penambahbaikan portal knk2 hilanghabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · tugas dan...
Post on 15-Jul-2019
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 1 | 30
BAB 1 : PENGENALAN PROJEK
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah institusi keselamatan yang utama dalam
memelihara kedaulatan dan keselamatan Negara. Tugas dan tanggungjawab dijalankan
berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. Sejajar dengan peranan kepolisan sebagai pelaksana
undang-undang, PDRM mempunyai 10 Jabatan bermatlamatkan misi dan visi masing-masing.
Antaranya adalah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diterajui oleh seorang Pengarah
berpangkat Commisioner Polis. Jabatan ini yang terdiri daripada 13 bahagian yang memfokuskan
perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) merupakan salah
satu bahagian dalam JSJ , diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah berpangkat Assistant
Commisioner Police. Bahagian ini bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes-kes
jenayah seksual, keganasan rumahtangga, penderaan, pembuangan bayi dan kanak-kanak hilang.
Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada entiti masyarakat di Malaysia, di mana
golongan ini merupakan aset dan penyambung nadi pembangunan masa hadapan negara.
Sejumlah (24.1%) orang kanak-kanak daripada 28.7 juta penduduk Malaysia (The Star, Nation 15
July 2017). Oleh yang demikian, pihak Kerajaan amat prihatin terhadap kesejahteraan dan
kepentingan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari
1995. Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab dalam memastikan
keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara pada
masa hadapan. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun
seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak dan Akta Kanak-Kanak,
2001
Sejajar dengan keperihatinan masyarakat terhadap kesejahteraan, isu kehilangan kanak-
kanak telah mendapat perhatian global sebagai salah satu jenayah rentas sempadan yang serius.
Sebilangan besar mangsa kanak-kanak hilang dikhuatiri akan dirampas maruah, kebebasan dan
hak asasi manusia mereka. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kes kanak-kanak
hilang. Di antaranya ialah kecuaian ibubapa, mencari kebebasan, mengikut kekasih , kemiskinan,
buta huruf, krisis ekonomi, konflik domestik dan serantau dan terpinggir (displacement). Dalam
usaha untuk menangani gejala ini , PDRM (D11) Bukit Aman mendapati aspek ini perlu diberikan
perhatian kerana jumlah kanak-kanak hilang telah menunjukkan trend peningkatan dan
memerlukan satu sistem /saluran pemantauan yang efektif serta berupaya memperolehi bantuan
masyarakat untuk menyalurkan maklumat .
Sebagai langkah utama serta keperihatinan kerajaan terhadap kes kanak-kanak hilang,
Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent
Response) telah diwujudkan pada tahun 2010 . Ini merupakan inisiatif kerajaan yang
dipengerusikan oleh Polis DiRaja Malaysia bertujuan memastikan setiap kanak-kanak yang
berumur 12 tahun dan ke bawah mendapat perlindungan daripada di eksplotasi, keganasan ,
pengabaian. Inisiatif ini telah mencetuskan peningkatan jaringan kerjasama (networking) dengan
lain-lain agensi kerajaan & bukan kerajaan, masyarakat tempatan (Community Policing) dan
Pasukan Polis serantau serta antarabangsa dalam membendung dan mengatasi isu kes kanak-
kanak hilang dilaksanakan
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 2 | 30
Selaras dengan Convention on the Rights of the Child (CRC) serta peningkatan kes kanak-
kanak hilang di bawah 18 tahun, PDRM (JSJ D11) mendapati keperluan mengwujudkan sebuah
portal untuk penghebahan kes kanak-kanak hilang . Justeru, pada 8 Julai 2015, PDRM telah
melancarkan Portal Kanak-kanak Hilang . Orang ramai boleh melayari portal ini
menerusi http://knk2hilang.rmp.gov.my. sekiranya mempunyai sebarang maklumat untuk
dilaporkan kepada pihak polis mengenai kanak-kanak hilang. Portal ini akan mempamerkan butiran
kanak-kanak hilang di Malaysia dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk menyalurkan
maklumat secara cepat dan pantas.
Menyalurkan maklumat secara tepat dan betul adalah penting untuk membantu PDRM
menangani kes kanak-kanak hilang. Bagi tujuan itu, pihak berwajib termasuklah kerajaan, pihak
berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu mengambil inisiatif yang lebih
efisien dengan mempermudahkan proses menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa.
Kajian PDRM mendapati walaupun portal kanak-kanak hilang ini telah dilancarkan sejak tahun
2015 tetapi masyarakat masih kurang peka terhadap kewujudan portal ini dan jumlah yang melayari
portal ini tidak memberangsangkan.
Sehubungan itu, PDRM (D11) mendapati adalah amat perlu untuk membuat penambaikan
terhadap portal kanak-kanak hilang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan
portal ini di laman web PDRM . Penyertaan langsung masyarakat dalam menyalurkan maklumat
tentang kanak-kanak hilang adalah amat penting agar kanak-kanak ini dapat dikesan dengan
pantas dan dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka. Pihak atasan PDRM turut memberikan
kerjasama serta komitmen yang baik ke arah penambaikan portal kanak-kanak hilang ini. Segala
aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak atasan sekaligus
meningkatkan motivasi Bahagaian D11(JSJ Bukit aman) ke arah merealisasikannya.
1.2 KENYATAAN MASALAH
Kanak-kanak, merupakan golongan yang memiliki kekurangan dari segi fitrah semula
jadinya berbanding dengan orang dewasa. Bertitik tolak daripada rasional ini, Portal kanak-kanak
hilang memperkenalkan proses yang mudah kepada masyarakat untuk menyalurkan maklumat.
Portal ini bermatlamat membantu mencari kanak-kanak yang hilang dengan bantuan masyarakat
yang prihatin. Di Malaysia, kita dapat lihat bahawa pihak kerajaan begitu konsisten dalam
melaksanakan kesemua tuntutan yang digariskan dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak
atau Convention on the Rights of the Child (CRC). Hasilnya, banyak perubahan yang telah
dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan lain.
Selaras dengan perkembangan teknologi, PDRM (D11) juga tidak ketinggalan untuk
memajukan mutu perkhidmatannya kepada masyarakat. Portal kanak-kanak hilang telah
dimuatnaikan dalam laman web PDRM . Portal ini bersifat interaktif di mana ianya memudahkan
orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kanak-kanak hilang kepada pegawai polis
secara terus dan cepat. Maklumat kanak-kanak hilang akan dimuat naik ke dalam portal pada
setiap hari. Masyarakat boleh mengakses kepada portal ini di mana-mana sahaja secara percuma
untuk menyampaikan maklumat. Pegawai polis yang dipertanggugjawabkan untuk memantau
portal ini akan menilai segala maklumat yang disalurkan dan tindakan pantas akan diambil agar
kanak-kanak hilang dapat diselamatkan dan dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka.
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 3 | 30
PDRM (D11) sentiasa prihatin dalam menangani kes kanak-kanak hilang. Kajian mendapati
portal kanak-kanak hilang masih kurang mendapat sambutan daripada masyarakat . Sebagai
usaha untuk mengaktifkan kewujudan portal kanak-kanak hilang, maka satu penambahbaikan
portal kanak-kanak hilang telah dirangka berdasarkan objektif dan penyata masalah projek ini.
Pucuk pimpinan PDRM memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Bahagian D11 JSJ Bukit
aman untuk melaksanakan projek ini. Usaha untuk membuka skop secara meluas tentang portal
kanak-kanak hilang di kalangan masyarakat, PDRM (D11) telah menjalankan uji kaji iaitu
menggunakan kaedah soal selidik untuk meneliti kekurangan yang wujud. Soal Selidik telah
dijalankan dalam tempoh jangka masa pendek iaitu selama 4 minggu. Hasil dapatan menunjukkan,
terdapat beberapa elemen yang memberi sambutan yang kurang daripada masyarakat. Salah satu
punca utama yang dapat ditafsirkan adalah pengakuan dari masyarakat sendiri, dimana mereka
tidak peka dengan kewujudan portal kanak-kanak hilang.
Sebagai pelan tindakan perancangan projek , PDRM (D11) telah menggunakan elemen-
elemen yang boleh diguna pakai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai
penggunaan portal kanak-kanak hilang. Sejumlah 4 pelan tindakan elemen yang dipilih iaitu
publisiti, sistem PRS, TaskForce dan waktu penugasan. Selepas analisis dibuat, 3 elemen didapati
mempunyai beberapa risiko untuk pelaksanaannya. Elemen Publisiti didapati mempunyai
hubungan yang paling dekat dengan penyata masalah iaitu Masyarakat Kurang Peka Tentang
Kewujudan Portal Kanak-Kanak Hilang.
Ekoran daripada penyata masalah tersebut, maka projek ini telah mencadangkan jalan
penyelesaian melalui inisiatif publisiti. Publisiti merupakan satu elemen yang akan membentuk
platform yang sangat proaktif dan produktif untuk meningkatkan kualiti portal kanak-kanak hilang
dikalangan masyarakat. Sebagai tindakan penyelesaian, kepelbagaian inisiatif publisiti telah
digunakan seperti Facebook, Fun Run, Youtube, Latihan Dalam Perkhidmatan, Lawatan VCO dan
Pengedaran Risalah.
Setelah 6 elemen dibangunkan, uji kaji yang ke 2 telah dilaksanakan untuk mengetahui
justifikasi masyarakat terhadap penambaikan portal yang dilaksanakan. Hasil dapatan
menunjukkan penurunan, iaitu masyarakat mula peka terhadap kewujudan portal kanak-kanak
hilang . Projek ini telah memberi impak yang amat berkesan kepada masyarakat, PDRM dan
pembangunan negara. Projek ini tidak melibatkan kos yang tinggi malah ia mampu menjimatkan
masa. Kepakaran sumber manusia telah diaplikasikan dalam penggunaan sistem ini dilihat mudah
dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Seterusnya cadangan untuk penambahbaikan di masa hadapan juga telah dikenalpasti.
Koloborasi bersama MyRodeo telah diusahakan dan telah mendapatkan persetujuan pucuk
pimpinan atasan untuk perlaksanaannya. Perbincangan untuk mengwujudkan satu aplikasi mobile
sedang giat diperbincangkan justifikasi pelaksanaannya. Secara keseluruhan, projek ini mempunyai
kepelbagaian cara untuk mengesan dan menyelamatkan kanak-kanak hilang melalui keprihatinan
masyarakat dalam menyalurkan maklumat kanak-kanak hilang dengan kadar segera.
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 4 | 30
1.1 Latar Belakang Kumpulan KIK Circinus
Nama kumpulan : CIRCINUS
Nama Organisasi : Jabatan Siasatan Jenayah
Alamat : Jabatan Siasatan Jenayah
Tingkat 1,Menara 2
IbuPejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur
No Telefon & Faks : 03- 22666297 & 03-2266 6299
E-mel : d11ba@rmp.gov.my
Tarikh Kumpulan ditubuhkan : 19 Januari 2016
Bilangan Ahli : 10 orang
Nama Projek : Penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang
Bidang Projek : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
Kategori Projek : Inovasi Penambahbaikan
Tarikh siap projek : 17 Jun 2016
Rajah 1: Latar Belakang Circinus
FASILITATOR
SUPT Naemah Binti Mohd Sherif
SENARAI AHLI
1. DSP Saroja A/P Egamparam - Ketua Kumpulan
2. ASP Yusnany Binti Yusop
3. ASP Nor Elyanis Binti Mohd Yusoff
4. Zaza Dilla Binti Tompang @ Abdul Razak
5. ASP Wan Nurliayana Binti Wan Sukri
6. KPL /D Siti Zaleha Binti Abdullah
7. KPL/D Norlailawati Binti Idris
8. Konst. Mohd Affandi Bin Abdul Ghafar
9. S41 Kogilavaani Elawarise
10. S29 Mohd Shukor Bin Abdul Rahim
Rajah 2 : Senarai Ahli Circinus
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 5 | 30
Rajah 3 : Gambar Kumpulan Circinus
Duduk di hadapan (dari kiri) :
ASP Wan Nurliyana Binti Wan Sukri (Setiausaha), ASP Zaza Dilla Bt Tompang@Abdul Razak,
DSP Saroja A/P Egamparam (Ketua Kumpulan), ASP Yusnany Bt Yusop, ASP Nor Elyanis Bt
Mohd Yusoff
Berdiri di belakang (dari kiri) :
S29 Encik Mohd Shukor Bin Abdu Rahim, S41 Pn Kogilavaani Elawarise, Konst. Mohd Affandi Bin
Abdul Ghafar, Kpl/D Siti Zaleha, Binti Abdullah, Kpl/D Norlailawati Binti Idris
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 6 | 30
Surat Perlantikan Kumpulan
Rajah 4 : Surat Perlantikan Kumpulan Circinus
Surat Perlantikan Ahli Kumpulan
Rajah 5 : Surat Perlantikan Ahli Circinus
YDH CP Datuk Seri Mohmad Bin Salleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 7 | 30
BAB 2 SIGNIFIKAN PROJEK & PEMBUKTIAN
a. Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan / Organisasi
Piagam Pelanggan Jabatan Siasatan Jenayah adalah seperti berikut :
i. Menentukan segala laporan dan siasatan kes-kes jenayah kanak-kanak hilang dapat
ditangani dengan cepat dan berkesan;
ii. Menjalankan siasatan secara adil dan saksama serta peka terhadap asasi
kebebasan seseorang individu;
iii. Meningkatkan kadar penyelesaian (solving rate) siasatan kes-kes jenayah dalam
usaha mencegah perlakuan jenayah;
iv. Menjalankan pendakwaan kes-kes jenayah secara adil bagi menentukan tercapainya
keadilan; dan
v. Meningkatkan tahap profesionalisme serta bertindak dengan jujur, mesra, cepat dan
betul dalam menguatkuasakan undang-undang.
Salah satu fungsi serta peranan Bahagian D11 yang signifikan dengan projek Portal Kanak-
Kanak Hilang ialah :
i. Membuat hebahan secara pantas dan meluas tentang kehilangan kanak-kanak;
ii. Mengesan dan menyelamatkan kanak-kanak hilang supaya ditemui dengan selamat;
iii. Pencegahan kes kanak-kanak hilang supaya tidak berulang;
iv. Menjadikan masyarakat supaya lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam
menangani isu kanak-kanak hilang;
v. Mengenalpasti kemungkinan terdapatnya unsur-unsur jenayah dan membawa
suspek ke muka pengadilan.
b. Memenuhi Kehendak Pelanggan dan pemegang taruh (Stakeholder)
Portal Kanak-kanak hilang adalah selaras dengan misi Polis DiRaja Malaysia iaitu untuk
menjadikan perkhidmatan ke arah bertaraf dunia (world class policing).
Memudahkan orang awam berkerjasama dengan PDRM melalui platform Portal Kanak-
Kanak Hilang.
Gabungan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dapat menyumbang dan saling membantu
dalam menangani kes kehilangan kanak-kanak. (NBOS)
c. Kaitan Dengan Agenda Nasional
Menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) melalui salah satu daripada Enam
Teras Strategik iaitu Portal Kanak-kanak Hilang ini membantu dalam usaha mewujudkan
persekitaran kejiranan dan tempat awam yang selamat.
Pemangkin kepada pencapaian (KPI) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di
bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) usaha untuk mengurangkan jenayah serta
mengurangkan rasa takut menjadi mangsa jenayah (reduce the fear of crime) Reducing
the fear of becoming a victim of crime.
Increasing public satisfaction with the Royal Malaysian Police (Polis DiRaja Malaysia atau
PDRM) performance.
Salah satu medium untuk merealisasikan aspirasi PDRM iaitu ‘Polis dan Masyarakat
Berpisah Tiada’
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 8 | 30
Selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan perkhidmatan awam bertaraf dunia
dengan menyediakan perkhidmatan yang proaktif, responsif dan mengikut kehendak orang
awam.
d. Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa
Kewujudan Portal Kanak-kanak Hilang kurang mendapat perhatian dikalangan umum
memandangkan kurangnya usaha-usah mempromosikannya.
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah di mana kementerian dan agensi
berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang
kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. NBOS kini merupakan titik fokus kepada
usaha-usaha transformasi kerajaan dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis
program-program lain seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-11), Program Transformasi
Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Sebagai contoh, PDRM
memerlukan kepakaran agensi lain dalam usaha perlaksanaan Portal Kanak-kanak Hilang.
Masyarakat memerlukan satu sistem yang padat dan mudah untuk merangkumi semua
elemen yang memudahkan bagi menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan ini sejajar
dengan cogan kata PDRM iaitu ‘Polis dan Masyarakat Perpisah Tiada’.
PDRM – mengurangkan jenayah / meningkatkan imej Negara / menarik pelabur asing /
meningkatkan ekonomi Negara.
e. Pembuktian Melalui Analisis ( bagi tujuan penyelesaian ) dan Ujicuba
Trend peningkatan melalui jumlah viewer Portal Kanak-Kanak Hilang dari tahun diwujudkan
iaitu 2015 (24216) hingga tahun 2016 (30691) selepas KIK dilaksanakan dan sehingga kini
tahun 2017 (82664) sebanyak 63%.
Rajah 6 HASIL SUMBER: GOOGLE ANALYTICS1
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 9 | 30
Pelbagai Negara dari pelusuk dunia telah melihat Portal Kanak-Kanak Hilang sejak
dilancarkan.
Rajah 7 HASIL SUMBER: GOOGLE ANALYTICS
Berikut adalah graf perbandingan pencapaian viewer telah meningkat dan penambahbaikan
Portal Kanak-Kanak Hilang yang telah dijalankan pada tahun 2016
Rajah 8 HASIL SUMBER: GOOGLE ANALYTICS1
.
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 10 | 30
BAB 3 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
a. Cadangan Penyelesaian
Setelah kewujudan Portal Kanak-kanak hilang dilancarkan pada 8 Julai 2015, PDRM
mendapati masyarakat masih kurang peka tentang kewujudan Portal Kanak-Kanal hilang yang
mana input maklumat ke atas setiap kes yang melibatkan mangsa didapati hilang telah membuat
kan PDRM mengambil langkah yang lebih efisien dengan membuat penambahbaikan tehadap
Portal Kanak-kanak Hilang. Di antara cadangan penyelesaian seperti di Rajah 8 :
b.
Rajah 9 : Cadangan Penyelesaian
Pelan Tindakan Penyelesaian
Berdasarkan kajian soal selidik yang dijalankan, elemen yang akan membentuk platform yang
sangat proaktif dan produktif bagi meningkatkan kualiti portal kanak-kanak hilang dikalangan
masyarakat adalah melalui Publisiti. Publisiti telah dipilih kerana amat penting bagi mewar-warkan
dan meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap kewujudan Portal Kanak-Kanak Hilang bagi
menyalurkan maklumat serta membantu pihak polis mencapai matlamat mengurangkan kes kanak-
kanak hilang di Malaysia.Berikut adalah Pelan Tindakan Penyelesaian:
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 11 | 30
PRO KONTRA
1. KURANG MELIBATKAN KOS
2. PUBLISITI KEKAL
3. SENANG UNTUK DILAYARI
4. SENANG UNTUK DIKONGSI
MELALUI LAIN-LAIN APLIKASI
5. MENJIMATKAN MASA
6. SEGALA MAKLUMAT BOLEH
DIKONGSI
7. HEBAHAN SERTA MERTA
8. MEMPUNYAI MAKLUMAT
TERPERINCI
9. MAKLUMAT DITERIMA PADA HARI
KEJADIAN
10. KEBARANGKALIAN DISALAHGUNA
ADALAH TINGGI
PRO KONTRA
1. APLIKASI YANG MUDAH UNTUK
PEGAWAI PENYIASAT MEMBUAT
SIASATAN
2. SISTEM MUDAH TERGENDALA
3. UPGRADE SERVER
PRO KONTRA
1. MEMBERI PENGKHUSUSAN DALAM
BIDANG TUGAS
2. MEMERLUKAN RAMAI TENAGA
PEKERJA
3. MEMERLUKAN PERJAWATAN BARU
4. MEMERLUKAN KELULUSAN DARI
PELBAGAI PIHAK
CADANGAN PERTAMA : PUBLISITI
CADANGAN KEDUA : SISTEM PRS
CADANGAN KETIGA : MEWUJUDKAN TASK FORCE
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 12 | 30
PRO KONTRA
1. MUDAH DIKENDALI PADA WAKTU
BEKERJA
2. TIADA TENAGA KERJA YANG
MENCUKUPI
3. MELIBATKAN KOS
4. TIADA TEMPAT YANG KHUSUS
UNTUK MENGENDALIKAN PKKH
c. Pelaksanaan Tindakan Penyelesaian
Berdasarkan Pelan Tindakan Penyelesaian, publisiti telah dipilih kerana menyedari bahawa
publisiti amat penting bagi mewar-warkan dan meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap
kewujudan portal kanak kanak hilang bagi menyalurkan maklumat serta membantu pihak polis
mencapai matlamat mengurangkan kes kanak-kanak hilang di Malaysia. Beberapa cadangan
publisiti telah dikenalpasti;
Rajah 10 : Tindakan Penyelesaian
CADANGAN KEEMPAT : WAKTU PEJABAT
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 13 | 30
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 14 | 30
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 15 | 30
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 16 | 30
d. Perakuan daripada Pihak Bertauliah
Rajah 11 : Perakuan Pihak Atsaan PDRM
Berikut adalah Pelan Pelaksanaan Penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang:
Bil Perkara Bulan Catitan
1 Penubuhan Kumpulan Jan 2016 Surat Penubuhan kumpulan
2 Kelulusan Pengarah JSJ Jan 2016 Surat Kelulusan Penubuhan
Kumpulan
3 Mengenalpasti & Pemilihan Masalah Feb 2016 Portal Kanak-Kanak Hilang
4 Memahami Masalah/ Situasi Feb 2016 Portal Kanak-Kanak Hilang
5 Mengumpul Data (Sebelum
Resolusi)
Feb 2016 Menjalankan Kaji Selidik 1 selama 4
minggu
6 Menganalisa Data (Punca Masalah)
Mac 2016 Menjalankan Ujicuba 1 Sistem
Laporan Polis selama 2 minggu
7 Mengemukakan Cadangan
Penyelesaian
Mac 2016 Surat kepada Pengarah PJSJ
8 Melaksanakan Cadangan
Penyelesaian / Mengawasi Keputusan
Apr 2016 Surat kepada Pengarah PJSJ bagi
tujuan Penambahbaikan Portal
Kanak-Kanak Hilang
9 Menilai Keputusan (Analisa Data)
Apr 2016 Menjalankan Kaji Selidik 2 selama 4
minggu
10 Melaksanakan Uji Cuba
Mei 2016 Menjalankan Uji Cuba 2 Sistem
Laporan Polis
11 Penilaian dan Pemantauan Aplikasi Mei 2016 Meneliti Cadangan Penyelesaian
12 Membuat Penyeragaman Projek Jun 2016 Mendokumentasikan Projek
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 17 | 30
BAB 4 KEBERHASILAN PROJEK
4.1 Outcome Projek (Dijangka) & Pembuktian
i. Facebook
Facebook merupakan laman sosial rangkaian perkhidmatan yang digunakan untuk
berinteraksi secara sosial melalui pelbagai lapisan masyarakat. Facebook secara rasmi
diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya pada 4 Febuari 2004. Nama facebook
berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak
pentadbiran Universiti kepada para pelajar. Facebook ini boleh didapati dalam pelbagai bahasa
dan merupakan medium yang paling bersesuaian sebagai Platform menyebarkan dan
menyalurkan maklumat dengan lebih efisien.
ii. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Latihan Dalam Perkhidmatan adalah memberi latihan perkhidmatan bagi setiap bidang kerja
dan penugasan seharian untuk lebih memahami skop sesuatu bidang. Penambahbaikan
dengan menggunakan kaedah LDP ini memberi lebih pengetahuan dan tunjuk ajar serta cara
bagaimana untuk mengisi maklumat dalam Portal Kanak-Kanak Hilang selain membentuk
Pegawai Polis sebagai agen penyebaran maklumat kepada masyarakat.
iii. Youtube
YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan
berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang
popular. Hebahan video Portal Kanak-Kanak Hilang dengan menggunakan YouTube adalah
medium yang baik kerana dikunjungi oleh pengguna-pengguna Youtube. Boleh dilayari di laman
web https://knk2hilang.rmp.gov.my
iv. Lawatan VCO
Pusat Sokongan Mangsa (Victim Care Centre - VCC) telah diwujudkan sejak tahun 2003 di
bawah Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Penubuhan VCC bertujuan untuk
membantu mangsa jenayah pulih daripada gangguan psikologikal dan meneruskan kehidupan
harian dengan lebih sihat dari segi mental, emosi dan fizikal. VCC dikendalikan oleh Pegawai
Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi ( Victim Care Officer - VCO ). VCO juga berperanan
memberi khidmat sokongan kepada keluarga mangsa (Psychological First Aid).
v. Pengedaran Risalah
Risalah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah siaran yang dikeluarkan secara rasmi
dalam bentuk brosur pamphlet dan booklet, pekeliling, buletin, surat siaran, surat edaran dan warta
yang di dalamnya terkandung info sesuatu tajuk untuk memberikan maklumat atau keterangan
secara ringkas dan padat. Penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang mengambil langkah proaktif
dengan mengedarkan Risalah kepada setiap lapisan masyarakat bagi memberi lebih input berkaitan
Portal Kanak-Kanak Hilang.
vi. Fun Run
Memberi publisiti secara dekat kepada masyarakat tentang Portal Kanak-kanak Hilang dan
pada masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan komunikasi dua hala dengan masyarakat.
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 18 | 30
a. Kesan Jangka Pendek
Projek penambaikan kanak-kanak hilang ini membuka peluang kepada masyarakat
bagi menyalurkan maklumat kanak-kanak hilang dengan lebih cepat dan berkesan
melalui Aplikasi Facebook. Facebook merupakan satu medium media sosial yang
akan mempercepatkan hebahan secara lebih meluas.
Sistem Laporan Polis telah dibuat penambahbaikan/di naik taraf yang mana pihak
Bukit Aman boleh membuat pemantauan terhadap tindakan yang diambil oleh
Pegawai Penyiasat dan ia juga membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pegawai polis dalam pengendalian Portal Kanak-Kanak Hilang
Menerusi hasil usaha PDRM ini, ianya dapat meningkatkan lagi keinginan
masyarakat untuk lebih mengetahui tentang perkembangan kes kanak-kanak hilang
di Malaysia dan kesegeraan maklumat yang disampaikan oleh masyarakat
seterusnya membantu PDRM dalam usaha mengesan sehingga kanak-kanak hilang
berjaya ditemui.
Penyaluran maklumat oleh masyarakat menjadi lebih pantas kerana portal kanak-
kanak hilang boleh dilayari di mana sahaja tanpa sempadan dan ia juga
menyediakan ruang untuk memberi seberapa banyak maklumat secara real time.
Mewujudkan hubungan lebih akrab melalui komunikasi 2 hala antara masyarakat
dengan PDRM.
Crawler-Berita tentang kehilangan kanak-kanak dipaparkan di televisyen dan
ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Notifikasi tentang kanak-kanak hilang dipaparkan pada telefon bimbit melalui
kerjasama PDRM dengan syarikat telekomunikasi.
Peningkatan viewer dalam masa yang singkat dimana video portal kanak-kanak
hilang telah ditonton ke seluruh dunia dan ini mencerminkan keperihatinan
masyarakat tentang kanak-kanak hilang
Easy access / mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa
Mengadakan latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai polis sebagai landasan
dalam menjalankan siasatan kes-kes kanak-kanak hilang dan bertindak dengan
segera.
b . Nilai Tambah @ Value Added
Kolaborasi Facebook bersama PDRM telah berjaya menemukan seorang kanak-
kanak perempuan yang berumur 8 tahun dimana telah hilang pada 16/12/2016 dan
berjaya ditemukan semula pada 17/12/2016. Sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh
ibu bapa kanak-kanak tersebut, kolaborasi Facebook bersama PDRM telah
digunapakai untuk membuat hebahan, kanak-kanak ini berjaya ditemui semula di
kawasan Bukit Puchong, Selangor oleh orang awam dalam tempoh kurang 24 jam.
Orang awam ini telah memperolehi maklumat kanak-kanak tersebut melalui aplikasi
Facebook.
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 19 | 30
c. Pembuktian Melalui Data Dan Sumber Rasmi
Projek ini diyakini akan mewujudkan suatu rujukan rasmi kepada pelbagai agensi
sama ada kerajaan, swasta mahupun orang ramai. PDRM sebagai organisasi
keselamatan utama negara seharusnya menjadi peneraju ‘leading agency’ di dalam
menguruskan kes kanak-kanak hilang.
Rajah 12 : Trend Peningkatan viewer
4.2 Impak Projek (Luar Jangka) & Pembuktian
a. Kesan Jangka Panjang (Pembangunan & Kemajuan Negara)
Projek ini telah memberi hasil yang mantap. Ia memberi laluan kepada masyarakat
secara ringkas, tepat dan pantas. Sistem ini menarik perhatian masyarakat kerana
tiada penglibatan kos dan menjimatkan masa. Penyampaian maklumat boleh dibuat
dimana sahaja pada bila-bila masa.
Sejajar dengan peningkatan teknologi, projek ini akan memberi kesan positif kepada
semua lapisan masyarakat untuk menggunakan sistem portal kanak-kanak hilang di
dalam dan di luar negara. Contoh, apabila seseorang individu mengambil inisiatif
untuk berkongsi maklumat tentang kanak-kanak hilang dengan masyarakat,
Facebook menjadi satu platform yang pantas untuk membuat hebahan dan
menyalurkan maklumat kanak-kanak hilang.
Viewer-menjadi perintis kepada kejayaan penyampaian maklumat tentang kanak-
kanak hilang.
Inisiatif Masyarakat- Masyarakat akan lebih prihatin dalam menjalankan
tanggungjawab secara berterusan
Sistem mobility-Tiada alasan untuk tidak dapat menyalurkan maklumat kepada pihak
polis kerana PDRM telah menyediakan platform mudah dicapai di mana-mana
sahaja
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 20 | 30
b. Impak Projek (Hasil luar jangka)
i. Impak Kepada Masyarakat
Meningkatkan pengetahuan dan mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai
kewujudan portal kanak-kanak hilang bagi mencetuskan kepekaan masyarkat
terhadap kes-kes jenayah yang berlaku khususnya kes kanak-kanak hilang;
menaikkan taraf antarabangsa (world class policing);
mengeratkan lagi hubungan antara PDRM dan masyarakat bersesuaian dengan
moto polis dan masyarakat berpisah tiada;
Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan yang sedia ada di
PDRM;
ii. Impak Kepada Organisasi
Memberikan perkhidmatan terbaik bagi mencapai visi dan misi PDRM dan JSJ D11
Meningkatkan pencapaian Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan
oleh Jabatan
Meningkatkan sensitiviti, kualiti kerja dan tahap kecekapan kerja PDRM dalam
memberi perkhidmatan kepada masyarakat
iii. Impak Kepada Negara
Apabila PDRM mencapai kepolisan bertaraf dunia maka dunia akan melihat
Malaysia sebagai satu negara yang selamat dan secara tidak langsung mampu
memberi daya tarikan terhadap pelabur dan pelancong asing.
Malaysia menjadi negara contoh kepada negara-negara membangun dalam
mengendalikan kes kanak-kanak hilang.
Bersempena dengan slogan kata Perdana Menteri Malaysia iaitu “Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan”
c. Pembuktian melalui data rasmi
i. Sistem rekod yang terbaik
Penambahbaikan ini menjadikan PDRM sebagai orgaisasi yang mempunyai sistem
data rekod yang kemas dan berkesan. Hal ini memudahkan semua pihak yang
mengendalikan portal dan orang ramai yang memerlukannya.
ii. Capaian mudah dan pantas
Penambahbaikan ke atas sistem portal ini menjadikan ianya lebiih mudah dan
capaian yang pantas dalam membuat sebaran dan siasatan yang berkesan.
iii. Rujukan berpusat
PDRM sebagai organisasi keselamatan dalam negara yang utama seharusnya
mempunyai satu sistem yang berpusat dimana segala maklumat ditempatkan di
dalam sistem yang bersepadu. Hal ini akan memudahkan tugas capaian data,
membuat rujukan dan kebolehpercayaan yang tinggi dapat dihasilkan
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 21 | 30
BAB 5 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
a. Tahap Ketersediaan Teknologi / Sistem / Proses
5.1.1 Menggunakan sistem yang sedia ada.
Bagi menjayakan penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang ini, PDRM
hanya menggunakan sistem yang sedia ada iaitu melalui Sistem Laporan Polis
(PRS). Setiap laporan polis yang diterima berkaitan kanak-kanak hilang akan di
hebahkan melalui Portal Kanak-Kanak Hilang. Oleh yang demikian,
penambahbaikan portal ini tidak melibatkan sebarang kos yang diperuntukan oleh
PDRM.
5.1.2. Mengadakan aplikasi khas untuk Portal Kanak-Kanak Hilang (perbincangan
sedang dijalankan dengan KPWKM).
Setelah perbincangan dijalankan di antara PDRM bersama dengan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),
persetujuan bersama telah dicapai bagi mengadakan aplikasi khas untuk Portal
Kanak-Kanak Hilang. Melalui aplikasi ini, laporan polis berkenaan kanak-kanak
hilang akan dibuat hebahan melalui portal. Dengan adanya Portal Kanak-Kanak
Hilang ini, setiap lapisan masyarakat boleh melihat dan memberi maklumat
berkenaan kanak-kanak hilang dengan cepat dan pantas.
b. Tahap Replikasi/ Pengkomersialan (ROI) – Penyeragaman Dan Pemantauan
5.2.1 Mengkomersialkan Portal Kanak-Kanak Hilang melalui kaedah Fun Run,
Youtube, My Rodeo, Facebook.
PDRM telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mengkomersialkan
Portal Kanak-Kanak Hilang iaitu melalui kaedah Fun Run. Melalui kaedah ini, PDRM
dapat mendekati masyarakat tempatan dengan memberi penerangan dan
penjelasan serta mengedarkan risalah berkaitan portal. Sepertimana Rajah 1 dan
Rajah 2 menunjukkan Program Fun Run – Child Find di Kuala Lumpur.
Rajah 13 Rajah 14
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 22 | 30
Selain itu, PDRM juga telah memuat naik video Portal Kanak-Kanak Hilang ke laman sosial
seperti di Youtube dan Facebook. Kaedah ini telah mendapat banyak sambutan daripada setiap
lapisan masyarakat. Malahan, melalui kaedah ini juga telah membuktikan keberhasilan sistem
Portal Kanak-Kanak Hilang dengan menjadikan masyarakat peka dan prihatin dengan maklumat
kehilangan kanak-kanak di Malaysia. Berikut merupakan salah satu contoh keberhasilan
penggunaan Facebook dalam menarik minat masyarakat agar lebih peka terhadap Portal Kanak-
Kanak Hilang sejak ia dilancarkan. Perkongsian di laman sosial ini dapat dikongsikan kepada setiap
lapisan masyarakat sama ada di Malaysia atau pun luar Negara.
Rajah 15: Menunjukkan perkongsian Rajah 16 : Menunjukkan Facebook PDRM
di Facebook - Link Portal Kanak-kanak Hilang Memaparkan berita penemuan kanak-kanak
hasil maklumat orang awam melalui Portal
Kanak-kanak Hilang
PDRM juga telah mengembangkan sayapnya dalam membuat hebahan Portal Kanak-
Kanak Hilang dengan kerjasama penggusaha pengangkutan awam (Teksi) dengan memuat naik
dalam Sistem My Rodeo. Di My Rodeo, pengguna teksi dapat melihat dengan jelas mengenai
maklumat kanak-kanak hilang sepertimana Rajah 5 dan Rajah 6 tersebut.
Rajah 17 Rajah 18
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 23 | 30
5.2.2. Berkolaborasi dengan Syarikat Telekomunikasi DIGI
PDRM telah menjalinkan koloberasi bersama Syarikat Telekomunikasi DIGI dalam
membuat hebahan Portal Kanak-Kanak Hilang. Melalui jalinan ini, PDRM dan DIGI telah
mengadakan ceramah kempen kesedaran jenayah menerusi program ‘Saya Sayang
Saya’ bagi memberi pendedahan terhadap pelajar-pelajar sekolah supaya mereka tidak
menjadi mangsa Kanak-Kanak Hilang. Rajah 7 dan Rajah 8 di bawah telah menunjukkan
pihak PDRM bersama DIGI serta pelajar dalam program ‘Saya Sayang Saya’.
Rajah 19 Rajah 20
5.2.3. Terdapat 36 ahli-ahli pasukan petugas
Ahli-ahli pasukan petugas seperti agensi kerajaan, bukan kerajaan, institusi
kewangan, telekomunikasi,pengusaha hotel, pengangkutan awam dan kompleks beli
belah berkolaborasi bersama PDRM dalam melancarkan segala proses urusan
pengkomersialan secara publisiti bagi menjayakan Portal Kanak-Kanak Hilang agar
sentiasa mendapat sambutan dan kepekaan masyarakat di Malaysia.
5.2.4. Billboard atau papan iklan di lebuhraya
PDRM juga telah mengkomersialkan Portal Kanak-Kanak Hilang dengan cara
menaikkan papan iklan di lebuhraya di Malaysia. Melalui kaedah ini, pengguna
lebuhraya dapat melihat dengan jelas gambar kanak-kanak hilang. Kaedah ini bertujuan
bagi menyampaikan maklumat tentang kanak-kanak hilang kepada setiap lapisan
masyarakat agar lebih peka dan dapat menyalurkan maklumat dengan tepat.
5.2.5. Aplikasi di telefon bimbit iaitu Mobile Khas Kanak-Kanak Hilang
Sistem aplikasi ini dirancang untuk kegunaan orang awam. Berkenaan perkara ini,
PDRM telah membuat perbincangan diperingkat JSJ bersama Syarikat Connexion Sdn.
Bhd. Sistem aplikasi ini amat sistematik dan bersesuaian dengan kecanggihan teknologi
dalam dunia globalisasi masa kini. Oleh yang demikian, system ini akan dikomersialkan
bagi penambahbaikan dalam Portal Kanak-Kanak Hilang.
5.2.6. Aplikasi khas telefon bimbit untuk Pegawai Penyiasat (IO/AIO)
PDRM juga sedang merancang aplikasi khas bagi memudahkan Pegawai Penyiasat
menerima maklumat dan mengesan keberadaan kanak-kanak hilang melalui maklumat
orang awam yang disalurkan melalui Portal Kanak-Kanak Hilang. Kaedah ini amat
berkesan kerana kanak-kanak yang hilang dapat dikesan dengan pantas.
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 24 | 30
BAB 6 : KESIMPULAN
Berdasarkan projek penambaikan terhadap portal kanak-kanak hilang , dapat dirumuskan
bahawa secara dasarnya Portal kanak-kanak hilang yang dilancarkan adalah satu usaha murni
PDRM(D11) dalam mendapatkan kerjasasama masyarakat.Namun begitu disebabkan sikap
kurang kepekaan masyarakat terhadap kewujudan portal ini mengakibatkan kurang sambutan yang
menggalakan. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran serta keperihatinan masyarakat
tentang komitmen dan kerjasama dua hala yang diperlukan, PDRM (D11) telah meneruskan usaha
untuk membuat penambaikan yang pastinya tela menunjukkan sambutan yang mengalakan.
Penilaian yang lebih teliti dibuat untuk memastikan proses untuk mnegesan kanak-kanak hilang
dibuat sebaik mungkin dan berkesan, sekali gus membantu mereka balik ke pangkuan kelaurga
tersayang.
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 25 | 30
LAMPIRAN
Aktiviti : Pengedaran Risalah Portal Kanak-Kanak Hilang
Tarikh : 3 Jun 2016
Lokasi : Sekitar Lembah Klang
Kumpulan Sasaran : Orang Awam
Aktiviti : Fun Run & Pengedaran Risalah Portal kanak-kanak hilang
Tarikh : 3 Jun 2016
Lokasi : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran : Warga PDRM & Orang Awam
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 26 | 30
LAMPIRAN
Aktiviti : Majlis Pelancaran Kerjasama bersama Facebook
Tarikh : 4 November 2016
Lokasi : Menara 1, Bukit Aman
Kumpulan Sasaran : Warga PDRM & Orang Awam
Aktiviti : Program ‘Saya Sayang Saya’ bersama Digi Telecommunication
Tarikh : 22 March 2016
Lokasi : Kuantan, Pahang
Kumpulan Sasaran : Orang Awam & Pelajar sekolah
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 27 | 30
Aktiviti : Program ‘Saya Sayang Saya’ bersama Digi Telecommunication
Tarikh : 21 March 2017
Lokasi : Kuala Terengganu, Terengganu
Kumpulan Sasaran : Pegawai Awam & Pelajar sekolah
Aktiviti : Lawatan VCO
Tarikh : 19 April 2017
Lokasi : Klang, Selangor
Kumpulan Sasaran : Ahli keluarga kanak-kanak hilang
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 28 | 30
Aktiviti : Latihan Dalam Perkhidmatan
Tarikh : 15 Disember 2015
Lokasi : Johor
Kumpulan Sasaran : Pegawai Penyiasat & Penolong Pegawai Penyiasat
Aktiviti : Program Cegah Jenayah bersama PERMATA
Tarikh : 14 March 2017
Lokasi : Putra World Trade Centre (PWTC)
Kumpulan Sasaran : Rakyat Malaysia
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 29 | 30
Aktiviti : Program ‘Saya Sayang Saya’ bersama Digi Telecommunication
Tarikh : 3 Mei 2017
Lokasi : Kota Bharu, Kelantan
Kumpulan Sasaran : Pelajar & Guru
Aktiviti : Sesi perkongsian bersama My Radio
Tarikh : 2 Jun 2017
Lokasi : Bangsar
Kumpulan Sasaran : Masyarakat
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG
M U K A S U R A T 30 | 30
top related