pembinaan perisian pembelajaran berbantukan … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi...
Post on 29-May-2019
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK KEREAKTIFAN LOGAM
MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN 4
MIZARIME BINTI GHAZALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN 1 BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK KEREAKTIFAN LOGAM, MATAPELAJARN SAINS TINGKATAN EMPAT 1
SESI PENGAJIAN : 2003 /2004
_________MIZARIME BINTI GHAZALI (820424-01-5630)_______
(HURUF BESAR)
Saya
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF MADYA DR. SETH B. SULAIMAN Nama Penyelia
Tarikh : ____11 MAC 2004 _
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: NO.5, KG PARIT HJ YUSUF, SERI MEDAN,_____________ 83400 BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : __11 MAC 2004 1
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penyelia : PM. DR. SETH BIN SULAIMAN
Tarikh : 1 11 MAC 2004 1
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI TAJUK KEREAKTIFAN LOGAM
MATAPELAJARAN SAINS
TINGKATAN 4
MIZARIME BINTI GHAZALI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidkan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARY, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : 1 MIZARIME BINTI GHAZALI 1
Tarikh : 11 MAC 2004 1
iii
DEDIKASI
UNTUK ABAH,
GHAZALI BIN AHMAD
DAN EMAK,
MISLIHA BT ANSOR…
KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN KALIAN
MENJADIKAN DAKU SEORANG INSAN
YANG BERGUNA…
UNTUK KAKAK & ‘ABANG’,
SITI MIZARINA & NOR FAIZAL
TERIMA KASIH ATAS SEGALA TUNJUK AJAR
& PERTOLONGAN YANG DIBERIKAN,
TERIMA KASIH SEGALANYA…
UNTUK ADIK-ADIK TERSAYANG,
MIZAAZNUR,
MIZANURFAKHRI,
MIZANURHILMI,
MUHAMMAD MIZAAZRI,
MUHAMMAD MIZANURHANIF,
IKUTILAH JEJAK LANGKAH KAKAK-KAKAKMU
SEHINGGA BERJAYA…
UNTUK YANG TERISTIMEWA,
ABDUL RAHMAN B. ABD WAHAB
TERIMA KASIH KERANA MENYAYANGI
DAN MEMAHAMI DIRIKU…
Mimie sayang semua….
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian selayakNya bagi Allah S.W.T jua, Tuhan
pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia
Projek Sarjana Muda ini, PM Dr. Seth B. Sulaiman atas bimbingan, dorongan dan
nasihat yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah memberikan
dorongan dan semangat bagi menjayakan projek ini. Terima kasih kepada pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari
semua pihak amatlah dihargai dan segala jasa baik yang dicurahkan, moga-moga akan
mendapat balasan pahala daripada Allah S.W.T
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat yang pesat telah meningkatkan
kepentingan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah mahupun di rumah. Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan di sekolah-sekolah di negara kita yang mengaplikasikan teknologi maklumat
dan komputer adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Pembelajaran menggunakan perisian PBK
lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
kerana interaktivitinya yang tinggi dan kaedah penyampaian pengetahuannya yang
maya, dinamik dan menarik. Oleh itu, satu PBK bagi tajuk Kereaktifan Logam telah
dibangunkan. Perisian ini meliputi isi kandungan definisi kereaktifan logam, kereaktifan
logam dengan air, kereaktifan logam dengan asid, kereaktifan logam oksigen dan siri
kereaktifan logam. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian bahasa
gubahan atau pengarangan, Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama, Adobe
Premiere 6.5, Ulead 3D 3.0, Adobe Photoshop 6.0 dan lain-lain perisian sebagai perisian
sokongan.
vi
ABSTRACT
The rapid development in the field of information technology has increased the
importance of computer utilization in the teaching and learning process, whether in
school or at home. One of the methods that is being explored is the application of
Computer-Aided Instruction (CAI) software in teaching and learning in the nation. This
method is found to be more effective in the delivery of knowledge in view of its high
interactivity making learning more virtual, dynamic and interesting. Upon this
understanding, therefore, this handy software entitled Metal Reaction is develop. Its
content covers definition metal reaction, metal reaction with water, metal reaction with
acid, metal reaction with oxygen and metal reaction series. This software was developed
using the authoring language software, Macromedia Authorware 6.5 as the main
software, Adobe Premiere 6.5, Ulead 3D 3.0, Adobe Photoshop 6.0 and other softwares
as the supporting softwares.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latarbelakang Projek.
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Kepentingan Projek
-
-
ii
iii
iv
v
vi
vii
1
3
4
7
7
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Berita tentang kecanggihan teknologi maklumat sering dipaparkan melalui
media cetak dan media eletronik. Penggunaan komputer semakin penting dalam
kehidupan seharian sama ada di pejabat ataupun di rumah. Wawasan 2020 menghadapi
cabaran masyarakat yang hidup berasaskan sains dan teknologi sebagai salah satu
agenda penting. Namun begitu kita tidak pasti sejauhmana pelajar sekolah masa kini
bersedia menghadapi situasi sedemikian.
Dewasa ini, orang yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan
yang luas dalam bidang komputer boleh dianggap sebagai sumber atau aset yang sangat
berharga kepada masyarakat industri. Sebaliknya manusia yang jahil atau tidak
mempunyai pengetahuan langsung terhadap komputer, boleh dikenali sebagai buta
komputer dan dianggap sebagai penghalang kemajuan sesebuah negara yang
kemajuannya berasaskan teknologi maklumat (Lim, 1995).
Pelajar yang tamat pengajiannya tanpa mendapat pendedahan yang sewajarnya
terhadap komputer juga boleh dianggap sebagai masih belum mengalami proses
pendidikan yang sempurna. Buta komputer perlu dibasmi dengan segera sebagaimana
usaha kerajaan membasmi buta huruf suatu ketika dahulu. Apabila wujud konsep
globalisasi, dunia tanpa sempadan dan konsep-konsep lain yang wujud akibat
perkembangan maklumat yang pesat, dunia perniagaan dan industri memerlukan
pekerja yang berkebolehan menggunakan teknologi komputer (Molnar, 1980).
Luehrman (1983) telah rnenyokong pendapat Molnar dengan mengatakan
bahawa kejahilan orang ramai terhadap komputer akan membawa kepada krisis negara.
Beliau menganggap kebolehan untuk menggunakan peralatan yang berasaskan
komputer adalah sama pentingnya dengan kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira). Menurut Luehrman lagi, perhubungan adalah asas kepada konsep literasi, dan
untuk berhubung dengan komputer seseorang individu itu perlu pengaturcaraan supaya
komputer itu boleh berfungsi dengan baik.
Sebagai menyahut kepelbagaian teknologi yang kian berkembang, Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum, telah melaksanakan
projek Literasi Komputer pada tahun 1992. Di antara objektif utama pelaksanaan
program ini ialah untuk memupuk sikap positif pelajar terhadap penggunaan komputer
di samping bertujuan supaya pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai kegunaan komputer khususnya perkakasan dan perisian sesuai dengan zaman
teknologi maklumat (Kementerian Pendidikan, 1992).
Rasional mengapa projek komputer dilaksanakan ialah apabila dunia komputer
sudah berada di hadapan mata, maka ia perlu diperkenalkan kepada pelajar . Tambahan
pula, para pendidik di serata dunia melaung-laungkan kepentingan komputer untuk
pelajar di alam persekolahan. Ibu bapa pula mula menggesa sekolah membeli komputer
untuk kegunaan anak-anak mereka (Rashidah,1995). Mereka berpendapat eksplorasi
komputer menggabungkan pembelajaran metakognitif dan pemikiran logikal.
Dalarn konteks Malaysia lebuhraya maklumat khususnya Koridor Raya
Multimedia(MSC) semakin terbentuk dan akan berkembang pesat tidak lama lagi.
Tarikh pelaksanaan Sekolah Bestari (Smart School) juga semakin lama semakin dekat.
Senario ini memberi kesan yang positif kepada seluruh masyarakat khususnya guru dan
pelajar. Pembelajaran berbantukan komputer sepatutnya bukan sesuatu yang
menakutkan (fobia) sebaliknya patut menjadi sesuatu yang menarik dan memberi
faedah kepada semua lapisan masyarakat. Sekolah Bestari akan gagal jika guru dan
pelajar takut kepada komputer ( Zoraini Wati Abas, 1997). Sebab itulah pembelajaran
berbantukan komputer amat penting.
Besag dan Levine (1984) berpendapat pada tahap asas penggunaan komputer
adalah kebolehan membaca dan menulis dengan menggunakan bahasa sendiri.
Manakala definisi yang lebih luas, ia bukan setakat boleh membaca sahaja tetapi juga
boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan
seharian.
Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan
hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat
yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, penggunaan komputer sebagai
alat bantu mengajar adalah bermaksud mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak
boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer
berbuat sesuatu yang dikehendaki.
1.2 Latarbelakang Projek.
Pada dewasa ini, penggunaan komputer semakin meluas di gunakan dalam
pelbagai bidang. Sejajar dengan itu, pelbagai ikhtiar telah diambil oleh kerajaan,
masyarakat dan individu untuk mempelajari dan memperlengkapkan diri dengan ilmu
komputer supaya kerajaan, masyarakat dan individu dapat bersaing dalam dunia
teknologi ini. Salah satu bidang yang kini memperlihatkan penggunaan komputer yang
meluas ialah bidang pendidikan. Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting
untuk mencapai matlamat yang disasarkan ini.
Berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional, sistem pendidikan
sekarang lebih tertumpu kepada pembelajaran interaktif di mana ia merupakan
pembelajaran dua hala yang melibatkan interaksi antara guru dan pelajar, maka
pembinaan perisian ini adalah satu usaha yang baik untuk menarik minat pelajar. Untuk
tujuan ini, pendekatan cara pengajaran yang sedia ada perlu dikaji dan dipertimbangkan
semula untuk mencabar minda pelajar dan menyesuaikan cara pengajaran dan bentuk
pembelajaran selari dengan penggunaan komputer. Perisian yang dibangunkan dengan
baik dapat merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan behaviorisme
dan kognitif.
Penggunaan komputer dalam pendidikan di Malaysia hanya bermula pada lewat
70-an. Projek Perintis Literasi Komputer (Computer Literacy Pilot Project) dan aktiviti
ko-kurikulum Kelab Komputer Sekolah (School Computer Club Co-Curricular
Activities) telah disarankan oleh pihak Kementerian Malaysia (KPM) dalam usaha
untuk mempergiatkan penggunaan komputer di peringkat sekolah (Ngan, 1994).
Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad secara rasminya telah
mengumumkan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor, MSC) dalam
ucapan beliau semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995.
Kerajaan telah menggariskan 7 aplikasi perdana untuk menjayakan MSC.
Antaranya termasuklah projek pembentukan Sekolah Bestari. Sejajar dengan
perkembangan ini, pada tahun 1996 KPM telah menggubal konsep Sekolah Bestari
yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kristis dan kreatif.
Kerajaan berusaha menubuhkan sekolah bestari yang dilengkapi dengan perkakasan IT
dan multimedia. Penggubalan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang celik
teknologi dan berupaya menghadapi cabaran zaman teknologi maklumat. Alat
teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah
Bestari. Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada
teknologi komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam
sistem pendidikan
1.3 Pernyataan Masalah
Di Malaysia, walaupun kerajaan telah melaksanakan program "Pengenalan
Kepada Komputer’ pada tahun 1986, kita tidak pasti secara terperinci dan menyeluruh
sejauhmanakah pelajar telah menguasai teknologi komputer ini secara berkesan. Selain
daripada itu, walaupun kajian sudah dan pernah dijalankan oleh beberapa penyelidik
tentang penggunaan komputer pelajar, kita tidak pasti adakah semua pelajar telah celik
komputer sedangkan mereka merupakan penentu kemajuan negara pada masa akan
datang. Jika pelajar celik komputer dapat menguasai kaedah pembelajaran berbantukan
komputer yang dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang konsep-konsep
sains.
Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia yang ingin menjadikan semua
sekolah di Malaysia menjelang tahun 2010 sebagai sekolah bestari, jadi semua masalah
yang berkaitan dengan sistem pembelajaran perlulah diperbaiki dengan sebaik
mungkin. Antara masalah yang sering dihadapi dalam sistem pembelajaran tradisional
ialah :
1. Latar belakang pendidikan pelajar yang berbeza-beza menghalang
tercapainya objektif pembelajaran yang dikehendaki.
2. Sistem pembelajaran tradisional menghalang pelajar daripada menentukan
cara pembelajaran mereka sendiri dimana semua sistem pembelajaran
telah ditentukan oleh guru yang boleh mendatangkan kebosanan pada
pelajar.
3. Guru sukar untuk menerangkan topik-topik yang agak sukar untuk difahami
pelajar dengan menggunakan teks sahaja.
4. Pelajar sukar untuk mengingati fakta-fakta penting dalam pembelajaran.
5. Guru sukar untuk menyediakan alat bantu mengajar yang boleh menarik
perhatian pelajar dalam sesi pembelajaran. Oleh sebab itu guru sering
mengelakkan diri daripada menyediakan alat bantu mengajar dan
menyebabkan penglibatan pelajar yang minimum seterusnya
menghasilkan sesi pembelajaran yang membosankan.
Kebanyakan masalah di dalam proses pengajaran dam pembelajaran berpunca
dari pelajar dan guru itu sendiri. Sikap guru itu sendiri yang tidak mahu melibatkan diri
dengan resolusi teknologi dalam pendidikan menyebabkan pelajar tidak bersedia untuk
menempuh zaman serba maju ini (Zaleha ,1996).
Pembangunan perisian PBK adalah salah satu cara untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul dalam pembelajaran. Antara sebab yang menjadikan
PBK ini sebagai penyelesaian masalah ialah :
1. Interaktif. Perisian PBK yang dibina dapat mewujudkan interaksi dua hala di
antara pelajar dan perisian. Masalah dapat di atasi malah
meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana pembelajaran secara
aktif akan berlaku dimana pelajar akan berinteraksi secara dua hala
dengan perisian PBK ini. Cara ini juga dapat menaikkan semangat dan
mewujudkan daya saing di antara pelajar.
2. Kemungkinan pelajar berminat untuk terus belajar adalah tinggi sekiranya
PBK yang mempunyai kaedah penyampaian yang menarik
dibangunkan. Kemunculan mikrokomputer dalam bilik darjah dapat
menaikkan semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu
yang baru dalam hidup mereka
3. PBK yang membenarkan penggunanya belajar mengikut kemampuan dan
kebolehan mereka sendiri akan menimbulkan keseronokkan dan minat
di dalam diri pelajar terhadap sesi pembelajaran.
4. Kebolehpilihan untuk menentukan waktu belajar sendiri membuatkan
pelajar rasa lebih bebas untuk menentukan waktu belajar mereka
sendiri
5. Penggunaan PBK yang melibatkan pelbagai unsur multimedia dapat
memudahkan penerangan seterusnya mengekalkan segala informasi
yang telah dipelajari
6. Aplikasi komputer di dalam proses pembelajaran dapat menyediakan
pembelajaran kendiri yang peka dan sensitif terhadap keperluan
pelajar. Ia meningkatkan keyakinan pada pelajar dimana tiada lagi
perasaan malu yang timbul untuk bertanyakan soalan atau
memberikan jawapan walaupun jawapan yang diberikan salah.
Projek pembelajaran berbantukan komputer ini diharap dapat membuka mata
para pendidik untuk melibatkan diri mereka di dalam resolusi teknologi dalam
pemdidikan. Projek ini juga merupakan satu usaha ke arah menghasilkan satu perisian
pembelajaran Sains yang mengikut sukatan pelajaran Negara kita dalam meningkatkan
pembangun-pembangun perisian dari kalangan pendidik.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah untuk : a) Membina satu perisian PBK bagi tajuk Kereaktifan Logam dalam mata
pelajaran Sains Tingkatan 4
b) Meningkatkan pemahaman yang bermakna dan maksimum kepada pelajar
begi konsep Kereaktifan Logam melalui penggunaan PBK yang dibina.
1.5 Kepentingan Projek
Bagi mengatasi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran tradisional
dan masalah kekurangan perisian PBK yang memenuhi sukatan pelajaran Kementerian
Pendidikan Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu serta mempunyai kaedah
pengajaran yang berkesan, maka perisian yang dibina ini merupakan salah satu
alternatif untuk mengatasi masalah –masalah yang dinyatakan diatas.
Perisian ini dapat memberi gambaran dan penjelasan yang mudah bagi pelajar
memahami konsep abstrak. Pelajar akan dapat mengetahui siri kereaktifan logam
dengan lebih berkesan kerana perisian ini dilengkapi dengan penggunaan animasi.
Penggunaan video pula mendedahkan pelajar kepda pelajaran yang lebih realistik.
Untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam proses pembelajaran, penggunaan
unsur-unsur multimedia dan perisian yang interaktif telah menjadikan proses
pengajaran lebih menarik.
Perisian yang dibina ini juga dapat menggalakkan pelajar mempunyai sikap
yang positif terhadap mata pelajaran kereaktifan logam. Ini kerana pelajar diberi
peluang untuk belajar mengikut keupayaan, kehendak, minat dan masa pembelajaran
pelajar itu sendiri.
top related