pemindahan pembelajaran

Post on 21-Jun-2015

3.151 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pemindahan Pembelajaran

Oleh : Siti Norbaya bt Abdul RahmanSK Pasir Panjang, Port Dickson

Definisi

• Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran atau situasi baru yang berkaitan.

Proses Pembelajaran Gagne

• Antara 8 fasa proses pembelajaran Gagne, fasa generalisasi merupakan fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi.

• Pada fasa ini, individu berusaha mengingat kembali maklumat-maklumat berkaitan dalam stor ingatan panjang untuk diaplikasikan.

• Fasa kefahaman juga merupakan fasa proses pemindahan pembelajaran.

• Pada fasa ini, individu berusaha menggunakan konsep sedia ada serta ingatannya untuk memahami maklumat yang diterima dari rangsangan luar untuk membentuk satu konsep baru.

Fasa proses pembelajaran Gagne

• Fasa motivasi• Fasa kefahaman – berlaku proses pembelajaran• Fasa penyimpanan• Fasa ingatan• Fasa generalisasi – berlaku proses pembelajaran• Fasa prestasi• Fasa maklum balas

• Terdapat 3 proses pembelajaran lama yang mempengaruhi pembelajaran baru iaitu :a) pengkategorisasib) generalisasic) gangguan proaktif

• Pemindahan pembelajaran berlaku dalam 2 keadaan iaitu :a) pemindahan positif (positive transfer)b) pemindahan negatif (negative transfer)

Positive Transfer• Satu keadaan dimana hasil pembelajaran lama

dapat membantu pembelajaran baru.

Negative Transfer• Satu keadaan apabila pembelajaran lama

menganggu atau menghalang pembelajaran baru.

Jenis-jenis Pemindahan Pembelajaran

• Pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu :

a) Pemindahan mendatar (lateral transfer)b) Pemindahan menegak (vertical transfer)

Pemindahan Mendatar

• Merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama.

• Contoh : Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan.

Pemindahan Menegak• Merujuk kepada penambahbaikan

pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi.

• Melibatkan pembelajaran yang melibatkan prinsip, hukum dan teorem.

• Contoh : Murid-murid mempelajari konsep sisiempat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.

Jenis-jenis Pemindahan Pembelajaran Yang Lain

• Pemindahan bilateral• Pemindahan pengantara• Pemindahan set pembelajaran

Pemindahan Bilateral

• Dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education)

• Melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti pendidikan jasmani.

• Contoh : Latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.

Pemindahan Pengantara

• Pemindahan pengantara (mediated transfer) berlaku setelah menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru.

• Contoh : Selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.

Pemindahan Set Pembelajaran

• Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang.

• Contoh : Murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik.

Pemindahan Pembelajaran Negatif

• Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah :a) gangguan proaktifb) ganggunan retroaktifc) gangguan tabiat

Gangguan Proaktif

• Pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya.

• Contoh : Mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia

Gangguan Retroaktif

• Pembelajaran berikutnya menganggu pembelajaran sebelumnya.

• Contoh : Selepas belajar Bahasa Inggeris melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya.

Gangguan Tabiat

• Tabiat lama mengganggu tabiat baru.

• Contoh : Murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan.

Pemindahan Sifar

• Pemindahan sifar bermaksud TIDAK berlaku sebarang pemindahan.

• Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan.

• Berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru.

• Contoh : Menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi.

Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran

• Beberapa prinsip pemindahan pembelajaran adalah seperti berikut:a) Prinsip unsur kesamaanb) Prinsip banyak latihan asasc) Prinsip kepelbagaian rangsangand) Prinsip pengukuhan konsepe) Prinsip celik akalf) Prinsip pembelajaran untuk belajar

Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif

dalam p&p• Cadangan beberapa strategi dan prinsip untuk

meningkatkan pembelajaran positif dalam p&p, antaranya :1. Menentukan pencapaian objektif eksplisit2. Mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir3. Pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik4. Mengajar konsep dengan contoh sesuai

Menentukan pencapaian objektif eksplisit

• Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sblm pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran.

• Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.

Mengutamakan pemerolehan konsep & memupuk kemahiran berfikir• Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat

memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna.

• Contoh : Untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka, Wawasan”

Pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik

• Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka 2 prinsip berikut perlu dilaksanakan :a) Pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yg lebih kompleks.b) Mengaitkan antara matapelajaran2 contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik

Mengajar konsep dengan contoh sesuai

• Dalam aktiviti p&p, huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut.

• Contoh : Guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.

top related