penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. satu … · universiti teknologi malaysia dengan...
Post on 19-Mar-2019
317 Views
Preview:
TRANSCRIPT
x
PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU KAJIAN
DI PUSAT SERENTI TIANG DUA, MELAKA.
AZIZAH BINTI BESAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
x
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya AZIZAH BINTI BESAR
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: __________________ Tarikh: _______________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU KAJIAN DI PUSAT SERENTI TIANG DUA, MELAKA
(HURUF BESAR)
EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT
NO 17 BATU 21, KG SG ULAR, 26080 KUANTAN, PAHANG
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
υ
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR. SATU KAJIAN DI
PUSAT SERENTI TIANG DUA, MELAKA.
AZIZAH BINTI BESAR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER , 2008
ii
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan : _______________________
Nama Penyelia : EN MAHYUDDIN BIN ARSAT
Tarikh : NOVEMBER 2008
iii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..............................................
Nama Penulis : AZIZAH BINTI BESAR
Tarikh : NOVEMBER 2008
iv
DEDIKASI
Buat insan yang disanjungi serta amat disayangi...
Cek dan Mak.......Besar & Senara
Doa dan kasih sayang yang tulus telah menjadi tulang belakang diriku dalam usaha
menggapai bintang yang menjadi impianku. Tidak terbalas jasa & keringat yang
dicurahkan. Semoga Allah merahmati kehidupan Cek dan Mak di dunia dan akhirat..
Seluruh ahli keluarga,
Bantuan dan kasih sayang yang diberikan dalam usaha mengotakan impian
keluarga kita telah mengajar diriku apa usaha dan kejayaan. Jasamu ku kenang
sampai bila-bila.
Buat mu..
Kesabaranmu mengajar diriku erti SABAR dalam mengharungi segala ranjau
menuju ke menara gading . Semoga apa yang dihajati dipermudahkan oleh Allah
SWT..Amin
Buat pembimbing yang dihormati... En Mahyuddin b Arsat
Jutaan terima kasih di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan selama ini.
Sahabat-sahabatku
Persahabatan kita akan ku kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas sumbangan
kalian.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya, dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik turut ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, En Mahyuddin B Arsat di atas segala bimbingan,
bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang penyelidikan dijalankan. Segala
ilmu yang dicurahkan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Ucapan ribuan terima kasih juga kepada semua pihak Perpustakaan Sultanah
Zanariah (PSZ) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas
bantuan yang diberikan kepada penyelidik.
Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) dan pihak Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka di atas bantuan
yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyelidikan ini.
Tidak lupa kepada sahabat-sahabat di atas bantuan yang kalian sumbangkan dalam
penyelidikan ini. Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa
hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas
daripada penyalahgunaan dadah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor-
faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Kaedah
deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti empat pembolehubah iaitu sikap
individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap
dadah. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah
diedarkan kepada pelatih Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Data dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 12.00 For
Windows bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai Alfa Cronbach
daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.87. Dapatan kajian menunjukkan faktor
sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan
terhadap dadah berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi penyalahgunaan
dadah di kalangan pelajar. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk
mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar seperti ibu bapa
memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan
pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan dengan
penyalahgunaan dadah.
vii
ABSTRACT
Students are the generation that will lead the country in the future. Therefore,
it is very important to manifest the generation free from drug abuse. This research is
carried out to determine the factors that influencing the drug abuse among students.
Descriptive method is used to determine the four variables which are individual
attitude, peers influence, family problem and knowledge about drug. Questionnaire is
used as the research instrument and distributed to trainee at Pusat Serenti Tiang Dua,
Melaka. Data was analyzed using Statistical Package for Social Science Version
12.00 for Windows to obtain the percentage, mean and frequency values. The value
of Alpha Cronbach for pilot study is 0.87. The finding shows that, four factors were
at average level respectively which are individual attitude, peers influence, family
problem and knowledge about drug. From this research, several action should be
taken to overcome the drug abuse problem among students such as the parent should
be pay attention to the childs, teacher should be observe the attitude of students and
various organisation should be organise the programs about drug abuse.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
ix
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Dadah 12
1.9.2 Penyalahgunaan dadah 12
1.9.3 Faktor 12
1.9.4 Pelajar 13
1.9.5 Pusat Serenti 13
1.9.6 Sikap 14
1.9.7 Pengaruh 14
1.9.8 Rakan Sebaya 15
1.9.9 Permasalahan keluarga 15
1.9.10 Pengetahuan terhadap Dadah 16
1.10 Penutup 16
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Penyalahgunaan Dadah 17
2.3 Sikap Individu 18
2.4 Pengaruh Rakan sebaya 20
2.5 Permasalahan Keluarga 24
2.6 Pengetahuan Terhadap Dadah 28
2.7 Penutup 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Populasi 33
3.4 Sampel Kajian Dan Tempat Kajian 33
3.5 Instrument Kajian 34
3.5.1 Bahagian A 35
3.5.2 Bahagian B 35
3.6 Kajian Rintis 37
x
3.7 Kesahan Soal Selidik 38
3.8 Prosedur Kajian 39
3.9 Analisis Data 39
3.10 Penutup 41
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Bahagian A – Maklumat diri responden 43
4.2.1 Responden Mengikut Jantina 43
4.2.2 Responden Mengikut Pendidikan
Yang Diikuti Di Pusat Serenti
44
4.2.3 Responden Mengikut Bangsa 44
4.2.4 Responden Mengikut Umur 45
4.2.5 Responden Mengikut Bilangan Adik
Beradik
46
4.2.6 Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/
Bapa / Penjaga
47
4.2.7 Responden Mengikut Pendapatan
Keluarga
48
4.3 Analisis Data Bahagian B - Item Soal Selidik 48
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 49
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 52
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 55
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 59
4.4 Analisis Perbandingan Min 62
4.5 Penutup 64
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Latar Belakang Responden 66
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 67
5.3.1 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor
Permasalahan Keluarga
67
5.3.2 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor 70
xi
Pengaruh Rakan Sebaya
5.3.3 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor
Permasalahan Keluarga
73
5.3.4 Hasil Dapatan Dari Analisis Faktor
Pengetahuan Terhadap Dadah
78
5.4 Perbincangan Persoalan Kajian Secara
Keseluruhan
80
5.5 Rumusan Kajian 81
5.6 Cadangan 81
5.6.1 Pelajar 82
5.6.2 Guru 82
5.6.3 Ibu Bapa 83
5.6.4 Badan Kerajaan atau Bukan
Kerajaan
83
5.7 Kajian Lanjutan 84
5.8 Penutup 84
BIBLIOGRAFI 86
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK
HALAMAN
3.1 Bilangan Responden Daripada Jumlah Populasi 33
3.2 Bilangan Item Bagi Setiap Komponen 36
3.3 Pilihan Maklum Balas Soal Selidik 36
3.4 Pekali Alpha Cronbach 38
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 40
3.6 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 41
4.1 Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Responden Mengikut Pendidikan Yang Diikuti Di
Pusat Serenti
44
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 45
4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik
Beradik
46
4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/
Bapa / Penjaga
47
4.7 Taburan Responden Mengikut Pendapatan
Keluarga
48
4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Sikap Individu
49
4.9 Analisis Min Bagi Pembolehubah Sikap Individu 51
xiii
4.10 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Pengaruh Rakan Sebaya
52
4.11 Analisis Min Bagi Pembolehubah Pengaruh
Rakan Sebaya
54
4.12 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Permasalahan Keluarga
55
4.13 Analisis Min Bagi Pembolehubah Permasalahan
Keluarga
58
4.14 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Pengetahuan Terhadap Dadah
59
4.15 Analisis Min Bagi Pembolehubah Pengetahuan
Terhadap Dadah
61
4.16 Analisis Min Mengikut Pembolehubah Dikaji 62
4.17 Skor Purata Peratus Bagi Setiap Persoalan Kajian 63
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Pengesahan Item Soal Selidik
C Surat Kebenaran Menjalankan
Kajian
D Surat Pengesahan Pelajar
xv
SENARAI SINGKATAN
PDRM - Polis Diraja Malaysia
UNDCP - Program Pengawalan Dadah Antarabangsa
Bangsa-Bangsa Bersatu
AADK - Agensi Anti Dadah Kebangsaan
PEMADAM Persatuan Mencegah Dadah Malaysia
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
MARA Majlis Amanah Rakyat
SPSS - Statisfical Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana
penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar
tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam
fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut
penderitaan dan sumber keseronokan.
Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah di
Malaysia dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris
membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk
bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu yang
telah mengenali dadah dari negara asal, membawa tabiat buruk menyalahgunakan
dadah ke negara ini bertujuan mendapatkan keseronokan pada masa lapang.
2
Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan
berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan
Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Serentak itu,
kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium
Dens telah dilesen dan didaftarkan. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris
terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia mula
menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu. Akibatnya, mulalah
berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya
diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap
candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa
menjatuhkan hukuman.
Kerajaan akhirnya menubuhkan Pusat Biro Narkotik pada tahun 1972 di bawah
Kementerian Kehakiman bagi menangani masalah tersebut. Pertengahan tahun 1975,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah
bagi membantu Biro Narkotik menangani masalah dadah. Penggabungan baru itu
bagaimanapun belum mampu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah menyebabkan
kerajaan mengambil keputusan membubarkan Pusat Biro Narkotik pada 30 Julai 1979.
Pada 1 Jun 1980. Akhirnya pada 2 Januari 1996, Jabatan Narkotik PDRM ditubuhkan
menggantikan Cawangan Anti Dadah. Sejak itu sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan
tindakan tegas telah diambil kerajaan untuk menangani masalah penagihan dadah tetapi
hasilnya masih menghampakan. Setiap hari jumlah penagih baru bertambah.
Sehingga hari ini, dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara.
Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan
pelbagai lapis masyarakat. Menurut Ibrahim ( 1997 ) penagihan dadah bukan saja
golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih
mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu
berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atau
3
jantina. Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara
mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai.
Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti
Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah
diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah
diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui
tindakan disiplin di sekolah-sekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih
yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18
tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan
golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini.
Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk
melahirkan pelajar yang bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan
Azmi Md Deros (2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya
jalinan hubungan yang rapat untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya tidak
mudah terjebak dalam gejala penagihan dadah. Ketika berucap merasmikan Seminar
Pendidikan Pencegahan Dadah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat
Kebangsaan 2002 di Ipoh, beliau menjelaskan bahawa hampir lima juta pelajar sekolah
di negara ini terdedah kepada dadah kerana mereka menjadi sasaran utama pengedar
yang bermotifkan keuntungan. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu meningkatkan peranan
mereka untuk memastikan tidak ada pelajar atau anak mereka yang terjebak dalam
4
masalah penagihan dadah. Selain itu, lebih 500 ahli PIBG dari seluruh negara
menghadiri seminar tersebut Beliau turut menegaskan, jika masalah penagihan dadah itu
tidak ditangani segera ia akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi yang serius di
negara ini. Usaha membanteras penyalahgunaan, pengedaran dan penyeludupan dadah
tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa semata-mata kerana ia
memerlukan jalinan kerjasama semua pihak.
Selain itu beliau turut menjelaskan bahawa, PEMADAM merancang melatih
kira-kira 150,000 guru dan ibu bapa sebagai sukarelawan Sahabat PEMADAM.
Katanya, kumpulan sasaran itu dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan sebagai pihak
yang boleh memainkan peranan berkesan membantu mendidik generasi muda mengenai
bahaya penyalahgunaan dadah bagi membantu mencapai sasaran masalah dadah sifar di
sekolah menjelang 2012.
Di Kelantan, Jabatan Pendidikan Kelantan mengarahkan semua Pejabat
Pendidikan Daerah dan pengetua menyiasat laporan yang mengatakan terdapat kalangan
pelajar sekolah menengah yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Pengarahnya,
Datuk Shafii Ismail berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap
pelajar yang didapati terbabit. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar
bahawa terdapat 106 pelajar sekolah menengah di Kelantan yang didapati positif dadah
menerusi ujian air kencing yang dibuat sepanjang Januari hingga Julai 2002. Pengarah
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Yusuf Che Mamat dilaporkan
berkata kesemua merupakan pelajar lelaki tersebut dipercayai menggunakan wang saku
untuk membeli dadah. (Utusan Malaysia, 12 September 2002)
Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk
Mokhtar Ismail (2004) berkata, sebanyak 26,000 penagih dadah dikenal pasti di seluruh
negara sepanjang Januari hingga Julai 2003. Seramai 13,000 merupakan penagih baru
5
antaranya seawal usia 13 tahun dan berada di tingkatan satu. Sebanyak 80 peratus
penagih ini adalah anak-anak Melayu. Angka itu merupakan peningkatan 30 peratus
berbanding tempoh yang sama tahun 2002.
Azman Mohd Noor (2005) juga menyatakan bahawa lebih 200 murid sekolah
rendah di negeri Kedah dikenal pasti berisiko mengambil dadah berikutan mereka
merokok. Ekoran itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah turut memantau
perkembangan itu. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana golongan yang terlibat
adalah pelajar sekolah rendah yang mula melibatkan diri dengan rokok seawal usia
antara 7 hingga 12 tahun.
Di Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian
tinggi (IPT) yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan
memerlukan tindakan segera semua pihak. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah
Sultan Ahmad Shah menjelaskan bahawa dalam tempoh Januari hingga Disember tahun
2006 seramai 134 orang pelajar terbabit atas kesalahan dadah mengikut pelbagai
seksyen. Ini menunjukkan peningkatan lebih 45 peratus berbanding bagi tempoh sama
pada tahun 2005. Sehubungan itu, apa yang penting ialah mencari punca kepada
pemasalahan itu sehingga ke akar umbi. Masalah tidak akan selesai selagi puncanya
tidak dihapuskan. (Berita Mingguan, 29 April 2007).
Selain itu, di dalam laporan Umavathi Ramayamah (2006) menjelaskan bahawa
bukan pelajar sekolah sahaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurutnya,
seramai 78 orang termasuk remaja wanita berpesta dalam keadaan mabuk, khayal dan
berkelakuan liar ditahan semasa serbuan di sebuah suite mewah. Kesemua yang ditahan
merupakan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekitar Lembah Klang.
Ketika serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kesemua mereka yang berusia lingkungan
18 hingga 26 tahun dilihat sedang asyik menari di ruang tamu yang sesak sambil
berpelukan. Turut kelihatan ialah puluhan tin minuman keras yang bersepah-sepah di
6
sekitar suite tersebut dan beberapa pil disyaki ekstasi. Daripada 78 orang yang
diperiksa, seramai 15 remaja termasuk enam wanita yang kesemuanya penuntut IPTA
ditahan kerana disahkan positif mengambil dadah.
Datuk Mokhtar Ismail dalam Utusan Malaysia (2004, 11 Oktober) menyatakan,
sepanjang 10 tahun lepas kerajaan telah membelanjakan hampir RM1 bilion atau kira-
kira RM100 juta setahun untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia.
Peruntukan sejumlah besar ini umpama mencurah air ke daun keladi apabila ia tidak
mampu untuk menurunkan kadar penglibatan dalam penyalahgunaan dadah. Beliau juga
menegaskan bahawa kerajaan membelanjakan kira-kira RM70 juta setahun untuk
merawat golongan penagih di pusat serenti di seluruh negara kerana sekarang ada 11,000
orang penagih dadah dirawat di pusat-pusat serenti tersebut.
Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Hairulazim Mahmud
(2005) juga mengakui masalah dadah sememangnya serius di kawasan tanah felda.
Beliau menyatakan bahawa pihak pengurusan Felda telah diarahkan supaya melakukan
pendekatan drastik bagi mengatasi gejala itu daripada semakin berleluasa. Dua
pendekatan akan dilakukan iaitu merangka program pembangunan sosial yang menjurus
kepada pengisian program pendidikan untuk anak-anak peneroka dengan peruntukan
sebanyak RM28 juta dan menyediakan program latihan teknikal dan vokasional kepada
anak-anak peneroka selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Matlamatnya
agar mereka memiliki kemahiran dan secara tidak langsung mereka dapat
menghindarkan diri daripada mendekati dadah. Latihan ini diberikan supaya selepas
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka aktiviti boleh dilakukan bagi
mengelakkan terjebak dengan dadah. Beliau juga menyatakan bahawa pendekatan lain
yang dilakukan ialah mengadakan penerangan dan kempen tentang bahaya
penyalahgunaan dadah untuk mewujudkan kesederan di kalangan mereka.
7
Dalam usaha untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah, pelbagai usaha
telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Menurut Datuk Azalina Othman Said dalam
laporan Zaini Raban (2006), Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan
peruntukan permulaan sebanyak RM1 juta kepada 24 institusi pengajian tinggi (IPT)
tempatan untuk membantu program membanteras penyalahgunaan dadah. Peruntukan
itu akan membolehkan semua IPT melaksanakan usaha membanteras penyalahgunaan
dadah dengan lebih agresif menerusi program Belia Benci Dadah. Menurutnya, langkah
berkenaan sangat penting kerana masalah penyalahgunaan dadah di negara ini telah
membelenggu kira-kira 70 peratus golongan belia yang berumur antara 13 dan 40 tahun.
Dalam satu laporan akhbar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan
bahawa dalam memahami penglibatan belia dalam gejala penagihan dadah, terdapat
beberapa perkara utama yang sering menjadi penyebab kepada tabiat buruk tersebut.
Pertama, kerana ingin mencuba diikuti dengan ingin menjadi kelihatan kuat dan gagah di
kalangan rakan-rakan mereka. Kedua, dipengaruhi rakan-rakan yang sudah terlibat
dengan dadah. Ketiga, permasalahan keluarga. Rumah yang tidak dipenuhi dengan
kasih sayang menyebabkan mereka melepaskan rasa kecewa atau kerunsingan dengan
mencuba dadah. Akhirnya mereka terjebak dengan penagihan lalu mengundang kepada
lebih banyak masalah. Keempat, diri sendiri yang tidak mempunyai daya kekuatan
untuk menolak. (Utusan Malaysia, 20 Mei 2006)
Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah penyalahgunaan dadah yang
melibatkan golongan pelajar terus meruncing. Keadaan ini amat membimbangkan
kerana golongan pelajar dan belia adalah pemangkin kepada generasi akan datang.
Untuk melihat generasi akan datang, generasi hari ini adalah cerminnya.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan
dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, kadar
penglibatan penyalahgunaan dadah tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa
ke semasa. Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan
penyumbang terhadap kadar peningkatan penyalahgunaan dadah.
Keadaan ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi
penyalahgunaan dadah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah
dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh
rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah yang
mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
1.4 Objektif Kajian.
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor
yang mempengaruhi kepada penyalahgunaan dadah di kalangan pelatih Pusat Serenti
Tiang Dua, Melaka. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk :-
1.4.1 Mengenal pasti adakah faktor sikap individu mempengaruhi penyalahgunaan
dadah di kalangan pelajar.
1.4.2 Mengenal pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya mempengaruhi
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
9
1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor permasalahan keluarga mempengaruhi
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
1.4.4 Mengenalpasti adakah faktor pengetahuan terhadap dadah mempengaruhi
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan utama dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelatih Pusat
Serenti Tiang Dua, Melaka. Berdasarkan kepada objektif kajian, penyelidik telah
mengemukakan empat persoalan kajian seperti berikut :-
1.5.1 Adakah faktor sikap individu mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan
pelajar?
1.5.2 Adakah faktor pengaruh rakan sebaya mempengaruhi penyalahgunaan dadah di
kalangan pelajar?
1.5.3 Adakah faktor permasalahan keluarga menyumbang kepada penyalahgunaan
dadah di kalangan pelajar?
1.5.4 Adakah faktor pengetahuan terhadap dadah menyumbang kepada
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar?
top related