaan
Ruangniaga / Industri
Pembangunan Usahawan
Kenderaan
Pendekatan Pelaksanaan
8.0 Cabaran EKS
i. Pengukuhan sistem & business model:
Dalam menempuh cabaran era globalisasi, EKS perlu mengukuhkan system
pengurusan dengan menambah nilai perkhidmatan supaya mencapai piawaian
peringkat antarabangsa.
ii. Amalan Perniagaan Terbaik & benchmarking:
EKS Bumiputera perlu mengamalkan sistem pengurusan perniagaan yang
berorientasikan pelanggan (Customer Oriented) dengan mewujudkan
benchmarking bagi mendapatkan kelebihan berbanding pesaing berupaya
dicapai menerusi kekuatan pengurusan, tenaga kerja mahir dan juga menerusi
pakatan strategik (smart partnership)
6
iii. Transformation & Business Restructuring:
Kaedah ini adalah merupakan satu strategi pengukuhan perniagaan melalui
penstrukturan, penyusunan dan repositioning bagi mengoptimakan
penggunaan sumber serta mengurangkan kos melalui ekploitasi teknologi
terkini dan kemudahan ICT
iv. Risikan Pasaran (Market Intelligence)
Usahawan Bumiputera hendaklah memiliki dan mempunyai akses kepada
kehendak pasaran seperti akses kepada profil pesaing, jaringan pasaran dan
peluang serta keupayaan menembusi pasaran melalui penjenamaan, rekaan
pembungkusan produk tersendiri dan juga kualiti produk yang menepati
piawaian antarabangsa bagi membolehkan pewujudan jaringan perniagaan
bersama usahawan antarabangsa baru terutamanya dari kalangan negara OIC
v. Keupayaan Penyelidikan & Pembangunan Produk (R&D)
Bagi menjamin kesinambungan (perpetuity) perniagaan serta penguasaan
dalam pasaran, EKS Bumiputera perlu menggiatkan aktiviti R&D sama ada
secara persendirian ataupun menerusi kerjasama agensi-agensi kerajaan/swasta
yang menjalankan R&D. Usaha-usaha R&D juga perlulah menjurus
kepada pembangunan produk-produk baru, pembaharuan produk sedia ada,
penambahbaikan kaedah pengeluaran, pembungkusan produk yang lebih
menarik serta peningkatan mutu perkhidmatan
vi.. Keupayaan Merebut Peluang Dalam Wilayah Pembangunan Ekonomi
Kesungguhan kerajaan dalam merencanakan agenda pembangunan setiap
negeri telah melahirkan program pembangunan ekonomi mengikut wilayah
meliputi Iskandariah Development Corridor, Northern Corridor Economic
Region, East Corridor Economic, Region, Sabah Development Corridor dan
Sarawak Corridor of Renewable Energy. Program-program pembangunan ini
bakal mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi menjana ekonomi
setempat
7
vii. Penyertaan Dalam Program Pemasaran Domestik Dan Antarabangsa
Di era globalisasi, usahawan Bumiputera perlu menggiatkan usaha bagi
membuka pasaran di luar jaringan sedia ada. Cabaran utama usahawan adalah
persaingan dari negara luar yang menawarkan produk-produk generic pada
harga lebih rendah memungkinkan usahawan Bumiputera juga mengikut
langkah sama dengan menawarkan pelbagai produk unik dan inovasi ke
pasaran antarabangsa seperti produk makanan halal, herba dan farmaseutikal
viii. Pengukuhan NGO Perdagangan
Persaingan ketara di antara usahawan Bumiputera dan usahawan lain boleh
diatasi melalui kesepakatan semua NGO Perdagangan Bumiputera secara
permuafakatan atau mengamalkan sikap solidarity. Dengan cara ini, jurang
persefahaman dapat dihapuskan seterusnya mewujudkan pencapaian matlamat
yang seiring iaitu menjadi satu entiti perdagangan yg kukuh bagi merebut
peluang-peluang perniagaan seterusnya memainkan peranan aktif terutamanya
diperingkat global.
ix. Penguasaan Rantaian Nilai sesuatu industri
Penguasaan usahawan Bumiputera dalam sesuatu industri melibatkan
pengukuhan rantaian nilai industri tersebut. Langkah ini amatlah penting bagi
mengelakkan manipulasi kos bahan mentah, kestabilan stok bekalan serta
aktiviti pengedaran produk hasil keluaran yang mengelakkan sebarang krisis.
9.0 Prospek Masa Depan
Kerajaan di bawah Industrial Master Plan 3 (IMP3) telah menggariskan peluang-
peluang perniagaan yang boleh disertai oleh usahawan Bumiputera dalam sektor
resource based dan non-resource based. Kerajaan menjangkakan sektor-sektor ini
akan menyumbang kepada pelaburan yang besar dalam ekonomi negara antara 2006
hingga 2020.
8
10.0 Bidang-bidang Keutamaan
Fokus MARA dalam pembangunan usahawan Bumiputera meliputi beberapa industri
seperti berikut:
i. Food Processing:
Berdasarkan jangkaan industri ini berkembang pada kadar 7.8% setahun,
keutamaan MARA adalah kepada produk halal, herbal,functional food dan
ingredient product. MARA telah dan sedang mengambil inisiatif penting
dalam memajukan industri makanan halal Bumiputera dengan mewujudkan
sebuah kompleks R&D dikenali sebagai Inkubator Teknologi Makanan
(INTEM) terletak di Kepong dengan kos dianggarkan RM42 juta dan dijangka
siap pada Mac 2009. Komponen kompleks ini adalah seperti berikut:
Industri Jumlah(RM Billion)
30% Ekuiti Bumiputera(RM Billion)
Non-Resource Based Sectors:
Elektrik & Elektronik 82.4 24.7
Alatan Perubatan 19.4 5.8
Tekstil & Perhiasan 13.7 4.1
Peralatan & Perkakasan 30.8 9.2
Logam 44.2 13.3
Peralatan Pengangkutan 42.3 12.7
Resource Based Sectors:
Petrochemicals 34.0 10.2
Pharmaceuticals 6.7 2.0
Wood-based 25.4 7.6
Rubber-based 12.9 3.9
Oil Palm-based 26.1 7.8
Food processing 24.6 7.4
9
- Makmal R&D Teknologi Makanan yang menguruskan perkara-perkara
berkaitan pembangunan produk, kandungan nutrien, piawaian, kawalan
mutu makanan serta pembangunan teknologi makanan melalui
pemindahan teknologi.
- Pusat Teknologi Pembungkusan yang menyediakan kajian kaedah,
tatacara pembangunan produk melalui rekabentuk, bahan
pembungkusan serta prototyping menggunakan teknologi terkini bagi
peningkatan imej dan kualiti produk yang dihasilkan.
- Inkubator Makanan yang menyediakan ruang perusahaan lengkap
dengan piawaian GMP & HACCP kepada usahawan Bumiputera yang
baru menceburi perniagaan sebagai model konsep perusahaan makanan
yang standard.
- Food training center iaitu menyediakan latihan dan juga transfer of
technology terkni mengenai pengeluaran makana dan amalan-amalan
(best practice) dalam pembuatan makanan supaya setanding dengan
keperluan antarabangsa.
ii. Wood-based:
Industri perabot & asas kayu dijangka menjadi antara penyumbang kepada
pembangunan eknomi negara pada masa hadapan dengan jangkaan kadar
pertumbuhan 6.4% dengan nilai pelaburan RM25.4 Billion. Pada masa ini
penyertaan Bumputera masih kurang memberansangkan di mana terdapat
seramai 300 buah perusahaan perabot yang aktif berdaftar dengan MARA di
bawah FITEC. Secara keseluruhannya, nilai eksport perabot Bumiputera jauh
lebih rendah berbanding dengan bukan Bumiputera. Sehubungan itu, MARA
melalui FITEC menyediakan pelbagai kemudahan latihan pemindahan
teknologi, rekabentuk produk serta program pembangunan vendor kepada
usahawan Bumiputera disamping meningkatkan pasaran melalui projek
Perabot Ria dan promosi keluar negara.
iii. Oil Palm Based:
Sepanjang tempoh 2006-2020, adalah dijangka eksport kasar berasaskan
oleochemical & bio-diesel berjumlah RM78.8 billion dengan nilai pelaburan
sebanyak RM26.1 billion. Lima teras yang perlu dilaksanakan oleh usahawan
Bumiputera bagi melibatkan diri dengan jayanya dalam bidang ini meliputi :
10
- Kepelbagaian penggunaan bahan asas sawit yang mampu
dikomersilkan ke pasaran antarabangsa.
- Meningkatkan kebergantungan produk berasaskan sawit di pasaran
terbuka.
- Mempromosi pelaburan sawit serta mewujudkan jaringan pasaran
sawit di peringkat antarabangsa.
- Menggiatkan usaha R&D produk berasaskan sawit melalui kerjasama
syarikat antarabangsa.
- Memperkukuhkan pasaran domestik serta khidmat sokongan kepada
industri sawit
iv. Distibutive Trade:
Penekanan MARA kepada asas distributive trade melibatkan bidang industri
peruncitan dengan mewujudkan lanskap peruncitan yang melibatkan sepuluh
kluster peruncitan merangkumi:
- Automotif & Sikal
- Hiasan Dalaman & Perabot
- Pakaian, Aksesori & Kraftangan
- Makanan & Minuman
- Kecantikan
- Kesihatan
- ICT & Telekomunikasi
- Peralatan Elektrik dan Elektronik
- Perkakasan Binaan/IBS
- Pelbagai Runcit
v. Industri Binaan & IBS:
Menyedari penyertaan usahawan Bumiputera kurang berkesan dalam industri
ini, MARA menyahut hasrat kerajaan seperti berikut:
- Pengurangan pergantungan kepada tenaga kerja asing.
11
- Peningkatan kualiti, produktiviti, keselamatan, dan daya saing dalam
industri pembinaan.
- Matlamat jangka panjang untuk mencapai Sistem.
- Pembinaan Terbuka dan mengindustrikan sepenuhnya sektor pembinaan
Malaysia menjelang tahun 2010.
vi. Pelancongan:
MARA telah mengenal pasti pelancongan sebagai satu industri yang
mempunyai potensi untuk berkembang pesat berdasarkan beberapa faktor
berikut:
- Lokasi-lokasi percutian baru yang strategik di mana hampir
keseluruhannya dimilik oleh Bumiputera.
- Aliran pertukaran mata wang asing kepada Ringgit Malaysia dalam jumlah
yang tinggi.
- Mewujudkan spin-off effect dalam mewujudkan peluang pekerjaan dalam
skala yang besar.
- Menggalakkan pewujudan industri desa (cottage industri) secara meluas.
vii. Pharmaceutical:
Bidang ini amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat di negara ini.
Penggantungan kepada ubat-ubatan dilihat semakin meningkat dari masa ke
semasa. Justeru dengan keupayaan teknologi terkini yang memungkinkan
kajian penemuan ubat-ubatan dilakukan di negara ini. Makan, peluang
mewujudkan industri berasaskan pharmaceutical perlu diberi penekanan
kerana bilangan pesaing yang masih rendah.
11.0 Rumusan
Dalam memastikan matlamat MPPB tercapai, usahawan Bumiputera harus
mengambil peluang dalam menceburi bidang-bidang yang diberi keutamaan. Di
samping itu, usahawan Bumiputera perlu sentiasa mempelajari serta mengaplikasi
teknologi terkini bagi meningkatkan tahap kompetitif EKS Bumiputera.
Bagi meningkatkan peluang pasaran produk serta perkhidmatan, usahawan
Bumiputera perlu sentiasa merisik peluang pasaran antarabangsa sama ada secara
12
bersendirian ataupun mewujudkan jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat asing
melalui smart partnership ataupun strategic alliance.
Akhir kata, integrasi komuniti usahawan Bumiputera bersama NGO Perdagangan
Bumiputera juga penting bagi menjamin kemuafakatan sesama bangsa dan agama
sentiasa terjalin bagi memupuk semangat kerjasama yang lebih erat serta harmoni.
top related