penyakit reput pangkal batang jejas hasil sawit serangan kulat

Post on 29-Jan-2017

283 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Penyakit reput pangkalbatang jejas hasil sawitSerangan kulat Ganoderma punca akar, batang pokok reputOleh Habsah Dininecah@bharian.com.my

T IDAKsemua pekebun dan pe­ngusaha ladang sawit gem­bira dengan harga buah sa­

wit yang tinggi apabila banyak po­kok sawit mereka di kebun kurangmengeluarkan hasil berikutan se­rangan kulat Ganoderma yang ber­leluasa pada pokok sawit mereka.

Serangan kulat Ganoderma inimenyebabkan penyakit Reput Pang­kal Batang (RPB) pokok sawit me­ngakibatkan pengurangan penge­luaran hasil yang akhirnya bolehmenyebabkan kematian pokok.

Ketua Kumpulan Penyelidik Pa­tologi Tumbuhan dan Sains Rum­pai, Bahagian Penyelidikan BiologiMPOB, Pegawai Penyelidik Prin­siPal' Dr Idris Abu Seman, berkatapenyakit RPB yang disebabkan olehkulat Ganoderma paling banyakmenyerang pokok sawit di negaraini.

"Pada 2007, serangan kulat Ga­noderma membabitkan kira-kira ti­ga peratus atau 120,000hektar ka­wasan penanaman sawit yang manaserangannya menyebabkan kerugi­an kepada peke bun, industri sawitdan negara sebanyak RM400 jutasetahun," katanya ketika ditemui diibu pejabat MPOB Bandar Baru Ba­ngi, baru-baru ini.

Sehingga September 2008,jumlahkeluasan kawasan penanaman sa­wit di negara ini ialah 4.4 juta hek­tar.

Katanya, tiga jenis spesies kulatGanoderma yang menyerang sawitialah dari jenis G.boninense, G.zo­natum, G.miniatocinctum dan se­mentara spesies G.tornatum tidakmenyebabkan penyakit RPB, ia ha­nya hidup pada pokok sawit matisaja.

"Serangan bermula dari bahagi­an akar dan pangkal pokok yangmembabitkan pokok muda seusiasatu tahun selepas tanam dan ba­nyak berlaku ke atas pokok ma­tang.

"Jika berlaku pada pokok sawitmuda, bahagian akar dan batangmenjadi reput, daun bertukar ke­kuningan dan mati dalam tempohenam bulan. Ia biasa berlaku ke­pada pokok muda yang ditanammenggantikan sawit atau kelapayang ditebang dalam proses pena­naman semula sawit yang manakulat Ganoderma yang menyerangini berasal dari pokok sawit atau

. kelapa yang ditebang itu," kata­nya.

Dr Idris berkata, bagi pokok ma­tang pula simptom pada daun danpelepah secara kasar hanya dike­tahui apabila pangkal pelepah daunsawit (petiole) patah manakala pu­cuknya tidak berkembang dandaunnya menjadi kuning menga­kibatkan pokok mati dalam tempoh12hingga 36 bulan.

Katanya, apabila kejadian penya­kit berlaku lebih 30 peratus, pe­ngeluaran hasil buah tandan segar(BTS) berkurangan atau terjejas se-

banyak 26 peratus manakala buahsedia ada kurang berkualiti.

'~pabila serangan berlaku me­lebihi 60 peratus pengeluaran BTSpula terjejas sebanyak 45 peratusdan ini merugikan pekebun sertapengusaha sawit kerana pokok ti­dak boleh mengeluarkan hasil se­perti diharapkan," katanya.

Sebagai perbandingan, kulat Ga­nodermajuga menyerang pokok sa­wit di Indonesia, Papua New Gui­nea, Kepulauan Soloman, negara diAfrika dan Amerika Selatan sepertidi Zaire, Cameroon, Ghana, Han­duras dan Columbia.

Di Malaysia, serangan kulat Ga­noderma banyak berlaku di baha­gian pantai barat terutama di Se­berang Prai, Sungai Kerian, TelukIntan, Banting, Gemencheh, Sega­mat dan Pontian.

Serangan penyakit juga berlakudi Sabah seperti Tawau, Sandakan,Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitasdan Di Sarawak seperti Miri, Sibudan Bintulu.

Cara kawalanTeknik terbaik mengaWal dan

mencegah penyebaran penyakitRPB berikutan serangan kulat Ga­noderma diperkenalkan olehMPOB, iaitu dengan cara melupus­kan pokok sakit yang diserang itu,di mana pokok ditolak dengan jen­tolak, tunggul dan akar dikorek 1.5meter panjang kali 1.5 meter lebar

L1HAT MUKA 5

•DR lORIS menunjukkan batang pokok sawit yang reput, tumbang dan mati akibat dijangkiti kulat Ganoderma.

--Dr Idris Abu Seman• Umur: 4S tahun

• Jawatan: Ketua KumpulanPenyelidik Kumpulan PatologiTumbuhan dan Sains Rumpai,

Jabatan Penyelidikan Biologi MPOB.

• Pendidikan: Diploma PertanianUPM Sarawak 1984, Ijazah SarjanaMuda Sains Pertanian, UPM

Serdang 1987, PhD Wye CollegeUniversiti London UK 1999.

• Perkhidmatan di MPOB: Dari

1987 hingga kini.

• Bidang kajian: Berkaitanpenyakit sawit pengkhususanpenyakit serangan kulatGanoderma selama 21 tahun.

KEADAAN pokok sawit yang di serang kulat Ganoderma.

top related