pengesahan berita dalam komunikasi islam

31
PENGESAHAN BERITA DALAM KOMUNIKASI ISLAM: IBRAH DARIPADA AYAT 6 SURAH AL-HUJURAAT 11 Oktober 2015 Mohd Ali Mohd Yusuf, Nasruddin Yunos Siti Nor Baya Mat Yacob, Rahmahtunnisah Sailin

Upload: mohd-ali-mohd-yusuf

Post on 22-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pembentangan Kertas Kerja SQ2015 pada 10 & 11 Okt 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

PENGESAHAN BERITA DALAM KOMUNIKASI ISLAM: IBRAH DARIPADA

AYAT 6 SURAH AL-HUJURAAT

11 Oktober 2015

Mohd Ali Mohd Yusuf, Nasruddin Yunos

Siti Nor Baya Mat Yacob, Rahmahtunnisah Sailin

Page 2: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

KOMUNIKASI

Page 3: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Definisi Komunikasi Menurut Barry (1965: 16) dalam komunikasi adalah berasal daripada perkataan Latin Communicare yang bermaksud to talk together, confer, discourse, and consult with another.

Page 4: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Schramm dan Roberts (1971: 8) :satu proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda maklumat. Yang merangkumi penyaluran maklumat, idea serta sikap dan sebagainya. Definisi yang lebih kurang sama maksudnya turut diberikan oleh Emery, Ault dan Ageel (1973: 4).

Page 5: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

R. Agus (1990: 11) Dlm Islam:suatu usaha mempengaruhi, mengajak seterusnya memindahkan pemikiran, pengetahuan, perlakuan serta perbuatan yang tidak diredhai Allah kepada yang diredhai Allah. komunikasi yang tidak terbatas sekadar verbal dan non verbal sahaja, malah turut meliputi ucapan, tulisan, tingkah laku, perbuatan dan sebagainya. Disokong oleh A. Hasymy (1974: 28)

Page 6: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

KONSEP BERITA

Page 7: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Berita merupakan salah satu bentuk mesej, yang juga merupakan salah satu unsur utama dalam sesebuah proses komunukasi. Kebenaran sesuatu berita atau mesej dalam sesebuah komunikasi adalah amat mustahak kerana ianya banyak mempengaruhi kesan yang terhasil daripada proses komunikasi tersebut.

Page 8: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

“…Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; kerana sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota tersebut tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya …” (al-Isra’ 17: 36)

Page 9: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga ia meninggalkan bohong atau dusta dalam gurauan dan berbantah-bantahan sekalipun ia merasakan dirinya benar” (Al-Haithami, 1994: 1: 92)

Page 10: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

“…fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan …” (al-Baqarah 2: 191)

Page 11: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan serta perkataan yang sia-sia” (al-Mukminun 23 : 1-3)

Page 12: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

ISU KOMUNIKASI & BERITA

Page 13: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Isu Komunikasi/Berita

Page 14: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Isu Komunikasi/Berita (samb.)

Page 15: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Isu Komunikasi/Berita (samb)

Page 16: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

PENGESAHAN BERITA

Page 17: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

“ …Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka seldikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan …” ( al-Hujuraat 49: 6 )

Page 18: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Sebab Turunnya Ayat

Kisah al-Harith ibn. Dhirar al-Khuza’i dengan al-Walid ibn. Uqbah.. Di mana al-Walid telah datang kpd Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa al-Harith enggan membayar zakat… Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Page 19: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Dalam ayat tersebut, penekanan diberikan secara jelas terhadap perkhabaran yang dibawa oleh orang fasik. Namun, ini tidak bermakna hanya berita daripada orang fasik sahaja yang perlu diselidiki. Konteks ayat tersebut menjelaskan juga bahawa orang fasik adalah tergolong di dalamnya orang yang tidak diketahui tentang dirinya kecuali sedikit sahaja (al-Seini 1986: 281).

Page 20: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Khairuddin Said (2013) yang memetik daripada Ibn ‘Asyur (1997) dua perkara utama dlm ayat : (i) kewajiban menyelidik tentang

keadilan seseorang (ii) Penegasan akibat mempercayai berita

yang disampaikan boleh sebabkan penyesalan.

Page 21: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

KAEDAH SEMAK BERITA

Page 22: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Antara kaedah yang boleh digunakan ketika menyiasat tentang kebenaran sesuatu berita atau mesej ialah dokumentasi serta pengakuan, persaksian, akliyah, konteks, dan kecenderungan kepada pihak tertentu (al-Seini, 1986: 281-287).

Page 23: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Kebenaran sesuatu berita dewasa ini seringkali dikaitkan dengan objektiviti. Menurut Francois (1977: 256-312), setiap individu adalah seperti juga pertubuhan wartawan, perlu mengambil kira objektiviti sebagai salah satu tuntutan asas dalam menentukan ketepatan dan kebenaran sesuatu berita.

Page 24: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Menurut al-Seini (1986: 288), secara umumnya objektiviti, berdasarkan pelbagai definisi yang diberikan, adalah bermaksud: 1. Melaporkan hanya fenomena yang

diperhatikan (observable phenomena).

2. Melaporkan tanpa melibatkan emosi peribadi (personal emotions).

Page 25: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

3. Melaporkan tanpa melibatkan pendapat peribadi (personal opinion).

4. Melaporkan tanpa melibatkan penilaian peribadi (personal values).

5. Memberikan pertimbangan sama rata bagi semua keadaan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa.

Page 26: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Kesimpulan

Page 27: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Secara umumnya, Islam amat menekan akhlak dalam perbincangan komunikasi. Ini kerana komunikasi manusia perlu berlangsung berdasarkan adab dan akhlak yang telah digariskan oleh Islam demi memelihara keamanan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Page 28: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

komunikasi manusia dalam perspektif Islam adalah terbahagi kepada dua iaitu lisan al-maqal (perkataan) dan lisan al-hal (perlakuan)

Penerima mesej atau berita harus bertanggungjawab mempertimbang kebenaran sebelum disampaikan atau diterima sebagai benar.

Page 29: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Cabaran hebat masa kini apabila penyampaian, dan penerimaan berita adalah melalui teknologi tanpa sempadan, memerlukan individu secara waras membuat silang maklumat dan silang rujukan dalam menentukan kesahihan berita. Ini penting supaya umat Islam tidak terjerumus dalam fitnah yang merugikan.

Page 30: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam

Sekian, Terima Kasih

Page 31: Pengesahan Berita Dalam Komunikasi Islam