pengenalan ekonomi
Post on 20-Jan-2016
7 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Istilah negara yang sedang berkembang merupakan sebutan bagi negara-negara yang belum maju
atau negara yang masih terbelakang. Dikatakan negara yang sedang berkembang (developing
countries) kerana negara ini sedang berusaha keras untuk mengembangkan diri dengan
melakukan pembangunan ekonomi guna meningkatkan kemakmurannya. Negara-negara yang
sedang berkembang ini sebahagian besar berada di benua Asia dan Afrika.
Bank Dunia dapat melakukan pembahagian negara maju dan negara berkembang berdasarkan
sektor perekonomian yang dijadikan tumpuan. Maka, menurut Bank Dunia negara-negara di
dunia ini terbahagi ke dalam empat kelompok. Kelompok pertama adalah negara maju yang
berpendapatan tinggi dan mengendalikan perekonomiannya dari sektor industri. Keduanya
adalah negara berkembang yang berpendapatan menengah dan sektor industri dalam bidang
perekonomiannya sedang dalam tahap perkembangan.Kelompok ketiga pula adalah negara dunia
ketiga yang berpendapatan rendah dan tidak memiliki sektor industri yang dapat dikekalkan
dalam perekonomiannya. Kelompok terakhirnya negara-negara pengeksport minyak yang
dikelompokkan secara khusus, tidak dimasukkan dalam tiga kelompok di atas. Ini disebabkan
negara-negara pengeksport minyak memiliki pertumbuhan ekonomi yang cepat karena
mengandalkan sektor pertambangan minyak bumi dan gas alam yang harganya terus meningkat
sejak periode 1970-an.
UNDP (United Nations Development Program), yakni lembaga internasional untuk
pembangunan yang berada di bawah PBB, Mengelompokkan negara maju dan negara sedang
membangun berdasarkan keberhasilan negara-negaraa tersebut dalam membangun kualiti
kehidupan manusia yang menjadi penduduk di wilayahnya. Kerana itu, kriteria yang dipakai
UNDP dalam mengelompokkan negara-negara maju dan sedang membangun ialah
menggunakan berbagai faktor bukan ekonomi seperti tingkat harapan hidup, tingkat kematian
bayi, dan tingkat pendidikan.
Secara umum, negara sedang membangun bermaksud ialah negara yang bidang perekonomian
dan tingkat kehidupan masyarakatnya masih berada dalam tahap perkembangan. Adapun negara
maju adalah negara yang tingkat perekonomian dan tingkat kehidupan masyarakatnya telah
berada pada tahap yang lebih maju. Berdasarkan definisi umum ini, ada beberapa Ciri-Ciri
Negara Maju dan Ciri-Ciri Negara Berkembang yang menyebabkan mereka digolongkan
kedalam kelompok tersebut.
Selain daripada itu, negara membangun juga boleh diketegorikan melalui tahap pembangunan
sesebuah negara yang rendah. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan aras pembangunan
yang telah dicapai oleh sesebuah negara yang sedang membangun. Hal ini kerana, terdapat juga
negara membangun mempunyai prasarana yang baik. Sebagai contoh negara Malaysia. Malaysia
merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai prasarana dan tahap pembangunan yang
baik berbanding negara membangun yang lain. Malaysia juga mempunyai tahap ekonomi dan
politik yang stabil berbanding negara-negara membangun yang lain. Selain daripada negara
Malaysia, terdapat juga beberapa negara Asia yang dikategorikan sebagai negara membangun.
Antaranya adalah Thailand, Laos, Vietnam, Indonesia, Myanmar, India, Kemboja, Filipina dan
Timur laste.Secara umum ciri-ciri negara sedang membangun dapat diidentifikasi sebagai
berikut.
a) Pendapatan per kapita penduduk rendah.
b) Masih berada pada tahap pembangunan
c) Kurangnya tenaga terampil dan ahli
d) Belum memadainya sarana dan infrastruktur
e) Rendahnya kualiti ilmu pengetahuan dan teknologi
f) Keadaan kuantiti dan kualiti makanan rendah.
g) Tingkat pendidikan yang rendah
h) Penduduknya lebih banyak bekerja pada sektor pertanian daripada sector industri.
i) Rata-rata usia hidupnya lebih rendah dan peratusan buta hurufnya lebih tinggi.
j) Ekonomi eksportnya bergantung pada produk primer dari hasil pertanian sampai
pertambangan dan sering hanya satu atau dua produk yang menghasilkan mayoritas
pendapatan ekspornya.
k) Jumlah penduduk banyak dengan tingkat kelahiran yang tinggi.
top related