pembinaan modul pembelajaran kendiri bagi · pdf filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi...
Post on 07-Feb-2018
267 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB
KETURUNAN DAN VARIASI
MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL :PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA (820627-01-5470)
(HURUF BESAR)
Saya
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN Nama Penyelia
Tarikh : 9 MAC 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: K-9 JALAN KOLAM AIR, FELDA TENANG, 85300 LABIS, SEGAMAT, JOHOR. Tarikh : 9 MAC 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : _____________________
Nama Penyelia: PM DR. SETH BIN SULAIMAN
Tarikh : 9 MAC 2004
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN
VARIASI
MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
ii
PERAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _____________________
Nama Penulis : Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa
Tarikh : 9 MAC 2004
iii
DEDIKASI
Kepada ayahanda dan bonda Hj Esa bin Hj Ismail dan Hjh Asiah Hj Md Ali yang
telah membesar dan mendidik diriku agar menjadi insan berguna….
Buat saudara-saudaraku,
Abang,
Mohd Kyalil Usyairi Esa dan Fauziana Mohd Zaker
Kak Ngah,
Mizatul Fairuz Esa dan Noradnan Masoud
serta
Mizatul Aina Alya Syafiah Noradnan
Nurul Faezah Esa, Umi Umairah Esa, Noor Mahfuzah Esa dan Nur Atikah Esa
dan yang teristimewa
Mohd Hafiz Hj Mohd Kamisan
Terima kasih di atas sokongan yang kalian berikan
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapatlah penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Walaupun projek ini
mencabar, tetapi sebagai mahasiswa yang berdedikasi haruslah menyiapkannya dengan
tekun dan sabar.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Seth bin
Sulaiman di atas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta masa yang telah
diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi semangat dan membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada
semua pihak yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik yang
dicurahkan diucapkan terima kasih.
v
ABSTRAK
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah satu bahan untuk membantu guru di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia dibina berdasarkan tajuk Keturunan dan Variasi.
Ia digunakan oleh pelajar sama ada di dalam kelas atau di rumah. Pembinaan MPK
adalah berdasarkan kepada Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Kajian yang
dijalankan adalah untuk menilai status kesesuaian MPK Keturunan dan Variasi bagi
mata pelajaran Sains tingkatan empat. Persoalan kajian membabitkan kesesuaian
objektif pembelajaran, isi kandungan, latihan dan aktiviti murid serta keseluruhan MPK.
Alat kajian yang digunakan bagi mencari status kesesuaian MPK ialah skala
pemeringkatan untuk Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (ubah suai
Shaharom 1994) dan analisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan peratus.
Hasil daripada analisis yang dijalankan, MPK ini sesuai digunakan untuk para pelajar
tingkatan empat bagi mata pelajaran Sains.
vi
ABSTRACT
Self Instructional Modules (SIMs) are materials used in teaching and learning
process. SIMs are constructed based on sub topics of Heredity and Variation and can be
used at students own convenience either in the classroom or at home. The development
of SIMs was based on Shaharom’s Core-Branch Model (1994). This study includes the
evaluation on the suitability of SIMs for Form Four Science Students. The research
questions looked into the affections of learning objectives, contents, activities and
exercises and the also whole of SIMs. The research instrument used was the rating scale
for Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (Shaharom 1994). Descriptive
statistics were used to analyze the data using means and percentages. Result showed that
SIMs are suitable as teaching and learning materials for form four students in Science
subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
viii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Rangka Kerja Konsep 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Istilah 8
1.8.1 Bahan Pengajaran 9
1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 9
1.8.3 Kesesuaian 9
BAB II SOROTAN KAJIAN 10
2.0 Pengenalan 10
2.1 Model-model MPK 10
2.1.1 Model Burns 11
2.1.2 Model Klingstedt 12
2.1.3 Model de Vito-Krockover 13
2.1.4 Model Meyer 14
2.1.5 Model Teras-Cabang Shaharom 15
2.1.5.1 Rasional 16
2.1.5.2 Aktiviti Utama 16
2.1.5.3 Praujian 17
2.1.5.4 Objektif Pembelajaran 17
2.1.5.5 Isi Kandungan dan Aktiviti
Pembelajaran Teras 17
2.1.5.6 Ujian Diagnostik 17
2.1.5.7 Bahagian Pemulihan 18
ix
2.1.5.8 Bahagian Pengayaan 18
2.1.5.9 Maklum Balas 18
2.1.5.10Rujukan 19
2.2 Modul di Luar Negara 19
2.3 Kajian tentang pembinaan MPK dalam
bidang Sains 20
BAB III REKA BENTUK MODUL 23
3.0 Pengenalan 23
3.1 Reka Bentuk Kajian Kesesuaian Modul 24
3.2 Tajuk-Tajuk MPK 24
3.2.1 MPK 1 : Proses Pembahagian Sel
dan Pewarisan Sifat 25
3.2.2 MPK 2 : Penentuan Seks Anak dan
Kejadian Kembar pada Manusia 25
3.3 Penilai-penilai Kesesuaian Modul 25
3.4 Alat Kajian Kesesuaian Modul 26
3.5 Kaedah Analisis Data 27
3.6 Tatacara Proses Pembinaan Modul 29
3.6.1 Komponen Teras 32
3.6.1.1 Objektif Pembelajaran 32
3.6.1.2 Isi Pelajaran 33
3.6.1.3 Latihan dan Aktiviti Pelajar 33
3.6.1.4 Penilaian Kendiri dalam bentuk
Ujian Diagnostik 33
3.6.2 Komponen Cabang 34
3.6.2.1 Bahagian Pengayaan 34
3.6.2.2 Bahagian Pemulihan 34
3.6.2.3 Bahagian Jawapan 34
3.7 Peraturan Menggunakan Modul 35
x
3.8 Menyediakan Modul 35
3.9 Penutup 35
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 36
4.0 Pengenalan 36
4.1 Dapatan Kajian 37
4.1.1 Persoalan Kajian 1 37
4.1.2 Persoalan Kajian 2 38
4.1.3 Persoalan Kajian 3 40
4.1.4 Persoalan Kajian 4 42
4.1.5 Persoalan Kajian 5 45
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN 47
5.0 Pengenalan 47
5.1 Perbincangan 48
5.2 Cadangan 49
5.3 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 51
BIBLIOGRAFI 53
LAMPIRAN A 55
LAMPIRAN B 61
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka kerja konsep penyelidikan 6
2.1 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 16
3.1 Proses Pembinaan Modul 29
3.2 Rangka kerja pembinaan MPK
(ubahsuai Sazila, 2002) 31
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 27
3.2 Item-item yang diuji 27
3.3 Pengelasan Pemeringkatan Likert 28
3.4 Pemarkatan skala Likert yang dipermudahkan 28
3.5 Pengelasan skor min yang dipermudahkan 28
4.1 Penilaian kesesuaian bagi objektif pembelajaran yang
terdapat dalam MPK 37
4.2 Penilaian kesesuaian modul bagi isi pelajaran
MPK 39
4.3 Penilaian kesesuaian bagi aktiviti yang terdapat
dalam MPK 41
4.4 Penilaian kesesuaian modul bagi keseluruhan MPK 43
4.5 Penilaian kesesuaian bagi aktiviti pengayaan
dan pemulihan 45
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN BUTIRAN
MPK Modul Pembelajaran Kendiri
P&P pengajaran dan pembelajaran
SIMs Self Instructional Modules
SPN ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPSS Statistical Package For Social Science For Windows
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran
Kendiri (MPK) 55
B Surat Akuan Fakulti 61
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Jika diperhatikan secara sepintas lalu, senario pengajaran di dalam kelas yang
mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan guru yang mengajar pula menggunakan
kaedah tradisional dan tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran, akan menyebabkan
implikasi pengajaran yang kurang berkesan. Justeru itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran penekanan yang lebih harus di berikan kepada pembelajaran berpusatkan
pelajar dan bukannya pengajaran yang berpusatkan guru. Impaknya kepada para pelajar
ialah proses pembelajaran dan objektif pembelajaran berkemungkinan besar tidak
tercapai.
Oleh yang demikian, pelbagai penyelidikan telah dibuat bagi mencari satu
kaedah yang berkesan dalam pendekatan pengajaran. Bagi mengatasi masalah tersebut,
guru perlu cekap dan kreatif dalam memilih strategi pengajaran yang sesuai supaya para
pelajar akan menanamkan minat untuk terus belajar berikutan pelbagai karenah pelajar
yang bakal di hadapi. Ini kerana, strategi dan langkah yang diambil oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bakal memberikan kesan kepada prestasi dan
pencapaian pelajar.
Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang guru untuk menerima pelbagai
karenah dan perangai pelajarnya. Sememangnya guru tidak terlepas daripada
menghadapi pelbagai masalah dalam proses pengajarannya terutamanya apabila
terpaksa melaksanakan kurikulum. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran di
dalam kelas bagi mencapai objektif pembelajaran. Pelajar pula mengeluh mengatakan
bahawa pelajaran yang diterimanya terlalu padat menyebabkan proses pembelajaran
menjadi tidak menarik dan membosankan. Pelajar akan mudah bosan dengan
pengajaran yang berkonsepkan ‘kapur dan papan hitam’ kerana mereka lebih cenderung
untuk belajar dengan kaedah yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Idea baru perlu diperkenalkan dalam pendekatan kepada pengajaran yang
berpusatkan pelajar. Justeru itu, guru hendaklah mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya dalam membentuk strategi pengajarannya bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai.Ini menunjukkan guru memainkan peranan yang penting dalam
persediaan bagi menyusun strategi pengajaran untuk memastikan objektif pembelajaran
tercapai dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan dinamik. Hujah
ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat Kong Yoon Tiam (1991) yang telah
merumuskan 5 sebab mengapa guru harus bersedia dengan pelbagai strategi.
1. Lain pelajar lain cara belajarnya dalam keadaan berbeza
2. Ada pelajaran yang lebih sesuai diajarkan dalam strategi yang tertentu sahaja
3. Objektif yang pelbagai memerlukan pendekatan yang pelbagai corak
4. Hanya kebolehan guru yang dapat menentukan keberkesanan strategi
5. Faktor iklim seperti masa, keupayaan, kemudahan dan lain-lain memerlukan
strategi tertentu
1.1 Latar Belakang Masalah
Kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar seperti dari segi minat
terhadap mata pelajaran, latar belakang, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain lagi
sememangnya disedari oleh golongan pendidik. Dalam beberapa keadaan, mereka
mampu untuk membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh individu pelajar
berkenaan akibat dari perbezaan tadi. Walaubagaimanapun dalam pengajaran dan
pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar biasanya terikat kepada turutan
pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang sama seperti yang dialami oleh rakan-
rakan mereka yang lain. Konsep pengajaran individu yang ideal dalam sesebuah bilik
darjah akan dapat dipertingkatkan jika sesuatu mata pelajaran tertentu dipecahkan
kepada beberapa tajuk-tajuk kecil supaya ia mudah dibaca atau digunakan dan kaedah
yang sistematik dapat diwujudkan untuk menguruskannya (Burns, 1971). Oleh yang
demikian, alternatif yang sesuai perlu dicari bagi memantapkan pelajar supaya
pengajaran yang berorientasikan pelajar itu sendiri dapat diwujudkan. Salah satu kaedah
yang dianggap mudah ialah dengan membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang
berturutan dalam bentuk Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) atau dikenali juga
sebagai modul sahaja (Shaharom dan Yap 1992).
Tidak dinafikan bahawa pada masa kini terdapat satu pendekatan popular dalam
pendidikan berkenaan dengan penggunaan MPK dalam pengajaran dan pembelajaran
memandangkan para pelajar memerlukan pengalaman melakukan sesuatu dengan
berjaya dan melakukannya mengikut kebolehan sendiri. MPK adalah satu alternatif atau
cara bagi memupuk dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar untuk belajar
sendiri tanpa bergantung kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, ia juga merupakan pembelajaran yang lebih menjurus kepada pembelajaran
terarah kendiri (self-directed learning). Secara amnya semua MPK yang dibina
mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu ia dipelajari secara bersendirian dan mengikut
kadar masa tertentu mengikut kesesuaian sesuatu objektif pembelajaran. Pembinaan
modul juga diselaraskan dengan Sukatan Mata pelajaran Sains Tingkatan Empat
Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping mengekalkan pendekatan sistem yang
diamalkan sekarang, langkah ini juga boleh membuatkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku lebih bersifat humanistik. Ini adalah sejajar dengan usaha
kerajaan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
emosi, jasmani dan rohani (Falsafah Pendidikan Negara, 1990).
Selain itu, pembinaan MPK ini juga dilihat dari segi aspek minat pelajar
terhadap cara pembelajaran kendiri. Biasanya pelajar lebih gemar untuk belajar sendiri
dan merujuk kepada guru apabila perlu. Pelajar mempunyai cara atau kaedah
pembelajaran yang berbeza. Oleh yang demikian, guru perlu peka tentang keadaan ini
dan cuba mengambil strategi yang berkesan bagi memperbaiki mutu dan kualiti
pencapaian pelajar. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan bagi menarik minat pelajar
dalam pembinaan modul ini. Antaranya adalah matlamat atau objektif pembelajaran
yang jelas, mutu persembahan, isi kandungan pelajaran, aktiviti yang sesuai dan
motivasi untuk belajar yang boleh diselitkan.
Justeru MPK juga merupakan satu inisiatif dalam melatih pelajar menyesuaikan
diri dengan pembelajaran di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi yang
lebih cenderung kepada pembelajaran kendiri. Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan
kenyataan Burns (1972) iaitu satu cara yang dapat membantu pendidik menangani
masalah perbezaan individu di kalangan pelajar adalah dengan mengindividukan
pengajaran menerusi pengubahsuaian terhadap bahan dan aktiviti pembelajaran tanpa
mengubah pendekatan sistem yang diamalkan. Di samping itu, bahan MPK juga boleh
digunakan bagi tujuan pengayaan dan pemulihan. Bahan MPK ini jika dibentuk dengan
teliti menggunakan kaedah yang betul, ia boleh membantu para pelajar menguasai
aspek-aspek tertentu dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Pembelajaran bermodul
menggunakan MPK bertujuan untuk membolehkan pelajar meneruskan proses
pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar kendiri (Shaharom dan Yap,
1991).
1.2 Pernyataan Masalah
Memandangkan terdapatnya para pelajar yang menghadapi masalah untuk
mengikuti pengajaran guru di dalam kelas khususnya dalam mata pelajaran Sains, maka
satu strategi yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya ialah dengan menghasilkan
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) untuk kegunaan pelajar tersebut.
1.3 Objektif Kajian
Di akhir kajian ini diharapkan penyelidik dapat :
(i) Membina dua Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) yang bertajuk
Keturunan dan Variasi iaitu MPK 1 : Proses Pembahagian Sel dan
Perwarisan Sifat dan MPK 2 : Penentuan Seks Anak dan Kejadian
Kembar pada Manusia berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains
KBSM Tingkatan Empat
(ii) Menilai kesesuaian MPK Keturunan dan Variasi oleh pelajar tahun 4
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains (SPN)
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam proses pembinaan modul ini adalah seperti berikut :
(i) Adakah semua objektif modul adalah jelas dan mampu dicapai oleh para
pelajar?
(ii) Adakah isi kandungan MPK yang dibina bersesuaian dan merangkumi
sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan Empat ?
(iii) Adakah aktiviti yang terdapat di dalam MPK bersesuaian dengan tajuk
dan menimbulkan minat para pelajar?
(iv) Adakah penilaian kesesuaian modul oleh pelajar 4 (SPN) ke atas MPK
Keturunan dan Variasi yang dibina menunjukkan ia sesuai digunakan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains
Tingkatan Empat ?
(v) Adakah bahagian pengayaan dan pemulihan membantu para pelajar
memahami konsep dan isi kandungan pelajaran ?
top related