penghantaran maklumat pengkreditan caruman...
Post on 15-Aug-2020
24 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG 1
1.1 Apa itu Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada Majikan Secara Elektronik?
1.2 Keistimewaan dan Faedah Inovasi 1 - 2
BAHAGIAN 2 : LAPORAN INOVASI 3
2.1 Tujuan Inovasi 3
2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi 7
2.3 Impak Inovasi
2.3.1 Elemen Inovatif/Kreatif
i. Penciptaan nilai/elemen baru/tambah baik
ii. Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
iii. Lain-lain berkaitan
2.3.2 Elemen Keberkesanan
i. Gambaran faedah yang nyata diperolehi
ii. Peningkatan produktiviti/kepuasan
iii. Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)
2.3.2 Elemen Signifikan
i. Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
ii. Penjimatan masa/kos/sumber manusia
iii. Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
2.3.3 Elemen Relevan
i. Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional
9
11
11
15
2.4 Pengiktirafan Diterima 16
BAHAGIAN 3 : PENUTUP 19
KANDUNGAN
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
1
1.1 APA ITU PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA
MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK?
1.1.1 Pada setiap bulan, majikan perlu membayar Caruman untuk pekerja
mereka. Bayaran itu disertakan dengan Borang Caruman yang
mengandungi butiran pekerja yang dicarumkan. Selepas caruman
dikreditkan oleh KWSP, penyata akan dihantar kepada majikan untuk
menyemak sama ada pengkreditan akaun ahli adalah teratur. Disamping
itu, sekiranya terdapat caruman yang tidak dapat dikreditkan kerana
maklumat tidak lengkap, Jadual Caruman Tanpa Maklumat Lengkap turut
dihantar sekali untuk dilengkapkan oleh majikan.
1.1.2 Sebelum ini penghantaran maklumat pengkreditan caruman kepada
majikan adalah secara pos yang mengambil masa satu hingga dua
minggu untuk sampai kepada majikan. Majikan akan mengambil masa
yang lebih lama untuk memaklumkan KWSP sekiranya terdapat
maklumat caruman yang tidak tepat. Selain itu, majikan yang
mempunyai ramai pekerja juga memerlukan lebih masa untuk membuat
semakan secara manual.
1.1.3 Berdasarkan permasalahan ini, KWSP telah melaksanakan inisiatif
Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada Majikan Secara
Elektronik berserta emel khas (epostedlist@epf.gov.my) bagi
membolehkan majikan berhubung terus dengan KWSP sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan atau aduan. Majikan boleh membuat
semakan melalui komputer dan peranti mudah alih bila-bila masa dan di
mana jua untuk memastikan penyelenggaraan akaun majikan adalah
teratur. Disamping itu, ahli juga dapat menyemak caruman yang dibayar
oleh majikan dengan segera selepas dikreditkan ke akaun mereka.
BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
2
1.2 KEISTIMEWAAN DAN FAEDAH INOVASI PENGHANTARAN MAKLUMAT
PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
1.2.1 Pelaksanaan inisiatif Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman
Kepada Majikan Secara Elektronik ini telah memberi banyak faedah
kepada organisasi dan pelanggan KWSP seperti berikut:
i. Bagi KWSP
a. Jimat kos - Kos operasi adalah lebih rendah berbanding
penghantaran secara pos.
b. Cepat - Proses cetakan dan penghantaran ini dikurangkan dari 2
minggu kepada 1 hari.
c. Selamat - Pemprosesan data dibuat di Premis KWSP serta
penyata yang dihantar kepada majikan menggunakan Portable
Document Format (PDF) dilindungi dengan kata laluan.
d. Mesra alam dan jimat ruang simpanan - Paperless iaitu penyata
dihantar dalam bentuk softcopy dan bukannya cetakan.
ii. Bagi Majikan
a. Penyata diterima lebih awal selepas bayaran caruman
dikreditkan.
b. Semak emel bila-bila masa dan di mana jua (24/7).
c. Menggunakan kata laluan untuk membuka lampiran bagi
mengelakkan kebocoran maklumat.
d. Tidak perlu rekod penyimpanan manual kerana penyata
dihantar dalam bentuk soft copy.
iii. Bagi Negara
a. Mendokong agenda e-Government (Transaksi secara elektronik).
b. Selaras Teras Misi Nasional – memberi ‘perkhidmatan kelas
pertama’ (Rakyat Didahulukan) dan ‘berkesan kos’ (Pencapaian
Diutamakan).
c. Menepati Program Transformasi Negara – menggalakkan
budaya kreatif dan inovatif dalam KWSP.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
3
2.1 TUJUAN INOVASI
2.1.1 Pada setiap bulan, majikan perlu membayar Caruman untuk pekerja
mereka. Bayaran itu disertakan dengan Borang Caruman yang
mengandungi butiran pekerja yang dicarumkan. Selepas caruman
dikreditkan oleh KWSP, penyata akan dihantar kepada majikan untuk
menyemak sama ada pengkreditan akaun ahli adalah teratur. Sebelum
ini penghantaran penyata kepada majikan adalah secara pos yang
mengambil masa satu hingga dua minggu untuk sampai kepada majikan.
2.1.2 Sekiranya terdapat maklumat caruman yang tidak tepat, majikan akan
mengambil masa yang lebih lama untuk memaklumkan KWSP. Disamping
itu, majikan yang mempunyai ramai pekerja akan mengambil masa lebih
lama untuk membuat semakan secara manual.
2.1.3 Berdasarkan permasalahan ini, KWSP telah melaksanakan inisiatif bagi
Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada Majikan Secara
Elektronik yang disertakan dalam emel khas seperti dalam Gambarajah 1
dan Gambarajah 2. Ini membolehkan majikan berhubung terus dengan
KWSP sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan kesilapan
pengkreditan akaun ahli.
2.1.4 Majikan juga boleh menyemak Penyata Caruman dan Jadual Caruman
Tanpa Maklumat Lengkap dalam Portable Document Format (PDF) di
komputer dan peranti mudah alih pada bila-bila masa dan di mana jua
seperti Gambarajah 3 dan Gambarajah 4.
BAHAGIAN 2 : LAPORAN INOVASI
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
4
Gambarajah 1 : Contoh Emel Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman
Kepada Majikan Secara Elektronik
Gambarajah 2 : Emel khas (epostedlist@epf.gov.my)
untuk majikan memberikan maklum balas atau aduan
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
5
Gambarajah 3 : Contoh Penyata Caruman
Gambarajah 4 : Contoh Jadual Caruman Tanpa Maklumat Lengkap
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
6
2.1.5 Tujuan inovasi ini adalah untuk:
Memastikan maklumat caruman yang dikreditkan cepat sampai,
selamat, jimat kos dan mesra alam sekitar.
Majikan dapat membuat semakan, seterusnya memaklumkan KWSP
sekiranya terdapat kesilapan maklumat pengkreditan caruman.
Objektif ini dicapai melalui inovasi dalam bidang berikut:
Bil Ciri-ciri Kelebihan Keterangan
1 Cepat sampai Penyata Caruman Majikan akan dihantar kepada
majikan selepas caruman dikreditkan ke akaun ahli
dan akan diemelkan terus kepada alamat emel
majikan selepas pemprosesan data selesai. Proses
cetakan dan penghantaran ini dikurangkan dari 2
minggu kepada 1 hari.
2 Selamat Pemprosesan data dibuat di Premis KWSP serta penyata yang dihantar kepada majikan menggunakan Portable Document Format (PDF) dilindungi dengan kata laluan. Penyata tersebut tidak boleh dibuka sekiranya kata laluan yang dikunci masuk tidak tepat. Ini termasuklah pengesahan alamat emel telah dibuat terlebih dahulu sebelum penyata dihantar melalui emel.
3 Penjimatan kos Kos operasi adalah lebih rendah berbanding
penghantaran secara pos. Ini kerana, kos operasi
adalah berdasarkan caj per transaksi tanpa mengira
bilangan pekerja dan kos setem yang berdasarkan
berat kertas. Ini termasuklah kos perkakasan dan
perisian di premis KWSP ditanggung sepenuhnya
oleh vendor.
4 Mesra alam sekitar Paperless iaitu penyata dihantar dalam bentuk
softcopy dan bukannya cetakan. Oleh itu, majikan
boleh menyimpan data tersebut terus ke dalam
komputer dan peranti mudah alih.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
7
2.2 PROSES PELAKSANAAN INOVASI
2.2.1 Inovasi bermula dengan cetusan idea untuk meningkatkan kecekapan
penyampaian perkhidmatan, mengurangkan kos operasi serta
meningkatkan keselamatan data ahli dan majikan. Sehubungan itu,
kajian telah dibuat berkaitan penambahbaikan Penghantaran Maklumat
Pengkreditan Caruman Majikan. Ini termasuklah Jadual Caruman Tanpa
Maklumat Lengkap yang dihantar sekali sekiranya terdapat caruman
yang tidak dapat dikreditkan untuk dilengkapkan oleh majikan.
2.2.2 Melalui kajian yang dibuat, tercetus idea untuk melaksanakan inisiatif
Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada Majikan
Secara Elektronik berserta peti emel khas bagi membolehkan majikan
berhubung terus dengan KWSP sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan atau aduan. Disamping itu, majikan boleh membuat
semakan penyata caruman pada bila-bila masa dan di mana jua.
2.2.3 Bagi pelaksanaan inisiatif ini, kaedah push concept telah diguna pakai
yang mana penyata akan diemel terus kepada majikan sebaik sahaja
caruman dikreditkan ke akaun ahli setelah selesai pemprosesan data.
2.2.4 Pembangunan sistem adalah menggunakan khidmat dalaman (in
house) dan luaran (vendor). Perkakasan dan perisian yang
ditempatkan di premis KWSP dibekalkan oleh pihak vendor bagi
tujuan pemprosesan data dan semua kos penyelenggaraan ditanggung
sepenuhnya oleh mereka dan bayaran berdasarkan caj per transaksi.
2.2.5 Kajian berkaitan kaedah pull concept turut dibuat sebelum
pelaksanaan inisiatif ini, yang mana majikan perlu memuat turun
penyata melalui laman web KWSP. Walau bagaimanapun, kaedah ini
tidak dilaksanakan kerana terhad kepada bilangan majikan yang
mempunyai i-Akaun dan kos pembangunan adalah tinggi melibatkan
perkakasan, perisian, talian rangkaian dan staging server yang perlu
ditanggung oleh KWSP.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
8
2.2.6 Konsep pemprosesan data inovatif ini pertama kali dilaksanakan di
pasaran kerana pihak vendor perlu menyediakan perkakasan dan
perisian di premis KWSP dan vendor bagi tujuan ini.
2.2.7 Sistem yang dibangunkan adalah secara automasi sepenuhnya tanpa
penggunaan tenaga kerja manusia untuk beroperasi. Pemprosesan
data dilaksanakan di Pusat Data KWSP termasuk penghantaran emel
kepada majikan.
2.2.8 Sebelum ini, text data akan dihantar kepada vendor dan pemprosesan
data dilaksanakan di premis vendor yang mengandungi data ahli dan
majikan.
2.2.9 Melalui pelaksanaan inisiatif ini, risiko pendedahan maklumat ahli
dan majikan dapat dikawal kerana semua aktiviti termasuk
penghantaran emel kepada majikan dilaksanakan di premis KWSP.
Hanya imej sahaja yang dihantar kepada vendor bagi tujuan
percetakan (bagi majikan yang tiada emel) seperti gambarajah di
bawah.
a) Proses SEBELUM pelaksanaan inisiatif:
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
9
b) Proses SELEPAS pelaksanaan inisiatif:
2.2.10 Pelaksanaaan inisiatif ini telah menambah saluran perkhidmatan
kepada majikan yang selama ini hanya menggunakan kaedah
penghantaran penyata secara pos.
2.2.11 Komunikasi dengan majikan dapat dipertingkatkan kerana boleh
berhubung terus dengan KWSP melalui emel khas
(epostedlist@epf.gov.my) sekiranya terdapat sebarang pertanyaan
atau aduan.
2.3 IMPAK INOVASI
2.3.1 Elemen Inovatif/Kreatif
i. Konsep pemprosesan data ini merupakan elemen baru dan
pertama kali dilaksanakan di pasaran kerana pihak vendor
perlu menyediakan perkakasan dan perisian di premis KWSP
dan vendor bagi tujuan ini.
ii. Sistem yang dibangunkan ditambahbaik secara automasi
sepenuhnya tanpa penggunaan tenaga kerja manusia untuk
beroperasi. Pemprosesan data dilaksanakan di Pusat Data
KWSP termasuk penghantaran emel kepada majikan.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
10
iii. Sebelum ini, text data akan dihantar kepada vendor dan
pemprosesan data dilaksanakan di premis vendor yang
mengandungi data ahli dan majikan.
iv. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, masalah risiko pendedahan
maklumat ahli dan majikan dapat diselesaikan kerana semua
aktiviti termasuk penghantaran emel kepada majikan
dilaksanakan di premis KWSP. Hanya imej sahaja yang
dihantar kepada vendor bagi tujuan percetakan (bagi majikan
yang tiada emel) seperti gambarajah di bawah.
v. Pelaksanaaan inisiatif ini telah mempermudahkan majikan
yang selama ini hanya menerima saluran perkhidmatan
penghantaran penyata secara pos.
vi. Komunikasi dengan majikan dapat dipertingkatkan kerana
boleh berhubung terus dengan KWSP melalui emel khas
(epostedlist@epf.gov.my) sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan atau aduan.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
11
2.3.2 Elemen Keberkesanan
i. Berikut adalah gambaran faedah yang nyata diperolehi:
ii. Inisiatif yang dilaksanakan telah meningkatkan produktiviti
dan kualiti kerja kerana sistem yang dibangunkan secara
automasi tanpa tenaga kerja manusia untuk beroperasi.
Kawalan dalaman secara sistem turut dilaksanakan untuk
mengelakkan kesilapan.
2.3.3 Elemen Signifikan
i. Masa penerimaan lebih cepat
Penyata Caruman majikan akan dihantar kepada majikan
selepas caruman dikreditkan ke akaun ahli dan akan
diemelkan terus kepada alamat emel majikan selepas
pemprosesan data selesai.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
12
ii. Semakan maklumat pengkreditan caruman ahli pada bila-
bila masa dan di mana sahaja.
Majikan boleh membuat semakan melalui komputer dan
peranti mudah alih pada bila-bila masa dan di mana jua
dengan hanya memasukkan kata laluan yang tepat.
iii. Tidak perlu ruang penyimpanan fizikal.
Melalui inisiatif ini, majikan tidak memerlukan ruang
penyimpanan fizikal kerana ianya adalah dalam bentuk
softcopy. Oleh itu, penyata ini boleh diarkibkan ke dalam
komputer dan peranti mudah alih.
iv. Fungsi carian lebih mudah.
Penyata yang dihantar secara elektronik ini memudahkan
majikan membuat semakan pengkreditan caruman
dengan menggunakan fungi carian (Control F) dalam
Portable Document Format (PDF).
v. Mewujudkan persekitaran hijau (Green Environment).
Penyata Caruman dihantar dalam bentuk softcopy dan
bukannya cetakan. Disamping itu, majikan boleh
menyimpan data tersebut terus ke dalam komputer dan
peranti mudah alih.
vi. Paperless dan penyimpanan data secara elektronik
Penyata adalah dalam bentuk softcopy dan boleh
diarkibkan.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
13
vii. Mempunyai ciri keselamatan yang baik
Pemprosesan data dibuat di Premis KWSP serta penyata
yang dihantar kepada majikan menggunakan Portable
Document Format (PDF) dilindungi dengan kata laluan.
Penyata tersebut tidak boleh dibuka sekiranya kata laluan
yang dikunci masuk tidak tepat. Ini termasuklah
pengesahan alamat emel telah dibuat terlebih dahulu
sebelum penyata dihantar melalui emel.
viii. Penjimatan kos pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti di
bawah:
ix. Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada
Majikan Secara Elektronik berserta peti emel telah mengambil
masa lima bulan untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun,
sebelum inisiatif ini dilaksanakan, perkara-perkara berikut
telah diambil perhatian supaya objektif inisiatif dapat
dipenuhi.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
14
a) Kumpulan sasaran bagi pelaksanaan fasa pertama adalah majikan yang
menghantar Borang A secara elektronik serta mempunyai pekerja
melebihi 50 orang. Alamat emel majikan juga perlu dikemas kini di
pangkalan data KWSP.
b) Manakala fasa kedua, kumpulan sasaran adalah majikan yang
menghantar Borang A secara manual dan mempunyai alamat emel
yang telah dikemas kini.
c) Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan dengan lancar, Pilot
Launch telah dilaksanakan dengan memilih majikan (focus group) yang
mempunyai bilangan pekerja yang ramai untuk memastikan keperluan
sistem yang dibangunkan adalah teratur. Maklum balas majikan turut
diambil kira semasa Pilot Launch ini. Selepas berjaya dengan Pilot
Launch, inisiatif ini telah dilancarkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2013.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
15
d) Jumlah majikan yang menggunakan kemudahan ini telah mencapai
hampir 80,000 sejak pelaksanaan seperti gambarajah berikut:
2.3.4 Elemen Relevan
i. Transformasi ini selaras dengan agenda organisasi untuk selari
dengan arus teknologi. Inisiatif Penghantaran Maklumat
Pengkreditan Caruman Kepada Majikan Secara Elektronik yang
kreatif, berkesan, idea asli ini telah diguna pakai sepenuhnya di
KWSP serta mudah diadaptasi di organisasi atau agensi lain.
ii. Inovatif ini juga terbukti memberi impak yang tinggi kepada
pelanggan dan organisasi dari segi penjimatan kos, mesra
pengguna dan alam sekitar, peningkatan produktiviti dan ciri
keselamatan yang baik.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
16
2.4 Pengiktirafan Diterima
i. Inisiatif Penghantaran Maklumat Pengkreditan Caruman Kepada
Majikan Secara Elektronik ini juga telah memenangi Anugerah
Inovasi Terbaik 2014 (Tempat Pertama) di peringkat KWSP.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
17
ii. KWSP juga mendapat maklum balas yang baik serta pujian
daripada kalangan majikan. Contoh maklum balas majikan
seperti gambarajah di bawah.
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
18
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
19
Hasil inisiatif ini telah memberi faedah, kemudahan, kepuasan dan
kesejahteraan kepada pelanggan KWSP. Kini, perkhidmatan yang diberikan
adalah lebih mudah, cepat, cekap, selamat, menjimatkan kos dan mesra alam
sekitar.
Ini selaras dengan visi KWSP untuk menjadi Organisasi Keselamatan Sosial
bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat
Malaysia. Ia disokong dengan nilai korporat mengutamakan pelanggan,
penambahbaikkan berterusan, integriti dan semangat kerja berpasukan.
Inovatif ini juga terbukti memberi impak yang tinggi kepada pelanggan dan
organisasi dari segi penjimatan kos, mesra pengguna dan alam sekitar,
peningkatan produktiviti dan ciri keselamatan yang baik seperti berikut:
i. Bagi KWSP
a. Jimat kos - Kos operasi adalah lebih rendah berbanding
penghantaran secara pos.
b. Cepat - Proses cetakan dan penghantaran ini dikurangkan dari 2
minggu kepada 1 hari.
c. Selamat - Pemprosesan data dibuat di Premis KWSP serta penyata
yang dihantar kepada majikan menggunakan Portable Document
Format (PDF) dilindungi dengan kata laluan.
d. Mesra alam dan jimat ruang simpanan - Paperless iaitu penyata
dihantar dalam bentuk softcopy dan bukannya cetakan.
ii. Bagi Majikan
a. Penyata diterima lebih awal selepas bayaran caruman
dikreditkan.
b. Semak emel bila-bila masa dan di mana jua (24/7).
c. Menggunakan kata laluan untuk membuka lampiran bagi
mengelakkan kebocoran maklumat.
d. Tidak perlu rekod penyimpanan manual kerana penyata dihantar
dalam bentuk soft copy
BAHAGIAN 3 : PENUTUP
LAPORAN INOVASI UNTUK HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA):
PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGKREDITAN CARUMAN KEPADA MAJIKAN SECARA ELEKTRONIK
20
iii. Bagi Negara
a. Mendokong agenda e-Government (Transaksi secara elektronik).
b. Selaras Teras Misi Nasional – memberi ‘perkhidmatan kelas
pertama’ (Rakyat Didahulukan) dan ‘berkesan kos’ (Pencapaian
Diutamakan).
c. Menepati Program Transformasi Negara – menggalakkan budaya
kreatif dan inovatif dalam KWSP.
Disediakan oleh:
Mohd Kamil Abu Bakar
Timbalan Pengurus
Seksyen Inisiatif Penambahbaikan
Jabatan Transformasi Operasi dan Penyelarasan
Tel : 03 – 2616 2340
Emel : mkamil@epf.gov.my
top related