pendidikan disleksia pemprosesan maklumat pkp3105

Post on 09-Jul-2015

572 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

RUJUK

TRANSCRIPT

DEFINISI

• Menurut pakar-pakar psikologi yang menjalankan kajian berkaitan denganingatan manusia, menunjukkan bahawasetiap hari kita sentiasa menjalani proses mengingat.

• Kajian menunjukkan bahawa kita lebihmudah mengingati pengalaman yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas diri kitaatau yang paling menyentuh danmempengaruhi perasaan.

KaedahPengajaran Dan Pembelajaran

Mengingat

Latih tubi

Ulangan

Chunking

KonfigurasiKlasifikasi

Kategori

Hubung kait

Mnemonics

• Bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnyakepada pelajar tentang sesuatu pembelajaran yang spesifik

• supaya mereka boleh, secara automatik, menyebut ataumengingati semula maklumat apabila disuruh berbuatdemikian.

• Contohnya, bagi murid-murid disleksia kaedah ini amat sesuaibagi matapelajaran Matematik.

Ciri-ciri Kaedah Latih Tubi

• Latihan dalam memahami maklumatberbentuk visual atau auditori supaya pelajarbelajar berbincnag dan menulis apa yang telah dipelajari.

• Maklum balas segera terhadap responspelajar supaya respons yang betul diterimaatau diperkukuhkan manakala respons yang salah dianalisis dan dibetulkan.

• Ulangan latihan dalam jangka masa tertentupada peringkat awal dan seterusnya dalamjangka masa yang tidak ditentukan.

ULANGAN

Menurut Coralie Loeong (1998) kanak-kanakdisleksia memerlukan arahan yang

berulang. Kiranya tidak akan ketinggalandalam pelajaran atau arahan. Pengulangan

dapat membantu atasi masalah murid-murid disleksia.

Sesuatu maklumat yang sering digunakansecara berulang-ulang akan lebih mudah

diingati, sebagai contoh, mengingatinombor telefon rakan anda yang sering

dihubungi.

Contohnya, kaedah ini amat sesuaidalam bacaan sifir menerusi

pengulangan, murid disleksia akanlebih mudah menguasai dan

mengingati jawapannya.

Apa juga mata pelajaran kiranyadiberikan ulangan akan dapat

menghasilkan sesuatu yang lebihbaik kerana ia menambahkan dayakefahaman dan meningkatkan daya

ingatan.

CHUNKING

Maklumat yang tidak berkaitandikumpulkan menjadi satu kumpulan

mengikut keseragaman tertentu.

Contohnya untuk menghafal bulan-bulan, hari-hari dan juga 26 abjad dikaitkan

dengan lagu tertentu.

Penghafalan huruf abjad lebih berjayamenerusi penggunaan teknikchunking, seperti berikut:

ABCDEF HIJKLMN OPQRSTU VWXYZ

Menerusi kaedah chunking dan disertakandengan lagu menambahkan minat murid

malahan lebih memudahkan dayapenghafalan selepas menjalani beberapa

sesi latihan.

MNEMONICS

Teknik Akrostik

• Akrostik adalah frasa ataupun ayat di mana huruf pertama pada perkataanpertama dapat menolong kita ingatmaklumat yang hendak dihafal keranahurufnya serupa.

• Contoh

PTKS – Pergi tidur kalau sakit

Teknik Akronim

•Akronim adalah sejenis kata singkatan, contoh MARA bagi MajlisAmanah Rakyat.

Teknik Skrip Cerita

• Cara mengingat dengan mengarangcerita, contoh tangga, papaya dan bas. Bas merah membawa mereka tigaberadik balik ke kampong. Dari jaughtangga rumah nenek kelihatan. Pokokpapaya di tepi dapur sudah tinggi tapitidak berbuah lagi.

Rima

• Boleh dijadikan nyanyian ataupantun, contoh:

• Satu tangan bilangan lima, Dua tangan bilangan sepuluh,

• Nenek tanam biji delima, apa sebabperia tumbuh

KATEGORI

Fungsinya adalah hampir sama dengankegiatan mengklasifikasi.

Walaubagaimanapun, mengkategori lebihberfokus kepada pengumpulan ataupengelompokan mengikut penjenisan

dan kadar keupayaan.

KONFIGURASI

Konfigurasi melibatkan cara mengingatmenerusi susun atur bahan yang telahdibaca secara yang lebih sistematik

supaya ianya lebih mudah untukdipanggil semula ketika

memerlukannya.

HUBUNG KAIT

Membuat perkaitan adalah kegiatan mental yang dilakukan untuk

menghubungkan elemen-elemen yang berkaitan.

Kemahiran ini digunakan untukmembuat

inferens, meramal, membuatandaian, mensintesis, membuat

hipotesis, menyelesaikan masalahdan membuat kesimpulan.

Sebagai contoh, apabila sedangmembaca buku teks pendidikan

moral berkenaan ciri-ciri seorangindividu yang sopan, fikirkan

seorang rakan sendiri yang memilikiciri-ciri seperti itu.

KLASIFIKASI

Mengklasifikasi melibatkan kegiatanmemilih atau mengumpulkan sesuatumengikut bahagia-bahagiannya yang

serupa dan berkait rapat.

Mengklasifikasi adalah juga perbuatanmengasingkan dan mengumpulkan

objek atau fenomena kepada kumpulanmasing-masing berdasarkan kriteria

tertentu seperti ciri atau sifat.

Kemahiran ini digunakan apabilakita hendak menyelesaikanterlalu banyak item atau

maklumat item atau maklumatyang tidak tersusun.

top related