pengiktirafan kepada penjawat awam yang …
Post on 04-Oct-2021
27 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEPADA PENJAWAT AWAM YANG MELAPORKAN
Follow us:
PEMBERIAN DAN PENERIMAAN RASUAH
Garis Panduan berkaitan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah telah dikeluarkan oleh
Ketua Setiausaha Negara yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.
Penjawat awam yang melaporkan sebarang bentuk pemberian ataupenerimaan rasuah akan diberi pengiktirafan dan ganjaran sama ada dalam
bentuk wang, kenaikan pangkat atau gaji dan sijil penghargaan.
Untuk bacaan lanjut boleh klik pautan berikut :
https://www.sprm.gov.my/images/GarisPanduanPengiktirafanPenjawatAwam.pdf
Meningkatkan imej sektor awam dan memberi persepsi bahawa pegawai awam tidak berkompromi dengan perbuatan rasuah.
Meningkatkan, menggalakkan serta memberi motivasi kepada penjawat awam bagi melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
Mewujudkan satu skim yang khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan kes-kes rasuah.
Mengiktiraf penjawat awam yang memperlihatkan etika dan integriti yang tinggi dalam menangani gejala rasuah serta mengikis pandangan negatif masyarakat terhadap perbuatan melaporkan jenayah rasuah.
Aduan pemberian atau penerimaan rasuah di laporkan olehmana-
mana penjawat awam kepada SPRM.
Pengiktirafan adalah kepada seseorang anggota penjawat awam dan
bukannya kepada kementerian , jabatan atau agensi.
Penjawat awam memberikan kerjasama yang sepenuhnyakepada
pegawai SPRM sehingga perbicaraan kes itu selesai, termasuklah hadir
ke mahkamah untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan
kes, jika perlu.
Kes itu hendaklah sehingga membawa kepada sabitan
mahkamah sehingga ke peringkat yang tiada lagi rayuan di buat.
Pemberian dan penerimaan dalam bentuk nyata atau apa-apa
bentuk yang layak dari segi undang-undang yang boleh diberi
nilai.
Panel ini bertanggungjawab meneliti danmemperakukan pengiktirafan kepada penjawatawam berdasarkan laporan kes dan pendakwaanterhadap pesalah rasuah.
Anggota Panel Perakuan adalah :i. Pengerusi – Pengarah Siasatan SPRMii. Anggota – Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam,
Wakil Biro Pengaduan Awam dan Wakil JabatanAudit Negara
Anggota Panel Perakuan Peringkat Negeri :i. Pengerusi – Pengarah SPRM Negeri / Pengarah
Siasatan (bagi Wilayah Persekutuan / WilayahPersekutuan Labuan)
ii. Anggota - Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam,Wakil Biro Pengaduan Awam dan Wakil JabatanAudit Negara Peringkat Negeri / Wakil JabatanAudit Negara (bagi Wilayah Persekutuan /Wilayah Persekutuan Labuan)
Panel Perakuan hendaklah mengemukakancadangan pengiktirafan calon-calon kepadaUrusetia Panel Penilaian sekurang-kurangnya 14hari sebelum berrsidang.
Mesyuarat bersama Panel Perakuan Peringkat NegeriDipengerusikan oleh Pengarah SPRM Sabah bersama
Pengarah Biro Pengaduan Awam, Timbalan KetuaPengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
dan Timbalan Pengarah Audit Negara
• Panel ini bertanggungjawab membuat penilaian terhadap syor Panel Perakuan,
mempertimbangkan dan membuat keputusan mengenai pengiktirafan kepada penjawat
awam.
• Membuat pertimbangan mengenai nilai atau bentuk ganjaran yang akan diberikan.
Keanggotaan Panel Penilaian :
i. Pengerusi– Ketua Pesuruhjaya SPRM
ii. Anggota – Peguam Negara atau wakil, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakil,
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
atau wakil, Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM atau wakil dan
Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Am SPRM.
• Panel Penilaian akan bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun. Makluman tentang
mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi Panel Perakuan 30 hari sebelum
bersidang.
Sekretariat Panel Penilaian dan Panel
Perakuan Peringkat Persekutuan - Pejabat
Pentadbiran Siasatan, Bahagian Siasatan di
Ibu Pejabat SPRM
Sekretariat Panel Perakuan Peringkat
Negeri – Ketua Unit Siasatan di Pejabat
SPRMNegeri
Nama–nama calon untuk pengiktirafan
hendaklah dikemukakan oleh Panel
Perakuan kepada Bahagian Perundangan
dan Pendakwaan di Ibu Pejabat SPRM
sekurang-kurangnya 14 hari selepas Panel
Perakuan menerima makluman daripada
Panel Penilaian bagi tujuan semakan dan
pengesahan.
Jika pemberian atau penerimaan sogokan atau rasuah yang tidak melibatkan wang seperti harta alih dan harta tak alih, maka nilai sogokan atau rasuah akan dibuat berdasarkan penentuan nilai pasaran semasa harta alih dan harta tak alih tersebut.
Pelapor pemberian rasuah juga akan diberi sijil penghargaan dan dipertimbangkan untuk pencalonan anugerah pingat di peringkat Persekutuan dan Negeri.
Sekiranya tiada rampasan wang dibuat atau tiada apa-apa yang dirampas , Panel penilaian akan menentukan ganjaran dengan had minimum RM500.00
Urusan Pembayaran ganjaran akan diuruskan oleh CawanganKewangan , Akuan dan Pembangunan , Bahagian PengurusanSumber Manusia dan Pentadbiran Am, SPRM.
1.Akta Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia 2009
2.Garis Panduan Pengiktirafan PenjawatAwam SPRM/BKP:20/22/1.9 bertarikh 11 Mei 2011
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah
Aras 3, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Peti Surat 6000, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 488381 / 382 / 383
Fax : 088 - 488387
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Cawangan Sandakan
Tingkat 7, Bangunan Persekutuan
KM 11, Jalan Labuk
Peti Surat 6000,
90048 Sandakan, Sabah
Tel : 089 – 668746 / 496
Fax : 089 - 669691
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Cawangan Tawau
Tingkat 6, Bangunan Persekutuan
Peti Surat 6000,
91108 Tawau, Sabah
Tel : 089 – 772743 / 753005
Fax : 089 - 772693
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Cawangan Keningau
Tingkat Bawah, Bangunan Gunasama
Rumah Persekutuan Keningau
Peti Surat 6000,
89008 Keningau, Sabah.
Tel : 087 – 336761 Fax : 087 - 336763
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Cawangan Lahad Datu
Div.1 Kuartes No JKR 10594
Jalan Hap Heng (Hyundai)
Peti Surat 6000,
91100 Lahad Datu, Sabah.
Tel : 089 – 868769 Fax : 089 - 868768
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah
Sektor Pencegahan
Lot No.W1-09, Wisma 1 Sulaman
Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(Unit Pemeriksaan & Perundingan) (Unit Pendidikan Masyarakat)
Tel : 088 – 415601 Tel : 088 - 415603
Fax : 088 – 415602 Fax : 088 – 415604
RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA“Abhor Corruption, Uphold Pride”
top related