penubuhan syarikat

Post on 27-Jun-2015

449 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENUBUHAN SYARIKAT

BENTUK DAN KAEDAH PENDAFTARAN

- Pengenalan Organisasi SSM- Pengenalan kepada Pendaftar Syarikat - Akta Yang ditadbirkan- Akta Syarikat 1965- Syarikat Di bawah Akta Syarikat 1965- Perbezaan Jenis syarikat/ perniagaan lain- Jenis-jenis Syarikat Di bawah Akta Syarikat 1965

Skop

- Proses carian nama- Penubuhan syarikat - Pengarah Syarikat- Setiausaha- Keperluan asas memastikan pematuhan- Kesalahan lazim dan implikasi kesalahan

Skop - Sambungan

Mulai 16 April 2002

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

(SSM)

Syarikat Syarikat PerniagaanPerniagaan

SSM - Fungsi

Antaranya;

Memastikan Akta dan undang-undang ditadbir, dikuatkuasakan dan dipatuhi

Menggalakkan tatalaku yang beretika di kalangan pengarah, setiausaha dan pegawai-pegawai.

SSM – Akta-akta ditadbir

a. Akta Syarikat 1965

b. Akta Syarikat Amanah 1949

c. Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971

d. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

e. Perundangan Subsidiari di bawah Akta-Akta di atas

Akta Syarikat 1965

Suatu Akta yang membolehkan satu pakatan anggota/orang untuk menubuhkan pertubuhan korporat yang dikenali sebagai syarikat berdaftar. Akta ini menyediakan kemudahan untuk penubuhan syarikat, ianya mengandungi perkara berhubung dengan ahli, pemiutang, pengurusan dan penggulungan syarikat. Akta ini juga melindungi hak dan kepentingan pemegang saham khasnya dan pelabur secara amnya.

Mengapa perlukan syarikat

Untuk mendapatkan keuntungan Sebagai jentera pembangunan

untuk sesebuah negara Peranan dalam sosio ekonomi Menghasilkan kekayaan dan

agihan kekayaan

Ia didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

Perniagaan boleh dikendalikan oleh seorang (tunggal)

Tuan punya perniagaan bertanggung jawab penuh atas modal dan pengurusan

Biasanya perniagaan digunakan kedai runcit, dobi dan aktiviti perniagaan kecil lain

PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

Ciri-ciri syarikat

Hak memiliki harta serta mengambil tindakan undang-undang

tanggungan pemilik terhad jumlah sumbangan kepada modal syarikat

Ahli minima 2 orang Jangka hayatnya tidak tergantung

kepada ahli tetapi melalui proses undang-undang

Jenis Syarikat Di Bawah

Akta Syarikat 1965

Syarikat Berhad Menurut Saham

Syarikat Berhad Menurut Jaminan

Syarikat Tidak Berhad

SYARIKAT BERHAD MENURUT

SAHAM

Syarikat persendirian (private company Syarikat awam Syarikat asing

Gilir (alternate director atau pengarah Gantian (substitute director) - dilantik oleh seorang pengarah syarikat bagi menggiliri atau menggantikanya dalam tempoh tertentu

SYARIKAT PERSENDIRIAN Menggunakan perkataan ‘sdn bhd’ pada

penghujung Tidak melebihi 50 ahli Kuasa tertentu untuk pindah milik saham Pelawaan saham kepada awam dilarang Pelawaan kepada awam untuk

mendeposit dilarang

SYARIKAT AWAM

• Larangan seksyen 15 tidak terpakai• Menggunakan perkataan ‘berhad’ • Perlu mendapatkan sijil memulakan

perniagaan• Mengadakan mesyuarat berkanun dan

menyerahkan laporan berkanun• Boleh disenaraikan

PROSES PENUBUHAN

Carian nama

• Borang 13A

• Nama dilarang melalui Warta Arahan Menteri• Nama yang tidak diingini• Garis Panduan

Menamakan Syarikat

Nama dilarang melalui Warta Arahan Menteri

Contoh;

Mahkota, Raja Muda, Asean, Amanah Saham, Tabung, Yayasan

Nama Tidak diingini

Contoh;

• Yang ada kaitan dengan Akta Bank Dan Institusi Kewangan dan Akta lain;• Nama yang dikawal- ct.;house broker, percukaian

Nama dikawal dan dihadkan

Contoh;

• Cyber/MSC• Rezab Melayu • Putrajaya • Slogan- ct. Jatidiri• Perkataan lambang perjudian ct. loteri, gambling tilik nasib

DOKUMEN PENUBUHAN

M&A BORANG 6 -

STATUTORY OF COMPLIANCE BORANG 48A -

AKUAN BERKANUN OLEH PENGARAH

BAYARAN- RUJUK JADUAL KEDUA

Kesan Penubuhan

mewujudkan ‘seseorang’ atau entity yang berasingan Syarikat menjadi orang buatan di

segi undang-undang terasing dan dapat dibezakan daripada ahli-ahlinya.

Sebagai suatu entiti yang berasingan, syarikat dapat memiliki harta dalam namanya syarikat itu sendiri, menanggung hutang dan liabiliti bagi pihaknya sendiri, boleh menyaman atau disaman.

KUASA SYARIKAT

Apa yang diberikan oleh M&A atau mesyuarat agong

Seksyen 19 Jadual ketiga Akta Syarikat

1965

MODAL/SYER

Minimum 2 pemegang syer

Maksima 50 bagi Sdn. Tidak terhad bagi syarikat awam

Minima modal berbayar RM 2

ORANG YANG TERLIBAT DENGAN SYARIKAT

Pemegang saham

Syarikat Juruaudit Setiausaha

Pengurusan /pekerja Lembaga Pengarah

AHLI/PEMEGANG SAHAM FUNGSI DAN HAK

Pindaan kepada M&A Menambah modal saham Tukar nama syarikat Pelupusan harta Membenarkan lembaga

menerbitkan saham

PENGARAH

(i)     mana-mana orang yang menduduki tempat/jawatan pengarah walau pun dia disebut dengan nama yang

lain.

(ii)   pengarah silih ganti atau pengarah gantian; dan

(iii)    mana-mana orang yang arahannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah

sesuatu syarikat.

LEMBAGA PENGARAH

Jumlah ditetapkan dalam M&A

Dilantik melalui mesyuarat

Minima 2 orang

Bertanggung jawab pengurusan atas syarikat

Ganjaran bayaran ditentukan oleh mesyuarat

JENIS-JENIS PENGARAH

Pengarah Eksekutif

Pengarah Bukan Eksekutif

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Pengarah Bayangan

 Pengarah Silih Ganti

SIAPA YANG BOLEH JADI PENGARAH

Orang biasa yang cukup umur[seksyen 122]

Dua orang beralamat di Malaysia[seksyen 122]

Dia memegang saham kelayakan [seksyen 124, artikel 71 Table A].

Bagi syarikat awam tidak melebihi 70 tahun.

Tidak boleh meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya jika dengan perletakan jawatan atau pengosongan jawatannya jumlah pengarah menjadi kurang daripada jumlah minimum[seksyen 122]

ORANG TIDAK LAYAK MENJADI PENGARAH

Seorang bankrup (melainkan dengan kebenaran khas dari Mahkamah Tinggi [seksyen 125].  disabitkan atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran atau pengurusan sesuatu perbadanan; atau mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud dan pecah amanah yang boleh didenda dengan penjaraan untuk 3 bulan atau lebih; atau mana-mana kesalahan di bawah seksyen 132, 132A atau 303 Akta (dalam tempoh 5 tahun dari tarikh sabitan melainkan dengan kebenaran khas oleh Mahkamah Tinggi [seksyen 130].

ORANG TIDAK LAYAK MENJADI PENGARAH(samb)

Atas perintah mahkamah dibawah s.130A

Seorang yang di bawah umur [seksyen 122 (2)].

Seseorang yang tak siuman atau menderita daripada penyakit mental [Artikel 72.4,

Jadual Ke 4].

SETIAUSAHA.

Setiausaha pertama hendaklah dinamakan di dalam M&A

Cukup umur

Beralamat kediaman di Malaysia

Tidak boleh kosong lebih daripada 1 bulan

Dilantik oleh lembaga pengarah

Kelayakan Menjadi Setiausaha

Kelayakan di bawah seksyen 139A Akta;• Ahli mana-mana badan yang ditetapkan oleh Menteri;

Ct. MAICSA, MIA, MACPA, MACS,• Pemegang lesen yang dikeluarkan oleh ROC;

Hilang Kelayakan Menjadi Setiausaha

Di bawah S. 139C Akta;• Seorang yang bankrap yang belum dilepaskan• Disabit kesalahan di bawah S. 130• Berhenti menjadi ahli badan yang ditetapkan• Berhenti menjadi pemegang lesen setiusaha syarikat

Kehendak Asas Penyenggaraan

S.54 menfailkan penyata peruntukan saham

S.119 mengadakan pejabat berdaftar syarikat dan memaklumkannya

kepada ROC

S. 121pamirkan nama di pejabat

S.122 mempunyai jumlah minima pengarah pada setiap masa

S. 139mempunyai setiausaha yang berkelayakan pada setiap masa

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb

S.141 memfailkan penyata perubahan pegawai syarikat

S.154 menfailkan resolusi – borang 11

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb

Seksyen 143 (1). Akta menghendaki setiap syarikat

mengadakan mesyuarat agung tahunan (MAT) sekali setiap tahun kalendar. MAT yang pertama dikehendaki diadakan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh penubuhan dan MAT seterusnya dalam tempoh 15 bulan selepas tarikh mengadakan mesyuarat agung tahunan yang sebelumnya

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb

Penyerahansimpan Penyata Tahunan Syarikat Seksyen 165 (1)

Setiap syarikat yang mempunyai modal saham hendaklah menyediakan suatu penyata yang dibuat pada tarikh MAT syarikat dalam sesuatu tahun itu atau suatu tarikh tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh MAT. Penyata hendaklah diserahsimpan bersama akaun yang telah diaudit.

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.

S.167Akta menghendaki semua syarikat menyimpan rekod-rekod perakaunan.

disimpan di pej. berdaftar /perniagaanentri dibuat dalamtempoh 60 hari. rekod-rekod menerangkan dengan

memuasnya transaksi dan kedudukan kewangan dan yang membolehkan penyediaan suatu akaun yang benar dan adil dan yang membolehkan pengauditan ke atas akaun dijalankan dengan senang dan sempurna

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.

Pembentangan Akaun Dalam MAT

 

Suatu kewajipan ke atas pengarah syarikat untuk membentangkan suatu akaun untung dan rugi, kunci-kunci kira-kira bersama-sama dengan laporan pengarah yang ditandatangani oleh pengarah-pengarah berkaitan keuntungan dan kerugian syarikat dan kedudukan syarikat, dalam MAT syarikat [seksyen 169 (1) (3) (5)].

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.

Pembentangan Akaun Dalam MAT  Dalam tempoh 18 bulan selepas

penubuhan dan yang akuan berikutnya setiap tahun kalendar dan tidak melebihi tempoh 15 bulan dari sebelumnya

dibuat tidak lebih dari 6 bulan akaun berakhir

mesti diaudit [ s 169(4) ]

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.

    Pelantikan Juruaudit

Lembaga pengarah boleh melantik juruaudit yang pertama bagi syarikat pada bila-bila masa sebelum MAT yang pertama. Mana-mana juru audit yang dilantik sedemikian memegang jawatan itu sehingga berakhirnya MAT yang pertama. Jika Lembaga gagal untuk membuat mana-mana perlantikan, perlantikan boleh dibuat dalam suatu mesyuarat agung syarikat [seksyen 172 (1)];

Menyenggarakan buku berkanun

Daftar pengarah, pengurus, setiausaha

Daftar ahli

Daftar gadaian

Daftar pemegang saham/pindahan saham

Daftar pegangan kepentingan

Buku minit

Rekod perakaunan

Tanggungjawab Pengarah

Percanggahan Kepentingan

 

Pengarah mempunyai kewajipan yang bersifat fidusiari untuk dijalankan kepada syarikat mereka. Mereka tidak boleh membenarkan suatu keadaan di mana kewajipan kepada syarikat yang sepatutnya mendapat manfaat dari tindakan mereka dan kepentingan peribadi mereka bercanggah.

Tanggungjawab Pengarah -samb

Akta Syarikat 1965 Peraturan-Peraturan Syarikat 1966

Jenis Kesalahan

laporan juruaudit yang palsu;penyerahsimpanan borang 49 yang palsu yang melibatkan penyingkiran pengarah dan penggantian pengarah;sijil berkaitan dengan syarikat sendirian yang dikecualikan yang palsu;pemberian maklumat palsu semasa semasa kenyataan direkod semasa penyiasatan;

Jenis Kesalahan (samb)

pindahan saham dalam borang 32A yang mengandungi tandatangan pemegang saham yang dipalsukan;pengarah membuat pakatan sulit dengan setiausaha syarikat atau juru audit berkaitan dengan akaun syarikat;Penyerahsimpanan Borang 48A yang menyatakan bahawa dia bukan seorang yang bankrup tetapi pada hakikat sebenar dia seorang bankrup (Nota: Ini juga merupakan kesalahan di bawah The Oath and Affirmation Act 1949).

Kesan Kesalahan Jika seseorang disabitkan kesalahan sama ada di dalam

atau di luar Malaysia berhubungan dengan pengurusan, penubuhan atau penganjuran perbadanan atau kesalahan melibatkan fraud, dan tidak amanah (termasuk rasuah) yang boleh dihukum jika disabitkan dengan penjara tiga bulan atau lebih, atau apa-apa kesalahan di bawah seksyen 132, 132A atau 303 Akta, dia tidak dibenarkan, tanpa kebenaran mahkamah, untuk bertindak sebagai pengarah atau secara langsung atau tidak melibatkan diri/mengambil bahagian dalam pengurusan sesebuah perbadanan bagi tempoh 5 tahun selepas sabitannya atau jika dia dipenjarakan, selepas dia dibebaskan. [seksyen 130].

Terima kasih

top related