pentaksiran formatif
Post on 01-Jan-2016
20 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pentaksiran Formatif
• direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
menguasai kemahiran apa yang dipelajari
• diajalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz
dan kerja-rumah
• kesilapan di perbetulkan serta merta
• boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil
dan kertas
• keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid
• membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan
pelajar mengikut tahap, menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan
Oleh itu, pentaksiran formatif adalah untuk membimbing dan memperbaiki
pembelajaran yang termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan,
membimbing pembelajaran, penempatan dan pemilihan dan mengenalpasti dan
mengesan kemajuan potensi
Pentaksiran Sumatif
• meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran
dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun
dan akhir tahun
• biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis
• digunakan untuk menentukan dan memberi gred
• digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh
digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan
• di catatkan didalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan
penempatan ke aliran kumpulan yang sesuai
• dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan
membuar perbandingan diantara satu dengan lain
• dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR,
Penilaian Berasaskan Sekolah (SBE), PMR, SPM dan STPM
• Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan
Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
· Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan
tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran
pembelajaran atau assessment for learning)
· Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan
tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa
yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)
Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat
ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor
malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid
dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan
terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara
berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau
verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak
berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang
tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat
(kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran.
Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula
oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun
berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid
yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
top related