penerapan nilai-nilai murni kbsm dalam · pdf filesetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini...
Post on 01-Feb-2018
268 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU SAINS DI LAPAN BUAH
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JITRA, KEDAH.
MUNIRAH BINTI AHMAD MASDUKI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU SAINS DI LAPAN BUAH
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JITRA, KEDAH.
MUNIRAH BINTI AHMAD MASDUKI
Laporan Penyelidikan Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
Teristimewa buat UMMI dan AYAH tercinta….
Ayahanda AHMAD MASDUKI & bonda NORAYATI
Tiada ucapan serta kata-kata indah yang dapat diucapkan
melainkan do’a tulus yang tak pernah putus untuk ummi dan ayah yang
tersayang…..semoga hidup ini dibekalkan dengan sepotong do’a dari kalian
untuk menenpuh hidup yang masih jauh ini….terima kasih jua diucapkan kerana telah
mengorbankan segala-galanya demi sebuah kejayaan yang pastinya tidak akan
dapat membalas segala jasa dan kasih sayang yang dicurahkan.
Semoga menjadi insan kesayangan Allah….
Teristimewa buat ALONG,ANGAH, REMY dan ADIK yang tersayang…
Terima kasih juga untuk sokongan dan kasih sayang
yang diberikan….Harapanku semoga kalian akan terus
menjadi hero dan penghibur dalam hidup ini….Semoga Allah
meredhai dan menyayangi kita sekeluarga..
Kita adalah SATU…
Teristimewa juga buat seorang yang bergelar SAHABAT..
Wahidah….
Terima kasih kerana sanggup mengharungi suka dan duka bersama-sama…..
Harapanku sekadar sematkanlah dalam hati bahawa kita adalah
sahabat yang sejati…syukurlah kerana Allah telah memberi
kejayaan kepada kita berdua….
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-
pujian dan syukur dipanjatkan hanya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan Hidayah dan
anugerah-Nya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih ikhlas diucapkan
khusus kepada pensyarah penyelia saya, Encik Roslee Bin Ahmad di atas segala
bimbingan, tunjuk ajar buah fikiran serta nasihat yang telah banyak diberikan selama ini
dan telah bersusah payah dalam membantu dan mendidik saya menyiapkan penulisan ini.
Semoga mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan
Pendidikan Negeri di atas kebenaran yang diberikan untuk menjalankan kajian ini,
pengetua-pengetua sekolah serta guru-guru yang terlibat kerana telah meluangkan masa
dan memberikan kerjasama yang padu
Jutaan terima kasih dan penghargaan juga ditujukan istimewa untuk ibu bapa serta
keluarga kerana telah banyak mencurahkan sokongan dan dorongan yang berterusan
sepanjang melaksanakan kajian ini. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada
sahabat, rakan-rakan dan pihak yang terlibat diatas sumbangan yang diberikan. Dipohon
semoga Allah S.W.T memberi ganjaran yang setimpal dengan jasa yang telah diberikan.
Wallahu’alam….
ABSTRAK
Tujuan kajian deskriptif ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penerapan
nilai-nilai murni KBSM di kalangan guru-guru sains dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jitra,
Kedah. Responden yang digunakan adalah terdiri daripada 70 orang guru Sains yang
merupakan sampel dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses
P&P di kalangan guru-guru sains dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi.
Setiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan
data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social
Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratus. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses P&P
di kalangan guru-guru sains adalah tinggi bagi aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Ini
bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai murni dalam proses P&P. Hasil kajian
ini diharap dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), guru-guru, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat bagi
meningkatkan penerapan nilai murni dalam kehidupan seharian. Beberapa cadangan juga
telah dikemukakan bagi meningkatkan usaha menerapkan nilai-nilai murni ini dengan
lebih meluas lagi dalam proses P&P di kalangan guru-guru sains.
ABSTRACT
The aims of this descriptive study is to investigate the level of using good values
among the Science teacher’s in teaching and learning process at eight Sekolah Menengah
Kebangsaan, Jitra Kedah The respondent involved 70 science teachers who form the
sample of the study. The data is collected through Questionnaire and is analyzed using
the Statistical Packages For Social Science (SPSS) program version 11.5 to obtain the
frequency and percentage values In this research, the focus of using the good values is
on the cognitive, attitude and emotion among the science teachers. The level in each
aspects of using good values is determined based on the frequency and percentage high,
moderate or low. The findings of study were show a high percentage of using good
values among science teachers in teaching and learning for all aspects. The finding of this
research can help Malaysian’s Ministry of Education, Education Department of Jitra,
teachers, schools, parents and society to improve of using good values in life. A few
suggestion had been listed down in order to increase the effort of using these moral
values widely.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SINGKATAN KATA xv
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Penerapan 9
1.9.2 Nilai Murni 9
1.9.3 Pengajaran 12
1.9.4 Belajar 13
1.9.5 Guru 13
1.9.6 Sains 13
1.10 Rumusan 14
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Penerapan Nilai-Nilai Murni KBSM 16
2.3 Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses
Pengajaran dan Pengajaran 18
2.4 Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan
Guru-Guru Sains 19
2.5 Kajian Lepas Berkaitan Nilai Murni 21
2.6 Penutup 25
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi Kajian 26
3.5 Sampel Kajian 27
3.6 Instrumen Kajian 27
3.6.1 Soal Selidik 28
3.6.1.1 Bahagian A 28
3.5.1.2 Bahagian B 28
3.7 Kajian Rintis 30
3.8 Prosedur Kajian 30
3.9 Kaedah Analisis Data 32
3.10 Rumusan 33
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Bahagian A 34
4.2.1 Jantina 35
4.2.2 Bangsa 35
4.2.3 Agama 36
4.2.4 Umur 36
4.2.5 Mata pelajaran yang di ajar 37
4.2.6 Jawatan di Sandang 38
4.2.7 Pengalaman Mengajar 38
4.3 Analisis Bahagian B 39
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian dari
Aspek kognitif 40
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian dari
Aspek Tingkah Laku 43
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian dari
Aspek Emosi 46
4.4 Rumusan 49
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN, RUMUSAN
DANCADANGAN KAJIAN LANJUTAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Perbincangan Bahagian A 51
5.2.2 Perbincangan Bahagian B 53
5.2.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian
dari Aspek kognitif. 53
5.2.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian
dari Aspek Tingkah Laku 57
5.2.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian
dari Aspek Emosi. 60
5.3 Implikasi Kajian 64
5.4 Rumusan 66
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Kesimpulan 68
RUJUKAN
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Skala Likert 29
3.2 Item-item Soalan dan
Nombor Soalan Berdasarkan Aspek. 29
3.3 Tahap Penilaian Responden
Berdasarkan Peratus. 32
3.4 Kategori Bagi Nilai Pemarkatan Item 32
4 1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Agama 36
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Umur 37
4.5 Taburan Responden Berdasarkan
Mata pelajaran yang diajar. 37
4.6 Taburan Responden Berdasarkan
Jawatan yang disandang 38
4.7 Taburan Responden Berdasarkan
Pengalaman Mengajar 39
4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Penerapan
Nilai-Nilai Murni oleh Guru Sains kepada
Pelajar dari Aspek Kognitif. 40
4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus
Penerapan Nilai-Nilai Murni oleh Guru
Sains dari Aspek Tingkah Laku. 43
4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus
Penerapan Nilai-Nilai Murni oleh Guru
Sains dari Aspek Emosi. 46
SINGKATAN KATA
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JERI - Jasmani, emosi, rohani dan intelek
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SPSS - Statistical Packages For Social Science
n - Bilangan Responden
% - Peratus
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tidak dinafikan bahawa pendidikan amat diperlukan dalam masyarakat
bertamadun masa kini. Menurut Peters dalam Abd. Rahman dan Zakaria (1994) kriteria
pendidikan melibatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman dan merupakan suatu
perspektif kognitif yang sentiasa berkembang dari masa ke masa. Pendidikan mempunyai
peranan dan tanggungjawab utama kepada negara bagi melahirkan sumber manusia yang
berkemampuan mengisi keperluan pembangunan negara. Peranan pendidikan sebenarnya
tidak lagi ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran tenaga manusia sahaja,
tetapi ia turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan
pembangunan manusia. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah juga adalah
untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan berilmu. Ini kerana martabat bangsa dan
negara bergantung kepada penguasaan, pengembangan dan penggunaan ilmu yang
meluas.
Menurut Cristopher Dawson dalam Tajul Ariffin (1993), sistem pendidikan juga
memberi tumpuan utama dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang. Oleh itu, kita
perlu melihat dari satu sudut falsafah pendidikan yang utuh iaitu falsafah pendidikan
kerohanian dan moral kerana pendidikan moden sukar untuk membina nilai murni
manusia. Sebagai bukti, walaupun manusia maju dalam sains dan teknologi, tetapi dari
segi akhlak, martabat manusia masih menunjukkan nilai-nilai yang negatif.
Menurut Neaver, et al. dalam Bob Chui (1994) guru merupakan sumber utama
kepada proses pendidikan Negara. Pada mata masyarakat dunia umumnya, tugas guru
dikatakan suatu tugas yang murni dan dihormati oleh masyarakat. Namun begitu, tugas
guru tidaklah semudah yang dijangkakan. Guru melaksanakan tanggungjawabnya untuk
membentuk dan mendidik manusia supaya menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak.
Menurut B.Field dan T.Field (1995) guru tidak sahaja mendidik dan membimbing para
pelajarnya semata-mata tetapi pada masa yang sama guru juga membentuk peribadi,
rohani, emosi dan fizikal para pelajarnya.
Menurut R.Fairbrother, et al. (1996) dan Esah (2002) guru juga diharap dapat
bertindak sebagai agen yang aktif dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan
mendukung prinsip demokrasi. Tanggungjawab guru dalam etika perguruan meliputi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab terhadap pelajar,
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap ibubapa pelajar.
Menurut Esah Sulaiman (2002) lagi, pada masa yang sama didapati banyak gejala
anti-sosial, salah laku, gangsterisme dan jenayah berlaku di sekolah dewasa ini. Oleh itu,
tanggungjawab serta peranan guru perlu disemak semula sejauhmana sempadannya.
Fenomena salah laku ini bertitik tolak daripada beberapa kelemahan yang ketara dalam
sistem pendidikan semasa di negara ini terutamanya dari segi kurikulum yang
dilaksanakan. Hal ini perlu diberi perhatian serius demi mempertingkatkan kualiti dan
prestasi pendidikan ke arah pembentukan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan
terlatih sebagaimana yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Abu
Hassan (2002) pula jika keadaan ini dibiarkan terus berlaku, kemajuan dan kesejahteraan
masyarakat dan negara akan tergugat disamping kesinambungan hidup serta masa depan
bangsa dan negara akan turut terancam.
Menurut Ray dalam Abu Hassan (2002) tujuan pendidikan adalah untuk
menentukan jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin kesejahteraan sosial dan
mutu kewujudan tamadun bangsa. Ciri pembentukan insan yang ditegaskan dalam
laporan Jawatankuasa Kabinet 1970 dalam Abu Hassan (2002) ialah dari segi sikap
seperti jujur dan dedikasi terhadap kerja mereka manakala dari segi pemikiran pula
mereka perlu berupaya berfikir dan bertindak dengan baik samada secara sendiri atau
berkumpulan berdasarkan kepada akhlak yang mulia. Pendidikan sepadu merupakan
kesepaduan antara kurikulum dan sahsiah. Oleh itu menurut Mok Soon Sang (1997)
konsep kesepaduan di bawah rancangan KBSM bermaksud penggabungan di antara
pendidikan dengan nilai-nilai murni yang diserap dalam aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) di sekolah. Pendidikan sepadu yang diamalkan akan membawa
kepada kesepaduan antara pembangunan tamadun dengan pembangunan insan sebagai
tunggak kecemerlangan negara dan masyarakat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Mohd Yusuf (1993) zaman remaja merupakan zaman peralihan
kematangan pemikiran seseorang remaja dimana fikirannya tidak dapat membezakan
antara yang benar dan salah serta tidak berjaya mengawal diri daripada menuruti
kehendak nafsu. Isu kemerosotan akhlak remaja merupakan satu isu yang membebankan
negara. Walaupun pihak kerajaan telah berusaha menangani masalah ini, namun ia masih
terus berlaku malah lebih berleluasa setiap hari. Menurut Watson dalam Abd. Rahman
dan Zakaria (1994) tingkah laku manusia bergantung kepada rangsangan dan gerak balas
yang diterima. Oleh itu, manusia boleh bertingkahlaku secara positif atau negatif.
Antara isu keruntuhan akhlak remaja yang serius ialah lahirnya anak luar nikah
dan perlakuan sumbang mahram. Selain itu, isu jenayah seperti lumba haram dan
pembunuhan. Menurut Rogers dalam Kamal (1996) kepincangan moral ini berlaku
kerana individu itu akan memberi penilaian tingkah laku sendiri sama ada baik atau
buruk berdasarkan nilai-nilai orang lain tanpa mengambil kira sama ada tingkah laku
tersebut memuaskan dirinya atau sebaliknya. Inilah yang disebut sebagai positive regard
from others yang telah membentuk self regard yang positif kepada individu itu sendiri
atau dengan kata lain seseorang itu mengalami proses pembelajaran tingkah laku
daripada pergerakan orang lain.
Selain Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), terdapat sembilan cabaran utama
dalam wawasan 2020 yang perlu diselaraskan dalam proses P&P di sekolah terutama
cabaran ke-empat iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, teguh
dalam nilai agama dan kejiwaan yang didorong oleh tahap etika yang tinggi. Menurut
Plato dalam Tajul dan Nor’aini (1992) beliau memberi penekanan dalam pembentukan
moral melalui sastera, drama dan muzik. Menurut pandangan beliau lagi, unsur-unsur
kebaikan moral akan membolehkan individu itu menjadi warganegara yang baik.
Pemikiran Plato ini selaras dengan cabaran wawasan 2020 yang ke-empat iaitu untuk
mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Dalam usaha mencapai matlamat FPK dan menyahut cabaran wawasan 2020,
pengembangan diri pelajar secara seimbang dan sepadu perlu dilakukan dengan memberi
tumpuan kepada keperluan diri secara menyeluruh yang melibatkan aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI). Oleh itu mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral adalah bertujuan untuk membina masyarakat yang bertaqwa,
berdisiplin serta progresif. Selain dari mata pelajaran ini, pembangunan insan juga
diterapkan melalui nilai-nilai murni yang terkandung dalam kurikulum mata pelajaran
sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik.
Untuk memenuhi matlamat negara maju pula, masyarakatnya perlu dimajukan
terlebih dahulu. Kemajuan masyarakat merujuk kepada pembentukan masyarakat yang
seimbang dari segi ekonomi dan sahsiah. Sehubungan itu, aspek nilai murni perlu
diterapkan di sekolah bagi menjamin tercapainya masyarakat maju dan dinamik. Justeru,
penekanan harus diberikan dalam usaha menghayati matlamat negara maju di mana nilai-
nilai murni perlu diterapkan serta diintegrasikan kepada pelajar dalam setiap mata
pelajaran yang berbeza melalui strategi pengajaran guru. Dengan ini, aspek nilai sejagat,
ketakwaan dan akhlak yang mulia secara tidak langsung dapat disalurkan kepada pelajar.
Berdasarkan kenyataan Abidin Basri (1991) matlamat pembangunan negara
adalah untuk mencapai taraf negara maju seperti yang telah dicapai oleh Amerika
Syarikat. Rancangan kerajaan hanya akan berjaya dilaksanakan jika masyarakatnya
berkembang dengan nilai yang harmonis dan makmur. Masyarakat yang berilmu dan
mempunyai nilai etika yang tinggi juga mampu mencapai tahap pembangunan yang
tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Yusof (1993) dimana ianya dapat dilihat di
negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan Taiwan.
Sehubungan itu, menurut Meor Ibrahim (2000) bagi mencapai segala matlamat
yang perlu dicapai oleh negara, langkah awal perlu bermula dari sistem pendidikan.
Sistem pendidikan yang terancang akan melahirkan masyarakat yang berilmu, beramal
dan berwawasan. Selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) dan FPK, kesepaduan di antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni perlulah dilaksanakan oleh guru dalam
diri setiap pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Grace dalam Musgrave (1978) guru bukan sekadar menurunkan ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya kepada seseorang pelajar, tetapi beliau
juga adalah seorang pendidik, pembimbing, kaunselor, motivator, penggilap potensi insan
dan juga pembentuk adab dan akhlak. Oleh itu guru merupakan individu yang
bertanggungjawab dan berperanan dalam mendidik anak bangsa supaya mereka
mempunyai nilai martabat yang tinggi.
Namun cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan
tanggungjawabnya ialah dari segi peningkatan kes juvana dan masalah keruntuhan akhlak
di kalangan remaja. Menurut Mary Warnock dalam J.Mark Halstead dan Monica J.
Taylor (1996) masalah disiplin pelajar di sekolah dan isu moral memang tidak dapat
dibendung lagi. Masalah ini dilihat semakin hari semakin meningkat. Antara masalah
berat di negara kita yang membebani kerajaan ialah berleluasanya kes rogol,
pembunuhan, dadah, lumba haram serta maksiat. Hal seperti ini disebabkan kurangnya
penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam diri remaja tersebut.
Walaupun nilai-nilai murni di bawah rancangan kurikulum bersepadu telah
disisipkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, namun ia
masih lagi tidak dapat membendung masalah disiplin pelajar yang merosot.
Sememangnya mata pelajaran sains juga turut menekankan penerapan nilai-nilai murni
tetapi guru-guru sains di sekolah masih kurang menerapkan nilai-nilai murni dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka. Menyedari kepentingannya dalam sistem
pendidikan, maka wajar bagi guru-guru sains memberi penekanan terhadap penerapan
nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka selaras dengan hasrat
FPK untuk melahirkan individu dan masyarakat yang seimbang dari segi JERI.
Persoalannya ialah sejauhmana guru-guru sains tersebut peka terhadap
pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum. Oleh demikian, kajian yang
dilaksanakan ini bertujuan mengkaji penerapan nilai-nilai murni di kalangan guru-guru
sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran di beberapa buah sekolah menengah di
daerah Jitra. Penerapan nilai-nilai murni ini dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku serta
emosi.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji:
a. Adakah nilai-nilai murni KBSM diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di kalangan guru-guru sains dari aspek kognitif?
b. Adakah nilai-nilai murni KBSM diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di kalangan guru-guru sains dari aspek tingkah laku?
c. Adakah nilai-nilai murni KBSM diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di kalangan guru-guru sains dari aspek emosi?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk:
1. Mengenalpasti nilai-nilai murni KBSM yang diterapkan dalam proses
P&P di kalangan guru-guru sains dari aspek kognitif.
2. Mengenalpasti nilai-nilai murni KBSM yang diterapkan dalam proses
P&P di kalangan guru-guru sains dari aspek tingkah laku.
3. Mengenalpasti nilai-nilai murni KBSM yang diterapkan dalam proses
P&P di kalangan guru-guru sains dari aspek emosi.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian penyelidikan yang dijalankan ini penting dalam sistem pendidikan iaitu
sebagai panduan dalam membantu pihak yang terlibat dalam penerapan nilai murni
terhadap pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga dapat digunakan sebagai:
top related