penghargaan

Post on 15-Apr-2016

18 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

skool

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T saya panjatkan kehadrat

Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya, kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus

bagi matapelajaran Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah. Pada peringkat awal,

semasa dah akhir sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini disiapkan, kami telah

menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran, namun kami tetap berfikiran positif dan tidak

mudah mengalah, sebaliknya kami menjadikan masalah dan situasi tersebut sebagai

cabaran sebagai titik tolak untuk kami berusaha dengan lebih baik lagi dalam menjayakan

pelaksanaan kerja kursus ini.

Sekalung perhargaan terima kasih dan kami coretkan buat Dr. M. Elangko A/L

Muniandy selaku pensyarah bagi matapelajaran ini atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat

yang berterusan sepanjang kami menjalankan kerja kursus ini. Sayapasti jika tanpa tunjuk

ajar dan bimbingan yang beliau berikan, nescaya sayai tidak akan dapat melaksanakan dan

menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Sekalung penghargaan juga saya

nukilkan buat rakan seperjuangan atas kesudian berkongsi maklumat dan bertukar pendapat

serta idea bernas untuk memantapkan lagi kerja kursus yang dihasilkan ini..

Akhir kata, tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung

mahupun secara tidak langsung dalam pelaksaan kerja kursus ini. Terima kasih kepada

semua pihak kerana ilmu, perngorbanan, jasa dan akhlak mampu menghasilkan sesuatu

yang baharu untuk generasi akan datang dengan izin daripada Allah S.W.T. Sekian, terima

kasih.

1

1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,

mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran

seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran merupakan salah satu

cabang yang sangat penting yang perlu diketahui oleh guru dalam membuat penilaian tahap

penguasaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankannya.

Secara umumnya, kita dapat mengetahui bahawa pentaksiran merupakan satu

daripada komponen yang amat penting dalam pembelajaran. Pentaksiran dalam

pembelajaran merupakan suatu langkah membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu

standard atau piawaian yang dilakukan secara berterusan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Perkara ini disokong oleh Cizek (1993) dalam Bhasah Abu Bakar (2003) yang

mengatakan bahawa pentaksiran haruslah bermula dari peringkat akar umbi iaitu bermula

dari hari pertama persekolahan dan berterusan sehingga keputusan tentang penggredan

bagi seseorang murid dapat dilakukan (Bhasah Abu Bakar, 2003:6).

Pentaksiran ditakrifkan sebagai suatu proses mengumpul data yang bertujuan untuk

membuat penilaian terhadap seseorang individu atau sesuatu kumpulan (Bhasah Abu

Bakar, 2003:6). Secara pemahaman yang ringkas, pentaksiran adalah suatu proses

mengukur tahap kecekapan bagi mengenal pasti sama ada tahap kecekapan dan

penguasaan yang perlu dikuasai telah dapat dikuasai atau tidak.

Menurut Conner (1991) dan Brown (1990), mereka berpendapat bahawa pentaksiran

merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat mengenai kemajuan serta

pencapaian murid yang dididik. Namun begitu, sebelum guru mendapatkan maklumat-

maklumat tersebut, guru perlulah menjalankan pengukuran. Berdasarkan dapatan inilah

2

barulah guru dapat mengenalpasti sejauh mana tahap penguasan dan kemajuan muridnya.

Pengukuran adalah suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang

sebanyak mana murid memiliki ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.

Berdasarkan keterangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa pengukuran adalah langkah

menentukan sejauh manakah seseorang murid itu dapat menguasai atau memiliki ciri-ciri

seperti yang ingin diukur.

Terdapat lima kaedah pentaksiran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam

menjalankan pentaksiran. Kaedah-kaedah tersebut adalah, kaedah Portfolio, Kaedah

Pertimbangan Profesional, Kaedah Pemerhatian, Kaedah Penulisan dan Kaedah Lisan

(Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:3-4).

Pentaksiran dilakukan atas beberapa tujuan antaranya, untuk mengukur

kebertanggungjawaban, untuk tujuan pensijilan, untuk menjalankan proses pemulihan dan

untuk memberi motivasi kepada murid (Bhasah Abu Bakar, 2003: 7-8). Dalam konteks

persekolahan pula, pentaksiran dijalankan dengan tujuan untuk mendapat gambaran

tentang prestasi murid dalam pembelajarannya. Hal ini kerana, dengan adanya maklumat

prestasi murid, guru akan dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan pengajarannya dan

juga sejauh mana pengusaan muridnya. Perkara ini jelas bersangkut-paut dengan tujuan

utama pentaksiran iaitu untuk mengukur kebertanggungjawaban (keberkesanan pengajaran

guru) dan juga untuk tujuan pensijilan (tahap penguasaan murid).

Di samping itu, pentaksiran di sekolah dan bilik darjah juga bertujuan memudahkan

guru merangka rancangan pengajaran harian. Dengan adanya pentaksiran, guru akan dapat

3

mengenalpasti tahap keupayaan muridnya dan maklumat inilah yang akan digunakan untuk

merangka rancangan pengajaran harian yang sesuai dengan keupayaan murid. Dengan ini,

murid akan dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan mudah kerana isi pelajaran sesuai

dengan tahap keupayaan kognitif mereka.

Bagi ciri pula, pentaksiran yang baik perlulah memiliki beberapa ciri seperti kesahan

skor, kebolehpercayaan skor, keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan

kekomprensifan. Ciri-ciri ini penting kerana melalui kita akan dapat membuat penghakiman

dan penggredan yang tepat serta jitu. Penerangan bagi setiap ciri adalah seperti berikut:

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pentaksiran adalah suatu proses

mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penggredan atau penghakiman

berdasarkan pengukuran yang telah dijalankan. Penggredan dan penghakiman ini adalah

bergantung pada tahap pencapaian murid atau seseorang yang diukur. Oleh yang

demikian, jelaslah bahawa pentaksiran merupakan suatu kompenen pendidikan yang amat

penting kerana melaluinya guru dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid,

sejauh mana keberkesanan pengajaran, mengetahui tahap keupayaan murid dan

memudahkan guru merangka isi pelajaran untuk diajarkan kepada murid.

4

1.2 KONSEP PENGUJIAN

Pengujian dari segi istilahnya diertikan sebagai perihal menguji atau pemeriksaan.

(2010:1758). Dengan bahasa mudahnya, pengujian ini dapat diertikan sebagai suatu

langkah untuk mengetahui sesuatu melalui ujian ataupun pemeriksaan berdasarkan objektif

tertentu.

Dari segi konseptualnya, Cronbach (1970) dalam Azizi Ahmad et al(2008),

mentakrifkan pengujian sebagai suatu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu atau murid bagi membuat huraian dengan

bantuan skala bernombor, atau suatu sistem yang berkategorii. Pendapat ini turut disokong

oleh Milagros (1981) yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menyatakan

ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh

murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukanii. Oleh yang demikian, dalam bahasa

lebih mudahnya, pengujian dapat diterjemahkan sebagai suatu langkah untuk membuat

huraian atau pemarkahan murid berdasarkan perubahan tingkah laku dan perlakuan yang

ditunjukkan oleh murid.

Tuan Jah Tuan Yusof et al (2012) yang menyatakan pengujian terdiri daripada satu

set soalan atau tugasan yang mengkehendaki murid memberi satu set tindak balas atau

respon (Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:4). Berdasarkan maklumat dari tindak balas dan

respon inilah guru akan dapat membuat penilaian atau pengadilan terhadap muridnya.

Perkara ini turut diterangkan oleh Menurut Sax (1989) dalam Bhasah Abu Bakar (2003),

pengujian adalah satu set tugasan yang digunapakai untuk menjalankan satu pemerhatian

yang sistematik yang mana tugasan tersebut akan dijadikan perwakilan bagi trait pendidikan

atau atribut yang dikehendaki.

Setiap perkara pasti memiliki sebab mahupun tujuannya dan begitulah juga dengan

pengujian. Antara tujuan pengujian dijalankan adalah untuk mengesan hasil pembelajaran

yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperoleh, mengesan kemahiran dan

pengusaan sedia ada murid sebelum pengajaran dan juga untuk membantu guru

menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan (Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:4).

5

Tuntasnya, pengujian adalah satu kaedah penghakiman tingkah laku yang dilakukan

secara bersistem sama ada dalam bentuk set tugasan ataupun melihat daripada aspek

kualitatif perlakuan seseorang murid atau individu. Penghakiman ini dilakukan berdasarkan

maklumat atau tindak balas dalam perlakuan seseorang murid itu sendiri. Hasil atau dapatan

pengujian adalah bergantung kepada perlakuan dan tindak balas seseorang yang dinilai itu

sendiri. Sebagai contoh, jika positif perlakuannya, maka baiklah penghakiman yang

dilakukan terhadapnya dan jika sebaliknya, maka negatiflah penghakiman terhadapnya.

Maklumat daripada dapatan ini kemudiannya akan digunakan untuk menentukan kategori

atau skala penghakiman kepada individu yang dinilai itu. Oleh yang demikian, jelaslah

bahawa pengujian merupakan suatu alat ukur yang amat penting dalam pendidikan kerana

melaluinya pendidik akan dapat mengenalpasti mengesan perubahan muridnya sesuai

dengan tujuan pengujian itu sendiri.

6

Tujuan Pengujian

1.3 KONSEP PENILAIAN

Penilaian merupakan suatu konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang yang

mempunyai matlamatnya tersendiri. Dengan adanya penilaian, kita akan dapat membuat

anggaran sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Dalam erti

kata lainnya, penilaian dijadikan sebagai satu indikator atau alat ukur untuk melihat sama

ada objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai ataupun tidak.

Selain itu, Gay (1985) yang dipetik dari Bhasah Abu Bakar (2003) menyatakan

penilaian sebagai suatu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk

menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu

pertimbangan atau keputusan dibuat. Pendapat ini turut disokong oleh Tuan Jah Tuan

Yusof et al (2012) yang menerangkan penilaian sebagai suatu proses atau aktiviti yang

bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan prestasi (Tuan

Jah Tuan Yusof et al, 2012:5). Secara ringkasnya, penilaian dapat diterangkan sebagai satu

proses untuk mengukur, menguji serta membuat pertimbangan tentang kebolehan atau

kemahiran berdasarkan objektif yang telah dirangka.

Dalam pada itu, penilaian juga dianggap sabagai satu cara mendapatkan bukti yang

tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang

masalah yang timbul. Sebagai contoh, dalam pengajaran kemahiran bahasa, penguasaan

kemahiran-kemahiran tersebut merupakan satu daripada masalah yang boleh diselesaikan

melalui aktiviti penilaian.

Kesimpulannya, penilaian merupakan suatu proses yang bersistem untuk

mengetahui status objek atau murid yang dinilai. Penentuan status ini adalah berdasarkan

tahap penguasaan atau sejauh mana objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai atau

sebaliknya.

7

2.0 TAKSONOMI BLOOM

Istilah Taksonomi merujuk kepada kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan

dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma

itu (2010: ). Dari sudut pandangan sains pula, Webster’s New Collegiate Dictionary (1953)

pula mendefinisikan taksonomi sebagai pengelasan, lebih-lebih lagi pengelasan haiwan dan

tumbuh-tumbuhan mengikut perkaitan-perkaitan semula jadi. Pengertian ini yang diberikan

oleh Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Webster ini adalah saling berkait kerana,

kedua-duanya mengatakan bahawa taksonomi sebagai pengelasan organisma hidup yang

terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. Berdasarkan kata kunci pengelasan ini dapat

disimpulkan bahawa taksonomi adalah perihal mengelaskan iaitu membuat klasifikasi

dengan pembahagian atau pengasingan berdasarkan kepada tingkatan atau peringkat

tertentu.

Bagi Taksonomi Bloom yang disediakan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956,

taksonomi ini adalah khusus untuk domain kognitif yang berbentuk hierarki dari yang mudah

kepada yang kompleks. Hierarki ini bermula dari kemahiran mengingat hingga kepada

kemahiran membuat sesuatu penilaian (Bhasah Abu Bakar, 2003:58). Hierarki ini jelas

menunjukkan pemeringkatan peringkat-peringkat tertentu selaras dengan pentakrifan istilah

taksonomi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Webster.

Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom semakan Aderson (2001) terdiri daripada

mengingat, memahami, mengaplikasikan, menganalisiskan, menilai dan mencipta.

Idea pengelasan mengikut peringkat ini telah diilhamkan dalam suatu mesyuarat

tidak rasmi pada Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika di Boston pada tahun 1948.

Susun atur pengelasan tersebut adalah mengikut perkembangan daripada mudah kepada

yang lebih sukar. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu mengembangkan

pemikiran atau kognitif murid ke arah yang diinginkan berdasarkan objektif pendidikan itu

sendiri.

Penguasaan bagi setiap peringkat adalah bergantung pada penguasaan peringkat

sebelumnya. Sebagai contoh, sebelum seseorang murid itu menguasai peringkat atau

kemahiran mengsintesis, murid tersebut perlulah kompeten dalam tahap sebelumnya iaitu

menguasai kemahiran menganalisis. Hal ini ditegaskan oleh Benjamin S. Bloom dalam

bukunya Taxonomy Of Educational Objectives (1956) yang dipetik dari Noor Rohana

Mansor (2009) yang menyatakan penguasaan tingkah laku dalam setiap kategori adalah

perlu sebelum menguasai tingkah laku dalam kategori-kategori berikutnya (Noor Rohana

Mansor, 2009:51-52).

8

2.1 Mengingat

Pengetahuan merujuk kepada proses mengingat kembali. Justeru, soalan yang

dibina pada peringkat ini perlulah berfokus kepada proses mengingat. Soalan pada aras ini

mengkehendaki murid mengingat kembali fakta, istilah, teori, definisi, hukum, tarikh,

peristiwa dan mengenal idea serta strategi untuk menyelesaikan masalah.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Definisikan

Padankan

Kenalpasti

Terangkan

Huraikan

Gariskan

Tuliskan

Namakan

Labelkan

Pilih

Nyatakan

9

2.2 Memahami

Memahami merujuk kepada kemahiran memahami sesuatu perkara. Oleh yang

demikian, soalan pada peringkat ini adalah berfokus pada kemahiran memahami sesuatu

perkara. Pada peringkat ini murid diuji dari segi pemahamannya terhadap apa yang telah

dipelajari serta diminta memberikan alasan, pendapat atau hujah yang menyokong

jawapannya. Selain itu, murid juga diminta untuk menterjemahkan atau menyatakan semula

apa yang telah dinyatakan, melihat penyambungan, pertalian, atau perkaitan antara

bahagian-bahagian dalam sebuah komunikasi. Disamping itu, murid turut diminta untuk

merumuskan atau membuat inferen berdasarkan maklumat yang diberikan. Dalam bahasa

mudahnya, murid perlulah mahir menterjemah, mentafsir, merumus dan mahir dalam

membuat inferen.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Tukarkan

BTerangkan

Generalisasikan

Anggarkan

Asingkan

Ramalkan

Rumuskan

Bezakan

Parafrasakan

2.3 Mengaplikasi

Mengaplikasi merujuk kepada penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep,

prinsip, teori, hukum, prosedur dalam situasi khusus dan situasi am. Pada peringkat ini,

murid akan diuji dari aspek pengaplikasian atau penggunaan pengetahuan dan

kefahamannya dalam menangani situasi baharu kepada mereka. Soalan pada peringkat

ini memerlukan murid menggunakan maklumat yang telah didapati daripada suatu

situasi dan digunakan dalam situasi yang berbeza dari apa yang telah dipelajari. Antara

perkara yang boleh diaplikasikan oleh murid adalah seperti konsep, prinsip, teori,

hukum, prosedur, generalisasi dan formula.

10

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Tukarkan

Demonstrasikan

Pindahkan

Gunakan

Selesaikan

Operasikan

Tunjukkan

Organisasikan

Hubungkan

Kembangkan

Hasilkan

Kirakan

Modifikasikan

Sediakan

2.4 Menganalisis

Menganalisis merujuk kepada daya kreativiti untuk menganalisis sesuatu

perkara. Oleh yang demikian, soalan pada peringkat ini adalah berfokus pada cara

mengenalpasti pertalian antara idea, mencari persamaan atau perbezaan yang wujud.

Murid perlu memahami perkara yang dianalisis khususnya isu atau idea utama yang

diketengahkan kerana soalan pada peringkat ini adalah untuk menguji kebolehan murid

tentang bagaimana mereka dapat memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-

bahagiannya dan mengenalpasti tentang hubungkait antara bahagian-bahagian

berkenaan.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran

pada peringkat ini adalah seperti:

Tunjukkan

Pecahkan

Bezakan

Gambar kisahkan

Bahagikan

Garis kasarkan

Simpulkan

Asingkan

Pilih

Kesimpulan

11

2.5 Menilai

Menilai merujuk kepada keupayaan untuk menggabungkan komponen-

komponen kecil kepada bentuk baharu. Sehubungan itu, soalan pada peringkat ini lebih

berfokus kepada pengumpulan unsur serta bahagian tertentu bagi menunjukkan pola

atau struktur yang jelas dan nyata. Hal ini memerlukan murid untuk mengumpul dan

seterusnya menyatukan maklumat, pengetahuan, dan kebolehan daripada bahagian-

bahagian yang telah dipelajari kerana soalan pada aras ini mengkehendaki murid untuk

menyelesaikan masalah yang luar biasa dengan cara yang unik atau menyatukan

semula semua bahagian menjadi sesuatu jawapan yang baharu dan unik.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran

pada peringkat ini adalah seperti:

Kategorikan

Bentukkan

Rekakan

Ciptakan

Tulis semulakan

Susunkan

Rumuskan

Fikirkan

Formulatkan

12

2.6 Mencipta

Mencipta merujuk kepada kemahiran membuat keputusan yang munasabah. Oleh

itu, soalan pada peringkat ini memerlukan murid membuat pertimbangan tentang nilai atau

makna terhadap sesuatu kaedah, idea atau produk yang memiliki tujuan tertentu. Soalan

yang sebegini mengkehendaki murid melakukan pertimbangan yang wajar serta pengukuran

yang tepat untuk mengenalpasti sejauh mana penilaian yang dilakukan oleh orang lain dapat

diterima atau tidak.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Tafsirkan

Sahkan

Justifikasikan

Kritik

Pertahankan

Bezakan

Rumuskan

Sokong

Persamaan

Selesaikan

Terjemahkan

Tuntasnya, Taksonomi Bloom merupakan satu set pengelasan kemahiran yang

berteraskan domain kognitif. Kemahiran-kemahiran tersebut dikelaskan dan disusun

mengikut aras kesukarannya iaitu dari kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang

sukar. Kemahiran ini disusun sedemikian adalah bertujuan untuk membantu perkembangan

pemikiran murid disamping mewujudkan set pemikiran yang sistematik dalam diri manusia

amnya. Perkara ini jelas terbukti apabila murid perlu menguasai kemahiran sebelumnya

sebelum boleh berganjak kepada kemahiran yang seterusnya.

Disamping itu, Taksonomi Bloom juga berperanan untuk memudahkan pembinaan

objektif pendidikan serta memudahkan penyediaan soalan untuk tujuan pentaksiran,

pengujian dan penilaian. Oleh itu, jelaslah bahawa Taksonomi Bloom memiliki peranan

besar dalam bidang pentaksiran pendidikan.

13

3.0 DOMAIN KRATHWOHL

Domain Krathwohl merujuk kepada domain afektif yang meliputi perasaan, sikap dan

nilai dalam diri seseorang. Perasaan, sikap dan nilai merupakan perkara yang dipelajari

serta berkembang dari semasa ke semasa serentak dengan perkembangan insan itu

sendiriiii.

Domain susunan David R. Krathwohl bersama-sama Benjamin S. Bloom dan Betram

B. Masia ini memberi penekanan terhadap pemikiran dan kefahaman murid yang juga

saling berkait dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan juga nilai. Meskipun

domain ini berkait dengan pemikiran dan kefahaman murid, akan tetapi tidak ada instrumen

mahupun prosedur yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian dalam domain ini.

Oleh itu, Benjamin S. Bloom et al (1988) dalam Azizi Ahmad et al (2008) telah menyusun

objektif afektif yang berupa peringkat penguasaan bagi domain ini iaitu dari peringkat

penguasaan atau penghayatan yang paling rendah kepada peringkat tertinggi. Peringkat-

peringkat tersebut terdiri daripada penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan

perwatakan.

14

3.1 Penerimaan

Penerimaan merujuk kepada kesediaan murid untuk menerima sesuatu yang ingin

disampaikan. Proses penerimaan bermula dengan fasa kesedaran terhadap rangsangan

seperti lagu, irama, lirik yang yang berkait dengan situasi kehidupan. Setelah fasa

kesedaran, murid akan menunjukkan kesediaan untuk menerima dengan tidak menjauhinya.

Seterusnya, murid akan melibatkan diri secara terkawal atau terpilih iaitu dengan cuba

membezakan setiap rangsangan yang diterima.

3.2 Gerak Balas

Gerak balas merujuk kepada tindak balas individu atau murid terhadap rangsangan

yang diterimanya. Tindak balas ini wujud apabila murid mempunyai motif, tujuan atau minat

untuk melibatkan diri terhadap rangsangan yang diterima. Hasil daripada tindak balas ini,

murid secara tidak langsung akan berasa puas kerana dapat memberikan kesan terhadap

sesuatu yang menjadi perangsangnya itu. Pada peringkat ini, tindak balas yang berlaku

mungkin disebabkan adanya arahan dan lanjutan daripada itu, murid akan bertindak balas

dengan sendirinya demi kepuasan diri. Sebagai contoh, setelah menyaksikan pertunjukkan

silat, akan lahir minat dalam diri murid dan ini akan mendorong mereka untuk menyertai silat

dan akan berlatih bersungguh-sungguh demi mencapai kepuasan.

3.3 Penilaian

Penilaian merujuk kepada keupayaan murid memahami nilai yang dipegang oleh

masyarakat. Nilai yang ditunjukkan ini bersifat stabil serta boleh dijangka kerana nilai ini

akan menjadi motivasi luaran dan seterusnya menjadi landasan kepada setiap perlakuan

yang ditunjukkan. Penilaian berlaku dengan tiga fasa, iaitu penerimaan nilai, pemilihan nilai

dan akhir sekali komitmen terhadap nilai.

3.3.1 Penerimaan Nilai

Menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang

seterusnya menjadi pegangan yang mempengaruhi perlakuannya.

3.3.2 Pemilihan Nilai

Memilih dan mengambil tindakan bagi mendedahkan maklumat kepada

orang lain yang menunjukkan dia berpegang pada nilai tersebut.

15

3.3.3 Komitmen terhadap nilai

Berpegang teguh kepada kepercayaan dan mempertahankannya daripada

sebarang cabaran.

3.4 Organisasi

Organisasi merujuk kepada keupayaan murid menyusun semua nilai yang

diterimanya menjadi satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan terbahagi kepada

dua bentuk, iaitu mengkonseptualisasikan nilai dan mengelola sistem nilai.

3.4.1 Mengkonseptualisasikan nilai

Melihat dan membuat pertalian antara nilai-nilai yang ada.

3.4.2 Mengelola sistem nilai

Memilih dan menyusun nilai-nilai menjadi satu sistem nilai.

3.5 Perwatakan

Perwatakan merujuk kepada kepatuhan murid terhadap sistem nilai dan juga

keralaan mereka untuk mengamalkannya sebagai satu gaya hidup. Pada peringkat ini

murid biasanya akan kekal mengamalkan nilai yang diamalkan sehingga

memperlihatkan perwatakan berlandaskan nilai tersebut. Selain itu, mereka juga akan

memperlihatkan sistem nilai tersendiri, iaitu memiliki falsafah dan prinsip hidup yang

tersendiri.

i

ii

iii

16

4.0 HUBUNGKAIT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Secara konseptualnya, kita mengetahui bahawa Toksonomi Bloom merupakan suatu

set pengelasan kemahiran untuk domain kognitif yang berbentuk hierarki dari yang mudah

kepada yang kompleks. Bagi Domain Krathwohl pula, domain ini merujuk kepada domain

afektif memberi penekanan terhadap pemikiran dan kefahaman murid yang juga saling

berkait dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan juga nilai. Sementara

kemahiran berfikir aras tinggi pula adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan

proses pemikiran secara kritis dan kreatif. Berdasarkan konsep-konsep ini, secara kasarnya

kita dapat melihat wujudnya pertalian atau hubungkait bagi ketiga-kiga perkara ini. Oleh itu,

marilah kita meneliti dan memperhalusi perkaitan antara domain kognitif dan afektif dengan

kemahiran berfikir aras tinggi ini.

Kita sedia maklum bahawasanya dalam Taksonomi Bloom terdapat enam peringkat

kemahiran kognitif yang mana setiapnya berbeza-beza mengikut tahap. Tahap-tahap ini

disusun dari kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang kompleks, iaitu bermula dari

tahap pengetahuan, kemudian kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan akhir sekali

penilain. Jika diteliti satu per satu setiap kemahiran ini, sebenarnya tahap-tahap ini adalah

suatu rantaian atau urutan proses untuk membina atau menjana kemahiran berfikir aras

tinggi. Hal ini dapat dibuktikan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom

yang mengatakan bahawa penguasaan kemahiran dalam setiap tahap adalah perlu sebelum

menguasai kemahiran dalam tahap atau kategori-kategori berikutnya. Pendapat ini jelas

membuktikan bahawa untuk ke tahap tertinggi iaitu tahap penilaian, seseorang perlulah

menguasai atau kompeten dalam tahap-tahap sebelumnya. Oleh yang demikian, jelaslah

bahawa Taksonomi Bloom dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mempunyai hubungkait

17

kerana tahap-tahap dalam Taksonomi Bloom merupakan langkah-langkah untuk mencapai

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri seseorang.

Selain itu, Taksonomi Bloom juga boleh dijadikan panduan untuk mengetahui tahap

pemikiran seseorang sama ada berada pada aras tinggi atau sebaliknya. Kita boleh

menggunakan tahap-tahap dalam Taksonomi Bloom bagi menilai sejauh mana kecekepan

berfikir seseorang itu. Sebagai contoh, kita boleh menilai cara berfikir seseorang itu dengan

mengajukan soalan-soalan berdasarkan peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom. Jika

dia mampu menjawab atau menyelesaikan masalah dalam tahap penilaian, maka dia layar

digelar sebagai seseorang yang memiliki Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Oleh yang

demikian, jelaslah hubungkait antara Taksonomi Bloom dengan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi.

Hubungkait Domain Krathwohl dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pula adalah

kemahiran berfikir seseorang itu adalah bergantung kepada tahap afektifnya. Hal ini kerana,

afektif yang terdiri daripada perasaan, sikap dan nilai dalam diri seseorang mampu

mempengaruhi cara dan tahap pemikirannya dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, jika

seseorang murid itu tidak memiliki perasaan untuk mengikuti pembelajaran, maka dia tidak

akan dapat mengikuti isi pelajaran dengan sebaiknya sebaliknya dia akan hilang tumpuan

dan pemikirannya tidak akan berada pada apa yang sedang dibincangkan. Hal ini kerana,

perasaan, sikap dan nilai merupakan perkara yang dipelajari serta berkembang dari semasa

ke semasa serentak dengan perkembangan insan itu sendiri. Oleh yang demikian, untuk

menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, aspek afektif atau Domain Krathwohl perlu diambil

kira kerana afektif mampu mempengaruhi cara berfikir seseorang itu.

Dalam pada itu, sikap atau nilai yang terdapat dalam diri juga mempengaruhi tahap

pemikiran seseorang. Pernahkah anda mendengar pepatah yang berbunyi “Jika baik

tingkahnya, maka baiklah akalnya.”, pepatah ini jelas menunjukkan betapa sikap atau

tingkah laku mempengaruhi tahap kognitif seseorang. Jelaslah bahawa domain afektif dan

domain kognitif ini saling berkait bagi menjada kemahiran berfikir aras tinggi.

18

CONTOH SOALAN BAHASA MALAYSIATAHUN 1

Kemahiran mendengar dan bertutur

Standard

kandungan

1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu

abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard

pembelajaran

1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan

betul dan tepat.

Soalan 1

Aras : Mengingat

Arahan soalan 1 :

Murid diminta mendengar rakaman berikut. Kemudian sebut huruf

tersebut dan salin abjad tersebut di tempat yang disediakan.

Soalan 2

Aras :

Memahami

Arahan soalan 2 :Murid mendengar perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Kemudian murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut. Seterusnya murid diminta menyalin perkataan tersebut di ruang yang disediakan.

19

Lori

Kasut

Lampu

Baju

Standard

pembelajaran

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti

nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi

tidak formal secara bertatasusila.

Contoh soalan 1

Aras :

Mengaplikasikan

Arahan soalan :

Baca dialog berikut. Kemudian lakonkan semula dialong berikut. Isikan

tempat kosong yang berikut berdasarkan kata ganti diri yang betul.

Situasi : Zaman dan Hisyam meminta izin ayahnya untuk pergi ke

perpustakaan.

Ayah : Zaman, ________ hendak ke mana?

Zaman : ______ hendak ke perpustakaan ayah.

Hisyam : Bolehkah ________ pergi menaiki bas, Pak Cik?

Ayah : Berhati-hati. Selamat jalan.

Zaman : __________ pergi dulu. Terima kasih, ayah.

Contoh soalan 2

Aras:

Memahami

Baca dialog berikut. Gariskan tempat kosong yang berikut berdasarkan

kata ganti diri yang betul.

Situasi : Di Pasar

Pembeli : berapakah harga sekilo ikan ini ?

Penjual : ( Kamu / Saya / Dia ) mahu membeli berapa kilogram ikan?

Pembeli : ( Dia / Saya / Awak ) hendak membeli 3 kilogram ikan.

Penjual : Baiklah. Harga sekilo ikan ini Rm 5.00. Harga untuk 3 kilogram

ikan ialah Rm15.00. ( Awak / Saya / Dia ) tunggu sebentar. Saya

bungkuskan.

Pembeli : Terima kasih.

20

saya kamu kami

Kemahiran Membaca

Standard

Kandungan 2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.

Standard

Pembelajaran 2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

Contoh Soalan 1

Aras :

Mengingat

Arahan :

Murid dikehendaki mengenal vokal a, e, i, o, dan u. Kemudian

murid diminta membunyikan vokal a, e, i, o, u, mengikut warna

yang telah ditetapkan.

a merah e pepet ungu i hijau o coklat u biru e taling kuning

Contoh Soalan 2

Aras:

Memahami

a. Arahan : Sesuaikan suku kata dengan gambar dengan suku kata berikut.

21

Kemahiran Membaca

Standard

Kandungan 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard

Pembelajaran

2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.

Contoh Soalan 1

Aras :

Memahami

Arahan :

Baca ayat tunggal di bawah dengan betul. Pastikan anda membaca

mengikut tanda baca yang betul.

1. Emak pergi ke kedai membeli ikan.

2. Ayah sedang mencuci kereta.

3. Rahman, Kassim dan Abu sedang bermain hoki di padang.

4. Zamri tertidur semasa menyiapkan kerja sekolahnya.

5. “ Apakah makanan kesukaan kamu?” tanya Nadia kepada Atul.

Contoh Soalan 2

Aras:

Mengalikasikan

Arahan :

Baca petikan di bawah dengan betul. Pastikan anda membaca mengikut

tanda baca yang betul.

                                                     Bermain Bola 

       Pada setiap hari, Haziq main bola sepak . Dia main dengan kawan- kawan. Haziq pakai kasut bola jenama Adidas. Selepas bermain, dia

22

minum air dan makan roti. Haziq lap kasut bola guna kain bersih.

Kemahiran menulisStandard kandungan 3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara

mekanis dengan betul dan kemas.

Standard pembelajaran 3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil Denga cara yang betul serta tulisan yang kemas.

Contoh soalan 1Aras :

Mengaplikasikan

Arahan: Tulis huruf kecil bagi huruf besar berikut.

CONTOH : A = a

1. B = _____________

2. R = _____________

3. F = _____________

4. G = _____________

5. M = _____________

Contoh soalan 2Aras :

Mencipta

Arahan : Tulis huruf besar bagi huruf kecil berikut.

CONTOH : a = A

1. k = _____________

2. q = _____________

3. y = _____________

4. j = _____________

5. e = _____________

23

Standard pembelajaran

3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

Contoh soalan 1Aras :

Mengaplikasikan

Arahan: Gabungkan suku kata terbuka di bawah, kemudian tulis perkataan dalam ruang yang disediakan.

Contoh : bo + la = bola

1. to + pi = _____________2. ba + ju = _____________3. ba + ta = _____________4. fo + to = _____________5. bo + la = _____________

Contoh soalan 2Aras :

Menganalisis

Arahan : Pilih suku kata yang terbuka di bawah. Kemudian salin semula perkataan berikut di ruang yang disediakan.

meja baju belon daunlapan bola unta feri

1.______________________

2. ______________________

3. ______________________

4._______________________

5._______________________

24

topi layang-layangkhemah radiostraw

Seni Bahasa

Standard

Kandungan

4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

Standard

Pembelajara

n

4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

Contoh

Soalan 1

Aras :

Menganalisis

Arahan: Baca pernyataan di bawah berdasarkan gambar yang diberi. Kemudian, susun semula perkataan untuk melengkapkan petikan.

Di tepi tasik ada __________.

Di dalam gelas ada ___________.

Bapa pakai _________.

Adik main _________________.

Kakak dengar __________.

25

Contoh

soalan 2

Aras :

Mencipta

Arahan : Baca petikan berikut. Kemudian ceritakan semula petikan cerita yang bertajuk “Kemalangan Jalan Raya” dengan gerak tubuh, sebutan yang betul dan jelas.

Roslan seorang budak yang nakal dan tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya. Pada suatu hari, Roslan berbasikal balik ke rumah. Dia berbasikal di tengah jalan raya.

Pada ketika itu, sebuah kereta yang dipandu laju melalui jalan itu. Pemandu itu tidak tahu Roslan ada di jalan raya tersebut. Pemandu tersebut telah terlanggar Roslan. Pemandu kereta tersebut telah menghantar Roslan ke hospital.

Bapa dan keluarga Roslan pergi ke hospital setelah diberitahu akan kemalangan yang menimpa Roslan. Kedua ibu bapa dan keluarga Roslan amat bimbangkan Roslan. Roslan sangat menyesal kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.

26

Standard

Kandungan

4.4. Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard

Pembelajara

n

4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul

secara didik hibur.

Contoh Soalan

1

Aras :

Mencipta Arahan : Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian namakan kenderaan berdasarkan pantun tersebut.

Anak ikan mati dituba,Menunggang basikal jangan berlumba.

Nasihat ibu harus diikut,Naik kapal terbang janganlah takut.

Buah pisang diatas peti,Pandu kereta berhati- hati.

Namakan kenderaan yang anda ketahui :

1.2.3.

27

Contoh Soalan

2

Aras :

Menilai

Arahan : Nyanyikan lagu Pergi Ke Sekolah dengan intonasi yang betul.

Baca dan lengkapkan jadual di bawah.

Benda dalam kelas Benda di luar kelas1. 1.2. 2.3. 3.

28

bilik guru pejabat pensel

kapur tulis buku kantin

Pergi ke sekolah

Kupergi ke sekolah

Dengan kawan ramai-ramai

Sungguh riang sekali

Pergi sekolah setiap hari.

Kita mesti rajin belajar

Tatabahasa

Standard kandungan5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul

mengikut konteks.

Standard

Pembelajaran

5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah

dengan betul mengikut konteks.

Contoh soalan 1

Aras :

Menilai

Arahan : Isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang

betul.

Contoh : dan, lalu, sedang, kerana, sambil

Harimau ternampak rusa lalu mengejarnya.

1. Badan Jalil berpeluh ________________ cuaca panas.

2. Kamarul ___________ Rahim sedang bermain gasing.

3. Kakak melipat baju ____________ menonton televisyen.

Contoh soalan 2

Aras :

Mengaplikasi

Arahan : Isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang

betul.

Contoh : dan, lalu, sedang, kerana, sambil

Kakak sedang melipat kain sambil mendengar radio.

Klinik Hassan terletak di___________ bank________ Restoran Muhibah.

A. sebelah…….danB.samping……. sertaC. tengah……..antaraD. antara……dengan

29

Standard kandungan5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul

mengikut konteks.

Standard

Pembelajaran 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul

Contoh soalan 1

Aras :

Menilai

Arahan : Baca petikan dan bina soalan

Arahan: Berdasarkan teks di atas, bina soalan dengan menggunakan kata tanya ‘siapa’ atau ‘apa’ .

1) ________________________________________? (Nama bapa )

2) ________________________________________? (Hobi)

3) ________________________________________? (Makanan kegemaran)

4) ________________________________________? (Cita - cita)

Contoh soalan 2

Aras :

Menilai

30

Nama saya Nora binti Mizi. Nama bapa saya Mizi bin Biki. Nama ibu saya Tini binti Ali.

Makanan kegemaran saya ialah mi goreng. Saya suka minum air bandung.

Pada masa lapang, saya suka

RUJUKAN

BUKU

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. (2012). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum Books.

Ng See Ngean. (1991). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noor Rohana Mansor. (2009). Soalan Dan Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa . Cheras: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

JURNAL

Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah. (2007). Sistem Pentaksiran Kebangsaan-Pelengkap

Kurikulum Dalam Pembentukan Moral Insan Gemilang. Dalam Prosiding

Persidangan Kurikulum Kebangsaan 2007

Tan Hui Leng. (2005). Solo Taxonomy: Teaching And Testing Thinking. Dalam Jurnal

Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid - 1 2005.

INTERNET

http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/10/taksonomi-bloom.html

http://husnanasihahakimi.blogspot.com/2012/07/tajuk-2-taksonomi-bloom-dan-domain.html

http://suberia.org/ind/?p=1330

http://syauquljazil.wordpress.com/2013/01/06/kognitif-afektif-dan-psikomotorik/

31

32

top related