pbsm sem 1
Post on 29-Jun-2015
894 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS PERLIS
NAMA PELAJAR: MUDABBIRAH AMALIA BT MANSORNO MATRIK : SEMESTER : 1/2010
MATA PELAJARAN: KOKURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NAMA PENYELIA KUMPULAN : TUAN HAJI ISMAIL BIN BAHARUDIN
TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN PALANG MERAH ,BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NO KOD KURSUS :
KDPM/KDC KEMAS PERPADUAN NOVEMBER 2010
1.SEJARAH PALANG MERAH
1.1
JEAN HENRY DUNANT
• 1828 - Lahir di Geneva, Rue Verdaine, Bandar l ama.• 1855 - Memulakan Perniagaan di Algeria. - Membantu menubuhkan Perikatan Sedunia, “Young Mens Christian Association” ( YMCA )• 1858 - Menubuhkan “The Mons-Djemile MillsCom. Ltd di Algeria.-Kurang senang dengan kelewatan pentadbiran, Dunant mengambil keputusan untuk mengemukakan ideanya mengenai pertanian di Algeria
25 Jun 1859 - Berada di medan perang di Solferino. Berusaha untuk memperbaiki penjagaan dan perhatian perubatan untuk kombatandalam perang Austraia dengan Perikatan Tentera Perancis-Sardinia. 1862 - Penerbitan buku “Kenangan diSolferino”. 9 Februari 1863 - “Genevese Society of Public Utility”, bersetuju mempraktikkan ideanya. Sept / Okt 1863 - Mengembara di Eropah Tengah .
• 26 / 29 Okt 1863 - Persidangan Antarabangsa di Geneva dimana Pertubuhan Palang Merah diasaskan.• 1864 - Konvensyen Geneva Pertama 22 Ogos ditandatangani.• 1871 - Berada di Paris semasa dalam kepungan. Kemudian mengembara di serata negara Jerman, England dan Perancis.• 1892 - Dimasukkan ke dalam hospital di Heiden (Switzerland) di mana beliau menulis bukunya.
Dis 1901 - Menerima penganugerahan Hadiah Keamanan Nobel yang pertama. 1910 - Meninggal dunia di Heiden pada 30 Oktober pada usia 82 tahun.
1.2KENANGAN DI SOLFERINA (JUN 1859)
Dalam suatu perjalanannya untuk menguruskan perniagaannya di Itali, Dunant telah sampai Castiglione delle Pieve pada Jun 1859, iaitu pada tarikh yang sama tatkala meletusnya Pertempuran Solferino.
Apabila didapatinya bahawa bandar kecil tersebut dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan kecederaan serta perkhidmatan tentera yang ada tidak mencukupi, beliau cuba untuk membantu mereka yang sakit dan cedera dengan sedaya upaya.
•Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan hidupnya.
•Beliau mula menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan bagaimana untuk penderitaan boleh dielakkan.
•Sebuah buku kenangan dan pengalamannya Kenangan di Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah.
Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan hidupnya.
Beliau mula menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan bagaimana untuk penderitaan boleh dielakkan.
Sebuah buku kenangan dan pengalamannya Kenangan di Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah.
1.3JAWATANKUASA BERLIMA
• Dunant mendapati, Geneva merupakan tempat yang sangat sesuai untuk memulakan kerja-kerja kemanusiannya.
• The Societe Genevoise d’Utilite Publique yang dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav Moynier telah menunjukkan minat terhadap gagasan idea Dunant.
• Dunant bersama, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appie, Theodore Mounior dan Gustav Moynier dengan segera menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang tercedera.
• Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross-ICRC).
• Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah pertubuhan persendirian, namun wakil-wakil negara akan hadir dalam setiap persidangan mereka.
• Pada 26-29 Oktober 1863, deligasi seramai 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva
The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang dipengerusikan oleh Gustave Moynier, telah menunjukkan minatnya terhadap saranan yang dikemukakan oleh Dunant.
Bersama-sama Dunant, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier dengan tidak berlengah lagi mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa.
AHLI JAWATANKUASA BERLIMA
1.4KONVENSYEN GENEVA
PERTAMA(1864)
Pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah mengadakan satu “Persidangan Diplomatik” di Geneva atas desakan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah negara.
Konvensyen Geneva telah ditandatangani pada 22 Ogos 1864.
Konvensyen tersebut juga telah menunjukkan bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakan walaupun dalam masa perang.
Melalui persidangan tersebut juga, satu rancangan yang istimewa telah disyorkan untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan.
Konvensyen tersebut mengandungi 10 artikel dan mengenalkan “Keberkecualian”.
Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai anggota kombatan dan tidak boleh ditawan.
Selain itu, anggota-anggota awam yang memberi bantuan kepada mereka yang tercedera haruslah dihormati.
Anggota-anggota tentera dan hospital-hospital pula diiktiraf sebagai berkecuali.
Lambang Palang Merah dijadikan satu simbol istimewa yang memberikan kekebalan daripada serangan.
Konvensyen tahun 1864 ini merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang di antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Perang Sepanyol-Amerika tahun 1898, dan perang Russia-Jepun tahun 1904.
Persidangan pertama diadakan di Paris pada tahun 1867, berikutnya diadakan di Berlin (1869), Geneva (1884), Karisruhe di Rome (1892), Vienna (1897), dan Saint Petersburg (1902).
Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas mewujudkan Persatuan-persatuan Kebangsaan yang baru.
22 Persatuan-persatuan Kebangsaan ditubuhkan dalam masa 10 tahun yang pertama.
Semua negara di Eropah, termasuk Rusia dan Turki, bersetuju menerima Konvensyen Geneva 1864.
Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Rusia, Turki telah memberitahu Kerajaan Swiss sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa ia akan menggunakan ambulansnya dengan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah.
Ini kemudiannya telah diikuti oleh kebanyakan Negara-negara Islam yang lain.
1.5Empat Konvensyen Geneva (1949)
Terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya bertarikh 12 Ogos 1949.
Ini merupakan hasil usaha yang berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki perlindungan yang diberi oleh Konvensyen Geneva Pertama serta meluaskan perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata.
1.5EMBLEM PALANG
MERAH /BULAN SABIT MERAH
EMBLEM YANG
MELINDUNGI
MANUSIA
Faktor Pemilihan
1876 - Bulan Sabit Merah merupakan emblem
alternatif
1975 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Satu simbol sejagat yang bermaksud “JANGAN TEMBAK”
Satu emblem yang memerlukan
perlakuan tertentu
Bantuan perubatan yang saksama untuk
semua
Satu emblem yang melindungi mereka yang tidak lagi terlibat
dalam peperangan
Contohnya - Membina kapal
hospital
Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di
seluruh pelusuk dunia
Selari dengan Prinsip Asas Palang Merah / Bulan Sabit
Merah
Penyalahgunaan Emblem -Masalah
Dipercayai membawa maksud pemberian perubatan
27 PRINSIP ASAS PALANG
MERAH
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran.
berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud.
Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia.
mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
2.1 KEMANUSIAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.
Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius
2.2KESAKSAMAAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan
tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi
2.3KEBERKECUALIAN
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan
2.4KEBEBASAN
2.5PERKHIDMATAN SUKARELA
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung
2.6BERSATU
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
2.7KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
3.PERSATUAN BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA
3.1SEJARAH
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah :
pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyaiurutan sejarah sebelum merdeka.
Palang Merah telah pun wujud diPersekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branchof the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktupemerintahan Jepun
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang MerahBritish menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah diSabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkancawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu padabulan Februari 1948.
Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan denganbantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medanPalang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkanpada tahun 1952.
3.2STRUKTUR DAN ORGANISASI PBSM
MALAYSIA
(i) Satu organisasi pusat mengandungi:• Senat PBSMM• Majlis Kebangsaan• Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan• Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan
• Cawangan-cawangan dan Jawatankuasanya dan beberapa Jawatankuasa Kecil masing-masing dalam tiap-tiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia.
• Unit-unit kecil dan Jawatankuasa masing-masing
Senat PBSMM
• Badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi PBSMM tidak mempunyai kuasa eksekutif
• mengandungi tidak lebih daripada 25 Senator pada sesuatu masa.
Perlantikan Senator PBSMM akan ditentukan atas budi bicara
• Majlis Kebangsaan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal Peranan utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat
Persatuan sejajar dengan Prinsip-prinsip Pergerakan.
Majlis Kebangsaan
Badan yang terpenting yang mempunyai kuasa :
• mengendalikan pengurusan serta pengawalan semua hal ehwal Persatuan.
• mengandungi anggota-anggota seperti berikut:(a) Pengerusi Kebangsaan(b) Timbalan Pengerusi Kebangsaan(c) 4 Naib Pengerusi Kebangsaan. (seorang daripadanya dipilih di kalangan Pengerusi Cawangan)
(d) Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan
(e) Tidak lebih daripada lima ahli dipilih
(f) Dua orang wakil daripada tiap-tiap Cawangan yang terdiri sama ada Pengerusi Cawangan, Naib Pengerusi Cawangan, Pengarah Cawangan, Setiausaha Kehormat Cawangan dan Bendahari Kehormat Cawangan.
(g) Pengarah Perkhidmatan Perubatan angkatan Tentera Malaysia
(h) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA)
(i) Seorang wakil daripada tiap-tiap Kementerian Kerajaan
• Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
Pengurusan seharian mengenai hal ehwal Persatuan adalah tanggungjawab :
• Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada:
(a) Pemegang Jawatan Utama (Pengerusi dan Timbalan Kebangsaan, Naib-naib Pengerusi dan Bendahari Kehormat Kebangsaan)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan(c)Wakil daripada setiap kelima-lima zon.
Jawatankuasa Kebangsaan Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan:
• Reaksi Kecemasan• Perkhidmatan Ambulans• Program Darah• Perkhidmatan Kesihatan dan Masyarakat• Hal Ehwal Undang-undang dan Undang-undang
Kemanusiaan• Latihan• Tenaga Manusia• Hal Ehwal Antarabangsa
• Perhubungan Raya • Kutipan Derma• Bangunan • Pengurusan
.
Antara aktiviti-aktiviti PBSMM:
• Persediaan dan bantuan bencana 999 24 jam Perkhidmatan Ambulans bagi Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
• Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan - Program Darah
- Penyalahgunaan Dadah- Telekaunseling- Teledra
AKTIVITI PBSM MALAYSIA
• Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
• Latihan• Penubuhan unit baru dan menambah
keahlian• Program Bantuan kepada Orang-
orang Bot Vietnam • Kutipan Derma• Perhubungan awam• Hal Ehwal Antarabangsa• Aktiviti-aktiviti dan latihan untuk
kanak-kanak, belia dan pasukan bantuan sukarela.
Keahlian
• dibuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agam dan politik.
Komposisi keahlian:
► Kanak-kanak (Sekolah Rendah) ► Belia (Sekolah Menengah) ► Pasukan Bantuan Sukarela (Orang Dewasa guru-guru pelatih, Mahasiswa, Para Ikhtisas, Anggota Perubatan dll.) ► Ahli Seumur Hidup (atas bayaran sekurang-kurangnya RM1000) ► Ahli Kehormat Seumur Hidup (satu anugerah eksklusif bagi individu yang memberi sumbangan perkhidmatan dan jasa yang cemerlang)
Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lyrics : Tan Sri Dato’ Dol RamliSong : Dato’ Johari Salleh
Lagu Persatuan Bulan Sabit Merah
SEKIAN TERIMAKASIH…….
DISEDIAKAN OLEH :MUDABBIRAH AMALIA BT MANSOR
KDPM/KDC KEMAS PERPADUAN AMBILAN NOVEMBER 2010
top related