pengeluaran,kewangan,sumber manusia

Post on 21-Jun-2015

719 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

3.2 PENGELUARAN

3.2.1 Definisi dan peranan

Definisi : proses mengubah input kepada output melalui proses transformasi atau proses tambah nilai.

Pengurusan pengeluaran : proses melibatkan perancangan , pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan

segala aktiviti berkaitan proses transformasi input( sumber – bahan mentah, buruh,mesin) kepada output ( barangan atau perkhidmatan) yang lebih bernilai yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.

Kepentingan pengurusan pengeluaran

1. memastikan produk yang dikeluarkan mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan.

2. memastikan kos pengeluaran dikawal dengan baik agar tidak menjejaskan keuntungan syarikat.

3. pengeluaran dilakukan dengan cekap, tanpa pembaziran sumber.

4. pengeluaran dilakukan dengan bijak untuk memastikan peningkatan produktiviti.

5. memastikan proses pengeluaran berjalan

mengikut jadual yang ditetapkan.

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus-pengurus pengeluaran1. persaingan yang sengit-pelbagai produk dari pelbagai negara terutamanya yang menikmati kos buruh yang lebih rendah menyebabkan lebih banyak produk memasuki pasaran dengan harga yang lebih murah.2. globalisasi

-ketahanan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada amalan pengurusan pengeluaran, kekukuhan sumber kewangan dan modal. Banyak syarikat antarabangsa boleh berkembang ke seluruh dunia kerana mengamalkan ekonomi bidangan yang boleh menjimatkan kos seunit pengeluaran.3. citarasa pengguna yang pelbagai

- perlu mengeluarkan pelbagai jenis produk bagi

menghadapi citarasa pengguna yang pelbagai.4. perkhidmatan tambahan- menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pembungkusan, penghantaran yang cepat dan selamat tanpa kos tambahan akan menambah nilai sesuatu produk berbanding produk pesaing.

5. peningkatan kualiti secara berterusan

- pengguna semakin mementingkan kualiti , oleh itu kualiti perlu

ditingkatkan secara berterusan bagi menjamin kesetiaan pengguna terhadap sesuatu produk.

6. sistem pengeluaran yang fleksibel.

- rekabentuk produk, campuran produk dan teknologi sentiasa berubah, memerlukan sistem pengeluaran yang fleksibel agar perubahan yang berlaku boleh disesuaikan dengan kaedah pengeluaran yang diamalkan.

7. perubahan teknologipenggunaan teknologi terkini yang boleh mempercepatkan proses pengeluaran seperti penggunaan robot, komputer dan jentera dalam pengeluaran perlu diterima oleh organisasi bagi memastikan mampu bersaing dengan organisasi yang lain.

8. isu alam sekitar- memastikan proses pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar , di samping organisasi

menyumbang kepada penjagaan alam sekitar seperti proses kitar semula.

-3.2.2 Proses pengeluaransistem pengeluaran-Berbagai-bagai bahagian yang saling berkaitan dan bergantungan dalam menjalankan operasi sesebuah organisasi.

Subsistem pengeluaran-sistem yang lebih kecil atau khusus dalam system yang besar atau luas.

3.2.3 Perancangan1. lokasi kilangi.objektif-memperluas kemudahan sedia ada.-mengadakan kemudahan di lokasi baru dan pada masa yang sama mengekalkan kemudahan di lokasi sedia ada.-pindah ke lokasi baru.

ii.faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam penentuan lokasia) Ciri-ciri sosial

- pendapatan penduduk, budaya dan kualiti hidup seperti kadar upah, keperluan latihan, produktiviti pekerja, taraf kesihatan, produktiviti, kesatuan sekerja dll.b) bekalan tenaga buruh-kemudahan dapatkan tenaga buruh pada kos yang berpatutan.c) sistem pengangkutan dan logistik-mudah berhubung dengan pasaran dan kemudahan penghantaran bahan mentah. Ini akan

menjimatkan kos dan mengurangkan kos menyimpan inventori.d)pengguna dan pasaran -kedudukan yang berhampiran dengan pengguna akan meningkatkan permintaan terhadap produk.e) jarak lokasi dengan tempat kemudahan- jarak lokasi dengan kemudahan seperti institusi kewangan, pembekal, pemasar memudahkan urusan pembayaran dan

penerimaan wang, bekalan dan pemasaran produk.f) politik dan sosiobudaya setempat-politik dalaman yang stabil membolehkan perniagaan berjalan dengan aman, tiada gangguan dan perubahan yang kerap terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan.g) iklim dan kos utiliti-iklim yang sesuai dan bebas dari bencana seperti banjir, gempa bumi membolehkan pengeluaran berjalan dengan

lancar. Kos utiliti seperti tarif air, elektrik dan gas yang berpatutan mengurangkan kos pengeluaran.h) peraturan dan kawalan undang-undang-pengenaan cukai yang tidak membebankan, perlindungan tariff, perlindungan hak milik mempengaruhi pengeluar memilih lokasi untuk mengembangkan operasi perniagaan.i) saiz dan kos tanah-kos tanah yang terlalu tinggi membuatkan pemilik perniagaan mem buat

keputusan membeli atau menyewa sesuatu lokasi. Lokasi perniagaan yang strategic dan menjadi tumpuan ramai mempunyai kos tanah yang tinggi.2. susun atur kilang-melibatkan penyusunan terhadap mesin, jentera , stesen kerja , tempat penyimpanan, kedudukan tempat dan lorong dalam sesebuah lokasi pengeluaran.i. objektif a) meminimumkan kos pengendalian – dari segi

pergerakan bahan, jentera , mesin dan buruh.b) penggunaan ruang secara efisyen dan ekonomik.c) mengelakkan pembaziran tenaga buruh- memastikan penggunaan tenaga buruh selaras dengan pengendalian susun atur.d) mengelakkan kesesakan dan ruang yang sempit yang menyukarkan operasi pengeluaran.e) memudahkan interaksi dan komunikasi – antara pekerja dengan majikan dan pekerja dengan pekerja.

f) memudahkan pergerakan – pergerakan keluar masuk produk dan inventori yang membazirkan tenaga dan masa.g) memudahkan aktiviti promosi dan penguatkuasaan langkah keselamatan dalam kilang.h) mengurangkan masa pembuatan dan kitaran pembuatan produk dan menggalakkan proses yang lebih fleksibel dalam operasi tertentu.

ii.jenis susun atur

a. secara tetap-produk akan diletakkan di

satu tempat atau kedudukan yang telah ditetapkan.

-pekerja, bahan mentah,mesin , jentera akan dibawa ke lokasi produk.

-sesuai bagi produk yang mudah rosak, mudah pecah, pukal atau terlalu berat untuk dialihkan.-contoh; pembinaan

jambatan,empangan, rumah, kapal terbang dan kapal.

-kos berubah adalah tinggi, manakala kos tetap agak rendah.

b. proses- pengumpulan manusia dan alatan yang sama fungsinya dalam satu tempat atau jabatan.

- Dikenali susun atur fungsian atau ‘jobshop’.

- Peralatan dan mesin boleh dikongsi guna , lebih fleksibel dari aspek alatan dan manusia.

- Kos pengeluaran lebih rendah kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi oleh sekumpulan tenaga

buruh untuk sempurnakan kerja tertentu.

- Masa perlaksanaan yang panjang,penyediaan (set-up) yang kerap, dan inventori kerja dalam proses yang banyak.

- Contoh; hospital, pejabat pos, bengkel kereta, pasaraya.

c. produk- penyusunan stesen-

stesen kerja atau jabatan –jabatan dalam satu barisan .

- stesen kerja disusun mengikut urutan proses

pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.- biasanya satu jenis mesin atau jentera akan digunakan secara khusus untuk mengeluarkan sesuatu produk dalam kilang.-sesuai bagi kilang yang menghasilkan satu jenis produk sahaja secara berulangan berdasarkan satu piawai yang telah ditetapkan.

-aliran bahan bentuk lini, penyediaan yang tidak kerap,masa kitaran pendek, inventori kerja dalam proses yang sedikit.-susun atur mudah difahami, perlaksanaan lebih mudah, kurang pengendalian bahan.- susun atur produk boleh

berbentuk S, L, U atau O.- contoh ; pemasangan

kereta, produk elektronik, kafeteria.

3.2.4 Jenis-jenis pengeluaran

1.mengikut tempahan- penghasilan produk yang unik dalam kuantiti yang kecil apabila ada tempahan dari pelanggan.- melibatkan penggunaan tenaga pakar yang memiliki kepakaran dalam bidang berkenaan.- contoh ; pembinaan

bangunan, tempahan pakaian.

2.secara massa- pengeluaran secara berterusan, melibatkan operasi 24 jam.

- aktiviti berjalan secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang dikawal oleh komputer.- biasanya digunakan untuk menghasilkan barangan keperluan harian yang dikeluarkan secara besar-besaran.-contoh ; pengeluaran

minyak masak, gula, sabun basuh.3.secara berkelompok- penghasilan beberapa jenis barang yang mempunyai fungsi yang sama.

- Penghasilan satu kelompok diikuti dengan satu kelompok yang lain.

- Kemudahan dan tenaga kerja yang ada disusun bagi mengeluarkan barangan yang berbeza.

- Contoh; pemasangan komponen barangan elektronik , pencetakan buku, kedai kek.

3.2.5 Kawalan Kualiti

1. Definisi- proses pemeriksaan produk yang dihasilkan bagi memastikan produk menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan.

Kepentingan-mengurangkan kos pengeluaran.- mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna.- meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan.

-membentuk imej perniagaan yang baik.

2. objektif- menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dapat memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.- mengelakkan kecacatan pada produk.- mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran.-mengurangkan kos dan perbelanjaan organisasi.- meningkatkan daya saing perniagaan.

3.alat kawalan kualitikawalan proses secara statistic (SPC)

-proses pengawalan kualiti berdasarkan kaedah statistic yang dijalankan sepanjang sesuatu aktiviti pengeluaran.- sampel akan diambil secara rawak daripada keseluruhan produk bagi memastikan kualitinya.- carta kawalan akan dibentuk secara grafik . Ia mempunyai garisan tengah ,had kawalan atas dan had kawalan bawah.

pemeriksaana) pemeriksaan menyeluruh- pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan.- setiap produk melalui proses pemeriksaan.-sesuai untuk produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.- tidak sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran kerana masa yang panjang, penggunaan sumber yang banyak.

b) pelan persampelan-beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan atau satu lot produk.- sekiranya sampel yang diperiksa mematuhi piawai yang ditetapkan, lot produk tersebut akan diterima. - jika didapati sampel mempunyai kecacatan , lot produk akan ditolak.

3.2.6 Kawalan Inventori

1. definisi

Inventori – bahan mentah , barang separa siap atau barang siap yang disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.Kawalan inventori –

2. objektif

a) memastikan stok berada pada tahap optimum.b) memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan.c) memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan.

d) mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori.e) meminimumkan kos pemegangan inventori.

3. pengurusan inventori

Analisis ABC- satu kaedah mengkelas tahap kepentingan inventori dalam sesebuah perniagaan.- item dikelaskan kepada tiga iaitu kelas A, B dan C.- item kelas A, 70% - 80% penggunaan daripada jumlah ringgit penggunaan.

- item kelas B, 15% - 25%

penggunaan.

- item kelas C, 5% jumlah

ringgit penggunaan.

Peratus nilai ringgit penggunaan

80

b) EOQ (Economic Order Quantity)- kuantiti pesanan ekonomi- menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz

Kelas A

Kelas B

Kelas C

Peratus jenis item inventori

50 100

0

15

pesanan apabila permintaan dapat diramalkan.- andaian – andaian dalam EOQ;i. kadar permintaan diketahui dan konsisten.ii. item diterima sekaligus.iii. keputusan item tidak bergantung antara satu sama lain.iv. masa menunggu diketahui dengan pasti dan bersifat malar.v. hanya dua kos terlibat, kos pesanan dan kos pegangan.

Kos tahunan (rm)Kos pegangan

Kos inventori tahunan

EOQ = Q = √2DS √h

c) JIT (Just In Time)

Kos pesanan

Saiz lot (Q)

EOQ

- system tepat pada masa, dikenali sebagai system inventori sifar, atau kanban.

- Ia mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin dan barang yang dikeluarkan diedarkan terus ke pasaran.

Kebaikan JIT

i. mengurangkan kos penyimpanan inventori.

ii.Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan kos.

iii. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.

iv. Membolehkan keluaran dihasilkan tepat pada waktu.

Ciri penting JITi. pengeluar mempunyai

hubungan yang rapat dengan pembekal.

ii.Masa penyediaan yang pendek.

iii. Pengekalan kualiti tinggi yang berterusan

iv. Pengekalan saiz lot yang kecil.

v.Keseragaman stesen kerja.

vi. Penggunaan komponen dan kaedah kerja yang sama.

vii.Masa bekerja fleksibel.viii. Penyenggaraan

peralatan yang baik.ix. Mengamalkan sistem

penarikan.

3.2.7 Penyenggaraan peralatan

1. definisi- aktiviti pembaikpulihan yang dijalankan bagi memastikan semua peralatan yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka berada dalam keadaan baik dan sempurna.

2. objektifa) memastikan mesin dan jentera berada dalam

keadaan baik dan selamat digunakan.

b) Meminimumkan kerosakan terhadap mesin dan jentera semasa operasi pengeluaran.

c) Memaksimumkan pengeluaran seperti perancangan.

d) Membaiki kerosakan mesin dan jentera yang rosak supaya tidak mengganggu operasi pengeluaran.

e) Meminimumkan kos dan risiko kerosakan.

3. kaedah penyenggaraan

-aktiviti pembaikpulihan yang dijalankan bagi memastikan semua peralatan yang digunakan dalam pengeluaran berada dalam keadaan baik dan sempurna.

- terdapat dua bentuk penyenggaraan;

i. penyenggaraan pencegahanlangkah berjaga-jaga dan pemeriksaan berkala yang dijalankan sebelum sesuatu kerosakan berlaku.

ii.penyenggaraan kerosakantindakan pembetulan segera yang diambil bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku.

Objektif penyenggaraan

i. meminimumkan kerosakan.

ii.Membaiki kerosakan.iii. Memaksimumkan

pengeluaran.iv. Mengurangkan kos dan

risiko kerosakan.

Kaedah penyenggaraan

i. kaedah simulasi- cuba mensimulasi atau ‘menduplikasi’ dengan menggunakan model tertentu sebagai sumber penyenggaraan.

- Simulasi kerap menggunakan menggunakan bantuan

komputer untuk menilai keseluruhan sistem pengeluaran tanpa mengganggu operasi sistem pengeluaran sebenar.

ii. sistem pakar- penggunaan logik pengaturcaraan komputer membantu mengesan dan memperbaiki pelbagai jenis kerosakan pada mesin dan peralatan.

Konsep pengurusan pengeluaran moden

1.Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)

Definisi- satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan , penglibatan semua orang , setiap bahagian dan proses dalam organisasi serta

penyelesaian masalah secara berpasukan.

Objektifi. meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan sistem operasi

ii.meningkatkan kepuasan dan kehendak pelanggan.

Prinsip-prinsip

i. Merangkumi keseluruhan organisasi, produk, perkhidmatan dan seluruh pengurusan organisasi(sumber manusia).

ii Merupakan satu proses tanpa titik tamat, menekankan penambahbaikan berterusan.

iii. Melibatkan seluruh organisasi dari peringkat atasan sehingga bawahan.

iv. Tumpuan memuaskan kehendak pelanggan.

v.Pendekatan kerja berpasukan

vi. Sokongan pihak atasan sangat penting.

vii. Berkaitan dengan pencegahan.

Kebaikani. menghasilkan produk

yang berkualiti pada kos yang rendah.

ii.Memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

iii. Meningkatkan daya saing organisasi

iv. Mengurangkan pembaziran.

v.Pengurusan komunikasi berkesan.

vi. Mengelakkan kesilapan/kecacatan dalam pengeluaran.

2.ISO 9000 (International Organisation for Standardisation)

Maksud ISO 9000- satu standard/piawai yang didokumentasikan yang

menekankan elemen asas yang perlu ada dalam system pengurusan kualiti dan perlu dipatuhi.

- ia tidak menggambarkan standard produk yang dihasilkan dan menekankan aspek pencegahan, bukan membaiki kesilapan.

Cara-cara untuk mendapat ISO 9000

i. membina komitmen pengurusan atasan.

ii.Mengenalpasti proses utama yang terlibat

dalam pelaksanaan ISO 9000.

iii. Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana.

iv. Melakukan analisis varians.

v.Menyediakan dokumen.vi. Melatih pegawai dan

staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumentasikan.

vii. Melaksanakan ISO 9000.

viii. Pengiktirafan dan pensijilan.

3.Merekayasa (reengineering)

Definisi-mereka bentuk semula proses-proses teras yang kritikal, sistem, polisi atau struktur organisasi secara radikal untuk mencapai kemajuan besar dalam perniagaan.

Objektifi. kemajuan dan kejayaan

besar dalam organisasi yang boleh

meningkatkan daya saing.

ii.Mereka bentuk produk yang mampu bersaing bagi membolehkan organisasi kekal di pasaran.

iii. Mengenalpasti kaedah yang lebih berkesan yang meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.

iv. Memfokuskan pada proses perniagaan yang penting supaya menghasilkan produk yang lebih kreatif dan inovatif.

Kebaikani. menghasilkan produk

yang berkualiti pada kos yang lebih rendah.

ii.Menguruskan aktiviti yang dapat membantu mengurangkan kos operasi dan pengendalian organisasi.

iii. Menikmati keuntungan besar dalam jangka panjang.

4. Rekabentuk Bantuan Komputer/pembuatan Bantuan Komputer (Computer aided design/computer aided manufacturing)/[CAD /CAM]

DefinisiCAD – system perisian yang menggunakan ilustrasi grafik computer untuk menghasilkan rekabentuk baru atau melakukan pengubahsuaian terhadap sesuatu proses pengeluaran.

CAM – menggunakan automasi yang boleh diprogramkan dengan bantuan komputer dalam proses pembuatan sesuatu produk.

Objektifi. Menjimatkan masa

pengurusan pengeluaran.ii.Memastikan aktiviti

pengeluaran dijalankan mengikut jadual.

iii. Memudahkan proses pemeriksaan dan pemantauan.

iv. Memudahkan pengubahsuaian terhadap rekabentuk proses pengeluaran dan produk.

v.Mengawal kualiti proses dan produk semasa transformasi.

Kebaikani. mengurangkan masa

menunggu (‘lead time’) dalam perkenalkan produk baru.

ii.Aktiviti penyemakan dan pengubahsuaian

rekabentuk dijalankan dengan lebih cepat.

iii. Memudahkan menghasil rekabentuk baru.

iv. Mempercepat proses pemasaran produk dalam pasaran.

v.Sebarang kekurangan dan kelemahan pada dapat dikenalpasti dan diatasi dengan segera.

vi. Meningkatkan produktiviti.

vii. Mempercepat tindak balas organisasi terhadap

perubahan dalam pasaran.

5. Pembuatan luwes

Satu sistem pengeluaran yang boleh mengeluarkan pelbagai produk dengan cepatKebaikan

i. Tidak memerlukan ramai pekerja maka dapat mengurangkan kos buruh

ii. Masa penyediaan yang pendek maka mengurangkan kos penyediaan dan

memungkinkan campuran produk dilakukan

iii. Kerja-kerja penjadualan dan jalan laluan bahan dikendalikan oleh komputer

iv. Dapat meningkatkan penggunaan mesin-mesin

v. Output dengan kualiti yang lebih konsisten dapat dihasilkan

3.3 KEWANGAN

3.3.1 Definisi dan peranan

Definisi - melibatkan aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan perniagaan/ bukan perniagaan dan kerajaan. - merangkumi proses, institusi, pasaran yang

terlibat dengan penggunaan wang. Peranan pengurus kewangan

- membuat perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan untuk beroperasi dan peluang pelaburan yang ada. - menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik.

- menggunakan dana secara berkesan. - menganalisis dan menggunakan penyata kewangan untuk menilai pelaburan yang telah dibuat dan mengukur prestasi syarikat secara keseluruhan.

3.3.2 Penyata Kewangan

Penyata Pendapatan- menunjukkan hasil operasi serta belanja-belanja yang terlibat dalam

menjalankan operasi.- apabila hasil melebihi belanja, untung diperolehi.- apabila belanja melebihi hasil, rugi diperolehi.

Kunci Kira-Kira- penyata yang menunjukkan jumlah aset dan liabiliti pada satu tarikh tertentu. - menunjukkan kedudukan kewangan syarikat pada akhir tempoh kewangan.

Penyata Aliran Dana - melaporkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi suatu tempoh kewangan.

3.3.3 Objektif Kewangan memaksimumkan keuntungan syarikat - syarikat menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk meningkatkan keuntungan.

- prestasi syarikat biasanya diukur melalui keuntungan yang diperolehi dan kadar peningkatan keuntungan berbanding dengan tahun sebelumnya. - semua sumber mesti digunakan dengan cekap untuk mencapai keuntungan yang maksimum. - kecekapan diperolehi dengan

meminimumkan kos-kos pengeluaran dan memaksimumkan pengeluaran. Memaksimumkan kekayaan pemegang saham syarikat - meningkatkan perolehan per saham yang dibuat oleh pelabur/ pemilik. - perolehan per saham penting kerana merupakan pulangan kepada pemegang saham yang menjadi asas

kepada pembahagian dividen oleh pihak pengurusan kepada pemegang-pemegang saham. - meningkatkan untung sesaham syarikat yang dikeluarkan.

3.3.4 Sumber DanaPembiayaan ekuiti- saham biasa : - syer yang menunjukkan pemilikan.

- pendapatan tertahan : - untung bersih

syarikat yang tidak diagihkan sebagai dividen tetapi disimpan dalam syarikat untuk diguna semula bagi mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan hutang Pembiayaan hutang jangka panjang - pinjaman tetap/ bertempoh – didapati daripada bank/ agensi kerajaan spt

MARA, pinjaman untuk tempoh melebihi setahun dan bayaran balik adalah secara ansuran. - terbitan sekuriti – pinjaman melalui terbitan sekuriti yang memerlukan syarikat membayar balik amaun pokok pinjaman pada tarikh matang.

Pembiayaan hutang jangka pendek - kredit dagangan – kemudahan kredit

disediakan oleh pembekal, peniaga menerima barangan tetapi akan membayar setelah berakhir tempoh kredit. - kredit pusingan – satu perjanjian antara pihak bank dengan pihak peniagaan di mana boleh meminjam wang bila-bila masa sahaja. - overdraf – kemudahan kredit yang diberi oleh bank kepada pemegang akaun

semasa, dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaun setakat had yang ditetapkan. - pinjaman jangka pendek – disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggan yang memerlukan bagi suatu tempoh yang singkat. - surat kredit – kemudahan jangka pendek yang diberi kepada syarikat yang

menjalankan urus niaga antarabangsa, merupakan jaminan bank bahawa amaun terhutang akan dijelaskan. - pemfaktoran – kemudahan pembelian akaun penghutang oleh syarikat pemfaktor daripada syarikat yang memberi kemudahan kredit kepada pelanggan mereka.

3.3.5 Penggunaan Dana

- untuk membiayai keperluan modal kerja, aset tetap.- pelaburan jangka panjang

3.3.6 Perancangan Kewangan (belanjawan)Belanjawan Tunai- suatu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai dan

pembayaran tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan.- pengurus boleh membuat perancangan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan.

Belanjawan Modal- perancangan pelaburan ke atas / suatu projek jangka panjang.

3.3.7 Insurans

Definisi – suatu kontrak ganti rugi antara si diinsurans dan penginsurans. Peranan insurans- memberi perlindungan kepada peniaga daripada risiko kecurian, pecah amanah, tuntutan pihak ketiga.- memberi sumbangan kepada negara sebagai penyumbang dana untuk memajukan sektor-sektor ekonomi.

- memberi perlindungan kepada individu dan keluarga.

Prinsip insurans

Prinsip kepentingan boleh diinsuranskan- sidiinsurans mesti mempunyai kepentingan ke atas harta/ nyawa yang diinsuranskan.

Prinsip penuh percaya- merujuk sikap jujur antara sidiinsurans dan penginsurans.

- si diinsurans mesti memberi maklumat yang benar dan penginsurans perlu menyatakan syarat-syarat perlindungan.

Prinsip ganti rugi- menegaskan bahawa tujuan ganti rugi dibayar kepada si diinsurans yang mengalami kerugian adalah untuk memulihkan kedudukan kepada keadaan asal.

Prinsip doktrin punca terdekat- ganti rugi akan dibayar apabila berlaku kemalangan akibat risiko yang diinsuranskan.

Jenis-jenis insurans- insurans kemalangan- insurans kebakaran- insurans perkapalan/penerbangan

3.4 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)

3.4.1 Definisi, Fungsi & Cabaran

Definisi:

- fungsi yang dilaksanakan oleh organisasi-membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara efektif-untuk capai matlamat organisasi dan individu

-berkait dengan falsafah, polisi, program yang mempengaruhi pekerja

Fungsi Jabatan Sumber Manusia :

Perancangan SM

Pengambilan Tenaga Kerja

Latihan & Pembangunan

Penilaian Prestasi

Faedah/Ganjaran

Penyenggaraan Pekerja

Perhubungan Industri

Cabaran

1. Perubahan teknologi2. Peningkatan peranan wanita dalam sektor pekerjaan

3. Globalisasi4. Migrasi buruh

5. Faktor ekonomi/politik/perundangan

6. Kemahiran pekerja7. Kepelbagaian tenaga kerja

8. Pengstrukturan semula organisasi

3.4.2 Perancangan Sumber Manusia

Proses menilai keperluan sumber manusia berdasarkan matlamat organisasibagi pastikan organisasi memiliki kumpulan tenaga kerja yang cekap dan berkemahiran

Proses Perancangan Sumber Manusia

Imbasan persekitaran

Unjuran permintaan buruh

Unjuran Penawaran Buruh

Analisis Jurang/Lompang

Pelaksanaan

Penilaian & Kawalan

3.4.3 Pengambilan Sumber Manusia

Analisis Kerja

Teknik untuk mengumpul maklumat kerja secara sistematik -berkaitan tugas, tanggungjawab dan keperluan kemahiran/pengalaman-yang perlu ada untuk melakukan kerja dengan baik- terbahagi kepada huraian kerja dan spesifikasi kerja-huraian kerja memberi maklumat seperti:• senarai tugas/tanggungjawab

• kewajipan/kepada siapa laporan perlu dibuat• Kontek kerja: keadaan tempat kerja/jadual kerja• Aktiviti tugas/cara bekerja• Tahap prestasi yang dikehendaki-spesifikasi kerja mengandungi maklumat seperti:• penerangan bertulis tentang pengetahuan/kemahiran/keupayaan/sifat• kelayakan minimum seperti tahap

pendidikan/pengalaman/sifat • personaliti/keupayaan fizikal

Pengrekrutan/Sumber Tenaga Manusia

Maksud pengrekrutan

menarik minat calon yang berkelayakan utk memohon jawatan kosong

(1) Mengenalpasti keperluan jawatan huraian kerja - jawatan, tanggungjawab/bidang tugas, terma(sementara/tetap)

spesifikasi kerja.- kelayakan dan pengalaman

(2) Mengenalpasti sumber pengrekrutan calon

(a) Sumber dalaman - Sumber dalaman merujuk kepada pekerja-pekerja yang sedia ada dalam syarikat

- memilih calon yang ada dalam simpanan data mengenai para pekerja yang wujud dalam sesebuah organisasi

(b) Sumber luaranSumber calon adalah daripada luar organisasi

Sumber luaran diperoleh daripada

- calon fresh – kolej / sekolah / institusi latihan

- kakitangan syarikat lain- calon bekerja sendiri- calon yang wujud dalam pasaran / sedang mencari pekerjaan

terdiri daripada pekerja di luar organisasi/organisasi lain

pelajar-pelajar IPT yang telah lulus/praktikal

(3) Mengenal pasti kaedah pengrekrutan

Kaedah pengrekrutan dalamanInventori kemahiran tenaga kerjamengandungi maklumat-maklumat terkini para pekerja seperti latar belakang, pengalaman, kemahiran, dan sebagainya pemilihan berdasarkan kenaikan pangkat/pindahan jawatanmelihat kesesuaian pekerja yang ada dengan jawatan

Pengiklanan dalaman- calon digalakkan memohon- penyebaran maklumat mengenai jawatan di dalam organisasi melalui pelbagai cara

Kaedah Pengrekrutan luaran kaedah dapatkan sumber luaran:• pengiklanan – di surat khabar/televisyen/radio/jurnal dll.

• rujukan - kepada agensi pekerjaan/Jabatan Tenaga Buruh• pertemuan/kerjasama - dengan persatuan profesional atau universiti bagi kenalpasti calon yang boleh dihubungi• pengrekrutan – pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di organisasi• permohonan langsung – oleh calon yang berminat• perhubungan – dengan agensi pekerja sementara

Kebaikan dan kelemahan sumber dalaman:

Kebaikan Kelemahan• pekerja dikenali – prestasi boleh dijangka

• tiada calon yang

• kos orientasi dan latihan boleh dikurangkan• masa penyesuaian dan sosialisasi dapat dikurangkan• lebih mudah – untuk buat perancangan/pembangunan kerjaya• meningkatkan kesetiaan pekerja – dapat kurangkan kadar lantik henti

benar-benar layak• pengisian jawatan baru akan meninggalkan kekosongan jawatan lain• tiada idea dan budaya baru dibawa masuk• sukar untuk bawa

perubahan

Kebaikan dan kelemahan sumber luaran

Kebaikan Kelemahan• terdapat idea baru• pengalaman lain yang boleh dikongsi bersama

• perlukan masa untuk penyesuaian dan sosialisasi• meningkatkan Kos

• calon dari pelbagai bidang dan kemahiran• lebih mudah untuk membawa perubahan

untuk latihan dan orientasi • pekerja baru mungkin tidak disukai oleh pekerja sedia ada• mengurangkan kesetiaan pekerja

Pemilihan

Proses memilih calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan daripada senarai calon yang memohon. Langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemilihan:

• Borang Permohonan- langkah awal dalam proses pemilihan-mengandungi maklumat peribadi/latar belakang akademik/pengalaman kerja

- calon yang layak boleh dibuat semakan rujukan atau dipanggil temuduga

• Semakan rujukan-untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut tentang calon- seperti sikap/personaliti-untuk mengesahkan ketetapan maklumat yang diberikan oleh calon-untuk tapisan keselamatan

• Temuduga

-proses pertukaran maklumat antara organisasi dengan calon-dapat maklumat lanjut mengenai pengalaman/kemahiran-untuk menentukan calon layak untuk jawatan yang dipohon-peluang majikan melihat gelagat/personaliti calon secara bersemuka

• Ujian pemilihan-bantu organisasi buat keputusan yang betul siapa yang layak

-mengukur samada calon dapat melakukan kerja dengan betul atau tidak-bertujuan untuk menapis calon- contoh ujian pemilihan ialah ujian kecerdasan/ujian bakat/ujian personaliti/ujian kecekapan/ujian poligraf/ujian perwatakan/dll.

3.4.4 Latihan & Pembangunan

Perbezaan latihan & pembangunan

Perkara Latihan Pembangunan

Fokus Pekerjaan sekarang

Pekerjaan sekarang dan masa hadapan

Skop Individu Sekumpulan pekerja

Jangkamasa

Segera/semasa

Jangka panjang

Matlamat Baiki kelemahan kemahiran sekarang dan meningkatkan prestasi

Persediaan bagi keperluan pekerjaan pada masa hadapan/kenaikan pangkat

Contoh kemahiran

-komunikasi-program komputer-pemasaran

-kepemimpinan-pembuatan keputusan dll.

dll.

Faedah Program Latihan & Pembangunan

Kepada individu

Kepada organisasi

-meningkatkan produktiviti pekerja-meningkatkan kepuasan kerja-meningkatkan motivasi

-dapat mengekalkan pekerja yang terbaik-membentuk reputasi sebagai organisasi

pekerja-merasakan bahawa mereka dihargai

yang pentingkan aspek pembangunan pekerja-mengurangkan kesilapan pekerja

Proses Pembentukan & Perlaksanaan Program Latihan

Penilaian keperluan

KeperluanOrganisasi

KeperluanPekerjaan

-keseluruhan-berkaitan gelagat kumpulan/budaya kerja

-pengetahuan dan kemahiran-merujuk kepada huraian dan spesifikasi kerja

Objektif latihanhasil yang

dikehendaki/perubahan yang perlu

dilakukan selepas pekerja menjalani program latihan

serta perubahan gelagat/tahap piawai yang

ingin dicapai

Pelaksanaan program latihan

-memilih pelatih-menentukan kurikulum-Menetapkan belanjawan

-pemilihan jurulatih

Penilaianuntuk mengetahui samada program yang dijalankan

mencapai objektif atau tidak

Jenis-Jenis Latihan

1. Latihan sambil kerjaBelajar sambil bekerja

-pelatih mempelajari sesuatu pekerjaan dengan melakukan sendiri kerja - sokongan penyelia sangat penting untuk memastikan pekerja memahami pekerjaannya dengan berkesan-pelatih dapat mengetahui kesilapan

Pusingan kerja- menukarkan pekerja kepada pekerjaan yang lain- selepas melakukan pekerjaan yang sama

selama beberapa bulan/tahunMelakukan tugas-tugas khas- pekerja diberi tugas-tugas tertentu- yang boleh mencabar kemahiran semasa pekerja

2. Latihan perantisan-pekerja baru akan bekerja dengan pekerja yang mahir dan melihat bagaimana mereka bekerja- sesuai untuk kerja sebagai juruteknik/kerja berkait dengan seni/kraf

3. Latihan di luar kerja-hadiri latihan di luar waktu kerja-hadiri kursus atau seminar seperti motivasi/kepemimpinan/teknologi maklumat-mengadakan permainan perniagaan kepada pengurus untuk meningkatkan kemahiran-kaedah simulasi/tayangan video dengan pelajari cara kerja sebenar menggunakan model dll.

3.4.5 Penilaian Prestasi

Tujuan Penilaian Prestasi

1. memberi maklum balas tentang tahap prestasi/pencapaian kepada pekerja

2. membentuk data yang sah bagi tujuan pemberian gaji dan kenaikan pangkat

3. membantu pengurus membuat keputusan berkaitan pemberhentian dan amaran kepada pekerja yang potensinya kurang memuaskan

4. menjadi asas yang kukuh kepada kes industri yang dibawa ke makhamah

5. memberi nasihat/bimbingan kepada pekerja

6. membentuk komitmen pekerja kepada organisasi/peluang kerjaya

7. memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha

8. memberi pengiktirafan kepada kejayaan pekerja

9. mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja

10. menetapkan jangkaan prestasi baru terhadap pekerja

11. menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan

Ciri-ciri Penilaian yang Berkesan

1. dilakukan secara berterusan – sepanjang tahun

2. dibentuk berdasarkan huraian kerja

3. dibuat dengan adil dan dianggap adil oleh pekerja

4. penilai tahu apa yang patut dinilai

5. penilai tahu teknik menilai dengan betul

6. bebas dari sifat berat sebelah

Masalah dalam Penilaian Prestasi Pekerja

• Jenis pekerjaan-ada pekerjaan yang hasil akhirnya sukar diukur/tidak jelas disebabkan oleh sifat pekerjaan itu sendiri

-kadang kala penilai sendiri tidak pasti apakah yang perlu dinilai-prestasi bagi kerja bukan rutin juga sukar diukur-cara atasi : melalui pembentukan satu sistem penilaian prestasi yang lebih teratur yang mengukur/menilai dari pelbagai sudut

• Manusia- cara penilaian manusia adalah subjektif-masing-masing memberi takrifan sendiri/berbeza

perspektif kerana berlainan jantina/bangsa/budaya dll.- cara pemerhatian manusia juga kadangkala kurang tepat-penyelia gagal membuat penyeliaan yang berterusan- sikap berat sebelah- takut untuk menyatakan perkara yang benar- cara penilaian yang tiada kebolehpercayaan/kesahan-cara atasi: penilai perlu dilatih untuk menjalankan tugas supaya lebih pengalaman dan

seterusnya dapat mengurangkan kesilapan

• Organisasi atau sistem penilaian -organisasi gagal untuk menukar sistem penilaian apabila huraian kerja/teknologi/objektif berubah-kaedah penilaian yang dilaksanakan tidak bersesuaian dengan pekerjaan- tiada sokongan/komitmen daripada pihak

pengurusan/kerja sambil lewa-proses penilaian mengambil masa yang lama/panjang-penilaian tidak dibuat secara berterusan-pekerja tidak diberitahu tahap prestasi yang perlu dicapai-pekerja tidak faham isi penilaian borang penilaian-cara atasi: pihak pengurusan perlu konsisten dalam penilaian prestasi/penilaian perlu dilakukan secara berkala

mengikut jadual/yakin terhadap sistem penilaian prestasi yang akan dilakukan terhadap pekerja

3.4.6 Faedah,Ganjaran & Tindakan Disiplin

Faedah/GanjaranDefinisi ganjaran

kewangan merujuk kepada bayaran kewangan yang dibayar kepada para pekerja

a)Ganjaran kewangan

1. gaji asas - upah yang dibayar pada satu tempoh tertentu; minggu / bulan / hari

2. elaun-elaun tertentu; elaun lebih masa, elaun pengangkutan

3. EKA, perumahan / kritikal

4. KWSP dibayar oleh majikan

5. Pencen

6. SOCSO / PERKESO

7. Bonus

8. kemudahan pinjaman perumahan

[6]

(b) Ganjaran bukan dalam bentuk kewangan

1. kemudahan cuti – cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dsb

2. faedah perubatan- pemeriksaan doktor, ubat, pergigian, pemeriksaan mata, pembedahan

3. kemudahan meningkatkan kerjaya- cuti belajar, peluang kenaikan pangkat, peluang meningkatkan kemahiran (kursus)

4. kemudahan tempat tinggal/perumahan/kuarters

5. kemudahan tempat penjagaan anak

6. kemudahan pengangkutan/kenderaan- bas kilang, kereta syarikat

7. pengiktirafan / penghargaan - anugerah kecemerlangan, sijil penghargaan

8. kebajikan lain seperti pakaian seragam dan diskaun warga mas

Penentu-penentu ganjaran

1. kemampuan syarikat2. permintaan dan penawaran buruh

3. ekuiti dalaman dan luaranekuiti dalaman – kesetaraan ganjaran kepada semua ahli dalam

organisasi yang sama. Semua pekerja menerima gaji yang adil berasaskan kemahiran/pengalaman dan kelayakan akademikekuiti luaran – kesetaraan dengan pekerja di organisasi lain dalam industri yang sama. Pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama dalam organisasi berlainan harus menerima ganjaran yang sama

4. bentuk tugas

tugas yang rumit dan perlukan kemahiran yang tinggi akan mendapatkan ganjaran yang lebih berbanding dengan kerja rutin. Ganjaran ditentukan oleh nilai sesuatu pekerjaan kepada organisasi. Pekerjaan yang dianggap penting oleh organisasi, ganjarannya adalah tinggi

5. peraturan dan undang-undang kerajaan

Tindakan Disiplin

Dikenakan kepada pekerja yang melanggar peraturan. Disiplin boleh diberi dalam bentuk positif atau negatif bergantung kepada keadaan. Disiplin positif ialah cara pembetulan melalui nasihat/kaunseling/beri peluang kepada pekerja mengubah tingkah lakunya yang tidak baik. Disiplin negatif/progresif diberikan kepada pekerja yang gagal

mengubah gelagat ke arah positif.

Hukuman yang biasa diberikan kepada pekerja yang melanggar peraturan adalah seperti berikut:

i) teguran – secara lisan kepada pekerja yang membuat kesalahan kali pertama

ii)amaran bertulis – amaran yang akan direkodkan di dalam fail pekerja.

iii) Hilang faedah kerja – seperti kemudahan

kenderaan/mel elektronik akan ditarik balik

iv) Penurunan pangkat – jika kesalahan terlalu teruk

v)Pemecatan – jika teguran dan amaran gagal mengubah gelagat pekerja yang terlibat

3.4.7 Penyelengaraan Pekerja

Apabila kes-kes kemalangan berlaku di tempat kerja, maka aspek keselamatan dan kesihatan pekerja perlu

diberi perhatian oleh majikan. Terdapat tiga akta penting yang melibatkan aspek penyelenggaraan pekerja iaitu Akta Kilang & Mesin 1967, Akta Kualiti Persekitaran 1974 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 (OSHA).

Objektif utama OSHA ialah:i) memastikan

keselamatan/kesihatan/kebajikan pekerja yang melakukan pekerjaan merbahaya

ii)melindungi individu-individu lain yang berada di kawasan tempat kerja, selain yang melakukan pekerjaan tersebut

iii) mengadakan persekitaran tempat kerja yang selamat

Keselamatan

-bermaksud melindungi pekerja daripada kecederaan/kemalangan yang berkaitan dengan kerja. Di antara langkah-

langkah penyelenggaraan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja ialah :

i) membentuk sikap yang mementingkan aspek keselamatan di tempat kerja melalui kempen kesedaran/peka kepada undang-undang kesihatan dan keselamatan

ii)memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa selamat

iii) membuat polisi dan peraturan keselamatan serta menguatkuasakannya

iv) membentuk prosedur melapor dan menyiasat kemalangan

v)membentuk dan menyediakan latihan keselamatan

vi) memilih pekerja yang sesuai

vii) mengadakan sistem insentif/ganjaran sebagai galakan untuk mementingkan keselamatan

viii) menyediakan pakaian/peralatan keselamatan

ix) memberi cuti rehat yang mencukupi kepada pekerja

x)mengadakan amaran-amaran yang jelas seperti “AWAS”/”KAWASAN LARANGAN”/dll.

Kesihatan

-melindungi pekerja daripada gangguan emosi dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh kerja. Antara program kesihatan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan ialah:

i) memberi kesedaran kepada pekerja tentang pentingnya penjagaan kesihatan melalui ceramah/program kesihatan dan sebagainya

ii)membuat pemeriksaan kesihatan terhadap pekerja terutamanya

pekerja yang terdedah kepada bahan kimia/merbahaya

iii) menggalakkan pekerja untuk menghentikan amalan merokok dan pengambilan alkohol serta bahan-bahan larangan

iv) menggalakkan pekerja untuk mengambil rehat yang secukupnya

Jaminan kerja

-aspek yang sangat penting bagi memastikan pekerja boleh bekerja dengan

aman dan tenteram. Antara bentuk jaminan kerja yang diperlukan oleh pekerja ialah:

i) jaminan keselamatan fizikal

ii)jaminan aspek kesihataniii) ganjaran yang

memuaskaniv) layanan yang baik

daripada majikanv)tidak akan diberhentikan

tanpa sebarang sebab

3.4.8 Perhubungan Industri

Definisi

Merujuk kepada perhubungan antara majikan dengan para pekerja. Biasanya pekerja akan diwakili oleh kesatuan sekerja yang memperjuangkan hak mereka.

Fungsi Kesatuan Sekerja

i) mengatur perhubungan antara majikan dengan

majikan; antara pekerja dengan pekerja atau antara pekerja dengan majikan

ii)mewakili pekerja atau majikan dalam pertikaian perindustrian

iii) mengendalikan pertikaian perusahaan

iv) menganjurkan/mengendalikan/membiayai pemogokan bagi pekerja atau penutupan pintu bagi majikan

top related