pembentangan linus 2.0 ppd ks dialog prestasi kppm 2013 edit 290713
Post on 29-Nov-2015
342 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Di antara objektif Program NKRA-LINUS 2.0 bagi Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan adalah ;
- Meningkatkan pencapaian LINUS 2.0 bagi Daerah Kinta Selatan dengan
memastikan semua murid Tahun 3 berkeupayaan menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas.
- Memastikan murid “Tidak Menguasai” yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas mendapat pemeriksaan pegawai perubatan dan
tindakan lanjut boleh diambil.- Memastikan tiada lagi masalah murid “Tidak Menguasai” yang tidak
hadir. - Memastikan sekolah-sekolah melaksanakan program yang berkesan
untuk murid “Tidak Menguasai” dan diketengahkan untuk penambahbaikan dan digunapakai oleh sekolah-sekolah lain.
STATISTIK SEKOLAHPPD KINTA SELATAN
JENIS SEKOLAH BILANGAN
SK 31
SKMOA 3
SJK ( C ) 22
SJK ( T ) 9
JUMLAH 65 BUAH SEKOLAH
LINUS PPD KINTA SELATAN
ANALISIS PERBANDINGAN DATA
SARINGAN 1
(TAHUN 1, 2 & 3)
LITERASI & NUMERASI
PROGRAM NKRA – LINUS 2.0
TAHUN 2013
NAMA MBK THTIDAK MENGUASAI MENGUASAI
JUM MURID % LULUSK1-K2 K3-K12 K1-K12
PPD KINTA SELATAN 0 3 185 585 1668 2438 68.42%
NAMA MBK THTIDAK MENGUASAI MENGUASAI
JUM MURID % LULUSK1-K2 K3-K12 K1-K12
PPD KINTA SELATAN 0 3 71 356 2011 2438 82.49%
SEKOLAH PENCAPAIAN RENDAH
SK. ULU GERUNTUM 0 0 13 10 0 23 0.00%
SJKT LADANG KOTA BAHROE 0 0 0 3 0 3 0.00%
NAMA MBK THTIDAK MENGUASAI MENGUASAI
JUM MURID % LULUSK1-K2 K3-K12 K1-K12
PPD KINTA SELATAN 4 2 72 347 1981 2400 82.54%
NAMA MBK THTIDAK MENGUASAI MENGUASAI
JUM MURID % LULUSK1-K2 K3-K12 K1-K12
PPD KINTA SELATAN 4 2 34 187 2179 2400 90.79%
NAMA MBK THTIDAK MENGUASAI MENGUASAI
JUM MURID % LULUSK1-K2 K3-K12 K1-K12
PPD KINTA SELATAN 8 6 30 148 2326 2504 92.89%
NAMA MBK THTIDAK MENGUASAI MENGUASAI
JUM MURID % LULUSK1-K2 K3-K12 K1-K12
PPD KINTA SELATAN 8 6 34 69 2401 2504 95.89%
ISU-ISU LINUS DI SEKOLAH
BIL ISU Tindakan / Komen FasiLINUSNama sekolah
terlibat
1. MASALAH PENGURUSAN SISTEM FAIL LINUS.
Pegawai FasiLINUS telah menjelaskan sepenuhnya maklumat berkaitan fail yang perlu dilengkapkan.
- Panduan dan rujukan diberikan sebagai format melengkapkan fail.
SJKC Lawan Kuda Baru, Gopeng.
SK. Kota Baharu.
2. PIHAK PENTADBIR SEKOLAH KURANG MENGENALI MURID “TIDAK MENGUASAI”.
FasiLINUS meminta pihak pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan murid “Tidak Menguasai” daripada guru Penyelaras LINUS di sekolah tersebut.
SK. Tualang Sekah
ISU-ISU SEKOLAH DALAM SELIAAN
BIL ISU Tindakan / Komen FasiLINUS Nama sekolah terlibat
3. TIDAK HADIR KE SEKOLAH / MASALAH PONTENG SEKOLAH.
Pihak sekolah telah mengambil tindakan mengikut prosedur HEM yang telah ditetapkan dan menggunakan pihak PIBG untuk memberi nasihat.
- Masalah disebabkan oleh : keluarga miskin, ibu bapa/ penjaga tidak berpendidikan dan tinggal dengan nenek/datuk.
- Tidak mendapat kerjasama dari waris/penjaga
SK. Sungai Itek, Gopeng.
SK. Ulu Geruntum.
SJKC. Lawan Kuda Baru, Gopeng.
ISU-ISU SEKOLAH DALAM SELIAAN
BIL ISU Tindakan / Komen FasiLINUS Nama sekolah terlibat
4. IBU BAPA TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA.
Pihak sekolah dan PIBG bekerjasama untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mata pelajaran Bahasa Malaysia.
SJKC. Lawan Kuda Baru
SJKC. Ying Sing, Malim Nawar.
5. TIDAK MENULIS RPH MENGIKUT FORMAT YANG DISARANKAN. (KSSR + LINUS)
Pegawai FasiLINUS telah memberi teguran dan memberi contoh format penulisan RPH yang telah ditetapkan.
- Tiada objektif dan refleksi murid “Tidak Menguasai”.
SJKC. Ying Sing, Malim Nawar.
ISU-ISU SEKOLAH DALAM SELIAAN
BIL ISU Tindakan / Komen FasiLINUS Nama sekolah terlibat
6. TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN SEPATUTNYA SETELAH SARINGAN DIJALANKAN.
Selepas beberapa Selia Bantu LINUS dijalankan didapati pihak sekolah dan guru LINUS tidak mengambil tindakan selanjutnya kepada masalah murid “Tidak Menguasai” selepas Saringan 1.
- Sepatutnya pihak sekolah merancang program jangka pendek(sebelum Saringan 2) untuk memastikan murid-murid mencapai konstruk yang tidak dikuasai.
Kebanyakan sekolah di dalam seliaan.
ISU-ISU SEKOLAH DALAM SELIAAN
BIL ISU Tindakan / Komen FasiLINUS Nama sekolah terlibat
7. MASALAH MURID YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS.
Guru LINUS dan guru pemulihan tidak jelas dengan tindakan lanjut kepada murid-murid ini.
Pegawai FasiLINUS telah menerangkan tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi mengatasi masalah ini.
SK. Pos Dipang.
PERANCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM LINUS (BERDASARKAN 6 FOKUS PELAN TINDAKAN)
BIL. AKTIVITI / PROGRAM FOKUS SASARAN
BIL. TERLIBAT TARIKH PELAKSANAAN
TEMPAT / LOKASI PELAKSANAAN
CATATAN / IMPAK
1. Penubuhan Jawatan Kuasa Kerja LINUS Daerah Kinta Selatan 2013.(Fokus Pentadbiran)-Audit LINUS.
Jawatan kuasa LINUS Daerah Kinta Selatan 2013.
12 orang. 08 Januari 2013. Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan.
2. Pemantauan Khas LINUS 2.0.(Fokus Pentadbiran)-Audit LINUS.
Sekolah di bawah pencapaian KPI LINUS 2013.
6 orang Pegawai FasiLINUS.
22-30 Januari 2013.
Sekolah-sekolah di bawah pencapaian KPI LINUS 2013.
3. Penubuhan Jawatan Kuasa LINUS Daerah Kinta Selatan 2013.(Fokus Pentadbiran)-Audit LINUS.
Jawatan kuasa LINUS Daerah Kinta Selatan 2013.
12 orang. 28 Februari 2013.
Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan.
4. Selia Bantu Dan Bimbingan LINUS(PdP)(Fokus FasiLINUS)
Sekolah di bawah pencapaian KPI LINUS 2013.
6 orang Pegawai FasiLINUS.
13 Februari – 07 Mac 2013.
Sekolah-sekolah di bawah pencapaian KPI LINUS 2013.
5. Taklimat Saringan 1 LINUS 2013. (Fokus Guru)
Seramai 65 orang guru penyelaras LINUS.
65 orang guru. 13 Mac 2013. Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan.
6. Taklimat Verifikasi Dan Pengisian Data Saringan 1 LINUS.(Fokus Guru)
Seramai 130 orang guru LINUS.
130. orang guru.- 65 Literasi- 65
Numerasi
7, 8 & 9 Mei 2013.
Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan.
7. Program Outreach -Kerjasama Unit Pendidikan Khas dan Unit LINUS.(Fokus Ibu Bapa)
Murid-murid Tahun 2 yang tidak melepasi Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran.
Bilangan murid ditentukan selepas Program Outreach dijalankan.
02 -23 Mei 2013. 12 buah sekolah yang ditetapkan oleh Unit Pendidikan Khas.
8. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru LINUS 2013. (Fokus Guru)
Guru-guru yang baharu mengajar LINUS.
130 orang guru. 27 April 2013. Dewan Auditorium Majlis Daerah Kampar.
9. Pembentangan Data Saringan LINUS dan Program Peningkatan. (Fokus FasiLINUS)
Sekolah Yang Tidak Mencapai KPI 97% untuk Tahun 3.
65 orang guru. 25 Mei 2013. PKG Gopeng.
10. Program Masih Ada Yang Sayang 2013. (Fokus Murid)
Murid-murid ‘Tidak Menguasai’.
130 orang murid. 29 Jun 2013. PKG Gopeng.
11. Taklimat Saringan 2 LINUS 2013. (Fokus Guru)
Seramai 65 orang guru penyelaras LINUS.
65 orang guru. 27 Ogos 2013. Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan.
12. Taklimat Verifikasi Dan Pengisian Data Saringan 2 LINUS.(Fokus Guru)
Seramai 130 orang guru LINUS.
130.orang guru.- 65 Literasi- 65 Numerasi
21, 22 & 23 Oktober 2013.
Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan.
13. Karnival LINUS 2013. (Fokus Murid)
Murid-murid ’Tidak Menguasai’.
260 orang murid. 26 Oktober 2013.
SK. Seri Jaya, Batu Gajah.
14. Post Mortem Saringan LINUS 2013. (Fokus Pentadbiran)
Sekolah Yang Tidak Mencapai KPI 100% untuk Kohort 2 Tahun3.
65 orang Guru Besar.
16 November 2013.
Hotel Grand Kampar.
OBJEKTIF:Semua murid Tahap I berkeupayaan menguasai asas Literasi dan Numerasi menjelang 2013 kecuali murid berkeperluan khas.
LINUSPPD Kinta Selatan
Perancangan SeterusnyaBagi memastikan murid LINUS Tahun 3 mencapai KPI 100% (kecuali murid berkeperluan khas), perancangan berikut dibuat bagi mencapai kualiti dan kuantiti:
Kualiti :- memperkukuh konstruk 9 hingga 12 walaupun murid telah dikategorikan “Menguasai”.- memantapkan peranan guru LINUS Literasi & Numerasi Tahun 3 dan Pegawai FasiLINUS di PPD melalui Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru LINUS 2013.
Kuantiti :- menggerakkan 6 Pegawai FasiLINUS di PPD Kinta Selatan untuk membantu dan membimbing sekolah-sekolah dalam kawalan masing-masing.-meneruskan usaha bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesahkan murid berkeperluan khas di kalangan murid yang “Tidak Menguasai” walaupun Program Outreach telah selesai.
FOKUS PENTADBIRAN
OBJEKTIF :
Pentadbir memahami Program NKRA LINUS 2.0 dan dapat melaksana serta memantau pelaksanaan Program LINUS 2.0 di sekolah masing-masing.
Status dan Peringkat Kemajuan 1.Perbandingan saringan tahun lepas dengan Saringan 1 (2013) bagi melihat pencapaian di kesemua zon.
2. Pentadbir bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesahkan murid berkeperluan khas dalam kalangan murid
LINUS yang “Tidak Menguasai”.- Membawa murid untuk pemeriksaan lanjutan
selepas Program Outreach di peringkat PPD dan yang belum dirujuk ke pakar kesihatan.
Perancangan Seterusnya ● Menggerakkan 6 orang Pegawai FasiLINUS untuk membantu dan membimbing sekolah-sekolah dalam kawalan masing-masing.● Perjumpaan pihak sekolah dengan PPD dijalankan secara berkala diteruskan dua minggu sekali.● Pengesanan dan khidmat selia bantu oleh Pegawai FasiLINUS ke sekolah-sekolah yang masih ada murid LINUS yang “Tidak Menguasai” dipergiatkan.
ISU CADANGAN PENYELESAIAN
● Pentadbir kurang faham
dan jelas dengan
pelaksanaan Program
LINUS 2.0.
● Pembasmian murid LINUS
yang “Tidak Menguasai”.
● Pelaksanaan Program
LINUS 2.0 di sekolah masih
kurang memuaskan.
● Memastikan semua pentadbir memahami dan
boleh melaksanakan program LINUS 2.0 dengan
lebih berkesan Kursus Pengenalan dengan
mengadakan Program NKRA-LINUS 2.0.
● Pentadbir Sekolah memastikan pengurusan pdp
LINUS dan pemantauan dilaksanakan di
sekolah.
● Lawatan Pengesanan dan Bimbingan Berfokus
oleh Pegawai JPN, PPD dan Pegawai
FasiLINUS ke sekolah-sekolah yang belum
mencapai KPI.
FOKUS FASILINUS
OBJEKTIF:
Meningkatkan profesionalisme diri Pegawai FasiLINUS supaya dapat membimbing sekolah lebih yakin dan berkesan.
Status dan Peringkat Kemajuan
1.Kursus FasiLINUS : Pendedahan Modul Asas 3 Dan Kelestarian LINUS NKRA Tahun 2013 (Zon Tengah) di Hotel Seri Malaysia, Ipoh melibatkan 6 orang pegawai FasiLINUS dari Daerah Kinta Selatan.2.Enam orang Pegawai FasiLINUS digerakkan dengan lebih aktif dan berterusan ke sekolah yang masih tidak mencapai KPI dan yang masih terdapat murid yang “Tidak Menguasai”.
Perancangan Seterusnya ● Memantapkan peranan Pegawai FasiLINUS di PPD melalui Kursus FasiLINUS : Pendedahan Modul Asas 3 Dan Kelestarian LINUS NKRA Tahun 2013 (Zon Tengah).● Sesi Perkongsian Pintar Amalan Terbaik dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru LINUS 2013 untuk berkongsi amalan terbaik yang dilaksanakan dapat oleh 130 guru LINUS yang menghadiri kursus.
ISU CADANGAN PENYELESAIAN
● Sekolah menghadapi
masalah dalam
melaksanakan Program
LINUS 2.0.
● Pihak sekolah tidak
mempunyai program khas
untuk LINUS 2.0.
● Mengadakan kursus dan sesi perkongsian
pintar secara bersemuka bersama-sama
Pegawai FasiLINUS dan sekolah-sekolah yang
tidak mencapai sasaran.
● Mencadangkan Penyelaras LINUS bersama
para pentadbir / GB mengikuti kursus di IAB
untuk pemantapan pelaksanaan LINUS di
sekolah.
FOKUS GURU
OBJEKTIF:
Guru dapat membimbing dan mengajar murid LINUS yang “Tidak Menguasai” secara berfokus dan berkesan.
Status dan Peringkat Kemajuan
1. Bimbingan 6 Pegawai FasiLINUS kepada 130 guru- guru melalui kursus Literasi dan Numerasi untuk
meningkatkan pencapaian murid.2. Bilangan sekolah yang tidak mencapai sasaran
semakin berkurangan.
Perancangan Seterusnya
● 6 Pegawai FasiLINUS bersama guru-guru LINUS akan meneruskan usaha membimbing murid
“Tidak Menguasai” selepas setiap saringan. Contoh : Latih tubi soalan saringan yang lepas.
Pemantauan Berfokus. Saringan Khas ( Fokus : “Tidak
Menguasai”).● Tumpuan khas murid “Tidak Menguasai” melalui
program yang dirancang oleh pihak sekolah. .
ISU CADANGAN PENYELESAIAN
● Guru baharu tidak
memahami Program
LINUS 2.0.
● Murid “Tidak Menguasai”
perlu diajar dan dibimbing
secara individu dan khusus
berdasarkan penguasaan
konstruk-konstruk.
● Kursus khas LINUS untuk guru baharu
yang mengajar kelas LINUS.
● Guru menyediakan butiran profil dan status
murid “Menguasai” dan “Tidak Menguasai”.
● Guru mengenalpasti penguasaan murid
selepas saringan dan melakukan intervensi
berdasarkan analisis item konstruk yang
tidak dikuasai.
FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
OBJEKTIF:
Memberi bimbingan dan membantu guru-guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (p d p) yang berkesan.
Status dan Peringkat Kemajuan
1.Pegawai FasiLINUS memanfaatkan bahan-bahan pdp yang terpilih dan berkongsi idea dengan membimbing guru-guru LINUS di sekolah yang tidak mencapai KPI dan yang masih mempunyai ramai murid yang “Tidak Menguasai”.
2. Bilangan guru LINUS yang tidak menulis RPH mengikut format yang ditetapkan semakin
berkurangan berdasarkan selia bantu yang dijalankan oleh Pegawai FasiLINUS.
Perancangan Seterusnya
● Pelaksanaan Lesson Study untuk sekolah-sekolah yang belum mencapai sasaran.
● Meneruskan usaha berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran semasa pemantauan dan selia bantu
oleh pegawai FasiLINUS ke sekolah.
ISU CADANGAN PENYELESAIAN
● Pengajaran guru pemulihan
tidak menarik dan berfokus.
● Kekangan kewangan
kerana lebihan peruntukan
saringan yang terkini tidak
mencukupi untuk
menampung pelaksanaan
Lesson Study atau In-house
Training.
● Meningkatkan kemahiran p & p Guru
Pemulihan (Didik hibur dan penggunaan
bahan rangsangan yang optimum.
● Meminta PPD memohon dengan pihak NKRA
untuk mendapatkan sumber kewangan
tambahan bagi pelaksanaan Lesson Study.
● Mendapatkan peruntukan dari sumber LADAP
di daerah.
FOKUS MURID
OBJEKTIF:
Murid LINUS yang “Tidak Menguasai” dapat menguasai semua konstruk dan mengikuti kelas
arus perdana.
Status dan Peringkat Kemajuan
1.Murid “tidak menguasai” dibimbing secara individu oleh guru LINUS dan Pegawai FasiLINUS berdasarkan
konstruk yang belum dikuasai.
Perancangan Seterusnya ● Memperkukuh konstruk 9 hingga 12 walaupun murid telah memasuki aliran perdana.● Bimbingan murid yang “Tidak Menguasai” diteruskan secara intensif. ● Melaksanakan Program Masih Ada Yang Sayang dengan kerjasama Unit Pendidikan Khas di PPD.● Mengadakan Karnival LINUS.
ISU CADANGAN PENYELESAIAN
● Ketidakhadiran murid
yang tidak menentu ,
terutama murid Sekolah
Asli (SKMOA).
● Murid LINUS yang “Tidak
Menguasai” hanya
menguasai Konstruk 1 &2
mudah lupa dan kemahiran
konstruk tidak kukuh.
● Melakukan kunjungan ke rumah–rumah
murid termasuk yang terletak jauh ke
pedalaman.
- Sesi Kaunseling.
- Khidmat nasihat dari JAKOA.● Program Masih Ada Yang Sayang.
Program Karnival LINUS.
FOKUS IBU BAPA
OBJEKTIF:
Ibu bapa memahami mendapat maklumat yang jelas
tentang Program LINUS 2.0 dan dapat membimbing anak-anak dalam menguasai konstruk-konstruk
literasi dan numerasi.
Status dan Peringkat Kemajuan
1. Taklimat kepada ibu bapa dilaksanakan oleh sekolah dengan arahan daripada PPD dan ia diadakan pada
awal tahun (Mac 2013). - Ini bertujuan untuk membawa ibu bapa bersama-
sama supaya lebih peka dan mengetahui akan keadaan anak mereka.
2. Meneruskan usaha mengesan dan menjejaki murid- murid yang tidak hadir ke sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak hingga ke rumah dengan memujuk
murid melalui pertemuan dengan waris/ibu bapa murid.
Perancangan Seterusnya
● Perbincangan berhubung Konstruk Literasi dan Numerasi dengan ibubapa yang masih ada anak
status “Tidak Menguasai”.● Meminta pihak sekolah mengadakan Taklimat
Program LINUS 2.0 kepada semua ibu bapa semasa pendaftaran Tahun 1 dengan memasukkan
maklumat berkaitan konstruk.
ISU CADANGAN PENYELESAIAN
● Ibu bapa tidak memahami
dan tidak mendapat
maklumat tentang Program
LINUS 2.0.
● Ibu bapa yang mempunyai
anak berkeperluan khas
di kalangan murid LINUS
yang “Tidak Menguasai”
tidak membenarkan untuk
pemeriksaan lanjutan
ke pakar kesihatan.
● Mengadakan taklimat tentang Program LINUS
2.0 dan sesi perkongsian pintar secara
bersemuka di antara ibu bapa bersama-sama
pihak sekolah dan Pegawai FasiLINUS.
● Meminta jasa baik pihak sekolah untuk
menangani masalah ini dengan menghubungi
ibu bapa yang mempunyai anak
berkeperluan khas untuk menyelesaikan
masalah ini.
Program LINUS ini adalah merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan. Kejayaan program LINUS ini terbukti
berhasil berdasarkan pencapaian LINUS Kohort 1 2012. Seramai 450 000 murid mampu menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi sebelum masuk ke Tahun 4.
Kejayaan ini dicapai melalui usaha guru-guru LINUS dan Pegawai FasiLINUS yang komited, struktur organisasi dan pengurusan program yang cekap dan berkesan.
Kesimpulannya, Pelaksanaan Program LINUS secara jujur, telus dan tepat adalah menjadi matlamat utama Pegawai FasiLINUS PPD Kinta Selatan. Sehubungan
dengan itu, komitmen daripada semua pihak diharapkan agar matlamat program LINUS di Daerah Kinta Selatan ini akan tercapai iaitu sesuai dengan sasaran
NKRA’s untuk mencapai sasaran 100% Literasi dan Numerasi pada tahun 2013 dan seterusnya bagi membangunkan modal insan dan menambahbaik taraf
kehidupan penduduk Malaysia menjelang tahun 2020.
top related