pengaruh hindu dalam manuskrip.docx
Post on 01-Jan-2016
154 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kajian menunjukkan agama Hindu dan Buddha bertapak di istana tetapi mereka tidak
mengamalkannya. Falsafah Hindu dianut untuk kepentingan politik dengan menganuti
fahaman animism iaitu menghubungkan manusia dengan alam contohnya ada roh di gunung,
laut dan matahari. Upacara-upacara banyak dilakukan contoh puja pantai. Di istana raja di
anggap utusan kepada alam. Konsep dewaraja diadaptasi contoh nya asal usul Raja Kedah,
Raja Pasai. Perkembangan sastera Melayu tradisional tidak dapat dipisahkan daripada
peranan istana, raja-raja dan kaum elit masa itu. Mereka bukan sahaja member peluang,
selain menyediakan pelbagai kemudahan kepada pujangga untuk mengarang, tetapi juga
merupakan sumber ilham dan bahan karangan para pujangga. Akibatnya karya yang lahir di
istana itu ekslusif untuk raja mempertahankan kedudukan mereka sebagai golongan
pemerintah, selain menjadi santapan rohani mereka. Ada sesetengah manuskrip dipercayai
berasal daripada tradisi sastera lisan. Menurut Mohd taib Osman, tradisi sastera bertulis itu
merupakan “great tradition”. Menurut teori, sebuah karya asli hanya boleh berasal dari satu
tempat dan masa. Tetapi setelah cerita itu tersebar, mungkin melalui mulut atau disalin dan
diperbaiki, jalan dan isi cerita itu sudah berubah. Itulah salah satu punca datangnya banyak
versi cerita dan manuskrip yang berlainan. Menurut Mulyadi, Hikayat Indraputra bukan
sahaja wujud dalam versi bahasa Melayu, tetapi juga versi Acheh seperti yang dikaji oleh
Snouck Hurgronje, versi bahasa Makasar dan Bugis yang telah dikaji oleh Mattes, versi
bahasa Cham. Semakin popular, semakin banyak disalin, maka bertambah popularlah
manuskrip yang berkenaan di pusat-pusat budaya Melayu sepanjang kurun ke-19.
Kini manuskrip Melayu telah tersebar luas di seluruh dunia. Semakin lama semakin
banyak teks atau versi dijumpai, sama ada dari tempat yang memang sudah terkenal
menyimpan manuskrip Melayu atau dari tempat yang selama ini didapati tidak ada kaitan
langsung dengan penyimpanan bahan-bahan itu. Anggaran jumlah manuskrip yang diberi
oleh sarjana berdasarkan kiraan mereka sendiri. Misalnya Wan Ali telah menemui 2079 buah
manuskrip Melayu dari enam buah institusi yang pernah beliau lawati di negeri Belanda.
Sebelum itu Ismail Hussein telah menganggarkan ada kira-kira 3000 buah manuskrip Melayu
Di Eropah, 1800 di Indonesia, 50 di Singapura dan 150 lagi di Malaysia. Jumlah manuskrip
sekarang di dunia ialah 10 000 buah. Selain yang dijumpai di institusi awam, banyak lagi
manuskrip lain diketahui disimpan sebagai harta pusaka orang individu. Adanya manuskrip di
Sri Lanka, Madagaskar, dan Cape Town, Afrika, serta tempat-tempat lain. Usaha orang Barat
dalam mengumpul, menyalin serta membawa manuskrip Melayu ke Eropah dan cara-cara
1
institusi yang tertentu di Eropah memperoleh manuskrip itu dari tangan individu Melayu itu
boleh dikatakan sebagai penghubung antara kita dengan koleksi manuskrip di Eropah. Setiap
manuskrip Melayu di Eropah itu mempunyai sejarah masing-masing. Menurut Ras, Stamford
Raffles pernah meminta manuskrip Hikayat Banjar daripada baginda Sultan Pontianak pada
tahun 1815. Baginda Sultan mendapatkan manuskrip itu dengan menyalin daripada naskhah
kepunyaan baginda sendiri di Kota Waringin. Tetapi oleh sebab Stamford Raffles telah balik
ke England ketika itu, maka manuskrip yang berkenaan telah dihantar kepada John Crawfurd,
yang kemudian menjualnya bersama-sama dengan manuskripnya yang lain kepada British
Muzeum pada 1845.
Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan sehingga kini, ternyata bahawa setiap
manuskrip Melayu dan versinya yang diwarisi itu penuh dengan sejarah pahit maung dalam
perjalanannya yang berliku-liku di banyak tempat dari masa lampau. Ada banyak motif yang
mendorong orang Eropah mengumpul manuskrip. Ada yang didorong oleh kepentingan
politik dan yang lain kerana kasih sayang dan minat si pengumpul manuskrip itu walaupun
Cuma pengumpul amatur. Pendek kata, para pengumpul manuskrip itu berasal daripada latar
belakang yang berlainan. Roorda Van Eysinga (1796-1856), misalnya, mula-mula datang ke
Indonesia pada 1819 sebagai leftenan dalam tentera. Orang Inggeris, misalnya melibatkan
diri secara langsung dalam pengumpulan manuskrip Melayu, kenalah tempatnya di sini
diceritakan serba ringkas sejarah perkembangan itu. Pada 1600, Syarikat Hindia Timur
ditubuhkan di United Kingdom untuk menghantar kapal-kapal ke Indonesia. Kejayaan
perdagangan British dan Belanda ketika itu terjalin erat dengan penerbitan kamus-kamus
bahasa Melayu di Netherlands dan United Kingdom. Kamus-kamus itu penting dalam
mengasuh minat mereka yang berkenaan dalam pembelajaran sastera Melayu. Persatuan
Sejarah dan Institusi penyelidikan lain tumbuh bagai cendawan. Pegawai-pegawai tadbir
kaum penjajah diberi galakan untuk mengumpul manuskrip yang ada kaitan dengan sejarah
dan politik tentang kepulauan Melayu.setelah memegang jawatan penting di jabatan kerajaan
penjajahan, terbukalah peluang keemasan kepada mereka untuk mengumpul manuskrip-
manuskrip sebagai hadiah daripada kaum bangsawan Melayu dan kerabat diraja Melayu.
Mereka juga mengupah dan menyuruh kakitangan bawahan menyalin jika tidak peroleh
hadiah atau dibeli. Versi pendek manuskrip Tuhfat al-Nafis (sekarang di Koninklijk Institut
voor Taal-, Land-en Volkenkunde) telah diberi hadiah kepada A.L. van Hasselt sempena
persaraannya. Manuskrip-manuskrip melayu yang tersimpan di Royal Asiatic Society,
London itu sebenarnya berasal daripada salinan-salinan yang dibuat untuk Stamford Raffles.
2
Wujudnya koleksi manuskrip Melayu di perpustakaan istana raja-raja Melayu zaman feudal
menunjukkan wujudnya scriptorium. Di situlah terdapat pujangga, jurutulis, pengarang, alim
ulama, cendekiawan lain yang pandai menulis dan membaca. Karya manuskrip yang lahir di
istana itu mulai tersebar melalui penyalinan, penterjemahan dan sebagainya. Namun,
penyalinan manuskrip Melayu untuk tujuan perdagangan hanya wujud berikutan orang
Eropah menawarkan wang untuk mendapatkannya. Artikel Voorhoeve tentang Malay
Scriptorium di General Secretariat di Betawi dan sumbangannya dalam menyebarkan
manuskrip Melayu pada suatu masa dahulu itu sangat menarik. Sebahagian daripada salinan
manuskrip dihantar ke Royal Academy di Delft; manakala yang lain-lain telah dihantar ke
Perpustakaan Negara di Paris, Brussels, The Hague dan Berlin. Tetapi sekarang banyak
manuskrip Melayu terpendam sebagai pusaka peribadi di rumah dan masjid. Semoga dengan
lebih banyak lagi warisan khazanah lama itu dapat diselamatkan dan kemudian didaftar,
didokumentasi dan diketengahkan untuk kajian seterusnya.
2.0 Objektif kajian
Kajian ini dilakukan untuk meninjau sebanyak mungkin manuskrip Melayu yang telah dikaji. Usaha
tersebut dijalankan dengan tujuan supaya dapat difahami latar belakang penulisan manuskrip
Melayu serta perkembangan dari masa ke masa dan dari tempat ke tempat. Tidak dapat dinafikan
bahawa kedatangan orang Eropah ke Nusantara ini sudah dipandang sebagai titik permulaan
penulisan sejarah rantau ini. Setelah pelaut Feringgi, mubaligh Sepanyol, saudagar Belanda dan
Inggeris, dan pengembara Perancis sampai di rantau ini sejak abad ke- 14 hingga abad ke -19, banyak
kisah pelayaran, catatan harian serta dokumen bertulis lain mengenai rantau ini telah mereka
tinggalkan. Walaupun, kaum peribumi di Asia Tenggara banyak juga meninggalkan dokumen bertulis,
tetapi, karya- karya sejarah mereka dari masa lamapau rata- ratanya diragui kesahihan fakta
sejarahnya menurut penegrtian sejarah seperti yang diajar, malah sudah dijadikan pegangan umum.
Walau bagaimanapun, orang Belanda dan Inggeris diakui telah meletakkan batua asas pengajian
Melayu di dunia sehingga institut alam dan Tamadun Melayu (UKM) mengajurkan kolokium
kesarjanaan Perancis, Jerman, Nordik, dan Cina pada tahun 2001 dan 2002, misalnya, tradisi
pengajian itu dimulakan dengan sumbangan pentadbir- sarjana Eropah masa lalu membuat
ringkasan cerita teks- teks manuskrip selain banyak lagi kerja dokumentasi. Daripada pusat- pusat
pengajian tinggi yang merupakan tumpuan para sarjana, penyelidik dan pelajar yang serius itulah
banyak tesis ijazah tinggi yang berdasarkan manuskrip Melayu telah lahir. Banyak manuskrip Melayu
telah dikaji dari sudut luaran dan dalaman. Teks asal dalam skrip Jawi telah ditrankripsi ke dalam
skrip Latin. Isi teks diringkaskan dan diterjemahkan ke dalam bahas Inggeris, Belanda dan lain- lain
3
dengan disertai analisis, nota, peta, rajah,glosari dan rujukan bibliografi.Demikian juga kalau
manuskrip asal yang tersimpan dalam perpustakaan yang tertentu itu susah didapati kerana
peraturan perpustakaan dan kawalan keselamatan, maka tidak dibenarkan dipinjamkan, lebih- lebih
lagi tulisan tangan skrip Jawi itu susah dibaca, maka hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam buku
sepatutnya mudah dibaca didapati dan lebih mudah dibaca. Semoga semua manuskrip yang diwarisi
kini akan terus dikaji secara ilmiah. Semoga hasil penyelidikan dapat diteruskan dan digabung untuk
kembali bagi mendapatkan sejarah perkembangan yang wajar.
Sastera Melayu tidak berkembang menurut garisan yang lurus, lebih- lebih lagi secara
mendadak tanpa sebab dan akibatnya. Pembahagiannya kepada zaman Hindu, Islam dan sebagainya
merupakan satu pendekatan kajian. Setiap manuskrip yang lahir itu berkembang selaras dengan
tradisi kepengarangan Melayu tradisional dan sebilangan besar dalam munuksrip yang diwarisi kini
telah diperbaiki dari masa ke masa. Dalam manuskrip seumpama itu terdapat sifat “ a web of
dynanism and tensions”. Justeru ia lahir dari suatu warisan tradisi, kebanyakan manuskrip itu
mempunyai sifat, ciri dan corak similarity in variety,unity in diversity dan sebagainya. Johns
menerangkan… the distribution and variety is not constant.it has been shifting and changing with the
political and cultural history of the Indies since first sultanates were established at the end of the
thirteenth century in a region of a variety of peoples, social structures, a means of livelihood,culture…
Sebaliknya, persamaannya itu disebabkan bahasa Melayu yang dipakai. Latar sosial, politik dan
budaya seperti itulah telah turut diselitkan dalam kajian ini. Adalah tidak mungkin untuk memahami
sastera, lebih- lebih lagi mengetahui sejarah perkembangannya sekadar dengan membaca dan
menghafal ringkasan cerita seperti yang terkandung dalam kebanyakan buku sejarah perkembangan
sastera Melayu tradisional yang ada tanpa mengetahui latar belakang sosial,politik dan budayanya.
Itulah juga motif yang mendorong kajian ini dibuat.
3.0 Hikayat Seri Rama
Antara karya-karya besar di dunia, Ramayana termasuk sebagai sebuah karya klasik yang
amat luas pengaruh dan penyebarannya. Sejak berabad-abad lamanya ia meresapi budaya
masyarakat India dan tenggara Asia, dan diabadikan di dalam hasil-hasil sastera, drama, seni,
dan seni bina di Selatan Asia dan seluruh kawasan Asia Tenggara. Karya epik India yang
agung ini dipercayai muncul di sebuah kerajaan purba di Kosala yang terletak di sebelah
timur laut Sungai Ganges. Hari ini kawasan ini mungkin meliputi kawasan yang disebut
sebagai Qudh di India ( V. Shankar, 1971). Kajian-kajian mengenainya menunjukkan bahawa
epik ini dicipta berdasarkan fakta-fakta sejarah kerajaan Hindu silam. Karya ini bertitik tolak
dari satu peristiwa sejarah tentang kekecohan yang berlaku di istana atau “court intrigue”
4
yang berlaku pada zaman kerajaan Raja Dasaratha, raja kerajaan Ayodhya di Kosala.
Peristiwa tersebut dikatakan telah menyebabkan Rama, iaitu putera sulung Raja Dasaratha
dibuang negeri (Dandekar, 1956).
Dalam bentuknya yang terawal, cerita mengenai Rama ini wujud pada zaman India
silam dalam bentuk cerita-cerita rakyat. Kemudiannya, lebih kurang pada penghujung kurun
yang ke-2 SM, cerita-cerita tersebut dijalin, diperkembang, dan dipertingkaatkan menjadi
bentuk epik oleh Valmiki, seorang penyair agung India. Beliau dianggap sebagai pengarang
pertama yang menjelmakan cerita-cerita rakyat mengenai Rama ini ke dalam bentuk epik
yang dikenali hari ini sebagai Ramayana. Kemudian epik ini, yang merupakan epik kedua
terbesar di India (selepas Mahabrata), terus-menerus menakluk minat generasi demi generasi
sehingga akhirnya ia muncul dalam berbagai-bagai versi.
Di Tanah Melayu, sama seperti di tempat-tempat lain yang didatangi epik ini,
Ramayana muncul dalam bentuk-bentuk sastera bertulis dan bukan bertulis. Dalam bentuk
bertulisnya epik ini muncul dalam sekurang-kurangnya empat versi utama yang tersalin
dalam lapan manuskrip, di bawah judul Hikayat Seri Rama atau Cerita Maharaja Rawana.
Bentuk tidak bertulis muncul dalam cerita-cerita rakyat dan cerita-cerita Wayang Siam.
Wayang Siam ialah wayang kulit yang dipersembahkan di kawasan utara Semenanjung dan
selatan Siam. Dalam Wayang Siam, epik Ramayana dikenali dengan judul Cerita Maharaja
Wana. Antara unsur Hindu yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama ini ialah dari segi nama
watak. Nama watak memainkan peranan yang penting untuk menentukan sesuatu hikayat itu
mempunyai unsur Hindu ataupun tidak. Dalam Hikayat Seri Rama, nama-nama tokoh adalah
berbeza dengan manuskrip asal untuk disesuaikan dengan nama-nama konvensional dan
popular dalam cerita-cerita lipur lara Melayu. Nama Hanuman ditukar kepada Kera Kecil
Imam Tergangga, Sita Dewi menjadi Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai, dan Rawana
pula ditukar kepada Maharaja Dewana (nama dalam wayang Siam). Nama-nama tersebut
merupakan nama-nama dewa dewi kayangan.
Seterusnya unsur Hindu dari segi latar tempat. Latar tempat merupakan tempat
berlakunya sesuatu peristiwa. Latar alam terbahagi kepada dua iaitu latar alam primer dan
latar alam sekunder. Latar alam primer merujuk kepada dunia nyata yang konkrit, yang dapat
diperikan secara geografis. Latar sebegini terdapat dalam karya-karya sastera natural dan
realistik. Latar alam sekunder pula ialah merujuk kepada alam tanpa lokasi, dunia asing
(istilah Suvin, 1979, estranged world), latar yang tidak dapat dikenal pasti dan dirujuk secara
5
geografi. Contoh latar yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama banyak menggunakan latar
dunia lipur lara di alam kayangan dan fantastic serta tempat tinggal dewa dewi dan hantu.
Antarnya ialah Negeri Tanjung Bunga, Kuala Bandar Tahwil, Pulau Kaca Puri, Padang
Khusyrik, Padang Anta Beranta, dan Gunung Enggil Beringgil. Banyak unsur Hindu dalam
latar contohnya latar sebuah pulau yang jauh ke tengah laut dan mempunyai dua kolam sakti,
Gunung Enggil Berenggil tempat kediaman para jin yang diketuai oleh Jin Kepala Tujuh dan
di atas gunung itu pula terletaknya matahari “buah merah ranum” yang ingin dipetik oleh
Kera Kecil.
Seterusnya, dari segi latar masa. Terdapat empat jenis masa dalam naratif iaitu masa
fantasi (fantasy time), masa mitos (mythical time), masa legendaries (legendrical time), dan
masa historis (historical time) atau masa empirikal. Dalam Hikayat Seri Rama, latar masanya
adalah masa fantasi iaitu masa yang bersifat “timeless”, “non-temporal”, yakni masa di luar
masa sebenar atau di luar masa objektif atau historis. Masa sebegini boleh berlaku di mana-
mana, pada bila-bila masa (frasa yang popular: pada suatu masa atau once upon a time).
Unsur Hindu banyak diperikan dalam Hikayat Seri Rama iaitu menggunakan frasa “dahulu
kala” yang mungkin boleh dijadikan penanda masa, merujuk satu ketika yang amat silam,
tetapi tidak terdapat petunjuk realiti yang dapat mengesahkan kesejarahannya, atau
meletakkannya dalam satu titik masa di zaman lampau.
4.0 Sejarah Melayu
Gambaran ringkas tentang kegiatan kesusasteraan awal di Alam Melayu menjadi latar
belakang bagi memperlihatkan hubungan antara unsur mitos dengan legenda dalam Sejarah
Melayu dan tradisi India. Kebanyakan inskripsi awal yang ditemui di Alam Melayu (abad
keempat dan kelima Masihi) tertulis dalam bahasa Sanskrit. Sebahagian besar unsur mitos
dan legenda yang terkandung dalam karya Sejarah Melayu menunjukkan hubungan yang erat
dengan unsur mitos dan legenda dalam tradisi India. Unsur mitos dan legenda dalam tradisi
India telah tersebar luas di Alam Melayu dan menjadi warisan budaya Melayu kerana ia
sudah pun dicampuradukkan dengan unsur tempatan. Ia dianggap sebagai sesuatu yang
benar-benar berlaku oleh masyarakat Melayu purba. Ini jelas digambarkan oleh karya Sejarah
Melayu yang menggunakan unsur mitos dan legenda untuk memperlihatkan kebesaran
martabat bangsa Melayu, khasnya golongan raja.
Sebagai contoh unsur Hindu dapat dilihat dalam mitos pengembaraan Raja Suran ke
kerajaan dalam laut. Mitos pengembaraan ini perlu diteliti dengan lebih terperinci, kerana
6
unsur mitos ini dijadikan asas keturunan raja Melayu yang dihubungkan dengan keturunan
Sultan Zulkarnain. Unsur mitos ini menunjukkan adanya kaitan dengan legenda puteri naga
yang amat popular di India. Perkaitan antara unsur mitos pengembaraan Raja Suran dengan
legenda puteri naga dalam tradisi mitos India dapat diperjelas dengan meneliti kisah legenda
puteri naga di negeri India. Ia menunjukkan kepentingan motif ini yang dikaitkan dengan asal
usul sesuatu keturunan diraja di Asia Tenggara.
Kisah kemunculan Raja Suran dari dalam laut menaiki kuda semberani seperti
diceritakan dalam Sejarah Melayu menampakkan kaitan dengan peristiwa Dewa Siva (satu
aspek ketuhanan) muncul di laut dengan menaiki kuda. Kisah ini terdapat dalam karya
Tiruvacakam. Motif ini juga menunjukkan hubungan yang erat dengan peristiwa “mengaduk
Lautan Susu” yang terdapat dalam tradisi mitos India. Mitos kemunculan Raja Suran dari
dalam laut dengan menunggang kuda semberani dapat ditafsirkan dengan meneliti peri
pentingnya perlambangan kuda dalam tradisi mitos India. Apabila matahari terbit, ia
kelihatan seolah-olah muncul dari dalam laut. Dalam tradisi mitos India, fenomena semula
jadi ini digambarkan sebagai kemunculan salah satu aspek ketuhanan yang ditandai dengan
nama Surya, iaitu seolah-olah tujuh ekor kuda kemerah-merahan menarik kenderaan Surya
dari dalam laut lalu menderap di langit.
Seterusnya unsur lembu putih yang menjadi kenderaan tiga orang putera Raja Suran
dalam karya Sejarah Melayu mempunyai kaitan dengan tradisi tentang lembu dalam budaya
dan agama orang India. Lembu merupakan binatang suci bagi orang India, lebih-lebih lagi
jika lembu itu berwarna putih. Lembu putih perlambangan suci dalam tradisi mitos dan
kepercayaan orang India. Status yang paling tinggi diberi kepada lembu berbanding dengan
binatang lain berkait rapat dengan aspek ketuhanan (Dewa Siva) yang mempunyai lembu
jantan sebagai kenderaannya. Dalam Sejarah Melayu, lembu ditunggang ataupun dikawal
oleh tiga orang putera Raja Suran khususnya Sang Sapurba dapatlah diidentifikasi dengan
aspek ketuhanan sebagai pelindung, ketua kebenaran dan keadilan, serta yang mengatasi atau
mengawal kekuatan kelakian dengan sempurna.
Seterusnya unsur kemunculan manusia daripada muntah lembu yang terdapat dalam
karya Sejarah Melayu ternyata ada kaitannya dengan tradisi mitos India. Lambang lembu
dalam tradisi mitos India telah pun diterangkan sebelum ini. Lembu juga memainkan peranan
penting dalam penciptaan manusia pertama, Brahman yang dikatakan membahagikan diri
kepada dua bahagian. Sebahagiannya membentuk prinsip lelaki dan sebahagian lagi
7
membentuk prinsip perempuan. Hasil penyatuan kedua-dua prinsip ini lahirlah viraj. Viraj
merupakan prinsip perempuan yang dianggap sebagai lembu. Menerusi viraj, lahirlah
manusia pertama, iaitu Manu. Manu merupakan punca kelahiran umat manusia. Seterusnya
gelaran Sang Sapurba dan Taramberi Teribuana juga mempunyai unsur Hindu. Dalam karya
Sejarah Melayu, Nila Utama, salah seorang daripada tiga orang putera Raja Suran yang turun
di Bukit Siguntang Mahameru, digelar oleh Bat (manusia yang lahir dari muntah lembu)
sebagai Sang Sapurba. Gelaran itu adalah berdasarkan tradisi mitos India iaitu dari istilah
sang yang membawa maksud dewa atau pahlawan dan hyang yang membawa maksud
kedewaan dan digabungkan maka lahirlah istilah sanyang (sebutan sang).
Istilah sang berasal dari perkataan Sanskrit, iaitu terbitan dari perkataan purva yang
bermaksud mula-mula atau asal (Maxwell, W.E. 1881). Menurut pandangan Maxwell, Sang
Sapurba boleh diterjemah sebagai “dewa pertama” ataupun “raja pertama” (ibid). Sang
Sapurba juga diberi gelaran Taramberi Teribuana oleh Bat yang dikaitkan dengan nama lain
Dewa Siva iaitu Tryambaka (yang bermata tiga) dan Tripurari (yang memusnahkan tiga
kota). Nama Tryambaka dan Tripurari mungkin dicantum menjadi Teramberi untuk
memudahkan pengucapan dan selaras dengan lidah pertuturan orang Melayu. Perkataan
Teribuana pula berasal dari perkataan Sanskrit Tribhuvana (Triloka), yang bermaksud tiga
dunia. Ini kerana menurut tradisi mitos India, alam semesta dibahagikan kepada tiga dunia,
iaitu dunia bawahan, pertengahan dan atas. Dewa Siva adalah pemilik ketiga-tiga dunia
tersebut jadi dia dikenali sebagai Tribhuvanesvara.
Seterusnya unsur Hindu dapat kita lihat dalam peristiwa penemuan bayi di dalam
buih. Unsur penemuan bayi di dalam buih dalam karya Sejarah Melayu dan kesusasteraan
Melayu klasik lain sebenarnya boleh dihubungkan dengan peristiwa mengaduk lautan susu
yang berkaitan dengan Dewi Sri (salah satu manifestasi tuhan) dalam tradisi mitos India.
Dalam Sejarah Melayu, peristiwa penemuan bayi di dalam buih didapati selepas Sang
Sapurba menjadi raja di Palembang dan selepas Demang Lebar Daun menyerahkan hak
warisan sebagai raja kepada Sang Sapurba. Bayi tersebut dinamakan Puteri Tanjung Buih dan
penemuan itu menyebabkan Palembang menjadi mahsyur sehingga raja China mengutus
rombongan meminang puteri tersebut. Dalam tradisi mitos India pula, peristiwa mengaduk
lautan susu berlaku apabila Dewa Indra dan dewa lain kehilangan tenaga masing-masing
disebabkan sumpahan Durvasa. Dewa Visynu mencadangkan supaya lautan susu diaduk
untuk mendapatkan amrta (yang dapat membawa kekebalan). Dewi Sri muncul dari ombak
8
sewaktu lautan susu diaduk. Oleh itu, Dewi Sri atau dikenali juga dengan nama Dewi
Lakshmi dan Padma menjadi symbol kemewahan, kekayaan, kebaikan, dan keikhlasan.
Seterusnya terdapat juga unsur Hindu dalam peristiwa pembunuhan ular Saktimuna.
Sejarah Melayu menerangkan bahawa Sang Sapurba diakui sebagai raja oleh orang
Minangkabau setelah panglima beliau membunuh ular Saktimuna dengan pedang Corak Si
Manja Kini. Peristiwa ini berkait rapat dengan tradisi mitos India tentang pembunuhan ular.
Dalam Sejarah Melayu, Sang Sapurba menyeru hulubalang Permasku Mambang supaya
membunuh ular Saktimuna dengan pedang Corak Si Manja Kini yang dikurniakan olehnya.
Dalam tradisi mitos India pula, Dewa Siva menyerahkan senjata kepada Dewa Indra untuk
membunuh Naga Vrtra. Persamaan dapat dilihat di sini apabila Sang Sapurba dan Dewa Siva
masing-masing hanya memberikan senjata mereka bagi tujuan membunuh ular terbabit.
5.0 Syair Ken Tambuhan
Ketampanan Raden Inu membuatkan ramai anak gadis tergila-gilakannya. Sewaktu
Raden Inu keluar berjalan-jalan, semua yang memandangnya akan hairan melihat
ketampanannya itu. Setelah lama berjalan sampailah Raden Inu pada satu taman iaitu taman
Angsoka. Setibanya di situ hatinya berasa gembira lantas mengambil sumpitan untuk
menangkap burung. Seekor burung serindit telah terkena sumpitan Raden Inu lalu jatuh
hinggap pada tenunan Ken Tambuhan. Apabila ianya hendak ditangkap burung Serindit itu
telah melompat lalu hinggap di sisi Ken Tambuhan. Wira Dani diarahkan untuk mencari
burung tersebut dan semasa sedang mencari, dia ternampak burung itu berada pada seorang
perempuan yang sangat cantik parasnya. Hal ini diberitahu pada Raden Inu. Raden Inu
tertanya-tanya siapakah gerangannya lalu dipanggil pengawal pintu untuk bertanya sendiri.
Setelah dibuka pintu , Raden Inu segera masuk ke dalam taman. Semua puteri yang ada di
situ lari kecuali Ken Tambuhan. Apabila Ken Tambuhan cuba melarikan diri, tangannya
segera dipegang oleh Raden Inu. Raden Inu terpegun melihat wajah Ken Tambuhan yang
tiada tolok bandingnya itu. Ken Tambuhan merasa cemas apabila tangannya dipegang oleh
Raden Inu kerana takut diketahui oleh Sang Nata akan kelakuannya itu.
Kematian Ken Tambuhan diratapi seisi alam. Selepas menjalankan tugasnya,
Pelebaya segera pulang mengadap permaisuri untuk menceritakan apa yang telah berlaku.
Mendengarkan berita daripada Pelebaya, permaisuri berasa amat gembira kerana hasratnya
untuk membunuh Ken Tambuhan sudah tercapai. Pelebaya dikurniakan cincin, subang,
9
gelang dan kain geringsing wayang. Pemberian ini menjadi tanda tanya kepada isteri
Pelebaya setelah melihat barang-barang perhiasan yang cantik-cantik itu. Pelebaya
menceritakan apa yang telah berlaku. Isterinya sangat terkejut dan merasa amat bimbang
sekiranya peristiwa ini akan diketahui oleh Raden Inu. Semasa dalam perburuan, Raden Inu
amat hairan kerana tidak mendapat walau seekorpun binatang perburuan. Apabila masing-
masing sudah penat, Raden Inu lalu mengambil keputusan untuk berehat di bawah pohon
nagasari. Fikiran baginda pada masa ini hanyalah mengingati isterinya Ken Tambuhan.
Semasa Raden Inu dan kedayannya sedang mandi, tiba-tiba mereka terlihat sebuah rakit
bunga sena yang diselang bersama bunga angsana. Masing-masing memandangnya dengan
perasaan yang amat pilu lalu disuruh oleh Raden Inu untuk mengambil rakit tersebut. Walau
bagaimanapun rakit tersebut tidak dapat diambil oleh kedayan-kedayan Raden Inu. Semakin
dihampiri semakin menjauh rakit tersebut. Raden Inu sendiri telah pergi untuk mengambil
rakit tersebut. Pengikut-pengikutnya merasa hairan apabila rakit itu datang mendekati dengan
sendirinya kepada Raden Inu.
Setelah mendapat rakit tersebut, berebut-rebutlah pengikut Raden Inu mengambil
bunga sena dan bunga angsana. Mereka amat terkejut apabila melihat mayat Ken Tambuhan
berada di rakit tersebut lalu diberitahu kepada Raden Inu. Raden Inu bagaikan hendak
pengsan melihat mayat isteri yang dikasihi berada di atas rakit tersebut lalu mengambil dan
meribanya. Dipeluk cium akan Ken Tambuhan. Raden Inu pengsan kerana tidak dapat
menerima kematian isterinya dan amat kesal di atas perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan. Setelah sedar daripada pengsan Raden Inu terus meratapi kematian
isterinya lantas mengambil keris menikam dadanya sendiri. Wira Dani amat terkejut tetapi
tidak dapat diselamatkan lalu Raden rebah di sisi Ken Tambuhan. Wira Dani menyuruh Wira
Karta pulang untuk memberitahu berita sedih kepada Sang Nata. Apabila sampai di dalam
kota semua orang terkejut melihat Wira Karta yang berlari-lari sambil menangis dan tidak
memperdulikan pertanyaan orang. Setelah sampai di istana Wira Karta segera memberitahu
kepada Sang Nata lalu baginda tidak sedarkan diri akibat terlalu terkejut dengan kematian
anakandanya. Begitu juga dengan permaisuri yang jatuh pengsan apabila mendengar berita
ini. Suasana di dalam kota menjadi pilu kerana rakyat mengetahui perbuatan ini adalah atas
kehendak bondanya sendiri. Setelah sedar daripada pengsan, Sang Nata segera berlari untuk
melihat anakandanya Raden Inu diikuti permaisuri serta seisi negeri. Permaisuri berpura-pura
menyesal dengan apa yang terjadi tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada masa
hadapan.
10
Raden Menteri dan Ken Tambuhan dihidupkan kembali oleh Dewa dari Keinderaan
Genap empat puluh hari Sang Nata di dalam puri, hasratnya untuk menghidupkan Raden
Menteri kembali belum terlaksana. Baginda tidak makan dan minum hanya meratapi
anakandanya sahaja. Semua dewa sangat kasihan melihatnya lalu Betara Guru menyuruh
Betara Kala turun ke bumi untuk menghidupkan kembali kedua-duanya seperti dahulu. Untuk
menghidupkan kembali Ken Tambuhan dan Raden Inu Betara Kala terpaksa mencari
Kembang Gandapura Wangi di Taman Banjaran Sari. Betara Kala bertemu dengan Dewi
Sugarba yang menyimpan kembang kononnya dikatakan sebagai air susunya. Mengingatkan
kisah Raden Puspa Kencana dan Raden Inu, Dewi Sugarba berasa amat sedih, lalu diambil
cembul Raden Baiduri dan diletakkan di atas dadanya. Dewi Sugarba tidak sedarkan diri dan
pada masa itu dia merayu kepada Maharaja Dewana supaya menghidupkan Puspa Kencana.
Setelah sedarkan diri, air susunya keluar sendiri dan menjadi kembang Gandapura Wangi lalu
diserahkan kepada Betara Kala. Gandapura Wangi sangatlah sakti sehinggakan apa sahaja
yang diingini pasti akan menjadi bahkan boleh menghidupkan semula orang yang telah mati.
Betara keinderaan lalu turun ke dunia menuju negeri Kuripan.
Kehidupan Sang Nata tidak berubah iaitu meratapi kematian Raden Inu dan Ken
Tambuhan. Keadaan di dalam negeri juga sama semuanya menjadi suram. Pada suatu malam
ketika Sang Nata berangkat keluar dari puri, baginda terdengar satu suara yang ingin
menghidupkan Raden Inu. Sang Nata segera menyembah pada suara tersebut dan merayu
supaya menghidupkan segera puteranya itu. Betara Kala dengan segera memasuki candi
diikuti dengan Sang Nata lalu dikeluarkan kembang Gandapuri yang harum baunya. Lalu
diseru supaya Raden Inu hidup kembali. Tiba-tiba Raden Inu membukakan mata dan
menggerakkan badannya. Begitu juga dengan Ken Tambuhan serta kedua pengikutnya iaitu
Ken Tadahan dan Ken Penglipur. Setelah selamat menghidupkan kembali kedua-dua suami
isteri itu Betara Kala ghaib seperti kilat. Kehidupan di dalam negeri kembali ceria dengan
kembalinya kedua suami isteri tersebut. Permaisuri telah kembali ke istana semula dan
menceritakan apa yang telah terjadi pada dirinya sewaktu puteranya meninggal. Bagi
menunjukkan rasa kesukaan, Baginda Sang Nata telah mengadakan keramaian di dalam
negeri. Rakyat jelata sangat gembira mengadap Raden Menteri. Sang Nata menyuruh
membuat pancapersada untuk puteranya dan Ken Tambuhan.
Kedua suami isteri ini amat gembira dapat hidup bersama kembali. Kemudian suami
isteri ini menjalani upacara mandi bersiram. Selepas itu keduanya diarak mengelilingi negeri.
11
Pada masa yang sama Ken Tambuhan rupa-rupanya berdendam dengan permaisuri di atas apa
yang telah dibuat oleh permaisuri ke atas dirinya. Setelah mengelilingi negeri, keduanya ini
dihidangkan dengan santapan serta sirih pinang. Setelah semuanya dimakan, Sang Nata
menyatakan untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Raden Menteri kerana itulah
satu-satunya putera baginda. Berita ini diterima oleh Raden Menteri dengan hati yang
terbuka. Walaupun begitu, dengan sedih Ken Tambuhan mengatakan dirinya tidak patut
disembah kerana dia merupakan orang tawanan. Raden Menteri sangat kasihan melihat
isterinya yang sangat merendah diri. Sang Nata memujuk Ken Tambuhan dengan kata-kata
manis sehinggakan Ken Tambuhan kasihan mendengarnya. Manakala Raden Menteri telah
pengsan setelah mendegar rintihan isterinya itu. Raden Inu teramat kasihkan Ken Tambuhan
apabila dia tersedar dari pengsan kepalanya diriba oleh Ken Tambuhan. Setelah berpisah
selama 13 tahun dengan puteri Raden Puspa Kencana, kehidupan baginda suami isteri
sentiasa diseliputi kedukaan. Fikiran baginda hanyalah untuk mencari anakandanya untuk
melepaskan rindu. Siang dan malam perasaannya gundah gulana bila teringatkan
anakandanya. Semasa baginda duduk termenung mengenangkan puteri baginda, tiba-tiba
patih membawa berita bahawa puterinya masih hidup dan telah dikahwinkan dengan Raden
Menteri di negeri Kuripan. Betapa gembiranya baginda mendengar berita tersebut dan
menitahkan membuat persiapan dengan segera untuk berangkat ke negeri Kuripan. Setelah
persiapan dibuat, baginda bersama permaisuri serta menteri berangkat ke negeri Kuripan
dengan segala bunyi-bunyian. Apabila sampai di negeri Kuripan baginda bersama pengikut
telah berhenti di luar hutan. Kedatangan Ratu Banjar Kulon diketahui oleh Raden Menteri
lalu diperintahkan untuk melihat raja dari negeri mana yang datang. Setelah dilihat, tahulah
Raden Menteri bahawa ayah dan bonda puteri Ken Tambuhan yang datang untuk mencari
anaknya.
Raden Menteri telah memberitahu kepada Ken Tambuhan tentang kedatangan ayah
dan bondanya. Ken Tambuhan berasa sangat sedih kerana sudah lama dia tidak berjumpa
dengan ayah dan bondanya. Bagi Raden Menteri pula kedatangan Ratu Banjar Kulon adalah
untuk memisahkan dirinya dengan Ken Tambuhan. Di sini berlakulah episod sedih
menggambarkan kesedihan Raden Menteri. Setelah menyatakan kesedihan hatinya kepada
Ken Tambuhan, Raden Menteri segera berangkat untuk berjumpa dengan Ratu Banjar Kulon.
Setibanya Raden Menteri, ayahandanya merasa hairan dengan ketampanan rupa paras Raden
Menteri. Disangkanya dewa dari kayangan. Dipeluk cium Raden Menteri oleh ayahandanya
sehinggakan menteri yang berada di situ berasa sedih melihat perlakuan kedua-dua beranak
12
itu. Kemudiannya Raden Menteri dibawa untuk berjumpa dengan bondanya. Permaisuri juga
merasa hairan apabila melihat wajah Raden Inu. Dilihatnya sekeliling tetapi bayang Ken
Tambuhan tidak kelihatan. Permaisuri ingin sekali berjumpa dengan anakandanya lalu
berangkat ke istana. Di istana permaisuri telah berjumpa dengan Ken Tambuhan lalu dipeluk
ciumnya anakandanya yang sudah lama tidak berjumpa. Kedua-dua beranak ini saling
berpelukan sambil menangis sehinggakan permaisuri jatuh pengsan. Ken Penglipur dan Ken
Tadahan menyiram air mawar lalu tersedar kembali. Semua isi istana merasa kasihan melihat
kelakuan dua beranak ini. Sesudah masing-masing meratapi kesedihan, baginda Sang Nata
telah mengajak semua yang ada untuk berbincang tentang negerinya. Baginda telah melantik
Raden Menteri menggantikannya dan Ken Tambuhan menjadi permaisuri. Berita ini amat
disukai oleh seisi istana. Setelah dipersetujui, keramaian telah diadakan. Pelbagai acara
seperti tari menari, makan dan minum serta segala menteri antara kedua negeri iaitu negeri
Daha dan Kuripan mengadu kepandaian masing-masing. Setelah mengadakan keramaian
selama 40 hari, disuruh pula oleh baginda supaya menghiasi Raden Menteri dan Ken
Tambuhan untuk diarak ke sekeliling negeri.
Kedua-duanya dihiasi penuh dengan hiasan dari atas hinggalah ke bawah. Kedua-
duanya sama cantik dan sama padan. Setelah kedua-duanya selesai berhias, masing-masing
diiirngi oleh anak perdana menteri keliling negeri. Setelah sampai di paseban, kedua laki
isteri dijemput naik ke takhta bagi menjawat jawatan sebagai pemerintah. Rakyat jelata
sangat gembira dengan pelantikan tersebut. Setelah semuanya selesai, Ratu Banjar Kulon
menyatakan hasratnya untuk kembali ke negerinya. Mendengarkan berita itu, Ken Tambuhan
berasa sangat sedih kerana hendak ditinggalkan sekali lagi oleh ayah dan bondanya. Sebelum
meninggalkan negeri Kuripan, Ratu Banjar Kulon telah memberi sedekah kepada rakayat
jelata. Keesokan harinya, berangkatlah Ratu Banjar Kulon pulang ke negerinya dengan
bunyi-bunyian serta diadakan keramaian untuk meraikan kepulangannya. Sewaktu hendak
berpisah dengan Ken Tambuhan, permaisuri tidak dapat menahan kesedihan sehinggakan
dirinya pengsan. Lalu disirami dengan air mawar. Kedua-dua beranak ini saling berpelukan
seperti tidak mahu berpisah lagi. Begitu juga dengan Ken Tambuhan yang pengsan di ribaan
suaminya. Setelah semuanya selesai, Ken Tambuhan dan Raden Menteri dipanggil untuk
mengadap ayahanda dan bondanya. Pada waktu inilah semua rakyat jelata dan penggawa
diserahkan kepada Raden Menteri. Setelah perjalanan mereka sampai di Kuripan, Raden
Menteri telah memegang jawatan yang sah sebagai pemerintah dan tinggallah kedua suami
isteri ini dengan penuh kasih sayang. Puteri Ken Tambuhan sudah pun hamil. Permaisuri
13
telah mengidam untuk makan buah pauh janggi. Segala menteri diperintahkan untuk mencari
pauh tersebut tapi tidak berhasil. Segenap negeri telah dikunjungi semata-mata untuk mencari
pauh tersebut. Baginda sangat bimbang akan kesihatan permaisuri yang tidak mahu makan .
Setelah semua yang dicari oleh menteri serta penggawa tidak berhasil, Raden ingin mencari
sendiri pauh janggi tersebut. Pada masa yang sama, patih telah membawa khabar bahawa
pauh janggi terdapat di sebuah tasik tetapi terlalu sukat untuk diambil. Mendengarkan berita
itu, Raden sangat susah hati lalu menceritakan kepada Ken Tambuhan.
Pada keesokan harinya, Raden Menteri telah berangkat untk pergi mencari buah pauh
janggi buat isterinya. Dipujuk isterinya supaya jangan bersedih ketika ketiadaan baginda dan
berjanji untuk pulang segera setelah memperoleh apa yang dicari. Semasa dalam perjalanan,
Raden Menteri singgah di peseban ayah dan bondanya lalu berpesan kepada keduanya supaya
menjaga Ken Tambuhan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Ayah dan bondanya
tidak mahu Raden Menteri pergi tetapi baginda berkeras untuk mendapatkan apa yang
dihajati oleh Ken Tambuhan. Raden Menteri telah meneruskan perjalanannya dan setelah
sampai di pertengahan jalan, baginda telah berhenti untuk menghilangkan penat. Sedang
berehat-rehat, terdengarlah Raden Menteri ayam di hutan berkokok bersahutan seperti orang
menegur Seri Pangeran. Raden menteri berasa gundah di hati. Dengan tiba-tiba sahaja Raden
Inu teringatkan Ken Tambuhan dan ingin segera mendapat buah pauh janggi supaya dapat
kembali secapat mungkin. Sebenarnya pohon pauh janggi susah untuk mendapatkannya
kerana telah dijaga oleh raksasa geroda pahlawan. Raksasa ini adalah dewa dewana yang
telah disumpah oleh Seri Keinderaan. Naga-naga yang terdapat di sini sangat kuat
sehinggakan binatang-binatang lain tidak berani mendekatinya. Pada suatu malam Pengeran
telah bermimpi disirami air geliga. Hari menjadi gelap-gelita dengan tiba-tiba, datang dewata
bersama dengan raksasa dan geroda. Apabila rakyat jelata mendengar akan kisah Pangeran
tersebut, semuanya amat terkejut kerana kemungkinan benda yang tidak elok akan berlaku.
Suasana menjadi pilu disertai dengan tangisan penggawa menteri, manakala rakyat menteri
penggawa semuanya telah binasa dimakan bota raksasa. Semua mereka ini dimasukkan di
kandang besi dan diserahkan kunci kepada Puteri yang ketujuh iaitu Puteri Kesuma Seri.
Puteri ketujuh amat berminat untuk mengetahui apa yang terdapat di dalam kandang besi itu
sehinggakan ia menjadi terlalu rahsia. Mereka telah mencari akal untuk keluar dari penjara
tersebut.
14
Sementara itu, Raden telah pun sampai ke sebelah wetan lalu berhenti di bawah
pokok rambutan. Sedang berehat-rehat, Raden telah terpandang pohon laksana bota yang
sangat indah dengan bunyi-bunyian. Kemudian dia terpandang pula puteri Rajaksa. Wajahnya
berseri gilang-gemilang lebih dari Sugarba Kesuma. Raden melihat pula ke kiri dan
dilihatnya terdapat banyak bangkai yang tidak diketahui sama ada bangkai ratu, dewa atau
peri. Raden teringatkan kata-kata dewata supaya menjaga pemandangan mata lalu
meneruskan perjalanan dan terlepaslah dia daripada puteri Rajaksa. Semasa dalam perjalanan
Raden telah sampai ke padang saujana yang sangat indah tempatnya. Tiba-tiba ular yang
amat besar datang menyerang. Disuruh kedayannya pulang untuk menyelamatkan diri tetapi
kedayannya enggan pulang kerana ingin hidup dan mati bersama Raden. Melihatkan ular
yang sebesar gunung, Raden berasa hidup akan berakhir di situ sahaja. Mengenangkan itu,
Raden meratapi nasibnya yang mencari ayahanda. Raden serta kedayannya segera
bermuafakat untuk menentang binatang-binatang tersebut. Ular datang sambil menggigit
dengan gajah yang datang menghimpit. Setelah melihat Raden berada dalam bahaya, kedayan
segera melompat dan menghunuskan keris menikam binatang tersebut. Kedayan dan ta wira
perwari membantu Raden dengan amukannya yang menggila. Melihatkan keadaan itu, Raden
menjadi murka lalu mengamuk sehinggakan habis ular dan kala dicincangnya. Kala pulang
untuk memberitahu raksasa yang menjaga pintu bahawa ada musuh yang gagah berani di luar
pintu. Geroda sangat marah mendengarkan berita itu lalu mengumpulkan tentera binatangnya
untuk menentang Raden. Walaupun beribu jenis binatang yang datang menyerang, Raden
tetap dapat menewaskannya dengan sehari-hari memarang binatang-binatang tersebut tanpa
memandang kiri dan kanan.
Pencarian Raden Cahaya Negara diteruskan oleh Raden Cahaya Kemala. Setibanya
di suatu tempat didengarnya bunyi yang amat riuh .Segera dihampirinya dan melihat terdapat
satu pedang tetapi orang dan musuh tidak kelihatan. Setelah diamati Raden melihat ada orang
berdiri di sana lalu menghampirinya. Setelah ditanyai asal usul dan tujuan Raden Cahaya
Negeri berada di situ, diketahui oleh Raden Cahaya Kemala bahawa itulah putera Kuripan
yang hilang lalu diperkenalkan dirinya Putera di benua Daha. Kedua-duanya saling
bertangisan dan berpeluk-pelukan. Belum habis kedua-duanya melepaskan rindu, kedayan
datang memberitahu bahawa banyak raksasa datang untuk menyerang mereka. Kedua-dua
Raden tersebut telah melawan raksasa tersebut bersama-sama kedayannya. Banyak raksasa
yang mati dengan amukan kedayan-kedayannya. Sesudah berperang selama 7 bulan, Kedua-
dua Raden merasa hairan apabila binatang-binatang di hutan semakin bertambah seperti kera,
15
tikus, babi dan lipan. Raden Cahaya Negeri telah bermimpi sebutir bintang telah jatuh dan
cahayanya sangat cemerlang. Lalu dia bertanyakan kepada kedayannya. Dengan tersenyum
kedayan mengatakan sekiranya Raden ingin mencari isteri, puterinya anak geroda Syah Peri.
Raden Cahaya Negeri telah mengajak kedayannya untuk melihat kembang kuntum kerana dia
juga sememangnya telah berkenan. Raden telah pergi bermain ke Taman Bajaran Sari dengan
menyamar sebagai lalat dan kumbang untuk mengambil kembang pauh janggi.
Sesampainya di Banjaran Sari dilihatnya tujuh orang puteri geroda Syah Peri
berada di situ. Raden mendengar Puteri Ken Mawi menceritakan tentang dirinya yang sedang
mencari ayahandanya. Puteri Ken Mawi menceritakan kepada puteri yang lain tentang
kebaikan rupa parasnya seperti Sang Rajuna. Raden Cahaya Negeri berasa sedih mendengar
rintihan puteri-puteri itu yang meratapi nasibnya sebagai orang tawanan. Puteri merasa hairan
melihat seekor lalat yang hinggap di tangannya lalu ditepis lalu hinggap pula ia di pinggang.
Kelakuannya seperti orang. Warnanya sangat berseri membuatkan puteri menjadi hairan.
Setelah hari gelap, semua puteri masuk ke peraduan untuk tidur. Lalat itu menukarkan dirinya
kembali menjadi Raden Cahaya Negeri lalu masuk ke bilik puteri Kencana Seri. Puteri
terkejut lalu membuka matanya dan melihat Raden telah berada di sebelahnya. Dengan
perasaan marah puteri bertanya siapakah gerangannya.
Setelah pulang lalu berjumpa dengan Seri Kembang dan segeralah mereka terbang ke
istana. Di padang saujana Raden menjatuhkan sebentuk cincin dari jarinya lalu menjadi
sebuah negeri lengkap dengan balairung seri serta rakyat jelata. Setelah lengkap dengan
alatan negeri, Raden berhasrat untuk meneruskan pencarian ayahandanya. Raden mengerling
tiga orang lalu menjadikan dirinya kumbang lalu masuk membuka pintu kota batu. Setelah
dibuka Raden merasa hairan kerana yang ada hanyalah ayahandanya lalu hendak dibawa
keluar. Suasana di dalam menjadi riuh rendah lalu didengar oleh penunggu pintu. Setelah
mengetahui Raden yang berada di dalam, penunggu pintu memanggil raksasa serta
hulubalang untuk menyerang Raden. Raden Cahaya Negeri gagal untuk ditangkap lalu ratu
dan menteri yang berada dalam penjara besi itu semuanya dikeluarkan. Ratu Anom Bestari
mengamuk untuk menangkap Raden namun tidak berjaya. Walaupun Raden seorang diri
namun dia berjaya memarang beribu-ribu raksasa sehinggakan darah mengalir dengan
banyaknya. Setelah petang baharulah peperangan tamat. Segeralah Raden pulang untuk
melihat ayahandanya. Dilihatnya ayahandanya masih lagi tidak sedarkan diri lalu menangis
dan terus pengsan. Semua orang merasa kasihan melihatkan kelakuan Cahaya Negeri lalu
16
disirami air mawar. Setelah sedar dari pengsan, didengarnya sorak yang tidak terhingga oleh
geroda Syah Peri lalu diambilnya pedang dan segala kelengkapan untuk bertarung dengan
geroda Syah Peri. Kedua-dua Raden telah menentang habis-habisan musuh yang datang
menyerang. Raden teringat akan pesan tuan puteri di mana tempatnya kematian geroda Syah
Peri. Lalu Raden seperti mendapat kudrat yang baru dan akhirnya dapat memancung kepala
geroda Syah Peri. Semua orang kehairanan melihat kejadian itu.
Setelah selesai peperangan geroda Syah Peri telah pulang menjadi dewa. Dimintanya
Seri Keinderaan menghidupkan Raden Menteri supaya hilang rawan di hati. Raden Menteri
dihidupkan kembali dan selamat berada dalam kerajaan. Sementara Raden dengan
gembiranya pergi menemui isterinya yang lama ditinggalkan. Melihatkan kedatangan Raden
Cahaya Negeri, isterinya berasa sangat gembira. Setelah bertemu, diajaknya puteri berjumpa
dengan ayahandanya di luar kota. Raden Menteri sangat sedih mengenangkan nasib
anakandanya yang membesar dalam hutan semata-mata untuk mencari baginda.
6.0 Hikayat Indera Putera
Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan Hindu, iaitu sejak
abad pertama masihi. Tetapi apabila Islam mula bertapak, sedikit demi sedikit menghakis
pengaruh Hindu dalam budaya masyarakat Melayu. Walaupun masyarakat Melayu
terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh Hindu itu masih lagi di amal oleh orang Melayu
hingga pada masa ini.Berdasarkan urutan sejarah ,hikayat-hikayat Melayu adalah berunsur
Hindu. Sastera hikayat berpengaruh hindu memperlihatkan perbezaan tema dan isi cerita
yang amat ketara sifatnya. Hasil sastera berpengaruh hindu mengetengahkan unsur-unsur
penjelmaan, reinkarsi atau penglahiran semula setelah mati, hidup semula setelah mati
dengan renjisan air atmajiwa, peranan dewa-dewa sebagai penentu arah alur cerita dan
perkembangan hidup watak-watak dalam cerita lain-lain. Kewujudan hikayat-hikayat
daripada genre ini menguatkan kepercayaan sarjana kesusasteraan tradisional untuk membuat
kesimpulan bahawa terdapat satu jangka masa yang menyaksikan perentapan pengaruh dan
kedudukan antara pengaruh hindu yang terlebih dahulu mendapat tempat di hati masyarakat
Nusantara berbanding pengaruh islam yang telah tiba kemudian. Faktor pertama pengaruh
hindu mula bertapak dahulu ialah cerita-cerita tersebut telah dicipta atau dikarang semasa
pengaruh hindu berkembang. Faktor kedua yang mendorong pengarang meletakkan unsur ini
ialah pengarang hanya melihat unsur-unsur hindu dari sudut romantik dan estetik penceritaan
17
dan bukan dari sudut keagamaan. Unsur-unsur hindu seperti penjelmaan dan penglahiran
semula digunakan untuk memanjang cerita dan meninggikan unsur romantik cerita.
Dalam hikayat Putera Jayapati, terdapat unsur-unsur hindu yang dapat dilihat. Hikayat
Putera Jayapati ini merupakan hikayat yang tergolong dalam genre sastera hikayat. Hikayat
Jayapati ini mengisahkan tentang seorang anak raja yang bernama Putera Jayapati yang
dilarikan oleh seekor kuda emas, kemudian berguru dengan Bagawan Narada dan
mempelajari pelbagai ilmu sakti. Putera Jayapati ini telah berperang dan menewaskan jin,
dewa dan raksasa. Putera Jayapati telah jatuh cinta dengan Puteri Cendera Nurlaila yang telah
bertunang dengan anak raja peri. Walau bagaimanapun, tunang tuan puteri berjaya
dikalahkan oleh Putera Jayapati dan kemudiannya telah mengahwini puteri tersebut. Hikayat
ini berakhir dengan Putera Jayapati diangkat menjadi raja setelah kembali bertemu ayah
bondanya. Dalam hikayat ini terdapat unsur-unsur hindu antaranya dari segi nama watak.
Nama-nama watak berunsur hindu dalam hikayat ini seperti Maharaja Kala Wandu,
Bagawan, Narada, Raja Gangga Wijaya, Putera Jayapati, dan gelaran-gelarannya setelah
menjadi raja-Maharaja Pikrama Indera Dewa, Raja Peri, Raja Indera Wiruna, dan lain-lain.
Manakala nama kuda Raja Wiruna ialah Tandi Birama. Seterusnya pengaruh hindu yang ada
dalam manuskrip ini ialah nama negeri. Antara nama negeri yang terdapat dalam manuskrip
ini ialah Negeri Langgam Jaya, Bukit Maha Biru, Negeri Gangga Wijaya dan Negeri Beranta
Pura Nilam Dewata. Nama-nama negeri ini jelas menunjukkan bahawa manuskrip ini telah
dipengaruhi oleh unsur Hindu. Hikayat ini juga penuh dengan makhluk lain seperti jin, peri,
indera, dewa dan mambang. Dalam manuskrip ini, bukti yang dapat dilihat ialah apabila jin
boleh menukarkan dirinya menjadi seekor kuda emas yang boleh terbang. Contohnya ialah
apabila ada seorang jin terbang ke udara dan telah turun ke bumi apabila melihat Putera
Jayapati yang sedang bermain-main dengan budak-budak yang lain di padang. Maka jin itu
pun telah turun ke bumi serta telah menjadikan dirinya seekor kuda emas. Putera Jayapati
telah melihat kuda itu lalu telah berlari-lari untuk mendapatkan kuda tersebut. Setelah
ditangkap maka Putera Jayapati telah melompat naik ke atas belakang kuda itu, lalu kuda itu
pun berjalan perlahan-lahan lalu telah melarikannya ke dalam hutan menuju ke Bukit Maha
Biru.
Seterusnya, pengaruh Hindu yang dapat dilihat dalam hikayat ini ialah peranan yang
dimainkan oleh orang-orang pertapaan, ahli nujum, dan sasterawan. Ahli nujum dan
sasterawan ini tinggal di istana dan selalu mendapat anugerah Raja. Peranan ahli nujum ini
dapat dilihat ketika Raja Kala Wandu hendak menyuruh ahli nujum melihat sama ada
18
baginda akan memperoleh anak ataupun tidak. Contohnya dalam hikayat ini ialah apabila
baginda telah memanggil semua ahli nujum datang ke istana untuk melihat di dalam
nujumnya itu, adakah baginda akan dianugerahkan seorang anak kerana baginda amat
berkehendakkan seorang putera lelaki. Maka ahli nujum dan sasterawan itu pun telah
membuka nujumnya serta membilang-bilang rimanya sambil tersenyum serta mengerakkan
kepalanya. Ahli nujum memberitahu baginda jika baginda berkehendakkan anak maka
baginda haruslah menderma kepada fakir miskin. Selain itu dalam hikayat ini juga
menunjukkan perlakuan-perlakuan pemujaan watak yang melakukan pemujaan. Contoh yang
dapat dilihat ialah apabila Putera Jayapati telah menuntut segala ilmu kesaktian dengan
Bakawan Narada,maka pada suatu hari,Putera Jayapati telah memuja lalang menjadi seekor
kuda hijau yang lengkap dengan kang pelananya serta pakaian kerajaan. Maka Putera
Jayapati pun telah naiklah ke atas kuda itu. Setelah itu, Putera Jayapati telah menukarkan
kuda itu kepada lalang semula.
Pengaruh Hindu dalam manuskrip ini yang seterusnya ialah terdapatnya penjelmaan
wira kepada bentuk lain contohnya seperti rupa geroda. Penjelmaan ini dapat dilihat apabila
Bakawan Narada telah bertukar menjadi raksasa yang besar serta dasyat. Contohnya
Bakawan Narada telah berlawan dengan Putera Jayapati tujuh hari tujuh malam tiada
berhenti. Berbagai senjata telah digunakan oleh Bakawan Narada untuk menguji keberanian
Putera Jayapati dan pelbagai rupa telah dilakukan oleh Bakawan Narada seperti rupa garoda.
Selain itu juga Putera Jayapati juga mempunyai ilmu sakti dan hikmat. Contohnya Putera
Jayapati telah mempunyai ilmu menurunkan hujan api, panah angin, dan hujan senjata yang
dipelajarinya daripada Bagawan Narada. Ketika berperang dengan Bagawan Narada, Putera
Jayapati telah menggunakan senjata ini untuk melawan Bagawan Narada. Selain itu, dalam
hikayat ini juga berlaku peristiwa yang aneh atau ajaib seperti ikan yang timbul dari tasik dan
ketawa mengilai-ngilai dan berkata-kata, kulit kerang yang dicampak oleh Putera Jayapati
setelah dimakannya isi juga ketawa, kulit buah delima yang dicampak ke dalam tasik dan
kulitnya timbul serta berbunga dan berbuah. Seterusnya, pengaruh Hindu ini juga dapat
dilihat dalam Hikayat Inderaputera. Karya ini merupakan karya lama. Pengaruh hindu tidak
dapat dielakkan lagi dalam setiap hikayat. Hal ini kerana, pengaruh hindu ini terlebih dahulu
masuk ke dalam hikayat sebelum pengaruh Islam. Di pandang dari sudut sejarahnya ia dapat
dianggap sebagai sebuah hasil yang telah disesuaikan dari hikayat Hindu.
Hikayat ini mengisahkan perihal seorang Putera Raja Bikrama Buspa negeri Samanta
Puri yang telah diterbangkan oleh merak emas. Inderaputera telah dijatuhkan di dalam sebuah
19
taman bunga yang dipunyai oleh nenek kebayan. Di sinilah tempat Inderaputera membesar di
bawah jagaan Perdana Menteri sehingga dewasa. Beliau memperhambakan diri kepada
Maharaja Syahian untuk menemui Berma Sakti bagi mendapatkan penawar beranak bagi
baginda. Perjalanan Inderaputera penuh dengan peristiwa-peristiwa ajaib dan menakutkan.
Akhirnya Inderaputera bertemu juga dengan Berma Sakti. Kejayaan Inderaputera disambut
oleh Maharaja Syahian tetapi tidak menteri muda dan anak-anak raja yang menaungkan diri
kepada baginda. Tetapi ternyata seluruh menteri-menteri dan raja-raja yang dengki itu
akhirnya tunduk kepada Inderaputera. Hikayat ini ditamatkan dengan Inderaputera kembali
menemui ayahandanya dan ditabalkan sebagai raja bergelar Paduka Sultan Mengindera di sisi
empat orang isterinya. Ciri-ciri untuk menunjukkan ia berasal daripada Hindu amatlah
banyak. Yang nyata ialah suatu upacara di dalam agama Hindu “tambang” yang merupakan
suatu pemujaan kepada dewa-dewa. Perkara ini dipercayai bahawa dapat memperoleh kuasa
ghaib dan rahmat daripada tuhan. Contohnya di dalam teks ini dapat dilihat di beberapa
tempat di mana Inderaputera melakukan pemujaan “tambang” ini untuk memperoleh
pertolongan. Inderaputera telah mendapat Geliga Mayan Bedi daripada peri semasa
Inderaputera memegang rambutnya. Lalu untuk peri melepaskan dirinya maka peri itu pun
telah memberikan Geliga Mayan Bedi kepadanya. Geliga Mayan Bedi berguna untuk apa
sahaja contohnya untuk mengeluarkan angin dan ombak atau kilat mahupun petir
halilintar .Maka jika Inderaputera mahukan sesuatu, disuruhnya Inderaputera itu memanggil
namanya dan menambangkan geliga itu dan nescaya segala kehendak Inderaputera akan
ditunaikan. Contohnya, Inderaputera ingin melihat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Neran di
tepi tasik lalu Inderaputera telah menyeru peri dan peri itu menasihatkan supaya Inderaputera
duduk bersembunyi di tepi tasik supaya tidak dilihat oleh Puteri itu. Maka Inderaputera pun
telah duduk di tepi tasik itu dan menambangkan Geliga Mayan Bedi dan di serunya nama peri
itu lalu Inderaputera dapatlah berlindung di dalam lubang yang telah dikorek oleh peri itu.
Seterusnya pengaruh Hindu dalam hikayat ini juga dapat dilihat dari segi nama watak dan
perwatakan. Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak jahat. Watak
baik adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai sifat keistimewaan dan kelebihan yang
tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak utama
berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan.
Dari segi peranan watak tidak berubah. Contohnya dalam hikayat ini nama
Inderaputera sendiri sebagai “hero”. Nama Inderaputera di dalam hikayat ini adalah nama
dewa(demi- god) Indera. Inderaputera merupakan seorang anak Putera Raja Bikrama Buspa
20
yang berada di negeri Samanta Puri. Inderaputera ini merupakan watak utama dalam hikayat
ini. Selain itu, selain dari watak utama dalam hikayat ini juga tutut memaparkan tentang
kesaktian watak lain. Kesaktian dan kekuasaan ini dapat dilihat apabila orang tua bertapa
yang telah menolong Inderaputera memperolehi ubat beranak bagi Raja Syahian iaitu Berma
Sakti . Orang tua bertapa ini telah menolong Inderputera. Seterusnya ialah dalam hikayat
ini,binatang juga menjadi lambang kebesaran. Dalam hikayat ini, burung merak yang
“menculik” Inderaputera menjadi lambang kebesaran di dalam hikayat-hikayat Hindu. Selain
itu,ialah wujud makhluk-makhluk seperti raksasa yang mempunyai kuasa. Contohnya dalam
hikayat ini ketika Inderaputera hendak tidur, dia teringat akan pesanan Raja Dewa Lela
Mengerna lalu dia tidak jadi untuk tidur. Maka raksasa yang ada di dalam lubang kayu itupun
keluar hendak makan Inderaputera, maka Inderaputera itupun segera menghunus pedangnya
hendak memarang raksasa itu.Walaubagaimanapun, raksasa itu telah merayu supaya dirinya
tidak dibunuh dan telah menawarkan suatu hikmat iaitu bedi namanya. Dengan bedi itu,
segala kemahuan Inderaputera akan dilaksanakan. Contohnya permintaan Inderaputera untuk
bertemu dengan tuanku. Selain itu juga,pengaruh Hindu juga dapat diketahui apabila
wujudnya makhluk lain seperti jin. Jin merupakan makhluk ghaib yang kadang kala boleh
dilihat dan kadang kala boleh bertukar kepada bentuk apa sahaja serta mempunyai
kekuasaanya tersendiri. Jin ini dapat bertukar apa sahaja bentuk yang dia mahukan.
Contohnya dalam hikayat ini, Inderaputera telah diterbangkan oleh jin Tamar Buga. Tamar
Buga ingin membalas dendam terhadap kematian anaknya yang telah dibunuh oleh
Inderaputera,maka jin itupun pergi mencari Inderaputera. Apabila menjumpai Inderaputera
lalu jin itupun menerbangkannya ke udara dan akan dibuang ke dalam laut
Khalzum.Walaubagaimanapun jin tersebut telah mati kerana diparang oleh
Inderaputera.Selain itu, terdapatnya ahli nujum dalam hikayat ini juga melambangkan
bahawa pengaruh Hindu juga diselitkan. Peranan ahli nujum memang tidak dapat dipisahkan
lagi dengan hikayat. Ahli nujum ini bertanggungjawab menilik apa sahaja yang diperintahkan
oleh raja. Contoh dalam hikayat ini, ahli nujum telah diperintahkan oleh Baginda untuk
melihat betapa besarnya kebesaran anak yang dilahirkan oleh isterinya. Maka ahli nujum pun
menilik lah dan ahli nujum telah menasihatkan raja supaya tidak membiarkan anaknya itu
bermain dengan binatang kerana disebabkan binatang itulah anaknya di larikan.
Walau bagaimanapun disebabkan oleh kelekaan Maharaja Bikrama Buspa ,maka
Inderaputera telah ghaib. Ketika Inderaputera mendekati untuk melihat merak emas itu, tiba-
tiba merak emas itu pun telah menyambar Inderaputera maka ghaiblah Inderaputera
21
diterbangkan oleh merak emas itu. Maka sedih lah kesemua ahli keluarga baginda.
Seterusnya ialah kesaktiaan dan kekuasaan anak raja. Dalam hikayat, kesaktian seseorang itu
memang tidak dapat lari dalam hikayat. Hal ini kerana, dengan kesaktian lah yang akan
melambangkan kekuasaan seseorang itu. Contohnya dalam hikayat ini kekuasaan anak raja
ini dapat dilihat apabila Nobat Rom Syah telah berperang dengan Tamar Jalis. Semasa
berperang segala kekuasaan digunakan untuk menguasai peperangan itu. Dalam hikayat ini,
mereka berdua ini saling berbalas serangan untuk mempertahankan diri masing-masing agar
tidak kalah semasa peperangan. Contohnya Nobat Rom Syah dapat melompat ke udara lalu
ghaib. Pelbagai kuasa yang telah digunakan oleh mereka untuk mempertahankan diri.
7.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian yang dibuat mengatakan bahawa agama Hindu dan
Buddha ini mempengaruhi manuskrip Melayu. Kajian juga membuktikan bahawa manuskrip
berasal daripada tradisi sastera lisan. Manuskrip ini dijumpai diseluruh dunia yang disimpan
di pelbagai tempat. Sebagai contohnya, dijumpai di istana, rumah, perpustakaan dan lain-lain
tempat lagi. Tujuan manuskrip ini dicari adalah kerana untuk mengetahui semula sejarah
lama Negara dan bukti-bukti kesahihannya mengenai segala kisah atau peristiwa yang
berlaku pada zaman lepas. Antara kajian manuskrip yang dibuat ialah mengenai Hikayat Seri
Rama. Hikayat ini adalah antara karya-karya yang besar didunia. Kajian-kajian mengenainya
bahawa epik ini dicipta berdasarkan fakta-fakta sejarah Kerajaan Hindu silam. Karya ini
bertitik tolak dari satu peristiwa sejarah tentang kekecohan yang berlaku di istanayang
berlaku pada zaman kerajaan Raja Dasaratha. Cerita mengenai Rama ini wujud pada zaman
India silam dalam bentuk cerita-cerita rakyat. Epik ini merupakan epic kedua terbesar di India
selepas Mahabrata. Mengenai Sejarah Melayu turut dikaji yang menjadi latar belakang.
Kewujudan Raja Suran yang turun ke laut dan membuka negeri disana. Manakala dalam
Hikayat Jayapati, diceritakan bahawa terdapat unsur-unsur Hindu yang dapat dilihat. Hikayat
ini merupakan hikayat yang tergolong dalam genre sastera hikayat. Hikayat ini menceritakan
mengenai seorang anak raja yang bernama Putera Jayapati yang dilarikan oleh seekor kuda
emas. Pengaruh Hindu dalam hikayat ini peranannya dimainkan oleh orang-orang pertapaan,
ahli nujum, dan sasterawan. Contoh lain pengaruh Hindu dalam manuskrip yang dijumpai
ialah terdapat penjelmaan wira kepada bentuk lain. Kisah-kisah yang diceritakan dalam
hikayat ini banyak yang berunsurkan pengaruh Hindu. Watak dalam cerita ini mempunyai
kekuasaan, kesaktiaan yang menjadi lambang kebesaran di dalam hikayat-hikayat Hindu.
Selain itu, manuskrip juga dijumpai dalam bentuk Syair. Syair yang dikaji ialah Syair Ken
22
tambuhan. Syair ini mengisahkan mengenai kecantikan Ken Tambuhan yang menjadi
kegilaan lelaki. Kisah-kisahnya banyak dari unsur pengaruh Hindu. Hal ini demikian kerana,
terdapat juga unsur-unsur kekuasaan, kesaktiaan yang digunakan dalam syair ini bagi
menunjukkan peristiwa yang berlaku itu menarik dan mempunyai unsur-unsur Hindu. Secara
praktiknya, pengaruh Hindu ini dalam hikayat-hikayat dan syair yang dikaji ini sangat besar
pengaruhnya. Pendek kata terdapat banyak manuskrip yang dijumpai di seluruh dunia. Hal ini
demikian kerana, bukti-bukti yang ada menunjukkan manuskrip itu sememangnya wujud dan
masih boleh diguna pakai sebagai tujuan rujukan dan bahan ilmiah untu melakukan sebarang
kerja terutama tesis yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti. Manuskrip ini sangat
penting kepada masyarakat kerana membawa kita kepada peristiwa dahulu.
23
8.0 Bibliografi
Noriah Taslim (2004)Sejarah Melayu, kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
M. Rajantheran (1999) Sejarah Melayu, kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ding Choo Ming (2003) Kajian Manuskrip Melayu Masalah, Kritikan dan Cadangan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Syedmahadzirsyedibrahmin.blogsport.com/
24
top related