pembinaan plot

Post on 07-Feb-2016

253 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Sastera

TRANSCRIPT

PEMBINAAN PLOT

Nur Amanina Binti BaharuddinShazzana Afiqah Binti ShamsulMuhammad Amin bin Hassan Bokhori

Plot

• Plot – kebijaksanaan untuk mengatur peristiwa-peristiwa mengikut masa yang tertentu supaya pergerakan cerita yang telah dirancang tidak terpesong.

• Daya ingatan yang baik diperlukan supaya watak-watak dapat memainkan peranan di dalam melaksanakan tugasnya sepertimana yang dihajati oleh si perancang.

Pendapat Tokoh

• Hassan Ibrahaim : plot sebagai jalan cerita. Bagaimana sebuah cerita itu dirangkaikan dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lain.

• Idrus (Teknik Mengarang Cerpen) : plot sebagai sesuatu yang ada di luar cerita yang tertulis dan yang kita baca kerana plot itu hanyalah ada dalam kepala pengarang sebelum mengarang, dan ada dalam kepala pembaca setelah membaca. Ia hanyalah suatu garis besar sahaja dari setiap kejadian yang langsung mempengaruhi cerita. (Hlm66)

• Marlies K. Danzinger dan W. Stacy Johnson (An Introduction to Literary Criticism) : plot sebagai.. ‘narrative of motived action involving some conflict or question which is finally resolved.’ (Hlm19)

• Kesimpulannya : plot itu ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak-watak dalam cerita itu.

• Hubungan di antara peristiwa-peristiwa dalam cerita hendaklah didasarkan kepada hukum sebab akibat.

• Gambaran gerak laku yang terlalu banyak dan dialog yang membazir tidak perlu dimasukkan ke dalam cerpen.

• Setiap ayat, dialog atau gerak laku hendaklah menggerakkan cerita itu ke depan, lebih terang menjelaskan pokok persoalan dalam cerpen yang berkenaan.

Langkah-langkah Menulis Cereka

Proses Penulisan Cereka Terbahagi Kepada 5 peringkat :

• Pemerolehan Bahan

• Pengeraman Idea

• Merangka Cerita

• Penulisan

• Penyemakan

Bagaimana Memperoleh Bahan?

Manfaatkan LIMA Deria @ Pancaindera

• Melalui pengalaman Diri

• Mendengar cerita dari orang lain

• Membaca pelbagai bahan

• Menonton

• Menyelidik

Pengeraman Idea Bagaimana?

Proses ini berlaku dalam minda

Bergantung pada sensitiviti dan kreativiti kamu

Proses ini mengambil waktu yang berbeza antara kamu dan rakan-rakan kamu

Ia dapat membantu penulis untuk menyusun idea dan pemikiran mereka.

Merangka Cerita : Bagaimana?

• I. Menentukan jalan cerita

• II. Menentukan watak

• III. Menentukan siapa pencerita

• IV. Menentukan latar, tempat, latar masa,

dan latar masyarakat

• V. Menyusun peristiwa berdasarkan sebab

akibat

Jenis-jenis Plot

• Plot Kronologis (Susunan A – Z)

• Dibina menurut urutan masa

• Mempunyai 3 tahap yang utama :

- Permulaan

- Klimaks

- Penyelesaian

Plot Bukan Kronologis (Susunan Z – ABC....Y- A)

• Keterbalikan plot kronologis

• Cerita dimulai dengan pengakhiran cerita, kemudian dibawa pulang kepada permulaan, bahagian sebelum pengakhiran dan peleraian.

Teknik Dalam Plot

Imbas Kembali Menggambarkan atau memerihalkan semula

Dialog

Monolog Dalaman

Imbas Muka

Monolog Luaran

Perbualan atau percakapan antara watak-watak

Ucapan secara dalaman iaitu pengucapan batin watak

Kata-kata yang diucapkan hanya didengar oleh watak yang bercakap sendirian

Gambaran peristiwa yang akan atau mungkin terjadi

Permulaan Cerita

• Setiap cerpen lazimnya terdiri daripada tiga bahagian – pengenalan, pertikaian, dan penyelesaian.

• Bahagian pengenalan dikenali juga sebagai permulaan cerita; pertikaian pula berada pada bahagian perkembangan atau pertengahan cerita; sementara bahagian penyelesaian berada pada tahap pengakhiran cerita.

• Sebagai pembuka cerita, ayat pertama dan atau perenggan pertama harus mempunyai upaya untuk segera menarik perhatian dan minat pembaca.

• Ayat pertama atau perenggan pertama yang mempunyai daya tarikan, daya pukauan pembaca menjadi permulaan cerita yang hidup dan wajar dengan persoalan yang akan dikemukakan.

• Sesungguhnya, amat wajar memulakan cerita dengan mengemukakan watak yang berada dalam situasi berkonflik, terutama pada watak utamanya.

• Watak utama yang berkonflik wajar ditampilkan sejak pada awal cerita lagi, kerana watak itulah yang akan melakukan pelbagai tindakan. Dialah yang punya cerita. Jadi biarlah dia terus bercerita sejak pada tahap permulaan lagi.

• Ayat pertama yang baik, perenggan pertama yang berjaya mempunyai upaya memberikan keterangan sebanyak mungkin tentang persoalan cerita kepada pembaca.

• Keterangan yang banyak itu akan memungkinkan pembaca memperoleh makna-makna yang tersirat, yang akan memberi kesan yang lebih terhadap persoalan yang cuba ditampilkan pengarang.

• Bentuk cerpen itu sendiri memang unik. Pendek, padat, ringkas, terhad dan ekonomi dalam jumlah watak, kata dan latar. Oleh itu, cerpen harus dimulai dengan pembukaan yang pendek, kejap dan padat, bertempo cepat dan mengundang minat membaca.

Antara Permulaan dan Pengakhiran

1 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 4

permulaan Pertengahan/perkembangan Pengakhiran

2 3

Konflik 2

Konflik 3

Konflik 4

5 Klimaks

6Peleraian Penyelarasan

Permulaan

• Selalunya agak sukar untuk memulakan cerita. Pada bahagian ini, sejak ayat pertama dan perenggan pertama diperkenalkan, pengarang seharusnya sudah mengemukakan beberapa perkara penting kepada pembaca.

• Perkara penting – watak-watak, permasalahan, latar, sudut pandangan, dan nada cerita yang dapat membayangkan tema atau persoalan.

• Hal ini penting diambil kira untuk memancing minat pembaca agar terus mengikuti perkembangan cerita selanjutnya.

Pertengahan/Perkembangan

• Dalam penulisan cerpen, begitu cerita memasuki bahagian pertengahan, perkara yang perlu diperhatikan ialah tentang pertimbangan beberapa aspek dalam cerita.

• Pada bahagian inilah terhimpun permasalahan utama pengarang yang harus ditentukan antaranya :

Berapa banyakkah peristiwa yang patut ditampilkan?

Apakah peristiwa yang dikemukakan secara berurutan, atau sebaliknya menggunakan teknik imbas kembalik?

Bagaimanakah mahu menceritakannya? Secara dialog, pemerian, laporan, pembauran antara semuanya, atau ada cara yang lain lagi?

Apakah yang wajar disarankan?

Siapakah yang akan berkonflik? Mengapa mereka berkonflik? Konflik yang bagaimanakah yang akan ditampilkan?

Apakah pula yang wajar digugurkan?

Adegan yang manakah yang patut dieksploit, dibabakkan dan atau dipanoramakan? Bagaimana pula caranya?

• Dalam hal ini, sesuatu cerita seharusnya berupaya memenuhi tiga tuntutan, ataupun dapat menghuraikan paling kurang tiga pertanyaan yang cukup dasar.

• Cerita dan struktur dalaman merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan apatah lagi untuk dinafikan sama sekali kehadiran unsur-unsurnya.

• Malah, cerita dan struktur berpadu dan mengalir mesra sejak tahap permulaan cerita hingga membawa ke muara pengakhiran cerita.

• Pada bahagian inilah watak akan saling berkonflik, menemukan krisis, malah berlaku segala-galanya yang berkaitan untuk mengisi ruang latar waktu dan tempat yang serentak menuju ke puncak cerita.

• Segala sesuatu yang dialami oleh watak-watak dalam ruang tersebut adalah ‘proses’ dalam sesebuah cerita.

• Proses itu dapat dirujukkan pada perkembangan dan aksi cerita yang terdapat dalam sesuatu ruang, yang dikenali sebagai bahagian pertengahan cerita.

• Bahagian pertengahan cerita adalah ‘proses’ yang bakal menjurus kepada suatu titik tertinggi atau puncak.

• Sedangkan inti pati ‘proses’ itu adalah perubahan, kerana apa yang muncul atau terjadi pada bahagian pengakhiran cerita pastilah tidak mungkin sama dengan apa yang berlaku pada permulaannya.

• Perubahan yang berlaku dapat ditelusuri lewat watak-watak yang saling beraksi dan berinteraksi, di samping hubungan antara watak dengan segala macam konflik yang merungkai setiap peristiwa.

• Dalam proses penciptaan cerpen, begitu cerita bermula, prosesnya tidak boleh diberhentikan lagi atau diganggu. Penceritaan semestinya terus mencetuskan reaksi untuk berkembang.

• Namun, perkembangannya tidaklah terlalu deras. Sebaik-baiknya berilah kesempatan kepada pembaca sedikit waktu supaya agak selesa untuk meneliti maklumat tentang lokasi, watak sampingan, dan terutamanya watak utama.

Pengakhiran cerita

• Penutup atau pengakhiran cerita amat penting bagi sesebuah cerpen kerana ia merupakan satu ciri bagi menandakan berakhirnya sesuatu cerita.

• Pengakhiran merupakan kesudahan atau penyelesaian sesebuah kisah yang ingin dipaparkan oleh pengarangnya.

• Pengakhiran cerita haruslah dititikberatkan. Malah, pengakhiran harus dilakukan dengan rapi agar tidak menimbulkan pengaruh negatif yang boleh menjejaskan sehingga pembaca atau pengkritik sastera dapat mengatakan bahawa cerpen itu belum selesai.

• Bahagian penamat akan menutup sesuatu kisah yang dipaparkan melalui sesebuah cerpen.

• Pada bahagian ini selalu hadir penyelesaian sesuatu konflik atau kemelut persoalan.

• Penamat sesebuah cerpen mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antaranya ialah untuk membantu pembaca mengetahui sesuatu cerita, persoalannya atau perutusannya dapat dipaparkan dengan selengkapnya oleh pengarang.

• Penamat juga mempunyai upaya mempengaruhi keberkesanan cerpen secara keseluruhannya.

Jenis Penamat Cerita • Dues ex machina

Maksud – dewa yang muncul dari mesin.

Penyelesaian secara ini dilakukan dengan mendadak bagi mengatasi sesuatu kerumitan.

Cerpen yang dimasukkan unsur ini sering ditamatkan dengan unsur ‘takdir ataupun kuasa Tuhan atau bencana alam’.

Penyelesaian begini boleh dianggap sebagai menggunakan unsur kebetulan dalam karya kreatif.

Unsur kebetulan dianggap sebagai suatu kelemahan dalam penceritaan.

• Keadilan Puitik

Suatu konsep pembalasan yang wajar tetapi sesuai dengan peranan masing-masing watak.

Watak yang baik dan berjasa akan memperoleh ganjaran yang bahagia ceria.

Sementara watak jahat atau pengacau akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kejahatan masing-masing.

Cerita yang demikian, menampilkan watak hitam putih dan amat mementingkan unsur moral dan didaktik.

• Pengakhiran Tidak Disangka (Surprise Ending)

Penamat cerita yang mengejutkan atau diluar dugaan para pembaca.

Umpamanya, setelah mengikuti perkembangan cerita sehingga ke bahagian pertengahan dan menyaksikan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh watak-watak, maka mungkin pembaca meramalkan suatu penyelesaian yang buruk akan berlaku, tetapi ternyata sebaliknya yang berlaku.

Ini merupakan suatu daripada penyelesaian yang menarik dan pembaca akan termenung memikirkannya dan tidak mustahil akan menghela nafas panjang.

• Tragedi

Pengakhiran begini merupakan penyelesaian cerita yang sedih, malang, dan tidak mustahil mengalirkan air mata.

Penamat sedemikian lebih banyak memberi kesan terhadap emosi pembaca dan berupaya memberi kepuasan emosi dan penjernihan jiwa.

Dari segi teknik penceritaan pengarangnya, mungkin pembaca dapat meramalkannya atau mungkin juga tidak.

• Pengakhiran Bahagia (Happy Ending)

Ini merupakan penyelesaian cerita yang membahagiakan, ceria dan menggembirakan watak-watak utama yang sekali gus dapat menggembirakan pembaca.

Ini dapat dinikmati setelah semua permasalahan dan konflik diatasi dengan baik.

• Tanda Tanya atau Terbuka

Pengakhiran begini merupakan penamat cerita yang tergantung dan terserlahlah kepada pembaca membuat pertimbangan sendiri berdasarkan daya fikir dan persiapan diri pembaca.

Cara ini boleh mencabar minda pembaca untuk membuat pelbagai andaian, tafsiran, dan tentunya ada alasan-alasan yang logik pula.

Sekian ..

Terima kasih

top related