pembangunan sistem ujian penentuan aliran … filepembangunan sistem ujian penentuan aliran...
Post on 30-Mar-2019
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4
(STAR) BERASASKAN PERSONALITI.
MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL PEMBANGUNAN SISTEM PENENTUAN ALIRAN
TINGKATAN 4 (STAR) BERASASKAN PERSONALITI
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya : MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO.9, BUKIT RANG, PULAU P.M. DR. MOHINI BT MOHAMED
TAWAR, 27050 JERANTUT
PAHANG.
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan:………………………………..
Nama Penyelia: P.M. DR. MOHINI BT MOHAMED
Tarikh:………………………………………
PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4
(STAR) BERASASKAN PERSONALITI.
MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF
Projek Sarjana Muda ini telah dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
mana tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .............................................
Nama pelajar : MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF
Tarikh : 23 MAC 2010
iii
Teristimewa buat insan-insan tersayang…
Untuk bonda yang tercinta
Puan Noriati binti Aminudin
Atas kasih sayang, tiupan semangat serta iringan doa
buat kejayaan anaknya…
Untuk kekanda dan adindaku
Terima kasih diatas sokongan yang tidak berbelah bagi…
Buat insan teristimewa
Noor Hafizah binti Arbain
Terima kasih atas kerana sentiasa bersamaku…
Buat sahabat-sahabatku
Lutfi, Fifa, dan lain-lain
Terima kasih di atas segala pertolongan yang dihulurkan…
Tidak akan ku lupa kenangan kita bersama…
Semoga diriku sentiasa berjaya
dengan kehadiran kalian semua…AMIN
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah izin dan rahmat-Nya, telah siap juga laporan Projek Sarjana Muda ini.
Sesungguhnya tanpa cinta dan kasih-Nya, tiada bermaknalah kita dalam kehidupan ini.
Setinggi-tingginya penghargaan buat PM DR. MOHINI BT MOHAMED,
selaku penyelia projek ini, diatas kerjasama, bimbingan, tunjukajar, toleransi dan nasihat
yang sangat berharga sepanjang proses penyediaan laporan projek ini.
Seterusnya, kepada orang tua dan keluarga saya yang sentiasa berada di belakang
memberikan sokongan yang tidak pernah putus. Dengan sokongan inilah yang
memberikan saya lebih kekuatan dalam penghasilan laporan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut
sama memberikan tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan projek ini.
Akhir sekali kepada sekalian Muslimin dan Muslimat yang telah membantu
secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih.
.
v
ABSTRAK
Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) bagi Tingkatan Empat dibangunkan
untuk membantu pelajar untuk memilih aliran kelas mereka dengan tepat serta
bersesuaian dengan minat dan cita-cita mereka berdasarkan kecenderungan pelajar itu
sendiri iaitu akademik, kecerdasan dan personaliti. Aplikasi atas talian (online) ini dapat
membantu pelajar untuk menentukan aliran kelas serta dapat melihat keputusan ujian
mereka secara terus. Sasaran pengguna sistem ini adalah para pelajar Tingkatan 4 dan
guru tingkatan. Sistem ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext
Preprocessor (PHP), pangkalan data My-Structured Query Language (My-SQL) dan
Model Waterfall dipilih bagi mengawal proses pembangunan sistem mengikut piawaian
yang telah ditetapkan. Sistem ini di harap sebagai suatu alternatif dalam menentukan
aliran kelas Tingkatan Empat dan membantu pihak sekolah dalam menguruskan
maklumat pelajar.
vi
ABSTRACT
”Sistem Ujian Penentuan Aliran Tingkatan Empat (STAR)”was developed to assist
students in deciding their learning paths accurately and suitable with their interests and
the proposed careers that they would like to pursue, according to their academic
performance, IQ fitness and personality. This online application could guide students in
determining their own class stream since the result can be accessed instantaneously. The
target users of this system are both students and teachers. This system was developed by
using the programming language Hypertext Preprocessor (PHP), My-Structured Query
Language (My-SQL) database, and Waterfall Model, which has been selected to match
the process of system development according to the current standard. This system could
hopefully be a better alternative in determining Form Four students’ class stream and
helps schools in database management system.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Sistem 9
1.8.2 Aliran 10
1.8.3 Kecenderungan 10
viii
1.8.4 Personaliti 10
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sistem Pengurusan Sekolah di Malaysia 13
2.3 Ujian Kemasukan 16
2.4 Aliran-Aliran di Sekolah 17
2.5 Ujian Personaliti 19
2.5.1 Edward Personal Preference Schedule (EPPS) 19
2.5.2 Keirsey Temperament Sorter (KTS) 21
2.6 Sistem Pengurusan Maklumat Berasaskan Web 23
2.7 Bahasa Pengaturcaraan 26
2.7.1 HTML 26
2.7.2 PHP 27
2.7.3 Javascript 28
2.7.4 CSS 29
2.7 Penutup 30
3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Sistem 32
3.2.1 Model Waterfall 33
3.2.1.1 Fasa Analisis 35
3.2.1.2 Fasa Reka Bentuk 37
3.2.1.3 Fasa Implementasi 40
3.2.1.4 Fasa Pengujian 41
3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 42
3.2.2 Kelebihan Model Waterfall 42
3.2.3 Kelemahan Model Waterfall 43
3.3 Carta Alir STAR 44
ix
3.4 Pemilihan Perisian Dalam Pembangunan Sistem 48
3.4.1 Penyunting Web (Web Editor) 48
3.4.2 Pelayan Web (Web Server) dan Pelayar Web
(Web Browser) 49
3.4.3 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 50
3.4.4 Penyunting Grafik (Graphic Editor) 51
3.5 Spesifikasi Perkakasan yang Digunakan 52
3.6 Penutup 52
4 HASIL REKABENTUK SISTEM
4.1 Pendahuluan 53
4.2 Pakej Sistem 53
4.2.1 Antaramuka Utama Sistem 54
4.2.2 Kategori Pengguna: Guru 55
4.2.3 Kategori Pengguna : Pelajar 59
4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian 61
4.2.5 Antaramuka Ujian Personaliti 62
4.2.6 Antaramuka Keputusan Ujian 65
4.2.7 Antaramuka Peta Laman (Site Map) 65
4.2.8 Antaramuka Hubungi 66
4.3 Sistem Pangkalan Data 67
4.4 Komen Terhadap Sistem 69
4.5 Penutup 70
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 71
5.2 Perbincangan 71
5.3 Kelebihan Sistem 73
5.4 Kelemahan Sistem 74
5.5 Masalah yang Dihadapi 75
5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 76
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Jadual Pengkelasan Keirsey Temperament Sorter 22
3.1 Jadual Penentuan Aliran mengikut KTS 39
3.2 Jenis dan nama perisian yang di gunakan
dalam STAR 48
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah 14
2.2 Kerangka Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 (PIPP), KPM 15
2.3 Carta Aliran Khusus di Sekolah Menengah 18
3.1 Model Waterfall 33
3.2 Penyusunan maklumat secara linear
di gunakan dalam ujian online 38
3.3 Carta alir keseluruhan sistem 45
3.4 Carta alir modul Guru 46
3.5 Carta alir modul Pelajar 47
4.1 Antaramuka paparan utama 55
4.2 Antaramuka utama bagi guru 56
4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 57
4.4 Antaramuka profil bagi guru 57
4.5 Antaramuka pengemaskinian profil 58
4.6 Antaramuka paparan maklumat pelajar 58
4.7 Paparan keputusan pelajar 59
4.8 Paparan menu bagi pelajar 60
4.9 Antaramuka bagi panduan ujian 61
4.10 Paparan amaran bagi yang belum mendaftar 62
4.11 Paparan Ujian Personaliti 63
4.12 Kedudukan butang ”Submit” dan ”Reset” 64
4.13 Contoh tetingkap keputusan ujian Personaliti 64
4.14 Paparan keputusan pelajar 65
4.15 Paparan bagi pautan site map 66
4.16 Antaramuka bagi site map 66
4.17 Antaramuka untuk Hubungi Admin 67
xiii
4.18 Antaramuka bagi pangkalan data profile pengguna 68
4.19 Antaramuka bagi pangkalan data markah
ujian STAR 68
xiv
SENARAI SINGKATAN
STAR - Sistem Ujian Penentuan Aliran Tingkatan 4
PHP - Hypertext Preprocessor
MySQL - My-Structured Query Language
KTS - Kersey Temperament Sorter
HTML - Hyper Text Markup Language
HTTP - Hyper Text Transfer Protocol
CSS - Cascading Style Sheet
1
Bab 1
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Kecanggihan teknologi maklumat kini telah menuntut beberapa perubahan dalam
sektor-sektor utama pembangunan negara. Tambahan pula, perubahan ini adalah amat
penting bagi merealisasikan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, sektor pendidikan negara adalah tidak
terlepas dari melakukan perubahan tersebut. Antara perubahan tersebut ialah menjadikan
semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari. Ini merupakan perubahan besar
dalam sistem pendidikan di negara kita.
Kini penggunaan komputer di sekolah semakin di galakkan. Pelbagai usaha telah
di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan sektor
pendidikan negara tidak ketinggalan untuk melakukan perubahan ini. Bermula tahun
1986, program Pengenalan kepada Komputer telah di perkenalkan dan program Sistem
Kebangsaan Pendidikan Database pada tahun 1989 (Ibrahim Ahmad Bajunid, 2001).
Kemudian beberapa program susulan telah di perkenalkan antaranya Projek Literasi
2
Komputer (1992), Pusat Sumber Pendidikan (1993), Projek Rangkaian Pendidikan
(1994), Arahan Sokongan Komputer (1994), Projek Komputer Dalam Pendidikan
(1994), Projek Rangkaian Munsyi (1995) dan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan
(1995). Program Literasi Komputer juga telah di perkenalkan sebagai mata pelajaran di
peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mulai tahun 1996. Ini menunjukkan
bahawa komputer bukannya mengambil alih peranan pendidik akan tetapi ia sebagai
medium utama dalam proses pengajaran dan pelajaran (Mohd Yusof, 1997).
Kini, komputer telah di perluaskan penggunaanya di dalam aspek pengurusan
dan pentadbiran sesebuah organisasi. Komputer bukan sahaja dapat memberi maklumat
akan tepai kini boleh di tugaskan untuk urusan-urusan tertentu. Demikianlah juga
komputer boleh di gunakan untuk menguruskan pembahagian pelajar ke kelas-kelas
khususnya kelas beraliran tertentu. Ini kerana komputer juga di lihat mampu
mengelaskan para pelajar mengikut syarat-syarat yang di tentukan oleh pentadbir.
Namun begitu tidak ada suatu sistem yang cuba di bangunkan untuk melakukan tugasan
seperti itu dan guru-guru juga tiada kesanggupan untuk menggunakannya.
Segala usaha yang di lakukan ke arah perubahan negara akan menjadi sia-sia
sekira tiada sokongan dan kesanggupan rakyat untuk melakukan perubahan. Demikian
akan terbantutlah usaha negara dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan
memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Jesteru, kajian ini sadaya upaya akan
cuba untuk merungkai persoalan yang berkaitan dengan sistem ujian penentuan aliran
berasaskan web.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia, dasar kenaikan pelajar ke tingkatan 4 adalah secara automatik
dengan tidak mengambil kira keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini
bermakna samaada pelajar tersebut lulus atau gagal, mereka tetap akan layak naik ke
Tingkatan 4. Namun apa yang berlaku setelah mereka berjaya naik ke tingkatan 4,
terdapat beberapa pilihan aliran yang mesti di ambil salah satunya. Antara aliran-aliran
ialah Sains, Sastera, Teknikal atau Agama (Jamil & Norlia, 2008).
Secara umumnya, pelajar akan di khususkan kepada aliran tertentu bergantung
kepada pencapaian akademik mereka. Guru-guru turut sama membantu mengkhususkan
mereka untuk berada di aliran yang mana. Kesilapan dalam menentukan aliran pelajar
ini perlu di elakkan. Sekiranya berlaku, timbul permasalahan di mana pelajar tidak
sehaluan dengan aliran yang di ambil berdasarkan pencapaian akademik dan ketentuan
guru semata-mata. Kemungkinan yang berlaku adalah pelajar gagal dalam aliran yang di
ambil atas alasan mereka memang tidak berminat mengikutinya. Terdapat juga pelajar
yang tahu keupayaan mereka di mana dan seharusnya mereka di benarkan memilih
aliran yang sehaluan dengan mereka. Oleh itu, kecenderungan dan keupayaan mereka
perlulah di ambil kira semasa membuat keputusan bagi menentukan mereaka berada di
aliran yang sesuai.
Penggunaan komputer dalam menguruskan maklumat pelajar adalah penting
dalam pengurusan sekolah. Sistem pengurusan tradisional seperti sistem simpanan fail
(filing system) menunjukkan beberapa kelemahan yang timbul seperti aspek keselamtan.
Contohnya, penggunaan kertas adalah kurang selamat kerana kertas tidak tahan lama
dalam jangkamasa panjang serta mudah rosak. Kelemahan lain yang berlaku ialah
apabila berlakunya insiden-insiden tertentu seperti kebakaran dan banjir. Sudah tentu
maklumat yang di simpan sukar di selamatkan.
4
Selain itu sistem pengurusan tradisional menyebabkan berlakunya kesukaran
untuk mencapai maklumat yang di simpan. Terdapat keadaan di mana seseorang sedang
menggunakan fail tersebut, sudah pasti sukar untuk menggunakannya pada masa yang
sama dan haurs menunggu sehingga fail tersebut selesai di gunakan. Sekiranya fail tidak
di rekod dan di kemaskini dengan baik dan sempurna, pasti akan menyebabkan
kesukaran untuk mencari maklumat yang di perlukan. Tambahan pula sekiranya fail-fail
tersebut di simpan di dalam stor yang tertutup dan berkunci.
Sehubungan dengan itu, penggunaan kaedah tradisioanal ini telah di kemaskini
dengan menggunakan kaedah berkomputer. Dengan menggunakan komputer, maklumat-
maklumat sekolah lebih selamat dan pengurusan maklumat menjadi lebih teratur dan
sistematik. Selain itu, maklumat juga lebih mudah di capai dengan menggunakan
komputer (Rahmad Sukor & Subhi Marsan, 2001). Dengan perisisan seperti Microsoft
Access dan Structured Query Languange (SQL) dapat membantu guru untuk
menguruskan maklumat mereka dengan baik. Guru-guru dapat menjimatkan masa dalam
menguruskannya serta dapat mencapainya dengan lebih mudah. Tambahan pula faktor
keselamatannya tidak perlu di bimbangi kerana perisian-perisian ini terkenal dalam
aspek keselamatan data. Namun begitu, penggunaan perisian ini juga tidak terlepas dari
kelemahan. Sekiranya perisian tersebut tidak di installkan di komputer, maklumat
tersebut tidak akan dapat di capai. Justeru, perisian tersebut perlulah di installkan di
dalam komputer terlebih dahulu sebelum mencapai maklumat yang di kehendaki.
Kewujudan perisian pangkalan data atas talian (online database) turut membantu
dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Melalui perisian ini, maklumat tidak lagi di
simpan dalam sebuah komputer sebaliknya maklumat akan di simpan di dalam komputer
pelayan (server). Guru-guru dapat mencapai maklumat bila-bila masa dan di mana-mana
sekiranya komputer mereka di lengkapi kemudahan internet. Permasalahan dari aspek
keselamatan, capaian dan kesahan maklumat tidak lagi perlu di risaukan kerana hampir
semua perisian pangkalan data atas talian di lengkapi ciri-ciri ini.
5
1.3 Penyataan Masalah
Kecelaruan pelajar dalam mengejar cita-cita adalah hasil daripada kesilapan yang
di lakukan pihak sekolah semasa menentukan aliran yang sesuai dengan diri mereka.
Aliran yang berbeza haluan dengan cita-cita serta kecenderungan mereka
memungkinkan akan hadirnya masalah kecelaruan di peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai contoh ekoran daripada keputusan yang cemerlang di dalam PMR, pelajar A
telah di tentukan alirannya oleh pihak sekolah untuk berada dalam aliran sains.
Walaubagaimanapun, minat serta kecenderungan pelajar tersebut adalah di aliran
sastera. Akibatnya, perbezaan matlamat dan haluan ini menjurus kepada permasalahan
pelajar A dalam mengikuti pembelajarannya sehinggalah sewaktu dia melanjutkan
pelajaran bagi mengejar cita-citanya. Jalan yang yang tidak menuju ke arah destinasi
yang betul akan membawa kepada kesesatan.
Jelas bahawa penentuan aliran pelajar Tingkatan 4 perlu di lihat sebagai suatu
aspek penting yang perlu di berikan perhatian oleh pihak pentadbiran sekolah. Ini kerana
bermula di Tingkatan 4 para pelajar di khususkan kepada aliran-aliran tertentu bagi
meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Aliran-aliran yang
di tentukan penting bagi membantu merealisasikan cita-cita pelajar di samping
membantu menghasilkan masyarakat yang mampu memberi sumbangan kepada negara
kelak. Setiap pelajar mempunyai potensi sendiri yang boleh di ketengahkan. Potensi-
potensi itu perlu mula di perkembangkan semasa mereka berada di menengah atas. Suatu
sistem khas perlu di bina khusus untuk membantu pentadbir dan guru-guru menentukan
aliran yang sesuai bagi pelajar.
Sistem yang di bangunkan bagi menentukan aliran pelajar ini terdiri daripada
pelbagai bentuk. Antaranya sistem ini berbentuk ujian di mana ujian ini boleh mentukan
aliran yang sesuai di ambil oleh pelajar. Ini kerana ujian ini merangkumi ujian
6
akademik, kecerdasan dan personaliti pelajar bagi menentukan aliran mereka. Ujian
sebegini di lihat lebih adil untuk menentukan aliran yang sesuai bagi pelajar kerana tidak
mengambil keputusan akademik semata-mata. Pelajar juga pasti berpuas hati kerana
aliran yang mereka terima adalah berdasaran kecenderungan mereka terhadap suatu
aliran itu.
Selain itu, sistem berasaskan web membantu menyelesaikan masalah yang di
hadapi oleh pentadbir dan guru-guru. Sifat sistem yang berdiri sendiri (stand alone)
sebelum ini di ubah kepada sistem berasaskan web. Hasilnya maklumat dapat di capai
dengan lebih mudah kerana ianya tidak di simpan di dalam satu komputer, sebaliknya
dapat di capai di mana sahaja. Demikian menunjukkan bahawa tiada lagi halangan
penyampaian dan saluran maklumat di dunia serta telah mewujudkan istilah ”Dunia
Tanpa Sempadan”. Kepesatan teknologi di hujung jari ini turut membantu manusia di
dalam aspek pengurusan dan pentadbiran mereka.
Di atas faktor inilah yang mendorong pembangun untuk membangunkan suatu
Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) bagi pelajar Tingkatan 4. Sistem ini di
bangunkan untuk membantu pihak pentadbir sekolah dalam menentukan aliran yang
sesuai bagi pelajar dengan mengambil kira aspek akademik, kecerdasan, dan personaliti
mereka. Dengan itu, kesilapan dalam menentukan aliran pelajar dapat diatasi dengan
mudah. Hasil daripada sistem ini pelajar dapat mengikuti pelajaran dalam aliran yang
benar-benar sesuai dengan potensi yang ada dalam diri mereka.
7
1.4 Objektif Kajian
Bagi memastikan kajian ini di lakukan secara sistematik, terurus dan tidak
menyimpang dari tujuan asalnya, penyelidik telah menetapkan beberapa objektif kajian.
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Membangunkan sebahagian sistem iaitu Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR)
yang merangkumi tiga aspek iaitu akademik, kecerdasan dan personaliti. Kajian ini
adalah berfokus kepada bahagian personality sahaja.
ii. Membangunkan sistem ini secara online bagi memudahkan capaian maklumat.
1.5 Rasional Kajian
Penentuan aliran kelas pelajar tingkatan 4 menjadi faktor utama yang mendorong
penyelidik membuat kajian ini. Melihat kepada fenomena yang berlaku, kecenderungan
melibatkan kecerdasan dan personaliti pelajar perlu di ambil kira dalam menentukan
aliran yang sesuai dengan mereka. Dengan itu, satu kajian perlu di lakukan untuk
membuat hubungan langsung di antara kecerdasan dan personaliti pelajar dengan aliran
yang mereka ambil, dan bukannya berdasarkan pencapaian akademik semata-mata.
Selain itu, tahap penggunaan web di sekolah menengah dan rendah yang
dikatakan masih belum berada pada tahap yang boleh dibanggakan menjadi faktor yang
turut mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini (Abd. Rashid Johar, 1998).
Pengaplikasian web di peringkat pengajian tinggi seharusnya menjadi peransang kepada
sekolah untuk turut menaik tarafkan penggunaan web. Oleh itu, satu kajian yang
menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti tahap kesesuaian web dalam
pengurusan organisasi sekolah.
top related