pengenalan syarat syarat pendaftaran …tmtours.com.my/v1/download/brosur 2016 pg2050116.pdfziarah...
Post on 30-Apr-2018
221 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TM Tours & Travel Sdn Bhd (TMTT) adalah sebuah syarikat yang telah
dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dengan No Lesen :
PJH 11/1437H
PENGENALAN
MUSIM HAJI 2016 / 1437H
Bagi musim Haji 2016 / 1437H, TM Tours & Travel menawarkan Pakej
Haji secara swasta kepada bakal– bakal jemaah haji Malaysia
yang berdaftar dengan LEMBAGA TABUNG HAJI (TH) dan terpilih
dalam kuota haji semasa serta mereka yang tergolong dalam
kategori tertentu.
PAKEJ DAN KEISTIMEWAAN ( telah termasuk dalam harga pakej)
Penginapan di Mekah & Madinah ( kecuali Arafah / Mina )
Mengikut pakej pilihan
Kenderaan berhawa dingin
Pemberian barang barang keperluan haji ( beg pakaian, beg
kabin, shopping beg, uncang batu & uncang kasut, kain
ihram / telekung)
Kursus Haji / Umrah serta taklimat akhir
Ziarah Luar di Makkah & Madinah
5 kali Umrah ( 4 Tana’im, 1 Ja’aranah,)
Perlindungan insurans berkelompok
Makan malam khas dan meraikan ulangtahun kelahiran /
perkahwinan di untuk yang berkenaan dan penyampaian sijil
sempurnanya haji
Jemaah Haji yang membuat bayaran dam/ korban /
aqiqah / badal haji / khatam quran dibayar secara terus di
Pejabat TMTT Setapak/ KL / BANGI / KBR layak mendapat
ziarah PERCUMA ke Jeddah / Bukit Magnet / Hudaibiyah dan
Pasar Borong Sawareh (tertakluk kepada kelulusan)
Lawatan ke Muzium Islam, ladang Unta serta Masjid Hudaibi-
yah, Bukit magnet dan ladang kurma ( Percuma untuk 30
pendaftar pertama) tertakluk kepada kelulusan pihak
berkuasa
Menguruskan :
khidmat badal haji / umrah /khatam Quran, Aqiqah dll
PERKHIDMATAN KHAS MUASSASAH ( mengikut kos yang
ditetapkan oleh Muassasah)
Perkhidmatan bantuan jemaah kurang upaya
Penghantaran bagasi / zam zam melalui kargo
Jemaah yang ingin balik awal menerusi penerbangan carter /
komersial
SYARAT SYARAT PENDAFTARAN
Berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji
Melengkapkan dan menyerahkan borang pendaftran haji TMTT dan
borang TH-SW07 yang telah lengkap beserta gambar dan yuran pen-
dahuluan sebanyak RM1000 seorang
Menjelaskan bayaran penuh sebelum 03 Jun 2016
●Harga pakej TIDAK termasuk Wang Perbelanjaan
Haji WPH- tertakluk kepada pindaan terakhir dan
kelulusan TH (berdasarkan tahun 2015—RM7911)
YURAN PENDAFTARAN
Yuran pendahuluan perlu dijelaskan sebaik sahaja pendaftaran
dibuat dan dikira sebahagian daripada harga pakej
Yuran pendaftaran TIDAK akan dipulangkan kepada jemaah haji
rayuan yang telah terpilih untuk menunaikan haji yang membatalkan
pendaftaran dengan TMTT tanpa sebab yang munasabah
Jemaah Haji yang tidak terpilih, meninggal dunia, sakit tenat atau
sebab yang dibenarkan oleh Tabung Haji, sebahagian Wang Per-
belanjaan Haji akan dipulangkan mengikut ketetapan Tabung haji
BAYARAN
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk Bank Deraf /
Cek / atau kiriman wang pos atas nama TM TOURS & TRAVEL SDN BHD.
Dan menerima resit rasmi TMTT (sebagai bukti pembayaran)
Bayaran secara tunai tidak digalakkan sekiranya dibayar melalui
wakil.
Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya bayaran dibuat
tanpa resit rasmi TMTT
Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya ada perkhidmatan yang
ditawarkan tidak digunakan
KUOTA
Pendaftaran bakal haji untuk menyertai perkhidmatan haji TMTT pada
tahun ini 2016/ 1437H adalah tertakluk kepada Kuota haji yang dipe-
runtukan oleh kerajaan Arab Saudi / TH
Jemaah yang berdaftar dan telah terpilih untuk menunaikan haji
melalui TMTT pada tahun semasa tidak dibenarkan membawa ber-
sama kuota TMTT apabila menarik diri atau membatalkan pendafta-
ran untuk berhijrah ke PJH lain / Muassasah. Dengan ini, yuran penda-
huluan tidak akan dipulangkan
PERUBAHAN PAKEJ
LEBIHAN BAGASI
MAKAN DAN MINUM
KENDERAAN
JADUAL PENERBANGAN DAN BILANGAN HARI
Pihak TM Tours berhak menawarkan Perkhidmatan Pakej Haji selain
dari pakej Haji pilihan sekiranya perlu dengan tambahan kos
Jemaah yang membawa lebih dari kadar muatan yang telah
ditetapkan oleh pihak penerbangan akan dikenakan caj tambahan
oleh pihak penerbangan. TMTT tidak akan bertanggung jawab
dalam hal ini
Masakan ala Melayu disediakan 3 kali sehari secara buffet serta
minuman panas dan sejuk disediakan 24jam
Semua perjalanan di Tanah Suci akan menggunakan bas berhawa
dingin. Bagaimanapun ia ditentukan oleh pihak berwajib Kerajaan
Arab Saudi. TMTT tidak dapat menjamin perjalanan bas akan me-
nepati waktu perjalanan kerana di musim Haji jalan raya terlalu sesak
dengan kenderaan
Tarikh berlepas dan bilangan hari di Tanah Suci adalah tertakluk
kepada Jadual penerbangan dan tempoh yang diperuntukkan
oleh TH.
TANGGUNGJAWAB
TM Tours & Travel Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas
perkara perkara ‘force majure’ seperti bencana alam, banjir, ke-
bakaran, rusuhan, kelewatan penerbangan, ribut, gempa bumi, ke-
ganasan dan sebagainya serta tiada bayaran balik bagi apa apa jua
yang berlaku di luar kawalan dan kuasa pihak TM Tours & Travel Sdn
Bhd.
Pihak syarikat berhak meminda, mengubah, menambah dan mem-
batalkan perkara– perkara yang terkandung dalam terma dan syarat
serta brosur Perkhidmatan Haji TMTT atas sebab sebab yang tidak
dapat dielakkan dengan atau tanpa notis
Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian
atau perbelanjaan tambahan yang mungkin akan ditanggung oleh
mana mana pihak ekoran berlakunya sebarang perubahan.
PERKHIDMATAN TAMBAHAN ( DENGAN TAMBAHAN KOS )
top related