pengesahan berita dalam komunikasi islam

Post on 22-Jan-2016

255 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pembentangan Kertas Kerja SQ2015 pada 10 & 11 Okt 2015

TRANSCRIPT

PENGESAHAN BERITA DALAM KOMUNIKASI ISLAM: IBRAH DARIPADA

AYAT 6 SURAH AL-HUJURAAT

11 Oktober 2015

Mohd Ali Mohd Yusuf, Nasruddin Yunos

Siti Nor Baya Mat Yacob, Rahmahtunnisah Sailin

KOMUNIKASI

Definisi Komunikasi Menurut Barry (1965: 16) dalam komunikasi adalah berasal daripada perkataan Latin Communicare yang bermaksud to talk together, confer, discourse, and consult with another.

Schramm dan Roberts (1971: 8) :satu proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda maklumat. Yang merangkumi penyaluran maklumat, idea serta sikap dan sebagainya. Definisi yang lebih kurang sama maksudnya turut diberikan oleh Emery, Ault dan Ageel (1973: 4).

R. Agus (1990: 11) Dlm Islam:suatu usaha mempengaruhi, mengajak seterusnya memindahkan pemikiran, pengetahuan, perlakuan serta perbuatan yang tidak diredhai Allah kepada yang diredhai Allah. komunikasi yang tidak terbatas sekadar verbal dan non verbal sahaja, malah turut meliputi ucapan, tulisan, tingkah laku, perbuatan dan sebagainya. Disokong oleh A. Hasymy (1974: 28)

KONSEP BERITA

Berita merupakan salah satu bentuk mesej, yang juga merupakan salah satu unsur utama dalam sesebuah proses komunukasi. Kebenaran sesuatu berita atau mesej dalam sesebuah komunikasi adalah amat mustahak kerana ianya banyak mempengaruhi kesan yang terhasil daripada proses komunikasi tersebut.

“…Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; kerana sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota tersebut tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya …” (al-Isra’ 17: 36)

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga ia meninggalkan bohong atau dusta dalam gurauan dan berbantah-bantahan sekalipun ia merasakan dirinya benar” (Al-Haithami, 1994: 1: 92)

“…fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan …” (al-Baqarah 2: 191)

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan serta perkataan yang sia-sia” (al-Mukminun 23 : 1-3)

ISU KOMUNIKASI & BERITA

Isu Komunikasi/Berita

Isu Komunikasi/Berita (samb.)

Isu Komunikasi/Berita (samb)

PENGESAHAN BERITA

“ …Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka seldikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan …” ( al-Hujuraat 49: 6 )

Sebab Turunnya Ayat

Kisah al-Harith ibn. Dhirar al-Khuza’i dengan al-Walid ibn. Uqbah.. Di mana al-Walid telah datang kpd Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa al-Harith enggan membayar zakat… Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Dalam ayat tersebut, penekanan diberikan secara jelas terhadap perkhabaran yang dibawa oleh orang fasik. Namun, ini tidak bermakna hanya berita daripada orang fasik sahaja yang perlu diselidiki. Konteks ayat tersebut menjelaskan juga bahawa orang fasik adalah tergolong di dalamnya orang yang tidak diketahui tentang dirinya kecuali sedikit sahaja (al-Seini 1986: 281).

Khairuddin Said (2013) yang memetik daripada Ibn ‘Asyur (1997) dua perkara utama dlm ayat : (i) kewajiban menyelidik tentang

keadilan seseorang (ii) Penegasan akibat mempercayai berita

yang disampaikan boleh sebabkan penyesalan.

KAEDAH SEMAK BERITA

Antara kaedah yang boleh digunakan ketika menyiasat tentang kebenaran sesuatu berita atau mesej ialah dokumentasi serta pengakuan, persaksian, akliyah, konteks, dan kecenderungan kepada pihak tertentu (al-Seini, 1986: 281-287).

Kebenaran sesuatu berita dewasa ini seringkali dikaitkan dengan objektiviti. Menurut Francois (1977: 256-312), setiap individu adalah seperti juga pertubuhan wartawan, perlu mengambil kira objektiviti sebagai salah satu tuntutan asas dalam menentukan ketepatan dan kebenaran sesuatu berita.

Menurut al-Seini (1986: 288), secara umumnya objektiviti, berdasarkan pelbagai definisi yang diberikan, adalah bermaksud: 1. Melaporkan hanya fenomena yang

diperhatikan (observable phenomena).

2. Melaporkan tanpa melibatkan emosi peribadi (personal emotions).

3. Melaporkan tanpa melibatkan pendapat peribadi (personal opinion).

4. Melaporkan tanpa melibatkan penilaian peribadi (personal values).

5. Memberikan pertimbangan sama rata bagi semua keadaan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa.

Kesimpulan

Secara umumnya, Islam amat menekan akhlak dalam perbincangan komunikasi. Ini kerana komunikasi manusia perlu berlangsung berdasarkan adab dan akhlak yang telah digariskan oleh Islam demi memelihara keamanan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

komunikasi manusia dalam perspektif Islam adalah terbahagi kepada dua iaitu lisan al-maqal (perkataan) dan lisan al-hal (perlakuan)

Penerima mesej atau berita harus bertanggungjawab mempertimbang kebenaran sebelum disampaikan atau diterima sebagai benar.

Cabaran hebat masa kini apabila penyampaian, dan penerimaan berita adalah melalui teknologi tanpa sempadan, memerlukan individu secara waras membuat silang maklumat dan silang rujukan dalam menentukan kesahihan berita. Ini penting supaya umat Islam tidak terjerumus dalam fitnah yang merugikan.

Sekian, Terima Kasih

top related